peraturan akademik kv murni mei.docx

Upload: ahmad-ariffin

Post on 01-Mar-2016

58 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

1

DERAF PERATURAN AKADEMIK KV KPM 2013PERATURAN AKADEMIKKOLEJ VOKASIONAL KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Bahagian A:

TAFSIRAN PERATURAN AKADEMIK KOLEJ VOKASIONAL

Diberhentikan ertinya murid yang tidak mencapai tahap lulus dalam pengajian; atau murid yang dibuang dari Kolej Vokasional di bawah tindakan tatatertib.

Diploma Vokasional Malaysia (DVM) ertinya kelayakan akademik dan vokasional peringkat diploma yang dianugerahkan kepada murid setelah berjaya memenuhi kriteria kursus pengajian yang ditetapkan.

Gred ertinya sesuatu penilaian dalam bentuk abjad bagi menunjukkan prestasi pelajar dalam sesuatu kursus.

Gugur Taraf ertinya pelepasan status sebagai murid KV.

Jawatankuasa Pengambilan Pusat ertinya Jawatan Kuasa pengambilan murid KPM.

Jawatankuasa Pengurusan Akademik Kolej Vokasional ertinya jawatankuasa yang ditubuhkan oleh kolej yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal akademik.

Kokurikulum ertinya apa -apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah.

Kolej Vokasional ertinya sebuah institusi pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia yang ditubuhkan dan diselenggarakan sepenuhnya oleh Menteri di bawah Bahagian IV (Akta 550) bagi menyediakan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional selepas pendidikan menengah rendah.

Kompetensi ertinya kebolehan/keupayaan menunjukkan tugas spesifik (boleh buat) mengikut standard yang memenuhi kehendak industri, majikan, organisasi dan/atau individu,yang mengandungi pengetahuan, kemahiran dan sikap yang konsisten bagi setiap kemahiran, pengetahuan serta sikap yang merujuk kepada prestasi yang standard di bidang pekerjaan.

Kurikulum Standard Kolej Vokasional (KSKV) ertinya dokumen yang mengandungi standard kandungan, standard pembelajaran dan kriteria pencapaian bagi sesuatu kursus.

Modul Akademik ertinya komponen mata pelajaran teras yang ditetapkan dan wajib dipelajari oleh semua murid Kolej Vokasional.

Modul Vokasional ertinya kursus-kursus dalam komponen vokasional yang ditetapkan oleh pendidikan Kolej Vokasional yang perlu dipelajari oleh murid untuk membolehkan murid memperoleh Diploma Vokasional Malaysia dan Sijil Vokasional Malaysia.

Nilai Gred ertinya kredit yang diambil kira dalam pengiraan PNG dan PNGK.

Penangguhan Pengajian ertinya pengajian yang tidak dapat dihadiri pada semester tersebut.

Pendaftar ertinya pendaftar bagi KV KPM adalah Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri manakala Pendaftar bagi KV Swasta adalah Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

Penilaian Akhir ertinya merujuk kepada penilaian bertulis dan amali yang diadakan di akhir sesuatu semester yang dikenali sebagai Pentaksiran Pusat.

Pentaksiran Pusat ertinya pentaksiran yang dilaksanakan diperingkat kolej oleh pensyarah berpandukan peraturan pentaksiran, instrumen pentaksiran, garis panduan dan peraturan penskoran yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan.

Pentaksiran, ertinya semua bentuk proses pengumpulan maklumat untuk mendapatkan eviden bagi membuat keputusan tahap penguasaan prestasi pelajar.

Penyata Kelayakan Menduduki Pentaksiran Pusat ertinya penyata rasmi yang membenarkan murid mengambil pentaksiran dibawah kendalian Lembaga Peperiksaan.

Penyata Keputusan Pentaksiran, ertinya penyata rasmi yang mengandungi keputusan peperiksaan terperinci sepanjang tempoh pengajian yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan.

Plagiarisme ertinya perbuatan mencedok kata-kata, idea dan lain-lain hasil intelek daripada karya orang lain dan menggunakannya sebagai karyanya sendiri.

Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) ertinya nilai yang ditentukan dengan membahagikan jumlah mata gred yang diperolehi dengan jumlah jam kredit yang telah diambil mulai semester pertama sehingga semester terkini.

Purata Nilai Gred (PNG) ertinya nilai yang ditentukan dengan membahagikan jumlah mata gred yang diperolehi dengan jumlah jam kredit yang diambil dalam sesuatu semester.

Pembelajaran Berasaskan Produk (PBE) ertinya komersial atau perkhidmatan menggunakan kaedah Latihan Autentik

School Enterprise (SE)ertinya pendekatan pelaksanaan kurikulum menerusi pembelajaran berasaskan produk (PBE) komersial atau perkhidmatan bagi melahirkan teknousahawan yang berkemahiran dan menepati keperluan industri.

Semester Pendek ertinya semester yang dilaksanakan di antara dua semester utama.

Sistem Semester ertinya kaedah pengajian yang dilaksanakan di KV.

Latihan Autentik ertinya kaedah latihan berasaskan pekerjaan sepertimana dilaksana di industri. Pelaksanaan Latihan Autentik di KV adalah untuk memberi latihan dalam persekitaran pekerjaan yang sebena untuk membolehkan pelajar lepasan KV menjadi pekerja mahir yang kreatif, inovatif, berkebolehpasaran (marketable) dan berkebolehkerjaan (employable) mengikut keperluan industri pada usia lebih awal untuk mencapai sasaran status negara berpendapatan tinggi. Konsep Latihan Autentik (AT) adalah konsep yang merujuk kepada pelaksanaan latihan pengeluaran produk dan keusahawanan. Ianya menjurus kepada situasi sebenar sepertimana yang berlaku di industri.

Bahagian B: PERATURAN AKADEMIK KOLEJ VOKASIONAL KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

1.0 TAHUN AKADEMIKSistem pengajian akademik Kolej Vokasional (KV) dilaksanakan dalam sistem semester dan dibahagikan kepada dua semester setahun. KV juga melaksanakan semester pendek di setiap penghujung semester. Murid yang berjaya menamatkan pengajian selama tempoh pengajian empat tahun dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan akan dianugerahkan Diploma Vokasional Malaysia (DVM).

1.1Pendaftaran Kursus 1.1.1Pendaftaran kursus murid baru :1.1.1.1Pendaftaran murid baru akan diadakan pada awal semester satu (1). Murid yang lewat mendaftar mestilah mendapat kelulusan khas daripada Jawatankuasa Pengurusan Akademik KV.1.1.1.2Murid tidak dibenarkan mendaftar kursus selain daripada kursus yang ditawarkan kecuali mendapat kelulusan khas daripada Jawatankuasa Pengurusan Akademik KV.1.1.1.3Sekiranya murid tidak mendaftar pada tarikh ditetapkan tanpa sebab maka dengan sendirinya tawaran tersebut adalah terbatal.1.1.2 Pendaftaran kursus murid sedia ada:1.1.2.1Semua murid diwajibkan mendaftar pada awal setiap semester pengajian.1.1.2.2Murid wajib mengikuti semua modul kursus di dalam pakej yang ditawarkan.1.1.2.3Penangguhan pengajian tidak dibenarkan kecuali mendapat kelulusan khas daripada Jawatankuasa Pengurusan Akademik KV.

1.2 Pendaftaran Modul Kursus Kes Mengulang Bagi Pentaksiran Pusat.Kes mengulang bagi pentaksiran pusat adalah khusus untuk modul akademik manakala bagi modul vokasional tiada pentaksiran ulangan. Murid yang tidak mencapai Gred C (Rujuk Jadual 2) bagi modul akademik dibenarkan menduduki pentaksiran ulangan di semester berikutnya.

1.3 Takwim Pengajian Akademik Takwim pengajian akademik KV dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sebelum tahun akademik bermula.

1.4 Sistem Semester

1.4.1 Satu (1) semester KV terdiri daripada : 1.4.1.114 minggu pengajian, 1.4.1.2dua (2) hingga tiga (3) minggu pentaksiran pusat 1.4.1.3tiga (3) hingga empat (4) minggu semester pendek

1.4.2Pengisian semester pendek dalam semester satu (1) hingga semester empat (4) :1.4.2.1Murid wajib mengikuti Modul Core Abilities bagi memenuhi 7 jam kredit Kurikulum Vokasional bagi setiap semester pendek.1.4.2.2Pengukuhan dan penambahbaikan kompetensi murid1.4.2.3Aktiviti ko-kurikulum

1.4.3 Aktiviti kokurikulum dilaksanakan sepanjang Program Pra Diploma dan Program Diploma Vokasional.

1.4.4Pengisian semester pendek dalam semester lima (5) hingga semester tujuh (7): 1.4.4.1 Latihan Dalam Kerja (LDK/(OJT) yang dilaksanakan di KV atau industri atau organisasi. 1.4.4.2 Pelaksanaan konsep School Enterprise (SE), Production-Based Education (PBE) dan lain-lain.

1.4.5Murid wajib mengikuti LDK/(OJT) di industri selama tiga (3) bulan selepas semester lapan (8).

2.0KURIKULUM Murid KV wajib mengikuti Kurikulum Standard Kolej Vokasional (KSKV) yang telah ditetapkan oleh KPM. 2.1 KSKV ialah kurikulum pendidikan dan latihan vokasional yang berasaskan kompetensi. KSKV digubal menggunakan garis panduan Standard Kompetensi Pekerjaan Kebangsaan dan/atau Standard Kompetensi Pekerjaan Industri serta memenuhi aras pembelajaran Kerangka Kelayakan Malaysia Tahap satu (1) hingga Tahap empat (4). 2.2 KSKV mengandungi dua komponen modul iaitu Modul Akademik dan Modul Vokasional yang wajib diikuti berdasarkan kursus yang dipilih yang terdiri daripada komponen teori dan komponen amali. 2.3 Bagi murid yang mengikuti kursus kejuruteraan, modul akademik pilihan bagi matematik dan sains pada semester 3 dan semester 4 adalah Mathematics For Technology dan Science For Technology. Murid yang mengikuti kursus bukan kejuruteraan, modul akademik pilihan bagi Mathematics For Social Studies dan Science For Social Studies pada semester 3 dan 4 adalah Matematik Untuk dan. Komponen kurikulum KV keseluruhannya seperti Jadual 1 berikut:

Komponen Kurikulum PengajianPeratus (Semester 1-4)Program Pra DiplomaPeratus (Semester 5-8)Program Diploma

Modul Akademik3020

Mod ul Vokasional7080

Jadual 1: Komponen Kurikulum

2.4 Latihan Dalam Kerja (LDK) atau On-the Job Training (OJT)Latihan Dalam Kerja adalah latihan Autentik yang diwajibkan ke atas murid mengikut kursus dan dilaksanakan di KV, industri atau organisasi bagi satu tempoh tertentu.

Pelaksanaan LDK/(OJT) adalah seperti berikut :2.4.1 Murid wajib mengikuti LDK/(OJT) 5 Kredit pada semester pendek, di semester 5 hingga semester 7 yang dilaksanakan di dalam KV dengan gred lulus atau gagal. 2.4.2 LDK/(OJT) wajib dilaksanakan dalam tempoh minima tiga bulan dan sehingga maksima 6 bulan iaitu selepas semester lapan (8).2.4.3 Murid perlu menyediakan laporan kerja harian sepanjang menjalani LDK/(OJT) sebagai eviden.

2.5 Bahasa Pengantar2.4.1 Bahasa Pengantar adalah dwi bahasa iaitu Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

3.0HAL EHWAL MURID3.1Kemasukan Murid3.1.1Syarat kelayakan kemasukan murid ke KV ditentukan oleh KPM dari semasa ke semasa.3.1.2Pemilihan murid yang layak untuk kemasukan ke kursus pengajian KV dipilih dan diperakukan oleh KPM.3.1.3Tawaran kemasukan dan pengambilan murid dikeluarkan oleh KPM.3.1.4Kemasukan murid baru ke KV dibuat SEKALI pada setiap tahun.

3.2 Status Murid Gagal dan Diberhentikan3.2.1Murid yang gagal keseluruhan modul pengajian (Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) kurang daripada 1.0) akan diberhentikan daripada meneruskan pengajian. 3.2.2Murid yang diberhentikan atas tindakan tatatertib boleh membuat rayuan kepada KPM untuk kemasukan semula ke KV, KPM. 3.2.3Segala urusan selain daripada yang dinyatakan di atas adalah tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Pengambilan Pusat, KPM.

3.3Status Murid KV3.3.1Status murid KV adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:3.3.1.1Mendaftar dengan KV untuk mengikuti kursus pengajian pada tarikh pendaftaran rasmi yang ditetapkan.3.3.1.2Mengikuti kursus pengajian dengan memenuhi syarat-syarat pengajian yang ditetapkan oleh KV.

3.4Gugur Status Sebagai MuridMurid akan diberikan status Gugur Taraf (GT) sekiranya tidak mematuhi para 3.3.1.

3.5Keperluan KursusMurid yang berdaftar sebagai murid KV wajib memenuhi semua keperluan kursus yang ditetap oleh KPM.

3.6Tempoh PengajianTempoh pengajian bagi murid KV adalah seperti berikut:3.6.1Program Pra Diploma dua (2) Tahun; dan 3.6.2Program Diploma Vokasional Malaysia dua (2) tahun dan mengikuti LDK/(OJT) selepas semeseter lapan (8) di industri/ Organisasi dengan tempoh minima selama tiga (3) bulan. 3.6.3Di akhir pengajian, murid akan dianugerahkan Diploma Vokasional Malaysia (DVM) dengan syarat memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM.

3.7Penangguhan PengajianMurid boleh diberi status penangguhan pengajian dengan kelulusan KPM. Tempoh tersebut tidak diambil kira sebagai pengajian di KV.

3.8Penggantungan Pengajian3.8.1Murid boleh diberi status penggantungan pengajian dengan kelulusan Mesyuarat Jawatakuasa Akademik KV.

3.9Kehadiran Murid3.9.1Murid diwajibkan menghadiri kuliah dan aktiviti berkaitan kursus yang diikuti. 3.9.2 Kehadiran kurang 90% dari jumlah jam pertemuan untuk setiap modul, boleh menyebabkan murid tidak dibenarkan menduduki Penilaian Akhir kecuali dengan kebenaran bertulis Jawatankuasa Pengurusan Akademik di peringkat KV.

3.10 Kelayakan Menduduki Penilaian Akhir3.10.1 Murid perlu menyemak Penyata Kelayakan Menduduki Pentaksiran Pusat yang dikeluarkan oleh KV dan disahkan oleh KPM. Sebarang pindaan hendaklah mendapat pengesahan daripada Jawatankuasa Pengurusan Akademik KV.3.10.2 Murid yang gagal membawa Penyata Kelayakan Menduduki Pentaksiran Pusat tidak dibenarkan menduduki Pentaksiran Pusat/Penilaian Akhir tersebut kecuali mendapat kebenaran khusus daripada Jawatankuasa Pengurusan Akademik KV.

3.11 Jadual Pentaksiran Pusat3.11.1 Jadual Pentaksiran Pusat disediakan oleh KPM. 3.11.2 Pentaksiran Pusat hendaklah dijalankan dalam tempoh yang ditetapkan oleh KPM.

3.12Perlanggaran Tatatertib Murid bersabit dengan Pentaksiran KV3.12.1Murid yang didapati bersalah oleh Jawatankuasa Pengurusan Akademik KV akan dikenakan tindakan mengikut keputusan Jawatankuasa Pengurusan Akademik KV. 3.12.2Murid yang disabitkan kesalahan di atas mengikut keputusan Jawatankuasa Pengurusan Akademik KV boleh diberi Gred E (Gagal).3.12.3Murid yang telah terbukti terlibat dengan plagiarisme dalam projek/tugasan akan digagalkan dalam modul tersebut dan diberi Gred E (Gagal).

3.13 Pentaksiran Pusat SemulaKPM berhak mengarahkan KV untuk mengadakan pentaksiran pusat semula pada bila-bila masa sekiranya perlu dalam keadaan berikut:3.13.1 Berlaku kebocoran soalan pentaksiran pusat.3.13.2 Calon tidak dapat menduduki pentaksiran pusat kerana bencana alam.

3.14 Status Keputusan Pentaksiran Status Keputusan Pentaksiran adalah berdasarkan pencapaian PNGK.

3.15Penyata Keputusan Pentaksiran 3.15.1 Penyata keputusan pentaksiran akan dikeluarkan setiap semester oleh KPM.3.15.2 KV berhak menahan Penyata Keputusan Pentaksiran sekiranya murid gagal mematuhi mana-mana peraturan yang ditetapkan oleh KV.

3.16 Menduduki Semula Pentaksiran Pusat3.16.1Hanya modul akademik sahaja yang dibenarkan untuk diambil semula pentaksiran pusat. 3.16.2Murid yang gagal modul akademik dibenarkan mengambil sekali sahaja ulangan pentaksiran pusat iaitu semasa pentaksiran modul akademik tersebut ditawarkan semula.

3.17 Laluan Murid KVRajah 1 menunjukkan secara ringkas laluan murid KV KPM.

Kolej Vokasioanl KPMProgram Pra Diploma (2 TAHUN) (SVM)

PNGK < 2.00

Tidak layak mengikuti program DVM PNGK 2.00 : Syarat Kredit dalam Bahasa Melayu

Tamat Pengajian di KV

Program DVM ( 2 tahun dan 3 bulan OJTDVM + Sijil IndustriTamat Pengajian

Dicadangkan ke Program SLDN atau program lain yang bersesuaian

Rajah 1: Laluan Murid KV

4.0 PENTAKSIRAN4.1 Kehadiran Pentaksiran Pusat4.1.1 Murid mesti mematuhi para 3.9.4.1.2Sekiranya seseorang murid tidak menghadiri pentaksiran pusat, murid dibenarkan untuk menduduki semula pentaksiran pusat tersebut tetapi hanya bagi modul akademik sahaja.

4.2 Pentaksiran AmaliPersediaan Pentaksiran Amali akan dimaklumkan oleh KPM sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum pelaksanaan.

4.3Peraturan PentaksiranMurid wajib mematuhi dan mengikuti peraturan pentaksiran yang telah ditetapkan oleh KPM.

4.4Keputusan PentaksiranKeputusan Peperiksaan dan penilaian kursus diberi dalam bentuk gred. Jadual gred seperti ditunjukkan di dalam Jadual 2 (Program Pra Diploma) dan Jadual 3 (Program Diploma Vokasional Malaysia).

4.5Penyata Keputusan Pentaksiran Penyata keputusan pentaksiran dikeluarkan oleh KPM pada setiap semester.

4.7Sistem kreditKPM menentukan nilai kredit dalam bentuk Purata Nilai Gred (PNG) dan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK).PNG =Jumlah Nilai Gred Per Semester

Jumlah Jam Kredit Diambil Dalam Semester Tersebut

PNGK =Jumlah PNG

Bilangan Semeseter

PNGV=Jumlah Nilai Gred Modul Voasional

Jumlah Jam Kredit Diambil Dalam Semester Tersebut

PNGVK=Jumlah PNGV

Bilangan Semeseter

4.8 Penilaian Tanpa Nilai GredStatus modul tanpa nilai gred keputusan L/G (Lulus/Gagal) tertakluk kepada kehadiran murid.

4.9. Peraturan Pentaksiran KV.Tertakluk pada Buku Panduan Pentaksiran Pusat Kolej Vokasional yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Putrajaya, 2012.

4.10Sistem GredKPM menentukan Sistem Gred seperti di dalam Jadual 2 dan Jadual 3.

Jadual 2: Sistem Gred Lembaga Peperiksaan Tahun 1 dan Tahun 2 Kolej VokasionalProgram Pra-Diploma

MarkahGredTahap Pencapaian AkademikTahap Kompetensi Vokasional

Nilai Mata GredNilai Mata Gred

90 - 100A4.00Cemerlang4.00Kompeten Cemerlang

80 - 89A-3.673.67Kompeten Baik

70 - 79B+3.33Kepujian 3.33Kompeten

65 - 69B3.003.00

60 - 64B-2.672.67

55 - 59C+2.332.33BelumKompeten

50 54C2.002.00

45 49D+1.67Memuaskan 1.67

40 44D1.331.33

35 39D- 1.00Gagal1.00

0 34E0.000.00

0T0T0T

Jadual 3:Sistem Gred Lembaga Peperiksaan Tahun 3 dan Tahun 4 Kolej VokasionalProgram Diploma Vokasional MalaysiaMarkahGredTahap Pencapaian AkademikTahap Kompetensi Vokasional

Nilai Mata GredNilai Mata Gred

90 100A4.00Cemerlang4.00Kompeten Cemerlang

80 89A-3.673.67Kompeten Baik

70 79B+3.33Baik3.33Kompeten

65 69B3.003.00

60 64B-2.672.67

55 59C+2.33Lulus2.33BelumKompeten

50 54C2.002.00

45 49D+1.67Gagal1.67

40 44D1.331.33

35 39D-1.001.00

0 34E0.000.00

5.0 PENSIJILAN KV KPM5.1 Diploma Vokasional Malaysia (DVM) akan dianugerahkan kepada murid yang berjaya menamatkan pengajian di KV dengan memenuhi segala keperluan dan syarat ditetapkan.

5.2 Penganugerahan DVM akan dikeluarkan oleh KPM.

5.3 Murid juga berpeluang memperolehi sijil industri tambahan lain yang dikeluarkan oleh Badan Persijilan Industri berkaitan seperti CompTia A+, City and Guild, TWI, Certified Accounting Technician, CIDB dan lain-lain mengikut bidang kursus yang diikuti.

5.4 Syarat ke Program DVM adalah memperolehi PNGK 2.0 dan ke atas bagi Program Pra Diploma.

5.5 Murid yang tidak memenuhi syarat kelayakan di para 5.4 boleh mengikuti Program Apprentis dan lain-lain program berkaitan yang disediakan oleh pihak lain.

6.0 PENSIJILAN INSTITUT PENGAJIAN SWASTA (IPS)

Pensijilan atau/dan Penganugerahan Untuk Institusi Pengajian Swasta (IPS).

6.1 Sijil atau penganugerahan yang akan diberi kepada murid di akhir pengajian

6.1.1 Kolej Swasta Malaysian Aviation Training Academy (MATA):6.1.1.1 Diploma Vokasional Malaysia Mengikut Bidang Berkaitan 6.1.1.2 Lesen Kategori A dari DCA.

6.1.2 Kolej Swasta Malaysia Institute of Technology Academy (MITA): 6.1.2.1Diploma Vokasional Malaysia Mengikut Bidang Berkaitan 6.1.2.2Sijil Kemahiran Malaysia Mengikut Tahap dan Bidang Berkaitan 6.1.2.3Sijil City & Guilds Mengikut Tahap dan Bidang Berkaitan

1 / Mac 2013