peraturan dan undang-undang pbsm

12
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PBSM Mohd Firdaus bin Mohd Bakari Mohd Kamil bin Abd Malik PISMP PJ(B)

Upload: fir-daus

Post on 02-Jul-2015

1.342 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Peraturan dan Undang-Undang PBSM

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PBSM

Mohd Firdaus bin Mohd Bakari

Mohd Kamil bin Abd Malik

PISMP PJ(B)

Page 2: Peraturan dan Undang-Undang PBSM

PENGENALAN

Pengasas Palang Merah berpendirian undang-undang dapat digunakan dalam peperangan. Ia mampu memberi pelindungan sewajarnya kepada mangsa-mangsa yang tidak berdaya.

Konvensyen Geneva Pertama bagi membantu dan menyelamatkan anggota tentera yang cedera dan sakit di medan perang dihasilkan pada tahun 1864

Page 3: Peraturan dan Undang-Undang PBSM

KONVENSYEN 1 & 2(LUKA DAN CEDERA DI DARAT ATAU DI LAUT)

Anggota tentera yang sakit cedera (yang tidak bersenjata) tidak boleh diserang. Mereka hendaklah dilayan dengan baik. Jika ditawan, mereka hendaklah dijaga dengan baik seperti pihak musuh menjaga anggota mereka sendiri yang cedera.

Pihak-pihak yang bersengketa hendaklah mengambil tindakan seberapa daya yang boleh mencari dan mengumpul mereka yang cedera dan sakit serta melindungi mereka daripada dianiaya.

Jika boleh, mereka yang mati hendaklah dikumpul dan dikebumikan atau dibakar dengan penuh penghormatan. Butir-butir diri mereka hendaklah diberi kepada agensi-agensi yang berkenaan supaya saudara mara mereka boleh dihubungi. Barang kepunyaan mereka tidak boleh dicuri.

Page 4: Peraturan dan Undang-Undang PBSM

Anggota-anggota perubatan, sama ada berkhidmat dengan tentera, Palang Merah, atau mana-mana organisasi bantuan yang lain, tidak dianggap sebagai kombatan. Mereka tidak boleh diserang. Mereka dibenarkan merawat orang-orang yang sakit atau cedera tanpa gangguan.

Pasukan tentera boleh menahan anggota perubatan tentera dan guru agama tentera supaya mereka boleh digunakan untuk memberi rawatan perubatan atau keperluan agama tawanan perang. Mereka tidak dianggap sebagai tawan perang, dan hendaklah dibebaskan bila khidmat mereka tidak diperlukan lagi.

Semua bangunan dan unit perubatan seperti hospital, ambulans dan kapal hospital hendaklah menggunakan lambang Palang Merah atau Bulan Sabit Merah supaya dikenalpasti. Mereka tidak boleh diserang, dimusnah atau dihalang daripada menjalankan operasi mereka.

Salah guna lambang Palang Merah atau Bulan Sabit Merah adalah salah dari segi undang-undang.

Page 5: Peraturan dan Undang-Undang PBSM

KONVENSYEN 3(TAWANAN PERANG) Semua tawanan hendaklah memberi nama, pangkat, tarikh lahir

dan nombor pengenalan.Maklumat ini hendaklah dihantar kepada kuasa-kuasa yang berkenaan supaya mereka dapat dikesan oleh kerajaan mereka.

Tawanan perang tidak boleh diseksa untuk mendapatkan maklumat. Mereka tidak boleh diancam (seperti mengurung, tidak diberi makanan) untuk mendapatkan maklumat.

Tawanan perang hendaklah sentiasa diberi layanan yang baik. Mereka tidak boleh didera atau digunakan dalam eskperimen perubatan atau sains.

Tawanan perang tidak boleh dihantar atau ditempatkan dalam kawasan yang terdedah kepada pertempuran.Keadaan hidup mereka (seperti makanan, perlindungan, pakaian) hendaklah sama baiknya dengan anggota-anggota tentera pihak musuh.

Pakaian, makanan dan peraturan kesihatan hendaklah baik supaya tawan perang berada dalam keadaan yang selesa.

Tawanan perang hendaklah dibenar mengamalkan suruhan agama mereka.

Page 6: Peraturan dan Undang-Undang PBSM

Tawan perang hendaklah dibenarkan beriadah, membaca dan bersukan.

Tawanan perang yang sihat boleh ditugaskan membuat kerja yang ringan dan tidak merbahaya serta tidak mempunyai tujuan ketenteraan. Mereka hendaklah dibayar dengan bayaran yang berpatutan.

Tawanan perang hendaklah dibenar menerima dan mengirim surat dan juga menerima bungkusan barang (seperti makanan, pakaian, buku dll).

Tawanan perang hendaklah dibenar membuat aduan mengenai keadaan hidup mereka atau hal-hal lain kepada wakil ICRC. Ini hendaklah dilakukan tanpa saksi, dan oleh seorang wakil yang dipilih oleh tawanan-tawanan perang.

Tawanan perang yang tidak berdaya, sakit tenat atau sakit jiwa hendaklah dihantar pulang.

Tawanan perang hendaklah dihantar pulang selepas tamat peperangan

Page 7: Peraturan dan Undang-Undang PBSM

KONVENSYEN 4(ORANG-ORANG AWAM) Mereka yang cedera, tua, kanak-kanak dan ibu mengandung

hendaklah dipindahkan dari kawasan pertempuran. Rumah sakit awam dan anggotanya hendaklah dilindungi daripada

serangan dan dibenarkan menjalankan tugas mereka tanpa gangguan.

Laluan bebas hendaklah diberikan kepada peralatan dan bekalan perubatan dan juga keperluan bagi tujuan keagamaan.

Tindakan harus diambil oleh pihak bermusuhan untuk menentukan bahawa kanak-kanak yatim berusia 15 tahun ke bawah atau mereka dengan keluarga akibat peperang diberi makanan, pelajaran, tempat tinggal dan pendidikan.

Orang-orang awam mestilah diberi layanan yang baik. Mereka berhak dihormati mengenai agama, adat dan kepercayaan mereka. Wanita tidak boleh dirogol, diserang atau dipaksa menjadi pelacur.

Adalah dilarang menggunakan paksaan terhadap orang awam untuk mendapatkan maklumat.

Mencuri harta awam atau mengambil tebusan adalah dilarang. Orang awam yang membuat kesalahan hendaklah dibicarakan di

mahkamah.

Page 8: Peraturan dan Undang-Undang PBSM

PROTOKOL TAMBAHAN

Protokol tambahan 1

Protokol tambahan 2

Page 9: Peraturan dan Undang-Undang PBSM

PROTOKOL TAMBAHAN 1(1977) Orang awam tidak boleh diserang Adalah dilarang menggunakan senjata dan cara

peperangan yang menyebabkan kecederaan yang berlebihan ataupun penderitaan yang tidak sepatutnya

Objek-objek seperti kerja-kerja pengairan dan ternakan yang mustahak bagi kehidupan penduduk-penduduk awam tidak boleh diserang

Binaan yang ada unsur-unsur berbahaya seperti empangan atau loji kuasa nuklear tidak boleh diserang

Objek kebudayaan seperti tugu peringatan dan tempat-tempat agama tidak boleh diserang

Alam semula jadi perlu dilindungi Dilarang memerintahkan musuh yang ditawan dan

dibunuh Dilarang menyalahgunakan lambang Palang Merah atau

Bulan Sabit Merah

Page 10: Peraturan dan Undang-Undang PBSM

PROTOKOL 2(1977)

Perjanjian ini adalah berkaitan dengan peperangan saudara atau konflik dalaman yang tidak diliputi oleh Konvensyen Geneva:

Tawanan politik, mereka yang ditahan kerana kepercayaan politik mereka

Deraan adalah dilarang Peruntukan terperinci bertujuan melindungi

mereka yang cedera, sakit, karam di laut, harta awam dan khusus orang awam yang dilucutkan kebebsan mereka

Anggota-anggota perubatan di bawah naungan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah hendaklah dilindungi

Page 11: Peraturan dan Undang-Undang PBSM

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERSATUAN

Peraturan Sekolah adalah menjadi peraturan asas Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah

dipatuhi oleh ahli sepenuhnya Ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan

tindakan tatatertib akan di ambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan\peraturan semasa

Tindakan disiplin adalah mengikut Amaran Lisan dan Amaran Bertulis

Ahli yang tidak berpuashati terhadap tindakan keatasnya,boleh membuat surat rayuan dan semakan salahlaku melalui guru penasihat dan keputusan berikutnya adalah muktamad.

Page 12: Peraturan dan Undang-Undang PBSM

TAMAT…..