perbandingan antara dialek sosial dan dialek kawasan

Upload: nur-zakirah

Post on 14-Apr-2018

241 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 Perbandingan Antara Dialek Sosial Dan Dialek Kawasan

    1/1

    Soalan.

    Perbandingan antara dialek sosial dan dialek kawasan.

    Jawapan.

    Dialek Sosial dan Dialek Kawasan

    Dialek sosial merupakan salah satu komponen variasi bahasa yang dituturkan oleh

    sesuatu kumpulan sosial atau lapisan masyarakat sesuatu bahasa.Sebagai contoh

    dalam masyarakat melayu wujudnya susun lapis sosial yang pelbagai yang memberi

    maklumat tentang kedudukan seseorang. Dialek sosial dikaitkan dari segi penggunaan

    bahasa dalam sesuatu kelompok masyarakat, iaitu bahasa yang digunakan mungkin

    berbeza mengikut kumpulan sosial yang wujud dan situasi yang digunakan. Misalnya,

    dalam majlis rasmi, orang ramai akan menggunakan bahasa-bahasa yang formal.

    Varisi-variasi bahasa yang wujud berkaitan dengan dialek sosial,disebut sebagai dialek

    sosial.

    Dialek kawasan atau juga dikenali sebagai dialek daerah adalah dialek yang

    dituturkan di sesebuah tempat seperti di negeri Kelantan, Terengganu, Perak dan

    Negeri Sembilan. Dialek sesebuah kawasan dengan kawasan yang lain adalah berbeza

    mengikut kawasan. Penduduk asal sesuatu kawasan adalah mahir dalam

    menggunakan dialek mereka. Sebagai contoh, rakyat Kelantan lazimnya menggunakan

    dialek negeri Kelantan. Pelbagai macam loghat sebutan boleh kedengaran tatkala

    menjejakkan kaki ke negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

    Ringkasnya, dialek sosial adalah dipengaruhi oleh taraf kehidupan sesebuah

    kelompok masyarakat dalam situasi tertentu manakala dialek kawasan dituturkan oleh

    masyarakat mengikut kawasan atau negeri masing-masing.