perbezaan ujian rujukan norma dan ujian rujukan kriteria

4
PERBEZAAN UJIAN RUJUKAN NORMA DAN UJIAN RUJUKAN KRITERIA Perkara Ujian Rujukan Norma Ujian Rujukan Kriteria Konsep Ujian yang relatif yang menggambarkan prestasi kumpulan murid dalam graf yang normal. Ujian rujukan yang menentukan peringkat pencapaian individu berdasarkan kriteria tertentu yang telah ditetapkan. Tujuan i. Membandingkan prestasi antara murid atau kumpulan. ii. Menentukan murid sama ada lulus, gagal, cemerlang dan sederhana. iii. Memilih murid untuk tujuan pengiktirafan – sijil i. Menentukan tahap penguasaan sesuatu kemahiran yang telah dipelajari mengikut kriteria yang telah ditentukan. ii. Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran berdasarkan keputusan ujian. Ciri- ciri Soalan Bermula dengan soalan yang mudah kepada lebih sukar dan mempunyai diskriminasi yang tinggi Soalan yang hampir sama peringkat kesukaran dengan berpandukan objektif pelajaran. Ciri- ciri ujian Penentuan pangkat, gred bagi menentukan kelulusan murid pelbagai peringkat. Tiada gred ditetapkan dan memadai penyataan lulus gagal. Kandunga n cakupan Meliputi topik pembelajaran yang lebih luas Tertumpu kepada topik-topik tertentu yang lebih khusus. Contoh ujian Peperiksaan akhir penggal, UPSR, PMR, SPM, STPM Ujian pendek, tugasan, latihan, soal jawab dalam bilik darjah.

Upload: eilaqieylah

Post on 29-Jun-2015

2.613 views

Category:

Documents


46 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERBEZAAN UJIAN RUJUKAN NORMA DAN UJIAN RUJUKAN KRITERIA

PERBEZAAN UJIAN RUJUKAN NORMA DAN UJIAN RUJUKAN KRITERIA

 Perkara

 Ujian Rujukan Norma

 Ujian Rujukan Kriteria

  Konsep 

 Ujian yang relatif yang menggambarkan  prestasi kumpulan murid dalam graf yang normal. 

 Ujian rujukan yang menentukan peringkat pencapaian individu berdasarkan kriteria tertentu yang telah ditetapkan. 

 Tujuan  

 i.    Membandingkan prestasi antara murid atau kumpulan.

ii.     Menentukan murid sama ada lulus, gagal, cemerlang dan sederhana.

iii.    Memilih murid untuk tujuan pengiktirafan – sijil

 i.         Menentukan tahap penguasaan sesuatu kemahiran yang telah dipelajari mengikut kriteria yang telah ditentukan.

ii.       Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran berdasarkan keputusan ujian.

  Ciri-ciri Soalan 

 Bermula dengan soalan yang mudah kepada lebih sukar dan mempunyai diskriminasi yang tinggi 

 Soalan yang hampir sama peringkat kesukaran dengan berpandukan objektif pelajaran.

 Ciri-ciri ujian

 Penentuan pangkat, gred bagi menentukan kelulusan murid pelbagai peringkat. 

 Tiada gred ditetapkan dan memadai penyataan lulus gagal. 

 Kandungan cakupan

 Meliputi topik pembelajaran yang lebih luas

 Tertumpu kepada topik-topik tertentu yang lebih khusus. 

 Contoh ujian

 Peperiksaan akhir penggal, UPSR,  PMR, SPM, STPM

 Ujian pendek, tugasan, latihan, soal jawab dalam bilik darjah. 

Ujian Rujukan Norma (URN)  

Page 2: PERBEZAAN UJIAN RUJUKAN NORMA DAN UJIAN RUJUKAN KRITERIA

Fungsi utama ujian rujukan norma (URN) ialah untuk membandingkan pelajar di antara pelajar di dalam sesuatu bidang, sifat atau kemahiran yang diuji di dalam ujian itu. Markah ujian hanyalah dapat ditafsirka melalui perbandingan prestasi seseorang pelajar dengan prestasi kumpulan tertentu yang mengambil ujian yang sama.

Ujian rujukan norma yang baik dapat mendiskriminasikan pelajar. Ia seharusnya boleh membezakan pelajar yang terpandai daripada pelajar yang kedua terpandai dan pelajar kedua terpandai daripada pelajar yang ketiga terpandai dan seterusnya. Oleh itu ujian jenis ini mengandungi soalan-soalan yang sederhana kesukarannya kerana soalan-soalan yang sederhana kesukarannya mempunyai kuasa diskriminasi yang lebih tinggi.

Ujian-ujian pada peperiksaan UPSR, PMR, SPM, dan STPM yang melibatkan bilangan pelajar yang banyak adalah ujian rujukan norma.

Page 3: PERBEZAAN UJIAN RUJUKAN NORMA DAN UJIAN RUJUKAN KRITERIA

Taburan Skor Ujian Rujukan Normal

Ujian Rujukan Kriteria (URK)

Ujian rujukan kriteria (URK) dibina untuk menentukan status seseorang pelajar dalam sesuatu bidang, sifat atau kemahiran berbandingkan dengan pengetahuan atau kemahiran yang telah ditetapkan kriterianya. Markah yang dihasilkan mengelaskan pelajar kepada kategori:

1. telah menguasai atau

2. belum menguasai.

Oleh itu pada ujian rujukan kriteria, perbandingan antara pelajar tidak timbul.

Contoh ujian rujukan kriteria ialah seperti ujian menaip bagi jurutaip. Ujian seperti ini mempunyai tiga bahagian penting, iaitu (1) tugasan, (2) syarat, dan (3) piawaian.

Contoh ujian menaip:

Tugasan :  Boleh menaip 10 muka surat

Syarat     : Mengguna mesin taip elektrik 

Page 4: PERBEZAAN UJIAN RUJUKAN NORMA DAN UJIAN RUJUKAN KRITERIA

Piawaian : 1. Kelajuan menaip 50 psm atau lebih

2. Kesilapan ejaan 2 perkataan atau kurang pada setiap muka surat.