permainan batu seremban

Upload: glechoh

Post on 06-Oct-2015

453 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

kelebihan permainan batu seremban

TRANSCRIPT

FALKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASAPRORAM SARJANA MUDA PENGAJARAN

HBEF 2703KO - KURIKULUM

Nama: ROHANA BT MOHD ZALINo. Kad Pengenalan: 771204-11-5412Nombor Matrik :771204115412001Nombor Telefon : 019 9563172Alamat E-mail : [email protected] Pembelajaran: TERENGGANU LEARNING CENTRE

SEMESTER JANUARI 2014

PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan rahmat Nya, dapat saya menyiapkan tugasan untuk subjek HBEF 2703 KO KURIKULUM walaupun dengan kekangan masa dan keupayaan yang terbatas.Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Open University Malaysia dan Kementerian Pelajaran yang memberi peluang dan kepercayaan kepada saya untuk meningkatkan lagi tahap professionalisma saya.Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada tutor saya i di atas segala sumbangan ilmu, kepakaran dan tenaga beliau dalam memberi tunjuk ajar, bimbingan dan nasihat sehingga saya berjaya menyempurnakan tugasan ini. Hanya Allah jua yang dapat membalas jasa baik tuan.Saya juga ingin menyatakan setinggitinggi penghargaan kepada suami dan anak-anak yang sentiasa memahami dan memberi dorongan serta inspirasi sepanjang saya menyiapkan tugasan ini dan membantu meneruskan cabaran untuk menggenggam segulung ijazah. Sesungguhnya segala kesabaran dan jerih lelah pastinya ada hikmat di sebaliknya.Begitu juga kepada rakan seperjuangan yang sentiasa bekerjasama dan memberi tunjuk ajar sepanjang perjalanan semester ini.

ISI KANDUNGAN

1.0Penghargaan

2.0Aktiviti 1 ( Pencarian Maklumat )2.1Latar belakang permainan tradisional di Malaysia2.2 Tujuan Permainan Batu Seremban2.3 Kelebihan Permainan Batu Seremban2.4Undang- Undang Permainan2.5 Peraturan Permainan2.6Cabaran Permainan Batu Selambut2.7Rangka Jadual

3.0Aktiviti 2 ( Persediaan Sebelum Pertandingan )3.1Jawatan kuasa pertandingan3.2Promosi3.3Surat perlantikan3.4Syarat Pertandingan3.5Surat Panggilan Mesyuarat3.6Carta Pertandingan

AKTIVITI 1 ( PENCARIAN MAKLUMAT )

Latar belakang permainan tradisional di MalaysiaPermainan tradisional berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Perkara utama yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah , congkak, wau, batu seremban, sepak raga, gasing dan lain-lain.Congkak merupakan sejenis permainan tradisional melayu. Permainan ini wujud sejak Zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi yang datang bersama-sama pedagang ke Tanah melayu. Permainan ini sebenarnya berasal dari dunia Afrika atau Arab. Namun begitu, bukti tertua dijumpai di Jordan yang menjumpai kepingan batu kapur mempunyai dua liang selari semenjak tahun 5000 hingga 7000 masihi. Alatan yang digunakan dalam permainan congkak iaitu papan congkak dan buahnya. Sekiranya tiada papan boleh juga dimainkan di atas tanah dengan menggali lubang, sementara biji congkak boleh dimainkan dengan menggunakan guli-guli kaca, buah getah, biji saga dan batu-batu kecil. Setiap papan mengandungi 14 lubang yang dipanggil kampung dan di setiap hujung papaan congkak di kenali sebagai rumah. Hanya 2 orang diperlukan dalam setiap permainan dan mereka mula bermain secara serentak. Permainan tradisional masyarakat kaum cina pula ialah mahjong,Xiang Qi dan Yo-yo cina. Permainan mahjong merupakan permainan paling terkenal dikalangan kaum cina. Permainan ini membabitkan kemahiran, strategi dan pengiraan. Bargantung kepada variasi yang dimainkan percaturan nasib merupakan faktor utama kejayaaDi Asia, mahjong pouplar sebagai perjudian atau sebagai permainan komputer. Objek permainan adalah membina set lengkap sama ada 14 atau 17 keping. Permainan ini diadakan adalau untuk mengisi masa lapang yang sangat diminati oleh masyarakat cina khususnya.Manakala masyarakat India popular dengan permainan tradisional dikenali sebagai Kho-kho dan chaturanga. Permainan kho-kho berasal dari Mahaarashtra yang pada mulanya dimainkan menggunakan kereta kuda. Kebanyakkan ahli sejarah India menyatakan bahawa permainan kho-kho adalah hasil pengubahsuaian daripada satu permainan Lari dan kejar di mana seorang pemain akan berlari dan mengejar serta menyentuh pemain lain. Permainan ini memerlukan kecergasan fizikal pemain serta pergerakan yang fleksibal untuk mengelak peserta peserta lain. Setiap kumpulan mempunyai 12 orang pemain tetapi hanya 9 orang pemain diperlukan dalam satu perlawanan. Terdapat 2 giliran dalam permainan dan masa diperuntukkan selama 7 minit untuk acara lari dan kejar. Permainan ini merupakan satu aktiviti keseronokan untuk mengisi masa lapang.Permainan tradisional yang dipilih untuk menyiapkan e-portfolio saya ialah permainan batu seremban. Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Kanak-kanak perempuan gemar memainkannya secara individu dan kebiasaannya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih. Guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain berbentuk bulat biasanya digunakan oleh kanak-kanak dalam permainan ini sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah. Permainan ini sering dimainkan diwaktu lapang, di serambi rumah, di dalam rumah atau dimana sahaja yang mereka gemari dengan memerlukan permukaan yang rata dan bersih. Para pemain hendaklah duduk di atas lantai, dengan cara begini memudahkan permainan tersebut dimainkan. Sebelum permainan dimulakan, seorang demi seorang pemain dikehendaki menimbang buah, bagi mendapatkan mata sebagai penentuan siapa yang akan bermain dahulu sebagai pemain pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Cara menimbang buah adalah dengan ke semua buah diletakkan di atas tapak tangan dan dilambung ke udara, kemudiannya hendaklah disambut pula dengan belakang tapak tangan. Jumlah buah yang dapat disambut itu adalah dikira sebagai mata.

771204115412 HBEF 2703

Tujuan Permainan Batu SerembanPermainan ini sering dimainkan diwaktu lapang, di serambi rumah, di dalam rumah atau dimana sahaja yang mereka gemari dengan memerlukan permukaan yang rata dan bersih. Para pemain hendaklah duduk di atas lantai, dengan cara begini memudahkan permainan tersebut dimainkan.Tujuan permainan batu seremban dimainkan adalah mendapatkan kiraan mata sebanyak yang mungkin. Permainan tradisional seperti ini berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Perkara utama yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita.

Kelebihan Permainan Batu Seremban1. Mengeratkan Hubungan SillaturrahimPemain-pemain boleh bersembang antara satu sama lain sambil bermain dan tidak menggunakan tenaga yang banyak. Ia menggunakan deria mata dan tangan untuk bekerjasama dengan cepat dan tepat.Permainan ini adalah penyambung warisan untuk generasi akan datang.

2. Membentuk DisiplinPermainan batu seremban mempunyai peraturan dan undang-undang tang telah ditetapkan. Jadi, pemain pemain akan dibatasi dengan peraturan ketika bermain. Ini secara tidak langsung membentuk disiplin diri pemain-pemain agar mematuhi peraturan.

3. Menggunakan masa dengan berfaedahPermainan batu seremban dimainkan oleh kanak-kanak pada masa lapang atau waktu petang. Kanak-kanak akan bermain setelah selesai daripada melakukan kerja sekolah. Ini dapat melatih kanak-kanak menggunakan masa mereka dengan cara yang berfaedah. Di samping itu , ia dapat mengelakkan kanak-kanak membuang masa dengan melakukan aktiviti yang tidak berfaedah.

4. Menghargai warisan bangsaPermainan batu seremban merupakan warisan bangsa yang amat bernilai. Apabila kanak-kanak sering bermain ia dapat membantu mengekalkan permaianan ini. Selain itu, kanak-kanak akan sentiasa menghargai, mencintai dan menyanjungi permainan warisan bangsa melayu.

5. Mengaplikasikan asas matematikPermainan batu seremban juga menggunakan operasi asas tambah dalam pengiraan mata. Ini dapat memahirkan operasi asas tambah secara mencongak.

Undang- Undang Permainan1. Pemain tidak boleh menyentuh buah yang tidak diambil. Sekiranya terkena tangan , dikira batal dan giliran bermain ditukar.

2. Dalam langkah menjentik buah, sekiranya dua buah biji yang ditinggalkan pihak lawan terlalu dekat, pemain perlu menggunakan jari untuk memintas buah tersebut. Jika terkena jari, maka permainan batal.

3. Sekiranya bermain secara berkumpulan atau berdua, giliran diberikan kepada ahli kumpulan lain sekiraanya pemain pertama batal dan gagal meneruskan permainan.

4. Pemain yang mendapat giliran kembali perlu memulakan permainan dengan menyambung langkah yang gagal dilakukan sebelum itu. Ahli kumpulan juga perlu berbuat demikian.

5. Sekiranya pemain gagal mengingat langkah terakhir yang gagal dilakukan, mata yang dikumpul akan kembali ke angka kosong.

6. Pemenang dikira berdasarkan jumlah mata yang dikumpul pada akhir pusingan.Peraturan Permainan1. Permainan / perlawanan yang berlangsung bergantung kepada pengadil yang terlibat di dalam pertandingan sama ada diadili secara individu ( seorang pengadil seorang peserta ), berpasangan / berkelompok ( seorang pengadil dua @ tiga orangpeserta ).2. Setiap perlawanan dijalankan secara serentak3 .Semasa menimbang :-3.1buah yang berjaya disambut sahaja akan dikira mata.3.2Sekiranya buah yang disambut tercicir, timbangandikira bataldan hendaklah meneruskan dengan bunga yang berikutnya. 4. Kemenangan dikira apabila pesera mengumpul timbangan terbanyak. 5.Kemenangan dasar dikira apabila ketiga-tiga peserta mengumpul mata terbanyak. 6. Sekiranya seri, timbangan sebanyak lima ( 5 ) kali dijalankan oleh peserta-peserta yang terlibat.7. Tempoh perlawanan bagi saringan selama 5 pusingan, separuh akhir 7 pusingan dan peringkat akhir 10 pusingan.

Cabaran Permainan Batu SelambutEra zaman moden dan teknologi kanak-kanak lebih cenderung kepada permainan yang menjurus penggunaan teknologi maklumat seperti permainan yang menggunakan komputer. Kanak-kanak ini lebih suka bermain sendiri di rumah dan tidak melibatkan pergaulan dengan kanak-kank lain. Dengan ini perhubungan sillaturrahim tidak dapat diterap dalam hidup bermasyarakat. Oleh itu, inisiatif perlu di beri perhatian bagi menghidupkan semula permainan tradisional khususnya permainan batu selambut.Walaupun permainan batu seremban ini agak lama, ia harus dilestarikan agat tidak pupus di muka bumi. Batu selambut adalah permainan tradisonal orang melayu dan kita perlulah mengekalkan identiti tersebut. Permainan ini lebih mudah untuk dilestarikan berbanding melestarikan Bahasa Melayu serta pemain-pemain dapat bersembang antara satu sama lain.Kanak- kanak masa kini kurang menghargai warisan bangsa dan tidak mempunyai semangat patriotik. Permainan tradisional merupakan warisan bangsa yang amat bernilai. Oleh demikian, kita hendaklah menggalakkan dan menganjurkan permainan tradisional supaya dapat mengekalkan permainan ini. Selain itu, kanak-kanak akan sentiasa menghargai, mencintai dan menyanjungi permainan warisan bangsa melayu.

Rangka Jadual

Tarikh / HariPerkaraMasa

8 April 2014( Selasa ) Saringan2.30 4.30pm

9 April 2014( Rabu ) Separuh akhir Peringkat akhir

2.30pm 4.30pm