perbandingan kostum antara watak adam dan … binti nabet(24 pages).pdf · dalam pada itu, pengkaji...

24
Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif PERBANDINGAN KOSTUM ANTARA WATAK ADAM DAN HAWA DALAM PEMENTASAN MONOLOG: SKRIP BUKAN BUNUH DIRI KARYA DINSMAN SEBAGAI KAJIAN KES IRMANINGSIH BINTI NABET Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Drama dan Teater) 2007

Upload: buitu

Post on 07-Feb-2018

255 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERBANDINGAN KOSTUM ANTARA WATAK ADAM DAN … BINTI NABET(24 pages).pdf · Dalam pada itu, pengkaji juga akan mengadakan temuramah terhadap saudari Nizila ... seseorang pelakon memulakan

Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif

PERBANDINGAN KOSTUM ANTARA WATAK

ADAM DAN HAWA DALAM PEMENTASAN

MONOLOG: SKRIP BUKAN BUNUH DIRI KARYA

DINSMAN SEBAGAI KAJIAN KES

IRMANINGSIH BINTI NABET

Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian

(Drama dan Teater)

2007

Page 2: PERBANDINGAN KOSTUM ANTARA WATAK ADAM DAN … BINTI NABET(24 pages).pdf · Dalam pada itu, pengkaji juga akan mengadakan temuramah terhadap saudari Nizila ... seseorang pelakon memulakan

PERBANDINGAN KOSTUM ANTARA WATAK ADAM DAN HAWA DALAM

PEMENTASAN MONOLOG: SKRIP BUKAN BUNUH DIRI KARYA DINSMAN

SEBAGAI KAJIAN KES.

IRMANINGSIH BINTI NABET

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan

dengan Kepujian

( Drama dan Teater )

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

2007

Page 3: PERBANDINGAN KOSTUM ANTARA WATAK ADAM DAN … BINTI NABET(24 pages).pdf · Dalam pada itu, pengkaji juga akan mengadakan temuramah terhadap saudari Nizila ... seseorang pelakon memulakan

i

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

Catatan : * Tesis / Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana Muda

* Jika Tesis / Laporan ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa / organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis /

laporan ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / LAPORAN

JUDUL: PERBANDINGAN KOSTUM ANTARA WATAK ADAM DAN HAWA

DALAM PEMENTASAN MONOLOG. SKRIP BUKAN BUNUH DIRI KARYA

DINSMAN SEBAGAI KAJIAN KES.

SESI PENGAJIAN : 2004 / 2005

Saya, IRMANINGSIH BINTI NABET

mengaku membenarkan tesis / laporan * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat

Akademik, Universiti Malaysia Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan

seperti berikut:

1. Tesis / Laporan adalah hak milik Universiti Malaysia Sarawak.

2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.

3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan.

4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat salinan tesis / laporan ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi.

5. * sila tandakan

SULIT (mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan

atau Kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA

RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (mengandungi maklumat terhad yang telah ditentukan

oleh organisasi / badan di mana penyelidikan

dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan

___________________ ____________________

Tandatangan Penulis Tandatangan Penyelia

Tarikh : Tarikh :

Alamat Tetap :

No. 271, Jalan Jawa,

Kampung Pinang Jawa,

93050, Kuching, Sarawak.

Page 4: PERBANDINGAN KOSTUM ANTARA WATAK ADAM DAN … BINTI NABET(24 pages).pdf · Dalam pada itu, pengkaji juga akan mengadakan temuramah terhadap saudari Nizila ... seseorang pelakon memulakan

ii

PENGESAHAN

Projek bertajuk ”PERBANDINGAN KOSTUM ANTARA WATAK ADAM DAN

HAWA DALAM PEMENTASAN MONOLOG. SKRIP BUKAN BUNUH DIRI

KARYA DINSMAN SEBAGAI KAJIAN KES” telah disediakan oleh

IRMANINGSIH BINTI NABET dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan

dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan

dengan Kepujian (Drama dan Teater).

Diterima untuk diperiksa oleh:

_____________________

(Dr. Hasnizam Abdul Wahid )

Tarikh:

_____________________

Page 5: PERBANDINGAN KOSTUM ANTARA WATAK ADAM DAN … BINTI NABET(24 pages).pdf · Dalam pada itu, pengkaji juga akan mengadakan temuramah terhadap saudari Nizila ... seseorang pelakon memulakan

iii

PENGHARGAAN

Bismillahhirrahmannnirrahim

Dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah kurnianNya memberikan

kesihatan dan kekuatan semangat untuk menyiapkan penulisan ilmiah ini. Walaupun

pelbagai rintangan dan halangan yang hadapi, namun segalanya dapat diatasi dengan

hati yang tabah, cekal dan sabar. Alhamdullillah…

Jutaan terima kasih kepada keluarga tersayang kerana memahami keadaan

diri ini sebagai seorang pelajar. Hasil bantuan kewangan, kata-kata semangat, dan

dorongan daripada keluarga inilah yang menjadikan diri ini masih menjadi seorang

pelajar hingga ke hari ini. Kepada ibunda tercinta, Masna binti Hj. Ajon, harapan

anakandamu akan dilaksanakan. Walaupun ayahanda telah pergi meninggalkan kita

buat selama-lamanya pada masa diri ini masih menuntut ilmu, namun, doa,

pengorbanan dan semangat yang telah diberikan semasa hayatnya dulu, masih

terngiang-ngiang di benak fikiranku. Semoga arwah ayahku dicucuri rahmat. Amin.

Buat Abang-abang, kaulah pengganti ayah. Terima kasih atas tanggungjawab yang

telah diberikan. Begitu juga dengan kakak-kakak yang sentiasa memberi sokongan

dari belakang. Kepada kakak ipar, abang ipar, terima kasih banyak-banyak. Buat

anak-anak buah Usu sekalian, belajarlah rajin-rajin.

Penghargaan ini juga ditujukan kepada Pensyarah-pensyarah di Unimas yang

selama ini telah memberi tunjuk ajar kepada saya. Begitu juga dengan bekas tutor,

Puan Villiah Perdes, walaupun sekejap dengan Puan, namun ilmu dan nasihat yang

diberikan masih tetap dalam ingatan. Tidak lupa juga penghargaan kepada Encik

Zacharia Manan, Bang Mat dari Kekkwa, di atas kerjasama anda sepanjang tempoh

saya menyiapkan penulisan ini.

Page 6: PERBANDINGAN KOSTUM ANTARA WATAK ADAM DAN … BINTI NABET(24 pages).pdf · Dalam pada itu, pengkaji juga akan mengadakan temuramah terhadap saudari Nizila ... seseorang pelakon memulakan

iv

Buat rakan seperjuangan, iaitu kepada 14 pelajar Drama dan Teater, banyak

kenangan terindah telah kita lalui bersama. Tidak kira pahit, manis dan sebagainya.

Kekalkan persahabatan kita buat selama-lamanya. Tidak lupa buat senior-senior

Drama dan Teater, seperti Kak Awin, Kak Lili dan lain-lain, tunjuk ajar anda masih

saya ingat hingga kini. Terima kasih semua…

Page 7: PERBANDINGAN KOSTUM ANTARA WATAK ADAM DAN … BINTI NABET(24 pages).pdf · Dalam pada itu, pengkaji juga akan mengadakan temuramah terhadap saudari Nizila ... seseorang pelakon memulakan

v

Abstrak

Kajian ini adalah kes studi bagi skrip Bukan Bunuh Diri karya Dinsman.

Dalam kajian ini, perbandingan akan dilihat dari segi kostum watak Adam dan

Hawa. Kostum watak Adam adalah kostum bagi pelakon lelaki dan telah biasa

dilakonkan di dalam pementasan teater Bukan Bunuh Diri sejak dari tahun 1975.

Berbanding dengan karya adaptasi, watak Adam akan ditukarkan menjadi watak

Hawa dan teater Bukan Bunuh Diri ini adalah jarang diberikan kepada pelakon

wanita.

Justeru, kajian yang teliti akan dilakukan dari segi pemerhatian dan

pengumpulan data bagi penghasilan rekaan kostum watak Adam yang telah

digunakan pada sesuatu pementasan yang lalu. Kemudian, satu penghasilan rekaan

kostum bagi watak Hawa pula akan dilakukan.

Page 8: PERBANDINGAN KOSTUM ANTARA WATAK ADAM DAN … BINTI NABET(24 pages).pdf · Dalam pada itu, pengkaji juga akan mengadakan temuramah terhadap saudari Nizila ... seseorang pelakon memulakan

vi

Abstract

This research will be a comparative study on Adam’s and Hawa costume in a

theatre play called “Bukan Bunuh Diri”.

Page 9: PERBANDINGAN KOSTUM ANTARA WATAK ADAM DAN … BINTI NABET(24 pages).pdf · Dalam pada itu, pengkaji juga akan mengadakan temuramah terhadap saudari Nizila ... seseorang pelakon memulakan

vii

ISI KANDUNGAN

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / LAPORAN i

PENGESAHAN ii

PENGHARGAAN iii

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

BAB SATU : PENGENALAN KEPADA KAJIAN

1.0 Pengenalan 1

1.1 Masalah Kajian 2

1.2 Objektif Kajian 2

1.3 Populasi Kajian 3

1.4 Kesimpulan 4

BAB DUA : LATAR BELAKANG KAJIAN / LITERATURE REVIEW

2.0 Pengenalan Kajian 5

2.1 Kostum 6

2.2 Bukan Bunuh Diri karya Dinman 8

BAB TIGA : METODOLOGI PENYELIDIKAN

3.0 Primer (utama) 11

3.1 Fotografi 12

3.2 Natural Experiment 13

3.3 Borang Soal Selidik 13

3.4 Sumber Sekunder (Kedua) 14

3.5 Mise en Scene 14

Page 10: PERBANDINGAN KOSTUM ANTARA WATAK ADAM DAN … BINTI NABET(24 pages).pdf · Dalam pada itu, pengkaji juga akan mengadakan temuramah terhadap saudari Nizila ... seseorang pelakon memulakan

viii

3.5.1 Analisa Mise en Scene 15

BAB EMPAT : DAPATAN KAJIAN

4.0 Pengenalan 48

4.1 Analisa Temuramah daripada Zacharia Manan 49

4.1.2 Analisa Temuramah daripada Nizila Asin 51

4.2 Analisa Borang Soal Selidik 53

4.3 Analisa Kostum Adam 67

4.4 Eksperimen Kostum ke atas Watak Hawa 73

4.5 Kesimpulan 80

BAB LIMA : KESIMPULAN

5.0 Kesimpulan 83

RUJUKAN 85

RUJUKAN ARTIKEL MAJALAH 86

RUJUKAN INTERNET 86

LAMPIRAN 87

Page 11: PERBANDINGAN KOSTUM ANTARA WATAK ADAM DAN … BINTI NABET(24 pages).pdf · Dalam pada itu, pengkaji juga akan mengadakan temuramah terhadap saudari Nizila ... seseorang pelakon memulakan

- 1 -

BAB 1

PENGENALAN

Perbandingan bermaksud persamaan atau perbezaan tentang sesuatu perkara.

Contoh seperti antara watak Adam karya Dinsman dan watak Hawa, iaitu hasil adaptasi

Mazuin Hamzah dalam skrip Bukan Bunuh Diri yang dipentaskan di Universiti Malaysia

Sarawak. Perbezaan yang terdapat antara watak Adam dan Hawa adalah dari sudut

“gender” atau jantina. Adam adalah seorang lelaki, manakala Hawa pula adalah seorang

wanita. Sementara itu, persamaan yang terdapat pada watak Adam dan Hawa ini pula

adalah mengalami kekacauan jiwa dan mempersoalkan tentang kewujudan Tuhan.

Oleh yang demikian, penyelidikan ini merupakan salah satu kajian perbandingan

berkenaan kostum antara watak Adam dan Hawa dalam skrip Bukan Bunuh Diri karya

Dinsman. Pengkaji akan menyelidik kostum Adam berdasarkan kepada karya asal

Dinsman. Kostum ini dikaji berdasarkan kepada foto yang diperoleh oleh pengkaji

daripada dua pementasan teater Bukan Bunuh Diri yang lalu. Foto pementasan tersebut

adalah pementasan yang diarahkan dan dilakonkan oleh Dinsman sendiri iaitu pada tahun

1975 dan foto pementasan Bukan Bunuh Diri yang diarahkan dan dilakonkan oleh aktivis

teater di Kuching, iaitu Zacharia Manan. Pementasan yang dilakonkan oleh Zacharia

Manan pula adalah sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2000 di Panggung Eksperimen,

Unimas dan pada tahun 2004 di Dewan Bahasa dan Pustaka sempena Festival Teater.

Sementara itu, bagi kostum Hawa pula, pengkaji akan menyelidik skrip Bukan Bunuh

Diri karya Dinsman yang telah diadaptasi oleh Pengarah Produksi “Unimastage”, iaitu

Mazuin Hamzah. Selepas mengkaji skrip berkenaan, pengkaji sendiri akan membuat

Page 12: PERBANDINGAN KOSTUM ANTARA WATAK ADAM DAN … BINTI NABET(24 pages).pdf · Dalam pada itu, pengkaji juga akan mengadakan temuramah terhadap saudari Nizila ... seseorang pelakon memulakan

- 2 -

rekaan kostum tersebut untuk dipersembahkan di Panggung Eksperimen, Unimas. Oleh

yang demikian, pengkaji akan membuat perbandingan antara kostum watak Adam dan

Hawa.

1.1 Masalah Kajian

Pengkaji agak sukar untuk memahami skrip Bukan Bunuh Diri yang ditulis secara

absurdisme. Ini kerana, plot skrip ini yang berbentuk bulat. Pengkaji juga merasakan

bahawa kostum yang digunakan dalam skrip ini adalah fantasi. Justeru, pengetahuan dan

pemahaman dari segi psikologi amat diperlukan bagi memahami perwatakan dalam skrip.

Sementara itu, walaupun pelakon hanya seorang dan kostum yang dikaji dan akan

digunakan oleh pelakon juga hanya satu, namun penelitian terhadap skrip monolog ini

juga memberi impak yang besar terhadap penghasilan kostum.

1.2 Objektif Kajian

i. Untuk mengkaji perbandingan kostum antara watak Adam dan Hawa dalam

pementasan teater Bukan Bunuh Diri.

ii. Untuk mengkaji pengaplikasian kostum watak Adam dan Hawa dalam teater

Bukan Bunuh Diri.

Page 13: PERBANDINGAN KOSTUM ANTARA WATAK ADAM DAN … BINTI NABET(24 pages).pdf · Dalam pada itu, pengkaji juga akan mengadakan temuramah terhadap saudari Nizila ... seseorang pelakon memulakan

- 3 -

iii. Untuk menilai tahap persamaan dan perbezaan watak Adam dan Hawa dalam

teater Bukan Bunuh Diri dengan berdasarkan kepada kostum yang digunakan

semasa pementasan teater tersebut.

iv. Untuk menjadi bahan rujukan kepada rekaan kostum bagi watak Hawa dalam

pementasan monolog yang dipersembahkan oleh Produksi Unimastage.

1.3 Populasi Kajian

Pengkaji akan memfokuskan kepada skrip Bukan Bunuh Diri karya Dinsman dan

skrip Bukan Bunuh Diri yang telah diadaptasikan oleh Pengarah Produksi.

Pengkaji juga akan memberi fokus pada sesi proses latihan atau “rehearsal” bagi

persembahan teater Bukan Bunuh Diri yang diadakan di Unimas nanti. Ini kerana,

pengkaji akan melakukan eksperimen kostum terhadap watak Hawa.

Sementara itu, pengkaji juga akan mengkaji kostum Adam berdasarkan foto yang

diperoleh daripada Encik Mohamad Hassan dari Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan

Warisan Negeri Sarawak. Foto tersebut adalah hasil pementasan Bukan Bunuh Diri yang

telah diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuching. Dalam pada itu, pengkaji juga

akan memfokuskan pada gambar yang terdapat di dalam buku Bukan Bunuh Diri yang

ditulis oleh Dinsman sendiri. Foto tersebut adalah pementasan Bukan Bunuh Diri yang

pertama yang dilakonkan oleh Dinsman sendiri dan telah diadakan di Dewan Bandaraya

Kuala Lumpur pada tahun 1975.

Page 14: PERBANDINGAN KOSTUM ANTARA WATAK ADAM DAN … BINTI NABET(24 pages).pdf · Dalam pada itu, pengkaji juga akan mengadakan temuramah terhadap saudari Nizila ... seseorang pelakon memulakan

- 4 -

Selain itu, pengkaji juga memberi fokus kajian kepada temu bual terhadap Encik

Zacharia Manan iaitu pelakon yang pernah berlakon sebagai watak Adam di dalam teater

Bukan Bunuh Diri. Encik Zacharia Manan telah berlakon sebagai Adam sebanyak dua

kali iaitu pada tahun 2000 dan 2004.

Dalam pada itu, pengkaji juga akan mengadakan temuramah terhadap saudari

Nizila Asin iaitu pelakon yang berlakon sebagai watak Hawa di dalam teater Bukan

Bunuh Diri, yang telah diadaptasikan oleh Mazuin Hamzah. Temu bual ke atas Nizila

Asin dilakukan kerana pelakon ini telah menggunakan pakaian atau kostum yang direka

oleh pereka kostum sendiri. Justeru, pereka kostum ingin mengetahui sama ada kostum

yang digunakan adalah memberi kesan kepada dirinya sebagai Hawa atau sebaliknya.

1.4 Kesimpulan

Kajian perbandingan kostum antara watak Adam dan Hawa dalam teater Bukan

Bunuh Diri dapat dikenal pasti berdasarkan kepada kaedah metodologi yang digunakan

oleh pengkaji untuk mendapatkan dapatan kajian kostum yang digunakan oleh pelakon

yang memegang watak Adam dan Hawa di dalam skrip Bukan Bunuh Diri ini.

Page 15: PERBANDINGAN KOSTUM ANTARA WATAK ADAM DAN … BINTI NABET(24 pages).pdf · Dalam pada itu, pengkaji juga akan mengadakan temuramah terhadap saudari Nizila ... seseorang pelakon memulakan

- 5 -

BAB 2

LATAR BELAKANG KAJIAN

Menurut Peter Dean (2002), pereka kostum bertanggungjawab terhadap kostum

pelakon. Pereka kostum harus mempunyai pengetahuan teknikal, seperti dapat

menghasilkan lukisan yang dapat menerangkan dengan tepat tentang kostum pelakon.

Pereka kostum harus bekerja dengan baik dengan pelakon dan ahli produksi seperti orang

yang bekerja di bawahnya. Pereka kostum juga harus meminta pandangan daripada ahli

produksi yang lain berkenaan kostum yang dipakai oleh pelakon adalah kelihatan baik

atau sebaliknya.

Pereka kostum juga adalah seorang yang menggunakan kebolehan dramatik

terhadap pakaian untuk memberi kesan kepada pelakon yang cuba untuk

mempersembahkan cerita yang ingin disampaikan seperti mempersembahkan penampilan

personaliti, dan psikologi karakter tersebut (Michael Holt, 1988). Oleh yang demikian,

untuk melakukan perkara ini, pereka kostum harus mempunyai pengetahuan tentang

sejarah kostum, cara membuat kostum, mempunyai penglihatan yang artistik terhadap

bentuk dan warna, dan kapasiti imaginasi pereka kostum terhadap lakaran yang dilukis.

Page 16: PERBANDINGAN KOSTUM ANTARA WATAK ADAM DAN … BINTI NABET(24 pages).pdf · Dalam pada itu, pengkaji juga akan mengadakan temuramah terhadap saudari Nizila ... seseorang pelakon memulakan

- 6 -

2.1 Kostum

Kostum adalah sesuatu benda yang dipakai oleh pelakon yang membuat

persembahan di atas pentas. Kostum terdiri daripada pakaian, aksesori, kasut, selipar atau

apa-apa sahaja yang terdapat pada badan pelakon yang membuat persembahan.

Menurut Michael Holt (1998), kostum adalah sebahagian daripada teater. Ini

disebabkan, apabila kita melihat kepada sesuatu persembahan, kita akan tertarik dengan

hasil reka bentuk sesuatu pakaian yang dipakai oleh pelakon tersebut. Kostum adalah

sebahagian daripada alat kepada pelakon.

Kostum boleh membantu membina watak dan perwatakan yang dibawa oleh

pelakon. Setiap “item” kostum yang dipakai oleh pelakon dapat menandakan sesuatu

makna kepada penonton (Michael Holt, 1988). Malah menurut beliau lagi, sebelum

seseorang pelakon memulakan dialog atau percakapan, secara terlebih dahulu penonton

akan dapat mengenal pasti watak yang dibawa oleh pelakon dengan berdasarkan kepada

warna kostum yang dipakai. Seterusnya, kostum juga mempunyai fungsi dramatik yang

lain seperti membantu memberitahu tentang cerita yang hendak disampaikan oleh

pelakon-pelakon di atas pentas. Ini bermakna, pakaian juga dapat mempersembahkan

tempat sesuatu lakonan tersebut dilakonkan (Michael Holt, 1988).

Menurut Edwin Wilson (2001), kostum juga boleh melambangkan status dan

kedudukan seseorang, jantina, pekerjaan, perhubungan kekeluargaan dan nilai moral.

Page 17: PERBANDINGAN KOSTUM ANTARA WATAK ADAM DAN … BINTI NABET(24 pages).pdf · Dalam pada itu, pengkaji juga akan mengadakan temuramah terhadap saudari Nizila ... seseorang pelakon memulakan

- 7 -

Setiap kain yang terdapat pada sesuatu kostum mempunyai fabrik. Jenis fabrik

yang terdapat pada sesuatu kain tersebut boleh dikenal pasti berdasarkan kepada

pengujian pembakaran yang dilakukan terhadap kain tersebut. Antara jenis-jenis fabrik

tersebut adalah seperti fabrik jenis “cotton”, “polyester”, “lawn” dan sutera (Gary

Thorne, 2001). Fabrik kain kapas atau “cotton” adalah lembut, dan terdiri daripada

gentian tumbuhan. Sementara itu, “polyester” pula adalah hasil daripada fabrik yang

sintetik. Fabrik “lawn” pula adalah terang, warna fabrik ini seperti dicetak, mempunyai

jalur atau corak seperti kain satin. Fabrik “lawn” ini juga sejuk apabila disentuh, kalis

kedut dan renyuk dan boleh direnyukkan seperti fabrik “plisse”. (Gary Thorne, 2001).

Menurut Michael Holt (1988), tekstur juga boleh memainkan peranan utama

kepada pereka kostum. Tekstur boleh menceritakan berkenaan personaliti yang terdapat

dalam drama. Tekstur juga boleh membantu pereka kostum menerangkan kedudukan

sosial. Biasanya, fabrik daripada sutera lembut dipakai oleh orang yang kaya. Manakala,

kain daripada fabrik yang kasar pula dipakai oleh orang yang miskin.

Sementara itu, menurut J. Michelle Gillete (2001), warna juga memainkan

peranan penting dalam mereka sesuatu kostum kepada pelakon. Secara normal, pereka-

pereka seni dalam teater merujuk kepada warna yang umum. Begitu juga dengan pereka

kostum yang cuba untuk menggambarkan perasaan dan personaliti dalam kostum yang

direkanya. Warna mempengaruhi banyak faktor seperti latar belakang budaya, umur

seseorang dan “mood” atau perasaan seseorang individu.

Page 18: PERBANDINGAN KOSTUM ANTARA WATAK ADAM DAN … BINTI NABET(24 pages).pdf · Dalam pada itu, pengkaji juga akan mengadakan temuramah terhadap saudari Nizila ... seseorang pelakon memulakan

- 8 -

Menurut Dinsman (2006), beliau telah mempersoalkan kostum dalam teater

muzikal Puteri Gunung Ledang. Kostum yang dipakai oleh watak Gusti Puteri dalam

teater tersebut sentiasa berkemban. Tambah beliau, walaupun kostum tersebut merupakan

satu kajian, namun kostum yang dipakai oleh Gusti Puteri bukan satu pilihan yang bijak.

Teater bukan realisme, dan kostum untuk teater tidak semestinya meniru dengan tepat

pakaian watak berkenaan di dunia realiti. Sebenarnya, teater bukan sesuatu yang realiti,

kecuali jika dikatakan realiti teater itu sendiri. Namun, pereka kostum mempunyai

kreativiti sendiri dalam membuat rekaan yang lebih cantik, menarik dan menawan

(Dinsman, 2006).

2.2 Bukan Bunuh Diri karya Dinsman

Dalam pada itu, skrip Bukan Bunuh Diri karya Dinsman ini adalah monolog.

Menurut “Advanced English Dictionary” (2000), monolog adalah peristiwa seseorang

bercakap secara seorang diri untuk jangka masa yang panjang tanpa diganggu oleh orang

lain. Contoh seperti seseorang yang berlakon secara seorang diri di dalam filem mahupun

drama.

Nama Adam dan Hawa adalah mewakili kaum lelaki dan wanita. Dalam sejarah

Islam, Adam adalah manusia pertama yang diciptakan oleh Allah s.w.t. Selepas itu,

walaupun Adam telah dapat menikmati segala keindahan di dalam syurga, namun Adam

tetap di dalam kesunyian dan Adam telah menyatakan hasratnya kepada Allah untuk

Page 19: PERBANDINGAN KOSTUM ANTARA WATAK ADAM DAN … BINTI NABET(24 pages).pdf · Dalam pada itu, pengkaji juga akan mengadakan temuramah terhadap saudari Nizila ... seseorang pelakon memulakan

- 9 -

mempunyai teman hidup. Oleh itu, Allah telah menciptakan manusia kedua di bumi ini

iaitu Hawa. Hawa adalah seorang perempuan yang diciptakan oleh Allah untuk menjadi

teman hidup Adam.

Oleh yang demikian, dalam skrip asal Bukan Bunuh Diri karya Dinsman, watak

utama adalah Adam iaitu seorang lelaki. Justeru, Pengarah Produksi, iaitu Mazuin

Hamzah telah mengadaptasikan watak utama di dalam skrip ini sebagai seorang

perempuan bernama Hawa. Perbezaan antara Adam dan Hawa adalah amat ketara

daripada aspek watak seperti perbezaan jantina atau “gender”. Sementara itu, persamaan

antara Adam dan Hawa pula boleh dilihat daripada aspek perwatakan dalaman mereka

yang mengalami kekacauan jiwa. Adam berumur 25 tahun, seorang terpelajar, lama

berkonfrantasi dengan dirinya untuk mencari Tuhan. Adam gagal, dan akhirnya mendapat

ilham, dengan cara membunuh diri. Bagi Adam, dengan cara membunuh diri sahaja yang

dapat menjadikan dirinya dapat bertemu dengan Tuhan (Mana Sikana, 1983). Menurut

Mana Sikana (1983), watak Adam ini sebenarnya tidak mempunyai pendasaran agama

yang mendalam. Cara Adam memahami agama, cabaran hidup dan tuntutan dunia seperti

orang yang terputus daripada agama. Dalam pada itu, cara Adam memilih membunuh diri

untuk mendekatkan dirinya kepada Tuhan sebenarnya terkeluar daripada lunas-lunas

Islam.

Menurut Krishen Jit (1986), seperti protagonis-protagonis lain dalam drama

absurd, Adam dalam teater Bukan Bunuh Diri juga mengalami kehidupan yang tidak

bermakna. Adam memanjat timbunan buku-buku yang menggunung tinggi dengan penuh

Page 20: PERBANDINGAN KOSTUM ANTARA WATAK ADAM DAN … BINTI NABET(24 pages).pdf · Dalam pada itu, pengkaji juga akan mengadakan temuramah terhadap saudari Nizila ... seseorang pelakon memulakan

- 10 -

sabar tetapi dia masih tidak dapat memenuhi kekosongan hidupnya. Adam mengambil

keputusan untuk membunuh diri sebagai jawapan kepada dilema yang dihadapinya.

Dinsman menunjukkan lakonan yang bersungguh-sungguh sebagai Adam.

Namun, Dinsman tidak cekap untuk menjiwai dan menghidupkan adegan penjelmaan

yang terdapat dalam skrip ini (Krishen Jit, 1986). Lakonan dan pengarahan Dinsman

dalam drama ini juga tidak membantu keadaan. Buku yang bertimbun itu mengambil

masa yang lama untuk disusun supaya Adam dapat mencapai tali dan ini menjemukan

penonton. Jarak antara satu adegan ke adegan yang lain adalah lembap.

Menurut Krishen Jit (1986), Khalid Salleh telah memperkenalkan gaya-gaya

persembahan teater yang terbaru. Contoh seperti lakonannya dalam teater Bukan Bunuh

Diri karya Dinsman yang telah dipentaskan di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Dalam

teater Bukan Bunuh Diri ini, Khalid telah melakukan aksi lakonan berdiri dengan sebelah

kaki di atas tali ghaib yang terentang dan Khalid seperti akan jatuh, namun dia tidak

jatuh. Dalam pada itu, semasa adegan “Aku renung”, Khalid berlakon seperti orang gila

yang benar sehingga penonton sukar untuk ketawa. Justeru, Khalid Salleh telah dikatakan

sebagai salah seorang pelakon yang paling merbahaya di atas pentas teater di Malaysia.

(Krishen Jit, 1986).

Justeru, walaupun rekaan kostum kurang diperkatakan dalam pementasan teater

Bukan Bunuh Diri ini, namun peranan kostum juga penting dan perlu diberi perhatian

dalam sesebuah pementasan teater.

Page 21: PERBANDINGAN KOSTUM ANTARA WATAK ADAM DAN … BINTI NABET(24 pages).pdf · Dalam pada itu, pengkaji juga akan mengadakan temuramah terhadap saudari Nizila ... seseorang pelakon memulakan

- 11 -

BAB 3

METODOLOGI PENYELIDIKAN

Dalam penyelidikan ini, pengkaji menggunakan kaedah kualitatif iaitu primer

(utama) dan sekunder (kedua). Pengkaji juga menggunakan kaedah kuantitatif iaitu

berdasarkan kepada borang soal selidik.

3.0 Primer (utama)

i. Observation – Participant

Pemerhatian dan penyertaan merupakan kaedah utama yang digunakan oleh

pengkaji. Kaedah pemerhatian dan penyertaan ini dilakukan oleh pengkaji adalah

untuk melihat tugas seorang Pereka Kostum dalam mendalami karakter seorang

pelakon. Pengkaji secara peribadi akan turut serta dalam kajiannya sebagai pereka

kostum. Pengkaji akan bekerjasama dengan ahli produksi untuk mendapatkan data

yang tepat dan betul dari segi pemilihan artistik iaitu berdasarkan penganalisaan

Mise en Scene. Seterusnya, pengkaji akan mengaplikasikan ke dalam pementasan

teater Bukan Bunuh Diri.

ii. Temuramah

Temuramah juga merupakan salah satu kaedah kajian atau metodologi bagi

pengkaji dalam menjalankan penyelidikan ini. Justeru, pengkaji mengadakan

temuramah bersama individu yang berpengalaman berlakon sebagai Adam dalam

teater Bukan Bunuh Diri. Temuramah dengan individu ini adalah bertujuan untuk

Page 22: PERBANDINGAN KOSTUM ANTARA WATAK ADAM DAN … BINTI NABET(24 pages).pdf · Dalam pada itu, pengkaji juga akan mengadakan temuramah terhadap saudari Nizila ... seseorang pelakon memulakan

- 12 -

menganalisis karakter Adam dan sebab pemilihan kostum yang digunakan oleh

pelakon tersebut. Individu yang ditemuramah ini telah berlakon sebanyak dua kali

bagi pementasan teater Bukan Bunuh Diri ini. Pementasan teater Bukan Bunuh

Diri yang telah dipersembahkan oleh Zacharia Manan telah diadakan di Panggung

Eksperimen, di Universiti Malaysia Sarawak (Kampus lama atau sementara) iaitu

pada tahun 2000 yang lalu. Sementara itu, pementasan yang kedua pula telah

diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka, iaitu sempena Festival Teater Malaysia

pada tahun 2004 yang lalu. Secara kesimpulannya, kostum yang digunakan oleh

Zacharia Manan ketika membawa watak Adam dalam kedua-dua pementasan

Bukan Bunuh Diri ini adalah berbeza. Sementara itu, temuramah juga akan

dilakukan ke atas Nizila Asin iaitu pelakon yang membawa watak Hawa di dalam

pementasan teater yang diarahkan oleh Mazuin Hamzah dan dipersembahkan di

Panggung Eksperimen, Unimas. Temuramah dengan individu ini adalah bertujuan

untuk menganalisis serba sedikit karakter Hawa dan pandangannya terhadap

kostum yang telah direka oleh pengkaji sendiri.

3.1 Fotografi

Gambar pementasan teater Bukan Bunuh Diri yang lalu seperti pementasan teater

Bukan Bunuh Diri oleh Zacharia Manan di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuching

dan gambar persembahan Bukan Bunuh Diri yang dipersembahkan di Dewan

Bandaraya, Kuala Lumpur, diperoleh oleh pengkaji sebagai dapatan kajian atau

maklumat berkenaan kostum watak Adam. Berdasarkan gambar ini, pengkaji

mengkaji daripada aspek cara pemakaian kostum, dan pemilihan warna kostum

Page 23: PERBANDINGAN KOSTUM ANTARA WATAK ADAM DAN … BINTI NABET(24 pages).pdf · Dalam pada itu, pengkaji juga akan mengadakan temuramah terhadap saudari Nizila ... seseorang pelakon memulakan

- 13 -

yang digunakan. Kemudian, pengkaji juga mengambil gambar bagi kostum watak

Hawa yang telah direka oleh pengkaji sendiri. Gambar kostum Hawa diambil

semasa melakukan proses latihan dan pada hari persembahan kedua yang

berlangsung di Panggung Eksperimen, Universiti Malaysia Sarawak pada hari

Jumaat, 13 April 2007 dan pada hari Sabtu, 14 April 2007.

3.2 Natural Experiment

Berdasarkan kepada kaedah ini, pereka kostum yang mengkaji kostum untuk

watak Hawa dalam produksi ini menjalankan eksperimen kostum ke atas pelakon

yang membawa watak Hawa tersebut. Berdasarkan kepada kostum yang

dihasilkan, pengkaji akan membuat perbandingan dengan kostum watak Adam

daripada foto pementasan yang lalu.

3.3 Borang Soal Selidik

Borang soal selidik ini diedarkan kepada penonton-penonton yang datang

menyaksikan teater Bukan Bunuh Diri di Panggung Eksperimen Universiti

Malaysia Sarawak. Kaedah ini digunakan untuk melihat pendapat dan pandangan

penonton terhadap kostum yang digunakan oleh Hawa dalam persembahan

tersebut. Borang soal selidik ini akan diberi sebanyak empat kali iaitu pada

persembahan yang pertama yang diadakan pada hari Selasa, 30 Januari 2007 dan

Rabu, 31 Januari 2007. Manakala, pada persembahan yang kedua iaitu pada hari

Jumaat, 13 April 2007 dan Sabtu 14 April 2007.

Page 24: PERBANDINGAN KOSTUM ANTARA WATAK ADAM DAN … BINTI NABET(24 pages).pdf · Dalam pada itu, pengkaji juga akan mengadakan temuramah terhadap saudari Nizila ... seseorang pelakon memulakan

- 14 -

3.4 Sumber kedua (Sekunder)

a). Rujukan Buku

Pengkaji akan menggunakan buku yang ditulis oleh penulis tempatan dan penulis

barat untuk dijadikan sebagai bahan rujukan. Buku yang dirujuk digunakan untuk

mencari makna kostum, latar belakang kajian yang berkaitan tentang kostum dan

berkenaan skrip Bukan Bunuh Diri. Selain itu, buku-buku dan bahan rujukan lain

seperti majalah yang dirujuk juga digunakan untuk mengkaji maksud warna, cara

rekaan pakaian dan jenis-jenis kain seperti fabrik dan tekstur pada sesuatu

pakaian.

b). Rujukan Internet

Pengkaji juga akan menggunakan rujukan daripada Internet untuk mendapatkan

maklumat. Pengkaji menggunakan rujukan Internet bagi mendapatkan sumber

pengenalan berkenaan pemilihan kostum yang digunakan oleh watak yang dikaji

di dalam skrip. Contoh seperti pengenalan kepada baju kurung, jubah, selendang

dan sebagainya.

3.5 Mise en Scene

Mise en Scene merupakan subjek teras bagi program Drama dan Teater.

Pengenalan Mise en Scene (GKD1043) telah diperkenalkan pada semester kedua

dan pada tahun pertama pengajian. Kursus ini membolehkan para pelajar

memahami proses sesebuah pra produksi teater atau filem. Mise en Scene

bermaksud penganalisaan skrip. Oleh yang demikian, semua proses dalam Mise