perdagangan ting4 ppt

7
Bahagian A [ 75 markah ] Jawab semua soalan dalam bahagian ini. 1. (a) Rajah 1 menunjukkan satu keperluan manusia yang perlu dipenuhi mengikut Model Hierarki Keperluan Maslow. Rajah 1 (i) Nyatakan maksud keperluan. [ 2 markah ] (ii) Jelaskan Hierarki Keperluan Maslow. [ 6 markah ] (b) Rajah 2 menunjukkan satu aktiviti dalam cabang pengeluaran. Rajah 2 1

Upload: qilah-zabidi

Post on 13-Sep-2015

229 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

perdagangan

TRANSCRIPT

Bahagian A[ 75 markah ]Jawab semua soalan dalam bahagian ini.1. (a)Rajah 1 menunjukkan satu keperluan manusia yang perlu dipenuhi mengikut Model Hierarki Keperluan Maslow.

Rajah 1(i)Nyatakan maksud keperluan. [ 2 markah ](ii)Jelaskan Hierarki Keperluan Maslow. [ 6 markah ] (b)Rajah 2 menunjukkan satu aktiviti dalam cabang pengeluaran.

Rajah 2Terangkan tiga jenis cabang pengeluaran tersebut. [ 6 markah ] (c)Terangkan tiga fakfor pengeluaran. [ 6 markah ]

(d)Dialog berikut berkaitan dengan satu sistem dalam perdagangan.Ahmad : Adakah awak hendak menukarkan 10 ekor ikan yang saya ada dengan seekor ayam awak?

Sazali : Sudah tentu. jumlah ikan itu sesuai dengan seekor ayam saya dan tidaklah terlalu berat untuk membawanya.

Jelaskan lima kelemahan yang terdapat dalam sistem tersebut. [ 5 markah ]2.(a)Encik Farid membeli cencaluk untuk kedai runcitnya di Negeri Sembilan daripada Puan Jamilah di Melaka.Terangkan tiga bantuan perniagaan yang diperlukan oleh Encik Farid apabila dia membuat urus niaga tersebut. [ 9 markah ] (b)Jelaskan perkaitan antara pengeluaran dan perniagaan. [ 8 markah ] (c)Nyatakan empat jenis saluran agihan. [ 4 markah ] (d)Rajah 3 menunjukkan jenis perniagaan runcit kecil-kecilan.

Rajah 3Huraikan X dan Y. [ 4 markah ]

3. (a)Rajah 4 berkaitan dengan sejenis perniagaan runcit kecil-kecilan.

Rajah 4(i)Terangkan jenis perniagaan runcit kecil-kecilan tersebut. [ 1 markah ](ii)Terangkan tujuh ciri perniagaan di 3(a)(i). [ 7 markah ](b)Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis peruncit besar-besaran.Organisasi ini ditubuhkan oleh sekumpulan pengguna secara sukarela untuk menjalankan perniagaan runcit.

(i)Huraikan peruncit besar-besaran tersebut. [ 9 markah ](ii)Terangkan empat kelebihan peruncit besar-besaran di 3(b)(ii) kepada ahli. [ 8 markah ]

BAHAGIAN B[ 25 markah ]Soalan ini wajib dijawab.

Encik Fazli merupakan seorang penternak ikan air tawar. Dia menjalankan kegiatannya di Kuala Lipis, Pahang. Dia merupakan seorang bekas pengawai di Jabatan Veterinar Negeri Pahang.Encik Fazli telah memulakan perniagaan ini sejak lima tahun dahulu. Dia menggunakan wang simpanannya sendiri sebanyak RM 20 000 sebagai modal permulaan untuk membina kolam, membeli anak ikan, dan makanan ikan.Pada awalnya, perniagaan Encik Fazli menghadapi pelbagai masalah. Ikan-ikannya mengalami penyakit sekunder yang disebabkan oleh kesesakan ikan dalam kolam, kemerosotan mutu air, luka-luka pada badan ikan yang disebabkan oleh parasit atau asa. Berpandukan nasihat daripada Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan bantuan pinjaman Bank Pertanian, dia dapat membeli ubat-ubatan untuk ikan-ikannya bagi mengelakkan jangkitan penyakit serta membesarkan kolam yang sedia ada. Encik Fazli juga mengupah tiga orang pekerja untuk membantunya membersihkan kolam dan memberi makanan kepada ikan-ikannya.Dalam masa 12 bulan sahaja, penternakan ikan air tawarnya telah menghasilkan jualan yang agak besar, iaitu memberikan pendapatan bulanan sebanyak RM 2 500 kepadanya.

Berdasarkan situasi di atas, jawab soalan berikut :(a)Apakah cabang pengeluaran yang diceburi oleh Encik Fazli? [ 3 markah ](b)Apakah ciri-ciri keusahawanan yang ada pada Encik Fazli? [ 10 markah ](c)Selain daripada pemberian pinjaman, terangkan perkhidmatan lain yang boleh diberi oleh bank kepada kegiatan penternakan Encik Fazli. [ 6 markah ](d)Bagaimanakah bantuan perniagaan seperti pengangkutan dan insurans boleh membantu Encik Fazli? [ 6 markah ]KERTAS SOALAN TAMAT Disediakan Oleh : Disemak Oleh :

..................................... .....................................(CIK NOR'AQILAH BINTI AHMAD ZABIDI) (PN. MARLINA BINTI ISMAIL) Guru Mata Pelajaran Perdagangan Ketua Panitia Perdagangan4