perniagaan busana muslimah menjanjikan keuntungan | … busana muslimah di malaysia kini kian...

Download Perniagaan Busana Muslimah Menjanjikan Keuntungan | … busana Muslimah di Malaysia kini kian berkembang dengan peningkatan syarikat-syarikat jualan yang dibuka bak cendawan yang tumbuh

If you can't read please download the document

Upload: vuongquynh

Post on 28-Feb-2018

222 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Perniagaan Busana Muslimah Menjanjikan Keuntungan | Usahawan.com

Search

HOMEPAGEBIZ PACKAGE

PrintingFood & Beverages

PRODUCTS

Heat Press SeriesButton BadgeFlash StampHeat Transfer VinylOther Printing Supplies & EquipmentPaper, Ink& PrinterSublimation BlanksVinyl Cutting

PromotionBLOG

PerniagaanLifestylePelaburanTokoh UsahawanKeusahawananInternetIdea Bisnes

INFORMATION

About UsVision & MissionCompany HistoryBusiness Development ProgramPrinting Business SolutionsF&B Business SolutionsEventLatest VideosVideo Tutorial PrintingVideo Tutorial Food & BeveragesLatest ActivitiesUsahawan.com Outlets

CONTACT

Shopping cart

close

HOMEPAGEBIZ PACKAGE

PrintingFood & Beverages

PRODUCTS

Heat Press SeriesButton BadgeFlash StampHeat Transfer VinylOther Printing Supplies & EquipmentPaper, Ink& PrinterSublimation BlanksVinyl Cutting

PromotionBLOG

PerniagaanLifestylePelaburanTokoh UsahawanKeusahawananInternetIdea Bisnes

INFORMATION

About UsVision & MissionCompany HistoryBusiness Development ProgramPrinting Business SolutionsF&B Business SolutionsEventLatest VideosVideo Tutorial PrintingVideo Tutorial Food & BeveragesLatest ActivitiesUsahawan.com Outlets

CONTACT

Browse CategoriesPerniagaanLifestylePelaburanTokoh UsahawanKeusahawananInternetIdea BisnesStrategi Bisnes

Select categorySelect categoryAcrylic Keychain

Apam Balik & Dorayaki Business

Business Card & PVC ID Card

Button Badges

Car & Signage Sticker

Cotton Candy & Pop Corn Business

Crispy Crepes Business

Decorative Items

Drinks & Soft Ice Cream Business

Flash Stamps

Fridge Magnet

Fried Chicken Business

Grill Business

Kebab & Chicken Grill Business

Other Business

Potato Spring Business

Sticker & Label Sticker

Sweet Corn Business

T-Shirt & Gift

Takoyaki Business

Waffle Business

Business PackagePrinting Business

Food & Beverages Business

Heat Press SeriesSingle Heat Press

All Heat Press

Mug Heat Press

Multi Function Heat Press

Button BadgeButton Badge Accessories & Machine

Button Badge Materials

Sublimation BlanksMugs, Flask & Glass

Keychain

Bag, Wallet, Purse & Cap

Cotton T-Shirt, Mini T-Shirt & Microfibre T-Shirt

Tiles, Photo Rock & Plates

Jigsaw Puzzle & Mousepad

Pillow Cushion

Other Sublimation Products

Paper, Ink & PrinterSublimation Paper & Transfer Paper

Sublimation Ink & Pigment Ink

Epson Printer

Photo Paper

PVC ID Card Paper

Decal Slide Water Transfer

Other Papers

Heat Transfer VinylPU Korea Heat Transfer Vinyl

Flock Heat Transfer Vinyl

Glow in The Dark Heat Transfer Vinyl

Other Heat Transfer Vinyl

Glitter Heat Transfer Vinyl

Other Printing Supplies & EquipmentPrinting Machinery

Printing Accessories

Vinyl CuttingCutting Plotter

Silhouette

Vinyl Cutting Supplies

Flash StampFlash Stamp Ink

Flash Stamp Material

Food Supplies & EquipmentMini Machine

Waffle Machine (Electric)

Food Machinery

Food Accessories & Equipment

Premix Flour

Seasoning Powder

Search

BlogHome Idea Bisnes

20Aug

Idea Bisnes, Perniagaan

Perniagaan Busana Muslimah Menjanjikan Keuntungan

Posted byUsahawan.com

Perniagaan busana Muslimah di Malaysia kini kian berkembang dengan peningkatan syarikat-syarikat jualan yang dibuka bak cendawan yang tumbuh selepas hujan. Perniagaan busana Muslimah ini sebenarnya menjanjikan pasaran yang besar dan pulangan modal yang tinggi kepada pengusahanya. Terdapat banyak butik persendirian yang memberi tumpuan khusus untuk menjual busana Muslimah antaranya butik Najjah dan Hajaba. Namun, ada juga pusat membeli belah dan hypermarket seperti Mydin yang turut menjual busana Muslimah sebagai memenuhi permintaan daripada pelanggan mereka.

Apakah yang dimaksudkan dengan busana Muslimah? Busana Muslimah adalah pakaian untuk wanita Islam yang mempunyai ciri-ciri menutup aurat sebagaimana yang digariskan oleh syariat. Tentu anda tertanya-tanya, apakah perbezaan antara busana Melayu dengan busana Muslimah? Berikut adalah antara ciri-ciri busana Muslimah:-

Pakaian tersebut haruslah menutupi seluruh tubuh kecuali muka dan telapak tangan Pakaian tersebut tidak nipis atau tidak jarang sehingga dapat menampakkan bentuk tubuh wanita tersebut Pakaian itu tidak ketat atau sempit tetapi longgar dan selesa Pakaian tersebut tidak menyerupai atau meniru-niru pakaian lelaki atau pakaian mereka yang bukan beragama Islam Pakaian tersebut dibuat daripada bahan yang suci dan halal Tiada gambaran makhluk bernyawa pada pakaian tersebut

Hidup kita dan penggunaan internet pada hari ini telah berubah tanpa kita sedari. Jika dahulunya tidak pernah terfikir untuk membeli dan ragu-ragu tentang keselamatan apabila melakukan pembayaran secara dalam talian, namun kini kuasa pengguna telah berubah. Pengguna kini lebih cenderung untuk melayari, melakukan urus niaga dan membuat transaksi pembayaran dengan penjual-penjual yang terdapat dalam talian. Walaupun tidak kenal atau pernah bersua muka, masyarakat kini lebih terbuka untuk melakukan urus niaga dalam talian. Penggunaan internet dalam operasi perniagaan pula bukan hanya dapat meningkatkan hasil dan mengurangkan kos operasi sesebuah perniagaan itu malahan ia dapat meningkatkan kepuasan pelanggan, rakan kongsi dan juga pekerja. Kebanyakan butik busana Muslimah ini juga menggunakan pendekatan laman web untuk urus niaga dalam talian mereka, contohnya seperti butik Najjah dan Hajaba, syarikat Sugarscarf, Radiusite, Hayfaa Couture dan Al-Humaira Contemporary masing-masing mempunyai laman web dan akaun Facebook mereka sendiri.

Sugarscarf contohnya adalah antara perniagaan busana Muslimah secara dalam talian yang berjaya. Pada mulanya, Sugarscarf diwujudkan oleh empunya syarikat hanya sekadar untuk suka-suka dan untuk membayar yuran pengajian universiti dan kos sara hidup ketika masih menjadi seorang pelajar. Namun akibat sambutan luar biasa daripada kelompok peminat mereka yang tersendiri, maka perniagaan itu kemudiannya diteruskan sehingga ke hari ini. Memandangkan perniagaan jualan busana Muslimah nya semakin menunjukkan perkembangan yang positif, maka empunya syarikat kemudiannya telah memperluaskan perniagaannya dengan membuka satu butik jualan di Shah Alam dan mempelbagaikan produk busana Muslimah mereka untuk memenuhi permintaan pelanggan mereka.

Peningkatan perniagaan busana Muslimah dalam talian juga dibuktikan dengan menggunakan aplikasi carian di Google Ad words. Dengan menggunakan kata kekunci Busana Muslimah, statistic yang diberi menunjukkan sebanyak 2, 400 carian pengguna untuk bulan ini. Angka yang cukup tinggi dan menggembirakan hati usahawan yang menjual busana Muslimah secara dalam talian. Statistik ini tidak termasuk kata-kata kekunci yang lain seperti Busana Muslim, Muslimah Fashion atau Baju Busana Muslim yang masing-masing juga memperoleh catatan carian yang tinggi.

Pada pendapat saya, terdapat beberapa faktor-faktor yang menjadi pemangkin perkembangan perniagaan busana Muslimah dalam talian, antaranya:

[auth]

Jumlah Pengguna Internet Di Malaysia

Begitu besar pengaruh internet dalam kehidupan manusia, sebesar potensi yang ditawarkan dan sebesar jumlah penggunanya. Rata-rata rakyat Malaysia menggunakan internet sama ada dalam melaksanakan tuntutan kerja mahupun untuk tujuan peribadi. Mengikut statistik yang dikeluarkan pada 30 Jun 2012 daripada laman web http://www.internetworldstats.com, jumlah pengguna internet di Malaysia adalah seramai kira-kira 17.7 juta orang. Jumlah yang sangat tinggi jika dibandingkan dengan keseluruhan populasi penduduk Malaysia yang seramai lebih kurang 29.2 juta orang. Statistik ini juga turut menyenaraikan rakyat Malaysia sebagai antara pengguna internet utama dalam kalangan negara-negara Asia.

Jumlah pengguna internet yang tinggi banyak dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti kemudahan jalur lebar yang terdapat di negara kita. Ditambah pula dengan pakej-pakej langganan internet dengan harga menarik yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan, membolehkan segenap lapisan masyarakat di Malaysia tidak kira lokasi mereka sama ada di bandar atau di luar bandar berpeluang menikmati faedah yang terkandung dalam alam siber. Sama ada kita sedari atau tidak, kita harus menerima kenyataan bahawa internet sebenarnya telah sebati dalam kehidupan kita.

Kemudahan Urus Niaga Dalam Talian

Keselesaan urus niaga dalam talian memungkinkan segala-galanya dilakukan dengan hanya duduk di kerusi empuk dan dalam bilik yang mempunyai penyaman udara tanpa perlu menghidupkan enjin kereta, berjalan atau mengeluarkan peluh! Anda boleh melayari katalog dan membuat pilihan anda sebelum sebarang urus niaga di lakukan. Di samping itu, sebarang pertanyaan, pengesahan tempahan busana hanya dengan menggunakan e-mel, tanpa memerlukan anda mengangkat gagang telefon.

Bagi pengusaha yang bijak, sudah tentunya akan menggunakan setiap peluang yang ada, untuk memasarkan produk busana Muslimah mereka. Antara taktik yang dilakukan adalah dengan membuka laman web dan melakukan urus niaga secara dalam talian. Perkembangan penggunaan internet dalam masyarakat kita telah menyebabkan ramai yang mengambil peluang keemasan ini dengan memulakan perniagaan secara dalam talian. Bagi mereka yang sudah lama mengimpikan mempunyai perniagaan sendiri, membuka perniagaan secara dalam talian adalah amat mudah dan tidak memerlukan modal yang besar. Begitu juga bagi mereka yang tidak mempunyai sebarang pengetahuan dalam bidang perniagaan atau masih belajar. Tanpa pengetahuan yang mendalam dalam bidang perniagaan mahupun pengetahuan menggunakan sebarang perisian komputer, mereka sudah boleh memulakan perniagaan sendiri. Hanya dengan mendaftar syarikat mereka, kemudian membuka blog perniagaan sendiri atau membuka akaun Facebook, mereka sudah boleh memulakan perniagaan.

Peniaga busana Muslimah ini juga adakalanya akan berkolaborasi dengan laman web peniaga dalam talian yang lain dengan cara saling menjual produk sesama sendiri di laman web masing-masing.

Ini akan meningkatkan hasil jualan rakan kongsi dan akan memberikan anda keuntungan melalui hasil komisen daripada jualan tersebut. Selain itu, rakan kongsi juga boleh mempromosikan produk jualan barangan anda di laman web perniagaan mereka dan ini akan meningkatkan hasil jualan anda pula. Peniaga juga kini bijak dengan menjadikan artis-artis tempatan sebagai duta mereka, contohnya Irma Hasmie dan Anne Ngasri untuk busana Muslimah DHaja Boutique. Pendekatan ini dapat menarik golongan muda yang menjadikan artis ini sebagai idola mereka.

Perkembangan Dunia Fesyen

Perkembangan dunia fesyen semasa tidak terhad kepada gaya moden kontemporari sahaja, malahan kini permintaan untuk busana Muslimah juga semakin tinggi. Busana Muslimah kini menjadi pilihan sebagai fesyen seharian sama ada ketika bersantai atau sebagai pakaian formal ke majlis-majlis keramaian. Permintaan yang tinggi membuatkan ramai pereka fesyen tempatan mula menghasilkan busana Muslimah adunan timur dan barat yang menepati ciri-ciri busana Muslimah sekali gus merancakkan industri fesyen tempatan. Skirt labuh, jubah, blaus, seluar, jaket dan bermacam-macam rekaan yang dihiasi dengan manik mutiara, kristal, sulaman, bunga satin, dan lain-lain perhiasan yang berwarna-warni membanjiri dunia fesyen kita.

Bukan hanya setakat itu, malahan tudung juga direka dengan pelbagai gaya seiring dengan fesyen pakaian si pemakai. Bila diperhatikan, fesyen tudung juga banyak mengalami perubahan. Dahulu, mungkin pilihan yang ada tidak banyak, hanya tudung bawal sahaja, kini pemakai tudung mempunyai pelbagai pilihan untuk dipilih seperti tudung daripada material satin, lycra, denim, cotton velvet, tudung Syria, shawl dan macam-macam lagi. Ada yang belit nya ke kiri, ke kanan dan macam-macam stail lagi.

Pemasaran Yang Efektif dan Capaian Pelanggan Di Negara Lain

Melalui internet, pemasaran menjadi lebih efektif, kos dan tempoh masa pemasaran juga dapat dikurangkan, seterusnya memberi peluang untuk usahawan busana Muslimah terbabit menumpukan perhatian kepada perniagaan mereka. Capaian pelanggan juga adalah lebih meluas sama ada pelanggan di dalam negara atau di luar negara. Pelanggan boleh mengakses laman jualan 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun. Dalam erti kata lain, perniagaan beroperasi tanpa henti!

Membuat perniagaan secara dalam talian juga memungkinkan usahawan busana Muslimah ini tadi mengembangkan perniagaan mereka ke seluruh dunia. Faktor geografi tidak lagi menjadi penghalang untuk mereka melakukan urus niaga. Bagi pelanggan yang tinggal di luar negara terutamanya di negara-negara yang hanya sebilangan kecil penduduknya beragama Islam, tentulah agak sukar untuk mendapatkan pilihan busana yang memenuhi ciri-ciri Muslimah. Namun dengan hanya melayari internet, melakukan urus niaga jual beli, membayar harga busana dan wang pos, busana Muslimah pilihan mereka akan sampai di depan pintu rumah dalam masa beberapa hari sahaja! Mereka kini berpeluang mengayakan fesyen Muslimah yang terkini. Jangan tak tahu, ada antara butik-butik busana Muslimah dalam talian ini mempunyai pelanggan sejauh dari negara Eropah dan Timur Tengah!

Kestabilan Ekonomi

Keadaan politik yang stabil, perpaduan masyarakat yang berbilang kaum dan keadaan ekonomi yang stabil di Malaysia menggalakkan masyarakat untuk berbelanja. Mereka tidak ragu-ragu untuk berbelanja lebih asalkan memperoleh gaya dan fesyen yang terkini.

Kesimpulan

Pada hari ini, wanita Muslimah boleh membuat pilihan untuk membeli mana-mana rekaan busana Muslimah yang terdapat di internet untuk mencipta satu penampilan yang bersesuaian dengan nilai, tradisi dan cita rasa mereka. Bagi mereka yang berkerjaya, kesibukan bekerja merupakan satu sebab mengapa pengguna lebih gemar melakukan pembelian dalam talian. Di samping itu pengguna sekarang lebih selesa dan lebih mempercayai transaksi yang dibuat mereka secara dalam talian.

Dengan adanya cara yang betul dan permintaan yang tinggi daripada pengguna, tentunya perniagaan busana Muslimah secara dalam talian akan lebih berkembang. Namun, selain itu terdapat juga beberapa faktor lain yang menjadi sebab perniagaan dalam talian itu menjadi lebih maju seperti perkembangan penggunaan internet, kemudahan urus niaga dalam talian itu sendiri, perkembangan dunia fesyen, pemasaran yang efektif di samping kelompok sasaran yang betul serta keadaan ekonomi semasa yang stabil. Semoga perniagaan busana Muslimah dalam talian akan terus berkembang, seterusnya memberi keuntungan kepada usahawan-usahawan tempatan.

[/auth]

Berminat nak mulakan bisnes sendiri?

[mailmunch-form id="80119"]Lihat artikel menarik yang lain12 IDEA BISNESRahsia Aliran Tunai Segera (Instant Cash Flow)Kafe Hipster Kualiti atau Kuantiti?Takoyaki Bisnes Jalanan Yang Menguntungkan9 PELUANG PEKERJAAN SAMPINGAN WANITA MALAYSIAAISKRIM TAIYAKI

FacebookTwitterGoogleEmailPinterest

FacebookTwitterGoogleEmailPinterest

Previous Post Next Post

F&B BusinessApam Balik & DorayakiCotton Candy & Pop CornCrispy CrepesDrinks & Soft Ice CreamFried ChickenGrillKebab & Chicken GrillPotato SpringSweet CornTakoyakiWaffleOther Business

Printing BusinessAcrylic KeychainBusiness Card & PVC ID CardButton BadgesCar & Signage StickerDecorative ItemsFlash StampsFridge MagnetSticker & Label StickerT-Shirt & Gift

Find Good Posts

Search

Latest PostsPrinsip Pareto Dalam PerniagaanApril 24, 2018Kisah Gergasi Yang TertewasMarch 2, 2018Idea Bisnes Modal Bawah RM1,000 (Percetakan & Makanan)March 1, 2018Kisah Bagaimana 25 Jenama Terkenal Antarabangsa BermulaFebruary 28, 2018Nak Bisnes? Cuba Strategi Bisnes Gaya Semut NiJanuary 22, 2018

Find us on FB

FacebookTwitterGoogleEmailPinterest

InformationAbout UsVision & MissionCompany HistoryBusiness Development ProgramPrinting Business SolutionsF&B Business SolutionsEventLatest VideosVideo Tutorial PrintingVideo Tutorial Food & BeveragesLatest ActivitiesUsahawan.com Outlet

F&B BUSINESSApam Balik & DorayakiCotton Candy & Pop CornCrispy CrepesDrinks & Soft Ice CreamFried ChickenGrillKebab & Chicken GrillPotato SpringSweet CornTakoyakiWaffleOther Business

PRINTING BUSINESSAcrylic KeychainBusiness Card & PVC ID CardButton BadgesCar & Signage StickerDecorative ItemsFlash StampsFridge MagnetSticker & Label StickerT-Shirt & Gift

BLOGPerniagaanLifestylePelaburanTokoh UsahawanKeusahawananInternetIdea BisnesStrategi Bisnes

Latest PostsPrinsip Pareto Dalam PerniagaanKisah Gergasi Yang TertewasIdea Bisnes Modal Bawah RM1,000 (Percetakan & Makanan)Kisah Bagaimana 25 Jenama Terkenal Antarabangsa BermulaNak Bisnes? Cuba Strategi Bisnes Gaya Semut Ni

Contact UsSENAWANG BRANCH 124 -G, Jalan Lavender Heights 1, Lavender Heights Business Square, 70400 Seremban, Negeri Sembilan

Tel: 019-6942887

SHAH ALAM BRANCH 8-48 G, Blok 8, Ground Floor, Jalan Pahat H, 15/H Dataran Otomobil, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor

Tel: 012-2414471

JOHOR BAHRU BRANCH 41-01, Jalan Pendidikan 3, Taman Universiti, 81300 Skudai, Johor

Tel: 012-9008994

2018 Usahawan.com. All rights reserved

Scroll To Top