perkhidmatan kurier & despatch

Upload: ziera-azira

Post on 30-Oct-2015

2.144 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

kurier

TRANSCRIPT

  • PERKHIDMATAN KURIERDEFINISIPerkhidmatan penghantaran mel, bungkusan atau dokumen dengan segera.Syarikat kurier menyediakan perkhidmatan barang dari pintu ke pintu iaitu memungut daripada pengirim dan menyerahkannya kepada penerima.Untuk penghantaran dalam negara, serahan dibuat dalam masa satu hari.Penghantaran ke luar negara, serahan dilakukan secepat mungkin melalui pengangkutan terpantas.

  • Selain menyediakan perkhidmatan penghantaran, kurier juga menyediakan perkhidmatan lain seperti membayar bil pengguna, dokumentasi kastam, dan aktiviti perkapalan menggunakan komputer.Contoh syarikat kurier:City Link Ekspress, Poslaju Malaysia, DHL Worldwide Express dan United Parcel Services (UPS).

  • SYARIKAT KURIER

  • KELEBIHAN & KELEMAHAN PERKHIDMATAN KURIERKELEBIHAN1. CEPAT & CEKAPPerkhidmatan kurier merupakan cara penghantaran mel dan kargo yang paling cepat dan cekap.2. MUDAHPenghantaran kargo dengan perkhidmatan kurier adalah mudah kerana segala kerja berhubung dengan penempahan ruang kargo, pengurusan prosedur kastam, dan dokumen kiriman lain diuruskan oleh syarikat kurier.3. SELAMATCara menghantar mel dan kargo dengan perkhidmatan kurier adalah lebih selamat kerana kerja tersebut dilakukan dengan teliti dan rapi.

  • KELEMAHAN1. MAHALKos yang dikenakan ialah lebih tinggi daripada penghantaran biasa.2. KEGUNAANNYA TERHADPerkhidmatan kurier hanya menyediakan perkhidmatan pengiriman segera,perkhidmatan sebagai ejen penghantar adalah terhad.

  • PERKHIDMATAN BUNGKUSANPerkhidmatan Bungkusan adalah penghantaran sebarang dokumen atau barangan yang tidak dilarang penghantarannya. Ia boleh dihantar melalui mana-mana kaunter di pejabat pos, pejabat pos mini atau Pusat Bungkusan. Bagi destinasi domestik, berat maksimum bungkusan yang ingin dihantar adalah 20 kg. Manakala untuk destinasi ke luar negara, berat maksimumnya adalah bergantung kepada negara-negara yang terbabit

  • Setiap pengeposan bungkusan perlu disertakan dengan Nota Konsainan. Untuk penghantaran dalam negara, Nota Konsainan domestik berwarna biru (R&P 23) digunakan, manakala untuk penghantaran ke luar negara, Nota Konsainan Antarabangsa yang berwarna merah (R&P 24) digunakan.

  • Setiap Nota Konsainan perlu diisi oleh pengirim dengan lengkap dan tepat bagi memastikan setiap penghantaran dapat dilakukan dengan lebih efisyen.Bungkusan serta Nota Konsainan yang telah lengkap diisi perlu diserahkan di kaunter pejabat pos, pejabat pos mini, atau di Pusat Bungkusan untuk pengendalian seterusnya. Satu salinan Nota Konsainan akan diserahkan kepada pengirim sebagai resit pengeposan untuk setiap bungkusan yang diposkan.

  • Pelanggan dinasihatkan untuk membalut dan melindungi bungkusan yang hendak diposkan dengan kemas dan kukuh bagi mengelakkan kerosakan atau kemusnahan. Pelanggan juga digalakkan untuk menggunakan kertas minyak (brown paper) untuk membalut bungkusan kerana ia lebih kemas dan alamat penerima lebih mudah untuk dibaca. Alamat pengirim dan penerima hendaklah ditulis pada permukaan bungkusan walaupun pengirim telah menulisnya di Nota Konsainan.

  • PERKHIDMATAN MELUNTUK PERNIAGAANTERBITAN BERKALATerbitan Berkala merupakan perkhidmatan mel untuk menghantar majalah, katalog, atau surat khabar yang diterbitkan secara berkala dengan kekerapan penerbitan minima sebanyak dua kali setahun dalam tahun kalendar yang sama.Perkhidmatan ini terhad kepada pengeposan dan serahan dalam negara sahaja sehingga berat maksimum iaitu 250gm.

  • Setiap pengeposan hanya boleh mengandungi satu (1) item sahaja.Item yang dimasukkan ke dalam sampul surat, "poly-wrapping" atau "poly-bag" mestilah boleh dibuka untuk tujuan pemeriksaan pos.Item yang tidak dapat diserahkan akan dikembalikan kepada pengirim menggunakan alamat Peti Surat atau jika tiada alamat Peti Surat, item tidak akan dikembalikan dan akan dilupus.

  • POSDOKUMEN

    PosDokumen adalah perkhidmatan mel yang dikhususkan untuk menghantar sebarang dokumen atau bahan bercetak yang beratnya sehingga 2 kilogram. Jenis-jenis dokumen atau bahan bercetak yang dimaksudkan adalah seperti laporan tahunan syarikat, majalah, buku, diari, kalendar atau katalog selagi ia mematuhi kriteria had berat, saiz dan ketebalan yang dibenarkan. Perkhidmatan ini terhad kepada pengeposan dan serahan dalam negara sahaja.

  • PERKHIDMATAN FRANGKISatu kemudahan untuk membuat pengeposan barangan pos tanpa perlu melekatkan setem pada sampul surat.Pelanggan dikehendaki membeli mesin frangki sendiri dan mendapatkan lesen dan permit mesin franPengeposan mel frangki hendaklah dibuat di pejabat pos atau pusat mel yang telah disenarai dan ditetapkan Pelanggan hendaklah membuat pengeposan di pejabat pos atau pusat mel yang dipilih seperti yang tercatat di dalam permit.

  • POS EKSPRES

    Pos Ekspres merupakan suatu cara yang cepat, berpatutan dan mudah untuk menghantar dokumen segera dan dijamin sampai ke destinasinya mengikut piawaian perkhidmatan yang dijanjikan. Mel boleh diserahkan dalam masa satu hari, dua hari atau tiga hari tertakluk kepada zon penghantaran.Sampul surat pos ekspres perlu digunakan untuk perkhidmatan ini.Pos ekspres hanya boleh diposkan di peti pengepos berwarna kuning atau di kaunter pejabat pos.Barang Pos Ekspres tidak boleh diinsuranskan juga tidak boleh didaftarkan sebagai barang PosDaftar atau bungkusan.

  • POSDAFTAR

    Perkhidmatan PosDaftar adalah disyorkan untuk mengepos barang atau dokumen yang dianggap berharga ataumustahak. Perkhidmatan ini memberikan pelanggan satu alternatif penghantaran mel yang lebih selamat kerana ia dikendalikan dengan menggunakan sistem komputer sepenuhnya yang membolehkan pergerakannya dikesan dari mula ia diposkan sehingga diserahkan kepada penerima.Pengendalian berkomputer ini membolehkan pelanggan memeriksa status PosDaftar mereka melalui internet.

  • Surat Standard dan Surat Bukan Standard boleh didaftarkan menggunakan sampul surat biasa atau Sampul Khas PosDaftar yang dijual. Sekiranya menggunakan sampul surat biasa, pelanggan hendaklah membeli Label PosDaftar, melengkapkan butir-butir yang berkenaan dan menampalkannya pada muka hadapan sampul surat PosDaftar bersebelahan alamat penerima.

  • MELICINKAN & MEMPERCEPATKAN AKTIVITI PERDAGANGANMemudahkan hubungan antara peniaga & peniaga lain.Peniaga boleh mengesan dan mendapatkan maklumat dari dalam dan luar negara dengan cepat, tepat dan berkesan serta menyebarkannya untuk kepentingan organisasi.

  • MEMPERLUASKAN PASARANMembantu peniaga meluaskan pasaran barang & perkhidmatan sama ada dalam atau luar negara. Hasil daripada saiz pasaran yang luas, membolehkan peniaga menerima permintaan yang semakin meningkat bagi barang & perkhidmatan.

  • MENYEBARKAN MAKLUMATMembantu peniaga dalam membuat perancangan, persediaan dan keputusan yang menguntungkan.Peniaga dapat menghantar maklumat , dokumen dan perkhidmatan kepada pelanggan dengan mudah dan cepat.

  • MENGELAKKAN KERUGIAN & KEROSAKANPerkhidmatan kurier dapat mengelakkan kerugian & kerosakan kerana bungkusan yang rosak akan diberi ganti rugi yang sepatutnya.

  • MEMUDAHKAN KEGIATAN PROMOSIMembantu peniaga mengumumkan maklumat mengenai barang dan perkhidmatan kepada pengguna.