peraturan mkml

16
MAKMAL KOMPUTER [SMK ALAM BERAJA] BIL NAMA PENGGUNA KELAS TARIKH MASA TUJUAN T.TANGAN REKOD PENGGUNAAN KOMPUTER

Upload: marhaizan-sulaiman

Post on 02-Aug-2015

46 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Peraturan mkml

MAKMAL [SMK ALAM BERAJA]

BIL NAMA PENGGUNA KELAS TARIKH MASA TUJUAN T.TANGAN

REKOD PENGGUNAAN KOMPUTER

Page 2: Peraturan mkml

MAKMAL [SMK ALAM BERAJA]

PERATURAN AM MAKMAL KOMPUTER

1. Dilarang membawa masuk beg, makanan, minuman dan topi keledar ke dalam makmal komputer. Beg hendaklah disimpan di rak yang telah disediakan.

2. Dilarang membawa masuk sebarang cakera perisisan/disket kecuali dengan keizinan Penyelaras/Pengurus makmal yang bertugas. Disket yang

dibenarkan di bawa masuk perlu terlebih dahulu diimbas (scan) menggunakan PC

yang dikhaskan sebelum digunakan dalam makmal komputer.

Page 3: Peraturan mkml

MAKMAL [SMK ALAM BERAJA]

3. Daftarkan nama pengguna ke dalam Buku Log Penggunaan Makmal Komputer (Murid)/(Guru) yang telah disediakan dalam makmal komputer.

4. Murid – murid hanya dibenarkan masuk ke dalam makmal bersama-sama guru

dan setelah mendapat kebenaran Penyelaras/Pengurus Makmal yang bertugas.

5. Guru perlu membuat tempahan awal apabila ingin menggunakan makmal komputer.Guru perlu mengawasi murid-murid semasa berada di dalam makmal komputer.

6. Sila pastikan pintu makmal komputer sentiasa ditutup.

7. Jangan ubah suai setting di dalam komputer kecuali mendapat kebenaran

daripada Pengetua/Penyelaras.

8. Dilarang membawa keluar sebarang peralatan/perkakasan/perisian dari makmal komputer kecuali dengan kebenaran Pengetua/Pengurus yang bertugas.

9. Dilarang membuat bising di dalam makmal komputer.

Pengguna hendaklah menjaga kebersihan, keceriaan, dan keselamatan makmal

komputer.

Pengguna perlu memastikan semua komputer kecuali komputer teacher01 (Makmal Komputer A) dan teacher02 (makmal Komputer B) ditutup

sebelum meninggalkan makmal.

Sebarang masalah berkaitan komputer hendaklah dilaporkan segera kepada Penyelaras/Pengurus makmal komputer yang bertugas seperti bunyi ganjil dan bau benda terbakar.

Sila patuhi segala peraturan yang dinyatakan di atas supaya makmal komputer dapat diuruskan dengan sempurna dan berkesan. Kerjasama anda

amatlah dihargai.

10

10.

10

11.

10

12.

10

13.

Page 4: Peraturan mkml

MAKMAL [SMK ALAM BERAJA]

TEKNIK ‘KOTAK MINDA’ :MENINGKATKAN KEBERKESANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ICT TINGKATAN 4.

Oleh:

Marhaizan Binti Sulaiman

SMK Palong Sebelas,Pusat Bandar Palong 4,5 & 6,73430 Gemas,Negeri Sembilan.

Abstrak

Page 5: Peraturan mkml

MAKMAL [SMK ALAM BERAJA]

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk membantu dalam meningkatkan

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran ICT Tingkatan 4. Selain itu kajian ini

bertujuan untuk meningkatkan tahap kefahaman dan daya ingatan pelajar dengan

penggunaan teknik “Kotak Minda”. Tinjauan awal mendapati di antara faktor yang

menyumbang kepada kemerosotan keputusan peperiksaan pelajar ialah pelajar

mudah lupa fakta-fakta penting, di samping pelajar tidak mempunyai nota ringkas

bagi memudahkan mereka mengingati fakta-fakta penting. Kajian ini melibatkan

12 orang pelajar (responden) bagi kelas 4 Sains. Mereka terdiri daripada 4 orang

pelajar perempuan dan 8 orang pelajar lelaki. Tinjauan awal yang dilaksanakan

ialah melalui pemerhatian, pemeriksaan ke atas buku latihan, rekod markah ujian,

soal selidik dan temubual dengan pelajar dan guru-guru Ictl dan Ict yang lain.

Perancangan tindakan difokuskan melalui Teknik ‘KOTAK MINDA’ yang

dilaksanakan semasa aktiviti pengukuhan pelajar pada akhir pengajaran guru.

Aktiviti yang dirancang ialah melalui penggunaan peta minda menggunakan kata

kunci berbantukan komputer dan juga memberi dorongan kepada pelajar untuk

mereka bentuk sendiri peta minda secara kreatif. Secara keseluruhan, diharap

teknik ‘KOTAK MINDA’ dapat memberi sumbangan dalam meningkatkan minat dan

pencapaian pelajar dalam mata pelajaran ICT.

Pelbagai aspek diambil kira dalam menghasilkan P&P yang mampu meningkatkan

keberkesanan pelajar seperti gaya pengajaran guru, alat ABBM, teknik pengajaran

dan pembelajaran dan motivasi yang kuat daripada guru amatlah penting.

Kata kunci: Kesan penggunaan peta minda, pelajar tingkatan 4, kefahaman dan ingatan, minat dan motivasi, amalan mengajar

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU

Sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran saya telah diberikan 2

peringkat kelas iaitu kelas pelajar atasan bagi matapelajaran ICT dan Pendidikan

Sivik manakala sederhana lemah bagi matapelajaran Matematik. Pendekatan

pengajaran dan pembelajaran bagi setiap peringkat kelas ini adalah berbeza.

Tahap penguasaan pelajar dalam untuk mengingati fakta-fakta penting adalah

kurang memberansangkan walaupun mereka terdiri daripada kelas atasan.

Masalah yang dikenalpasti adalah dari segi teknik pembelajaran membaca dan

menghafal yang digunakan oleh para pelajar adalah tidak begitu

memuaskan.Saya telah diamanahkan untuk mengajar mata pelajaran Teknologi

Maklumat & Komunikasi (ICT) bagi tingkatan 4 Sains. Bilangan pelajar dalam kelas

Tingkatan 4 Sains ini adalah seramai 12 orang.

Page 6: Peraturan mkml

MAKMAL [SMK ALAM BERAJA]

Melalui pemerhatian saya, setiap kali bermulanya sesi pengajaran dan

pembelajaran (p&p), saya akan mengimbas kembali tentang topik pembelajaran

lepas di mana beberapa soalan telah diberikan namun sebilangan pelajar tidak

dapat mengingati dan menjawab dengan baik. Selain itu melalui pemerhatian

terhadap ujian yang diberikan berdasarkan bab 1,saya dapati markah yang

diperolehi oleh pelajar kurang memuaskan. Ini adalah satu penanda aras yang

agak membimbangkan kerana mereka adalah di antara pelajar yang diharapkan

menyumbang kepada keputusan 100% lulus dalam Sijil Peperiksaan Menengah

kelak.

Bagi mengatasi masalah ini, saya telah membuat refleksi dengan mendapatkan

pendapat daripada Ketua Panitia ICT,Pn. Noor Aidah binti Mohd Idrus dan guru

ICTL iaitu serta guru-guru senior yang berpengalaman dalam pengajaran dan

pembelajaran IT bagi membimbing saya untuk memperbaiki teknik pengajaran

dan pembelajaran saya. Di antara kaedah yang telah dicadangkan ialah soal

jawab topik sebelumnya setiap kali masuk ke kelas, mengenalpasti masalah

pelajar, teknik penceritaan dan memberikan lebih banyak soalan latihan ketika

menggantikan guru yang tidak hadir ke kelas tersebut.

Oleh itu, setiap kali sebelum pengajaran dan pembelajaran, saya cuba menyoal

pelajar secara rawak topik yang telah diajar sebelumnya.

Terdapat pelajar yang menyatakan,”Saya lupalah cikgu” dan ada yang diam

membisu walaupun soalan yang diajukan adalah daripada bab 1 yang boleh

dikatakan agak mudah berbanding bab yang seterusnya. Namun begitu, masalah

lupa di kalangan pelajar tidak dapat dielakkan dan ianya merupakan perkara

biasa. Menurut Encik Lee Shok Mee, Buku Psikologi Pendidikan (1997), “Tanpa

kebolehan mengingat, segala yang dipelajari menjadi sia-sia sahaja. Dari segi

peperiksaan pula kebolehan mengingat menjadi asas ukuran untuk menentukan

sejauh mana seseorang murid telah mencapai pembelajaran. Oleh itu, kegagalan

mengingat fakta atau prinsip sudah tentu akan menjelaskan prestasi calon.

Justeru itu, calon tersebut dianggap telah gagal dalam pembelajaran”

Maka,sebagai guru yang mahukan kejayaan dalam menyampaikan isi kandungan

pengajaran yang berkesan saya perlu menyediakan satu kaedah pengajaran yang

dapat memudah cara pelajar untuk menguasai topik ini dan mengingati segala

fakta yang berkaitan. Selain itu, mereka mampu berfikir secara kreatif dan kritis

menghubungkaitkan topik dengan pengajaran.

Page 7: Peraturan mkml

MAKMAL [SMK ALAM BERAJA]

.

Bentuk gambar rajah, jadual, peta minda dan sebagainya meningkatkan

rangsangan kepada minda murid untuk menguasai topik dengan lebih baik.

Menurut Bletsas, (2011) peta minda adalah satu alat yang berfungsi seperti

pemikiran visual yang dapat membantu pelajar mengorganisasi maklumat dengan

berstruktur, memahami, mensintesis, ingat kembali informasi maklumat melalui

peta minda boleh membantu otak kita bekerja dengan lebih cepat. Bagi tajuk

yang diuji, saya telah memilih bentuk jadual dan peta minda. Kaedah yang saya

gunakan diharap dapat membantu pelajar bagi meningkatkan kemahiran,

memahami tajuk pembelajaran dan meningkatkan keupayaan untuk mengingati

fakta supaya pelajar dapat menjawab soalan peperiksaan mengikut standard yang

ditetapkan.

Pelajar tidak dapat mengingati sepenuhnya fakta-fakta yang telah dipelajari.

Masalah yang dihadapi oleh pelajar yang dikenalpasti adalah :

1. Pelajar mudah lupa fakta-fakta penting

2. Pelajar tidak mempunyai nota ringkas bagi memudahkan mereka mengingati

fakta-fakta penting.

3. Pelajar kurang fokus terhadap pengajaran kerana kadangkala menggunakan

komputer semasa sesi pengajaran & pembelajaran.

3.0 ISU KEPERIHATINAN / FOKUS KAJIAN

Kajian ini berfokus kepada memberi pendedahan dan meningkatkan kemahiran

menjawab soalan objektif, struktur dan esei bagi mata pelajaran ICT dengan

menggunakan kaedah jadual dan membuat peta minda. Fokus kajian saya adalah

untuk mengatasi masalah lupa di kalangan pelajar. Selain itu, saya membuat

kajian untuk meningkatkan kefahaman dan kemahiran belajar pelajar dalam

mengingati Subjek Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) terutamanya bagi

sub topik Tingkatan 4. Menurut Tony Buzan, pencipta kepada peta minda

mengatakan peta minda adalah alat berfikir yang paling berkuasa. Manakala

Pengarah Microsoft iaitu Bill Gates mengenal pasti kepentingan peta minda dalam

artikelnya bertajuk “The road ahead – how mind mappers are taking our

information democracy to the next stage” .. “ satu generasi perisian peta minda

baru mampu diguna sebagai asas templet digital untuk bantu menghubungkait

dan mensintesis idea dan data, justeru mencipta pengetahuan baru.

Page 8: Peraturan mkml

MAKMAL [SMK ALAM BERAJA]

Mengikut seorang penulis Dilip Mukerjea (1996) dalam bukunya bertajuk

"Superbrain", melalui pemetaan minda seseorang itu dapat... "learn MORE,

remember MORE, use LESS paper, invest LESS effort..." yang membawa maksud

penggunaan peta minda dapat memperolehi ilmu pengetahuan yang lebih

banyak, mempertingkatkan daya ingatan tanpa merugikan terlalu banyak kertas

serta tenaga. Oleh yang demikian, kaedah ini secara tidak langsung dapat

meningkatkan daya ingatan pelajar-pelajar terhadap penguasaan fakta ICT.

Kemahiran penguasaan fakta ICT sangat penting. Sekiranya kemahiran ini tidak

dapat dikuasai oleh murid,maka kesukaran menjawab soalan esei dan struktur

dalam tempoh masa yang ditetapkan akan timbul. Kesungguhan dan komitmen

murid juga amat mempengaruhi keberkesanan kajian yang dijalankan ini.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif Am

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman, ingatan pelajar dan

keberkesanan pengajaran & pembelajaran terhadap Subjek ICT Tingkatan 4.

3.2 Objektif Khusus

i) Membantu menarik minat pelajar dalam mata pelajaran ICT denganmengunakan kaedah peta minda.

ii) Menjana daya kognitif pelajar bagi mencerna dan menghasilkan idea secarakreatif dan kritis melalui ilham dan gabungan idea-idea yang ada.

iii) Meningkatkan daya ingatan pelajar dalam mengingati fakta-fakta ICTTingkatan 4 dengan penggunaan teknik “Kotak Minda”

vi) Membantu pelajar menguasai teknik kemahiran belajar.

vii) Mencapai 100% peratus lulus dalam matapelajaran ICT.

Page 9: Peraturan mkml

MAKMAL [SMK ALAM BERAJA]

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 12 orang pelajar (responden) bagi kelas atasan iaitu kelas 4

Sains. Mereka terdiri daripada 4 orang pelajar perempuan dan 8 orang pelajar

lelaki. Saya menggunakan pelajar kelas 4 Sains ini sebagai sampel adalah

bertujuan agar pelajar dapat mempelajari pelbagai teknik belajar yang boleh

digunakan dan dimanfaatkan.

5.0 PERLAKSANAAN KAJIAN

5.1 Tinjauan Masalah

Sebelum saya meneruskan langkah-langkah dalam kajian ini, tinjauan terhadap

masalah perlu dikenalpasti. Ianya merangkumi aspek kecenderungan atau minat

pelajar, teknik pengajaran dan pembelajaran dan latih tubi.

Proses mengutip data ini akan dilaksanakan sepanjang proses pengajaran dan

pembelajaran bagi melihat sejauh mana keberkesanan sebarang teknik yang

digunakan. Tinjauan dilakukan dengan mengutip data seperti yang berikut:

5.1.1 Pemerhatian

Pemerhatian akan dilakukan ke atas tingkah laku murid semasa proses

pengajaran dan pembelajaran (P&P) berlangsung sebelum dan selepas kajian.

Melalui pemerhatian buku tulis pelajar dan penglibatan pelajar dalam kelas , ia

dapat mengukur minat pelajar tersebut terhadap mata pelajaran ICT selepas

kajian tindakan ini dilaksanakan. Penilaian boleh dibuat berdasarkan aspek

penglibatan pelajar di dalam seperti rajin bertanya soalan mahupun memberi

pandangan mereka. Di sini lah guru boleh melihat penglibatan pelajar dalam

aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

5.1.2 Pemeriksaan Buku Latihan

Mengenalpasti masalah sebenar yang dihadapi oleh murid untuk menjawab soalan

–soalan terutama soalan struktur dengan betul.

5.1.3 Soal selidik

Page 10: Peraturan mkml

MAKMAL [SMK ALAM BERAJA]

Borang soal selidik disediakan dan diedarkan kepada murid-murid untuk

mengetahui maklumat yang berkaitan dengan tajuk mata pelajaran ICT yang

diajar oleh guru Borang ini diisi oleh murid bagi mendapatkan maklumat yang

sebenar berkaitan dengan subjek ICT. Contoh borang soal selidik di Lampiran 1.

5.1.4 Ujian Pra

Ujian pra dijalankan bagi menguji tahap sebenar pencapaian pelajar menjawab

soalan struktur. Ujian pra dijalankan sebelum sesi bimbingan kaedah Jadual dan

peta minda diperkenalkan.

Ia bertujuan untuk membezakan sebelum dan selepas menggunakan kaedah ini.

Soalan-soalan untuk Ujian Pra di Lampiran 2.

5.2 TINDAKAN YANG DICADANGKAN

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan untuk kajian tindakan ini ialah :

Aktiviti 1

Langkah 1 Nota mata pelajaran perlu diringkaskan dan dipadatkan dengan

menggunakan perkataan penting yang mudah diingati (kata kunci) .

Langkah 2 Guru menggunakan kata kunci di dalam peta minda dan Peta minda

yang telah dibentuk ditambahkan dengan elemen animasi yang telah

disediakan di dalam perisian persembahan powerpoint. (Lampiran 3).

Langkah 3 Pelajar mendengar penerangan guru daripada persembahan

powerpoint yang mengandungi peta minda yang telah direkabentuk.

Guru memberi gambaran menyeluruh melalui peta minda

menggunakan kata kunci yang digunakan.

Langkah 4 Guru memberi dorongan kepada pelajar untuk menggunakan dan

membuat sendiri peta minda merujuk bahan pelajaran lain

seperti

nota yang diberikan oleh guru yang berdasarkan buku rujukan.

Aktiviti 2

Guru merangka peta minda di atas kad manila. Pelajar perlu mengisikan kata

kunci dalam peta minda tersebut. Aktiviti ini sebagai aktiviti di dalam kelas bagi

meningkatkan kemahiran menyusun nota secara sistematik dan berkesan.

Page 11: Peraturan mkml

MAKMAL [SMK ALAM BERAJA]

(Lampiran 4)

Aktiviti 3

Mengukuhkan pemahaman dan daya ingatan pelajar mengenai topik Tingkatan 4

dengan memberi soalan objektif dan subjektif.

6.0 JADUAL PERLAKSANAAN KAJIAN

Jangkamasa kajian adalah selama 3 bulan (04 Febuari – 05 Mei 2013)

Bil Aktiviti/Program Tarikh

Pelaksanaan

1. Mengenal pasti masalah dan

pengumpulan data

04 Feb - 08 Feb

2013

2. Menulis proposal kajian 14 Feb - 22 Feb

2013

3. Merancang tindakan 25 Feb – 27 Feb

2013

4. Menjalankan aktiviti soal selidik 7 - 8 Mac 2013

5. Menjalankan ujian pra 21 Mac 2013

6. Menganalisis hasil dapatan dari ujian pra 22 Mac 2013

8. Melaksanakan tindakan : Aktiviti modul –

jadual dan peta minda

Sepanjang P& P

April 2013

9. Melaksanakan instrumen dan langkah Sepanjang April

Page 12: Peraturan mkml

MAKMAL [SMK ALAM BERAJA]

pemerhatian 2013

10

.

Ujian dan latihan berterusan untuk

mengesan pencapaian pelajar

24 April 2013

11.

Menulis laporan kajian 1 -5 Mei 2013

Jadual 5 : Jangkamasa menyiapkan Proposal Kajian

7.0 KOS KAJIAN

Untuk menjalankan kajian ini, saya telah mengenal pasti bahan dan kos yang akan terlibat. Jadual di bawah menunjukkan anggaran perbelanjaan untuk kajian yang akan dijalankan.

Bil Jenis Bahan Kuantiti Harga Seunit Jumlah Kos

1. Kertas A4 2 rim Rm 9.00 Rm 18.00

2. Buku Catatan Guru 1 buah Rm 6.00 Rm 6.00

3. Pen Marker 1 set Rm 5.00 Rm 5.00

4. Kad Manila 6 gulung Rm 0.80 Rm 4.80

5. Magic Colour 14 set Rm 2.20 Rm 30.80

6. Plestersin 1 set Rm 3.50 Rm 3.50

JUMLAH Rm 66.90

Page 13: Peraturan mkml

MAKMAL [SMK ALAM BERAJA]

1. RUJUKAN

1. Bahagian Teknologi Pendidikan KPM, (2010). Modul Kajian Tindakan

Teknologi Pendidikan, Kuala Lumpur: Malaysia.

2. Chow Fook Meng, J. M. (2011). Kajian Tindakan: Konsep dan amalan

dalam pengajaran. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.

3. Edinin, R. (2012). Penyelidikan Tindakan Kaedah dan Penulisan . Kuala

Lumpur: Freemind Horizons Sdn Bhd.