peraturan.peperiksaan

Upload: siti-rohani-mohd-kadri

Post on 06-Jan-2016

229 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

unit peperiksaan

TRANSCRIPT

UNIT PENILAIAN DAN PEPERIKSAANSMK MIHARJA, KUALA LUMPUR________________________________________________________________________________

PENGURUSAN DAN PERATURAN PEPERIKSAAN

1.0 PENYEDIAAN SOALAN

PERKARATINDAKANRUJUKAN

1.1 Menandatangani borang penggubal soalan.SUPGuru PenggubalSPSK PK 05-1

1.2 Penyediakan JSU, soalan dan skema jawapan.Guru PenggubalSPSK PK 05 (Lampiran 1)

1.3 Guru penggubal soalan menghantar JSU, draf soalan dan skema jawapan untuk disemak oleh Ketua Panitia dan disahkan oleh Ketua Bidang.Guru PenggubalKPKB/PentadbirSPSK PK 05-2

1.4 Menghantar soalan ke bilik riso untuk dicetak.

Guru PenggubalPAPBorang Cetakan Soalan(Bilik Riso)

1.5 Menyediakan borang kawalan. (Lengkapkan semua maklumat termasuk senarai guru pengawas terlibat)Guru Penggubal

Borang Kawalan(Pejabat)

1.6 Menghantar soalan yang telah siap disusun mengikut jumlah bilangan murid dalam kelas ke bilik peperiksaan untuk disimpan.Guru PenggubalSUP

Rekod Penghantaran Soalan

1.7 Menghantar 1 salinan soalan, JSU dan skema jawapan untuk simpanan unit peperiksaan.Guru PenggubalSUPRekod Penghantaran JSU, soalan dan skema jawapan

2.0 PENGENDALIAN PEPERIKSAAN

PERKARATINDAKANRUJUKAN

2.1 Guru mengambil kertas soalan di bilik SUP untuk diedar kepada pelajar.Guru MatapelajaranSPSK PK 05-3

2.2 Guru mengumpulkan kertas jawapan dan dihantar semula ke bilik SUP.Guru MatapelajaranSUPSPSK PK 05-3

2.3 Guru matapelajaran boleh mendapatkan skrip jawapan murid di bilik SUP untuk disemak.Guru MatapelajaranSPSK PK 05-4

UNIT PENILAIAN DAN PEPERIKSAANSMK MIHARJA, KUALA LUMPUR________________________________________________________________________________

PERATURAN PEPERIKSAAN

1. Semua meja disusun dengan laci menghadap ke depan pada waktu terakhir sehari sebelum peperiksaan bermula. Pastikan jarak di antara meja cukup jauh untuk mengelakkan kes peniruan berlaku. Tempat duduk pelajar hendaklah disusun mengikut abjad atau angka giliran.

2. Pada hari peperiksaan, semua beg mesti disusun di luar kelas.

3. Kertas soalan hendaklah disemak bersama-sama pelajar sebelum suatu ujian / peperiksaan dimulakan terutamanya mata pelajaran, kertas dan bilangan halaman yang bercetak.

4. Guru yang mengendalikan peperiksaan perlu menandatangani borang kawalan. Senarai nama pelajar yang tidak hadir juga perlu dilengkapkan.

5. Guru-guru tidak boleh meninggalkan kelas sebelum guru waktu berikutnya sampai. Sekiranya terdapat sebarang masalah, boleh hubungi guru waktu selepas ataupun Setiausaha Peperiksaan.

6. Bahan/alat tulis seperti kertas objektif dan kertas soalan yang berlebihan hendaklah dikumpul semula selepas setiap ujian / peperiksaan dan diserahkan ke Bilik SUP.

7. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan membuat ulang kaji mata pelajaran lain yang belum diuji semasa peperiksaan dijalankan walaupun telah selesai menjawab kertas soalan.

8. Hanya alat tulis, kertas soalan dan kertas jawapan sahaja dibenarkan berada di atas meja.

9. Hanya seorang pelajar dibenarkan untuk keluar ke tandas dalam satu-satu masa.

10. Bagi Kes Meniru, pelajar yang ditangkap meniru dengan bukti jelas diberi markah 0 untuk kertas berkenaan.(key-in sistem SAPS online dengan markah 1)

11. Bagi peperiksaan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil Men. Bawah, pelajar yang tidak terlibat dengan peperiksaan perlu berada di dalam kelas masing-masing dan dikawal oleh guru pengawas. Manakala bagi menengah atas, pelajar akan berada di dalam kelas berasingan mengikut mata pelajaran: Contohnya, 5 Mawar : Bahasa Cina 5 Dahlia : Bahasa Tamil 5 Anggerik : Tasawwur Islam 5 Melati & 5 MPV: Tiada peperiksaan

MURID YANG TIDAK HADIR

1. Pelajar yang tidak dapat menduduki mana-mana kertas soalan sama ada kertas objektif atau kertas subjektif akan dianggap tidak hadir bagi mata pelajaran berkenaan. Calon yang tidak dapat menduduki atau tidak hadir sesuatu kertas soalan dikehendaki mengemukakan dokumen sokongan seperti surat perakuan doktor atau sijil kematian. Dokumen sokongan ini hendaklah diserahkan kepada Pengetua untuk pengesahan supaya dapat peluang untuk menduduki semula peperiksaan.

2. Pelajar yang tidak hadir bersebab hanya dibenarkan menduduki ujian/peperiksaan kertas berkenaan dalam tempoh seminggu selepas tarikh sebenar ujian/peperiksaan kertas berkenaan. Walau bagaimanapun, markah pelajar berkenaan tidak akan diambil kira dalam penentuan pelajar cemerlang.

3. Pelajar yang mewakili sekolah semasa peperiksaan diberi peluang untuk menduduki semula peperiksaan dengan syarat jurulatih atau guru pengiring mengemukakan permohonan secara formal sebelum peperiksaan. Kertas soalan tertutup untuk mata pelajaran yang terlibat.

3.0 Format Kertas Soalan Ujian / Peperiksaan Dalaman

3.1 Untuk Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun dan Peperiksaan Percubaan , format peperiksaan awam mesti diikuti.

3.2 Muka depan kertas soalan peperiksaan mesti mengikut format SPSK.

4.0 Slip Keputusan Peperiksaan

4.1 Bagi Tingkatan Peralihan hingga Tingkatan 3, pengisisan markah adalah secara manual. Manakala Tingkatan 4 dan 5, pengisian markah secara online. 4.2 Sila pastikan guru akur dengan tarikh yang telah ditetapkan untuk mengelakkan sebarang kelewatan.5.0 Hal-hal lain

Lampiran 1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MIHARJAKUALA LUMPURUJIAN PENILAIAN 1 / 2014F1ZIK

NAMA:__________________________________ KELAS : ________________ MASA : 1 JAM ___________________________________________________________________________ Instructions to candidates : There are fifty questions in

1. Which of the following is a scalar quantity ?A gravitationalforce B work done C torque D angular momentum 2.

1. Saiz font : 12 2. Jenis font : Times New Roman 3. Saiz kertas : A 4 4. Bil. minimum kertas soalan diRISO : 100 salinan. Borang RISO perlu di t.t. Guru Kanan masing-masing (termasuk untuk kertas soalan yang difotostat.

___________________________________________________________________________

{ Di bawah muka surat pertama: }This question paper consists of 18 printed pages.__________________________________________________________________________

{ Di akhir kertas soalan }

Prepared by : Checked by : Verified by :

. ( ) ( ) ( ) Ketua Panitia Fizik Guru Kanan Sains

Lampiran 2SEJARAH 1249/1Kertas 1Mei/Jun

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MIHARJA, KUALA LUMPURPEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2014SEJARAHTINGKATAN 51 jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan2. Jawab semua soalan.3. Jawab dengan menghitamkan ruangan yang betul pada kertas jawapan.4. Hitamkan satu ruangan sahaja bagi setiap soalan.5. Sekiranya anda hendak menukarkan jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baru.

(Di bawah muka surat pertama)

Kertas soalan ini mengandungi 15 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak__________________________________________________________________________(Di akhir kertas soalan)

Disediakan oleh :Disemak oleh :Disahkan oleh :

.. ...( )( )( )Ketua Panitia SejarahGuru Kanan Kemanusiaan

1. Saiz font : 12 2. Jenis font : Times New Roman 3. Saiz kertas : A 4 4. Bil. minimum kertas soalan diRISO : 100 salinan. Borang RISO perlu di t.t. Guru Kanan masing-masing (termasuk untuk kertas soalan yang difotostat.