peraturan pengajian ums

14
Pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberikan oleh seksyen 33(2) Perlembagaan Universiti Malaysia Sabah 1998, Senat Universiti Malaysia Sabah membuat peraturan berikut: BAHAGIAN I: PERMULAAN 1.1 Peraturan ini dinamakan Peraturan Universiti Malaysia Sabah (Peraturan-peraturan Pengajian Prasiswazah) 1998 dan hendaklah mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1996. 1.2 Peraturan ini hendaklah terpakai bagi semua pelajar yang mula mengikuti sesuatu program yang mengurniakan suatu ijazah selepas tarikh Peraturan ini mula berkuatkuasa. BAHAGIAN II: SYARAT-SYARAT MASUK KE UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 2.1 Keperluan Pelajaran Asas 2.1.1 Sijil Pelajaran Malaysia 2.1.1.1 Calon-calon mestilah lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang setaraf dengannya; 2.1.1.2 Calon mestilah lulus dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia atau Bahasa Melayu Silibus X / Bahasa Malaysia II dan; 2.1.1.3 Pengecualian terhadap mata pelajaran Bahasa Malaysia peringkat SPM boleh dibuat oleh Senat dalam kes-kes tertentu (Pindaan Senat 2/2003), dan 2.1.2 Sijil Perguruan Kementerian Pelajaran Malaysia Calon lulus program Perguruan Kementerian Pelajaran Malaysia; atau 2.1.3 Kelayakan lain Calon mestilah mempunyai kelayakan lain dan/atau pengalaman yang diiktiraf oleh Senat. 2.2 Penerimaan masuk calon ke Sekolah bergantung kepada budi bicara Senat.

Upload: john-chong

Post on 01-Jul-2015

463 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Peraturan Pengajian UMS

Pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberikan oleh seksyen 33(2) Perlembagaan Universiti Malaysia Sabah 1998, Senat Universiti Malaysia Sabah membuat peraturan berikut: BAHAGIAN I: PERMULAAN 1.1 Peraturan ini dinamakan Peraturan Universiti Malaysia Sabah (Peraturan-peraturan Pengajian Prasiswazah) 1998 dan hendaklah mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1996. 1.2 Peraturan ini hendaklah terpakai bagi semua pelajar yang mula mengikuti sesuatu program yang mengurniakan suatu ijazah selepas tarikh Peraturan ini mula berkuatkuasa. BAHAGIAN II: SYARAT-SYARAT MASUK KE UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 2.1 Keperluan Pelajaran Asas 2.1.1 Sijil Pelajaran Malaysia

2.1.1.1 Calon-calon mestilah lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang setaraf dengannya;

2.1.1.2 Calon mestilah lulus dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa

Malaysia atau Bahasa Melayu Silibus X / Bahasa Malaysia II dan; 2.1.1.3 Pengecualian terhadap mata pelajaran Bahasa Malaysia peringkat SPM

boleh dibuat oleh Senat dalam kes-kes tertentu (Pindaan Senat 2/2003), dan

2.1.2 Sijil Perguruan Kementerian Pelajaran Malaysia Calon lulus program Perguruan Kementerian Pelajaran Malaysia; atau 2.1.3 Kelayakan lain Calon mestilah mempunyai kelayakan lain dan/atau pengalaman yang diiktiraf oleh Senat. 2.2 Penerimaan masuk calon ke Sekolah bergantung kepada budi bicara Senat.

Page 2: Peraturan Pengajian UMS

BAHAGIAN III: STRUKTUR PENGAJIAN 3.1 Jumlah Jam Kredit

3.1.1 Pelajar dikehendaki mengikuti sejumlah jam kredit kursus-kursus yang ditetapkan oleh Senat (Pindaan Senat 2/2003);

3.2 Kursus

3.2.1 Pelajar hendaklah mengikuti kursus-kursus yang terdiri daripada kursus Teras Universiti (termasuk Bahasa), Teras Sekolah, Teras Program/Pengkhususan, Minor dan/atau Elektif.

3.3 Tempoh Yang Dibenarkan

3.3.1 Pelajar mestilah mengikuti program ijazah Sarjana Muda selama tidak kurang daripada lapan (8) semester dan tidak lebih daripada sepuluh (10) semester panjang dikira dari tarikh pendaftaran pertama, tertakluk kepada ketetapan Sekolah (Pindaan Senat 2/2003).

BAHAGIAN IV: PENDAFTARAN KURSUS 4.1 Pelajar dikehendaki mendaftar kursus-kursus yang diambil pada setiap semester

mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Universiti. Pendaftaran kursus-kursus tersebut hendaklah dilakukan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh Sekolah/Pusat.

4.1.1 Mana-mana pendaftaran kursus selepas minggu pertama (1) tertakluk kepada

kelulusan Dekan. Pelajar yang gagal mendaftar selepas minggu kedua (2) pengkuliahan akan diberikan status Tangguh Pengajian. Peraturan ini adalah tidak termasuk pendaftaran pada semester pendek (Pindaan Senat 2/2003).

4.2 Pelajar dikehendaki mendaftar tidak kurang daripada dua belas (12) jam kredit dan

tidak lebih daripada dua puluh satu (21) jam kredit untuk setiap semester satu sejumlah yang dibenarkan oleh Senat. Kiraan had jam kredit adalah tidak termasuk kursus Latihan Industri/Ilmiah/Mengajar dan Bahasa. Pendaftaran kurang daripada jam kredit minimum dan lebih daripada jam kredit maksimum hanya dibenarkan dengan kelulusan Dekan (Pindaan Senat 2/2003).

4.3 Pelajar yang mendapat PNGK kurang daripada 2.30 hanya dibenarkan mendaftar tidak

melebihi 15 jam kredit kecuali dengan kelulusan Dekan (Pindaan Senat 2/2003). 4.4 Proses Tambah dan/atau Gugur hanya boleh dilakukan dalam tempoh tiga (3) minggu

pertama tiap-tiap semester panjang (Pindaan Senat 2/2003);

Page 3: Peraturan Pengajian UMS

4.5 Proses Tarik Diri hanya boleh dilakukan selepas minggu ketiga (3) sehingga pengakhiran minggu kelapan (8) semester panjang dengan diberikan gred Tarik Diri (TD) (Pindaan Senat 2/2003);

4.6 Proses Tambah dan/atau Gugur kursus semasa semester pendek tidak dibenarkan.

(Pindaan Senat 2/2003); BAHAGIAN V: PEPERIKSAAN 5.1 Keperluan Peperiksaan

5.1.1 Seseorang pelajar tidak akan dibenarkan untuk mengambil peperiksaan suatu kursus sekiranya Dekan telah memperakui bahawa pelajar berkenaan gagal memenuhi semua keperluan kursus tersebut yang ditetapkan oleh Sekolah;

5.1.2 Tertakluk kepada kaedah 7 (1) dan 7 (2) Bahagian II Tatatertib Am. Kaedah

bagi Universiti Malaysia Sabah (Tatatertib Pelajar-Pelajar 1999) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, kehadiran seseorang pelajar dalam semua peperiksaan yang ditetapkan oleh mana-mana kursus yang didaftarkan adalah wajib kecuali mengemukakan sebab yang munasabah.

5.1.3 Prosedur bagi mana-mana pelajar yang tidak hadir mana-mana proses penilaian

dihendaki mengikut Perkara 11.2 (Penangguhan Peperiksaan). 5.2 Pelajar-pelajar yang telah dikenalpasti oleh Sekolah untuk diberi kursus bimbingan khas

adalah diwajibkan menghadirinya. Kehadiran dalam kursus bimbingan khas tersebut akan diambilkira sebagai keperluan kursus dan peperiksaan.

5.3 Sebarang kaedah perlaksanaan peperiksaan selain daripada yang dinyatakan hendaklah

mendapat kelulusan Senat (Pindaan Senat 2/2003). 5.4 Peperiksaan Ulangan Khas

5.4.1 Peperiksaan Ulangan Khas boleh diadakan bagi pelajar yang gagal satu (1) kursus yang diambil pada semester akhir pengajian bagi tujuan pengijazahan tidak termasuk Latihan Industri/Praktikum/Mengajar/Klinikal dan Kerja Lapangan; (Pindaan Senat 5/2004 (49)).

5.4.2 Peperiksaan tersebut hanya boleh diambil sekali sahaja dan permohonan

hendaklah dibuat dalam tempoh empat (4) minggu dari tarikh keputusan peperiksaan akhir diumumkan secara rasmi.

5.4.3 Penilaian bagi tujuan pemberian gred adalah 100% markah peperiksaan ulangan

tersebut (Pindaan Senat 2/2003).

Page 4: Peraturan Pengajian UMS

5.4.4 Keputusan yang diberikan hanya Lulus/Gagal sahaja. Sekiranya Gagal, pelajar perlu mendaftar semula kursus pada semester berikutnya tertakluk kepada tempoh pengajian yang dibenarkan dan kelulusan Senat (Pindaan Senat 2/2003).

5.4.5 Sekiranya Gagal, pelajar perlu mendaftar semula kursus berkenaan pada

semester berikut tertakluk pada tempoh pengajian yang dibenarkan dan kelulusan daripada Senat.

5.4.6 Pelajar yang dikenakan tindakan Tatatertib Universiti tidak layak untuk memohon

bagi Peperiksaan Ulangan Khas (Pindaan Senat 2/2003). 5.5 Peperiksaan Ulangan bagi pelajar selain pengajian tahun akhir

5.5.1 Peperiksaan ulangan boleh diadakan bagi pelajar selain pengajian tahun akhir yang mendapat PNGK semasa di bawah 2.00. Peperiksaan tersebut hanya boleh diambil sekali sahaja dan permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh hari pertama semester berikutnya atau 7 hari dari tarikh keputusan diperolehi secara rasmi dari Bahagian Perkhidmatan Akademik;

5.5.2 Rayuan untuk mengulang hanya boleh dibuat bagi kursus yang memperolehi

Gred C- hingga E sahaja. 5.5.3 Gred yang lebih tinggi di antara kedua-dua keputusan bagi setiap kursus akan

diambil kira dalam pengiraan PNGK. 5.6 Pelajar yang memperolehi status X bagi mana-mana kursus dan pelajar yang dikenakan

tindakan Tatatertib Universiti tidak layak memohon peperiksaan Ulangan bagi kursus- kursus tersebut (Pindaan Senat 2/2003).

5.7 Yuran Peperiksaan Ulangan Khas/Peperiksaan Ulangan. Seseorang pelajar boleh

memohon untuk mengulang peperiksaan dengan membayar yuran RM50.00 bagi setiap kursus.

BAHAGIAN VI: STRUKTUR PENILAIAN 6.1 Pemberian Nilai Gred

Pemberian nilai gred bagi setiap kursus adalah meliputi kerja kursus sepanjang semester dan penilaian-penilaian lain di sepanjang semester dan termasuk peperiksaan akhir semester.

6.2 Pemberian nilai gred untuk sesuatu kursus yang ditawarkan oleh Sekolah selain daripada

kursus-kursus tanpa peperiksaan akhir semester adalah dengan cara penilaian berterusan dan peperiksaan akhir semester tidak kurang 30% dan tidak melebihi 50%.

Page 5: Peraturan Pengajian UMS

6.3 Gred dan nilai gred yang diberikan kepada sesuatu kursus adalah seperti berikut:

Gred Peratusan Nilai Gred Nilai

A 80-100 4.00 Cemerlang

A- 75-79 3.67 Cemerlang

B+ 70-74 3.33 Kepujian

B 65-69 3.00 Kepujian

B- 60-64 2.67 Kepujian

C+ 55-59 2.33 Lulus

C 50-54 2.00 Lulus

C- 45-49 1.67 Lulus

D+ 40-44 1.33 Lulus

D 35-39 1.00 Lulus

E 0-34 0.00 Gagal

Status tanpa nilai gred (Pindaan Senat 2/2003)

TL Tidak Lengkap SM Sedang Maju U Audit TD Tarik Diri TP Tangguh Pengajian X Tidak hadir (Mendaftar tapi tidak mengikuti kuliah dan sebarang penilaian) XX Berkaitan Tatatertib (Akademik) XK Tidak hadir peperiksaan (Mendaftar tapi tidak mengikuti kuliah dan sebarang

penilaian untuk kursus Bahasa dan tidak diambil sebagai minor) L Lulus (Bahasa) G Gagal

6.4 Takrifan Status yang diberikan tanpa nilai adalah seperti berikut;

6.4.1 TL (Tidak Lengakp) kursus yang tidak lengkap penilaian iaitu gred yang diberikan dengan kebenaran Sekolah kepada pelajar yang tidak dapat menyelesaikan sekurang-kurangnya 70% daripada keperluan kursus atas alasan yang munasabah. Pelajar perlu melengkapkan tugasan tersebut selewat-lewatnya dua (2) minggu selepas semester berikutnya bermula untuk mendapat penilaian penuh dan gred diberi oleh Akademik.

6.4.2 SM (Sedang Maju) iaitu gred yang digunakan bagi sesuatu kerja atau projek

yang melebihi satu semester untuk disiapkan. Ia tidak diberi mata nilaian tetapi jam kredit baginya hanya dikira untuk penentuan jam kredit umum bagi sesuatu semester dan bukan untuk keperluan penilaian untuk mendapatkan ijazah. Jam kredit dan nilai gred bagi kerja atau projek tersebut hanya diambil kira bagi maksud pengiraan jumlah jam kredit setelah gred diperolehi.

6.4.3 U (Audit) iaitu gred yang diberikan kepada pelajar yang mendaftar, menghadiri

kursus dan mengambil peperiksaan bagi sesuatu kursus itu tetapi nilai gred tidak diberikan dan simbol tersebut hanya direkodkan jika pelajar lulus peperiksaan kursus itu.

Page 6: Peraturan Pengajian UMS

6.4.4 TD (Tarik Diri) iaitu gred yang akan diberikan kepada pelajar yang menarik diri

bagi sesuatu kursus yang dibenarkan oleh Pensyarah kursus dan Dekan Sekolah selepas minggu yang ke-4 hingga minggu ke-10 sesuatu semester.

6.4.5 TP (Tangguh Peperiksaan) iaitu gred yang diberikan kepada pelajar yang

memohon untuk menangguhkan peperiksaan di bawah perenggan 11.2. Peperiksaan gantian hendaklah diadakan seberapa segera yang mungkin berdasarkan keadaan kesihatan pelajar.

6.4.6 Berikut adalah status yang diberikan kepada kursus Bahasa Teras Universiti [LC

(Lulus Cemerlang), LK (Lulus Kepujian) [BATAL], L (Lulus) dan G (Gagal) (Pindaan Senat 2/2003).

6.5 Status “X” (Mendaftar tetapi tidak mengikuti kuliah dan sebarang penilaian akan

diberikan nilai Gred 0.00). BAHAGIAN VII: SISTEM PENILAIAN DAN PURATA NILAI GRED 7.1 Semua kursus kecuali kursus yang diberi pengecualian oleh Senat akan diambil kira untuk mengira Purata Nilai Gred Semester (PNGS) dan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK). 7.2 Kursus-kursus yang mendapat gred “E” (Gagal) dan X juga diambil kira untuk menentukan PNGS dan PNGK. 7.3 Gred bagi kursus-kursus ulangan diambil kira untuk PNGS dan PNGK tertakluk kepada perenggan 5.4.1.3 (Pindaan Senat 2/2003). 7.4 Pelajar dibenarkan mengulang kursus untuk tujuan memperbaiki gred bagi kursus- kursus yang mendapat gred C-, D+ dan D mengikut perenggan 5.4.1.2. Projek Akhir/Latihan Ilmiah/Latihan Industri/Praktikum/Kerja Lapangan dan Klinikal adalah tidak termasuk di dalam peraturan ini.

7.4.1 Pelajar yang dibenarkan mengulang kursus atau dengan menukar kursus lain dan mendapat gred C-, D+, D dan E bagi kursus Umum yang ditawarkan dalam Teras Universiti tertakluk kepada Gugusan/Komponen kursus yang sama dan tidak

boleh bagi Kursus Wajib Universiti (Pindaan Senat 2/2003); 7.4.2 Bagi pelajar yang kandas bagi kursus Bahasa (Teras Universiti) diwajibkan

mengulang kursus tersebut sehingga lulus (Pindaan Senat 2/2003); 7.4.3 Pelajar yang mengulang Kursus Minor dibenarkan mengulang kursus tersebut

atau menukar dengan Kursus Minor yang lain tertakluk kepada kesetaraan kursus tersebut dan memenuhi keperluan Peraturan Sekolah dan tertakluk kepada kelulusan Dekan Sekolah (Pindaan Senat 2/2003).

Page 7: Peraturan Pengajian UMS

7.5 PNGS akan ditentukan mengikut kaedah di bawah: 7.5.1 Purata Nilai Gred Semester (PNGS)

Jumlah Nilai Gred (nilai Gred X jam kredit kursus) untuk semua kursus dibahagikan dengan jumlah jam kredit bagi semua kursus yang diambil pada sesuatu semester seperti pada perenggan 7.1, 7.2 dan 7.3;

PNGS = ---------------

yang mana:

Gi = Nilai gred kursus ke-i Ui = Jam kredit kursus ke-i n = Bilangan kursus yang telah diikuti pada satu-satu semester

Contoh: Semester 1

Kursus Gred Nilai Gred Jam Kredit Kursus

Nilai Gred X Jumlah Kredit Kursus

UW00102 A 4.00 3 12.00

UC00602 B+ 3.33 3 9.99

TT00103 A- 3.67 3 11.01

TT00203 E 0.00 2 0.00

GT10303 A 4.00 2 8.00

Jumlah 13 41.00

P.N.G Semester = 41.00 = 3.15 13

7.5.2 Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK)

Contoh: Semester 1

Kursus Gred Nilai Gred Jam Kredit Kursus

Nilai Gred X Jumlah Kredit Kursus

UW00102 A 4.00 3 12.00

UC00602 B+ 3.33 3 9.99

TT00103 A- 3.67 3 11.01

TT00203 E 0.00 2 0.00

GT10303 A 4.00 2 8.00

Jumlah 13 41.00

Page 8: Peraturan Pengajian UMS

Contoh: Semester 2

Kursus Gred Nilai Gred Jam Kredit Kursus

Nilai Gred X Jumlah Kredit Kursus

TT00203 A 4.00 3 12.00

TT00303 B+ 3.33 3 9.99

TG10103 C+ 2.33 3 6.99

TG10203 A 4.00 3 12.00

TH10103 A- 3.67 2 7.34

Jumlah Kecil 14 48.32

Jumlah Besar 27 89.32

PNGK = 89.32 = 3.31 27 BAHAGIAN VIII: SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MENERUSKAN PENGAJIAN 8.1 Taraf Lulus

Seseorang calon dianggap lulus dan dibenarkan meneruskan pengajian jika mendapat PNGK tidak kurang daripada 2.00.

8.2 Taraf Lulus Bersyarat

8.2.1 Seseorang pelajar dianggap Lulus Bersyarat dan diberi amaran jika mendapat

PNGK di bawah 2.00 (Pindaan Senat2/2003); 8.2.2 Seseorang pelajar tidak dibenarkan berada didalam taraf Lulus bersyarat pada

dua (2) semester berturut-turut iaitu tidak termasuk semester pertama tahun pertama dan tidak termasuk semester pendek (Pindaan senat 2/2003);

8.2.3 Jika pelajar masih memperolehi PNGK kurang daripada 2.00 pada semester

berikutnya, setelah melalui syarat 8.2.1 dan 8.2.2, pelajar akan dianggap gagal dan diberhentikan (Pindaan senat 2/2003).

8.3 Takrif Gagal dan Diberhentikan

8.3.1 Seseorang pelajar dianggap gagal dan diberhentikan jika mendapat PNGK di bawah 2.00 setelah melalui syarat 8.2.3 (Pindaan senat 2/2003);

8.3.2 Seseorang pelajar dianggap gagal dan diberhentkan jika mendapat PNGK di

bawah 1.00 pada mana-mana semester tidak termasuk semester pertama tahun pengajiannya (Pindaan senat2/2003).

Page 9: Peraturan Pengajian UMS

BAHAGIAN IX : PENILAIAN UNTUK MENDAPATKAN IJAZAH SARJANA MUDA 9.1 Seseorang pelajar mestilah memenuhi semua syarat berikut untuk dikurniakan ijazah

Sarjana Muda dengan kepujian:

9.1.1 Mencapai PNGK sekurang-sekurangnya 2.00;

9.1.2 Melengkapi jumlah jam kredit yang ditetapkan mengikut keperluan sekolah;

9.1.3 Seseorang pelajar tidak dibenarkan menukar gred yang telah diperolehi kepada status audit kecuali bersabit dengan perkara 13.2.5 (Pindaan senat2/2003).

BAHAGIAN X : PENGURNIAAN IJAZAH 10.1 Pengurniaan Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian

10.1.1 Pengurniaan Ijazah Sarjan Muda dengan kepujian adalah mengikut kelas seperti berikut;

PNGK Kelas

3.7-4.0 Satu 3.0-3.6 Kelas Dua : I 2.0-2.9 Kelas Dua : II

10.1.2 Untuk tujuan pengurniaan kelas pada ijazah Sarjana Muda, nilai PNGK akhir akan

dibundarkan menjadi tahap satu perpuluhan (pindaan senat 2/2003); [BATAL] (pindaan senat1/2009);

10.1.3 Perkara 10.1.2 akan dipakai untuk nilai PNGK semester terakhir sahaja dan untuk

nilai PNGK tidak kurang dari 2.00 (pindaan senat 2/2003);

10.1.4 Tafsiran perkara-perkara dalam 10.1 hendaklah tidak bercanggah dengan perkara-perkara dalam perenggan 9.1 di atas (pindaan senat 2/2003).

10.2 Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian boleh dikurniakan kepada pelajar yang

memenuhi syarat-syarat berikut:

10.2.1 Memohon secara bertulis kepada universiti pada semester akhir pengajian untuk

tujuan pengijazahan (pindaan senat2/2003).

10.2.2 Memenuhi semua kehendak peraturan pengajian prasiswazah;

10.2.3 Melunaskan segala bentuk liabiliti kepada universiti;

10.2.4 Keputusannya telah disahkan oleh senat.

Page 10: Peraturan Pengajian UMS

10.2.5 Lulus Peperiksaan Malaysia University English Test (MUET) sekurang-kurangnya

mendapat purata gred C+ bagi kursus Bahasa Inggeris Universiti (pindaan senat bil.9/2008).

BAHAGIAN XI : PENANGGUHAN PENGAJIAN, PEPERIKSAAN DAN PENYERAHAN

LAPORAN PRAKTIKUM / LATIHAN ILMIAH / LATIHAN INDUSTRI / KERJA LAPANGAN / KLINIKAL DAN PROJEK

11.1 Pertimbangan Untuk Penangguhan Pengajian

11.1.1 Permohonan untuk penangguhan pengajian bagi sesuatu semester hendaklah dimajukan kepada Dekan sekolah untuk pertimbangan. Kelulusan penangguhan pengajian adalah berdasarkan semester ke semester dan tidak melebihi dua (2) semester berturut-turut. Tertakluk kepada kelulusan BPG.

11.1.2 Seseorang pelajar yang sakit boleh diberi penangguhan pengajian tertakluk

kepada perakuan daripada doktor kerajaan atau doktor yang diperakui oleh senat. Dalam kes pelajar yang mengalami gangguan mental, kebenaran untuk menangguh pengajian adalah tertakluk kepada perakuan doktor-doktor yang berkenaan.

11.1.3 Seseorang pelajar yang menghadapi masalah lain daripada perenggan 11.1.2 di

atas boleh juga diberi penangguhan pengajian untuk sesuatu semester berkenaan tertakluk kepada pertimbangan Naib Canselor.

11.1.4 Selepas penangguhan diberikan semua kursus yang telah didaftar secara

automatik dibatalkan;

11.1.5 Permohonan penangguhan pengajian tidak boleh dibuat selepas minggu ke sepuluh (10). Permohonan selepas tempoh tersebut hanya boleh dibuat untuk menangguh peperiksaan.

11.1.8 Seseorang pelajar yang menghadapi masalah lain daripada 11.1.2 di atas boleh

juga diberi penangguhan pengajian untuk sesuatu tahun berkenaan tertakluk kepada pertimbangan naib Cancelor (pindaan senat2/2004).

11.2 Penangguhan Peperiksaan

11.2.1 Pelajar yang sakit atau menghadapi gangguan-gangguan lain sewaktu peperiksaan boleh memohon kepada Dekan Sekolah untuk menangguhkan pengambilan peperiksaan berkenaan.permohonan untuk menangguhkan peperiksaan untuk sesuatu kursus hendaklah dibuat dalam tempoh empat puluh lapan (48) jam setelah tamatnya peperiksaan bagi kursus berkenaan.

Page 11: Peraturan Pengajian UMS

11.2.2 Permohonan untuk penangguhan peperiksaan bagi kursus berkenaan pada sesuatu semester atas sebab-sebab kesihatan hendaklah disertakan dengan surat pengesahan doktor kerajaan atau doktor panel Uiversiti Malysia Sabah;

11.2.3 Permohonan atas sebab-sebab lain boleh dipertimbangkan atas budi bicara

Dekan sekolah.Peperiksaan gantian boleh diadakan berdasarkan kepada merit kes tersebut.

11.3 Penangguhan Penyerahan Laporan Latihan Praktikum / Ilmiah / Industri /

Mengajar / Klinikal dan Projek

11.3.1 Seseorang pelajar boleh memohon untuk dipertimbangkan bagi perkara 11.3 dengan memberi sebab-sebab munasabah kepada Dekan dan disokong oleh penyelia utamanya.

11.3.2 Permohonan penangguhan bagi perkara 11.3 hendaklah dibuat sekurang-

kurangnya dua (2) minggu sebelum tarikh penyerahan laporan yang ditetapkan oleh sekolah;

11.3.3 Pelajar yang gagal menyerahkan laporan tersebut pada tarikh baru yang telah

ditetapkan akan diberikan gred E dan dikehendaki mendaftar semula. 11.4 Status Sebagai Seorang Pelajar Universiti

11.4.1 Pelajar yang telah diberi penangguhan pengajian bagi sesuatu semester akan hilang statusnya sebagai pelajar Universiti dan dengan demikian pelajar tersebut tidak berhak mendapat atau menggunakan kemudahan-kemudahan Universiti sehingga mendaftar semula selepas tempoh penangguhan.

11.4.2 Seseorang pelajar yang tidak mendaftar selama satu (1) semester panjang tanpa

kebenaran bertulis daripada Universiti akan digantung status sebagai pelajar (pindaan senat2/2003);

11.4.3 Seseorang pelajar yang tidak mendaftar selama dua (2) semester panjang

berturut-turut tanpa kebenaran bertulis daripada Universiti akan diberhentikan dari pengajian tanpa pemberitahuan daripada pihak Universiti dan akan hilang statusnya (pindaan senat 2/2003);

11.4.4 Seseorang pelajar tahun satu dan dua yang tidak mendaftar selama satu (1)

semester berturut-turut atau satu (1) sesi bagi pelajar tahun tiga,empat dan lima tanpa kebenaran bertulis daripada Universiti akan hilang status sebagai pelajar(pindaan senat2/2004).

11.4.5 Seseorang pelajar tahun satu dan dua yang tidak mendaftar selama satu (1)

semester berturut-turut atau satu (1) sesi bagi pelajar tahun tiga,empat dan lima tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Universiti akan diberhentikan dari pengajian tanpa pemberitahuan daripada pihak Universiti (pindaan senat2/2004).

Page 12: Peraturan Pengajian UMS

11.5 Tempoh Penangguhan Pengajian

11.5.1 Tempoh semester yang terlibat dengan penangguhan pengajian tidak diambil kira sebagai sebahagian daripada keperluan maksimum yang dibenarkan bagi melayakkan diri untuk mendapat ijazah.

11.5.2 Tempoh penggantungan pelajar yang digantung pengajiannya akibat tindakan

Tatatertib Universiti akan diambilkira sebagai sebahagian daripada keperluan maksimum yang dibenarkan bagi melayakkan diri untuk mendapat ijazah (pindaan senat 2/2003).

11.5.3 Tempoh penangguhan pengajian tidak boleh melebihi dua semester berturut-

turut.

11.5.4 Tempoh sesi yang terlibat dengan penangguhan pengajian tidak diambil kira sebagai sebahagian daripada keperluan maksimum yang dibenarkan bagi melayakkan diri untuk mendapat ijazah (pindaan senat 2/2004).

BAHAGIAN XII : PENYIMPANAN KERTAS-KERTAS JAWAPAN PEPERIKSAAN 12.1 Semua skrip jawapan pelajar-pelajar yang telah diperiksa hendaklah diserahkan kepada

Dekan dalam tempoh dua (2) minggu selepas Mesyuarat Sekolah untuk disimpan (pindaan senat 2/2003).

12.2 Dekan hendaklah menyimpan skrip jawapan itu untuk tempoh sekurang-kurangnya tiga

(3) bulan selepas pemberitahuan mengenai keputusan peperiksaan berkenaan diumumkan oleh senat.

BAHAGIAN XIII : RAYUAN TERHADAP SEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN

PEPERIKSAAN DAN RAYUAN MENERUSKAN PENGAJIAN 13.1 Rayuan Untuk Menyemak Semula Keputusan Peperiksaan

13.1.1 Sebarang rayuan untuk menyemak semula keputusan peperiksaan hendaklah

menggunakan borang yang telah ditetapkan dan dimajukan kepada BPA oleh pelajar dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh keputusan peperiksaan diumumkan (pindaan senat 2/2003).

13.1.2 Setiap rayuan yang dikemukakan hendaklah menyatakan kursus atau kursus-

kursus yang dirayu ingin disemak semula.

13.1.3 Rayuan hendaklah bersertakan yuran sebanyak RM50.00 bagi setiap kursus. Bayaran ini tidak boleh dituntut balik.

Page 13: Peraturan Pengajian UMS

13.1.4 Apabila diterima sbarang rayuan, Bahagian Perkhidmatan Akademik hendaklah

merujukkannya kepada Dekan Sekolah berkenaan. Dekan Sekolah hendaklah menubuhkan satu jawatankuasa panel pemeriksa bagi menyemak semula skrip jawapan peperiksaan kursus tersebut.

13.1.5 Jawatankuasa panel pemeriksa hendaklah terdiri daripada Dekan / Wakil selaku

pengerusi, penyelaras program / Gugusan berkenaan, pemeriksa asal dan dua ahli lain dalam bidang yang sama.

13.1.6 Keputusan rayuan hendaklah diperakukan oleh Mesyuarat Sekolah untuk

dikemukakan kepada senat bagi pengesahan senat (pindaan senat2/2003). 13.2 Rayuan Untuk Meneruskan Semula Pengajian

13.2.1 Seseorang pelajar yang mendapat keputusan “Gagal dan diberhentikan” oleh sebab gagal memenuhi syarat-syarat untuk meneruskan pengajian (sepertimana dalam perkara 8.3) boleh mengemukakan rayuan terhadap keputusan tersebut kecuali pelajar yang telah mendapat status “Gagal dan diberhentikan” sebanyak dua (2) kali dalam mana-mana semester pengajiannya (pindaan senat 2/2003).

13.2.2 Setiap rayuan hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Perkhidmatan Akademik

dalam tempoh empat (4) minggu selepas pengumuman rasmi keputusan peperiksaan berserta bayaran yuran RM100.00. Bayaran ini tidak boleh dituntut balik. Sebarang rayuan yang diterima selepas tempoh tersebut tidak boleh diberikan pertimbangan.

13.2.3 Bahagian Perkhidmatan Akademik hendaklah mengemukakan kes rayuan

tersebut kepada Dekan Sekolah berkenaan.Dekan hendaklah mempertimbangkan kes ini dalam jawatankuasa Akademik di Peringkat Sekolah;

13.2.4 Jawatankuasa Akademik sekolah boleh menerima atau menolak sesuatu rayuan;

13.2.5 Segala keputusan perlu diperakukan dalam Mesyuarat Sekolah untuk

pengesahan Senat; 13.3 Keputusan Senat ke atas sesuatu rayuan adalah muktamad.

Page 14: Peraturan Pengajian UMS

BAHAGIAN XIV : AM 14.1 Peraturan ini dan semua tafsiran mengenainya yang dibuat oleh Senat akan

berkuatkuasa serta merta. 14.2 Manual Peperiksaan, Garis panduan Pemindahan dan Pengecualian Jam Kredit serta

Peraturan-peraturan Sekolah hendaklah dibaca bersama dengan peraturan ini (pindaan senat 2/2003).

14.3 Senat mempunyai kuasa membenarkan apa-apa pengecualian yang difikirkan sesuai

daripada kehendak-kehendak pertauran ini dari semasa ke semasa.