peraturan kolej kediaman mara japan...

11
0 PERATURAN KOLEJ KEDIAMAN MARA JAPAN INDUSTRIAL INSTITUTE [MJII]

Upload: buicong

Post on 07-Feb-2018

254 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

0

PERATURAN KOLEJ KEDIAMAN

MARA JAPAN INDUSTRIAL INSTITUTE [MJII]

1

PERATURAN KOLEJ KEDIAMAN

MARA JAPAN INDUSTRIAL INSTITUTE [MJII], SELANGOR

1. Pendahuluan.

1.1. Peraturan Kolej Kediaman MJII ini hendaklah terpakai kepada semua pelajar disepanjang

tempoh latihan. Tindakan tatatertib boleh diambil terhadap mana-mana pelajar yang melanggar

mana-mana peraturan dalam Peraturan Kolej Kediaman MJII Beranang ini.

2. Permohonan Tinggal Di Kolej Kediaman.

2.1 Permohonan untuk tinggal di kolej kediaman hendaklah dengan menggunakan borang

permohonan yang boleh didapati dari Penyelia Kolej Kediaman atau Ketua Warden.

2.2 Permohonan hendaklah di buat pada awal semester bagi pelajar baru dan pada akhir semester

bagi pelajar sedia ada.

3. Penempatan Kolej Kediaman.

3.1 Penempatan pelajar di dalam kolej kediaman akan di tentukan oleh Penyelia Kolej

Kediaman/Ketua Warden.

3.2 Pelajar dikendaki mengisi borang penerimaan pelawat Kolej Kediaman.

3.3 Pelajar tidak dibenarkan berpindah tempat tanpa kebenaran Penyelia Kolej Kediaman/Warden.

4. Kelengkapan Dan Peralatan.

4.1 Pelajar hendaklah bertanggung jawab ke atas kerosakan dak keselamatan peralatan yang di

sediakan.

4.2 Pelajar tidak dibenarkan mengubah dan memindah segala peralatan tanpa kebenaran.

5. Kebersihan Bilik Dan Kawasan Sekitar.

5.1 Pelajar adalah bertanggungjawab menjaga kebersihan tempat tinggal/bilik tidur, Surau Riyadus

Solihin dan kawasan kolej kediaman.

5.2 Pelajar diwajibkan menyediakan jadual tugas harian membersihkan bilik.

5.3 Bilik tidur hendaklah sentiasa berada dalam keadaan kemas, teratur dan bersih.

2

6. Tata Kelakuan.

6.1 Pelajar diwajibkan menunaikan solat dan bagi pelajar yang uzur mesti menghormati waktu solat

apabila berada dalam kawasan kolej kediaman dan tidak membuat bising dan menonton TV.

6.2 Pelajar lelaki hendaklah solat berjemaah disurau Riyadus Solihin MJII Beranang.

6.3 Pelajar pada bila-bila masa dilarang bersiul-siul, membuka radio dengan kuat, memekik dan

bergurau senda yang boleh dianggap liar atau melebihi batasan.

6.4 Pelajar hendaklah sentiasa menunjukkan akhlak dan keperibadian yang mulia, menjalinkan

hubungan baik serta bersopan santun antara muslimin-muslimah berlandaskan kepada hukum

Islam serta persaturan-peraturan yang ditetapkan oleh MJII.

6.5 Saling hormat menghormati di antara semua penghuni.

6.6 Sentiasa menghormati dan memberi kerjasama kepada semua peringkat kakitangan MJII.

6.7 Pelajar juga dikendaki berkelakuan baik dan menghormati masyarakat di sekeliling kolej

kediaman MJII.

6.8 Memupuk semangat kerjasama diantara satu sama lain dan melahirkan sikap bertolak ansur.

6.9 Pelajar dilarang mengeluarkan kata-kata kesat yang menyinggung perasaan dan menimbulkan

pergaduhan.

6.10 Pelajar dilarang dan melakukan “ragging”, membuli, mendera dan peras ugut.

6.11 Pelajar dilarang mengamal atau menanam sifat kedaerahan, kenegerian, puak-puak atau

kumpulan yang boleh mencetuskan suasana tidak harmoni.

6.12 Pergaulan sesama Pelajar terutama diantara lelaki dengan perempuan mestilah mengikut batas

batas hukum Islam serta peraturan yang ditetapkan oleh MJII sama ada di dalam atau di luar

kolej kediaman MJII.

6.13 Pelajar tidak dibenarkan berdua-duaan di dalam atau di luar kolej kediaman dengan pelajar atau

bukan pelajar yang bukan Mahram.

6.14 Pelajar dilarang memasuki tanpa kebenaran atau menceroboh kolej kediaman lelaki/perempuan.

6.15 Pelajar tidak dibenarkan berkeliaran di kawasan kolej kediaman selepas pukul 12.00 malam.

6.16 Pelajar dilarang berjudi atau mengadakan sebarang pertaruhan berbentuk perjudian di dalam

atau di luar kawasan kolej kediaman MJII.

6.17 Pelajar mestilah sentiasa memakai pakaian yang menutup aurat, bersopan serta tidak menjolok

mata. Seluar pendek, berkoyak atau berlubang, mini skirt, baju atau seluar ketat, baju yang

3

menampakkan pusat atau tidak berlengan atau kain berbelah adalah dilarang sama sekali

dipakai di dalam atau di luar MJII.

6.18 Pelajar tidak dibenarkan memakai singlet, seluar pendek, kain sarung ketika berada di luar

kawasan kolej kediaman MJII.

6.19 Pakaian pelajar hendaklah menunjukkan imej yang bersih. Gambar atau perkataan-perkataan

lucah atau ganas atau tidak beretika sebagai pelajar pada pakaian adalah dilarang sama sekali.

6.20 Dilarang menampal gambar/poster atau menconteng pada dinding atau loker atau lain-lain

peralatan.

6.21 Kolej Kediaman MJII Beranang adalah kawasan larangan merokok. Pelajar dilarang membeli,

menyimpan, memiliki atau menjual, memberi atau mengisap rokok.

7. Tatacara Menggunakan Kemudahan Kolej Kediaman.

7.1 Pelajar bertanggungjawab menjaga kebersihan, keselamatan bagi kemudahan yang disediakan

seperti “sick bay”, “student center”, bilik riadah, bilik air dan tandas.

7.2 Pelajar dilarang membuat pindaan atau membuat sambungan secara haram pada mana-mana

bahagian kolej kediaman atau sebarang alat-alat elektrik.

7.3 Pelajar hendaklah melapor sebarang kerosakan kepada Penyelia Kolej Kediaman.

7.4 Sebarang kerosakan disebabkan kecuaian atau salahguna oleh pelajar akan dikenakan tindakan

tatatertib.

8. Peraturan Keselamatan.

8.1 Apabila mendengar isyarat berlaku kebakaran atau terhidu bau asap, perkara pertama yang

mesti dilakukan ialah pelajar hendaklah menyelamatkan diri serta rakan-rakan yang lain.

8.2 Segera memberi amaran kepada rakan sekolej kediaman. Menjerit sekuat mungkin perkataan

“API API API”.

8.3 Segera menghubungi Bomba, No. Telefon 994.

8.4 Jika sempat, pelajar hendaklah menyelamatkan barang-barang berharga kepunyaan sendiri yang

mudah dibawa seperti Kad Pengenalan, sijil-sijil penting, buku pelajaran dan wang.

8.5 Jika terdapat pelajar yang tidak berupaya untuk bergerak keluar dari kolej kediaman disebabkan

pengsan, patah dan sebagainya pelajar-pelajar lain hendaklah membantu dengan membawanya

keluar.

4

8.6 Pelajar hendaklah keluar dari kolej kediaman secepat mungkin melalui pintu yang paling hampir

(seperti dalam pelan setiap kolej kediaman)

8.7 Bergerak dengan pantas tetapi beratur meninggalkan kolej kediaman menuju ke tempat yang

telah ditetapkan dan berkumpul disitu.

8.8 Semasa bergerak untuk berkumpul:-

8.8.1 Ikutlah laluan yang selamat dan tidak ada sebarang halangan.

8.8.2 Elakkan laluan yang berhampiran dengan api kebakaran.

8.8.3 Elakkan daripada berlaku kesesakan dalam laluan tersebut.

8.8.4 Jangan melintas melalui/dalam kolej kediaman lain.

8.9 Mengesan Pelajar Setiap Kolej Kediaman:-

8.9.1 Semua pelajar hendaklah berkumpul dalam barisan mengikut kolej kediaman masing

masing. Semua Ketua Aras hendaklah berada di hadapan dan bertindak segera untuk

membentuk barisan bagi semua ahli kolej kediaman di bawah pengawasannya. Ketua

Aras wajib mengetahui bilangan sebenar ahli kolej kediamannya.

8.9.2 Ketua Aras dikehendaki menentukan bilangan pelajar yang didalam barisan dengan

bantuan pelajar lain. Tentukan juga nama-nama pelajar yang tidak ada dalam barisan

pada ketika itu.

8.9.3 Ketua Aras hendaklah melaporkan bilangan pelajar dan nama pelajar yang tidak ada

dalam barisan dengan segera kepada Pegawai Bomba/Warden Kolej Kediaman yang

hadir ketika itu (berikan sebab pelajar yang tiada). Tindakan selanjutnya akan dilakukan

oleh Warden Kolej Kediaman dan pihak Bomba.

8.9.4 Pelajar dikehendaki mematuhi semua arahan daripada Pihak Warden Kolej Kediaman dan

Bomba.

8.9.5 Latihan Kebakaran (Fire-Drill) akan dijalankan pada bila-bila masa yang difikirkan sesuai.

Semua pelajar dikehendaki sentiasa merujuk dan memahami langkah-langkah

keselamatan yang perlu diambil.

5

9. Keselamatan Wang Di Kolej Kediaman.

9.1 Kad ATM (Giro atau lain-lain):-

9.1.1 Semua kad ATM mesti disimpan di tempat yang selamat.

9.1.2 Tidak menyimpan nombor PIN bersama-sama dengan Kad ATM.

9.1.3 Tidak membenarkan kawan mengeluar atau membantu mengeluarkan wang dengan

menggunakan kad ATM sendiri.

9.1.4 Kehilangan kad ATM hendaklah dilaporkan segera kepada pihak bank berkenaan bagi

mengelakkan penyalahgunaan Kad ATM yang hilang itu, juga untuk membolehkan pihak

bank menahan segera pengeluaran wang menerusi mesin ATM.

9.2 Wang Tunai.

9.2.1 Wang Tunai yang berlebihan mesti disimpan di dalam bank.

9.2.2 Wang hendaklah disimpan di tempat yang selamat dan tidak mudah dilihat dan diambil

orang.

9.3 Am:-

9.3.1 Pelajar hendaklah memastikan loker masing-masing sentiasa dikunci.

9.3.2 Adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk melaporkan dengan segera kepada pihak

berkuasa MJII sekiranya berlaku kehilangan wang simpanan.

10. “Roll Call”.

10.1 “Roll Call” akan dibuat bila-bila pada bila-bila masa yang difikirkan perlu dan hanya boleh dibuat

oleh warden sahaja.

10.2 Masa untuk “Roll Call‟ hendaklah tidak melewati jam 11.00 malam kecuali bagi kes-kes tertentu

sahaja.

10.3 Semua pelajar wajib menghadiri dan berkumpul di tempat yang ditentukan.

10.4 Semasa “Roll Call” semua pelajar mesti berpakaian kemas.

11. Pemeriksaan Kolej Kediaman.

11.1 Hanya boleh dilakukan oleh Pengarah atau Timbalan Pengarah atau Warden sahaja.

11.2 Boleh dibuat pada bila-bila masa yang difikirkan perlu atau sekurang-kurangnya sebulan sekali.

6

11.3 Pemeriksaan Kolej Kediaman Perempuan akan dilakukan oleh Warden wanita sahaja atau jika

perlu boleh mendapat bantuan Warden lelaki setelah mendapat kebenaran pengurusan MJII.

12. Peraturan Keluar/ Masuk Kolej Kediaman.

12.1 Waktu keluar /masuk kolej kediaman ditentukan oleh Pengarah MJII beranang.

12.2 Kad keluar/masuk kolej kediaman hendaklah digunakan dengan sempurna setiap kali pelajar

hendak keluar/masuk kawasan kolej kediaman MJII.

12.3 Pelajar yang ingin pulang ke kampung atau pun bermalam di luar Kolej Kediaman hanya

dibenarkan berbuat demikian seminggu sekali dan diwajibkan mendapat kelulusan Warden Kolej

Kediaman terlebih dahulu.

12.4 Kad Pulang bermalam kolej kediaman yang didapati, kotor, rosak, koyak atau hilang akan

didendakan sebanyak RM 5.00.

12.5 Pelajar-pelajar yang mendapat cuti sakit hanya dibenarkan pulang setelah mendapat kebenaran

pulang dari Pihak berkuasa MJII.

12.6 Pelajar tidak dibenarkan berada dikolej kediaman pada waktu kuliah kecuali dengan kebenaran.

12.7 Pelajar juga tidak dibenarkan balik ke kolej kediaman pada waktu rehat pagi.

12.8 Mana-mana pelajar yang lewat masuk selepas waktu-waktu yang ditetapkan kad keluar/masuk

akan ditahan oleh Warden.

12.9 Pelajar yang lewat menuntut semula kad keluar/masuk akan diambil tindakan.

13. Prosedur Pelawat.

13.1 Pelajar hanya dibenarkan menerima pelawat dan keluarga atau saudara mara sahaja.

13.2 Perjumpaan dengan pelawat hanya dibenarkan pada waktu rehat dibilik tetamu sahaja.

13.3 Pelawat mestilah melaporkan diri dan mengisi maklumat didalam „Buku Pelawat‟ dan seterusnya

mendapatkan „Pas Pelawat‟ daripada Pengawal Keselamatan.

13.4 Pelawat tidak dibenarkan masuk ke kawasan Kolej Kediaman Pelajar.

13.5 Pelajar yang dilawati bertanggungjawab memastikan pelawat-pelawat berkenaan mematuhi

semua peraturan lawatan yang ditetapkan.

13.6 Masa lawatan adalah ditentukan oleh Pengarah MJII Beranang.

7

14. Larangan Membawa Kenderaan.

14.1 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan memiliki atau membawa sebarang kenderaan persendirian ke

MJII Beranang.

14.2 Pelajar digalakkan menggunakan basikal ataupun perkhidmatan bas awam

15. Kecemasan dan keselamatan.

15.1 Penggunaan Peralatan Elektrik.

15.1.1 “Water-heater” dan cerek elektrik bukan automatik tidak dibenarkan penggunaanyan di

kolej kediaman.

15.1.2 Sambungan secara haram (tanpa kebenaran) ke sebarang alat elektrik tidak dibenarkan.

15.1.3 „Plug‟ berpin hendaklah ditanggalkan dan soket sebelum meninggalkan peralatan elektrik

yang digunakan.

15.1.4 Pelajar adalah dilarang keras dan menggunakan sebarang peralatan elektrik semasa kilat.

15.1.5 Seterika elektrik boleh digunakan hanya di bilik/tempat yang dikhaskan.

15.1.6 Setiap peralatan elektrik yang hendak digunakan di kolej kediaman kecuali Komputer atau

komputer riba, pengecas telefon bimbit hendaklah didaftarkan terlebih dahulu dengan

menggunakan borang pendaftaran yang disediakan.

15.1.7 Pelajar dilarang sama sekali dan menggunakan alat elektrik yang telah rosak.

15.1.8 Pengurusan MJII berhak merampas mana-mana peralatan elektrik yang digunakan oleh

pelajar yang gagal mematuhi peraturan serta syarat-syarat yang telah ditetapkan.

15.1.9 Pelajar dilarang membaiki sendiri sebarang kerosakan berkaitan dengan elektrik dan

hendaklah dilaporkan segera kepada Warden.

15.1.10 Pelajar dilarang menyentuh sebarang alat elektrik yang sedang digunakan dengan tangan

yang basah.

15.1.11 Sebarang bentuk pembaziran penggunaan tenaga elektrik adalah dilarang.

8

16. Peraturan Am.

16.1 Semua pelajar dimestikan tinggal di kolej kediaman yang disediakan oleh MJII.

16.2 Semua pelajar semasa berada di asrama MJII diwajibkan mematuhi semua peraturan-

peraturan yang ditetapkan serta arahan-arahan semasa pengurusan kolej kediaman.

17. Peraturan Pakaian Pelajar.

17.1 Pakaian Bersukan

17.1.1 Pelajar dikehendaki berpakaian sukan yang sempurna semasa bersukan.

17.1.2 T-shirt lengan panjang atau pendek untuk lelaki.

17.1.3 T-Shirt lengan panjang sahaja untuk perempuan.

17.1.4 Memakai treksuit yang sesuai.

17.1.5 Berkasut sukan dan stokin.

17.1.6 Menggunakan tudung dan warna yang sesuai bagi pelajar perempuan.

17.1.7 Pakaian sukan yang diluar bidang kuasa MJII adalah tertakluk kepada undang-undang

perlaksanaan.

17.1.8 Semua jenis pakaian sukan hendaklah tidak terlalu ketat, jarang, singkat, berlogo dan

bercop yang boleh menjejaskan nama MJII.

17.2 Pakaian Semasa Kuliah Gantian/Tambahan/Persediaan.

17.2.1 Sekiranya aktiviti diadakan diluar waktu yang dijadualkan, pelajar digalakkan memakai

pakaian seperti di kuliah.

17.2.2Walau bagaimanapun T-Shirt berkolar boleh dipakai. Peraturan-peraturan lain adalah

sama.

17.2.3 Seluar “jeans” tidak di benarkan.

17.3 Pakaian Semasa Aktiviti Ko-Kurikulum.

17.3.1 T-Shirt KKTM, seluar yang bersih, tidak lusuh, tidak koyak, tidak bertampal, tidak terlalu

ketat dan lilitan kaki antara 35 sm-45 sm saja dibenarkan.

17.3.2. Unit beruniform hendaklah mengikut arahan pasukan.

17.3.3 Seluar “Jeans”, kulit dan P.V.C tidak dibenarkan.

9

17.3.4 Pelajar perempuan wajib menutup aurat, gunakan T-Shirt berkolar berlengan panjang dan

bertudung kemas. Unit beruniform hendaklah mengikut arahan pasukan.

17.4 Pakaian Semasa Aktiviti Agama

17.4.1 Semua pelajar hendaklah berpakaian kemas, sopan, bersih dan bersesuaian dengan

aktiviti keagamaan.

17.4.2 Pelajar lelaki digalakkan bersongkok hitam atau ketayap putih.

17.4.3 “Jeans” dan “Cotton Slack” tidak dibenarkan.

17.5 Pakaian Ke Majlis Rasmi

17.5.1 Semua pelajar dikehendaki sekurang-kurangnya berpakaian seperti ke kuliah.

18. Peraturan Pakaian Ke Luar Kolej.

18.1 Lawatan Rasmi:

18.1.1 Semua Pelajar hendaklah berpakaian seperti ke kuliah.

18.2 Lawatan Tidak Rasmi

18.2.1 Semua pelajar dikehendaki berpakaian kemas, bersih dan bersesuaian dengan tempat

yang hendak dilawati.

18.3 Keluar Ke Bandar.

18.3.1 Semua pelajar diwajibkan berpakaian kemas, sopan dan bersih dan mestilah berkasut

dan berstokin.

18.3.2 Sandal dan selipar tidak dibenarkan.

18.3.3 Selain daripada baju kemeja lengan panjang dan pendek, T-Shirt berkolar sahaja yang

dibenarkan.

18.3.4 T-Shirt berkolar hendaklah tidak ada cop, logo atau tulisan yang boleh mencemarkan

nama baik MJII.

18.3.5 Seluar Jeans dibenarkan asalkan tidak lusuh, tidak koyak, tidak bertampal, tidak

terlalu ketat dan bersih. Ukuran hut kaki ialah 3s sm- 4s sm sahaja dibenarkan.

18.3.6 Pelajar perempuan beragama islam diwajibkan menutup aurat iaitu baju berlengan

panjang dan bertudung kemas.

18.3.7 Pelajar perempuan hendaklah berkasut dan berstokin.

10

18.4 Balik/Pulang Bercuti

18.4.1 Seperti pakaian Keluar ke bandar.

18.5 Kegiatan Ko-Kurikulum

18.5.1 Seperti pakaian ko-kurikulum dalam kawasan MJII.

18.6 Aktiviti Sukan

18.6.1 Seperti pakaian sukan dalam kawasan MJII.

19. Tanda Nama.

19.1 Semua pelajar dikehendaki memakai Tanda Nama MJII di dada baju sebelah kiri pada waktu

kuliah, bengkel, lawatan rasmi, perhimpunan, majlis perasmian, penyampaian sijil dan

sebagainya.

19.2 Tanda nama yang rosak dan lusuh hendaklah diganti baru.

19.3 Pelajar dilarang sama sekali menukar apa sahaja bentuk pengenalan yang terdapat pada Tanda

Nama Rasmi MJII.

19.4 Pelajar di larang menggunakan Tanda Nama orang lain.

20. Kuatkuasa Peraturan.

20.1 Peraturan Kolej kediaman MJII Beranang ini adalah berkuatkuasa mulai 31 Mei 2008 dan

hendaklah digunapakai kepada semua pelajar disepanjang tempoh latihan.