47401703 kajian untuk pemulihan khas cepat membaca kv kv

Upload: bunga90

Post on 10-Feb-2018

281 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/22/2019 47401703 Kajian Untuk Pemulihan Khas Cepat Membaca Kv Kv

    1/38

    ABSTRAK

    Kajian ini dibuat untuk membantu 4 orang murid lelaki tahun 2 sekolah saya yang sedang

    belajar di kelas pemulihan khas.Mereka gagal dalam Ujian Pelepasan 3 KIA2M tahun 1

    2007 dan gagal dalan ujian saringan BM kelas pemulihan.Berdasarkan ujian saringanbahagian bacaan, pelajar ini didapati sudah mengenal semua huruf dan dapat

    membatangkan sukukata kv tetapi gagal untuk membaca degan lancar walaupun

    perkataan yang berpola kv+kv.mereka perlu mengeja dahulu dan mengambil masa yang

    agak lama untuk membunyikan perkataan yang dieja tadi.Kadang kala mereka

    membunyikan perkataan yang tidak berkaitan dengan apa yang dieja,contoh: eja ka+ki

    bunyi kita,eja ba+tu bunyi tuba, eja ba+tu bunyi bata.Hasil dari perhatian saya dalam

    kajian ini saya dapati pelajar ini lupa apa yang mereka eja iaitu bunyi suku kata awal

    perkataan,mereka cuma ingat sukukata yang akhir sahaja apabila menyeja sesuatu

    perkataan.Dalam kajian ini saya sepadukan kaedah konvensional iaitu menggunakan kad-

    kad perkataan dan gambar dengan kaedah berbantukan komputer dengan menggunakan

    perisian iaitu e-bacalis yang dibina sendiri, khusus untuk membantu murid ini

    melancarkan bacaan mereka.Dalam kajian ini saya khususkan untuk membolehkan mereka

    membaca dengan lancar dan menulis dengan tepat (ejaan) 30 patah perkataan berpola

    kv+kv (Lampiran A).Saya sertakan CD videoklip bacaan murid yang dirakam sebelum

    kajian dan selepas kajian dibuat.Videoklip ini membuktikan bahawa pelajar-pelajar ini

    sudah boleh membaca dengan lancar 30 perkataan berpola kv+kv yang diberi.

    1. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu.

    Pada minggu kedua, bulan Januari 2008 saya menerima 4 orang murid lelaki tahun dua

    yang dicalonkan ke kelas pemulihan khas kerana gagal dalam ujian pelepasan tiga KIA2M

    2007. Saya juga telah memberi ujian saringan Bahasa Malaysia kelas pemulihan kepada

    mereka untuk memastikan mereka betul-betul calon yang layak mengikuti program

    pemulihan khas.

    Berdasarkan analisa kertas ujian KIA2M/P3 dan ujian saringan di atas, saya dapati 4 orang

    murid ini telah mengenal semua huruf kecil dan besar dan boleh membatangkan sukukata

    asas konsonan + vokal ( kv). Mereka juga sudah boleh membaca perkataan-perkataan

    berpola KV + KV dengan cara mengeja tetapi tidak lancar dan kadang-kadang tidak tepat.

    Berdasarkan pengalaman saya, murid-murid begini akan boleh membaca dengan lancar

  • 7/22/2019 47401703 Kajian Untuk Pemulihan Khas Cepat Membaca Kv Kv

    2/38

  • 7/22/2019 47401703 Kajian Untuk Pemulihan Khas Cepat Membaca Kv Kv

    3/38

    b) Meningkatkan kelancaran membaca rangkaikata berpola kv+kv.

    c) Membolehkan murid-murid ini menulis/ejaan perkataan berpola kv+kv

    d) Meningkatkan kelancaran membaca kumpulan ayat yang dibina dari perkataan-

    perkataan berpola kv+kv.

    4. Kumpulan Sasaran

    Kajian ini melibatkan 4 orang murid lelaki tahun dua berbangsa Melayu yang sedang

    mengikuti Program Pemulihan Khas.

    5. Tindakan yang dijalankan.

    Tinjauan Awal Masalah.

    v Berdasarkan analisa keputusan ujian KIA2M pelepasan 3 dan ujian saringan Bahasa

    Malaysia didapati murid-murid ini telah mengenal semua abjad.

    v Mereka boleh membatangkan sukukata kv tetapi perlu mengeja terlebih dahulu dan

    tidak lancar.

    v Apabila mengeja perkataan berpola kv+kv mereka mengambil masa yang agak lama

    sebelum membunyikan perkataannya dan kadang kala tidak tepat.

    Program e-bacalis

  • 7/22/2019 47401703 Kajian Untuk Pemulihan Khas Cepat Membaca Kv Kv

    4/38

    Program e-bacalis ialah singkatan daripada perkataan baca dan tulis. e mewakili

    elektronik.

    Komponen dalam program ini ialah:

    1. 5 kad 30 set gambar tanpa perkataan

    2. 5 kad 30 set gambar dan perkataan

    3. 1 kad 30 perkataan pola kv+kv tanpa gambar

    4. 1 kad 30 set gambar seperti kad no.1 yang dikecilkan

    5. 90 keping kad-kad perkataan kv+kv (terdiri dari 3 warna

    yang berbeza @30)

    6. perisian interaktif e-bacalis yang dibina khusus untuk membantu murid-murid ini

    belajar berbantukan komputer.

    Cara Pelaksanaan

    1. murid diberi kad gambar, tanpa perkataan dan disuruh menyebut nama-nama gambar

    tersebut.

    2. murid diberi kad gambar berperkataan dan dilatih tubi mengeja perkataan tersebut

    berperingkat-peringkat sehingga lancar.

    3. murid diberi kad 30 perkataan kv+kv tanpa gambar dan dilatih tubi membacanya.

    4. murid diberi kad seperti kad no.3 dan disuruh gunting perkataan tersebut satu persatu.

    5. murid memadankan perkataan yang digunting dengan gambar-gambar berkenaan di kad

    no. 1

    6. murid memampal perkataan tersebut pada gambar berkenaan pada kad no.1

  • 7/22/2019 47401703 Kajian Untuk Pemulihan Khas Cepat Membaca Kv Kv

    5/38

    7. murid menulis perkataan di kad no.4 berdasarkan gambarnya.

    8. setelah murid mahir kaedah konvensional ini mereka di ajar bagaimana menggunakan

    aplikasi interaktif berbantukan komputer. Perisian e-bacalis.(perisian ini telah di uploadke website www.uluskum.net/remedial )murid boleh menjalankan aktiviti ini secara

    offline atau pun online.

    9. dalam perisian e-bacalis disediakan token berbentuk edu-game untuk murid yang telah

    menunjukkan prestasi yang baik sebagai galakan dan dorongan supaya tekun belajar.

    Mereka boleh bermain dalam pengawasan/seliaan guru.

    10. guru memerhati dan menilai prestasi murid semasa mereka menjalankan aktiviti-

    aktiviti di atas.

    Refleksi Kajian

    Kesemua 4 orang pelajar sampel kajian ini telah menunjukkan prestasi yang

    memberangsangkan. Mereka telah dapat mambaca 30 perkataan berpola kv+kv dengan

    lancar dan dapat menulis/ejaan dengan tepat.

    Disertakan CD videoklip menunjukan tahap kelancaran bacaan mereka sebelum danselepas kajian ini dibuat.

    Dalam aktiviti berbantukan komputer,mereka menunjukan minat yang tinggi untuk

    belajar dan sentiasa bersedia untuk meneruskan sesi P&P seterusnya apabila sesi P&P

    semasa tamat.

    Pengkaji dapat merumuskan bahawa sesuatu kemahiran hendaklah melibatkan 5 elemen

    penting untuk meningkatkan prestasi pelajar semasa P&P berjalan.

    5 elemen tersebut ialah:

    a) Membuat kerja bertulis yang dirancang dengan baik dan membetulkan kesalahan murid

    semasa mereka membuat kerja bertulis tersebut.

    b) Melibatkan pergerakan murid yang terkawal kerana pergerakan memberi kesan yang

    baik dalam pengaliran oksijan ke otak. Otak yang menerima oksijan yang cukup memberi

    http://www.uluskum.net/remedialhttp://www.uluskum.net/remedialhttp://www.uluskum.net/remedialhttp://www.uluskum.net/remedial
  • 7/22/2019 47401703 Kajian Untuk Pemulihan Khas Cepat Membaca Kv Kv

    6/38

    kecerdasan dan prestasi ingatan yang baik.

    c) Aktiviti hand-on dan mind-on. Contohnya seperti suaian kad perkataan/gambar,

    padanan kad perkataan/perkataan,suaian kad-kad sukukata/cantuman membina

    perkataan.

    d) Kolaboratif antara murid hendaklah diberi penekanan kerana kerjasama antara mereka

    memberi ruang belajar yang sama kepada murid-murid yang lemah dengan murid yang

    lebih maju

    e) Mempelbagaikan medium bahan bantu mengajar.Menggunakan kaedah konvensional

    dan bahan-bahan tersebut di aplikasikan dengan perisian komputer yang dibina sendiri

    bersesuaian dengan kemahiran yang diajar.contoh dalam kajian ini ialah perisian kursus e-

    bacalis.

    8. Cadangan Kajian Seterusnya

    Beberapa cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut.

    a. menggunakan perisian e-bacalis untuk mengajar kemahiran bacaan perkataan berpola

    kv+kvk yang diolah semula bersesuaian dengan kemahiran tersebut.b. Menghasilkan aktiviti-aktiviti yang melibatkan 5 elemen penting(seperti catatan di

    atas) dalam setiap kemahiran yang diajar.

    c. Melibatkan murid sendiri dalam menghasilkan bahan-bahan P&P.

    9. Bibliografi

    1. nota-nota hasil bengkel 1/2008 Kajian Tindakan bagi guru-guru pendidikan khasanjuran Jabatan Pendidikan Khas pada 5-8 Mei 2008 bertempat di Puteri Resort Ayer

    Keroh Melaka.

    10. Lampiran.

  • 7/22/2019 47401703 Kajian Untuk Pemulihan Khas Cepat Membaca Kv Kv

    7/38

    a) senarai 30 perkataan berpola kv+kv.

    b) perkataan bergambar(kvkv).

    c) perkataan tanpa gambar(kvkv).

    d) CD contoh aktiviti 5 elemen penting dalam P&P.

    e) CD rakaman bacaan murid sebelum dan selepas kajian dijalankan.

    Dicatat oleh skfskf di 19:15 0 ulasan

    Label: kelancaran bacaan

    R A B U , 2 0 0 9 J A N U A R I 2 8

    STRATEGI PENGAJARAN LISAN

    PENGENALAN

    Keupayaan bahasa lisan seseorang kanak-kanak bergantung kepada pendedahan yang

    diterimanya daripada persekitaran selain daripada keupayaan kognitif yang dimilikinya.

    Teori interaksi telah menegaskan kepentingan menyediakan peluang-peluang untuk

    berinteraksi yang lebih luas kepada kanak-kanak untuk membantu mereka menguasai

    bahasa lisan dengan cekap.Oleh itu guru perlu memperbanyakkan aktiviti lisan dalam

    pengajaran dan pembelajaran di dalam kelasnya.

    STRATEGI PENGAJARAN LISAN

    Pengajaran lisan kepada kanak-kanak bukanlah perkara yang mudah dan boleh dianggap

    remeh. Walaupun kemahiran lisan adalah kemahiran yang paling awal dikuasai kanak-

    kanak, namun mereka tetap memerlukan pembelajaran lisan yang tersusun dan terancang

    supaya kemahiran lisan yang sedia ada itu dapat dikembangkan dan dimantapkan lagi

    Seorang guru yang hendak mengajar kemahiran lisan kepada muridnya perlumempunyai strategi pengajaran yang jelas. Guru perlu jelas apakah pendekatan yang

    hendak diambilnya, apakah kaedah yang sesuai digunakan untuk tajuk dan pada situasi

    tertentu, dan akhirnya apakah teknik pengajaran yang sesuai dengan pendekatan dan

    kaedah yang telah dipilih. Dari situlah dipilih aktiviti-aktiviti pengajaran dan

    pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan muridnya.

    http://jomperaduan.blogspot.com/2009/01/assalamualaikum-meningkatkan-kelancaran.htmlhttp://jomperaduan.blogspot.com/2009/01/assalamualaikum-meningkatkan-kelancaran.htmlhttp://jomperaduan.blogspot.com/2009/01/assalamualaikum-meningkatkan-kelancaran.html#commentshttp://jomperaduan.blogspot.com/2009/01/assalamualaikum-meningkatkan-kelancaran.html#commentshttp://jomperaduan.blogspot.com/2009/01/assalamualaikum-meningkatkan-kelancaran.html#commentshttp://jomperaduan.blogspot.com/search/label/kelancaran%20bacaanhttp://jomperaduan.blogspot.com/search/label/kelancaran%20bacaanhttp://jomperaduan.blogspot.com/search/label/kelancaran%20bacaanhttp://jomperaduan.blogspot.com/search/label/kelancaran%20bacaanhttp://jomperaduan.blogspot.com/2009/01/assalamualaikum-meningkatkan-kelancaran.html#commentshttp://jomperaduan.blogspot.com/2009/01/assalamualaikum-meningkatkan-kelancaran.html
  • 7/22/2019 47401703 Kajian Untuk Pemulihan Khas Cepat Membaca Kv Kv

    8/38

    A) PENDEKATAN

    Pendekatan mencerminkan satu falsafah, pandangan, pegangan, atau pendirian bagimelihat, memahami, dan mendekati sesuatu perkara. Dalam bidang pedagogi bahasa,

    pendekatan bersifat abstrak, dan falsafah yang berkaitan dengan pendekatan itu bersifat

    teoritis. Kekuatan sesuatu pendekatan itu hanya dapat dinilai setelah dilaksanakan,

    misalnya di dalam bilik .

    Berkaitan dengan pengajaran bahasa, Kamarudin Hj.Husin (1988) memberikan empat

    jenis pendekatgan iaitu:

    i. pendekatan induktif

    ii. pendekatan deduktif

    iii. pendekatan eklektik, dan

    iv. pendekatan komunikatif

    Pendekatan Induktif

    Berdasarkan pendekatan induktif, pengajaran dimulakan secara melihat contoh-contohunsur bahasa yang diajar. Melalui contoh-contoh yang diberi itu akan membantu pelajar

    membuat kesimpulan atau keputusan tentang aspek bahasa yang diajar. Guru hanya

    membantu murid melalui soalan-soalan, berbincang, memerhati, memberi contoh-contoh

    dan sebagainya, dan akhir sekali memberi peluang kepada murid membuat kesimpulan

    sendiri berdasarkan pemahamannya.

    Pendekatan Deduktif

    Pendekatan deduktif adalah berlawanan dengan pendekatan induktif, iaitu dalam

    pendekatan ini pengajaran dibuat dengan memberi kesimpulan atau generalisasi terlebih

    dahulu di awal pengajaran dan kemudian barulah dikemukakan contoh-contoh yang sesuai

    selepasnya.

  • 7/22/2019 47401703 Kajian Untuk Pemulihan Khas Cepat Membaca Kv Kv

    9/38

    Pendekatan Eklektik

    Pendekatan eklektik adalah gabugan kedua-dua pendekatan induktif dan pendekatan

    deduktif bagi membentuk satu strategi pengajaran. Model pendekatan eklektik

    bergantung kepada pendekatan mana yang diberi penekanan . Model-model di bawahakan membantu anda memahami penggunaan pendekatan eklektik.

    a) Penekanan kepada pendekatan induktif:

    Contoh/fakta Kesimpulan Contoh

    b) Penekanan kepada pendekatan deduktif:

    Kesimpulan Contoh Generalisasi

    Pendekatan Komunikatif

    Anda tentu masih ingat tentang teori pemerolehan bahasa interaksional yangmeniktikberatkan proses interaksi dalam proses pemerolehan bahasa. Begitu juga dengan

    pendekatan komunikatif yang menyarankan murid-murid diberi peluang menggunakan

    bahasa dalam konteks dan situasi tertentu. Murid dilatih menggunakan bahasa dengan

    peraturan-peraturan yang betul termasuk juga kemahiran menggunakan bahasa mengikut

    konteks dan situasi.

    B) KAEDAH

    Kaedah adalah cara yang digunakan dalam sesuatu proses pengajaran. Kaedah merujuk

    kepada cara mengajar yang disusun dan dilaksanakan untuk mengajar sesuatu kemahiran

    bahasa kepada pelajar di dalam bilik darjah. Kaedah yang digunakan adalah untuk

    menyokong pendekatan pengajaran yang dipilih oleh guru. Terdapat berbagai-bagai

  • 7/22/2019 47401703 Kajian Untuk Pemulihan Khas Cepat Membaca Kv Kv

    10/38

    kaedah pengajaran bahasa yang dapat diaplikasikan untuk pengajaran lisan

    Antara kaedah yang sesuai digunakan dalam mengajar bahasa adalah seperti kaedah

    tatabahasa terjemahan, kaedah Terus, Kaedah askar/tentera, kaedah nahu terjemahan,

    dan sebagainya. Anda kena cari sendiri lah penjelasannya ye!!

    C) TEKNIK

    Teknik adalah cara yang lebih khusus yang digunakan untuk mengajar (atau menguji)

    sesuatu kemahiran atau aspek bahasa. Teknik dicipta untuk membantu guru menjayakan

    sesuatu kaedah pengajaran. Antara teknik pengajaran lisan adalah bercerita, berlakon,

    berbincang, sumbang saran, tunjuk cara, main peranan, soal jawab, dan sebagainya.

    Teknik pengajaran ini dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan

    teknik pengajaran yang dipilih.

    Sebagai kesimpulan, pertalian antara pendekatan, kaedah, dan teknik dapat dilihat

    seperti berikut:

    Teori

    Bahasa

    Pendekatan

    pengajaran

    Kaedah

    pengajaran

    Teknikpengajaran

    Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran dalam kelas, pendekatan, kaedah, dan

    teknik ini dilaksanakan secara kuliah, kelas, kumpulan, atau secara individu mengikut

  • 7/22/2019 47401703 Kajian Untuk Pemulihan Khas Cepat Membaca Kv Kv

    11/38

  • 7/22/2019 47401703 Kajian Untuk Pemulihan Khas Cepat Membaca Kv Kv

    12/38

    Aktiviti perbualan kebiasaannya dilakukan berdasarkan sesuatu tajuk. Teknik perbualan

    bertujuan melatih murid berkomunikasi secara sosial seperti berbual melalui telefon.

    Perbualan hendaklah berkisar tentang perkara yang berlaku dalam kehidupan mereka

    setiap hari. Murid-murid boleh diminta bercakap tentang ibu atau bapa, kawan, hobi,

    permainan, dan sebagainya. Perbualan boleh berlangsung antara guru dengan murid atausesama murid. Tajuk yang guru tetapkan hendaklah sesuai dengan pengalaman murid

    supaya mereka dapat berbual tentang tajuk itu.

    iii. Teknik menyanyi

    Sifat semula jadi kanak-kanak sangat suka mendengar nyanyian dan juga menyanyi. Bagi

    kanak-kanak, menyanyi dianggap sebagai satu bentuk aktiviti yang merehatkan dan

    menyeronokkan. Guru menggunakan teknik menyanyi ini untuk menarik minat murid

    mengikuti pengajaran dan pembelajaran di kelas. Guru perlulah bijak memilih lagu yang

    hendak dinyanyikan oleh murid-murid iaitu lagu yang betul tatabahasa, dan

    perbendaharaan katanya. Selain itu guru boleh memilih rentak lagu yang diminati oleh

    murid-murid dan mencipta lirik baru dengan memasukkan perkataan-perkataan yang perlu

    murid kuasai sebutannya.

    iv. Teknik lakonan

    Teknik lakonan amat baik untuk mengajar dan melatih bahasa lisan kanak-

    kanak. Melalui lakonan kanak-kanak dilatih melakonkan watak-watak

    tertentu dengan menggunakan skrip pendek dan ringkas. Teknik ini dapat

    melatih sebutan, intonasi, dan kelancaran pertuturan kanak-kanak di

    samping melatih menggunakan pelbagai jenis ayat seperti ayat penyata,

    ayat tanya, ayat seruan, dan ayat perintah.

    v. Teknik boneka

    Teknik Boneka dikenali juga sebagai teknik patung atau puppet. T eknik ini adalah

    antara teknik yang sangat digemari oleh kanak-kanak kerana pergerakan boneka dan

    dialog dalam lakonan boneka ini sangat menarik dan menghiburkan. Ada kanak-kanak

  • 7/22/2019 47401703 Kajian Untuk Pemulihan Khas Cepat Membaca Kv Kv

    13/38

    berkeperluan khas yang pendiam tetapi akhirnya mahu bercakap setelah gurunya

    menggunakan boneka untuk bercakap dengannya dan dia juga menggunakan boneka untuk

    menjawab soalan guru tadi. Guru boleh menyediakan berbagai-bagai jenis boneka seperti

    boneka kayu, boneka sarung tangan, boneka tali, boneka piring dan sebagainya. Namun,

    boneka yang dibuat oleh murid sendiri adalah lebih bermakna kepada mereka. Bagimencapai objektif pengajaran lisan, guru hendaklah memberi peluang muridnya bercakap

    atau berlakon dengan menggunakan boneka sesama mereka.

    v. Teknik main peranan

    Dalam teknik main peranan, murid melakonkan watak yang dipilih berdasarkan cerita

    atau situasi yang ditetapkan. Murid perlu faham akan peranan watak itu dan

    menghayatinya lalu melakonkan aksi dan percakapan watak itu. Contoh situasi yang diberi

    boleh seperti berikut:

    Seorang murid telah terjumpa syiling dua puluh sen.

    Dia pergi berjumpa gurunya dan menyerahkan syiling

    itu kepada gurunya sambil memberitahu di mana dia

    menjumpai syiling itu. Guru memuji sikapnya yang

    amanah itu.

    vii. Teknik berbincang

    Dalam pengajaran bahasa, teknik berbincang sering digunakan untuk mendapatkan isi dan

    menyusun isi tersebut bagi sesebuah karangan. Guru boleh menjalankan teknik

    perbincangan ini melalui dua cara, iaitu, (1) perbincangan berlaku antara guru dengan

    murid-murid, dan (2) perbincangan berlaku antara murid dengan murid sama ada secara

    kelas atau dalam kumpulan kecil. Semasa perbincangan, isi-isi penting dicatat di papan

    tulis dan kemudian disusun berdasarkan kehendak tajuk perbincangan. Bagi mengajarkemahiran lisan, guru menggalakkan murid bercakap untuk memberi pendapat dengan

    ayat dan tatabahasa yang betul.

    viii. Teknik perbahasan

  • 7/22/2019 47401703 Kajian Untuk Pemulihan Khas Cepat Membaca Kv Kv

    14/38

    Teknik ini sering digunakan oleh guru bahasa untuk melatih murid-murid kemahiran

    bertutur khusus di hadapan penonton yang ramai. Melalui teknik ini murid diminta

    berbahas tentang satu tajuk atau isu yang diberi. Teknik ini amat berkesan untuk

    membentuk keyakinan diri yang tinggi di kalangan murid sekolah. Bagi murid

    berkeperluan khas, guru boleh mengubah suai teknik perbahasan ini dalam bentuk yanglebih mudah dilakukan mengikut keupayaan murid.

    Teknik-teknik pengajaran lisan di atas boleh digunakan untuk mengajar kanak-kanak

    masalah pembelajaran menguasai kemahiran lisan. Guru hendaklah merancang terlebih

    dahulu aktiviti lisan yang hendak dilaksanakan dan aktiviti yang dijalankan hendaklah

    berfokus kepada penglibatan murid secara optimum. Sebagai contoh, sekiranya guru

    memilih untuk menggunakan teknik bercerita dalam pengajarannya, maka ia hendaklah

    merancang aktiviti yang memberi peluang murid-muridnya menceritakan pengalaman

    atau minat mereka, bercerita tentang gambar besiri atau gambar tunggal, tentang ibu

    bapa mereka, dan sebagainya. Aktiviti sebeginilah yang dapat membantu murid

    menguasai kemahiran lisan mereka dengan lebih baik.

    Latih Tubi Lisan

    Menguasai kemahiran lisan, terutamanya sebutan adalah sukar bagi sesetengah kanak-kanak terutamanya kanak-kanak masalah pembelajaran. Kanak-kanak Down Syndrome dan

    kanak-kanak spastik adalah antara contoh kanak-kanak berkeperluan khas yang sering

    menghadapi masalah lisan terutamanya sebutan. Selain itu kanak-kanak yang mengalami

    masalah gagap juga sangat memerlukan aktiviti lisan untuk membantu mengurangkan

    masalah tersebut. Namun, bagi masalah gagap yang serius, kanak-kanak tersebut

    memerlukan rawatan khusus oleh pakar fisioterapi pertuturan.

    Guru boleh menjalankan aktiviti-aktiviti pemulihan untuk masalah lisan seperti sebutankepada muridnya di dalam kelas melalui aktiviti latih tubi. Latih tubi adalah satu cara

    mengajar dengan mengulang-ulangkan fakta atau sesuatu kecekapan yang diajar. Cara ini

    merupakan sebahagian daripada usaha menghafaz atau mengingat sesuatu. Tujuannya

    adalah untuk mencapai taraf kemahiran yang maksimum dan menjadikan apa yang

    dipelajari itu kekal dalam ingatan, malahan dapat digunakan dalam situasi-situasi lain.

  • 7/22/2019 47401703 Kajian Untuk Pemulihan Khas Cepat Membaca Kv Kv

    15/38

    Latih tubi amat perlu digunakan untuk kanak-kanak masalah pembelajaran. Selain mereka

    mengalami masalah pertuturan terutamanya dalam sebutan, mereka juga sangat lemah

    dalam ingatan jangka pendek dan jangka panjang. Latih tubi akan dapat membantu

    mereka mengingat kemahiran lisan yang dipelajari.

    Terdapat dua jenis latih tubi yang biasa digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran

    lisan iaitu (1) latih tubi aspek sebutan atau fonologi, dan (2) latih tubi aspek struktur atau

    ayat.

    1. Latih Tubi Aspek Sebutan ( Fonologi )

    Kanak-kanak masalah pembelajaran kebanyakannya menghadapi masalah sebutan. Latih

    tubi jenis ini khusus digunakan untuk membantu murid yang menghadapi masalah

    menyebut bunyi-bunyi tertentu dalam perkataan. Ada dua jenis latih tubi bentuk ini iaitu

    latih tubi pasangan minimal dan latih tubi pemintal lidah.

    i. Latih tubi pasangan minimal

    Kanak-kanak masalah pembelajaran kerap menghadapi masalah menyebut bunyi-bunyi

    konsonan tertentu. Mereka kerap tersalah menyebut konsonan yang mempunyai

    perbezaan bunyi yang paling minimum dalam perkataan sehingga menyebabkan maknaperkataan itu tersasar jauh, misalnya d dalam perkataan ladang disebut sebagai l

    sehingga bertukar menjadi perkataan lalang. Oleh itu guru perlu menyediakan senarai

    perkataan yang mengandungi konsonan d dan l dan meminta murid menyebutnya

    berulang-ulag kali sehingga mahir.

    Contoh: dari --- lari

    ladang --- lalang

    lada --- laladada --- lada

    tadi --- tali

    ii. Latih tubi pemintal lidah

  • 7/22/2019 47401703 Kajian Untuk Pemulihan Khas Cepat Membaca Kv Kv

    16/38

    Latih tubi pemintal lidah sangat penting untuk melatih kanak-kanak menyebut sesuatu

    bunyi dengan betul dan tepat. Latih tubi jenis ini hanya menumpukan kepada bunyi

    tertentu yang menjadi masalah kepada kanak-kanak menyebutnya.

    Contoh:

    a) Masalah menyebut fonem /p/

    Pandang pandan tepi pagar depan padang

    b) Masalah menyebut fonem /s/ di awal perkataan ( contoh yang

    sangat popular digunakan dalam bahasa Inggeris)

    She sells sea shells at the sea shore. The shells she sells are sea

    shore shells.

    2. Latih Tubi Aspek Struktur ( Ayat )

    Latih tubi struktur digunakan untuk memahirkan murid dengan bentuk-bentuk ayat

    tertentu dan membimbing murid menguasai kemahiran membina ayat. Dalam kontekspengajaran kemahiran lisan, latih tubi ini dapat membantu murid menyebut ayat yang

    lengkap dengan lancar. Terdapat berbagai-bagai jenis latih tubi jenis ini dan guru juga

    boleh mencipta sendiri bentuk latih tubi struktur yang hendak diberikan kepada

    muridnya.

    i. Latih tubi gantian

  • 7/22/2019 47401703 Kajian Untuk Pemulihan Khas Cepat Membaca Kv Kv

    17/38

    Saya suka makan

    mi

    nasibubur

    mihun

    Bahagian tetap

    Bahagian

    gantian

    Bahagian tetap

    1. Tuan Puteri itu

    2. Buku cerita itu

    3. Rumah Pak Ali

    sangatamat

    terlalu

    sungguh

    agak

    paling

    terlampau

    cantik.

    besar.

    tebal.

  • 7/22/2019 47401703 Kajian Untuk Pemulihan Khas Cepat Membaca Kv Kv

    18/38

  • 7/22/2019 47401703 Kajian Untuk Pemulihan Khas Cepat Membaca Kv Kv

    19/38

    sepak

    dengan kawan

    di padang

    sekolah

    Saya suka main.

    Saya suka main bola.

    Saya suka main bola sepak.

    Saya suka main bola sepak dengan kawan.

    Saya suka main bola sepak dengan kawan di padang.

    Saya suka main bola sepak dengan kawan di padang sekolah.

    iii. latih tubi ulangan

    Guru menyebut

    Murid menyebut

    Awak boleh pergi.

    duduk

    tidak

    Ali,makan

    kucing, panjat pokok

    Awak boleh pergi.

    Awak boleh duduk.

    Awak tidak boleh duduk.

    Ali boleh makan.

    Kucing boleh panjat pokok.

  • 7/22/2019 47401703 Kajian Untuk Pemulihan Khas Cepat Membaca Kv Kv

    20/38

    iv. latih tubi mengubah

    Guru /murid menyebut

    Murid menyebut

    Saya tidak hendak makan.

    Saya tidak berjalan.

    Ini bukan buku.

    Dia tidak suka makan durian

    Saya hendak makan.

    Saya sedang berjalan.

    Ini buku.

    Dia suka makan durian.

    Berdasarkan beberapa contoh latih tubi yang diberikan di atas, jelas menunjukkan

    bahawa latih tubi boleh membantu kanak-kanak yang bermasalah dalam kemahiran lisan

    membetulkan sebutan dan juga struktur ayat.

    Dicatat oleh skfskf di 06:04 0 ulasan

    MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

    PENGENALAN

    Bahasa adalah perantara untuk manusia berkomukasi sesama mereka. Manusia perlu

    http://jomperaduan.blogspot.com/2009/01/strategi-pengajaran-lisan-pengenalan.htmlhttp://jomperaduan.blogspot.com/2009/01/strategi-pengajaran-lisan-pengenalan.htmlhttp://jomperaduan.blogspot.com/2009/01/strategi-pengajaran-lisan-pengenalan.html#commentshttp://jomperaduan.blogspot.com/2009/01/strategi-pengajaran-lisan-pengenalan.html#commentshttp://jomperaduan.blogspot.com/2009/01/strategi-pengajaran-lisan-pengenalan.html#commentshttp://jomperaduan.blogspot.com/2009/01/strategi-pengajaran-lisan-pengenalan.html#commentshttp://jomperaduan.blogspot.com/2009/01/strategi-pengajaran-lisan-pengenalan.html
  • 7/22/2019 47401703 Kajian Untuk Pemulihan Khas Cepat Membaca Kv Kv

    21/38

    berkomunikasi kerana itulah lumrah kehidupan manusia yang saling memerlukan di antara

    satu sama lain dalam setiap aspek kehidupan. Tanpa keupayaan berbahasa, adalah sukar

    seseorang itu hendak meluahkan perasaannya, menyampaikan ideanya kepada orang lain,

    dan sebagainya.

    Masalah Bahasa

    The National Information Center for Children and Youth with Disabilities (1996), USA telah

    mendefinisikan masalah bahasa sebagai;

    adalah kelemahan dalam keupayaan untuk memahami

    dan/atau menggunakan perkataan-perkataan mengikut konteks,

    sama ada secara verbal dan bukan verbal. Di antara ciri masalah

    bahasa termasuklah penggunaan perkataan dan maknanya yang

    kurang sesuai, tidak upaya menyampaikan idea, bentuk tatabahasa

    yang kurang sesuai, kurang perbendaharaan kata, dan tidak

    upaya men gikut arahan.

    The American Speech-Language-Hearing Association (ASHA) (1982) telah memberikan

    definisi dan jenis masalah bahasa yang lebih perinci seperti berikut;

    Masalah bahasa adalah kecacatan atau perkembangan

    pemahaman yang menyimpang atau kandungan bahasa atau

    penggunaan dalam pertuturan, tulisan (atau kedua-duanya),

    atau sistem simbol yang lain. Masalah tersebut mungkin melibatkan

    satu atau gabungan mana-mana aspek bahasa berikut; (1) bentuk

    bahasa ( sistem fonologi, morfologi, dan sintaksis), (2) kandungan

    bahasa ( sistem semantik), atau (3) fungsi bahasa dalamkomunikasi (sistem pragmatik).

    Bentuk bahasa

    a. Fonologi adalah sistem bunyi bahasa dan peraturan linguistik yang menentukan

  • 7/22/2019 47401703 Kajian Untuk Pemulihan Khas Cepat Membaca Kv Kv

    22/38

    kombinasi bunyi.

    b. Morfologi adalah peraturan linguistik yang menentukan struktur perkataan dan

    pembentukan perkataan daripada unsur makna yang asas (morfem).

    c. Sintaksis adalah peraturan linguistik yang menentukan susunan dan gabungan

    perkataan-perkataan bagi membentuk ayat dan hubungan di antara unsur dalam

    lingkungan ayat tersebut.

    Kandungan Bahasa

    a. Semantik adalah sistem psikolinguistik yang mencorak kandungan pertuturan,

    kehendak, dan makna perkataan dan ayat.

    Fungsi atau penggunaan Bahasa

    a. Pragmatik adalah sistem sosiolinguistik yang mencorak penggunaan bahasa

    dalam komunikasi, yang mungkin disampaikan secara pergerakan atau

    percakapan.

    Berdasarkan definisi masalah bahasa di atas, masalah-masalah yang dihadapi adalah

    seperti berikut;

    i. Fonologi

    Kanak-kanak dengan masalah fonologi berkemungkinan menghadapi

    masalah dalam bahasa lisan. Mereka kerap membuat kesalahan

    menggantikan bunyi dalam perkataan seperti nama untuk mama, blink

    untuk drink.

    ii. Morfologi

    Kecelaruan yang melibatkan morfologi termasuklah penggunaan imbuhan

    yang luar biasa, struktur ayat yang salah, dan penggunaan tenses yang

    salah (bahasa Inggeris).

  • 7/22/2019 47401703 Kajian Untuk Pemulihan Khas Cepat Membaca Kv Kv

    23/38

    iii. Sintaksis

    Masalah yang berkaitan sintaksis (ayat) pula melibatkan kesalahan

    tatabahasa yang boleh memberi kesan dalam menyusun danmenyampaikan pendapat yang kompleks.

    iv. Semantik

    Masalah semantik dapat dilihat melalui perkembangan perbendaharaan kata

    yang lemah, menggunakan makna perkataan yang tidak sesuai, dan tidak

    berupaya memahami makna perkataan.

    v. Pragmatik

    Masalah berkaitan pragmatik melibatkan ketidakupayaan kanak-kanak

    memahami atau menggunakan bahasa dalam konteks atau perbualan dalam

    situasi yang berbeza.

    Punca Masalah Bahasa

    Antara punca masalah bahasa adalah:

    Kelewatan bahasa

    Ada kanak-kanak yang memperolehi bahasa lewat daripada kebiasaannya. Sesetengah

    kanak-kanak akan dapat menguasai bahasa walaupun agak lambat daripada yang lain,

    tetapi terdapat juga kanak-kanak yang tidak menunjukkan perubahan dan memerlukan

    intervensi awal untuk membantunya.

    Aphasia

  • 7/22/2019 47401703 Kajian Untuk Pemulihan Khas Cepat Membaca Kv Kv

    24/38

    Aphasia merujuk kepada masalah bahasa akibat daripada ketidakupayaan untuk

    membentuk, atau memperoleh semula, dan memberi makna kepada simbol-simbol

    arbitrari bahasa. Aphasia berpunca daripada kerosakan otak. Bagi kanak-kanak kerosakan

    otak berpunca akibat kecederaan otak semasa lahir atau ketumbuhan (tumor) otak.Manakala bagi orang dewasa pula mungkin akibat daripada strok atau kecederaan akibat

    kemalangan.

    Gangguan proses auditori pusat (Central auditory processing disorders /CAPD)

    Semasa berkomunikasi, telinga dan otak akan menerima maklumat auditori (pendengaran)

    dan menterjemahkannya. Kanak-kanak yang mempunyai CAPD tidak mengalami masalah

    pendengaran (pekak), tetapi atas sebab tertentu otak tidak dapat menterjemah

    maklumat auditori yang diterima daripada telinga dengan baik.

    Kanak-kanak masalah pembelajaran kebiasaannya menghadapi masalah bahasa yang

    serius. Masalah bahasa yang mereka hadapi lebih tertumpu kepada ketidakupayaan

    memperoleh dan menguasai bahasa penerimaan yang tepat, ketidakupayaan memproses

    bahasa dengan tepat, dan ketidakupayaan menguasai serta melahirkan bahasa pelahiran.

    Masalah bahasa yang dihadapi oleh kanak-kanak masalah pembelajaran secara khususadalah seperti berikut:

    i. mengingat kembali perkataan

    ii. menyatakan perkara atau bentuk yang abstrak

    iii. memahami perkataan yang mempunyai pelbagai makna

    iv. menggunakan ayat yang betul dan lengkap

    v. meminta penjelasan untuk mesej yang kurang difahami

    vi. menghasilkan mesej yang kompleks dari segi sintaksisvii. memaklumkan sesuatu maklumat kepada orang lain

    viii. mempelbagaikan gaya berkomunikasi untuk menyesuaikannya dengan pendengar yang

    berbeza

  • 7/22/2019 47401703 Kajian Untuk Pemulihan Khas Cepat Membaca Kv Kv

    25/38

  • 7/22/2019 47401703 Kajian Untuk Pemulihan Khas Cepat Membaca Kv Kv

    26/38

  • 7/22/2019 47401703 Kajian Untuk Pemulihan Khas Cepat Membaca Kv Kv

    27/38

    c. Artikulasi melibatkan gigi, lelangit, bibir, lelangit, dan pergerakan lidah untuk

    mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa.

    d. Kelancaran adalah keupayaan bertutur tanpa teragak-agak atau tersekat-sekat yangboleh mengganggu komunikasi.

    Kategori masalah pertuturan

    Apakah yang dikatakan pertuturan normal?

    Pertuturan yang normal merujuk kepada keupayaan mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa

    melalui mulut, dilafazkan dengan baik, mempunyai kualiti semula jadi, rentak dan kadar

    yang baik, dan mempunyai perbendaharaan kata yang mencukupi sesuai dengan peringkat

    umur.

    Masalah pertuturan boleh dibahagikan kepada tiga kategori besar, iaitu masalah

    artikulasi, masalah suara, dan masalah kelancaran.

    i. Masalah artikulasi

    Masalah artikulasi atau gangguan artikulasi adalah pengeluaran bunyi-bunyi pertuturan

    yang abnormal, sehingga menyebabkan percakapan menjadi tidak tepat atau percakapan

    yang tidak sesuai. Masalah artikulasi terdiri daripada perkara-perkara berikut:

    penggantian

    pengguguranpengubahan, dan

    penambahan

    Penggantian bunyi terjadi apabila bunyi tertentu dalam sesuatu perkataan digantikan

    dengan bunyi yang lain, misalnya malan untuk makan wabbit untuk rabbit.

    Kesilapan ini sering berlaku kepada kanak-kanak yang masih belum matang.

  • 7/22/2019 47401703 Kajian Untuk Pemulihan Khas Cepat Membaca Kv Kv

    28/38

    Pengguguran bunyi pula melibatkan pengguguran atau menghilangkan sesuatu bunyi

    konsonan. Pengguguran boleh berlaku di permulaan, tengah, atau akhir perkataan,

    misalnya idung untuk hidung, besa untuk besar, dan lain -lain.

    Pengubahan bunyi terjadi apabila sebutan asal diubah sehingga boleh menghilangkan

    maknanya. Masalah ini ketara dalam penyebutan bahasa Inggeris misalnya perkataan sip

    disebut shlip. Sekiranya untuk perkataan susah, konsonan s disebut dengan

    hembusan angin yang kuat atau keterlaluan boleh mengubah bunyi perkataan tersebut,

    misalnya sssyusyah

    Penambahan bermaksud menambah bunyi tertentu dalam perkataan seperti bawa

    disebut bawah atau bawuah, animal disebut ammanimal atau ammaminal.

    a) Punca masalah artikulasi

    Masalah artikulasi boleh dikaitkan dengan beberapa faktor yang menyebabkan gangguan

    artikulasi. Di antaranya adalah seperti sumbing bibir atau sumbing lelangit, kecacatan

    lidah, penyakit ataupun kecacatan pada hidung atau tekak, kelumpuhan otak, peniruan

    pertuturan yang salah ketika mula belajar bercakap sewaktu kanak-kanak, dan juga faktor

    persekitaran.

    Sumbing, iaitu kecacatan lelangit atau bibir ialah kerenggangan tulang mulut, tisu

    lembut, dan struktur bahagian atas bibir yang mengganggu pengeluaran udara melalui

    hidung dan menghasilkan suara yang sengau.

    Masalah pertuturan juga boleh berpunca daripada kelumpuhan otak (brain damage) yang

    mengawal sistem saraf tunjang dan pergerakan otot alat pertuturan. Kanak-kanak akan

    menjadi sukar menerima atau mengeluarkan bunyi atau suara yang betul.

    Ketika masih bayi lagi, kanak-kanak belajar bertutur dengan meniru pertuturan orang

    dewasa. Kebiasaannya sebutan perkataan sengaja tidak lengkap bagi memudahkan

    mereka meniru sebutan perkataan. Mereka juga menyebut perkataan dengan pelat,

    misalnya nacik untuk nasi, be ak untuk berak dan sebagainya. Sekiranya

    kesilapan sebutan ini tidak dibetulkan, maka kanak-kanak tersebut akan mengalami

  • 7/22/2019 47401703 Kajian Untuk Pemulihan Khas Cepat Membaca Kv Kv

    29/38

  • 7/22/2019 47401703 Kajian Untuk Pemulihan Khas Cepat Membaca Kv Kv

    30/38

    Melalui pendekatan interaktif ini, ahli intervensi yang mungkin terdiri daripada ibu bapa,

    guru pendidikan khas, atau ahli terapi pertuturan akan cuba menggunakan sifat semula

    jadi kanak-kanak untuk bercakap tentang apa yang dia sedang lakukan, merancang untuk

    lakukan, ataupun perkara yang dia ingin lakukan. Sesi pemulihan ini dilakukan semasa

    kanak-kanak sedang bermain, makan, atau semasa pergi ke restoran dengan menggunakanbahasa dan sebutan yang betul. Menurut Bloom (1991), tujuan pendekatan ini adalah

    untuk merangsang kanak-kanak supaya kanak-kanak banyak. Justeru, sebutan mereka

    akan menjadi lebih tepat di samping meningkatkan lagi perbendaharaan kata mereka.

    Komunikasi Tambahan

    Ada kalanya terdapat kanak-kanak bermasalah pembelajaran yang mengalami masalah

    pertuturan yang serius tidak dapat bercakap dengan baik. Oleh itu, komunikasi tambahan

    diperkenalkan kepada kanak-kanak ini. Satu bentuk komunikasi tambahan adalah bahasa

    isyarat kod tangan yang biasanya digunakan oleh golongan masalah pendengaran.

    ii. Masalah suara

    Masalah atau gangguan suara melibatkan kualiti bunyi (akustik) suara yang tidak normalatau luar biasa yang dihasilkan ketika kanak-kanak bercakap. Semua suara berbeza dari

    segi nada, kualiti suara, dan punca suara dihasilkan. Suara kurang menyenangkan apabila

    dikeluarkan secara sengau, serak atau garau (hoarseness), dan berbisik. Semua ini akan

    mengganggu komunikasi yang berkesan.

    Masalah suara akibat jeritan, sorakan yang terlalu kuat hanyalah bersifat sementara dan

    akan pulih apabila tekak diubati dan kekuatan bunyi pertuturan dikurangkan.

    Guru akan dapat mengenal pasti pelajarnya yang menghadapi masalah suara berdasarkan

    petunjuk-petunjuk berikut:

    i. suara sengau

    ii. suara orang yang sesak nafas

    iii. suara berbunyi kasar atau suara seperti orang menarik nafas sambil

  • 7/22/2019 47401703 Kajian Untuk Pemulihan Khas Cepat Membaca Kv Kv

    31/38

    bercakap

    iv. suara sangat perlahan

    v. bercakap seperti berlagu

    vi. bercakap senada (monotone voice)

    vii. pic (pitch) suara biasanya tinggi atau rendahviii. corak penekanan perkataan dalam ayat yang berlainan daripada biasa, dan

    ix. bersusah payah menyebut perkataan ( contoh: mengejip mata, muka berkerut,

    menggenggam tangan, dsb)

    Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah suara, mereka boleh dipulihkan melalui

    intervensi terapi pertuturan seperti yang dibincangkan sebelum ini.

    iii. Masalah kelancaran

    Gangguan kelancaran melibatkan aliran pertuturan yang mempengaruhi kadar dan

    kelicinan pertuturan seseorang. Gagap adalah bentuk gangguan kelancaran pertuturan

    yang paling biasa. Seseorang dikatakan gagap apabila menyebut sesuatu perkataan

    berulang-ulang, tersekat-sekat, dan diikuti ketegangan otot tekak. Keadaan ini terjadi

    akibat gangguan pernafasan yang berpunca daripada penyelarasan otot pertuturan yang

    tidak sempurna. Gagap berlaku secara berselang-seli di antara pertuturan normal dangagap mengikut kelonggaran dan ketegangan otot pertuturan.

    Terdapat beberapa fakta yang berkaitan dengan gagap. Di antaranya adalah:

    gagap sesuatu yang mesti berlaku kepada setiap kanak-kanak (2-4 tahun), tetapi akan

    beransur-ansur pulih setelah melalui pengalaman interaksi dengan persekitaran,

    Kaum lelaki lebih ramai gagap berbanding wanita, dan

    gagap boleh diturunkan melalui pertalian genetik keluarga.

    Individu yang gagap akan menunjukkan ciri-ciri tertentu pertuturannya. Namun dari segi

    fizikal individu yang gagap tidak ada perbezaan dengan individu normal. Di antara ciri

  • 7/22/2019 47401703 Kajian Untuk Pemulihan Khas Cepat Membaca Kv Kv

    32/38

    individu yang gagap adalah seperti berikut:

    Pertuturan tidak lancar kerana secara tidak sengaja kerap mengulang-ulang menyebut

    perkataan dan pemanjangan bunyi perkataan .

    Melakukan pengulangan dan pemanjangan sebutan satu huruf yang sama .

    Gagal mengaitkan perkataan dengan emosi.

    Cuba menyembunyikan masalah gagap dengan mengubah nada dan kadar pertuturan,

    memejamkan mata, mengulang suku kata, perkataan atau frasa, dan menggerakkan

    tangan semasa bertutur.

    a) Punca masalah gagap

    Banyak faktor yang dikaitkan sebagai punca kepada masalah gagap. Berdasarkan pendapat

    daripada beberapa penulis, punca masalah gagap dapatlah dirumuskan seperti berikut.

    Ketidakstabilan mekanisme neuromuscular untuk pertuturan ketika peringkat awal kanak-

    kanak. Ketika kanak-kanak sudah mula mahu bercakap, otot-otot pertuturan masih belum

    bersedia dan tidak stabil. Keadaan ini menyebabkan pertuturan menjadi tersekat-sekatdan berulang-ulang.

    Keadaan persekitaran juga boleh menyebabkan gagap terutamanya persekitaran rumah

    yang tidak selamat dan tidak menggembirakan serta hubungan emosi yang tidak cukup di

    antara anak dan ibu bapa.

    Keadaan fizikal yang lemah akibat kekurangan zat makanan, dan mempunyai masalahkesihatan.

    Kejutan secara tiba-tiba seperti kemalangan, kematian orang tersayang terutamanya ibu

    atau bapa, pengalaman yang menakutkan, dan menghidap sesuatu penyakit.

    Peniruan pertuturan yang salah semasa proses mula belajar bertutur.

  • 7/22/2019 47401703 Kajian Untuk Pemulihan Khas Cepat Membaca Kv Kv

    33/38

    Sekiranya sejarah keluarga mempunyai ahli yang gagap, besar kemungkinan masalah

    gagap akan diturunkan kepada anak-anak mereka.

    Seseorang yang mahir tangan kiri boleh menjadi gagap sekiranya dipaksa menggunakantangan kanan untuk menulis atau membuat sebarang kerja.

    b) Panduan mengurangkan masalah gagap

    Morley M.E. (1972) telah memberikan lima prinsip rawatan untuk membantu individu

    gagap mengatasi masalah mereka.

    Menyesuaikan diri dengan gagap

    Ramai individu gagap berasa yang mereka adalah berlainan daripada orang lain hasil

    daripada pengalaman-pengalaman dan reaksi orang lain terhadap pertuturan mereka yang

    gagap. Sedarkan mereka bahawa ramai orang yang kononnya tidak gagap sebenarnya

    mengalami masalah bercakap tersekat-sekat dan mungkin gagap pada masa-masa

    tertentu. Mereka perlu mengakui yang mereka gagap dan menerima hakikat ini secarapositif tanpa rasa takut dan beremosi.

    2Terapi mengurangkan ketegangan.(Relaxation therapy)

    Rawatan terapi mengurangkan ketegangan ini akan mengurangkan ketegangan fizikal dan

    mental. Sekiranya diamalkan selalu akan meningkatkan keselesaan dan ketenangan

    mental yang akan meningkatkan kecekapan dan keyakinan untuk menjalani kehidupan

    tanpa tekanan.

    Latihan-latihan yang membantu ke arah mengawal petunjuk-petunjuk

    Gagap.

    Latihan hendaklah yang boleh menyumbang ke arah pengalaman

    pertuturan yang lancar dan latihan yang membantu mereka mengawal

  • 7/22/2019 47401703 Kajian Untuk Pemulihan Khas Cepat Membaca Kv Kv

    34/38

    gagap ketika berlaku.

    Perbincangan, cadangan, dan tugasan

    Pada setiap kali rawatan, masalah dan situasi tertentu akan dibincangkan. Misalnya yangberkaitan dengan penggunaan telefon, membeli tiket bas, dan berbagai-bagai masalah

    dan situasi lagi. Cadangan diberi bagaimana individu itu mengatasi masalah yang

    dihadapinya dan menjadikan situasi gagap sebagai latihan untuk melaksanakan cadangan-

    cadangan yang diberi.

    Terapi kumpulan

    Apabila tiba masa yang sesuai, individu gagap akan menghadiri sesi terapi secara

    berkumpulan. Di sini dia akan bertemu dengan orang lain yang menghadapi masalah yang

    sama dan berkongsi pengalaman masing-masing.

    Intervensi untuk memulihkan masalah gagap perlulah dimulai pada peringkat awal

    masalah gagap ditunjukkan sebelum menjadi lebih teruk.

    Dicatat oleh skfskf di 06:02 0 ulasan

    Konsep Pemulihan

    Mat Nor Husin Dan Jais Sahok (1990 :6)

    Pendidikan yang diberikan kepada pelajar yang gagal di peringkat bilik darjah kerana

    tidak menerima isi pelajaran seperti pencapaian rakan sebaya mereka yang tidak

    bermasalah.

    Koh Boh Boon (1982 :2)

    ? Pemulihan adalah lebih terbatas yang lebih khusus sifatnya kerana ia bertujuan

    membaiki kelemahan pembelajaran.Ia melibatkan murid-murid lambat,iaitu mereka yang

    lembab (lambat mencapai pembelajaran berbanding dengan kanak-kanak lain).

    Prinsip-Prinsip Pendidikan Pemulihan

    http://jomperaduan.blogspot.com/2009/01/masalah-bahasa-dan-komunikasi.htmlhttp://jomperaduan.blogspot.com/2009/01/masalah-bahasa-dan-komunikasi.htmlhttp://jomperaduan.blogspot.com/2009/01/masalah-bahasa-dan-komunikasi.html#commentshttp://jomperaduan.blogspot.com/2009/01/masalah-bahasa-dan-komunikasi.html#commentshttp://jomperaduan.blogspot.com/2009/01/masalah-bahasa-dan-komunikasi.html#commentshttp://jomperaduan.blogspot.com/2009/01/masalah-bahasa-dan-komunikasi.html#commentshttp://jomperaduan.blogspot.com/2009/01/masalah-bahasa-dan-komunikasi.html
  • 7/22/2019 47401703 Kajian Untuk Pemulihan Khas Cepat Membaca Kv Kv

    35/38

    ? Mengenal pasti murid yang menghadapi masalah pembelajaran dan membuat penilaian

    awal atas mereka.

    ? Pendekatan secara individu,misalnya mengadakan kelas khas yang kecil.

    ? Kurikulum yang diubahsuaikan.? Dalam mengajar sesuatu item,kita hendaklah menegaskan luasnya dan buken

    perinciannya.

    ? Ketepikan isi-isi pelajaran yang tidak berfaedah.

    ? Mudahkan gerak kerja supaya murid dapat membuatnya dan mendapat kepuasan.

    ? Kurangkan masa untuk aktiviti yang lain supaya murid yang lemah dapat diberi

    perhatian.

    ? Gunakan banyak latih tubi dan tunjuk cara.

    Pelaksanaan Program Pemulihan

    ? Mengenal pasti murid yang memerlukan program pemulihan dengan cara memerhati

    atau membuat ujian saringan.

    ? Mencari punca kelemahan murid dalam bidang kemahiran yang berkenaan dengan cara

    memerhati atau membuat ujian diagnostik.

    ? Merangcang dan menyediakan bahan-bahan pembelajaran yang sesuai bagi pemulihan

    untuk murid

    ? Menentukan aktiviti pengejaran dan pembelajaramn yang sesuai dengan kebolehan dandaya penyerapan murid.

    ? Jika murid yang menyertai program pemulihan itu berjaya menguasai kemahiran yang

    dikehendaki,murid itu harus ditempatkan dalam kumpulan yang sesuai.

    ? Selepas program pemulihan guru harus juga memberi aktiviti sokongan dengan tujuan

    mengukuhkan kemahiran yang dikuasai serta membina keyakinan murid.

    Perbezaan Antara Pendidikan Pemulihan Dengan Pendidikan Imbuhan

    ? Walaupun pendidikan pemulihan dan pendidikan imbuhan berkait rapat tetapi ia tetap

    mempunyai perbezaan yang tertentu.

    ? Menurut kamus lengkap,perkataan imbuhan bermaksud tambahan pada barang-barang

    yang disukat,ditimbang dan lain-lain, manakala perkataan perulihan pula bermaksud

    pulih,sembuh atau kembali seperti sedia kala.

    ? Daripada pengertian yang diberikan di atas, nyatalah bahawa imbuhan membawa

  • 7/22/2019 47401703 Kajian Untuk Pemulihan Khas Cepat Membaca Kv Kv

    36/38

    maksud keadaan kekurangan atau kerugian yang memerlukan tambahan,manakala

    pemulihan pula bermaksud suatu keadaan yang tidak memuaskan yang memerlukan

    pembaikan.

    ? Pendidikan imbuhan pada amnya bolehlah dianggap sebagai satu usaha atau tindakan

    yang diambil untuk menggantikan sesuatu kekurangan. Ia merupakan langkah-langkahyang rapi dan teliti yang diprogramkan untuk mencegah berlakunya sebarang kelemahan

    di kalangan murid.

    ? Pencegahan seperti ini dilakukan pada peringkat awal pembelajaran.Biasanya

    pendidikan imbuhan melibatkan kanak-kanak yang kurang bernasib baik yang sekiranya

    dibiarkan akan menyebabkan berlakunya keciciran.

    Pendidikan Imbuhan Menitik Beratkan Perkara Berikut.

    1. Pendidikan imbuhan haruslah dilaksanakan lebih awal,iaitu pada peringkat awal

    pembelajaran.

    2. Guru hendaklah menentukan aspek-aspek pembelajaran yang diperlukan.Pangajaran

    disusun dengan rapi dan teliti.

    3. Guru hendaklah juga menentukan objektif tingkah laku murid dengan jelas dan khusus.

    4. Guru hendaklah boleh mengubahsuai bahan-bahan kurkulum dan kaedah pengajaran

    dan pembalajaran dalam bentuk yang lebih berkesan.

    5. Guru hendaklah mempunyai hubungan yang baik dengan agensi-agensi dan badan-badanlain yang boleh membantu meningkatkan prestasi murid.

    Rumusan dan Kesimpulan

    Dalam membentuk strategi pendidikan imbuhan ,satu program menyeluruh yang

    melibatkan ibu bapa dan komuniti hendaklah dititikberatkan .Program ini juga harus

    meliputi program untuk kesihatan yang sempurna,makanan dan pemakanan.

    Pendidikan pemulihan pula adalah sebahagian daripada pendidikan imbuhan.Pendidikan pemulihan merupakan langkah-langkah khas untuk membantu murid yang

    menghadapi masalah pembelajaran tertentu.Dalam pendidikan pemulihan,murid ini

    biasanya di tempatkan dalam kelas khas di sekolah.

    Aktiviti pemulihan biasanya dijalankan dalam jangka masa yang pendek dan

    ditumpukan kepada usaha untuk mengatasai kelemahan dalam kemahiran-kemahiran asas.

    Grafik Perbezaan Antara Pendidikan Pemulihan Dengan Imbuhan. Pendidikan Pemulihan

  • 7/22/2019 47401703 Kajian Untuk Pemulihan Khas Cepat Membaca Kv Kv

    37/38

    Dalan KBSR Dan KBSM

    ? Pelajar-pelajar di dalam kelas KBSR adalah berbeza dari segi minat, bakat dan

    kebolehan.Begitu juga pelajar-pelajar di kelas KBSM.Oleh sebab kebolehan pelajar-

    pelajar adalah berbeza, maka kadar pembelajaran juga berbeza.

    ? Dalam suatu tempoh masa yang tertentu,terdapat pelajar yang masih belum menguasaisesuatu kemahiran. Dengan itu,pendidikan pemulihan adalah diperlukan bagi pelajar KBSR

    dan KBSM,

    Peranan Guru Biasa Dalam Perlaksanaan Pemulihan Kelas Biasa.

    ? Perbincangan berkenaan pendidikan pemulihan dalam bahagian ini adalah ditumpukan

    pada peranan guru biasa.Guru biasa hanya menerima latihan yang terhad dalam teori dan

    amali pendidikan pemulihan.

    ? Oleh itu guru biasa ini hanya dapat mengendalikan kes-kes yang ringan sahaja.Kes-kes

    yang lebih serius dalam masalah pembalajaran hendaklah dikendalikan oleh guru

    pemulihan khas yang telah menghadiri kursus pendidikan pemulihan khas.

    Langkah-Langkah Khusus Dalam Pengelolan Pemulihan Kelas Biasa

    ? sesi pemulihan kelas biasa.

    ? pengenalpastian pelajar .

    ? penganalisisan masalah.? Perancangan.

    ? Pengajaran.

    ? Penilaian.

    ? tindakan susulan.

    1. Pengenalpastian Pelajar

    ? Cara-cara yang biasanya digunakan untuk mengenal pasti pelajar-pelajar lambat ialahseperti pemerhatian,pentafsiran rekod prestasi dan rekod profil,ujian kertas dan

    pensil,latihan harian,soal jawab dan temu bual dengan guru darjah dan ibu bapa.

    ? Maklum balas yang diperolehi melalui cara-cara tersebut dapat memberi gambaran

    tentang pelajar-pelajar yang belum menguasai konsep dan kemahiran yang telah diajar

    oleh guru.

  • 7/22/2019 47401703 Kajian Untuk Pemulihan Khas Cepat Membaca Kv Kv

    38/38

    2. Penganalisisan Masalah

    ? Cara yang digunakan untuk menganalisis masalah pembelajaran ialah dengan memerhati

    cara pelajar menjalankan aktiviti-aktiviti pembelajaran.Misalnya dengan memerhati

    bagaimana seseorang pelajar menjalankan operasi tambah atau tolak,guru dapatmenentukan jenis-jenis masalah matematik yang dihadapi oleh seseorang pelajar.

    3. Perancangan

    ? Perancangan program pemulihan hendaklah berasaskan keperluan-keperluan pelajar

    iaitu aktiviti-aktiviti pembelajaran hendaklah bertujuan untuk mengatasi masalah-

    masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti.

    ? Prinsip Perancangan Pengajaran Pemulihan

    1. Pengajaran pemulihan hendaklah seimbang dengan kebolehan pelajar. 2. Elakkan

    daripada menyampaikan aktiviti pembelajaran yang terlalu banyak