01 pengajian ketamadunan.ppt (ums)

Upload: muhammad-faiq-lazim

Post on 07-Mar-2016

252 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Tamadun asia dan tamadun islam

TRANSCRIPT

  • PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN

  • TOPIK PERBINCANGAN

    1.1 Pengenalan 1.2 Pengajian

    Ketamadunan Dan Sejarah Tamadun

    1.3 Takrif dan Ciri Tamadun

    1.4 Kepercayaan , Agama Dan Tamadun

    1.5 Hubungan Tamadun Dengan

    Budaya

    1.6 Kelahiran, Perkembangan

    Dan Kemerosotan Tamadun

    1.7 Persamaan Dan Perbezaan Antara

    Tamadun

    1.8 Interaksi Antara Tamadun

    1.9 Dialog Antara Tamadun Peradaban

  • HASIL PEMBELAJARAN 1. Menerangkan keperluan mengkaji ilmu dan isu-

    isu ketamadunan hari ini dalam konteks Malaysia dan global serta hubungkait dengan idea pembinaan negara Malaysia.

    2. Menghuraikan ilmu ketamadunan dari perspektif sarjana Timur dan Barat.

    3. Menjelaskan kepentingan dialog sebagai alternatif dalam menyelesaikan isu-isu ketamadunan.

    KATA KUNCI : Pengajian Ketamadunan- Sejarah

    Tamadun- Agama-Budaya-Bangsa- Pandamgan Semesta-

    interaksi antara tamadun-Dialog tamadun

  • PENGENALAN ILMU

    KETAMADUNAN Pengajian ketamadunan perlu dibina di atas asas sumber-sumber ilmu (epistemologi) yang jelas dan bertitik tolak daripada premis yang disesuaikan dengan acuan pandangan semesta /world view yang tertentu bersandarkan latar agama, budaya, ideologi dimana ia dibina. Matlamat daripada pembinaan dan kefahaman tentang pandangan semesta adalah untuk menjana upaya intelektual bagi mengukur pencapaian tamadun sesuatu masyarakat atau bangsa.

  • PENGAJIAN KETAMADUNAN VS

    SEJARAH KETAMADUN

    PENGAJIAN KETAMADUNAN ;

    membicarakan teori,konsep-konsep asas, ciri serta sifat

    tamadun secara konseptual,teoritikal dan

    abstrak. Merentasi perbincangan masa

    lampau,masa kini dan masa depan; dinamik dan sentiasa

    berkembang mengikut peredaran masa.

    SEJARAH KETAMADUNAN;

    merujuk kepada pengalaman yang dilalui

    oleh sesuatu tamadun dari segi pencapaian, jatuh bangun, kemajuan dan kemunduran. Lazimnya

    dibatasi oleh faktor masa.

    Namun begitu..SEJARAH adalah komponen asas kajian ketamadunan kerana melalui sejarahlah ILMU dan TEORI ketamadunan diBENTUK,diBINA ,diBANGUN dan diKEMBANGKAN

  • TAKRIF DAN CIRI TAMADUN

    TAKRIF

    Perkataan tamadun menggambarkan taraf pencapaian kemajuan rohani dan jasmani sesebuah masyarakat khususnya dari sudut ilmu pengetahuan dan fizikal; memberi penekanan kepada kehalusan budi pekerti dan pembangunan perbandaran atau penempatan.

    Perkataan tamadun berasal dari bahasa Arab yang diterima pakai dalam bahasa Melayu.

  • TAKRIF DAN CIRI TAMADUN

    Istilah dalam Ilmu Ketamadunan;

    B.Arab; al-madaniyyah, alumran, al-hadharah dan tamaddun.

    B.Melayu; tamadun, peradaban dan budaya.

    B. Inggeris; civilization, culture, renaissance dan urbanization.

    Antara tokoh dalam bidang pengajian ketamadunan;

    Ibnu Khaldun Muhammad Abduh -Jurji Zydan Farid Wajdi Malik Bennabi

  • Dari sudut etimologinya ia berasal daripada kalimah maddana iaitu kata kerja merujuk kepada perbuatan membuka bandar atau kota serta perbuatan memperhalus budi pekerti. Daripada perkataan ini diterbitkan perkataan madani yang merupakan sifat nama. Madani merujuk kepada sifat sesuatu yang berkaitan dengan pembangunan perbandaran serta kehalusan budi pekerti yang terpuji. Kedua-dua perkataan maddana dan madani sendiri sebenarnya berasal daripada deen yang bermaksud agama, iaitu menggambarkan kehidupan beragama.

  • Oleh yang demikian , tamadun ditakrifkan sebagai ;

    Pencapaian dan pembangunan dalam segala perlakuan pemikiran dan kemajuan(seperti sains dan teknologi,kesenian,kesusasteraan dll) yang

    tinggi,luhur,baik,halus dan sopan.

  • Pandangan dan Teori Sarjana Timur dan Barat ..

    PERKEMBANGAN TAMADUN

    MANUSIA

  • GENERASI AWAL-

    KELAHIRAN

    SEMANGAT JUANG,KEKITAAN, SOLIDARITI SOSIAL YANG TINGGI

    GENERASI PERTENG

    AHAN-PERKEMBANGAN

    MEMILIKI KEUPAYAAN INTELEK, ILMU, DAN KEMAHIRAN

    GENERASI AKHIR-

    KEMEROSOTAN

    LEMAH,DILIMPAHI KEMEWAHAN,KRISIS ADAB,AKHLAK DAN JATI DIRI

    TEORI KITARAN IBNU KHALDUN

    IBNU KHALDUN

    TEORI PERKEMBANGAN TAMADUN

    Istilah UMRAN menjelaskan makna TAMADUN yg merangkumi organisasi

    sosial dan budaya; hubungan antara manusia,alam dan Penciptanya;

    perubahan dari badawi kepada hadari

  • Arnold Toynbee: agama adalah ubat penyembuh krisis peradaban.

    5 fasa: geneses, growth, breakdown, disintegration, dissolution.

    Malik Bennabi; seimbang moral dan material.

    Kepentingan 3 unsur; manusia, benda dan idea (plg utama).

    Karl Marx; faktor ekonomi sbg landasan material yg mencorakkan pemikiran manusia.

    Auguste Comte: tahap teologikal, metafizikal, saintifik.

  • Max weber: idea berperanan penting melahirkn sistem ekonomi. Tekankan etika protestan.

    Emile Durkheim; masyarakat dicirikan olh egoisme/individualisme yg membawa kpd keruntuhan norma yg dipatuhi

    Ali Shariati; 2 unsur hijrah/migrasi dan manusia.

  • Budaya Bangsa

    Hubungan Tamadun, Agama dan Budaya

    Agama

    TAMADUN

  • CIRI-CIRI TAMADUN

    CIRI-CIRI TAMADUN

    Sistem kepercayaan dan agama.

    Penempatan tetap.

    Peningkatan kualiti hidup.

    Wujud sistem organisasi.

    Wujud bahasa dan tulisan

    untuk komunikasi

    Wujud sistem perundangan.

    Peningkatan daya reka

    cipta

    Peningkatan daya

    kreativiti.

  • FAKTOR KELAHIRAN VS KEMEROSOTAN TAMADUN

    Strategik; Agama+Rohani; Ilmu+Nilai; Mahir+Teknologi Persaingan Kepimpinan Asabiah Hijrah

    Ketidakstabilan Politik Ketidakstabilan Ekonomi Runtuh Moral; Jumud; Bencana Alam Kemewahan Individualisme dan egoisme

    PEMBENTUKAN

    KEMEROSOTAN

  • PERSAMAAN DAN PERBEZAAN ANTARA TAMADUN

    Alam Sekitar

    Keluarga Masyarakat

    Kerajaan

    Ekonomi Pendidikan

    Kesihatan

    PERSOALAH BERKAIT TENTANG ETIKA

  • INTERAKSI ANTARA TAMADUN

    1 Interaksi dalam Lingkungan Budaya yang Sama.

    Contoh: Hubungan masyarakat Islam dan Hindu di India.

    2 Interaksi dengan Budaya dan Tamadun yang Berbeza

    Contoh: Hubungan masyarakat Islam dan Buddha di Kemboja.

    3

    Interaksi antara Tamadun yang Kuat dengan yang Lemah

    Contoh: Hubungan dan jaminan perlindungan masyarakat Yahudi dan Kristian dalam Piagam Madinah.

    Antara Jenis-jenis Interaksi yang wujud dalam sejarah

    ketamadunan

  • Interaksi Dalam Sejarah ISLAM dan KONFUSIANISME

    Bermula sejak kurun ke-7M.

    Peringkat awal- berlaku dalam bentuk perdagangan antara saudagar2 Arab dan Parsi dengan saudagar Cina.

    Proses interaksi bermastautin + perkahwinan dengan masyarakat tempatan.

    Sumbangan Interaksi dalam Dinasti Tang,Dinasti Sung,Dinasti Yuan dan Dinasti Ming

    - Pentadbiran Gabenor wilayah

    - Ketenteraan Panglima tentera

    - Etika- kesejajaran ajaran IslaM- Konfusianisme

    - Perkongsian ilmu

  • DIALOG ANTARA TAMADUN

    Zaman Dialog

    Sejajar dengan kesedaran mngenai betapa kepelbagaian masyarakat manusia di dunia dari segi geografi budaya dan agama maka dialog menjadi satu keperluan dan mekanisme perpaduan yang berkesan.

    Pendedahan ilmiah amat diperlukan untuk menghasilkan penilaian yang tepat mengenai sifat dan tamadun masing-masing bagi melestarikan semangat muhibbah antara angota masyarakat dalam membentuk konsep tamadun Malaysia.

  • Idea dan prinsip asas tamadun Malaysia perlu dihayati melalui pendekatan fitrah dan berasaskan fakta sejarah dan realiti kehidupan bukan melalui pendekatan yg mengaku salah (apologetic) mahupun menepis (defensive).

    Nilai tamadun-tamadun yang diwarisi oleh rakyat Malaysia banyak mempunyai persamaan dari segi adab dan kehidupan beradab, manusia dan kemanusiaan, kepentingan alam tabii dan keperluan hidup harmoni dengannya.

    Dialog adalah mekanisme utama yang perlu dipergiat untuk mengembalikan semula nilai-nilai sepunya antara tamadun bagi melestarikan keharmonian dan perpaduan.

  • Pembudayaan Dialog di Malaysia.

    Di negara kita,sejak tahun 1980-an hingga kini telah bermula usaha-usaha untuk mengadakan dialog contohnya dialog antara agama.

    Di satu peringkat,kemajuan dialog telah tercapai kerana didokong oleh para sarjana, ahli agama dan cendekiawan.

    Dialog dalam kehidupan seharian berlaku dalam proses kerjasama, komunikasi dan hidup bersama dlm konteks pekerjaan,sekolah,penggunaan kemudahan awam dll.

  • Prinsip-prinsip Dialog.

    Bagi memasti keberkesanan dialog, beberapa prinsip membimbing perlu diambil kira dan difahami;

    Faham dan Sedar Tujuan Utama

    Bermanfaat kepada kedua-dua

    pihak ikhlas

    Boleh + berupaya jelaskan

    pandangan (kepercayaan +

    nilai)

    Memahami persepsi dan

    pengalaman rakan dialog

    Berhemah

    Tidak Prejudis

  • Halangan kepada Dialog

    Antara faktor-faktor yang mnjadi halangan kepada dialog;

    1. Bertukar agama

    2. Rasa rendah diri

    3. Sindiran sosial

    4. Syak wasangka

  • KESIMPULAN Demi kesinambungan negara bangsa, kumpulan-

    kumpulan etnik di Malaysia perlu bersatu di atas

    nilai-nilai sejagat serta bersikap patriotik dan kursus

    TITAS adalah satu wahana dalam memberi pengisian

    ke arah tersebut. Pendedahan terhadap mengenali

    latar belakang tamadun masing-masing boleh

    memupuk rasa persefahaman antara satu sama lain.