perlembangaan kelab komputer

Upload: haziyah-mohammad

Post on 01-Nov-2015

15 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

ggg

TRANSCRIPT

PERLEMBANGAAN KELAB PENGGUNA

PERLEMBANGAAN KELAB KOMPUTERSMK FELCRA BUKIT KEPONG

PETI SURAT 4, LABIS, JOHOR1. Nama dan Alamat

Nama Kelab : KELAB KOMPUTERAamat

: SMK FELCRA BUKIT KEPONG, PETI SURAT 4,

85300 LABIS, JOHOR.2. MatlamatMemberikan peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan potensi secara seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani,emosi,rohani dan intelek.3. Objektif Kelab3.1 Objektif kelab ini ialah:3.1.1 Supaya ahli dapat menganggotai Kelab/Persatuan (Kelab Komputer) dengan lebih terpimpin dalam menimba ilmu berpersatuan dan memupuk semangat bertanggungjawab dan disiplin diri3.1.2Menyatupadukan dan menjalinkan kemesraan di antara ahli-ahli kelab.3.1.3Menyemaikan perasaan cinta terhadap sekolah, negeri dan negera supaya wujud warganegara yang sihat. 3.1.4Membolehkan ahli-ahli yang mempunyai minat yang sama mengembangkan bakat dan potensi mereka dengan sedaya upaya mereka. 3.1.5Mewujudkan perseimbangan di antara perkembangan mental (akademik)

dengan perkembangan sosial, jasmani dan rohani pelajar.

3.1.6Pengukuhan interaksi dalam kalangan para pelajar di sekolah.

3.1.7Peningkatkan minat, bakat dan kemahiran pelajar dalam gerak kerja yang

diceburi.

3.1.8Pengukuhan dan pengkayaan perkara-perkara yang dipelajari dalam bilik

darjah serta perluasan pengalaman pelajar dalam bidang tertentu.

3.1.9Pengisian masa lapang pelajar dengan berfaedah, memberi kegembiraan serta pembinaan kesihatan dan kesejahteraan diri.

3.1.10Peningkatan disiplin pelajar melalui penyemai dan pemupukan nilai dan sikap positif, selaras dengan hasrat rukunegara.3.1.11 Peningkatan suasana sekolah yang lebih menarik dan mengembirakan pelajar. 3.1.12 Peningkatan penglibatan kerjasama dan sumbangan dua hala di antara sekolah dengan ibubapa dan masyrakat setempat.3.1.13 Melahirkan para pelajar yang mempunyai pengetahuan asas mengenai

penggunaan Teknologi Maklumat.4. KEAHLIAN KELAB

4.1 Terbuka kepada semua pelajar Tingkatan 1-5

4.2Pelajar-pelajar yang telah diterima dan didaftarkan mestilah menandatangani suatu borang keahlian sebelum diterima masuk.4.3 Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada perlembagaan dan akan mengambil bahagian dengan aktifnya untuk menjayakan tujuan persatuan ini.5. DERMA / SUMBANGAN AHLI

5.1 Setiap ahli akan dikehendaki menyumbangkan / menderma sebanyak RM1.00 setahun.6. PENTADBIRAN

6.1 Kelab ini akan dikelolakan oleh suatu AJK yang terdiri daripada ahli-ahli seperti berikut:

6.1.1 Pengerusi/Naib Pengerusi/Setiausaha/Penolong Setiausaha/Bendahari / dan lima orang ahli jawatankuasa tingkatan.

6.2 Pengerusi bertanggungjawab untuk menjalankan semua mesyuarat dan mewakili

kelab secara rasmi. Pengerusi akan dibantu oleh Naib Pengerusi.

6.3 Setiausaha dan Penolong Setiausaha bertanggungjawab untuk menyimpan semua

rekod keahlian, kegiatan, minit mesyuarat, laporan tahunan / penggal serta semua

jenis surat-menyurat kelab, kedatangan dan keaktifan setiap ahli secara kemaskini. 6.4 Bendahari akan menyimpan rekod keahlian, sumbangan / derma ahli serta

mengemaskini penyata kewangan sentiasa.

6.5 AJK Tingkatan akan membantu pengerusi mengaturkan kegiatan-kegiatan kelab ini secara bersungguh-sungguh.

6.6 Guru Penasihat hendaklah dihubungi oleh semua AJK berkenaan untuk

mentadbirkan kelab ini.

7. PERJUMPAAN / LATIHAN DAN TANGGUNGJAWAB AHLI

7.1 Ahli-ahli kelab ini akan bertemu pada setiap hari RABU (2 minggu sekali dan

ditetapkan oleh Penolong Kanan Kokurikulum) pada hari persekolahan. Semua ahli wajib menghadiri aktiviti ini.

7.2 AJK akan bermesyuarat apabila diperlukan.

7.3 Masa pertemuan 3.00 hingga 5.00 petang pada hari Rabu di Bilik Komputer. 7.4 Masa, hari serta tempat perjumpaan boleh dipinda dengan kebenaran Tuan

Pengetua atau Penolong Kanan Kokurikulum. Pembatalan perjumpaan juga boleh

dilakukan setelah mendapat kebenaran daripada Pengetua atau Penolong Kanan

Kokurikulum.

7.5 Kekerapan perjumpaan akan diperbanyakkan apabila ada keperluan / projek /

pertandingan dan sebagainya.

8. MESYUARAT AGONG

8.1 Mesyuarat Agung kelab ini akan diadakan pada pertengahan penggal dua setiap

tahun untuk menerima laporan, penyata kewangan dan melantik AJK baru yang

akan bertugas pada awal penggal satu pada tahun berikutnya.

8.2 Mesyuarat agung boleh diadakan tidak lewat dari bulan September setiap tahun.

9. GURU PENASIHAT

9.1 Guru Penasihat kelab akan ditentukan oleh Tuan Pengetua atau Guru Penolong

dan segala aktiviti kelab hendaklah dijalankan mengikut nasihat beliau.

9.2 Guru Penasihat adalah Tuan Pengetua dan bertanggungjawab kepada Tuan

Pengetua tentang segala kemajuan / kemunduran kelab ini. 10. LARANGAN

10.1 Aktiviti yang tiada kaitan dengan objektif mahupun yang tidak diluluskan oleh Tuan Pengetua sekolah, tidak boleh dijalankan.

10.2 Kelab ini tidak boleh bergerak di luar kawasan sekolah ini dan setiap aktiviti yang

diadakan di luar sekolah hendaklah mendapat kelulusan pihak sekolah terlebih

dahulu.

10.3 Kelab ini tidak boleh berhubung terus dengan mana-mana pihak luar sekolah tanpa melalui dan dengan kebenaran Tuan Pengetua sekolah.

10.4 Aktiviti yang melanggar peraturan-peraturan sekolah mahupun undang-undang

negara tidak boleh dijalankan.

10.5 Aktiviti tidak boleh dijalankan jika tiada guru penasihat yang dilantik oleh pihak

sekolah hadir bersama.

10.6 Penceramah / pembantu dari luar boleh dijemput setelah mendapat persetujuan

daripada Tuan Pengetua sekolah.

10.7 Ahli-ahli yang ingin menyertai sebarang aktiviti di luar sekolah, hendaklah

mendapat keizinan daripada penjaga secara bertulis. Borang Izin Penjaga boleh

didapati dari pejabat sekolah. 11. RANCANGAN KEGIATAN 11.1 AJK yang dipilih akan merancangkan kegiatan / aktiviti tahunan atau penggal mingguan dalam masa dua minggu selepas dilantik. Rancangan ini hendaklah dikemukan kepada pihak sekolah untuk diluluskan sebelum

dilaksanakan.

12. PAKAIAN DAN KETERTIBAN

12.1 Semua peraturan sekolah berkuatkuasa ketika semua kegiatan kelab ini

dijalankan.

12.2 Jika pakaian seragam diluluskan bagi kegiatan ini, semua ahli wajib

memakainya. Apabila pakaian seragam tidak diwajibkan, pakaian yang sesuai

hendaklah digunakan dengan kebenaran khas daripada Tuan Pengetua.

13. KEWAJIBAN AHLI

13.1 Setiap ahli menghadiri semua aktiviti yang dirancangkan.

13.2 Ahli-ahli yang melanggar peraturan ini dan yang tidak hadir kegiatan / aktiviti 3

kali berturut-turut atau lebih lima puluh peratus dari jumlah perjumpaan tanpa

sebab-sebab yang munasabah boleh digugurkan dari kelab ini.

14. PENILAIAN KEAHLIAN 14.1 AJK dengan bimbingan guru penasihatnya akan menyediakan suatu laporan

lengkap mengenai segala aktiviti kelab sepanjang tahun. Keadaan kewangan

serta sebarang pencapaian / kecemerlangan yang didapati sepanjang tahun.

14.2 Disamping itu, pihak AJK dan guru penasihat akan menyampaikan suatu senarai

pelajar yang mencapai kecemerlangan dalam kegiatan / aktiviti kelab pada akhir

bulan Ogos setiap tahun kepada pihak sekolah untuk dicatatkan dalam sijil

berhenti sekolah / surat akuan ahli berkenaan.

15. PENDAFTARAN KELAB

15.1 Kelab ini didaftarkan oleh Tuan Pengetua SMK Felcra Bukit Kepong dengan

syarat pendaftaran ini boleh ditarik balik oleh pihak sekolah jika perlu. Pihak

sekolah berhak untuk menambah / meminda mahupun memansuhkan mana-

mana peraturan dalam perlembangaan apabila perlu.

16. HAL-HAL LAIN

16.1 Jika ada butiran-butiran lain bagi organisasi ini, hendaklah dikepilkan bersama-

sama perlembangaan induk ini.

16.2 Satu senarai nama AJK kelab ini hendaklah diserahkan kepada pihak sekolah

semasa mendaftarkan kelab ini.

16.3 Pendaftaran kelab ini hendaklah dihantarkan dalam dua salinan selewat-lewatnya

dalam masa dua minggu selepas mesyuarat agung setiap tahun. PAGE 5