perkongsian liabiliti terhadlampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/notapenerangan_pt2019_1.pdf · 5/2015...

16
TAMBAHAN / PINDAAN Ruang Perkara Muka Surat B12A & B12B ‘Pengecualian berdasarkan peningkatan pendapatan bercukai perniagaan’- digugurkan - B13a Kadar 17% 7 D Kerugian 13 F1 Maklumat cukai pegangan 14 G5 No. pengenalan bank 5 NOTA PENERANGAN PT 2019 PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD

Upload: others

Post on 06-Mar-2020

76 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERKONGSIAN LIABILITI TERHADlampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_PT2019_1.pdf · 5/2015 berkenaan pencukaian perkongsian liabiliti terhad boleh diperoleh di Portal Rasmi

TAMBAHAN / PINDAAN

Ruang Perkara Muka Surat

B12A & B12B

‘Pengecualian berdasarkan peningkatan pendapatan bercukai perniagaan’-digugurkan

-

B13a Kadar 17% 7

D Kerugian 13

F1 Maklumat cukai pegangan 14

G5 No. pengenalan bank 5

NOTA PENERANGAN

PT 2019

PERKONGSIAN

LIABILITI TERHAD

Page 2: PERKONGSIAN LIABILITI TERHADlampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_PT2019_1.pdf · 5/2015 berkenaan pencukaian perkongsian liabiliti terhad boleh diperoleh di Portal Rasmi

- 2 -

Nota ini disediakan bagi membantu perkongsian liabiliti terhad melengkapkan Borang PT bagi Tahun Taksiran 2019. Sila baca nota ini dengan teliti supaya pengisian dan pengisytiharan semua punca pendapatan bagi Tahun Taksiran 2019 adalah benar, lengkap dan betul. Ketetapan Umum No. 5/2015 berkenaan pencukaian perkongsian liabiliti terhad boleh diperoleh di Portal Rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), http://www.hasil.gov.my.

Semua helaian kerja, rekod dan dokumen tidak perlu disertakan semasa pengemukaan Borang PT KECUALI bagi kes pembayaran balik yang mana helaian kerja berikut perlu dikemukakan:-

(i) Helaian Kerja-6 mengenai tolakan cukai di bawah seksyen 110 (lain-lain); dan

(ii) Helaian Kerja-8 / HK-9 (jika berkenaan) berhubung dengan potongan cukai yang telah dibuat di negara asing.

Rekod, dokumen dan hekaian kerja yang digunakan dalam pengiraan hendaklah disimpan selama tujuh (7) tahun bermula daripada akhir tahun dalam mana borang nyata tersebut telah dikemukakan kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri, untuk rujukan dan semakan sekiranya diperlukan kelak.

Sila isi semua ruangan yang berkaitan dengan HURUF BESAR dan gunakan pen mata bulat berdakwat hitam. Biarkan kosong sekiranya ruangan yang disediakan adalah tidak berkenaan. Pastikan maklumat diisi dengan BETUL dan LENGKAP. Amaun dari ruangan B13 hingga B19 perlu diisi dengan nilai sen. Amaun di lain-lain bahagian hanya mengambil kira nilai ringgit sahaja.

Contoh: Pendapatan Bercukai (ruang B12) RM 2,180,246.00 Cukai Kena Dibayar (ruang B16) RM 865,927.93

MAKLUMAT ASAS

Ruang Perkara Keterangan

1. Nama Perkongsian Liabiliti Terhad

Nama Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) seperti didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

2. No. Cukai Pendapatan

Isikan nombor rujukan cukai pendapatan PLT.

Contoh : PT 2012345621

3. No. Rujukan (No.Pendaftaran)

Nombor pendaftaran dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

4. No. Majikan Nombor rujukan E majikan.

Contoh: E 202154402

5. Tarikh Mula Beroperasi

Tarikh PLT bermula operasi.

6. Tempoh Perakaunan

Tarikh mula dan tutup tempoh perakaunan PLT.

Sila rujuk contoh-contoh di ruang 7.

7. Tempoh Asas Tempoh asas bagi tahun taksiran semasa PLT. Jika PLT baru beroperasi atau menukar tarikh tutup akaunnya, sila isi tarikh mula dan tutup tempoh asas yang betul di ruang 7.

2 1 8 0 2 4 6

8 6 5 9 2 7 9 3

PENDAPATAN BERCUKAI

CUKAI KENA DIBAYAR B16

B12 , ,

, .

E 2 0 2 1 5 4 4 0 2

PT 2 0 1 2 3 4 5 6 2 1

Page 3: PERKONGSIAN LIABILITI TERHADlampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_PT2019_1.pdf · 5/2015 berkenaan pencukaian perkongsian liabiliti terhad boleh diperoleh di Portal Rasmi

- 3 -

Contoh 1: PLT yang baru beroperasi

Akaun pertama : 1.5.2018 hingga 31.3.2019 (11 bulan)

Akaun kedua : 1.4.2019 hingga 31.3.2020 (12 bulan)

Ruang 6 dan 7 perlu diisi seperti berikut:-

Tahun Taksiran

Tempoh Perakaunan Tempoh Asas

2019 01/05/2018 - 31/03/2019 01/05/2018 - 31/03/2019 (11 bulan)

2020 01/04/2019 - 31/03/2020 01/04/2019 - 31/03/2020 (12 bulan)

Contoh 2: PLT yang baru beroperasi

Akaun pertama : 1.2.2018 hingga 30.4.2019 (15 bulan)

Akaun kedua : 1.5.2019 hingga 30.4.2020 (12 bulan)

Isi Ruang 6 dan 7 seperti berikut:-

Tahun Taksiran

Tempoh Perakaunan Tempoh Asas

2019 01/02/2018 - 30/04/2019 01/02/2018 - 30/04/2019 (15 bulan)

2020 01/05/2019 - 30/04/2020 01/05/2019 - 30/04/2020 (12 bulan)

Contoh 3: Pertukaran tempoh perakaunan

Akaun sedia ada : 1.3.2017 hingga 28.02.2018 (12 bulan)

Akaun berikutnya : 1.3.2018 hingga 31.12.2018 (10 bulan)

1.1.2019 hingga 31.12.2019 (12 bulan)

Ruang 6 dan 7 perlu diisi seperti berikut:-

Tahun Taksiran

Tempoh Perakaunan Tempoh Asas

2018 01/03/2017 - 28/02/2018 01/03/2017 – 28/02/2018 (12 bulan)

2019 01/03/2018 – 31/12/2019 01/03/2018 - 31/12/2019 (22 bulan)

Contoh 4: Pertukaran tempoh perakaunan

Akaun sedia ada : 1.7.2017 hingga 30.6.2018 (12 bulan)

Akaun berikutnya : 1.7.2018 hingga 31.5.2020 (23 bulan)

1.6.2020 hingga 31.5.2021 (12 bulan)

Isi Ruang 6 dan 7 seperti berikut:-

Tahun Taksiran

Tempoh Perakaunan Tempoh Asas

2018 01/07/2017 - 30/06/2018 01/07/2017 - 30/06/2018 (12 bulan)

2019 01/07/2018 - 31/05/2020

01/07/2018 - 30/06/2019 (12 bulan)

2020 01/07/2019 - 31/05/2020 (11 bulan)

2021 01/06/2019 - 31/05/2020 01/06/2020 - 31/05/2021 (12 bulan)

Page 4: PERKONGSIAN LIABILITI TERHADlampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_PT2019_1.pdf · 5/2015 berkenaan pencukaian perkongsian liabiliti terhad boleh diperoleh di Portal Rasmi

- 4 -

Contoh 5: Pertukaran tempoh perakaunan

Akaun sedia ada : Akaun berakhir 31 Disember

Akaun berikutnya : 1.1.2018 hingga 31.5.2018 ( 5 bulan)

1.6.2018 hingga 31.5.2019 (12 bulan)

Isi Ruang 6 dan 7 seperti berikut:-

Tahun Taksiran

Tempoh Perakaunan Tempoh Asas

2018 01/01/2018 - 31/05/2018 01/01/2018 - 31/05/2018 ( 5 bulan)

2019 01/06/2017 - 31/05/2018 01/06/2018 - 31/05/2019 (12 bulan)

8. Negara Mastautin Rujuk kod negara di muka surat 16 nota penerangan ini atau Lampiran E dalam Buku Panduan Borang Nyata Syarikat untuk menentukan kod negara.

9. Menjalankan perniagaan e- Dagang

Isi ‘1’ dalam petak untuk (‘Ya’) jika PLT berkenaan ada menjual apa-apa barang atau memberi perkhidmatan secara dalam talian.

Jika ‘Ya’, isi juga ruang F2 di muka surat 3 dalam borang.

PLT dianggap menjalankan perniagaan e-dagang sekiranya dalam menghasilkan pendapatan, internet digunakan untuk:

i. Menerima tempahan barangan atau perkhidmatan.

Contoh:

PLT menerima tempahan melalui e-mel, laman sesawang atau media sosial dan bukan melalui pos biasa, telefon atau faksimili.

ii. Menerima bayaran untuk barangan atau perkhidmatan.

Contoh:

PLT menerima bayaran tunai digital dengan kad kredit atau kad caj melalui e-mel atau laman sesawang dan bukan melalui pos biasa, telefon atau faksimili

iii. Membekalkan barangan atau perkhidmatan.

Contoh:

- PLT menggunakan e-mel, internet atau protokol pindahan fail untuk membekalkan muzik digital, artikel atau perisian, dan bukannya kaedah konvensional untuk menyampaikan perisian dalam bentuk cakera.

- PLT menggunakan e-mel berserta laman sesawang untuk memberi nasihat dan menerima bayaran bagi nasihat tersebut.

- PLT menerima bayaran bagi mengiklankan barangan atau perkhidmatan di internet untuk entiti lain.

- PLT adalah pemilik laman sesawang.

- PLT menyediakan perkhidmatan akses ke internet

Isi ‘2’ untuk (‘Tidak’) jika PLT tidak menjalankan e-dagang, atau tidak berkenaan.

Page 5: PERKONGSIAN LIABILITI TERHADlampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_PT2019_1.pdf · 5/2015 berkenaan pencukaian perkongsian liabiliti terhad boleh diperoleh di Portal Rasmi

- 5 -

10. Status Perniagaan Isikan status perniagaan pada akhir tempoh asas.

Isi ‘1’ jika PLT sedang beroperasi.

Isi ‘2’ bagi dorman * jika PLT:

belum memulakan operasi perniagaan sejak ditubuhkan; atau

pernah beroperasi atau menjalankan perniagaan tetapi telah berhenti operasi / perniagaan

Isi ‘3’ jika PLT sedang dalam proses penggulungan.

* Nota:

PLT tidak dianggap sebagai dorman sekiranya ia memiliki saham, harta tanah, simpanan tetap dan lain-lain pelaburan yang seumpamanya; termasuk pendapatan seperti sewa, faedah dan sebagainya (jika ada) yang diterima daripada pemilikan tersebut.

11. Perkongsian Liabiliti Terhad dengan sumbangan modal berjumlah RM2.5 juta dan kurang pada permulaan tempoh asas

Isikan ‘1’ dalam petak yang disediakan sekiranya PLT itu bermastautin di Malaysia dan mempunyai jumlah sumbangan modal (sama ada dalam bentuk tunai atau barangan) sebanyak dua juta lima ratus ribu ringgit dan kurang pada permulaan tempoh asas bagi suatu tahun taksiran.

12. Layak Menuntut Cukai Input Daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia

Isi ‘1’ (‘Ya’) sekiranya PLT berkenaan layak menuntut cukai input daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Isi ‘2’ (‘Tidak’) jika PLT berkenaan tidak layak menuntut, tidak menuntut atau ruangan ini tidak berkenaan.

13. No. Pendaftaran Cukai Barang dan Perkhidmatan

Isikan nombor pendaftaran Cukai Barang & Perkhidmatan seperti didaftarkan dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

14. Layak menuntut insentif di bawah seksyen 127

Merujuk kepada insentif (contohnya pengecualian) di bawah peruntukan perenggan 127(3)(b) atau subseksyen 127(3A) ACP 1967 yang layak dituntut mengikut warta Kerajaan atau surat kelulusan Menteri.

(i) Tandakan ‘X’ dalam petak bagi jenis / jenis-jenis insentif yang:-

layak dinikmati dan tuntutan dibuat bagi tahun semasa; atau

layak dinikmati tetapi tuntutan tidak dapat dibuat bagi tahun semasa atas sebab seperti kerugian perniagaan.

(ii) Tandakan ‘X’ dalam petak (‘Tidak berkenaan’) sekiranya:-

tidak layak menuntut insentif; atau

permohonan insentif tidak diluluskan oleh Menteri.

Warta Kerajaan / surat kelulusan Menteri hendaklah disimpan untuk rujukan / semakan LHDNM sekiranya diperlukan kelak.

Page 6: PERKONGSIAN LIABILITI TERHADlampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_PT2019_1.pdf · 5/2015 berkenaan pencukaian perkongsian liabiliti terhad boleh diperoleh di Portal Rasmi

- 6 -

BAHAGIAN A : MAKLUMAT PEKONGSI

Ruang Perkara Keterangan

A1a –

A1c

Nama Pekongsi Nyatakan nama tiga (3) pekongsi utama mengikut susunan keutamaan.

A2a –

A2c

No. Pengenalan / Pasport / Pendaftaran Pekongsi

Isi nombor pengenalan (nombor kad pengenalan / polis / tentera) / pasport / pendaftaran tiga pekongsi utama di ruang A1a hingga A1c, yang mana berkenaan.

BAHAGIAN B : PENDAPATAN BERKANUN, JUMLAH PENDAPATAN, PENDAPATAN BERCUKAI & CUKAI KENA BAYAR

Ruang Perkara Keterangan

B1 Agregat pendapatan berkanun perniagaan

Jumlah semua pendapatan berkanun perniagaan dan perkongsian.

B2

Rugi perniagaan bawa hadapan

Kerugian perniagaan daripada tahun / tahun-tahun taksiran terdahulu yang belum ditolak dan dibawa ke tahun semasa untuk ditolak daripada punca perniagaan.

Bagi perkongsian atau syarikat yang bertukar kepada PLT, peruntukan subseksyen 44(5E) ACP 1967 membenarkan kerugian tidak dapat diserap sepenuhnya dibawa ke PLT berkenaan.

Isikan ‘0’ jika tiada kerugian bawa hadapan.

B3 Jumlah B1 tolak B2.

Pendapatan Berkanun Lain

B4 Dividen Perdapatan berkanun daripada dividen yang boleh dikenakan cukai.

B5 Faedah dan diskaun Amaun C dari Helaian Kerja HK-C 15 (Buku Panduan Borang Nyata Syarikat).

B6 Sewa, royalti dan premium

Sewa

Amaun C dari Helaian Kerja HK-C16 (Buku Panduan Borang Nyata Syarikat).

Royalti

Amaun F dari Helaian Kerja HK-C15 (Buku Panduan Borang Nyata Syarikat).

B7 Pendapatan lain Pendapatan selain daripada B4 hingga B6 yang boleh dikenakan cukai.

B8 Pendapatan Agregat Jumlah amaun dari B3 hingga B7.

B9 Rugi perniagaan tahun semasa

Gunakan helaian kerja yang berkenaan untuk membuat pelarasan kerugian.

Kerugian larasan perniagaan boleh dikira berpandukan format Lampiran A1 / A2 / A3 daripada Buku Panduan Borang Nyata Syarikat. Campur semua kerugian larasan jika PLT menjalankan lebih daripada satu perniagaan dan masukkan amaun tersebut dalam helaian kerja berkenaan.

Amaun di B9 dihadkan kepada amaun di B8. Jika amaun di B9 melebihi amaun di B8, masukkan amaun B8 dalam ruang ini.

Pindahkan amaun dari ruang B9 (kerugian yang boleh diserap) ke helaian kerja yang berkenaan.

Page 7: PERKONGSIAN LIABILITI TERHADlampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_PT2019_1.pdf · 5/2015 berkenaan pencukaian perkongsian liabiliti terhad boleh diperoleh di Portal Rasmi

- 7 -

B10 Derma / hadiah / sumbangan yang diluluskan

a) Hadiah wang tunai kepada Kerajaan, Kerajaan Negeri atau pihak berkuasa tempatan - Subseksyen 44(6) ACP 1967.

b) Hadiah wang tunai kepada institusi / organisasi / tabung yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri adalah terhad kepada perbezaan di antara 7% pendapatan agregat di B8 dengan jumlah potongan di bawah subseksyen 44(11B) dan subseksyen 44(11C) - Proviso kepada subseksyen 44(6) ACP 1967.

c) Hadiah wang tunai bagi aktiviti sukan yang diluluskan oleh Menteri Kewangan. Amaun yang dibenarkan adalah terhad kepada perbezaan di antara 7% pendapatan agregat di B8 dengan jumlah potongan di bawah proviso subseksyen 44(6) dan subseksyen 44(11C) - Subseksyen 44(11B) ACP 1967.

d) Hadiah wang tunai atau kos sumbangan manfaat bagi projek berkepentingan negara yang diluluskan oleh Menteri Kewangan. Amaun yang dibenarkan adalah terhad kepada perbezaan di antara 7% pendapatan agregat di B8 dengan jumlah potongan di bawah proviso subseksyen 44(6) dan subseksyen 44(11B) - Subseksyen 44(11C) ACP 1967 .

e) Hadiah artifak, manuskrip atau lukisan kepada Kerajaan atau Kerajaan Negeri berdasarkan pada nilai yang ditentukan oleh Jabatan Muzium Malaysia atau Arkib Negara - Subseksyen 44(6A) ACP 1967.

f) Hadiah wang yang tidak melebihi RM20,000 bagi menyediakan kemudahan perpustakaan awam, perpustakaan sekolah dan institusi pendidikan tinggi dengan syarat, tuntutan bagi perbelanjaan yang sama tidak dibuat di bawah perenggan 34(6)(g) ACP 1967 dalam mengira pendapatan larasan perniagaan. [Subseksyen 44(8) ACP 1967].

g) Hadiah lukisan kepada Balai Seni Lukis Negara atau mana-mana balai seni lukis negeri berdasarkan pada nilai yang ditentukan oleh Balai Seni Lukis Negara atau balai seni lukis negeri - Subseksyen 44(11) ACP 1967.

B11 Zakat perniagaan Rujuk kepada subseksyen 44(11A) ACP 1967 untuk menentukan kelayakan. Amaun yang boleh dituntut adalah terhad kepada 2.5% daripada pendapatan agregat di B8.

B12 Pendapatan Bercukai

B8 tolak (B9 hingga B11).

Isikan ‘0’ jika hasil tolakan adalah negatif.

B13 Pecahan Pendapatan Bercukai

B13a Kadar 17% Jumlah pendapatan bercukai yang kena cukai atas kadar 17% (rujuk Jadual 1 ACP 1967).

B13b Kadar 24% Jumlah pendapatan bercukai yang kena cukai atas kadar 24% (rujuk Jadual 1 ACP 1967).

B13c –

B13e

Kadar lain Jumlah pendapatan bercukai yang dikenakan cukai atas kadar selain daripada yang dinyatakan di ruang B13a dan ruang B13b (rujuk Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali di Lampiran F (Buku Panduan Borang Nyata Syarikat).

Page 8: PERKONGSIAN LIABILITI TERHADlampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_PT2019_1.pdf · 5/2015 berkenaan pencukaian perkongsian liabiliti terhad boleh diperoleh di Portal Rasmi

- 8 -

B14 Jumlah Cukai Pendapatan Dikenakan

Jumlahkan cukai pendapatan daripada ruang B13a hingga ruang B13e.

B15 Seksyen 110 (lain-lain)

Tolakan cukai seksyen 110 (lain-lain)

Masukkan jumlah cukai dipotong (amaun B) dari Lampiran B2 (Buku Panduan Borang Nyata Syarikat) ke ruang ini.

Tolakan cukai seksyen 110 (lain-lain) TIDAK termasuk bayaran cukai pegangan yang tertakluk di bawah seksyen 107A.

Seksyen 132 dan 133

Pelepasan cukai Seksyen 132

Pelepasan cukai berhubung dengan pendapatan yang dibawa masuk ke Malaysia, di mana cukai telah dikenakan di negara asal.

Rujuk Lampiran F (Buku Panduan Borang Nyata Syarikat) untuk menentukan negara-negara yang telah memeterai perjanjian pengelakan pencukaian dua kali dengan Malaysia.

Senaraikan pendapatan, cukai yang dipotong di negara asing dan pengiraan pelepasan di bawah seksyen 132 di Lampiran B3 (Buku Panduan Borang Nyata Syarikat). Pindahkan amaun B dari Lampiran tersebut ke ruang ini.

Simpan dokumen asal mengenai pendapatan dan cukai yang dikenakan di negara asal dengan teratur untuk tujuan semakan.

Rujuk kepada peruntukan Jadual 7 ACP 1967 untuk membuat pengiraan kredit.

Pelepasan cukai Seksyen 133

Pelepasan cukai berhubung dengan pendapatan yang dibawa masuk ke Malaysia, di mana cukai telah dikenakan di negara asal yang TIDAK memeterai perjanjian pengelakan pencukaian dua kali dengan Malaysia.

Senaraikan pendapatan, cukai yang dipotong di negara asing dan pengiraan pelepasan di bawah seksyen 133 di Lampiran B4 (Buku Panduan Borang Nyata Syarikat). Pindahkan amaun B dari Lampiran B4 ke ruang ini.

Simpan dokumen asal berkenaan pendapatan dan cukai yang dikenakan di negara asal dengan teratur untuk tujuan semakan.

Rujuk kepada peruntukan Jadual 7 ACP 1967 untuk membuat pengiraan kredit.

B16 Cukai Kena Dibayar B14 tolak B15.

B17 Cukai Kena Dibayar Balik

B15 tolak B14.

Ruang ini berkenaan jika jumlah tolakan dan pelepasan di ruang B15 melebihi jumlah di ruang B14. Sila kemukakan Lampiran B2 / B3 / B4 * (yang mana berkenaan) bersama Borang PT ke:-

Pusat Pemprosesan Maklumat

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Menara Hasil Bangi

No.3, Jalan 9/10, Seksyen 9

43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

* Lampiran B2 / B3 / B4 boleh diperoleh dari Buku Panduan Borang Nyata Syarikat.

Page 9: PERKONGSIAN LIABILITI TERHADlampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_PT2019_1.pdf · 5/2015 berkenaan pencukaian perkongsian liabiliti terhad boleh diperoleh di Portal Rasmi

- 9 -

B18 Bayaran ansuran yang telah dijelaskan

Bayaran ini TIDAK termasuk amaun tunggakan yang diambil kira untuk cukai tahun taksiran kebelakangan.

B19 Baki Cukai Kena Dibayar / Cukai Terlebih Bayar

a) Baki cukai kena dibayar : B16 tolak B18

b) Cukai terlebih bayar : B18 tolak B16

AKUAN

Pengakuan ini hendaklah dibuat oleh pegawai pematuhan atau pekongsi, sekiranya pegawai pematuhan tidak dilantik oleh PLT berkenaan. Borang nyata yang tidak ditandatangani akan dianggap tidak lengkap dan tidak akan diproses dan Surat Pemberitahuan Borang Nyata Tidak Lengkap akan dikeluarkan kepada tuan sebagai makluman. Penggunaan cap tandatangan tidak dibenarkan. Penalti akan dikenakan jika berlaku kelewatan dalam mengemukakan semula borang nyata tersebut kepada LHDNM.

BAHAGIAN C : MAKLUMAT KEWANGAN PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD (PERNIAGAAN UTAMA)

Ruang Perkara Keterangan

C1 Nama perniagaan Isi nama perniagaan utama sahaja. Jika mempunyai lebih daripada satu perniagaan utama, isi nama perniagaan yang mempunyai perolehan yang terbesar.

C2

Kod perniagaan Isi kod perniagaan (rujuk Lampiran G Buku Panduan Borang Nyata Syarikat) bagi perniagaan utama berkenaan.

C2A Jenis aktiviti perniagaan

Nyatakan jenis aktiviti perniagaan berkenaan dalam petak yang disediakan.

C3 Jualan atau perolehan Jumlah pendapatan kasar perniagaan utama termasuk pendapatan terakru. Isikan ‘0’ jika tiada pendapatan.

C4 Stok awal Stok awal barangan siap seperti dalam Akaun Perdagangan.

C5 Belian Jumlah belian kasar tolak diskaun, pulangan keluar dan rebat berkaitan dengan perniagaan utama, C2.

C6 Kos pengeluaran Kos pengeluaran daripada Akaun Pengilangan.

C7 Stok akhir Stok akhir barangan siap seperti dalam Akaun Perdagangan.

C8 Kos jualan (C4 campur C5 campur C6 ) tolak C7. Isikan ‘0’ jika tiada.

C9 Untung / Rugi Kasar C3 tolak C8. Tandakan ‘X’ dalam petak yang disediakan jika ( rugi ).

C10 Keuntungan pertukaran wang asing

Jumlah keuntungan pertukaran wang asing seperti yang diambil kira dalam Akaun Untung Rugi.

C11 Pendapatan perniagaan lain

Jumlah pendapatan bersih daripada punca perniagaan selain daripada C1.

C12

Pendapatan lain Jumlah pendapatan bersih daripada semua punca bukan perniagaan. Ini termasuk bahagian pendapatan / perolehan luar biasa yang layak dikenakan cukai di bawah perenggan 4(f) ACP 1967.

C13 Keuntungan tidak dikenakan cukai

Ruang ini mengambil kira keuntungan belum direalisasikan, keuntungan modal dan bahagian pendapatan / perolehan luar biasa yang tidak dikenakan cukai. Ini tidak termasuk pendapatan yang dikecualikan cukai.

Page 10: PERKONGSIAN LIABILITI TERHADlampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_PT2019_1.pdf · 5/2015 berkenaan pencukaian perkongsian liabiliti terhad boleh diperoleh di Portal Rasmi

- 10 -

C14 Faedah Jumlah semua perbelanjaan faedah kecuali faedah sewa beli dan faedah pajakan.

C15 Bayaran profesional, teknikal, pengurusan dan kos guaman

C16 Bayaran fi teknikal kepada penerima bukan pemastautin

C17 Bayaran kontrak Amaun bayaran kontrak yang dituntut dalam Akaun Untung Rugi. Ini tidak termasuk bayaran kontrak yang diklasifikasikan sebagai kos jualan.

C18 Gaji dan upah selain pekongsi

C18a Gaji dan upah pekongsi

C19 Royalti Jumlah kasar sebelum ditolak cukai pegangan.

C20 Sewa / pajakan Jumlah yang dibayar untuk sewa premis, tanah, kenderaan, peralatan, lain-lain sewaan dan pajakan yang dituntut dalam Akaun Untung Rugi.

C21 Penyelenggaraan dan pembaikan

C22 Penyelidikan dan pembangunan

C23 Promosi dan pengiklanan

C24 Perjalanan dan penginapan

C25 Kerugian pertukaran wang asing

Jumlah kerugian pertukaran wang asing seperti yang dituntut dalam Akaun Untung Rugi.

C25A Cukai input yang tidak boleh dituntut daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia

Ini merujuk kepada amaun cukai input yang telah ditentusahkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia selepas pengauditan sebagai tidak layak dituntut daripadanya. Amaun cukai input yang telah ditentusahkan sebagai tidak layak dituntut ini boleh dibenarkan sebagai perbelanjaan di bawah ACP 1967. Masukkan amaun / bahagian amaun cukai input tersebut yang berkaitan dengan perbelanjaan bagi tahun taksiran semasa.

Subseksyen 91(6) ACP 1967.

C26 Perbelanjaan-perbelanjaan lain

Jumlah semua perbelanjaan selain daripada C14 hingga C25A, yang dituntut dalam Akaun Untung Rugi.

C27 Jumlah Perbelanjaan Jumlah perbelanjaan dari C14 hingga C26.

C28 Untung / Rugi Bersih Untung atau rugi bersih seperti dalam Akaun Untung Rugi. Tandakan ‘X’ jika rugi.

C29 Perbelanjaan yang tidak dibenarkan

Perbelanjaan yang tidak dibenarkan:

Perundangan Perkara

33(2) Faedah yang tidak boleh ditolak daripada pendapatan perniagaan.

Jumlah yang dituntut dalam Akaun Untung Rugi.

Jumlah bayaran seperti dalam Akaun Untung Rugi.

Ini termasuk bonus,elaun, bayaran kerja lebih masa dan gaji cuti seperti dalam Akaun Untung Rugi.

Page 11: PERKONGSIAN LIABILITI TERHADlampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_PT2019_1.pdf · 5/2015 berkenaan pencukaian perkongsian liabiliti terhad boleh diperoleh di Portal Rasmi

- 11 -

34(4) Caruman kepada skim yang diluluskan yang melebihi 19% daripada saraan pekerja.

39(1)(a) Perbelanjaan peribadi atau domestik dalam apa jua bentuk.

39(1)(b) Perbelanjaan yang dilakukan tidak kesemuanya dan semata-mata untuk menghasilkan pendapatan kasar.

Contoh: Perbelanjaan mencetak dan mengedar

laporan tahunan dan kos mengadakan mesyuarat agung dan mesyuarat tergempar.

Perbelanjaan untuk penyenaraian dalam bursa saham.

Perbelanjaan sebelum perniagaan bermula atau perbelanjaan untuk menutup perniagaan.

Perbelanjaan guaman berhubung dengan pemerolehan aset atau untuk urusan peribadi.

Derma

Denda atas kesalahan melanggar undang-undang termasuk denda dan perbelanjaan rayuan cukai pendapatan.

Perbelanjaan hadiah (kecuali untuk pekerja sendiri).

Bayaran keahlian kelab dan yuran ahli kelab persendirian.

Bayaran untuk pinjaman dan perjanjian agensi.

Pembelian aset dan perbelanjaan yang seumpama dengannya.

Perbelanjaan selain daripada di atas.

39(1)(c) Modal ditarik balik atau sebarang jumlah digunakan atau bermaksud digunakan sebagai modal.

39(1)(d) Bayaran kepada kumpulan wang simpanan yang tidak diluluskan.

39(1)(e) (i) Perbelanjaan lombong yang layak (Jadual 2)

(ii) Perbelanjaan pertanian / hutan yang layak (Jadual 3)

(iii) Perbelanjaan cari gali yang layak (Jadual 4)

39(1)(f) Bayaran faedah atau royalti kepada bukan pemastautin tanpa mematuhi seksyen 109.

39(1)(g) Bayaran lesen atau permit membalak yang dibayar kepada pihak lain selain daripada Kerajaan Negeri.

39(1)(i) Bayaran kontrak yang dibuat tanpa mematuhi seksyen 107A.

Page 12: PERKONGSIAN LIABILITI TERHADlampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_PT2019_1.pdf · 5/2015 berkenaan pencukaian perkongsian liabiliti terhad boleh diperoleh di Portal Rasmi

- 12 -

39(1)(j) Bayaran kepada bukan pemastautin tanpa mematuhi seksyen 109B.

39(1)(k) Bayaran sewa kenderaan bukan komersil melebihi RM100,000.00.

39(1)(l) Keraian.

39(1)(m) Perbelanjaan tambang cuti untuk pekerja di dalam atau luar Malaysia.

- Semua jenis peruntukan (termasuk hutang ragu am) selain daripada peruntukan hutang ragu spesifik.

- Perbelanjaan berhubung dengan pindaan modal dibenarkan dan modal berbayar.

- Perbelanjaan profesional berhubung dengan pemerolehan aset tetap atau pelaburan.

- Pengubahsuaian dan tambahan kepada bangunan.

- Perbelanjaan selain daripada di atas.

C30 Kenderaan

C31 Loji dan jentera

C32 Tanah dan bangunan

C33 Aset tetap lain

C34 Jumlah Aset Tetap Jumlah dari C30 hingga C33.

C35 Jumlah kos aset tetap yang diperoleh dalam tempoh asas

Hanya jumlah kos asal aset tetap yang diperoleh dalam tempoh asas diambil kira dalam ruang ini. Jika aset tetap diperoleh secara sewa beli atau pajakan kewangan, hanya jumlah prinsipal yang dibayar sahaja patut dinyatakan.

C36 Pelaburan Kos pelaburan dan simpanan tetap.

C37 Penghutang dagangan Penghutang dagangan seperti dalam Kunci Kira-Kira.

C38 Penghutang lain Penghutang lain seperti dalam Kunci Kira-Kira tetapi tidak termasuk pinjaman kepada pekongsi.

C39 Stok Stok akhir termasuk bahan mentah, barangan separa siap dan barangan siap seperti dalam Kunci Kira-Kira.

C40 Pinjaman kepada pekongsi

C41 Baki tunai dan baki di bank

C42 Aset semasa lain Aset semasa selain daripada C37 hingga C41.

C43 Jumlah aset semasa Jumlah aset semasa dari C37 hingga C42.

C44 Jumlah aset Jumlah C34, C36 dan C43.

C45 Pinjaman dan overdraf Dalam bentuk jangka pendek seperti overdraf bank, ‘banker’s acceptance’, ‘trust receipt’ dan sebagainya.

C46 Pemiutang dagangan Jumlah yang berbangkit daripada pembelian barang dagangan dan perkhidmatan yang diterima.

C47 Pemiutang lain Pemiutang selain daripada pemiutang dagangan dan pinjaman kepada pekongsi.

Nilai buku bersih seperti dalam Kunci Kira-Kira.

Jumlah seperti dalam Kunci Kira-Kira.

Page 13: PERKONGSIAN LIABILITI TERHADlampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_PT2019_1.pdf · 5/2015 berkenaan pencukaian perkongsian liabiliti terhad boleh diperoleh di Portal Rasmi

- 13 -

C48 Pinjaman daripada pekongsi

Dalam bentuk pinjaman dan pendahuluan seperti dalam Kunci Kira-Kira.

C49 Liabiliti semasa lain Liabiliti semasa selain daripada C45 hingga C48.

C50 Jumlah Liabiliti Semasa

Jumlah dari C45 hingga C49.

C51 Liabiliti jangka panjang Pinjaman jangka panjang seperti pinjaman berpenggal, debentur, bon dan lain-lain seperti dalam Kunci Kira-Kira.

C52 Jumlah Liabiliti C50 campur C51.

C53 Sumbangan modal Amaun sumbangan modal yang telah dibayar.

C54 Akaun pengasingan untung / rugi

Baki dalam Akaun Pengasingan Untung Rugi termasuk untung tertahan seperti dalam Kunci Kira-kira.

C55 Akaun rizab Ini termasuk semua akaun rizab kecuali untung tertahan.

C56 Jumlah Jumlah C53, C54 dan C55.

C57 Jumlah Liabiliti dan Modal

Jumlah B52 dan B56.

BAHAGIAN D : TUNTUTAN KERUGIAN

Ruang ini disediakan untuk melaporkan kerugian tahun taksiran semasa dan tahun taksiran

kebelakangan:

Kerugian Tahun Taksiran Semasa

Kerugian tahun taksiran semasa perniagaan dan perkongsian yang diserap dalam tahun taksiran

semasa serta baki kerugian yang dihantar hadapan untuk tolakan dalam tahun taksiran akan

datang.

Kerugian Tahun Taksiran Kebelakangan *

Kerugian diabaikan / diserap sehingga tahun taksiran sebelum tahun taksiran semasa; dan

Kerugian diabaikan / diserap dalam tahun taksiran semasa serta baki kerugian yang dihantar

hadapan untuk diabaikan / ditolak dalam tahun taksiran berikutnya.

* Nota:

Mulai Tahun Taksiran 2019, kerugian yang tidak dapat diserap hanya dibenarkan untuk dibawa ke

hadapan untuk diserap bagi tempoh maksimum sehingga tujuh (7) tahun taksiran berturut-turut

[Subseksyen 44(5F)].

Peruntukan khas yang berhubungan dengan seksyen 43 dan 44

Peruntukan khas ini membenarkan kerugian yang masih belum diserap sepenuhnya dalam Tahun Taksiran 2018, dibenarkan dibawa ke hadapan untuk diserap sehingga maksimum 7 tahun taksiran bermula Tahun Taksiran 2019.

BAHAGIAN E : PENDAPATAN TAHUN KEBELAKANGAN BELUM DILAPORKAN

Ruang Perkara Keterangan

E1 Pendapatan bercukai tahun kebelakangan yang belum dilapor (jika ada)

Isikan jenis pendapatan, tahun taksiran dan amaun dalam ruangan yang disediakan.

Gunakan Helaian Kerja HK-J (Buku Panduan Borang Nyata Syarikat) untuk melaporkan pendapatan ini dan simpan pengiraan cukai yang berkenaan untuk semakan.

Page 14: PERKONGSIAN LIABILITI TERHADlampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_PT2019_1.pdf · 5/2015 berkenaan pencukaian perkongsian liabiliti terhad boleh diperoleh di Portal Rasmi

- 14 -

BAHAGIAN F : MAKLUMAT CUKAI PEGANGAN

Ruang Perkara Keterangan

F1 Membuat bayaran dalam tempoh asas yang tertakluk kepada cukai pegangan di bawah seksyen 107A, 109, 109A, 109B dan 109F.

Isikan ‘1’ dalam petak untuk ‘Ya’ sekiranya perkongsian liabiliti

terhad membuat bayaran dalam tempoh asas yang tertakluk kepada

cukai pegangan di bawah seksyen 107A, 109, 109A, 109B, dan

109F. Isikan ‘2’ dalam petak untuk ‘Tidak’ jika tidak berkenaan.

Cukai pegangan di bawah seksyen 107A

Bahagian perkhidmatan kontrak yang dibayar kepada kontraktor

bukan pemastautin.

Kadar cukai pegangan:

10% atas jumlah kasar [perenggan 107A(1)(a)]

Tambah

3% atas jumlah kasar [perenggan 107A(1)(b)]

(Peraturan dan prosedur membuat bayaran kepada Unit /

Cawangan Pungutan LHDNM hendaklah dipatuhi).

Cukai pegangan di bawah seksyen 109

Faedah atau royalti yang dibayar kepada bukan pemastautin.

Kadar cukai seperti ditetapkan dalam Bahagian II Jadual 1 ACP

1967:

Faedah - 15% atas jumlah kasar

Royalti - 10% atas jumlah kasar

kecuali jika terdapat kadar berbeza yang ditetapkan dalam

Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (Rujuk Lampiran F).

Cukai pegangan di bawah seksyen 109A

Bayaran kepada penghibur awam untuk perkhidmatan yang

dilaksanakan di Malaysia.

Kadar cukai seperti ditetapkan dalam Bahagian II Jadual 1 ACP

1967 iaitu 15% atas jumlah kasar.

Cukai pegangan di bawah seksyen 109B

Bayaran jenis kelas khas di bawah seksyen 4A ACP 1967 yang

dibayar kepada bukan pemastautin.

Kadar cukai seperti ditetapkan dalam Bahagian V Jadual 1 ACP

1967 iaitu 10% atas jumlah kasar kecuali jika terdapat kadar

berbeza yang ditetapkan dalam Perjanjian Pengelakan Pencukaian

Dua Kali (Rujuk Lampiran F).

Cukai pegangan di bawah seksyen 109F

Bayaran yang dibuat kepada bukan pemastautin.

Kadar cukai seperti ditetapkan dalam Bahagian XIII Jadual 1 ACP

1967 iaitu 10% atas jumlah kasar perolehan atau keuntungan di

bawah perenggan 4(f) yang diperoleh dari Malaysia.

Page 15: PERKONGSIAN LIABILITI TERHADlampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_PT2019_1.pdf · 5/2015 berkenaan pencukaian perkongsian liabiliti terhad boleh diperoleh di Portal Rasmi

- 15 -

BAHAGIAN G : MAKLUMAT LAIN

Ruang Perkara Keterangan

G1 No. telefon Nombor telefon di premis perniagaan.

G 2 Alamat laman sesawang / blog

Alamat laman sesawang / blog (jika ada).

G 3 Nama bank Nyatakan nama bank di mana PLT mempunyai akaun bank.

Untuk tujuan pembayaran balik oleh LHDNM (sekiranya melalui bank), sila pastikan maklumat bagi ruang G3 dan G4 adalah betul.

G 4 No.akaun bank Nombor akaun bank PLT berkenaan di bank seperti dinyatakan di ruang F3.

G 5 No.pengenalan bank Ini merujuk kepada nombor pengenalan yang diberikan oleh bank atau nombor yang digunakan oleh pemegang akaun [organisasi perniagaan seperti kumpulan wang, peguam, amanah, koperasi dan sebagainya yang tidak mempunyai nombor pendaftaran syarikat / perniagaan kerana tidak tertakluk kepada pendaftaran dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)]. Selain daripada nama pemegang akaun bank dan nombor akaun bank, nombor ini digunakan oleh bank sebagai tambahan kunci untuk semakan dan pengesahan bagi tujuan pembayaran balik kredit cukai melalui EFT.

G6a Melupuskan aset di bawah Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976

Merujuk kepada aset yang boleh dikenakan cukai di bawah Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976.

Sekiranya ada melupuskan aset, isikan ‘1’ untuk ‘Ya’ dan isi juga ruang G6b. Isi ‘2’ untuk ‘Tidak’ jika tidak berkenaan.

G6b Melaporkan pelupusan tersebut kepada LHDNM

Isikan ‘1’ (‘Ya’) jika telah melaporkan pelupusan berkenaan kepada LHDNM atau ‘2’ (‘Tidak’) jika belum.

Sekiranya belum dilaporkan, sila hubungi cawangan LHDNM yang mengendalikan fail cukai pendapatan pelupus.

Untuk maklumat lanjut, sila layari Portal Rasmi LHDNM, http://www.hasil.gov.my.

BAHAGIAN H : MAKLUMAT PEGAWAI PEMATUHAN

Ruang Perkara Keterangan

H1 Nama Nama pegawai pematuhan.

H2 No. pengenalan Nombor kad pengenalan pegawai pematuhan.

H3 No. pasport Nombor pasport pegawai pematuhan.

H4 No. cukai pendapatan Nombor rujukan cukai pendapatan pegawai pematuhan.

H5 Alamat surat-menyurat Alamat surat-menyurat pegawai pematuhan.

H6 No. telefon Nombor telefon pegawai pematuhan.

H7 e-mel Alamat e-mel pegawai pematuhan.

Page 16: PERKONGSIAN LIABILITI TERHADlampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_PT2019_1.pdf · 5/2015 berkenaan pencukaian perkongsian liabiliti terhad boleh diperoleh di Portal Rasmi

- 16 -

BAHAGIAN J : MAKLUMAT FIRMA DAN TANDATANGAN ORANG YANG MENYEDIAKAN BORANG NYATA INI

Ruang Perkara Keterangan

J1 Nama firma Nama firma ejen cukai yang mengisi borang ini.

J2 Alamat firma Alamat surat-menyurat firma ejen cukai.

J3 No. telefon Nombor telefon firma ejen cukai / telefon bimbit ejen cukai.

J4 No. kelulusan ejen cukai

Untuk diisi oleh ejen cukai yang mendapat kelulusan di bawah peruntukan perenggan-perenggan 153(3)(b) dan 153(3)(c) ACP 1967.

J5 e-Mel Alamat e-mel ejen cukai.

J6 Tandatangan Tandatangan ejen cukai yang mengisi borang ini

KOD NEGARA

Berikut adalah kod bagi sebahagian daripada negara-negara yang dikenal pasti. Tuan boleh merujuk kepada Lampiran E Buku Panduan Borang Nyata Syarikat untuk senarai yang lengkap.

Negara Kod Negara Kod Negara Kod

Australia AU Iran (Islamic R.O.) IR Philippines PH

Bangladesh BD Iraq IQ Saudi Arabia SA

Brunei BN Japan JP Singapore SG

Cambodia KH Korea, D.P.R. KP South Africa ZA

Canada CA Korea, R.O. KR Sri Lanka LK

China CN Laos, D.P.R. LA Taiwan TW

Denmark DK Malaysia MY Thailand TH

Hong Kong HK Myanmar MM United Kingdom GB

India IN New Zealand NZ United States US

Indonesia ID Pakistan PK Vietnam VN

Nota: R.O. = Republic of; D.P.R. = Democratic People’s Republic of