peraturan mskppm

73
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN AM PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN PERKHIDMATAN PELAJARAN MALAYSIA Kali ke – 39 tahun 2011 19 DISEMBER – 22 DISEMBER 2011 JOHOR BAHRU, JOHOR PENGANJUR MAJLIS SUKAN DAN KEBUDAYAAN PERKHIDMATAN PELAJARAN MALAYSIA

Upload: mc-ppdjb

Post on 23-Mar-2016

257 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

PERATURAN MSKPPM KE-39 TAHUN 2011 JOHOR

TRANSCRIPT

Page 1: PERATURAN MSKPPM

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN AM PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN

PERKHIDMATAN PELAJARAN MALAYSIA Kali ke – 39 tahun 2011

19 DISEMBER – 22 DISEMBER 2011JOHOR BAHRU, JOHOR

PENGANJURMAJLIS SUKAN DAN KEBUDAYAAN

PERKHIDMATAN PELAJARAN MALAYSIA

KELOLAANPERSATUAN SUKAN DAN KEBUDAYAAN

PERKHIDMATAN PELAJARAN JOHOR

Page 2: PERATURAN MSKPPM

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA

PERATURAN AM

1. NAMA PERTANDINGAN

Pesta Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran Malaysia kali ke - 39 tahun 2011

2. PENGANJUR

Majlis Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran Malaysia

3. PENGELOLA

Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran Johor

4. PERATURAN UMUMUndang-undang dan Peraturan Antarabangsa bagi satu-satu jenis permainan yang dipertandingkan dan Peraturan Am Pesta Majlis Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran Malaysia yang sedang berkuatkuasa sekarang akan digunakan.

5. PERATURAN TAMBAHAN

Selain dari peraturan umum di atas, Jawatankuasa penganjur dan pengelola berhak meminda / mengadakan peraturan-peraturan tambahan, selaras dengan matlamat penganjuran Pesta Majlis Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran Malaysia.

6. JENIS-JENIS PERMAINAN –

Bil Jenis Permainan Jantina Jenis Pertandingan

1. Bola Sepak Senior Lelaki Berpasukan

2. Bola Sepak Veteran Lelaki Berpasukan

3. Bola Jaring Wanita Berpasukan (Senior & Veteran)

4. Sepak Takraw Lelaki Berpasukan (Senior & Veteran)

5. Badminton Lelaki/Perempuan Ind/Berpasukan ( campuran)

hd/Naaman MohdShah/Johor/ Peraturan Am MSKPPM 2

Page 3: PERATURAN MSKPPM

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA

6. Road Relay Lelaki/Perempuan Berpasukan

7. Boling Tenpin Lelaki+Wanita Berpasukan

8. Kebudayaan (tarian) Lelaki+Perempuan Berpasukan

9. Golf Lelaki Ind/Berpasukan

10. Hoki Lelaki Berpasukan

11. Memanah Lelaki+Perempuan Ind/Berpasukan

7. JUMLAH PESERTA

Bil Permainan Peng J/latih PengadilPeserta

JumLelaki Prem

1. Bola Sepak Senior 01 01 01 18 00 21

2. Bola Sepak Veteran 01 01 01 18 00 21

3. Bola Jaring 01 01 01 00 12 15

4. Sepak Takraw 01 01 01 12 00 15

5. Badminton 01 01 01 07 04 14

6. Road Relay 01 01 00 06 06 14

7. Boling Tenpin 01 01 00 05 05 12

8. Kebudayaan (Tarian) 01 01 01 06 06 15

9. Hoki 01 01 01 18 00 21

10. Memanah 01 01 01 03 03 09

11. Golf 01 01 00 08 00 10

JUMLAH 11 11 8 101 35 167

* Bilangan pegawai terpulang kepada pasukan PSKPP Negeri masing-masing.

hd/Naaman MohdShah/Johor/ Peraturan Am MSKPPM 3

Page 4: PERATURAN MSKPPM

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA

8. KELAYAKAN

8.1 Pemain yang layak menyertai pesta ini adalah:

8.1.1 Warganegara Malaysia

8.1.2 Seseorang yang sedang berkhidmat dan menerima gaji daripada Kementerian Pelajaran Malaysia sama ada bekerja secara tetap atau kontrak ( dari segi jawatan ).

8.1.3 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang berkhidmat secara berterusan 3 bulan ke atas.

8.1.4 Pegawai Khidmat Singkat dibenarkan dengan syarat telah berkhidmat selama 3 bulan secara berterusan.

8.1.5 Guru yang melanjutkan pelajaran secara penuh masa dan gajinya masih dibayar oleh pihak sekolah atau Jabatan asalnya.

8.2 Pemain yang tidak layak.

8.2.1 Pekerja Kontrak Swasta.

8.2.2 Guru ganti dan KGSK

8.2.3 Guru yang sedang menjalankan praktikum di institusi pendidikan.

8.3 Penyertaan bagi peserta lelaki dalam kategori Veteran adalah 40 tahunke atas manakala bagi bagi peserta wanita adalah 35 tahun di kira pada tahun pertandingan.

8.4 Pemain tidak dibenarkan mewakili pasukan persatuan lain selain daripada negeri tempat bertugas.

8.5 Seorang pemain hanya dibenarkan bertanding/didaftarkan di bawah satu permainan/peringkat umur iaitu senior atau veteran dalam satu permainan sahaja. Penegasan : Pemain kumpulan veteran boleh didaftarkan dalam kumpulan senior dalam mana-mana permainan dan tertakluk dalam satu kategori sahaja. Pemain senior tidak boleh didaftarkan dalam kategori veteran .

8.6 Setiap peserta hendaklah menunjukkan kad pengenalan ( asal ) dan

Slip gaji ( asal ) atau surat tawaran kerja secara kontrak ( asal ). Semua pengesahan hendaklah dibuat semasa mesyuarat pengurus pasukan. Salinan kad Pengenalan, Slip gaji dan dokumen berkaitan hendaklah disediakan oleh semua pengurus pasukan semasa pengesahan untuk simpanan jawatankuasa pengelola.

hd/Naaman MohdShah/Johor/ Peraturan Am MSKPPM 4

Page 5: PERATURAN MSKPPM

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA

8.7 Pengarah Pelajaran Negeri dan Pengurusan Pasukan adalah bertanggungjawab penuh pada setiap nama pemain yang didaftarkan. Sebarang bentuk penyelewengan adalah tanggungjawab mereka dan jika berlaku sebarang penyelewengan, kenyataan bertulis akan dibuat oleh Jawatankuasa Pengelola kepada Yang Dipertua MSKPPM untuk tindakan selanjutnya.

9 SISTEM PERTANDINGAN

Sistem pertandingan berpasukan adalah secara liga satu pusingan dalam kumpulan dan atau secara kalah mati seperti berikut:

9.1 Jika 12 pasukan atau lebih

Pertandingan dijalankan secara liga satu pusingan dalam kumpulan dan atau cara kalah-mati seperti berikut :

9.1.1 Perlawanan Peringkat Awal ( Secara liga satu pusingan dalam kumpulan )Kumpulan A – 3 pasukan (termasuk Johan tahun lalu)Kumpulan B – 3 pasukan ( termasuk Naib Johan tahun lalu )Kumpulan C – 3 pasukan ( termasuk tempat ke 3 tahun lalu )Kumpulan D – 3 pasukan (termasuk tempat ke 4 tahun lalu)

9.1.2 Perlawanan Peringkat Kedua ( Separuh Akhir – Kalah mati)

9.1.2.1 Pusingan Kedua akan dijalankan seperti berikut:

9.1.2.1.1 Johan dan Naib Johan setiap kumpulan akan masuk ke pusingan suku akhir dan pertandingan akan dijalankan secara kalah mati.

9.1.2.2 Perlawanan adalah ditetapkan sebagaimana berikut:

9.1.2.2.1 Undian bagi 4 pasukan Johan Kumpulan akan didahulukan untuk ditempatkan di kedudukan 1, 3, 5 dan 7.

9.1.2.2.2 Undian bagi 2 pasukan Naib Johan kumpulan ditempatkan dikedudukan 2, 4, 6 dan 8.

9.1.2.2.3 Pasukan yang menang pada perlawanan separuh akhir akan memasuki perlawanan akhir

hd/Naaman MohdShah/Johor/ Peraturan Am MSKPPM 5

Page 6: PERATURAN MSKPPM

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA

bagi menentukan Johan dan Naib Johan. Sementara Pasukan yang kalah akan bermain untuk menentukan tempat ketiga dan keempat.

9.1.3 Perlawanan Akhir ( Secara kalah mati seperti berikut )

Johan Kumpulan X melawan Johan Kumpulan Y Bagi menentukan Johan dan Naib Johan.

Naib Johan Kumpulan X melawan Naib Johan Kumpulan YBagi menentukan Ketiga dan keempat.

1E

2X

3F

4

5G

6Y

7H

8

9.2 Jika 9 hingga 11 pasukan .

Pertandingan dijalankan secara liga satu pusingan dalam kumpulan dan atau cara kalah-mati seperti berikut :

9.2.1 Perlawanan Peringkat Awal

( Secara liga satu pusingan dalam kumpulan )Kumpulan A – 3 pasukan (termasuk Johan tahun lalu)Kumpulan B – 4 pasukan ( termasuk Naib Johan tahun lalu )Kumpulan C – 4 pasukan ( termasuk tempat ke 3 tahun lalu )

hd/Naaman MohdShah/Johor/ Peraturan Am MSKPPM 6

Page 7: PERATURAN MSKPPM

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA

9.2.2 Perlawanan Peringkat Kedua

9.2.2.1 Johan dari kumpulan pusingan awal akan diundi untuk diletakkan dalam kumpulan X dan kumpulan Y. Mana-mana 2 daripada 3 pasukan johan tadi akan berada dalam kumpulan sama X atau Y melalui undian tersebut. Undian akan dibuat selepas sahaja pertandingan pusingan awal tamat.

9.2.2.2 Pasukan Naib Johan daripada kumpulan yang berlainan di pusingan awal akan diletakkan ke dalam kumpulan X dan Y.

9.2.2.3 Pasukan-pasukan dalam kumpulan X dan Y akan bermain secara liga dalam kumpulan.

9.2.3 Pusingan Akhir

9.2.3.1 Johan Kumpulan X lawan Johan Kumpulan Y untuk menentukan Johan dan Naib Johan

9.2.3.2 Naib Johan Kumpulan X lawan dengan Naib Johan Kumpulan Y untuk tempat ketiga dan keempat.

9.3 Jika 6 hingga 8 pasukan

9.3.1 Pusingan Awal

9.3.1.1 Pasukan akan dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu A dan B

9.3.1.2 Kumpulan AJika 6 penyertaan : 3 pasukanJika 7 penyertaan : 3 pasukanJika 8 penyertaan : 4 pasukan( termasuk Johan dan tempat keempat tahun lalu )

9.3.1.3 Kumpulan BJika 6 penyertaan : 3 pasukanJika 7 penyertaan : 4 pasukanJika 8 penyertaan : 4 pasukan( termasuk Naib Johan dan tempat ketiga tahun lalu )

9.4 Jika 5 atau kurang pasukan

hd/Naaman MohdShah/Johor/ Peraturan Am MSKPPM 7

Page 8: PERATURAN MSKPPM

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA

Secara liga satu pusingan dalam kumpulan. Pasukan yang mendapat mata terbanyak dikira Johan dan seterusnya Naib Johan, Ketiga dan keempat.

9.5 Pertandingan terbuka

Undian dan seeding (jika ada) akan dilakukan oleh Jawatankuasa Pertandingan.

10 PENDAFTARAN

10.1 Borang Pendaftaran

10.1.1 Tiap-tiap PSKPP Negeri dikehendaki mengesahkan penyertaan kepada Jawatankuasa Pengelola sekurang-kurangnya 20 hari sebelum tarikh pertandingan. Penyertaan melalui talipon tidak dibenarkan.

10.1.2 Tiap-tiap pasukan PSKPP Negeri dikehendaki mendaftar nama pegawai dan pemain dalam borang tertentu yang disediakan oleh Jawatankuasa pengelola yang mengandungi:

10.1.2.1 Nama Penuh (mengikut kad pengenalan dan Nyatakan En/Cik/Puan/Haji/Hjh ).

10.1.2.2 No Kad Pengenalan Baru

10.1.2.3 No gaji

10.1.2.4 Pekerjaan ( Nyatakan dengan jelas)

10.1.2.5 Alamat pejabat/sekolah dan No telefon

10.1.2.6 Alamat rumah dan no telefon.

10.1.3 Borang pendaftaran tersebut hendaklah diisikan dengan lengkap. Jawatankuasa Pengelola berhak menolak mana-mana borang pendaftaran yang tidak lengkap dan hendaklah ditandatangani oleh Yang DiPertua dan Setiausaha Agung dengan Cop Rasmi.

10.1.4 Yuran Pendaftaran bagi setiap penyertaan adalah sebanyak RM 50.00 melainkan ada ketetapan lain yang telah ditetapkan dan dipersetujui oleh ahli gabungan..

10.2 Pakaian Pemain

10.2.1 Tiap-tiap pasukan dikehendaki memakai pakaian yang seragam sesuai dengan jenis permainan yang telah ditetapkan.

hd/Naaman MohdShah/Johor/ Peraturan Am MSKPPM 8

Page 9: PERATURAN MSKPPM

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA

10.2.2 Nombor-nombor pada jersi hendaklah serupa dengan nombor-nombor yang didaftarkan dalam senarai pendaftaran .

11 CARA MENENTUKAN KEPUTUSAN JOHAN KESELURUHAN

11.1 Pemberian mata akan diberikan mengikut pencapaian dalam sesuatu permainan oleh pasukan seperti berikut:

11.1.1 Johan - 5 mata11.1.2 Naib Johan - 3 mata11.1.3 Ketiga - 2 mata11.1.4 Keempat - 1 mata

11.2 Sekiranya jumlah mata adalah sama maka penentuan akan dibuat berdasarkan kepada jumlah Johan yang terbanyak diperolehi oleh pasukan tersebut.

11.3 Jika masih seri juga hendaklah di rujuk kepada jumlah naib johan dan seterusnya.

11.4 Acara Jalan Ria dan Perbarisan tidak termasuk dalam pengiraan mata.

12 MENARIK DIRI DAN MENANG TANPA BERTANDING

12.1 Mana-mana pasukan tidak dibenarkan menarik diri dari pertandingan setelah pengesahan dibuat oleh PSKPP Negeri dan diterima menyertai pertandingan oleh pengelola.

Sebarang tindakan menarik diri oleh sesuatu pasukan atau peserta adalah dianggap bertentangan dengan semangat kesukanan dan pasukan tersebut atau PSKPP Negeri berkenaan dikehendaki memberikan penjelasan bertulis kepada Yang DiPertua Jawatankuasa Kerja MSKPPM dalam masa 3 hari.

12.2 Sekiranya mana-mana pasukan menarik diri daripada perlawanan semua keputusan perlawanan yang telah disertai oleh pasukan tersebut akan dibatalkan dan pasukan berkenaan tidak akan dibenarkan menyertai sebarang perlawanan seterusnya.

13 PENGGANTUNGAN

13.1 Sesuatu pasukan / pemain yang diperintah keluar padang / gelanggang dalam masa permainan kerana tindakan tatatertib akan diminta menghadirkan diri di hadapan lembaga Juri Rayuan yang akan bersidang

hd/Naaman MohdShah/Johor/ Peraturan Am MSKPPM 9

Page 10: PERATURAN MSKPPM

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA

dalam tempoh masa 3 jam dari masa kejadian. Pemain / Pasukan itu tidak dibenarkan menyertai pertandingan sehingga Lembaga Rayuan memberikan keputusannya.

13.2 Pegawai yang didapati bersalah kerana tindakan tatatertib akan dilaporkan oleh Jawatankuasa Pengelola kepada Lembaga tatatertib MSKPP Malaysia.

13.3 Seseorang pemain yang telah digantung oleh persatuan sukan di peringkat negeri atau peringkat kebangsaan tidak boleh menyertai sebarang permainan di dalam Pesta MSKPP Malaysia.

14 PENGADILAN

14.1 Hanya pegawai yang bertaulaih dan berpengalaman sekurangnya 2 tahun boleh dilantik untuk bertugas di dalam pertandingan-pertandingan MSKPP Malaysia.

14.2 Semua pengadil yang dilantik hendaklah terdiri daripada mereka yang bertugas dengan Kementerian Pelajaran Malaysia.

14.3 Jawatankuasa Pengelola berhak melantik ketua pengadil, pengadil-pengadil lain dalam pertandingan kelolaannya.

14.4 Semua PSKPP Negeri diwajibkan membawa pengadil mengikut jenis permainan yang disertai dan memastikan pengadil-pengadil berkenaan menjalankan tugas seperti yang dikehendaki.

14.5 Kegagalan membawa pengadil sebagaimana yang telah ditetapkan akan didenda sebanyak RM 100.00 seorang.

14.6 Pengadil yang dilantik dan dinamakan oleh pasukan negeri tidak boleh didaftarkan sebagai pemain atau pegawai dalam pasukan mereka.

15 BANTAHAN

15.1 Bantahan bertulis yang ditandatangani oleh seorang pegawai pasukan hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Jawatankuasa Pengelola atau wakilnya tidak lebih daripada setengah jam ( 30 minit ) selepas perlawanan berkenaan berakhir melainkan dinyatakan lain di dalam Undang-Undang permainan tersebut.

15.2 Tiap-tiap satu bantahan hendaklah disertakan dengan bayaran RM 300.00 bagi acara berpasukan dan RM 200.00 bagi acara individu yang

hd/Naaman MohdShah/Johor/ Peraturan Am MSKPPM 10

Page 11: PERATURAN MSKPPM

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA

tidak akan dikembalikan jika sekiranya didapati bantahan tersebut tidak berasas.

15.3 Sekiranya ada bantahan yang belum dapat diputuskan di dalam jangka masa yang ditetapkan, perlawanan seterusnya hendaklah dijalankan mengikut jadual dan pasukan terlibat bertanding di bawah bantahan ( under protest )

15.4 Jika bantahan berkaitan dengan kelayakan ( status ) seseorang peserta tidak dapat diselesaikan dengan memuaskan sebelum pertandingan , bantahan (under protest), tersebut akan dikemukakan kepada Jawatankuasa Kerja MSKPPM

16 LEMBAGA JURI RAYUAN

Jawatankuasa pengelola akan menubuhkan satu badan Lembaga Juri Rayuan yang mengandungi

16.1 Pengerusi : Pengerusi Jawatankuasa Pengelola atau wakilnya

16.2 Ahli Jawatankuasa : 5 orang

16.2.1 Pengerusi Jawatankuasa permainan yang berkenaan

16.2.2 Setiausaha Jawatankuasa Pengelola sebagai Ex-Officio

16.2.3 3 orang Pengurus pasukan yang tidak terlibat.

17 LEMBAGA TATATERTIB

Lembaga tatatertib akan ditubuhkan oleh MSKPP Malaysia yang dianggotai oleh:

Pengerusi : Yang DiPertua MSKPPM atau wakilnya

Naib Pengerusi : Timbalan Yang DiPertua atau wakilnya

Setiausaha : Setiausaha Agung MSKPPM

Ahli : Pengerusi Jawatankuasa Pengelola permainan yang berkenaan dan 3 orang ahli yang dilantik.

18 PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

hd/Naaman MohdShah/Johor/ Peraturan Am MSKPPM 11

Page 12: PERATURAN MSKPPM

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA

Semua perkara yang tidak dinyatakan di dalam undang-undang dan peraturan ini akan dirujuk dan diselesaikan oleh Jawatankuasa Pengelola mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan yang meliputi tiap-tiap satu pertandingan permainan yang sedang berkuatkuasa DAN berhak meminda atau menambah mana-mana yang bersesuaian.

BOLASEPAK SENIOR DAN VETERAN

1. UNDANG-UNDANG

Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan undang-undang serta Peraturan Am MSKPP Malaysia yang sedang berkuatkuasa sekarang.

2. PEMBENTUKAN PASUKAN

2.1. Senior2.1.1 Tiap-tiap pasukan akan mengandungi 18 pemain, 1

Pengurus Pasukan, 1 Jurulatih dan 1 pengadil.

2.1.2. Jurulatih boleh terdiri daripada salah seorang pemain

2.2. Veteran2.2.1.Tiap pasukan akan mengandungi 18 orang pemain,

1 orang pengurus, 1 jurulatih dan 1 pengadil.

3. PENDAFTARAN

3.1. Senior dan Veteran3.1.1.Tiap-tiap pasukan hendaklah mendaftarkan 18 orang

pemain.

3.2. Senarai nama pemain dan nama pemain gantian serta nombor kad pengenalan masing-masing hendaklah diserahkan kepada pegawai pertandingan 15 minit sebelum perlawanan dimulakan. Senarai yang lengkap hendaklah ditandatangani oleh Pengurus Pasukan.

4. UMUR

4.1. Peringkat veteran

hd/Naaman MohdShah/Johor/ Peraturan Am MSKPPM 12

Page 13: PERATURAN MSKPPM

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA

4.1.1.Umur 40 tahun dan keatas.

5. MASA BERMAIN

5.1. Peringkat Senior

5.1.1.40 minit bagi setiap separuh masa dengan masa rehat 10 minit sahaja.

5.2. Peringkat Veteran

5.2.1.35 minit bagi tiap-tiap separuh masa dengan masa rehat 10 minit sahaja.

6. KELEWATAN

6.1. Tiap-tiap pasukan hendaklah berada dipadang permainan 15 minit sebelum perlawanan dimulakan.

6.2. Masa 10 minit akan diberikan kepada pasukan yang lewat. Jika selepas 10 minit pasukan berkenaan masih belum tiba atau belum bersedia, pihak lawannya akan diberikan kemenangan percuma dengan 3 mata dan jaringan 3 - 0

6.3. Sekurang-kurangnya mesti ada 9 orang pemain bagi satu-

satu pasukan berada di padang permainan sebelum sesuatu perlawanan dimulakan. Jika kurang daripada 9 orang pemain, pasukan tersebut dikira menarik diri.

6.4. 5 orang pemain gantian adalah dibenarkan.

7. PAKAIAN

7.1. Tiap-tiap pemain hendaklah memakai jersi yang bernombor, seperti yang didaftarkan di dalam borang pendaftaran.

7.3. Kasut bola mesti mengikut spesifikasi yang dibenarkan. Semua pemain diwajibkan menggunakan alas betis / “ shin-guard ”

7.4. Hanya pemain veteran dibenarkan memakai seluar trek.

hd/Naaman MohdShah/Johor/ Peraturan Am MSKPPM 13

Page 14: PERATURAN MSKPPM

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA

7.5. Ketua pasukan mestilah memakai lilitan lengan dan sekiranya diganti, lilitan lengan itu hendaklah diberikan kepada pemain yang mengambil alih tugasnya.

8. SISTEM PERTANDINGAN

Sila rujuk undang-undang dan Peraturan Am MSKPP Malaysia ( Peraturan 8 )

9. CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN KUMPULAN

9.1. Cara pemberian mata:Menang : 3 mataSeri : 1 mataKalah : 0 mata

9.2. Sekiranya keputusan perlawanan dalam kumpulan menyebabkan 2 pasukan atau lebih mendapat mata yang sama, maka pasukan yang menang akan ditentukan mengikut cara seperti berikut:

9.2.1.Pasukan yang mendapat perbezaan gol yang

terbanyak akan dikira menang

9.2.2. Jika perbezaan gol masih seri, pasukan yang mendapat bilangan gol yang terbanyak dikira menang.

9.2.3. Jika masih seri, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira menang.

9.2.4. Jika masih seri juga, cabutan undi akan dijalankan.

9.3. Perlawanan secara kalah mati jika kedudukan seri selepas masa penuh permainan tamat:

9.3.1.Masa rehat 5 minit hendaklah diberi selepas tamat masa perlawanan sebenar dan sebelum masa tambahan dijalankan, semua pemain kedua-dua pasukan tidak dibenarkan keluar padang permainan kecuali dengan kebenaran pengadil.

hd/Naaman MohdShah/Johor/ Peraturan Am MSKPPM 14

Page 15: PERATURAN MSKPPM

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA

9.3.2. Permainan masa tambahan – peringkat senior:Perlawanan disambung semula selama 20 minit, iaitu 10 minit bagi tiap-tiap separuh masa dengan tiada masa rehat diantara kedua-dua separuh masa itu.

9.3.3.Permainan Masa tambahan – peringkat veteranPerlawanan disambung semula selama 10 minit, iaitu 5 minit bagi tiap-tiap separuh masa dengan tiada masa rehat diantara kedua-dua separuh masa itu.

9.3.4.Peraturan “sudden-death” akan dilaksanakan. Perlawanan akan ditamatkan apabila mana-mana pasukan menjaringkan gol pertama dalam perlawanan masa tambahan tersebut.

9.3.5. Jika keputusan masih seri juga selepas permainan masa tambahan, maka sepakan penalti hendaklah dijalankan.

9.4. Sepakan Penalti

Sepakan Penalti akan dijalankan seperti berikut:

9.4.1.Pengadil akan menentukan gol mana yang hendak digunakan.

9.4.2.Tiap-tiap pasukan akan mengambil 5 sepakan penalti secara berselangseli.

9.4.3.Ketua pasukan akan mencabut undi untuk menentukan pasukan mana yang akan memulakan sepakan penalti.

9.4.4.Pasukan yang menjaringkan lebih banyak gol akan dikira menang.

9.4.5.Hanya pemain-pemain yang berada di dalam padang pada masa tamatnya perlawanan yang dijalankan dalam masa tambahan itu sahaja yang dibenarkan membuat sepakan penalti.

9.4.6. Jika selepas 5 sepakan penalti dibuat, kedudukan masih seri lagi maka sepakan penalti hendaklah diteruskan oleh pemain berlainan secara berselang-

hd/Naaman MohdShah/Johor/ Peraturan Am MSKPPM 15

Page 16: PERATURAN MSKPPM

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA

seli sehingga tercapai keputusan. ( secara “sudden-death”).

9.4.7.Tiap-tiap sepakan penalti hendaklah diambil oleh pemain yang berlainan, termasuk penjaga gol.

9.4.8.Penjaga gol boleh ditukar pada bila-bila masa sahaja semasa sepakan penalti dijalankan oleh pemain-pemain yang sedia ada di padang permainan.

9.4.9.Semua pemain melainkan kedua-dua penjaga gol dan pemain yang akan mengambil sepakan penalti mestilah berada di tengah bulatan sementara sepakan itu dijalankan. Penjaga gol dan rakan kepada pemain yang mengambil sepakan penalti hendaklah berada sekurang-kurangnya 10 ela di luar kawasan penalti.

9.4.10 Jawatankuasa Pengelola akan menggunakan budibicara sebaik mungkin untuk memutuskan sesuatu perlawanan jika sekiranya masa tidak mengizinkan berbuat seperti perkara di atas setelah mendapat persetujuan bersama pengurus-pengurus pasukan terlibat.

10. BILANGAN PENGGANTI

10.1. Peringkat Senior5 orang pemain termasuk penjaga gol boleh ditukarkan pada bila-bila masa di dalam satu-satu perlawanan.

10.2.Peringkat Veteran7 orang pemain termasuk penjaga gol boleh ditukarkan pada bila-bila masa di dalam satu-satu perlawanan.

11. ALATAN

Setiap pasukan dikehendaki membawa sekurang-kurangnya sebiji bola pertandingan yang akan diberitahu jenisnya oleh Jawatankuasa Pengelola kepada semua PSKPP Negeri melalui surat siaran rasmi nanti.

hd/Naaman MohdShah/Johor/ Peraturan Am MSKPPM 16

Page 17: PERATURAN MSKPPM

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA

12. PENGADIL DAN PENJAGA GARISAN

12.1. Tiap-tiap pasukan hendaklah mengadakan seorang pengadil yang bertauliah .

12.2. Tugasan pengadl dan penjaga garisan bagi satu-satu perlawanan akan diuruskan oleh Jawatankuasa Pengelola.

13. BANTAHAN

Sila rujuk Undang-Undang dan Peraturan Am MSKPP Malaysia ( Peraturan 14 )

14. LEMBAGA JURI RAYUAN

Sila rujuk Undang-Undang dan Peraturan Am MSKPP Malaysia ( Peraturan 15 )

15. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

Bagi semua perkara yang tidak dinyatakan, Jawatankuasa Pengelola berhak membuat sebarang keputusan dan semua keputusannya adalah muktamad.

hd/Naaman MohdShah/Johor/ Peraturan Am MSKPPM 17

Page 18: PERATURAN MSKPPM

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA

BOLA JARING SENIOR DAN VETERAN( Indoor )

1. UNDANG-UNDANG PERMAINAN

1.1 Selain daripada Peraturan Pertandingan yang terkandung, pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang-Undang Permainan Bola Jaring Persekutuan Persatuan Bola Jaring Antarabangsa (IFNA) yang terkini.

1.2 Sekiranya terdapat percanggahan di antara terjemahan Undang-Undang Permainan dan Undang-Undang Permainan Bola Jaring IFNA, maka adalah diputuskan bahawa Undang-Undang Permainan Bola Jaring IFNA akan dipatuhi.

1.3 Sekiranya timbul perkara yang tidak dikuasai oleh kedua-dua Undang-Undang Permainan, maka keputusan akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pengelola, kecuali dari aspek Teknikal.

2. PENDAFTARAN

2.1. Pendaftaran Pasukan adalah seperti berikut:

2.1.1.10 orang pemain ( 6 orang pemain senior dan 6 orang pemain veteran )

2.1.2. 01 orang Pengurus2.1.3. 01 orang Jurulatih ( boleh terdiri daripada pemain )

2.2. Jumlah Pemain yang bermain dalam sesuatu perlawanan adalah dengan nisbah 4:3 iaitu 4 orang pemain senior dan 3 orang pemain veteran pada setiap masa pertandingan.

2.3. Semua pegawai pengurusan pasukan hendaklah terdiri daripada wanita.

3. KELAYAKAN

hd/Naaman MohdShah/Johor/ Peraturan Am MSKPPM 18

Page 19: PERATURAN MSKPPM

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA

3.1 Peringkat Umur Veteran :

3.1.1 Umur 35 tahun dan ke atas yang dikira pada tahun pertandingan.

4. KELEWATAN

Lima belas (15) minit akan diberi untuk masa kelewatan. Jika selepas lima belas (15) minit sesuatu pasukan itu tidak dapat hadir dengan sekurang-kurangnya lima (5) orang pemain, maka pasukan itu dikira menarik diri daripada pesta.

5. PAKAIAN

5.1 Pakaian bermain mestilah seragam iaitu mempunyai corak, bentuk dan warna yang sama. Pakaian berkenaan hendaklah dipakai setiap kali bermain di sepanjang pesta ini.

5.2 Pemain hendaklah memakai baju / jersi dan seluar track. Seluar pendek dan “tight” tidak dibenarkan.

5.3 Setiap pasukan dikehendaki membawa bib. Ketinggian ukuran huruf pada bib hendaklah 6 inci. Pemain Veteran dikehendaki memakai tanda lilitan pada lengan.

5.4 Sekiranya kedua-dua pasukan memakai bib yang sama warna, maka keputusan pertukaran bib akan ditentukan secara lambungan duit.

6. SISTEM PERTANDINGAN

6.1 Sila rujuk Undang-Undang dan Peraturan Am MSKPP Malaysia ( Peraturan 9 )

6.2 Masa bermain satu perlawanan ialah 40 minit iaitu 20 minit bagi setiap separuh masa dengan 5 minit masa rehat di antaranya.

7. CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN KUMPULAN

hd/Naaman MohdShah/Johor/ Peraturan Am MSKPPM 19

Page 20: PERATURAN MSKPPM

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA

7.1 Cara memberi mata :

Menang - 3 mataSeri - 1 mataKalah - 0 mata

7.2 Jika dua ( 2 ) atau lebih pasukan mendapat mata yang sama, pemenang akan ditentukan seperti berikut :

7.2.1 secara PURATA GOL, iaitu dengan membahagikan jumlah gol yang dijaringkan dengan jumlah gol yang kena.

7.2.2 Jika purata gol masih seri, maka keputusan akan ditentukan secara PERBEZAAN GOL, iaitu jumlah gol yang dijaringkan tolak jumlah gol yang kena.

7.2.3 Jika kedudukan masih seri, maka keputusan yang menjaringkan gol terbanyak akan diisythiarkan sebagai pemenang.

7.3 Bagi pertandingan yang dijalankan secara KALAH MATI, jika keputusannya berakhir dengan seri, maka keputusan pertandingan akan ditentukan seperti berikut :

7.3.1 Apabila tamat masa pertandingan, pasukan akan diberi masa rehat selama dua ( 2 ) minit.

7.3.2 Masa tambahan selama dua ( 2 ) x tujuh ( 7 ) minit setiap bahagian akan dimainkan.

7.3.3 Pasukan bertukar kawasan Gol dan perlawanan dimulakan semula oleh pasukan yang berhak kepada hantaran Tengah berikut.

7.3.4 Pasukan bertukar Kawasan Gol di separuh masa tanpa rehat.

7.3.5 Sekiranya berlaku seri di akhir masa tambahan, permainan akan diteruskan sehingga satu pasukan mendapat dua ( 2 ) kelebihan gol.

8. ALATAN

8.1 Tinggi Tiang - 10 kaki

hd/Naaman MohdShah/Johor/ Peraturan Am MSKPPM 20

Page 21: PERATURAN MSKPPM

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA

Saiz Bola - 5Lilitan Bola - 26” – 28”Berat Bola - 10 – 16oz

8.2 Jenama bola akan ditentukan jenisnya oleh Pengelola untuk digunakan dalam pesta ini.

9. PENGADIL

9.1 Tugasan pengadil bagi satu-satu perlawanan akan diuruskan oleh Jawatankuasa Pengelola

9.2 Semua Pengadil hendaklah terdiri daripada wanita sahaja.

9.2 Pengadil mestilah menyediakan laporan bertulis jika berlaku sebarang bantahan.

9.3 Setiap Pengadil mesti membawa Buku Undang-Undang Bola Jaring, Wisel dan sebagainya semasa menjalankan tugas.

9.4 Pengadil mesti memakai pakaian berwarna putih dan sesuai untuk berlari (membolehkan ia bergerak dengan selesa).

9.5 Keputusan Pengadil dalam setiap perlawanan adalah muktamad.

10. PENANGGUHAN

10.1 Sekiranya permainan di luar dewan - keadaan cuaca tidak mengizinkan permainan diteruskan, seperti hujan lebat, petir dan kilat, cuaca gelap dan kedengaran Azan, maka Pengadil dengan persetujuan Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal berhak menangguhkan perlawanan.

10.2 Permainan yang ditangguhkan kerana keadaan cuaca akan diteruskan seperti berikut :

10.2.1 sekiranya perlawanan ditangguhkan pada hari yang sama, maka perlawanan akan disambung mengikut baki masa yang tinggal.

hd/Naaman MohdShah/Johor/ Peraturan Am MSKPPM 21

Page 22: PERATURAN MSKPPM

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA

10.2.2 Sekiranya perlawanan ditangguhkan kepada hari yang lain, maka perlawanan hendaklah dimainkan semula.

10.3 Jawatankuasa Pengelola mempunyai kuasa untuk menangguhkan atau mengubah sesuatu perlawanan dengan diberitahu terlebih dahulu atau diputuskan dengan serta merta.

10.4 Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal akan menetapkan semula tarikh dan masa perlawanan yang tertangguh itu.

11. BANTAHAN

Sila rujuk Peraturan AM MSKPP Malaysia ( Peraturan 15 )

12. LEMBAGA JURI RAYUAN

Sila rujuk Peraturan Am MSKPP Malaysia ( Peraturan 16 )

13. PERKARA-PERKARA LAIN

13.1 Jawatankuasa Pengelola berhak menangguhkan sesuatu perlawanan atau membuat perubahan kepada masa atau tempat perlawanan. Dalam hal ini masa pemberitahuan yang cukup akan diberi kepada pasukan yang bertanding.

13.2 Jawatankuasa Pengelola berhak untuk menambah dan memutuskan sebarang perkara lain yang tidak dibekalkan di dalam Undang-Undang ini dan Peraturan Am MSKPP Malaysia.

SEPAK TAKRAW SENIOR DAN VETERAN

1. UNDANG-UNDANG

hd/Naaman MohdShah/Johor/ Peraturan Am MSKPPM 22

Page 23: PERATURAN MSKPPM

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA

Permainan ini dijalankan mengikut Undang-undang Permainan Sepak Takraw Persekutuan Sepak Takraw Malaysia dan ASTAF (Gabungan Sepak Takraw Asia).

2. PENYERTAAN DAN PEMBENTUKAN PASUKAN

2.1. Pendaftaran Pasukan adalah seperti berikut:

2.1.1.12 orang pemain

2.3.2. 01 orang Pengurus

2.3.3. 01 orang Jurulatih ( boleh terdiri daripada pemain )

2.3.4. Susunan permainan adalah seperti berikut:Regu Pertama, Regu Kedua dan Regu Ketiga.

2.2. Bilangan Pemain adalah seperti berikut:

2.2.1.Tiap pasukan mempunyai 3 regu ( 9 pemain )

2.2.2. Susunan regu adalah seperti berikut:

2.2.2.1. Regu Pertama - Senior

2.2.2.2. Regu Kedua - Veteran

2.2.2.3. Regu Ketiga - Senior

3. PENDAFTARAN

Semua pasukan/regu yang mengambil bahagian di dalam pertandingan dikehendaki menyampaikan senarai nama pemain dan susunan regu masing-masing dengan menggunakan borang pendaftaran khas kepada pengadil rasmi pada hari pertandingan, iaitu 30 minit sebelum perlawanan dimulakan dan ditandatangani oleh Pengurus Pasukan.

hd/Naaman MohdShah/Johor/ Peraturan Am MSKPPM 23

Page 24: PERATURAN MSKPPM

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA

4. KELAYAKAN

4.1. Peringkat Umur Veteran

4.1.1.Umur 40 tahun dan ke atas dikira pada tahun pertandingan

4.2. Seorang pemain hanya boleh didaftarkan bermain di dalam satu peringkat umur sahaja.

5. KELEWATAN

Satu jangka masa yang tidak lebih daripada 15 minit adalah diberi kepada regu yang lewat dan jika masih juga tidak hadir maka kemenangan percuma akan iberi kepada regu lawannya yang hadir dengan kiraan 15-0, 15-0.

6. PAKAIAN

6.1.1.Semua pemain dikehendaki memakai pakaian (jersi) yang seragam.

6.1.2.Semua jersi pemain dimestikan bernombor.6.1.3.Pemain yang memakai seluar trek adalah dibenarkan.6.1.4.Ketua pasukan dikehendaki memakai tanda lengan (arm-

band)

7. SISTEM PERTANDINGAN

7.1. Sila rujuk Peraturan Am ( 9 ) MSKPP Malaysia

7.2. Sistem kiraan 15 mata dengan servis tiga kali berturut-turut akan digunakan pada kejohanan ini. ( Sistem baru kiraan mata dalam sepak takraw )

8. CARA MEMUTUSKAN PEMENANG KUMPULAN

8.1. Pasukan yang menang mendapat 2 mata dan yang kalah mendapat 0 mata.

hd/Naaman MohdShah/Johor/ Peraturan Am MSKPPM 24

Page 25: PERATURAN MSKPPM

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA

8.2. Sekiranya selesai semua permainan dalam satu kumpulan, kiraan mata diperolehi sama oleh 2 pasukan atau lebih, maka kedudukannya akan ditentukan mengikut tertib berikut:

8.2.1.Kiraan perbezaan REGU ( difference ) daripada jumlah regu menang yang diperolehi pasukan berkenaan.

8.2.2.Kiraan Perbezaan PUSINGAN daripada jumlah pusingan yang diperolehi oleh pasukan berkenaan.

8.2.3.Kiraan Perbezaan ANGKA-ANGKA MATA daripada jumlah mata yang diperolehi oleh pasukan berkenaan.

9. JENIS BOLA PERTANDINGAN

9.1. Jenis bola akan ditentukan oleh pengelola.

10. PENGADIL DAN PENJAGA MASA

10.1. Tugasan pengadl dan penjaga garisan bagi satu-satu perlawanan akan diuruskan oleh Jawatankuasa Pengelola

10.2. Tugasan pengadil akan ditentukan oleh Pengadil Rasmi / Ketua Pengadil pertandingan.

11. BANTAHAN

Sila rujuk Peraturan Am MSKPP Malaysia ( Peraturan 15 )

12. LEMBAGA JURI RAYUAN

Sila rujuk Peraturan Am MSKPP Malaysia ( Peraturan 16 )

12. PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

Bagi perkara-perkara yang tidak dibekalkan/dinyatakan dalam undang-undang dan Peraturan Am MSKPP Malaysia,

hd/Naaman MohdShah/Johor/ Peraturan Am MSKPPM 25

Page 26: PERATURAN MSKPPM

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA

Jawatankuasa Pengelola adalah berhak membuat keputusan dan segala keputusannya adalah muktamad.

BADMINTON

4. UNDANG-UNDANG PERMAINAN

Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-undang Permainan Peraturan Badminton Malaysia dan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) serta Peraturan-peraturan Am MSKPP Malaysia.

5. PEMBENTUKAN PASUKAN

2.1. Tiap pasukan akan mendaftar 3 pegawai dan 11 pemain seperti berikut:

2.1.1.3 orang pegawai 2.1.1.1. 1 orang Pengurus Pasukan2.1.1.2. 1 orang Jurulatih2.1.1.3. 1 orang Pengadil

2.1.2.3 orang pemain lelaki 2.1.3.2 orang pemain lelaki veteran2.1.4.3 orang pemain wanita2.1.5.3 orang pemain simpanan yang terdiri daripada

2.1.5.1. 1 pemain lelaki senior.2.1.5.2. 1 pemain lelaki veteran 2.1.5.3. 1 pemain wanita

2.2. Setiap orang pemain hanya dibenarkan bermain dalam satu acara dan satu kategori sahaja.

hd/Naaman MohdShah/Johor/ Peraturan Am MSKPPM 26

Page 27: PERATURAN MSKPPM

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA

3. SUSUNAN PERLAWANAN

3.1. Susunan perlawanan adalah seperti berikut:

3.1.1.Perseorangan Wanita 3.1.2.Beregu Lelaki Veteran 3.1.3.Bergu Lelaki 3.1.4.Bergu Wanita 3.1.5.Perseorangan Lelaki

3.2. Pendaftaran pemain mengikut susunan perlawanan yang lengkap diisi di dalam borang pertandingan hendaklah diserahkan kepada pegawai pertandingan 30 minit sebelum pertandingan bermula

3.3. Sebarang pertukaran tidak dibenarkan selepas pertandingan (tie) dimulakan.

4. SISTEM PERTANDINGAN4.1. Pertandingan dijalankan dalam kategori berpasukan. 4.2. Undian akan dijalankan oleh Pengelola dengan mengambil

kira seeded.4.3. Sistem kiraan 21 akan digunapakai pada kejohanan ini.

5. KELAYAKAN PEMAIN

5.1. Peringkat umur veteran5.1.1.Pemain lelaki adalah 40 tahun dan ke atas dikira

pada tahun pertandingan

6. CARA MENENTUKAN KEPUTUSAN KUMPULAN

6.1. Pemberian mata : Menang - 3 mataKalah - 0 mata

6.2. Jika dua atau lebih pasukan mendapat mata yang sama ( seri ) maka pemenang kumpulan akan ditentukan seperti berikut:

6.2.1. Jumlah perbezaan ’gem’. Gem yang dimenangi dengan gem yang kalah.

hd/Naaman MohdShah/Johor/ Peraturan Am MSKPPM 27

Page 28: PERATURAN MSKPPM

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA

6.2.2. Jika masih seri, maka jumalah perbezaan mata. Mata yang dimenangi dengan mata yang (kena) kalah.

6.2.3. Jika seri juga, maka pemenang ditentukan dengan cara undian.

7. KELEWATAN

7.1. Tiap-tiap peserta mestilah melaporkan diri kepada Refri Kehormat di gelanggang pertandingan 30 minit sebelum masa yang ditetapkan bagi perlawanan tersebut.

7.2. Hanya 15 minit sahaja akan diberikan kepada pasukan yang lewat. Selepas tamat masa tertsebut tanpa surat tunjuk sebab yang munasabah secara bertulis hendaklah dikemukakan oleh Pengurus Pasukan terlibat.

8. PAKAIAN PEMAIN

8.1. Sebarang jenis pakaian sukan dibenarkan tetapi tertakluk kepada syarat-syarat pengiklanan mengikut Undang-undang Persekutuan Badminton Badminton Dunia ( BWF )

9. JENAMA BULU TANGKIS

9.1. Jenama bulu tangkis yang diakui oleh BAM / BWF.

9.2. Jenama yang akan digunakan ialah FLEET 1001

10. REFERI KEHORMAT/PENGADIL/PENJAGA GARISAN

10.1. Seorang referi Kehormat akan dilantik oleh pengelola.

10.2. Keputusan Referi Kehormat terhadap undang-undang permainan badminton pesta adalah muktamad.

10.3. Semua Pasukan dikehendaki membawa seorang pengadil bertauliah atau berpengalaman dari kalangan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan pengelola berhak melantik daripada pegawai tempatan.

hd/Naaman MohdShah/Johor/ Peraturan Am MSKPPM 28

Page 29: PERATURAN MSKPPM

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA

10.4. Hakim Garisan adalah terdiri dari pemain-pemain dari pasukan yang sedang bertanding.

11. BANTAHAN

11.1. Sila rujuk Undang-Undang dan Peraturan Am MSKPP Malaysia

12. PENANGGUHAN PERMAINAN

12.1. Jika permainan yang sedang dijalankan terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, permainan itu akan disambung sekiranya dapat dijalankan pada hari yang sama.

12.2. Jika sekiranya terpaksa ditunda kepada hari esok, permainan itu dikira bermain semua dengan kedudukan mata 0-0 regu pertama.

12.3. Pengelola berhak menukar tempat, mengubah masa dan lain-lain jika difikirkan perlu bagi kelicinan kejohanan ini

13. PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

Bagi perkara-perkara yang tidak dibekalkan/dinyatakan dalam Undang-Undang dan Peraturan Am MSKPP Malaysia, Jawatankuasa Pengelola adalah berhak membuat keputusan dan segala keputusannya adalah muktamad.

BOLING TENPIN

1. UNDANG-UNDANG

1.1. Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, maka pertandingan ini akan dijalankan mengikut Peraturan Pertandingan Kongres Tenpin Bowling Malaysia (MTBC) .

1.2. Sekiranya tmbul perselisihan dari segi pentafsiran, undang-undang dalam Bahasa Inggeris yang terkini akan dipatuhi.

hd/Naaman MohdShah/Johor/ Peraturan Am MSKPPM 29

Page 30: PERATURAN MSKPPM

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA

1.3. Kejadian diluar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut:

1.3.1.Semua peraturan am akan diputuskan berasaskan peraturan Am MSKPP Malaysia

1.3.2.Sebarang perselisihan teknikal akan diputuskan berasaskan peraturan MTBC

1.4. Semua keputusan diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan MSKPP Malaysia

2. PEMBENTUKAN PASUKAN

2.1. Setiap pasukan hanya boleh mendaftarkan satu pasukan campuran yang terdiri daripada:

Bil Status Lelaki Wanita Jumlah

1 Pengurus 1 - 12 Jurulatih 1 - 13 Peserta 5 5 10

Jumlah 7 5 12

3. ACARA YANG AKAN DIPERTANDINGKAN

3.1. Acara yang akan dipertandingkan adalah :3.1.1.Perseorangan Lelaki3.1.2.Perseorangan Wanita3.1.3. Berdua Lelaki3.1.4. Berdua Wanita3.1.5. Trio lelaki3.1.6. Trio Wanita3.1.7.Berpasukan Lelaki3.1.8.Berpasukan Wanita

4. CARA PERTANDINGAN

4.1 Acara Perseorangan Lelaki dan Wanita

4.1.1 Semua pemain yang mendaftar layak bagi acara perseorangan Lelaki dan Wanita.

hd/Naaman MohdShah/Johor/ Peraturan Am MSKPPM 30

Page 31: PERATURAN MSKPPM

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA

4.1.2 Pemenang acara ini ditentukan melalui jatuhan pin pemain yang bermain bagi acara beregu dan trio.

4.2 Acara Bergu Lelaki dan Perempuan

4.2.1 Setiap pasukan yang telah mendaftar layak untuk menghantar satu Beregu Lelaki dan satu Beregu Wanita bagi mewakili PSKPP Negeri masing-masing.

4.2.2 Setiap pemain acara Beregu Lelaki/Wanita akan bermain sebanyak 6 permainan .

4.2.3 Jatuhan pin keseluruhan yang diperolehi oleh setiap beregu yang mengambil bahagian dalam acara ini akan diambil kira untuk menentukan pemenang bagi acara Beregu Lelaki/Wanita.

4.2.4 Sekiranya berlaku keputusan seri, maka jatuhan pin permainan terakhir beregu akan diambil kira bagi menentukan pemenang.

4.3 Acara Trio Lelaki dan Wanita

4.3.1 Setiap pasukan yang telah mendaftar layak untuk menghantar satu pasukan Trio Lelaki dan satu pasukan Trio Wanita bagi mewakili PSKPP Negeri masing-masing.

4.3.2 Setiap pemain acara Trio Lelaki/Wanita akan bermain sebanyak 6 permainan .

4.3.3 Jatuhan pin keseluruhan yang diperolehi oleh setiap pasukan Trio yang mengambil bahagian dalam acara ini akan diambil kira untuk menentukan pemenang bagi acara Trio Lelaki/Wanita.

4.3.4 Sekiranya berlaku keputusan seri, maka jatuhan pin permainan terakhir Trio akan diambil kira bagi menentukan pemenang.

hd/Naaman MohdShah/Johor/ Peraturan Am MSKPPM 31

Page 32: PERATURAN MSKPPM

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA

4.4 Acara Berpasukan Lelaki dan Wanita

4.4.1 Setiap pasukan yang menyertai acara Beregu dan Trio Lelaki dan Wanita layak untuk memenangi acara berpasukan.

4.4.2 Pemenang acara ini ditentukan melalui jatuhan pin acara Beregu dan Trio pasukan PSKPP Negeri yang menyertai pertandingan MSKPPM.

4.4.3 Sekiranya berlaku keputusan seri, maka jatuhan pin permainan terakhir beregu dan trio akan diambil kira bagi menentukan pemenang.

4.5 Menentukan Johan Keseluruhan Pasukan

4.5.1 Pemenang keseluruhan akan ditentukan mengikut pungutan mata bagi pemenang setiap acara yang dipertandingkan

4.5.1.1 Johan 5 Mata 4.5.1.2 Naib Johan 3 Mata 4.5.1.3 Ketiga 2 Mata 4.5.1.4 Keempat 1 Mata

4.5.2 Sekiranya berlaku keputusan seri dalam jumlah pengiraan mata maka jumlah urutan pingat akan diambil kira.

5. TANGGUNGJAWAB PENGURUS PASUKAN

Pengurus pasukan akan bertanggungjawb kepada kelayakan, tatatertib dan kehadiran pasukannya. Beliau akan bertindak sebagai seorang wakil dalam jawatankuasa pengurusan. Beliau juga mempunyai hak untuk memilih wakilnya bagi menghadiri mesyuarat dan bertanggungjawab atas semua bayaran dan tunggakan yang dikenakan terhadap pasukannya.

6. MENARIK DIRI DARI PERTANDINGAN

Sila rujuk peraturan Am MSKPP Malaysia

hd/Naaman MohdShah/Johor/ Peraturan Am MSKPPM 32

Page 33: PERATURAN MSKPPM

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA

7. PENGESAHAN KEPUTUSAN

7.1. Adalah menjai tanggungjawab setiap peserta untuk mengesahkan keputusan perlawanannya dalam skor yang disediakan.

7.2. Keputusan setelah disahkan hanya bolehdiubah dengan kebenaran Pengerusi Teknik Pertandingan atau wakilnya.

8. GANGGUAN PERMAINAN

8.1. Pegawai pertandingan yang bertugas mempunyai kuasa untuk mengarahkan pertukaran lorong sekiranya terdapat kerosakan mesin dimana ianya akan melambatkan permainan. Permainan yang tergendala dan tidak boleh diselesaikan akan disambung di atas lorong yang baik dari mana pengendalaan itu berlaku

9. BERMAIN DI ATAS LORONG YANG SALAH

9.1. Bila seseorang pemain bermain diatas lorong yang salah dan kesalahan itu dikesan sebelum peserta lain membuat balingannya, maka balingan itu akan dianggap sebagai bola mati (Dead Ball) dan pemain tersebut dikehendaki bermain game yang kemudiannya pada lorong yang salah tadi.

9.2. Sekiranya kesalahan itu hanya dikesan selepas pemain kemudian yang membaling bolanya, maka mata yang diperolehi itu akan diambilkira dan pemain tersebut dikehendaki bermain semula game yang kemudiannya pada lorong yang salah tadi.

10. WAKTU MELAPORKAN DIRI

10.1 Semua peserta mesti melaporkan diri selewat-lewatnya 15 minit sebelum acara bermula. Peserta yang lewat akan hilang kelayakan dalam sesuatu acara itu.

10.2. Peraturan ini berkuatkuasa dalam semua acara.

11. PACER

hd/Naaman MohdShah/Johor/ Peraturan Am MSKPPM 33

Page 34: PERATURAN MSKPPM

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA

Pihak penganjur mempunyai kuasa untuk melantik seorang “pacer” sekiranya ada “walk over” dalam sesuatu acara atau bilangan peserta dalam sesuatu acara tidak mencukupi.

12. MEMPERLAHANKAN PERMAINAN ( SLOW BOWLING )

12.1. Seseorang peserta yang bersedia untuk membaling bolanya harus mengetahui hak dan obligasinya seperti berikut:

12.1.1. Mereka berhak untuk bermain terlebih dahulu (right

of way) terhadap pemain yang berada di atas lorong sebelah kirinya.

12.1.2. Mereka harus memberikan laluan kepada pemain yang berada di atas lorong di sebelah kananya.

12.1.3. Semua pemain harus bersedia untuk bermain bila sampai gilirannya dan tidak harus melambatkan permainan itu.

12.1.4. Sekiranya didapati ada pemain yang tidak mematuhi peraturan 13.1.3. di atas, dia kan diberi amaran dengan isyarat kad putih untuk kesalahan yang pertama (tiada penalti), dan kad kuning atas kesalahan yang kedua (tiada penalti). Untuk kesalahan yang ketiga dan berikutnya dalam sesuatu blok permainan, pemain tersebut akan diberi kad merah dan sifar (0) mata untuk game tersebut.

13. KEHILANGAN SKOR

Sekiranya terdapat kehilangan skor yang disebabkan oleh kerosakan Monitor TV dan skor-skor itu tidak dapat dikesan, maka pemain-pemain yang terlibat itu mestilah bermain semula permainan yang baru. Akan tetapi, permainan yang dahulu dimana skor-skornya telah dicatit tidak boleh diubah.

14. PAKAIAN

hd/Naaman MohdShah/Johor/ Peraturan Am MSKPPM 34

Page 35: PERATURAN MSKPPM

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA

Pemain yang memakai seluar pendek atau singlet tidak dibenarkan bermain. Pemain dikehendaki berpakaian kemas dan seragam serta dilarang melakukan sebarang kemarahan di atas lorong.

15. BANTAHAN

15.1. Sila rujuk peraturan Am MSKPP Malaysia

15.2. Kelayakan - Bantahan yang melibatkan kelayakan seseorang

pemain mestilah ditujukan secara bertulis kepada pengerusi atau setiausaha kejohanan dalam masa 24 jam dari masa dimana kesalahan dituduhi.

15.3. Skor - Kesalahan dalam penggiraan skor atau bantahan

terhadap keputusan skor mestilah dilapurkan dengan serta merta kepada pegawai pertandingan atas penemuan kesalahan tersebut. Bantahan yang lambat tidak akan dilayani.

15.4. Pelanggaran dalam peraturan permainan mestilah dibawa perhatian kepada pegawai liga atau instruktor sebelum balingan bola yang kedua. Tiada aduan atau bantahan dilayani setelah pemain tersebut membuat balingan yang kedua dalam frame itu.

16. NOTA-NOTA TAMBAHAN

16.1. Barang-barang makanan dan minuman tidak dibenarkan letak di atas meja pemain semasa permainan dijalankan.

16.2. Mana-mana pasukan sengaja menghilangkan skor semasa permainan akan di hukum dan permainannya dibatalkan.

17. PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

Bagi perkara-perkara yang tidak dibekalkan/dinyatakan dalam Undang-Undang dan Peraturan Am MSKPP Malaysia,

hd/Naaman MohdShah/Johor/ Peraturan Am MSKPPM 35

Page 36: PERATURAN MSKPPM

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA

Jawatankuasa Pengelola adalah berhak membuat keputusan dan segala keputusannya adalah muktamad

GOLF1. UNDANG-UNDANG

1.1. Pertandingan ini akan mengikut undang-undang “The Royal And Ancient Golf Club Of At. Andrew “, “ USGA dan Undang-undang Tempatan” “Harvard Gold Club”.

hd/Naaman MohdShah/Johor/ Peraturan Am MSKPPM 36

Page 37: PERATURAN MSKPPM

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA

1.2. Susunan peserta dan giliran pertandingan akan ditetapkan oleh JK Pengelola.

1.3. Peserta mesti melapor diri kepada Pegawai Pelepas (starter) 10 minit sebelum “Tee- Off”.

1.4. Peserta yang lewat akan didenda 2 pukulan (stroke).

1.5. Jawatankuasa Pengelola berhak mengubah Handicap peserta sebelum pukulan bermula tiap-tiap hari.

1.6. Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pengelola adalah muktamad.

1.7. Sebarang bantahan hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Jawatankuasa tidak lewat daripada 30 minit selepas tamat pertandingan bersama bayaran RM300.00 tunai. Wang bantahan tidak akan dikembalikan jika keputusan bantahan tidak berjaya.

2. JAWATANKUASA PENGELOLA.

2.1 Menetapkan tempat, tarikh dan masa pertandingan.

2.2 Menetapkan peraturan pertandingan.

2.3 Kuasa menukar format dan acara pertandingan.

2.4 Menentukan jenis dan bilangan hadiah.

2.5 Segala keputusan yang dilaksanakan oleh Jawatankuasa Pengelola berkaitan dengan semua aspek ini adalah muktamad.

3. PESERTA-PESERTA.

3.1 Kelayakan peserta adalah mengikut Peraturan Am MSKPPM

3.2 Tetamu-tetamu khas yang dijemput oleh Jawatankuasa Pengelola.

hd/Naaman MohdShah/Johor/ Peraturan Am MSKPPM 37

Page 38: PERATURAN MSKPPM

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA

3.3 Peserta mestilah menjadi ahli mana-mana golf dan mempunyai handicap sekurang-kurangnya 24 (USGA) bagi Lelaki dan 36 (USGA) bagi Wanita.

3.4 Jawatankuasa Pengelola berhak menuntut bukti handikap terakhir daripada mana-mana peserta atau ketua pasukan berkenaan sebelum keputusan diumumkan.

4. BILANGAN PESERTA.

4.1 Pertandingan dijalankan untuk pasukan lelaki sahaja.

4.2. Setiap persatuan yang bergabung dengan MSKPPM dibenarkan menghantar lapan ( 8 ) peserta yang terdiri daripada :

4.1.1. 1 pasukan gross ( 4 orang lelaki )

4.1.2. 1 pasukan nett ( 4 orang lelaki )

4.2 Peserta ini boleh juga bertanding dalam acara perseorangan.

.

4.3 Jawatankuasa Pengelola berhak menambah peserta mengikut keadaan bagi acara nett dan perseorangan.

4.4 Semua pertukaran peserta atau pasukan boleh dibuat dengan kelulusan Jawatankuasa Pengelola semasa mesyuarat pengurusan pasukan.

5. CORAK PERTANDINGAN DAN HADIAH.

5.1. Pertandingan akan dijalankan secara “Stroke Play” – 2 x 18 lubang ( 2 hari berturut-turut ).

hd/Naaman MohdShah/Johor/ Peraturan Am MSKPPM 38

Page 39: PERATURAN MSKPPM

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA

5.2. Peserta dikehendaki bertanding atas handicap bulan yang akan ditentukan oleh pengelola. Pengurus / Ketua Pasukan dikehendaki menyediakan kad atau surat pengesahan handicap peserta pada masa pertandingan.

6. ACARA PERTANDINGAN

Acara Kategori Bilangan Hadiah

A Perseorangan Lelaki Gross 5

B Perseorangan Lelaki Nett 10

C Berpasukan Lelaki Gross 2

D Berpasukan Lelaki Nett 2

H Perseorangan Senior Lelaki (Nett) 50 (tahun ke atas)

3

7. ACARA HARIAN - Pertandingan Medal.

8.1. Medal A - Handicap 12 ke bawah

8.2. Medal B - Handicap 13 – 18

8.3 Medal C - Handicap 19 – 24

8.4 Wanita - Handicap 36 ke bawah

8. KEPUTUSAN SERI.

9.1 Dalam semua keputusan perseorangan, penentuan akan dibuat mengikut pengiraan kebelakangan (OCB).

9.2 Dalam pertandingan berpasukan, penentuan akan dibuat mengikut pengiraan kebelakangan (OCB).

hd/Naaman MohdShah/Johor/ Peraturan Am MSKPPM 39

Page 40: PERATURAN MSKPPM

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA

9.3 Pasukan yang kekurangan peserta kerana “NR” dikira kalah.

10. PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

Bagi perkara-perkara yang tidak dibekalkan/dinyatakan dalam Undang-Undang dan Peraturan Am MSKPP Malaysia, Jawatankuasa Pengelola adalah berhak membuat keputusan dan segala keputusannya adalah muktamad

HOKI1. UNDANG-UNDANG

Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang yang ditetapkan oleh “ Rules of the Games of hockey ” yang ditetapkan oleh “ The International Hockey Rules Board ”, Persekutuan Hoki Malaysia dan Peraturan Am yang telah ditetapkan oleh MSKPP Malaysia .

2. PEMBENTUKAN PASUKAN

Tiap-tiap pasukan adalah dikehendaki mendaftarkan2.1. 1 orang Pengurus Pasukan2.2. 1 orang Jurulatih2.3. 1 orang Pengadil2.4. 18 pemain

3. PENDAFTARAN

3.1. Setiap pasukan boleh mendaftarkan 18 orang pemain terbuka kepada pasukan senior atau veteran dan dalam borang pendaftaran rasmi mengikut kategori yang telah ditetapkan

3.2. Pemain-pemain hendaklah didaftarkan mengikut nombor

baju yang dipakai disepanjang pertandingan ini tanpa mengira apa jua kedudukan pemain tersebut akan

hd/Naaman MohdShah/Johor/ Peraturan Am MSKPPM 40

Page 41: PERATURAN MSKPPM

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA

bermain. Nombor baju hendaklah dinyatakan disebelah nama pemain didalam senarai pendaftaran.

4. SISTEM PERTANDINGAN

Sila rujuk Peraturan Am MSKPP Malaysia yang sedang berkuatkuasa sekarang.

5. MASA BERMAIN

5.1. 35 minit bagi tiap-tiap separuh masa dengan masa rehat 5 minit.

6. CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN PERTANDINGAN KUMPULAN

6.1. Cara pemberian mata : Menang : 3 mata

Seri : 1 mataKalah : 0 mata

6.2. Sekiranya kiraan mata seri didalam pusinganpermulaan, peraturan berikut akan dipatuhi:

6.2.1.Pasukan yang memperolehi perbezaan gol yang lebih banyak akan dianggap sebagai pemenang.

6.2.2.Sekiranya terdapat pasukan yang memperolehi perbezaan gol yang sama jua, pasukan yang menjaringkan bilangan gol yang terlebih akan dianggap sebagai pemenang.

6.2.3. Jika kedua-dua pasukan memperolehi bilangan gol yang dijaringkan sama juga, pasukan yang mengalahkan lawannya akan dianggap sebagai pemenang.

6.2.4. Jika kedua-dua pasukan seri juga, maka keputusannya akan ditentukan dengan “penalty stroke” seperti peraturan 7 dibawah.

hd/Naaman MohdShah/Johor/ Peraturan Am MSKPPM 41

Page 42: PERATURAN MSKPPM

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA

7. PERLAWANAN SECARA KALAH MATI

Jika perlawanan berkeputusan seri selepas sepenuh masa, tiada perlawanan masa tambahan dijalankan. Sebaliknya sistem ‘penalty stroke’ penentuan akan dijalankan.

Sistem Penalty Stroke

7.1. 5 pemain dari kedua-dua pasukan akan mengambil penalty stroke berselangseli terhadap penjaga gol lawan.

7.2. Jika selepas lima ‘penalty stroke’ itu, keputusan masih seri lagi maka, ‘penalty stroke’ itu akan dianjurkan dengan sudden death (dimana seorang dari tiap-tiap pasukan akan mengambil ‘penalty stroke’ dengan cara bergilir - gilir dan pasukan yang gagal menjaringkan gol dikira kalah ).

7.3. Pengadil-pengadil akan menentukan gol dimana ‘penalty stroke’ itu akan dijalankan.

7.4. Pengadil hendaklah membuat undian dan pasukan yang menang akan membuat ‘penalty stroke’ dahulu.

7.5. Mana-mana 5 pemain yang berdaftar di antara 16 pemain pasukan itu dibenarkan membuat ‘penalty stroke’ iru melainkan pemain itu menerima penggantungan kekal ( Kad Merah)

8. PENGGANTIAN PEMAIN ( ROLLING SUBSTITUTION )

8.1. Setiap pasukan dibenarkan membuat gantian pemain semasa satu perlawanan tanpa had.

8.2. Semua pemain yang terlibat dalam prosedur gantian haruslah dari senarai pemain yang didaftarkan dan disahkan.

8.3. Pemain yang digantung permainan (suspended) tidak boleh digunakan sebagai pemain gantian.

hd/Naaman MohdShah/Johor/ Peraturan Am MSKPPM 42

Page 43: PERATURAN MSKPPM

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA

8.4. Tidak dibenarkan mengadakan lebih daripada seorang penjaga gol tiap pasukan pada bila-bila masa permainan dijalankan.

8.5. Gantian pemain hanya dibenarkan dengan persetujuan dan melalui Pegawai Teknik yang bertugas dan dilakukan.

8.5.1.Selepas pemain dari pasukan yang sama telah meninggalkan padang

8.5.2.Selepas dibenarkan oleh Pegawai Teknik

8.6. Pemain dikehendaki keluar dan masuk padang dari kawasan depan meja teknikal melainkan gantian untuk pemain cedera, dimana ia ditentukan oleh pengadil perlawanan.

8.7. Masa tidak diberhentikan untuk melakukan penggantian, melainkan gantian untuk pemain yang cedera dimana ia ditentukan oleh pengadil perlawanan.

9. MENARIK DIRI/MENYERAH KALAH.

9.1. Sila rujuk peraturan Am MSKPP Malaysia

9.2. Jika pasukan menarik diri semasa pertandingan sedang dijalankan pasukan lawannya akan dikira menang dengan mendapat 2 mata dan bilangan gol 3 – 0.

10. PAKAIAN.

10.1. Semua pemain mestilah memakai jersi bernombor yang sama didalam borang pendaftaran.

10.2. Pemain diwajibkan memakai ‘Shin Guard’.

11. KELEWATAN

11.1. Tiap-tiap pasukan mestilah berada dipadang perlawanan 15 minit sebelum masa yang ditetapkan bagi perlawanan tersebut.

hd/Naaman MohdShah/Johor/ Peraturan Am MSKPPM 43

Page 44: PERATURAN MSKPPM

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA

11.2. Hanya 10 minit sahaja akan diberikan kepada pasukan yang lewat dan selepas masa tersebut pihak lawannya akan diberikan kemenangan percuma dengan 2 mata dan bilangan 3 – 0

11.3. Sekurang-kurangnya mestilah ada 9 orang pemain bagi satu-satu pasukan beada di padang permainan sebelum sesuatu perlawanan dimulakan. Jika kurang dari 9 orang pemain, pasukan tersebut dikira menarik diri.

12. TATATERTIB

12.1. Tatatertib pemain dan pegawai adalah pada amnya dibawah bidang kuasa Jawatankuasa Teknik dan Pertandingan. Tindakan berikut boleh diambil semasa pertandingan dijalankan.

12.2. Pemain

12.2.1. Sistem mata demerit yang berikut akan dikuatkuasakan untuk tindakan tatatertib yang diambil sepanjang pertandingan ini dijalankan:

12.2.1.1. Kad Hijau : 2 mata

12.2.1.2. Kad Kuning : 4 mata

12.2.1.3. Kad Merah : 8 mata

12.2.2. Tindakan tatatertib berikut adalah wajib dijalankan mengikut sistem mata ‘ demerit ’ dengan pengantungan permainan.

12.2.2.1. 08 mata demerit : Gantung 1

12.2.2.2. 12 mata demerit : Gantung 2

12.2.2.3. 16 mata demerit : Gantung 3

12.2.2.4. 20 mata demerit : Gantung untuk baki pertandingan

hd/Naaman MohdShah/Johor/ Peraturan Am MSKPPM 44

Page 45: PERATURAN MSKPPM

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA

INTERPRITASI

Jika seseorang pemain, setelah mengumpul 8 mata demerit, menerima 1 kad kuning dalam satu perlawanan, pemain itu akan digantung untuk 1 perlawanan. Walaupun jadual diatas menentukan penggantungan 2 perlawanan untuk 12 mata demerit, pemain digantung 1 perlawanan sahaja adalah kerana pemain itu sudahpun menjalani penggantungan 1 perlawanan setelah mengumpul 8 mata demerit.

12.3. Selain dari itu, sistem pemberian mata akan dijalankan untuk menentukan piala fair play pasukan yang mendapat mata yang paling kurang diisytiharkan pemenang.

s12.4. Pegawai

Mana-mana wakil yang bertanggungjawab mengenai pasukannya yang dipersoalkan keputusan Jawatankuasa Teknik dan Pertandingan, akan diberi amaran dan jika perlu dilaporkan kepada lembaga tatatertib.

13. BANTAHAN

Sila rujuk Peraturan Am MSKPP Malaysia.

14. PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

Bagi perkara-perkara yang tidak dibekalkan/dinyatakan dalam Undang-Undang dan Peraturan Am MSKPP Malaysia, Jawatankuasa Pengelola adalah berhak membuat keputusan dan segala keputusannya adalah muktamad.

hd/Naaman MohdShah/Johor/ Peraturan Am MSKPPM 45

Page 46: PERATURAN MSKPPM

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA

ROAD RELAY 1. UNDANG-UNDANG

Pertandingan ini dijalankan mengikut Peraturan KOM dan undang-undang serta Peraturan Am MSKPP Malaysia yang sedang berkuatkuasa sekarang.

2. PENYERTAAN/PENDAFTARAN PESERTA

2.1. Pertandingan dijalankan secara berpasukan

2.2. Penyertaan adalah terbuka untuk senior dan veteran dibahagikan kepada 2 kategori iaitu bahagian Lelaki dan Wanita.

2.3. Setiap MSKPP Negeri dibenarkan mendaftarkan SATU pasukan sahaja yang terdiri daripada :

2.3.1.Kategori Wanita : 06 orang ( 5 pelari dan 1 simpanan )2.3.2.Kategori Lelaki : 06 orang (5 pelari dan 1 simpanan )

2.4. Jarak larian seperti berikut:

2.4.1 Kategori Wanita : 02 km seorang pelari2.4.2.Kategori Lelaki : 02 km seorang pelari

13.1. Nombor peserta akan disediakan oleh pengelola dan hendaklah dipakai dibahagian depan dan belakang setiap peserta.

14.TATACARA PERTANDINGAN

hd/Naaman MohdShah/Johor/ Peraturan Am MSKPPM 46

Page 47: PERATURAN MSKPPM

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA

14.1. Setiap pasukan diwakili oleh 6 peserta (5 pelari dan 1 simpanan)

3.2 Setiap peserta akan berlari sejauh 2 kilometer

3.1 Baton akan digunakan untuk larian ini.

3.2 Semua peserta akan memakai nombor mengikut giliran berlari ( No.1 untuk peserta pertama berlari dan seterusnya)

3.4 Semua peserta mesti berlari mengikut nombor giliran yang telah disusun oleh pasukan.

3.5 Baton mesti ditukar dalam kawasan pertukaran baton ( 10 meter dihadapan dan 10 meter yang ditanda ). Pertukaran diluar kawasan dikira batal.

3.6 Pemenang ditentukan oleh ketibaan/tamat larian perserta kelima setiap pasukan.

3.7 Tempat permulaan dan tamat adalah sama.

3. HADIAH

4.1 Hadiah bagi acara berpasukan : Pertama hingga ke 4 (Pasukan Lelaki dan Pasukan Wanita)

4.2. Catatan masa terbaik (Pelari) setiap kategori: Pertama hingga ke 4

15.LOKASI PERTANDINGAN

Pengelola adalah bertanggungjawab menentukan lokasi, tarikh, masa dan tempat pertandingan dengan menyediakan pelan laluan dan mengedarkan kepada semua daerah/pasukan.

16.PEGAWAI TEKNIKAL DAN BANTAHAN

16.1. Jawatankuasa Pengelola akan melantik pegawai teknikal dan Panel Juri Rayuan berdasarkan peruntukan KOM.

hd/Naaman MohdShah/Johor/ Peraturan Am MSKPPM 47

Page 48: PERATURAN MSKPPM

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA

16.2. Setiap bantahan bertulis dikenakan bayaran RM 300.00. ( Rujuk peraturan Am MSKPP Malaysia ) dan Keputusan jemaah juri adalah muktamad.

17. PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

Bagi perkara-perkara yang tidak dibekalkan/dinyatakan dalam undang-undang dan Peraturan Am MSKPP Malaysia, Jawatankuasa Pengelola adalah berhak membuat keputusan dan segala keputusannya adalah muktamad.

TARIAN RAMPAI1. NAMA PERTANDINGAN

Pertandingan Kebudayaan - Tarian Rampai

3. KATEGORI TARIAN3.1. Tarian Rampaian 3 tarian tradisional dengan gabungan

Tarian Inang, Zapin, Lagu Melayu Asli atau Joget.

4. PEMBENTUKAN /PENDAFTARAN PESERTA

4.1. Setiap Negeri dibenarkan menghantar satu pasukan sahaja yang terdiri daripada ahli PSKPP Negeri

4.2. SETIAP pasukan hendaklah mendaftar minima 8 orang penari dan tidak lebih daripada 12 ( dua belas ) orang peserta dengan 1 orang Pengurus pasukan, 1 orang Jurulatih dan 1 orang pengadil. Pengurus atau Jurulatih bertindak sebagai juruteknik pasukan.

hd/Naaman MohdShah/Johor/ Peraturan Am MSKPPM 48

Page 49: PERATURAN MSKPPM

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA

4.3. Peserta bagi setiap pasukan mestilah terdiri daripada peserta wanita dan lelaki yang terdiri sekurang-kurangnya dua kaum. Markah bonus akan diberikan kepada pasukan yang berkonsepkan 1 Malaysia.

4.4. Persembahan hendaklah mempunyai tema atau mesej yang jelas.

4.5. Gerak laku yang berunsur negatif dan sensitif adalah dilarang.

5. MASA

5.1. Masa persembahan tidak kurang daripada 8 minit dan tidak melebihi 10 minit.

5.2. Jangka masa persembahan mula dikira apabila penari pertama keluar dan bukannya pada permulaan muzik dan berakhir apabila semua peserta membuat persembahan terakhir.

5.3. Markah akan di potong jika kurang dari masa yang dtetapkan sebanyak 5 markah dan melebehi masa ditolak 5 markah .

6. PEMARKAHANSkima markah adalah seperti berikut:

Bil Bahagian Markah1. Koreografi atau keaslian tari  252. Koordinasi muzik dan gerakan 203. Pecahan tari dan pola lantai 154. Kesantunan 205. Busana dan tatarias 20

1006. Penyertaan kaum (Bonus ) 10

hd/Naaman MohdShah/Johor/ Peraturan Am MSKPPM 49

Page 50: PERATURAN MSKPPM

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA

Jumlah 110

7. PENGHAKIMAN

7.1. Setiap Daerah dikehendaki menamakan seorang hakim yang berpengetahuan dengan tarian.

7.2. Jawatankuasa Pengelola akan melantik seorang Ketua Hakim.

7.3. Setiap hakim akan menghakimi semua bahagian pemarkahan.

7.4. Keputusan rasmi akan dibuat secara persidangan hakim.7.5. Bonus hanya akan diberikan jika terdapat

penyertaan kaum semasa membuat persembahan di atas pentas. ( bukan berdasarkan kepada pendaftaran peserta ).

7.6. Keputusan hakim adalah muktamad.

8. KATEGORI HADIAH

8.1. Johan, Naib Johan, Ketiga dan Keempat8.2. 3 hadiah saguhati akan diberikan

6. PENTAKSIRAN PERATURAN PERTANDINGAN

Jawatankuasa pengelola berhak membuat taksiran. Segala perkara yang tidak disiarkan didalam undang-undang dan peraturan pertandingan ini dan keputusan yang dibuat adalah muktamad.

MEMANAH1. UNDANG-UNDANG

Selain daripada undang-undang yang terkandung, pertandingan ini akan dijalankan mengikut undang ’International Achery Federation’ (FITA) dan Peraturan Am MSKPP Malaysia.

2. JENIS PERTANDINGAN

hd/Naaman MohdShah/Johor/ Peraturan Am MSKPPM 50

Page 51: PERATURAN MSKPPM

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA

2.1. Pertandingan dijalankan secara single FITA ( 2 jarak ) selama 3 hari

2.2. Latihan rasmi akan dijalankan sehari sebelum pertandingan.

2.3. Latihan rasmi juga akan dijalankan sebelum jarak sesi pagi selama 30 minit.

2.4. Jarak yang dipertandingkan untuk acara perseorangan dan pasukan lelaki dan wanita adalah2.4.1. 30 meter2.4.2. 50 meter

2.5. Pusingan Olimpik Individu dan berpasukan lelaki dan Wanita adalah 50 meter.

2.6. Bagi acara berpasukan jumlah mata tertinggi bagi 3 peserta adalah dikira pemenang.

2.7. Pasukan yang menghantar kurang daripada 3 peserta tidak layak menyertai acara berpasukan.

3. PENDAFTARAN PESERTA DAN PEMBENTUKAN PASUKAN

3.1. Setiap pasukan hanya boleh mendaftar satu (1) pasukan lelaki dan satu (1) wanita setiap kategori .

3.2. Pegawai pasukan adalah terdiri daripada 1 orang pengurus, 1 orang Jurulatih dan 3 orang peserta.

3.3. Setiap pasukan diminta untuk menamakan seorang Hakim.

4. SISTEM PERTANDINGAN

4.1. Pertandingan Single FITA

4.1.1.Setiap peserta diwajibkan memanah kesemua jarak yang dipertandingkan sebanyak 36 anak panah

hd/Naaman MohdShah/Johor/ Peraturan Am MSKPPM 51

Page 52: PERATURAN MSKPPM

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA

setiap jarak yang berjumlah 72 anak panah keseluruhannya. Peserta dan pasukan yang diperolehi mata tertinggi akan dikira pemenang.

4.1.2.Mana-mana peserta yang menarik diri setelah beberapa jarak dipertandingkan, semua keputusan peserta terdahulu tersebut dibatalkan.

4.1.3.Sekiranya ada pasukan terdiri daripada 3 peserta dan seorang menarik diri dari meneruskan pertandingan maka markah untuk pasukan tersebut dibatalkan dan dua peserta dari pasukan itu hanya layak menyertai acara perseorangan sahaja.

4.1.4.Pusingan Olimpik Individu dan berpasukan dijalankan secara kalah mati.

4.1.5.Bagi menentukan Johan kedudukan keseluruhan adalah menggunkan sistem mata.

5. GELANGGANG DAN PERALATAN

Rujuk Undang-Undang International Achery Federation (FITA)

6. KELENGKAPAN

6.1 Kelengkapan adalah merujuk kepada Undang-Undang International Achery Federation (FITA).

6.1. Jarak 50 meter menggunakan target face berukuran 80 cm

6.2. Jarak 30 meter menggunakan target face berukuran 80 cm multipleface

7. TAKLIMAT RINGKAS PENGURUS PASUKAN

7.1. Talkimat pengurus pasukan akan diadakan sebelum pertandingan iaitu sebelum acara latihan rasmi dijalankan. Selepas taklimat kecil pengurus pasukan sebarang permohonan pertukaran peserta tidak dibenarkan.

hd/Naaman MohdShah/Johor/ Peraturan Am MSKPPM 52

Page 53: PERATURAN MSKPPM

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA

8. MASA MELAPORKAN DIRI

8.1. Setiap peserta dikehendaki melaporkan diri kepada Hakim Kejohanan untuk pemeriksaan peralatan pada hari latihan rasmi dijalankan.

9. MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH

Rujuk Peraturan AM MSKPP Malaysia.

10. BANTAHAN

10.1. Rujuk Peraturan Am MSKPP Malaysia .

10.2. Hanya pengurus pasukan sahaja yang dibenarkan membuat bantahan dalam semakan markah peserta.

10.3. Bantahan lain hendaklah dibuat secara bertulis dan dihantar kepada Pengurus Kejohanan dalam masa 30 minit selepas pertandingan tamat. Berpandukan artikel 150 undang FITA

10.4. Keputusan Lembaga Juri Rayuan adalah muktamad.

11. HADIAH / PINGAT KEJOHANAN

11.1. Keseluruhan Perseorangan Lelaki dan Wanita11.1.1. Johan, Kedua, ketiga dan Keempat

11.2. Keseluruhan Berpasukan ( Lelaki dan Wanita )11.2.1. Johan, Kedua, Ketiga dan Keempat

11.3. Pusingan Olimpik Individu ( Lelaki dan Wanita )11.3.1. Johan, Kedua, Ketiga dan Keempat

11.4. Pusingan Olimpik berpasukan ( Lelaki dan Wanita )11.4.1. Johan, Kedua, Ketiga dan Keempat

12. PENTAKSIRAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN

hd/Naaman MohdShah/Johor/ Peraturan Am MSKPPM 53

Page 54: PERATURAN MSKPPM

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA

Jawatankuasa pengelola berhak membuat taksiran. Segala perkara yang tidak disiarkan didalam undang-undang dan peraturan pertandingan ini dan keputusan yang dibuat adalah muktamad.

HADIAH PESTA MSKPP MALAYSIA EDISI KE - 39 TAHUN

2011Johor Bahru, 19-21disember 2011

BIL PERMAINAN JOHAN NAIBJOHAN KETIGA KEEMPA

T JUM

1.

Bola Sepak Senior 18 18 18 18 72

Pengurus 1 1 1 1 4

Jurulatih 1 1 1 1 4

PIALA JOHAN BOLA SEPAK SENIOR 1

2.

Bola Sepak Veteran 18 18 18 18 72

Pengurus 1 1 1 1 4

Jurulatih 1 1 1 1 4PIALA JOHAN BOLA SEPAK VETERAN 1

3.

Bola Jaring 12 12 12 12 48

Pengurus 1 1 1 1 4

Jurulatih 1 1 1 1 4PIALA JOHAN BOLA JARING 1

4.

Sepak Takraw 12 12 12 12 48

Pengurus 1 1 1 1 4

Jurulatih 1 1 1 1 4PIALA JOHAN SEPAK TAKRAW 1

5. Memanah Keseluruhan individu

FITA lelaki1 1 1 1 4

hd/Naaman MohdShah/Johor/ Peraturan Am MSKPPM 54

Page 55: PERATURAN MSKPPM

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA

Keseluruhan individu FITA Wanita

1 1 1 1 4

Berpasukan FITA Lelaki

3 3 3 3 12

Berpasukan FITA Wanita

3 3 3 3 12

Pusingan Olimpik Lelaki

1 1 1 1 4

BIL PERMAINAN JOHAN NAIBJOHAN KETIGA KEEMPA

T JUM

Pusingan Olimpik Wanita

1 1 1 1 4

Pusingan Olimpik Berpasukan Lelaki

3 3 3 3 12

Pusingan Olimpik Berpasukan Wanita

3 3 3 3 12

PIALA JOHAN MEMANAH 1

6.

Hoki 18 18 18 18 72

Pengurus 1 1 1 1 4

Jurulatih 1 1 1 1 4PIALA JOHAN HOKI 1

7

Badminton 11 11 11 11 44

Pengurus 1 1 1 1 4

Jurulatih 1 1 1 1 4PIALA JOHAN BADMINTON 1

8. Road relay Lelaki 6 6 6 6 24

Wanita 6 6 6 6 24

Catatan Masa Terbaik Lelaki

1 1 1 1 4

hd/Naaman MohdShah/Johor/ Peraturan Am MSKPPM 55

Page 56: PERATURAN MSKPPM

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA

Catatan Masa Terbaik Wanita

1 1 1 1 4

Pengurus 1 1 1 1 4

Jurulatih 1 1 1 1 4PIALA JOHAN ROAD RELAY

9.

Golf

Perseorangan Lelaki Gross

1 1 1 2 5

Perseorangan Lelaki Net

1 1 1 7 10

Berpasukan Lelaki Gross

4 4 8

BIL PERMAINAN JOHAN NAIBJOHAN KETIGA KEEMPA

T JUM

Berpasukan Lelaki Nett

4 4 8

Perseorangan 50 th keatas

1 1 1 3

Pengurus 1 1 1 1 4PIALA JOHAN GOLF 1

Lain lain hadiah sampingan golf akan disediakan oleh pengelola10. Tenpin Boling

Perseorangan Lelaki 1 1 1 1 4

Perseorangan Wanita 1 1 1 1 4

Bergu Lelaki 2 2 2 2 8

Bergu Wanita 2 2 2 2 8

Trio Lelaki 3 3 3 3 12

Trio Wanita 3 3 3 3 12

Berpasukan Lelaki 5 5 5 5 20

Berpasukan Wanita 5 5 5 5 20

hd/Naaman MohdShah/Johor/ Peraturan Am MSKPPM 56

Page 57: PERATURAN MSKPPM

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA

Pengurus 1 1 1 1 4

Jurulatih 1 1 1 1 4Piala

High Game Lelaki 1 1

High Game Wanita 1 1PIALA JOHAN BOLING TEN PIN 1

11.

Kebudayaan Piala

Berpasukan 12 12 12 12 48

Pengurus 1 1 1 1 4

Jurulatih 1 1 1 1 4PIALA JOHAN KEBUDAYAAN – TARIAN RAMPAI 1

12. PIALA JOHAN KESELURUHAN PESTA MSKPPM EDISI KE-39 TAHUN 2011

1

REKOD PENGELOLAPESTA MSKPPM MULAI TAHUN 1991 - 2012

BIL TAHUN PENGELOLA JOHAN KESELURUHAN

1. 1991 PSKPP JOHOR PSKPP JOHOR2. 1992 PSKPP KELANTAN PSKPP JOHOR3. 1993 PSKPP PAHANG PSKPP JOHOR4. 1994 PSKPP PULAU PINANG PSKPP JOHOR5. 1995 PSKPP MELAKA PSKPP JOHOR6. 1996 PSKPP PERAK PSKPP JOHOR7. 1997 PSKPP SELANGOR PSKPP SELANGOR8. 1998 PSKPP PERLIS PSKPP JOHOR9. 1999 PSKPP TERENGGANU PSKPP JOHOR10. 2000 PSKPP MESCA PSKPP KEDAH11. 2001 PSKPP KEDAH PSKPP

KEDAH/KELANTAN

hd/Naaman MohdShah/Johor/ Peraturan Am MSKPPM 57

Page 58: PERATURAN MSKPPM

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA

12. 2002 PSKPP KELANTAN PSKPP KELANTAN13. 2003 PSKPP NEGERI

SEMBILANPSKPP JOHOR

14. 2004 PSKPP MELAKA PSKPP SARAWAK15. 2005 PSKPP PAHANG PSKPP PAHANG16. 2006 PSKPP SARAWAK PSKPP JOHOR17. 2007 PSKPP PERAK PSKPP PERAK18. 2008 PSKPP PULAU PINANG PSKPP JOHOR19. 2009 PSKPP SABAH PSKPP SABAH20. 2010 PSKPP PERLIS PSKPP JOHOR21. 2011 PSKPP JOHOR22. 2012 PSKPP SELANGOR23. 2013

Data complied: naaman/hdpskppj

hd/Naaman MohdShah/Johor/ Peraturan Am MSKPPM 58