perbezaan perspektif tamadun islam dan b

15
PERBEZAAN PERSPEKTIF TAMADUN ISLAM DAN BARAT Tokoh islam berpendapat bahawa tamadun lain selain Islam yang dihasilkan oleh manusia tidak mampu melahirkan tamadun dan agama yang syamil dan kamil. Islam merupakan satu-satunya agama yang dapat mewujudkan tamadun dan peradaban yang sebenar. Pembangunan insan yang kamil dan bermanfaat kepada masyrakat telah ditekankan didalam al- Quran. Sayyid Qutb yang merupakan salah satu tokoh Islam telah melihat bahawa tamadun Barat sebenarnya hanya mambawa kepada kehancuran manusia. Sebagaimana teori evolusi Charles Darwin yang jelas menunjukkan kesan negatif terhadap ketamadunan umat manusia. “Man is seen as an autonomous being brought by accidents of natural selection, aster of his own destiny, at least for those who believe in free will, and lord of the earth and the whole natural enviroment” -Seyyed Hussein Nasr. Terdapat hubungan yang erat antara konsep ketamadunan dan konsep manusia yang digambarkan oleh beliau.

Upload: rashid-husin

Post on 15-Feb-2016

81 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

esei

TRANSCRIPT

Page 1: Perbezaan Perspektif Tamadun Islam Dan b

PERBEZAAN PERSPEKTIF TAMADUN ISLAM DAN BARAT

Tokoh islam berpendapat bahawa tamadun lain selain Islam yang dihasilkan oleh

manusia tidak mampu melahirkan tamadun dan agama yang syamil dan kamil. Islam

merupakan satu-satunya agama yang dapat mewujudkan tamadun dan peradaban

yang sebenar. Pembangunan insan yang kamil dan bermanfaat kepada masyrakat telah

ditekankan didalam al-Quran. Sayyid Qutb yang merupakan salah satu tokoh Islam

telah melihat bahawa tamadun Barat sebenarnya hanya mambawa kepada kehancuran

manusia. Sebagaimana teori evolusi Charles Darwin yang jelas menunjukkan kesan

negatif terhadap ketamadunan umat manusia.

“Man is seen as an autonomous being brought by accidents of natural selection, aster

of his own destiny, at least for those who believe in free will, and lord of the earth and

the whole natural enviroment”-Seyyed Hussein Nasr. Terdapat hubungan yang erat

antara konsep ketamadunan dan konsep manusia yang digambarkan oleh beliau.

Walaupun tamadun Islam dan tamadun Barat mempunyai beberapa persamaan dari

segi pencapaian material, namun demikian terdapat satu perbezaan yang ketara di

mana tamadun Islam mementingkan aspek keagamaan khususnya dari segi spiritual

dan akhlak.

Page 2: Perbezaan Perspektif Tamadun Islam Dan b

Takrifan tamadun dapat difahami dengan jelas seandainya kita mendalami pelbagai

sudut pandangan daripada tokoh-tokoh Islam dan juga Barat. Antara pandangan

ilmiah mengenai tamadun Islam dan tamadun Barat adalah seperti berikut :

TAMADUN ISLAM

1. Ibn Khaldun.( 732H - 808H )

Tamadun ialah pembangunan bandar yang subur dan makmur dengan pencapaian

yang tinggi dalam bidang ekonomi, sosial, politik, seni bina termasuk bidang sains

seperti arithmetik, algebra, geometri, kimia, perubatan serta puisi dan pengajian

Islam.

2. Jurji Zaidan.( 1861 - 1941 )

Tamadun ialah sistem pentadbiran negara Islam yang termask bandar-bandar Islam

serta terdapat susun lapis masyarakat. Selain itu terdapat pencapaian yang

merangkumi bidang sains, ilmu pengetahuan, seni bina dan seni muzik serta

nyanyian.

3. Ismail Al-faruqi.(1921 - 1986)

Tamadun merupakan sesuatu yang diasaskan atas tauhid iaitu pengiktirafan mengenai

dua realiti yang menciptakan iaitu Allah S.W.T dan realiti yang diciptakan iaitu

makhluk, manusia atau lebih tepat sekali ialah hamba Allah. Tauhid ialah identiti

tamadun Islam yang mengaitkan segala unsurnya lalu mewujudkan suatu wadah yang

kukuh yang bergelar tamadun

Page 3: Perbezaan Perspektif Tamadun Islam Dan b

4. Syed Muhammad Naquib Al-attas

Tamadun merujuk kepada keadaan kehidupan insan yang telah mencapai taraf

kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakat. Malah

istilah tamadun sendiri berasal dari istilah din yang bermaksud satu cara hidup atau

kehidupan beragama.

TAMADUN BARAT

1. Arnold Toynbee.

Tamadun merupakan sejenis kebudayaan yang berkembang di kota. Tamadun juga

satu kumpulan pemikiran daripada pelbagai manifestasi serta satu gaya kebudayaan

yang bertanggungjawab dalam pembentukan institusi poliktik, kesusasteraan, moral

dan agama.

2. Dr. Haas dan Lecky

Tamadun Eropah berasal daripada tamadun Yunani dan Rom yang bermatlamatkan

kebendaan semata-mata.

3. J.K Fiebleman

Tamadun ialah kepandaian mengeksploitasi material oleh masyarakat iaitu proses

masyarakat terhadap material dengan sendiri menjadikan barang baru bagi keperluan

tertentu.

Page 4: Perbezaan Perspektif Tamadun Islam Dan b

Berdasarkan definisi melalui pemikiran daripada beberapa tokoh tersebut, maka

jelaslah terdapat perbezaan yang ketara antara kedua-dua tamadun Islam dan tamadun

Barat. Berikut merupakan ringkasan yang telah dibuat bagi memudahkan kita untuk

lebih memahami dengan lebih mendalam lagi mengenai perbandingan konsep dan

perspektif tamadun Islam dan Barat :

PERSPEKTIF ISLAM PERSPEKTIF BARAT

i. Karya-karya - tarikh al-tamaddun al-

islami (Jurji Zaidan), tarikh al-

hadharah al-islamiah fi al-saq (Jamal

al-din al-surur).

ii. Negara - pemerintahan teratur

iii. Kota - bandar

iv. Ilmu - pendidikan, sains, intelektual

v. Seni - seni bina, khat, lukisan

vi. Masyarakat - kehidupan sosial yang

teratur dan baik

vii. Kehidupan ekonomi - perdagangan dan

perindustrian.

i. Karya- karya - wujudnya penempatan

masyarakat manusia disesebuah

kawasan.

ii. Negara - peningkatan kualiti

kehidupan ke arah lebih positif dan

sempurna

iii. Kota - wujudnya organisasi dan

institusi sosial yang baik serta

sistematik

iv. Ilmu - wujudnya bahasa atau beberapa

bahasa seumpama dengan sistem

tulisan tersendiri.

v. Seni - wujudnya daya kekreatifan yang

tinggi seperti seni, sastera dan

sebagainya.

Page 5: Perbezaan Perspektif Tamadun Islam Dan b

PERBEZAAN CIRI-CIRI TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN BARAT

Tamadun Islam merupakan sebuah tamadun yang dibina atas dasar takwa dan

keredhaan Allah S.W.T. dengan berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah sehingga

wujudnya sebuah masyarakat yang hidup dengan aman dan harmoni. Hal ini

disebabkan ciri-ciri khusus yang menjadi prinsip dalam tamadun Islam seperti yang

berikut :

1. Rabbaniyyah

Sumber naqli dijadikan sumber asasi, disamping tidak menafikan kepentingan

sumber akli

2. Universal

Merupakan tamadun sejagat kerana dimiliki oleh sesiapa sahaja dan tidak bersifat

eksklusif kepada satu-satu bangsa.

3. Syumul (menyeluruh)

Milik semua orang yang berpegang teguh pada ad-din.

4. Tetap dan anjal

Islam tidak pernah berubah dari segi tujuan dan matlamat pembinaan manusia, tetapi

anjaldari sudut cara dan teknik perlaksanaannya.

5. Takamul (saling melengkapi)

Tamadun Islam menerima mana-mana unsur luar yang positif dan tidak bercanggah

dengan ajaran Islam.

Page 6: Perbezaan Perspektif Tamadun Islam Dan b

Perbezaan antara tamadun Islam dan tamadun Barat.

TAMADUN ISLAM PERBEZAAN TAMADUN BARAT

Mencakupi seluruh

kehidupan. Bersifat

‘flexible’ dan tidak rigid.

Kedudukan agama

Agama adalah sebahagian

daripada kebudayaan.

Agama dicorak oleh

pembaharuan.

Segala bentuk

pembangunan berkait rapat

dengan kerohanian.

Konsep kesepaduan

&

pengawalan

Melihat perkara keduniaan

hanya untuk kehidupan

dunia semata-mata.

Islam menolak konsep

‘matlamat menghalalkan

cara’ walaupun

mementingkan aspek

kemajuan.

Konsep kemajuan

Berpegang kepada konsep

‘matlamat menghalalan

cara’. Segala kemajuan

mementingkan keuntungan

semata-mata.

Page 7: Perbezaan Perspektif Tamadun Islam Dan b

Perbezaan ciri-ciri tamadun Islam dan tamadun Barat

TAMADUN ISLAM CIRI-CIRI TAMADUN BARAT

Mengaitkan kota atau

bandar sebagai tempat

bermulanya tamadun

Kehidupan

Hidup menetap membawa

kepada kelahiran bandar

dan seterusnya negara.

Proses penyebaran Islam

yang mampu memberi

kesan terhadap perubahan

kearah lebih baik dalam

kehidupan manusia boleh

dipercepatkan.

Sistem tulisan

Dicipta dalam memenuhi

keperluan kehidupan.

Contohnya, merekodkan

sesuatu menggunakan

simbol-simbol yang

tertentu.

Islam menekankan aspek

keadilan dalam kehidupan.

Islam juga menekankan

persamaan taraf antara

sesama manusia.

Organisasi sosial

Lahir apabila manusia

hidup bermasyarakat untuk

saling melengkapi. Mereka

terpaksa begantung diantara

satu ama lain bagi

memenuhi keperluan hidup.

Mempercayai Allah S.W.T

yang maha Esa dan Nabi

Muhammad S.A.W sebagai

rasul utasan-Nya

merupakan akidah yang

benar

Agama

Dan

kepercayaan

Terdapat pelbagai jenis

kepercayaan. Contohnya,

poltisme (percaya banyak

tuhan) dan unsur-usur alam

disembah bagi mengelak

malapetaka.

Page 8: Perbezaan Perspektif Tamadun Islam Dan b

Menjalankan tugas dengan

baik merupakan suatu

kewajipan bagi setiap

inividu. Masing-masing

bebas memilih peranan

sebagai anggota masyarakat

dan berlaku mobiliti sosial.

Pengkhususan pekerjaan

Melambangkan pekerjaan

yang khusus dalam suatu

masyarakat yang

bertamadun. Pekerjaan

mereka dibahagikan

mengikut kategori seperti

artisan, petani, tentera dan

hamba.

Terdapat ramai tokoh

intelektual dari kalangan

umat islam. Aspek-aspek

akhlak juga tidak pernah

diabaikan. Sains dan teknologi

Menjadi ukuran dalam

menentukan bangsa-bangsa

yang bertamadun sebagai

contoh, tamadun Mesir

yang terkenal dengan

teknologi pembinaan,

tamadun Mesopotamia

dalam bidang astronomi da

pembinaan terusan.

Page 9: Perbezaan Perspektif Tamadun Islam Dan b
Page 10: Perbezaan Perspektif Tamadun Islam Dan b
Page 11: Perbezaan Perspektif Tamadun Islam Dan b

PERBEZAAN SUMBER TAMADUN ISLAM DAN BARAT

TAMADUN ISLAM

Sumber tamadun Islam terbahagi kepada tiga iaitu :

SUMBER KHUSUS

1. Al-Quran

-Perkataan Allah yang diturunkan melalui malaikat Jibril kepada Nabi Muhammad

S.A.W dalam bahasa arab, dipindahkan secara mutawatir dan ibadah terhadap sesiapa

yang membacanya.

2. As-Sunnah

-Segala perbuatan, perkataan dan keperibadian Nabi Muhammad S.A.W sepanjang

hidup baginda perlu dijadikan contoh dan ikutan bagi setiap orang Islam.

SUMBER AM

3. Ijtihad

-Kesungguhan para ulama ketika membuat keputusan terhadap sesuatu persoalan

yang belum dinaskan secara qat’i (sama ada dalam al-Quran atau as-Sunnah).

Sebagai contoh, hukum rokok, dadah dan lain-lain

TAMADUN BARAT

Manakala tamadun Barat pula, berasaskan tiga perkara iaitu :

1. Berlandaskan pemikiran dan logik akal manusia.

2. Kebendaan (keinginan nafsu).

3. Yakin dan percaya dengan apa yang dapat dilihat oleh pancaindera.