peratus 8.1 baru

Upload: chichiro-ngu

Post on 08-Jan-2016

223 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

m

TRANSCRIPT

Rancangan Pengajaran HarianTarikh:28 Julai 2015 (Selasa)

Masa:9:50-10:50 (60 minit)

Kelas:3B

Bilangan Murid:27 orang

Bidang :Nombor dan Operasi

Tajuk:Peratus

Standard Kandungan:8.1 Mengenal peratus.

Standard Pembelajaran:i) Menama dan menyebut peratus.ii) Mengenal simbol peratus.

Pengetahuan Sedia Ada:i. Murid pernah nampak peratus dalam kehidupan seharian.

Hasil Pembelajaran:Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :i. Menama dan menyebut peratus dengan betul.ii. Menulis simbol peratus dengan betul.

Kemahiran Berfikir:i. Membanding beza (murid dapat membandingbezakan simbol peratus yang betul dan salah.ii. Mneterjemahkan (murid dapat menama dan menyebut peratus dengan betul)

Elemen Merentasi Kurikulum:i. Kreativiti dan Inovasi (murid diberi kotak beracun yang bertujuan untuk membuat pengukuhan)

Nilai murni:Teliti, berani mencuba

Bahan Bantu Mengajar:Kotak, kad arahan, muzik, pembesar suara

FasaCadangan AktivitiCadangan KomunikasiCatatan

1. Persediaan(5 minit)1. Murid memerhatikan beberapa contoh peratus yang diberi oleh guru.2. Murid disoaljawab tentang peratus yang mereka nampak dalam kehidupan mereka.3. Murid diberi penjelasan ringkas tentang kegunaan peratus dalam kehidupan seharian.4. Murid belajar tajuk baru iaitu Peratus.

i. Pernahkah kamu nampak ini?ii. Biasanya di mana kamu akan nampak ini?iii. Biasanya kita akan nampak ini di supermarket, sekolah.iv. Kegunaan peratus: potongan harga, kenaikan harga, beri markah.

Nilai murni: teliti

2. Imaginasi(20 minit)1. Murid cuba menyebut peratus yang ditunjukkan pada fasa 1 di bawah bimbingan guru.2. Murid menyebut peratus lain yang ditulis oleh guru.3. Murid mengenali simbol peratus.4. Murid memerhatikan beberapa simbol peratus yang ditulis oleh guru. Murid diminta untuk memilih peratus yang betul.5. Beberapa orang murid diminta menulis peratus di papan tulis.6. Murid memerhatikan cara guru menulis peratus dalam bentuk perkataan.7. Beberapa orang murid diminta menulis peratus dalam bentuk perkataan, murid lain diminta membuat semakan.

i. Apakah persamaan keempat-empat nombor ini?ii. Mana satu simbol peratus yang betul?Nilai murni: teliti, berani mencuba

3. Perkembangan(15 minit)Permainan Kotak beracun.1. Murid disuruh berdiri dalam satu bulatan.2. Murid mendengar arahan dan penjelasan sebelum permainan ini dijalankan.3. Salah satu murid akan diberi kotak.4. Semasa muzik dimainkan, murid tersebut perlu mengedarkan kotak tersebut kepada rakan mengikut arah jam.5. Sebaik sahaja muzik dihentikan, murid terakhir memegang kotak akan memilih satu kad arahan untuk dijawab.

Bahan Bantu Mengajar: Kotak, kad arahan, muzik, pembesar suara

Nilai murni: teliti

4. Tindakan(15 minit)1. Murid diminta membuat buku aktiviti muka surat 77.2. Murid diminta menyiapkan latihan tersebut yang ditetapkan.3. Murid yang lebih lemah menyelesaikan latihan tersebut di bawah bimbingan guru.4. Murid menghantarkan buku aktiviti mereka.Nilai murni: teliti

5. Penutup(5 minit)1. Murid diberi penilaian.2. Murid disuruh membuat latihan dalam buku kerja sebagai kerja rumah.

i. Sila hantarkan buku kerja kamu hari esok.Nilai murni: teliti

PentaksiranBerdasarkan sesi soaljawab, murid dapat menama dan menyebut peratus dengan betul.Berdasarkan latihan dalam buku kerja, murid harus melengkapkan latihan tersebut dengan betul.

Gambar Bahan Bantu Mengajar

Kotak

Kad arahan