perkembangan interaktif tentang pelan lakar bagi · pdf filejangka panjang krisis kewangan dan...

2
Perkembangan Interaktif tentang Pelan Lakar bagi Mengatasi Kesan Jangka Panjang Krisis Kewangan dan Ekonomi Global Negara Anggota PBB ASTANA, Kazakhstan, 25 Mac 2014/PRNewswire/ -- Platform komunikasi maklumat G-Global hari ini menganjurkan persidangan dalam talian pada 19 Mac dengan tema "Pelan Lakar bagi mengatasi kesan jangka panjang krisis kewangan dan ekonomi global Negara Anggota PBB" sebagai persediaan untuk Persidangan Antikrisis Sedunia kedua yang akan diadakan di ibu negara Kazakhstan, Astana bermula pada 21 hingga 23 Mei 2014. Mark Uzan, pengarah Jawatankuasa Pemulihan Bretton Woods telah menjadi moderator bagi persidangan dalam talian itu yang disertai oleh pakar antarabangsa dan juga pakar dari Kazakhstan. Mereka berjaya mencapai persetujuan berkenaan Pelan lakar gabungan bagi mengatasi kesan jangka panjang krisis kewangan dan ekonomi global Negara Anggota PBB (Pelan) yang kini sedang diusahakan dengan giat oleh komuniti pakar antarabangsa. Bagi melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik: http://www.multivu.com/mnr/7140055-g-global-info-communicative-platform- draft-plan Objektif Pelan berkenaan adalah untuk mewujudkan dasar yang berkesan dan diselaraskan pada peringkat global serta memperbaharui struktur kewangan-ekonomi dunia. Para penganjur telah menjemput pakar antarabangsa bagi menilai Pelan lakar gabungan tersebut dan turut mengemukakan cadangan tambahan sebelum 18 April 2014 menerusi: http://www.group-global.org/ru/page/view/515 Cabaran global menyeru tindakan global – kami amat mengharapkan sumbangan anda! Pelan tersebut yang diwujudkan berdasarkan prinsip demokrasi, bertujuan untuk membangunkan langkah berkesan bagi mengatasi kemelesetan ekonomi dan kewangan, langkah pencegahan kemelesetan pada masa hadapan serta penyediaan pertumbuhan ekonomi jangka panjang yang seimbang. Platform komunikasi maklumat G-Global telah menjadi tuan rumah bagi perbincangan yang aktif tentang Pelan ini sejak 1 Julai 2013 lagi. Dalam tempoh ini,

Upload: phungkien

Post on 07-Feb-2018

229 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Perkembangan Interaktif tentang Pelan Lakar bagi · PDF filejangka panjang krisis kewangan dan ekonomi global Negara ... (resolusi A/RES/68/201 "Sistem kewangan antarabangsa dan pembangunan"

Perkembangan Interaktif tentang Pelan Lakar bagi

Mengatasi Kesan Jangka Panjang Krisis Kewangan dan

Ekonomi Global Negara Anggota PBB ASTANA, Kazakhstan, 25 Mac 2014/PRNewswire/ -- Platform komunikasi maklumat G-Global hari ini menganjurkan persidangan

dalam talian pada 19 Mac dengan tema "Pelan Lakar bagi mengatasi kesan

jangka panjang krisis kewangan dan ekonomi global Negara Anggota PBB"

sebagai persediaan untuk Persidangan Antikrisis Sedunia kedua yang akan

diadakan di ibu negara Kazakhstan, Astana bermula pada 21 hingga 23 Mei

2014. Mark Uzan, pengarah Jawatankuasa Pemulihan Bretton Woods telah

menjadi moderator bagi persidangan dalam talian itu yang disertai oleh

pakar antarabangsa dan juga pakar dari Kazakhstan. Mereka berjaya

mencapai persetujuan berkenaan Pelan lakar gabungan bagi mengatasi kesan

jangka panjang krisis kewangan dan ekonomi global Negara Anggota PBB

(Pelan) yang kini sedang diusahakan dengan giat oleh komuniti pakar

antarabangsa.

Bagi melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik:

http://www.multivu.com/mnr/7140055-g-global-info-communicative-platform-

draft-plan

Objektif Pelan berkenaan adalah untuk mewujudkan dasar yang berkesan dan

diselaraskan pada peringkat global serta memperbaharui struktur

kewangan-ekonomi dunia. Para penganjur telah menjemput pakar

antarabangsa bagi menilai Pelan lakar gabungan tersebut dan turut

mengemukakan cadangan tambahan sebelum 18 April 2014 menerusi:

http://www.group-global.org/ru/page/view/515

Cabaran global menyeru tindakan global – kami amat mengharapkan

sumbangan anda!

Pelan tersebut yang diwujudkan berdasarkan prinsip demokrasi, bertujuan

untuk membangunkan langkah berkesan bagi mengatasi kemelesetan ekonomi

dan kewangan, langkah pencegahan kemelesetan pada masa hadapan serta

penyediaan pertumbuhan ekonomi jangka panjang yang seimbang. Platform

komunikasi maklumat G-Global telah menjadi tuan rumah bagi perbincangan

yang aktif tentang Pelan ini sejak 1 Julai 2013 lagi. Dalam tempoh ini,

Page 2: Perkembangan Interaktif tentang Pelan Lakar bagi · PDF filejangka panjang krisis kewangan dan ekonomi global Negara ... (resolusi A/RES/68/201 "Sistem kewangan antarabangsa dan pembangunan"

para pengguna portal G-Global termasuklah para pakar organisasi

antarabangsa, pusat penyelidikan dan juga institusi kewangan, badan

bukan kerajaan, komuniti perniagaan dan sains, ahli politik serta

aktivis awam telah menerbitkan lebih 13,000 kajian dan laporan, 45,000

ulasan pakar dan komentar serta lebih 300 video persidangan yang

kesemuanya menyumbang kepada pembangunan Pelan tersebut yang berkesan.

Persidangan dalam talian turut menjadi salah satu acara utama bagi

membincangkan Pelan tersebut.

Draf bagi Pelan untuk negara anggota PBB akan digunakan bersempena

dengan Persidangan Antikrisis Sedunia II (WAC) yang akan diadakan dengan

sokongan Perhimpunan Agung PBB (resolusi A/RES/68/201 "Sistem kewangan

antarabangsa dan pembangunan" bertarikh 20.12.2013) bermula pada 21

hingga 23 Mei 2014 di Astana.

Butiran perhubungan:

Penyelaras Media EECSA

Dodesheva Aigerim:

Tel.: +7(7172)70-18-12

e-mel: [email protected]

Sumber: Eurasian Economic Club of Scientists Association