tempat kediaman dan teknologi

26
TEMPAT KEDIAMAN DAN TEKNOLOGI

Upload: timothy-thompson

Post on 20-Nov-2015

129 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ert

TRANSCRIPT

  • TEMPAT KEDIAMAN DAN TEKNOLOGI

  • Tempat kediaman PENGENALANTempat kediaman merupakan tempat keluarga berkumpul semasa dan selepas menjalankan aktiviti harian.

  • Faktor yang mempengaruhi pemilihan tempat kediaman

    InfrastrukturKeperluanEstikaPendapatanKeselamatanKejiranan

  • PEMILIHAN TEMPAT KEDIAMAN

  • PEMILIHAN TEMPAT KEDIAMAN

  • Tempat kediaman seharusnya dapat memenuhi keperluan keluarga untuk :a)Berteduh daripada hujan,panas,dan sejuk.b)Berlindung daripada bencana dan penjenayah.c)Berinteraksi dan melaksanakan aktiviti harian.

    Ciri,saiz,dan jenis ruang perlu menepati keperluan keluarga yang berbeza.Perkara yang perlu diambil kira ialah :a)Saiz keluarga.b)Peringkat kitaran hidup.c)Keperluan khas ahli keluarga seperti cacat,tua,atau uzur.

  • Pemilihan tempat kediaman berdasarkan kemampuan keluarga.Salah satu perbelanjaan bulanan yang paling tinggi bagi kebanyakan keluarga ialah bayaran untuk tempat kediaman.Keluarga yang berpendapatan tinggi mampu memilih tempat kediaman yang mempunyai ciri berikut :

    a)Lokasi yang baik. b)Saiz yang lebih besar. c)Dilengkapi alat teknologi tinggi seperti sistem kawalan berkomputer.PENDAPATAN

  • Keselamatan ahli keluarga diberi keutamaan dalam memilih tempat kediaman.Keluarga akan berasa selamat jika tempat kediaman mempunyai ciri berikut : a)Aman. b)Bebas daripada jenayah. c)Berdekatan dengan perkhidmatan keselamatan seperti polis dan bomba.

    Keluarga juga perlu meningkatkan keselamatan dengan memastikan tempat kediaman dilengkapi dengan : a)Kawalan keselamatan seperti sistem penggera keselamatan atau pengawal keselamatan. b)Sistem pencegahan kebakaran. c)Pemasangan jeriji pada tingkap dan pintu.

  • Aspek kejiranan dititikberatkan semasa memilih rumah kerana :

    a)Jika jiran mempunyai status dan sosioekonomi yang sama,interaksi dan perhubungan mesra lebih senang terjalin.

    b)Gaya hidup,cara pemikiran dan norma yang sama membantu keluarga berinteraksi dan hidup dengan lebih selesa.

    KEJIRANAN

  • Estetika merujuk kepada kebersihan dan keceriaan tempat kediaman dari segi luaran dan dalaman.

    Keluarga akan memberi keutamaan kepada perkara berikut : a)Kawasan sekeliling yang bersih dan ceria. b)Pemandangan yang indah. c)Tempat kediaman yang mudah dibersihkan,senang dihias,teratur,dan cantik.

  • INFRASTRUKTURInfrastruktur kawasan tempat kediaman perlu lengkap supaya pelbagai keperluan ahli keluarga dapat dipenuhi.

    INFRASTRUKTURPERKHIDMATAN Sistem jalan rayaKesihatan Sistem bekalan airKebajikanBekalan tenaga elektrikPendidikanSistem pembuangan sampahPerhubunganSistem telekomunikasiTempat beribadat

  • Pengaruh teknologi terhadap pengurusan tempat kediamanPelbagai alat teknologi telah dicipta untuk membantu pengurusan tempat kediaman.Alatan ini mempengaruhi cara keluarga menguruskan kerja pembersihan,penyelenggaraan,dan penjagaan keselamatan di tempat kediaman.

  • ALATAN TEKNOLOGI YANG MEMBANTU PENGURUSAN TEMPAT KEDIAMANMENDOBIMEMBERSIHMENYELENGGARAMENJAGA KESELAMATAN

    Mesin pengering pakaian

    Alat penggera keselamatanMesin pemotong rumputAlatan menyiram rumputMesin pencuci pakaianMesin pencuci/pengilap lantaiPembersih hampagasPagar automatik

  • MASASumber masa adalah terhad.Oleh itu,pengurusan masa perlu dirancangkan dengan baik supaya semua kegiatan harian dapat dilaksanakan dengan teratur.Penggunaan alatan teknologi dapat membantu suri rumah untuk melakukan lebih daripada satu kerja secara serentak,misalnya sambil membasuh pakaian dengan mesin basuh automatik,suri rumah itu boleh menyediakan sarapan,membersihkan rumah,atau berinteraksi dengan ahli keluarga.

  • TENAgaPenggunaan alatan teknologi dapat mengurangkan tenaga yang diperlukan untuk menjalankan tugas harian dalam pengurusan tempat kediaman,misalnya mencuci pakaian,memasak,dan memotong rumput.Kita dapat menjimatkan penggunaan tenaga,meringankan beban kerja,dan mengurangkan keletihan.Kerja-kerja dapat juga dilakukan dengan lebih efisien.

  • perbelanjaanPenggunaan alatan teknologi melibatkan tiga jenis kos,iaitu kos pembelian alatan,kos sampingan,dan kos penyelenggaraan.Walaupun keluarga menggunakan sebahagian,daripada pendapatan untuk menampung kos tersebut,dalam jangka panjang alatan ini sangat berfaedah dan menjimatkan.

  • KESELAMATANDalam pengurusan tempat kediaman,aspek keselamatan dalam penggunaan alatan teknologi perlu dititikberatkan.

    KESELAMATANPenggunaan alatan teknologi untuk mengawal keselamatanPeraturan keselamatan semasa menggunaCiri-ciri keselamatan semasa membeli

  • Semasa membeli alatan teknologi,langkah-langkah seperti memeriksa alatan supaya dalam keadaan elok,tiadakebocoran,dan pendawaiannya betul penting untuk mencegah perkara yang tidak diingini berlaku.Alatan haruslah dibeli daripada syarikat atau agen yang boleh dipercayai.Pilih alatan yang mempunyai tanda piawaian keselamatan seperti SIRIM.

  • Alatan teknologi biasanya menggunakan kuasa elektik.Sebelum menggunakan alatan tersebut,baca dan faham akan peraturan dan cara-cara menggunakannya.Patuhi arahan yang disertakan tentang peraturan penggunaan dan penjagaannya.

  • PENGGUNAAN ALATAN TEKNOLOGI UNTUK MENGAWAL KESELAMATANAlatan seperti alat penggera keselamatan,pagar automatik,dan alat kawalan keselamatan berkomputer dapat melindungi tempat kediaman daripada penceroboh.Alatan seperti pemadam api dan sistem penyembur automatik pula berfungsi jika berlaku kebakaran.

  • Kualiti hidup

    Perkembangan teknologi banyak mempengaruhi kualiti hidup ahli keluarga.Penggunaan alat teknologi semasa menguruskan tempat kediaman dapat membantu keluarga melaksanakan tugas harian dengan lebih mudah,cepat,dan selamat.Masa yang terluang boleh digunakan untuk aktiviti riadah dan bertukar fikiran bersama ahli keluarga.Ini dapat mengeratkan perhubungan dan memupuk kemesraan antara ibu,bapa,anak dan ahli keluarga yang lain.

  • TERIMA KASIH