perkahwinan bugis ..wajib !!! baca !!

Upload: eddy-fazwan

Post on 03-Apr-2018

467 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 perkahwinan Bugis ..wajib !!! baca !!

    1/6

    Masyarakat Melayu yang beragama Islam akan mengadakan adat merisik dan

    meminang. Berbeza pula bagi adat perkahwinan etnik Bugis kerana adat pertunangan

    tidak begitu digalakkan. Bagi mereka perkahwinan merupakan satu ikatan yang

    menghalakan perhubungan antara lelaki dan perempuan menurut Islam. Ibu bapa

    beranggapan bahawa pertunangan boleh menimbulkan fitnah dan pelbagai syak

    wasangka dalam kalangan masyarakat. Tempoh pertunangan yang paling lama pun

    adalah dalam masa 2 minggu. Walau bagaimanapun, terdapat majlis yang menyerupai

    adat bertunang tetapi masyarakat bugis tidak menganggapnya adat bertunang. Majlis

    ini digelarMapendrek doikyang membawa naik duit (wang hantaran).

    Mapendrek doikatau naik duit (wang hantaran) dalam majlis ini, pihak lelaki akan

    membawa wang hantaran yang telah ditetapkan semasa meminang. Sebilangan besar

    di keluarga pihak perempuan akan menerima kesemua wang hantaran dan selebihnya

    hanya menerima sebahagian sahaja. Oleh yang demikian, semasa dulang hantaran

    diberikan ketka majlis pernikahan, dulang wang hantaran sekadar simbolik sahaja

    kerana wang hantaran telah pun diserahkan kepada pihak perempuan untuk

    menampung kos perbelanjaan majlis persandingan. Semasa majlis ini berlangsung,

    pihak pengantin lelaki akan menyarungkan cincin sebagai tanda ikatan sebelum tiba

    majlis pernikahan yang berlangsung selepas tiga hingga tujuh hari setelah majlis naik

    duit.

    UNDANGAN PERKAHWINAN

    Seminggu sebelum majlis persandingan, proses mengundang atau menjemput

    tetamu menggunakan khidmat dua orang wanita untuk mappisengatau erti kata lain

    memanggil. Wanita yang belum berkahwin tidak dibenarkan untuk menjemput tetamu

    kerana tidak manis dipandang oleh masyarakat lain. Kedua-dua wanita ini digelar

  • 7/29/2019 perkahwinan Bugis ..wajib !!! baca !!

    2/6

    pattampa yang bermaksud pemanggil tetamu. Pattampa akan mattampa, iaitu

    berkunjung dari rumah ke rumah. Pattampa akan membawa dulang yang dibalut

    dengan kain berwarna dan bermanik. Dulang diisi dengan dua bungkus rokok pelbagai

    jenama beserta mancis atau gula-gula. Rokok, suatu ketika dahulu merupakan lambang

    prestij sesebuah keluarga. Hanya golongan yang berkemampuan sahaja mampu

    memilikinya. Tetamu yang dijemput akan membuka dulang dan mengambil sebatang

    rokok lalu membakarnya. Adat ini penting kerana bagi tetamu yang mempunyai anak

    dara, kerana dengan cara ini diharapkan anak mereka pula akan menemui jodoh. Adat

    mattampa ini berbeza dengan adat kaum lain yang menggunakan kad undangan.

    MALAM MAPPACI

    Malam mappaciatau lebih dikenali sebagai malam berinai yang dilakukan pada

    malam sebelum hari pernikahan. Majlis ini dilakukan di rumah pengantin perempuan

    dan. Majlis berinai ini akan dimulakan dengan majlis khatam al-Quran, disusuli dengan

    majlis berzanji. Setelah selesai menginai pengantin perempuan, rombongan gadis

    muda yang memakai inai kepada pengantin perempuan akan bersiap untuk berkunjung

    ke rumah mempelai lelaki. Tujuannya untuk menghantar lebihan inai daripada bakal

    isteri kepada pengantin lelaki. Adat ini merupakan satu usaha agar kedua-dua

    mempelai hidup harmoni.

    Sebelum pengantin perempuan memakai inai, adat memakai bedak dilakukan

    dengan meriah. Majlis ini dianggap penting untuk melicinkan kulit dan menambahkan

    seri wajah pengantin perempuan. Bedak tersebut digelar bedak kecekyang bermaksud

    sejuk. Bedak ini dibuat sendiri dengan menggunakan beras dan diadun dengan bahan

    lain termasuk kunyit dan ditumbuk dengan lesung. Lebihan bedak pengantin

    perempuan akan disapu pada wanita yang belum berkahwin.

  • 7/29/2019 perkahwinan Bugis ..wajib !!! baca !!

    3/6

    Kemeriahan malam berinai turut disertakan dengan permainan domino yang

    dipertandingkan kepada kaum lelaki. Cabutan undi dilakukan untuk membentuk

    kumpulan yang terdiri daripada empat pemain. Dalam permainan ini, golongan muda

    tua beradu kemahiran dan berkumpul dalam suasana yang muhibbah. Sementara kaum

    lelaki bermain domino, kaum wanita akan menyediakan jamuan seperti kopi dan kuih-

    muih.

    SOMPA

    Dalam adat resam perkahwinan etnik ini, mas kahwin yang akan diberikan

    kepada pengantin perempuan tidak dihias dengan bunga dan dipegang begitu sahaja.

    Pengantin lelaki perlu menyediakan sompa terlebih dahulu. Sompa dianggap

    menyimpan harga diri bakal isteri. Sompa merupakan kain putih yang diisi dengan wang

    mas kahwin. Di dalam kain putih tersebut terdapat juga beras, buah pala, kayu manis

    dan jarum. Makna yang tersirat disebalik sompa sangat mendalam bagi kaum ini.

    Justeru, sompa harus disimpan di tempat yang paling berharga dan selamat.

    Barang-barang yang disertakan dengan mas kahwin melambangkan cabaran dan

    dugaan yang perlu ditempuhi oleh pasangan pengantin semasa hidup bersama.

    Cabaran digambarkan dengan meletakkan jarum di dalam beras, sedangkan beras itu

    pula melambangkan keperluan asas dalam kehidupan. Perisa dan keharmonian rumah

    tangga digambarkan dengan buah pala dan kayu manis termasuklah rezeki yang bakal

    diterima.

    Saudara lelaki pengantin perlu bersiap sedia membawa sompa. Amanah ini

    bukan satu tanggungjawab yang ringan kerana sompa dikatakan lambang panjang atau

    pendek jodoh seseorang. Sompa tidak boleh jatuh daripada kendungan. Jika jatuh,

    masyarakat Bugis percaya bahawa itulah peranda yang tidak baik. Selain sompa, bakul

    sugi perlu disediakan sebelum menjadi raja sehari. Bakul ini diisi dengan buah-buahan

    tempatan seperti nangka, pisang, betik dan lain-lain. Buah-buahan ini melambangkan

    kemanisan dalam berumah tangga. Sompa dan bakul sugi akan diserahkan kepada

    pihak perempuan setibanya rombongan lelaki di rumah perempuan. Buah-buahan ini

  • 7/29/2019 perkahwinan Bugis ..wajib !!! baca !!

    4/6

    tidak boleh dihidangkan kepada semua orang tetapi hanya untuk saudara perempuan

    yang belum berkahwin agar mereka juga menerima jodoh.

    MAJLIS PERNIKAHAN DAN PERSANDINGAN

    Majlis persandingan etnik ini berlangsung sama seperti umat Islam yang lain.

    Sebelum melafazkan akad nikah, pengantin lelaki akan duduk di atas kain pelekat yang

    disusun sebanyak 9 atau 12 susunan. Kain ini dilipat dengan membawa kesemua

    hujung kain ke tengah. Adat ini bagi menghormati pengantin lelaki yang akan bernikah.

    Susunan kain ini menggambarkan pangkat dan darjat seseorang.

    Wakil pengantin lelaki membawa

    sompa

    Rombongan lelaki membawa bakul

    sugi

    Pengantin lelaki duduk di atas

    susunan lipatan kain pelekat

  • 7/29/2019 perkahwinan Bugis ..wajib !!! baca !!

    5/6

    Majlis persandingan selalunya akan diadakan di luar rumah. Sarapo atau

    khemah kahwin adalah tempat di mana persandingan ini akan diadakan. Sarapo

    diperbuat dari bambu yang didirikan menjadi sebuah khemah yang besar. Proses

    membina sarapo ini selalunya akan dibuat seminggu sebelum majlis. Dan akan

    diusahakan oleh ahli keluarga, saudara mara, kawan-kawan dan jiran tetangga.

    Semangat kekitaan sangat dititikberatkann dalam etnik bugis. Segala kerja dilakukan

    bersama-sama. Di bahagian dapur juga begitu, segala aktiviti masak memasak akan

    dilaksanakan sesama mereka.

    Di samping itu, anak-anak gadis yang menyerikan majlis akan memakai baju

    bodo. Pakaian ini menjadi begitu bernilai kerana baju bodo diperagakan oleh golongan

    istana pada zaman Kesultanan Bugis. Hidangan utama dalam majlis perkahwinan ialah

    beppa richa yang bermaksud kuih basah. Apabila tetamu datang, mereka akan

    dihidangkan dengan kuih basah. Selepas itu, barulah tetamu akan menikmati hidangan

    nasi putih dan pelbagai jenis lauk. Kuih-muih disediakan oleh jennang, seorang tukang

    masak.

    Majlis persandingan di rumah pengantin perempuan akan berlangsung sehingga

    larut malam. Ada pasangan pengantin yang terus memperagakan baju bodo pelbagai

    jenis dan warna sehingga malam. Pada malam ini juga pemenang permainan domino

    akan diumumkan oleh mempelai.

    Pelamin etnik BugisTempayan (tempat solo) : Tetamu

    memasukkan sumbangan berupa duit

  • 7/29/2019 perkahwinan Bugis ..wajib !!! baca !!

    6/6

    Apabila selesai majlis di rumah perempuan, pada keesokannya persandingan

    akan terus berlangsung di rumah lelaki. Kehadiran pengantin perempuan di rumah

    pasangannya digelarmerolla atau berkunjung ke rumah mentua. Adat mamettoa atau

    mengenali keluarga mentua dilakukan di rumah pihak lelaki. Semasa adat ini, kedua-

    dua mempelai duduk di satu penjuru ruang tamu.

    Pengantin perempuan akan diperkenalkan kepada seluruh ahli keluarga

    suaminya. Seorang demi seorang akan bersalaman dan berpelukan dengan kedua-dua

    mempelai yang didahului dengan ibu bapa lelaki. Lazimnya, ibu dan saudara

    perempuan pihak lelaki sahaja yang akan memberikan hadiah kepada orang baharu

    dalam keluarga mereka. Ibu mentua akan menyarungkan cincin atau rantai emas. Bagi

    mereka, semakin tinggi nilai pemberian maka semakin tinggi penghargaan yang

    diberikan kepada pengantin perempuan.

    Rombongan pengantin disambut

    dengan tarian Bugis

    Disambut dengan tikar mengkuang

    Sesi penggambaran seisi keluarga