kajian untuk pemulihan khas cepat membaca kv kv

42
ABSTRAK Kajian ini dibuat untuk membantu 4 orang murid lelaki tahun 2 sekolah saya yang sedang belajar di kelas pemulihan khas.Mereka gagal dalam Ujian Pelepasan 3 KIA2M tahun 1 2007 dan gagal dalan ujian saringan BM kelas pemulihan.Berdasarkan ujian saringan bahagian bacaan, pelajar ini didapati sudah mengenal semua huruf dan dapat membatangkan sukukata kv tetapi gagal untuk membaca degan lancar walaupun perkataan yang berpola kv+kv.mereka perlu mengeja dahulu dan mengambil masa yang agak lama untuk membunyikan perkataan yang dieja tadi.Kadang kala mereka membunyikan perkataan yang tidak berkaitan dengan apa yang dieja,contoh: eja ka+ki bunyi kita,eja ba+tu bunyi tuba, eja ba+tu bunyi bata.Hasil dari perhatian saya dalam kajian ini saya dapati pelajar ini lupa apa yang mereka eja iaitu bunyi suku kata awal perkataan,mereka cuma ingat sukukata yang akhir sahaja apabila menyeja sesuatu perkataan.Dalam kajian ini saya sepadukan kaedah konvensional iaitu menggunakan kad-kad perkataan dan gambar dengan kaedah berbantukan komputer dengan menggunakan perisian iaitu e-bacalis yang dibina sendiri, khusus untuk membantu murid ini melancarkan bacaan mereka.Dalam kajian ini saya khususkan untuk membolehkan mereka membaca dengan lancar dan menulis dengan tepat (ejaan) 30 patah perkataan berpola kv+kv (Lampiran A).Saya sertakan CD videoklip bacaan murid yang dirakam sebelum kajian dan selepas kajian dibuat.Videoklip ini membuktikan bahawa pelajar-pelajar ini sudah boleh membaca dengan lancar 30 perkataan berpola kv+kv yang diberi. 1. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu. Pada minggu kedua, bulan Januari 2008 saya menerima 4 orang murid lelaki tahun dua yang dicalonkan ke kelas pemulihan khas kerana gagal dalam ujian pelepasan tiga KIA2M 2007. Saya juga telah memberi ujian saringan Bahasa Malaysia kelas pemulihan kepada mereka untuk memastikan mereka betul-betul calon yang layak mengikuti program pemulihan khas.

Upload: nur-hidayu-hanis

Post on 28-Jun-2015

3.660 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: kajian untuk pemulihan khas cepat membaca kv kv

ABSTRAK

Kajian ini dibuat untuk membantu 4 orang murid lelaki tahun 2 sekolah saya

yang sedang belajar di kelas pemulihan khas.Mereka gagal dalam Ujian

Pelepasan 3 KIA2M tahun 1 2007 dan gagal dalan ujian saringan BM kelas

pemulihan.Berdasarkan ujian saringan bahagian bacaan, pelajar ini didapati

sudah mengenal semua huruf dan dapat membatangkan sukukata kv tetapi

gagal untuk membaca degan lancar walaupun perkataan yang berpola

kv+kv.mereka perlu mengeja dahulu dan mengambil masa yang agak lama

untuk membunyikan perkataan yang dieja tadi.Kadang kala mereka

membunyikan perkataan yang tidak berkaitan dengan apa yang dieja,contoh:

eja ka+ki bunyi kita,eja ba+tu bunyi tuba, eja ba+tu bunyi bata.Hasil dari

perhatian saya dalam kajian ini saya dapati pelajar ini lupa apa yang mereka eja

iaitu bunyi suku kata awal perkataan,mereka cuma ingat sukukata yang akhir

sahaja apabila menyeja sesuatu perkataan.Dalam kajian ini saya sepadukan

kaedah konvensional iaitu menggunakan kad-kad perkataan dan gambar

dengan kaedah berbantukan komputer dengan menggunakan perisian iaitu e-

bacalis yang dibina sendiri, khusus untuk membantu murid ini melancarkan

bacaan mereka.Dalam kajian ini saya khususkan untuk membolehkan mereka

membaca dengan lancar dan menulis dengan tepat (ejaan) 30 patah perkataan

berpola kv+kv (Lampiran A).Saya sertakan CD videoklip bacaan murid yang

dirakam sebelum kajian dan selepas kajian dibuat.Videoklip ini membuktikan

bahawa pelajar-pelajar ini sudah boleh membaca dengan lancar 30 perkataan

berpola kv+kv yang diberi.

1. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu.

Pada minggu kedua, bulan Januari 2008 saya menerima 4 orang murid lelaki

tahun dua yang dicalonkan ke kelas pemulihan khas kerana gagal dalam ujian

pelepasan tiga KIA2M 2007. Saya juga telah memberi ujian saringan Bahasa

Malaysia kelas pemulihan kepada mereka untuk memastikan mereka betul-betul

calon yang layak mengikuti program pemulihan khas.

Berdasarkan analisa kertas ujian KIA2M/P3 dan ujian saringan di atas, saya

dapati 4 orang murid ini telah mengenal semua huruf kecil dan besar dan boleh

Page 2: kajian untuk pemulihan khas cepat membaca kv kv

membatangkan sukukata asas konsonan + vokal ( kv). Mereka juga sudah boleh

membaca perkataan-perkataan berpola KV + KV dengan cara mengeja tetapi

tidak lancar dan kadang-kadang tidak tepat. Berdasarkan pengalaman saya,

murid-murid begini akan boleh membaca dengan lancar apabila diberi kaedah

yang tepat dan masa P&P yang mencukupi.Membaca dan menulis perkataan

berpola kv+kv adalah kemahiran asas kelas pemulihan khas.

Adalah menjadi tanggungjawab saya selaku guru pemulihan khas untuk

memulihkan murid-murid ini. Saya mengambil keputusan untuk menjadikan

masalah mereka ini sebagai fokus kajian tindakan saya.Sekiranya masalah ini

tidak diatasi, dikuatiri murid-murid ini akan terus tidak boleh membaca dengan

lancar dan ini akan mengganggu proses P&P mereka di kelas induk.

Fokus Kajian

Walaupun murid-murid ini sudah mengenal semua abjad besar dan kecil dan

boleh membatangkan sukukata KV, tetapi mereka masih tidak boleh membaca

terus perkataan-perkataan yang diberi guru. Apabila perkataan berpola KV+KV

diberi,mereka membaca dengan mengeja terlebih dahulu dan mengambil masa

yang agak lama untuk membunyikan perkataannya yang kadang kala tidak

tepat. Apabila gagal membaca dengan lancar perkataan berpola KV+KV,

mereka tidak akan boleh membaca perkataan yang berpola KV+KVK, KVK+KV,

KV+KVKK dan seterusnya. Apabila gagal membaca perkataan, mereka juga

akan gagal membaca rangkaikata dan seterusnya tidak boleh menguasai

kemahiran membaca ayat dan petikan karangan.

Objektif Kajian

Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid-murid ini diharap akan mencapai

objektif berikut:

I. Objektif Umum

Meningkatkan kelancaran bacaan 4 orang murid pemulihan khas ini iaitu

Page 3: kajian untuk pemulihan khas cepat membaca kv kv

membaca 30 perkataan berpola kv+kv yang terdapat dalam ujian saringan.

II. Objektif Khusus

a) Meningkatkan kelancaran bacaan bermula dengan perkataan berpola kv+kv.

b) Meningkatkan kelancaran membaca rangkaikata berpola kv+kv.

c) Membolehkan murid-murid ini menulis/ejaan perkataan berpola kv+kv

d) Meningkatkan kelancaran membaca kumpulan ayat yang dibina dari

perkataan-perkataan berpola kv+kv.

4. Kumpulan Sasaran

Kajian ini melibatkan 4 orang murid lelaki tahun dua berbangsa Melayu yang

sedang mengikuti Program Pemulihan Khas.

5. Tindakan yang dijalankan.

Tinjauan Awal Masalah.

v Berdasarkan analisa keputusan ujian KIA2M pelepasan 3 dan ujian saringan

Bahasa Malaysia didapati murid-murid ini telah mengenal semua abjad.

v Mereka boleh membatangkan sukukata kv tetapi perlu mengeja terlebih

dahulu dan tidak lancar.

v Apabila mengeja perkataan berpola kv+kv mereka mengambil masa yang

Page 4: kajian untuk pemulihan khas cepat membaca kv kv

agak lama sebelum membunyikan perkataannya dan kadang kala tidak tepat.

Program e-bacalis

Program e-bacalis ialah singkatan daripada perkataan baca dan tulis. e –

mewakili elektronik.

Komponen dalam program ini ialah:

1. 5 kad 30 set gambar tanpa perkataan

2. 5 kad 30 set gambar dan perkataan

3. 1 kad 30 perkataan pola kv+kv tanpa gambar

4. 1 kad 30 set gambar seperti kad no.1 yang dikecilkan

5. 90 keping kad-kad perkataan kv+kv (terdiri dari 3 warna

yang berbeza @30)

6. perisian interaktif e-bacalis yang dibina khusus untuk membantu murid-murid

ini belajar berbantukan komputer.

Cara Pelaksanaan

1. murid diberi kad gambar, tanpa perkataan dan disuruh menyebut nama-nama

gambar tersebut.

2. murid diberi kad gambar berperkataan dan dilatih tubi mengeja perkataan

tersebut berperingkat-peringkat sehingga lancar.

3. murid diberi kad 30 perkataan kv+kv tanpa gambar dan dilatih tubi

membacanya.

Page 5: kajian untuk pemulihan khas cepat membaca kv kv

4. murid diberi kad seperti kad no.3 dan disuruh gunting perkataan tersebut

satu persatu.

5. murid memadankan perkataan yang digunting dengan gambar-gambar

berkenaan di kad no. 1

6. murid memampal perkataan tersebut pada gambar berkenaan pada kad no.1

7. murid menulis perkataan di kad no.4 berdasarkan gambarnya.

8. setelah murid mahir kaedah konvensional ini mereka di ajar bagaimana

menggunakan aplikasi interaktif berbantukan komputer. Perisian e-bacalis.

(perisian ini telah di upload ke website www.uluskum.net/remedial )murid boleh

menjalankan aktiviti ini secara offline atau pun online.

9. dalam perisian e-bacalis disediakan token berbentuk edu-game untuk murid

yang telah menunjukkan prestasi yang baik sebagai galakan dan dorongan

supaya tekun belajar. Mereka boleh bermain dalam pengawasan/seliaan guru.

10. guru memerhati dan menilai prestasi murid semasa mereka menjalankan

aktiviti-aktiviti di atas.

Refleksi Kajian

Kesemua 4 orang pelajar sampel kajian ini telah menunjukkan prestasi yang

memberangsangkan. Mereka telah dapat mambaca 30 perkataan berpola kv+kv

dengan lancar dan dapat menulis/ejaan dengan tepat.

Disertakan CD videoklip menunjukan tahap kelancaran bacaan mereka sebelum

dan selepas kajian ini dibuat.

Dalam aktiviti berbantukan komputer,mereka menunjukan minat yang tinggi

untuk belajar dan sentiasa bersedia untuk meneruskan sesi P&P seterusnya

apabila sesi P&P semasa tamat.

Pengkaji dapat merumuskan bahawa sesuatu kemahiran hendaklah melibatkan

5 elemen penting untuk meningkatkan prestasi pelajar semasa P&P berjalan.

Page 6: kajian untuk pemulihan khas cepat membaca kv kv

5 elemen tersebut ialah:

a) Membuat kerja bertulis yang dirancang dengan baik dan membetulkan

kesalahan murid semasa mereka membuat kerja bertulis tersebut.

b) Melibatkan pergerakan murid yang terkawal kerana pergerakan memberi

kesan yang baik dalam pengaliran oksijan ke otak. Otak yang menerima oksijan

yang cukup memberi kecerdasan dan prestasi ingatan yang baik.

c) Aktiviti hand-on dan mind-on. Contohnya seperti suaian kad

perkataan/gambar, padanan kad perkataan/perkataan,suaian kad-kad

sukukata/cantuman membina perkataan.

d) Kolaboratif antara murid hendaklah diberi penekanan kerana kerjasama

antara mereka memberi ruang belajar yang sama kepada murid-murid yang

lemah dengan murid yang lebih maju

e) Mempelbagaikan medium bahan bantu mengajar.Menggunakan kaedah

konvensional dan bahan-bahan tersebut di aplikasikan dengan perisian

komputer yang dibina sendiri bersesuaian dengan kemahiran yang diajar.contoh

dalam kajian ini ialah perisian kursus e-bacalis.

8. Cadangan Kajian Seterusnya

Beberapa cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut.

a. menggunakan perisian e-bacalis untuk mengajar kemahiran bacaan

perkataan berpola kv+kvk yang diolah semula bersesuaian dengan kemahiran

tersebut.

b. Menghasilkan aktiviti-aktiviti yang melibatkan 5 elemen penting(seperti

catatan di atas) dalam setiap kemahiran yang diajar.

c. Melibatkan murid sendiri dalam menghasilkan bahan-bahan P&P.

9. Bibliografi

Page 7: kajian untuk pemulihan khas cepat membaca kv kv

1. nota-nota hasil bengkel 1/2008 Kajian Tindakan bagi guru-guru pendidikan

khas anjuran Jabatan Pendidikan Khas pada 5-8 Mei 2008 bertempat di Puteri

Resort Ayer Keroh Melaka.

10. Lampiran.

a) senarai 30 perkataan berpola kv+kv.

b) perkataan bergambar(kvkv).

c) perkataan tanpa gambar(kvkv).

d) CD contoh aktiviti 5 elemen penting dalam P&P.

e) CD rakaman bacaan murid sebelum dan selepas kajian dijalankan.

Dicatat oleh skfskf di 19:15 0 ulasan

Label: kelancaran bacaan

R A B U , 2 0 0 9 J A N U A R I 2 8

STRATEGI PENGAJARAN LISAN

PENGENALAN

Keupayaan bahasa lisan seseorang kanak-kanak bergantung kepada

pendedahan yang diterimanya daripada persekitaran selain daripada keupayaan

kognitif yang dimilikinya. Teori interaksi telah menegaskan kepentingan

menyediakan peluang-peluang untuk berinteraksi yang lebih luas kepada kanak-

kanak untuk membantu mereka menguasai bahasa lisan dengan cekap.Oleh itu

guru perlu memperbanyakkan aktiviti lisan dalam pengajaran dan pembelajaran

di dalam kelasnya.

STRATEGI PENGAJARAN LISAN

Pengajaran lisan kepada kanak-kanak bukanlah perkara yang mudah dan boleh

dianggap remeh. Walaupun kemahiran lisan adalah kemahiran yang paling awal

Page 8: kajian untuk pemulihan khas cepat membaca kv kv

dikuasai kanak-kanak, namun mereka tetap memerlukan pembelajaran lisan

yang tersusun dan terancang supaya kemahiran lisan yang sedia ada itu dapat

dikembangkan dan dimantapkan lagi

Seorang guru yang hendak mengajar kemahiran lisan kepada muridnya perlu

mempunyai strategi pengajaran yang jelas. Guru perlu jelas apakah pendekatan

yang hendak diambilnya, apakah kaedah yang sesuai digunakan untuk tajuk

dan pada situasi tertentu, dan akhirnya apakah teknik pengajaran yang sesuai

dengan pendekatan dan kaedah yang telah dipilih. Dari situlah dipilih aktiviti-

aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan muridnya.

A) PENDEKATAN

Pendekatan mencerminkan satu falsafah, pandangan, pegangan, atau pendirian

bagi melihat, memahami, dan mendekati sesuatu perkara. Dalam bidang

pedagogi bahasa, pendekatan bersifat abstrak, dan falsafah yang berkaitan

dengan pendekatan itu bersifat teoritis. Kekuatan sesuatu pendekatan itu hanya

dapat dinilai setelah dilaksanakan, misalnya di dalam bilik .

Berkaitan dengan pengajaran bahasa, Kamarudin Hj.Husin (1988) memberikan

empat jenis pendekatgan iaitu:

i. pendekatan induktif

ii. pendekatan deduktif

iii. pendekatan eklektik, dan

iv. pendekatan komunikatif

Pendekatan Induktif

Berdasarkan pendekatan induktif, pengajaran dimulakan secara melihat contoh-

contoh unsur bahasa yang diajar. Melalui contoh-contoh yang diberi itu akan

membantu pelajar membuat kesimpulan atau keputusan tentang aspek bahasa

yang diajar. Guru hanya membantu murid melalui soalan-soalan, berbincang,

memerhati, memberi contoh-contoh dan sebagainya, dan akhir sekali memberi

Page 9: kajian untuk pemulihan khas cepat membaca kv kv

peluang kepada murid membuat kesimpulan sendiri berdasarkan

pemahamannya.

Pendekatan Deduktif

Pendekatan deduktif adalah berlawanan dengan pendekatan induktif, iaitu

dalam pendekatan ini pengajaran dibuat dengan memberi kesimpulan atau

generalisasi terlebih dahulu di awal pengajaran dan kemudian barulah

dikemukakan contoh-contoh yang sesuai selepasnya.

Pendekatan Eklektik

Pendekatan eklektik adalah gabugan kedua-dua pendekatan induktif dan

pendekatan deduktif bagi membentuk satu strategi pengajaran. Model

pendekatan eklektik bergantung kepada pendekatan mana yang diberi

penekanan . Model-model di bawah akan membantu anda memahami

penggunaan pendekatan eklektik.

a) Penekanan kepada pendekatan induktif:

Contoh/fakta Kesimpulan Contoh

b) Penekanan kepada pendekatan deduktif:

Kesimpulan Contoh Generalisasi

Pendekatan Komunikatif

Anda tentu masih ingat tentang teori pemerolehan bahasa interaksional yang

meniktikberatkan proses interaksi dalam proses pemerolehan bahasa. Begitu

juga dengan pendekatan komunikatif yang menyarankan murid-murid diberi

Page 10: kajian untuk pemulihan khas cepat membaca kv kv

peluang menggunakan bahasa dalam konteks dan situasi tertentu. Murid dilatih

menggunakan bahasa dengan peraturan-peraturan yang betul termasuk juga

kemahiran menggunakan bahasa mengikut konteks dan situasi.

B) KAEDAH

Kaedah adalah cara yang digunakan dalam sesuatu proses pengajaran. Kaedah

merujuk kepada cara mengajar yang disusun dan dilaksanakan untuk mengajar

sesuatu kemahiran bahasa kepada pelajar di dalam bilik darjah. Kaedah yang

digunakan adalah untuk menyokong pendekatan pengajaran yang dipilih oleh

guru. Terdapat berbagai-bagai kaedah pengajaran bahasa yang dapat

diaplikasikan untuk pengajaran lisan

Antara kaedah yang sesuai digunakan dalam mengajar bahasa adalah seperti

kaedah tatabahasa terjemahan, kaedah Terus, Kaedah askar/tentera, kaedah

nahu terjemahan, dan sebagainya. Anda kena cari sendiri lah penjelasannya

ye!!

C) TEKNIK

Teknik adalah cara yang lebih khusus yang digunakan untuk mengajar (atau

menguji) sesuatu kemahiran atau aspek bahasa. Teknik dicipta untuk

membantu guru menjayakan sesuatu kaedah pengajaran. Antara teknik

pengajaran lisan adalah bercerita, berlakon, berbincang, sumbang saran, tunjuk

cara, main peranan, soal jawab, dan sebagainya. Teknik pengajaran ini

dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan teknik

pengajaran yang dipilih.

Sebagai kesimpulan, pertalian antara pendekatan, kaedah, dan teknik dapat

dilihat seperti berikut:

Teori

Page 11: kajian untuk pemulihan khas cepat membaca kv kv

Bahasa

Pendekatan

pengajaran

Kaedah

pengajaran

Teknik

pengajaran

Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran dalam kelas, pendekatan, kaedah,

dan teknik ini dilaksanakan secara kuliah, kelas, kumpulan, atau secara individu

mengikut kesesuaian. Bagi kanak-kanak masalah pembelajaran, pengajaran

secara individu adalah diutamakan.

TEKNIK PENGAJARAN LISAN

Teknik pengajaran lisan yang dipilih haruslah menepati objektif pengajaran dan

juga bersesuaian dengan umur, minat, dan kebolehan murid. Objektif teknik

pengajaran lisan adalah untuk membolehkan murid-murid memperoleh

kemahiran lisan dengan mudah dan berkesan. Teknik pengajaran lisan bukan

sahaja dijalankan melalui aktiviti pelajar sahaja tetapi boleh dijalankan juga

dengan menggunakan bahan bantu mengajar seperti televisyen, radio,

tayangan video , dan sebagainya.

Antara teknik pengajaran lisan tersebut adalah bercerita, berbual, menyanyi,

berlakon, main peranan, boneka, sumbang saran, perbincangan , dsb.

i. Teknik bercerita

Teknik bercerita sangat digemari oleh kanak-kanak dan memainkan peranan

yang penting dalam pengajaran lisan. Dalam pengajaran bahasa secara

Page 12: kajian untuk pemulihan khas cepat membaca kv kv

umumnya, teknik bercerita bermaksud guru menyampaikan pengajarannya

melalui aktiviti bercerita, iaitu guru akan bercerita kepada murid-muridnya dan

seterusnya disusuli dengan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti

soal jawab, murid menceritakan semula cerita tersebut, dan sebagainya. Dalam

konteks pengajaran lisan, teknik bercerita lebih tertumpu kepada murid itu

sendiri, iaitu mereka akan bercerita secara lisan sama ada tentang pengalaman,

harapan, tentang sesuatu cerita yang didengar atau dibaca, dan sebagainya.

Bagi kanak-kanak berkeperluan khas, guru hendaklah membantu mereka

melalui soalan-soalan atau gambar-gambar seperti gambar tunggal atau

gambar bersiri. Semasa murid bercerita, guru hendaklah memberi perhatian

tentang sebutan, bahasa, gaya pertuturan, dan kelancaran.

ii. Teknik perbualan

Aktiviti perbualan kebiasaannya dilakukan berdasarkan sesuatu tajuk. Teknik

perbualan bertujuan melatih murid berkomunikasi secara sosial seperti berbual

melalui telefon. Perbualan hendaklah berkisar tentang perkara yang berlaku

dalam kehidupan mereka setiap hari. Murid-murid boleh diminta bercakap

tentang ibu atau bapa, kawan, hobi, permainan, dan sebagainya. Perbualan

boleh berlangsung antara guru dengan murid atau sesama murid. Tajuk yang

guru tetapkan hendaklah sesuai dengan pengalaman murid supaya mereka

dapat berbual tentang tajuk itu.

iii. Teknik menyanyi

Sifat semula jadi kanak-kanak sangat suka mendengar nyanyian dan juga

menyanyi. Bagi kanak-kanak, menyanyi dianggap sebagai satu bentuk aktiviti

yang merehatkan dan menyeronokkan. Guru menggunakan teknik menyanyi ini

untuk menarik minat murid mengikuti pengajaran dan pembelajaran di kelas.

Guru perlulah bijak memilih lagu yang hendak dinyanyikan oleh murid-murid

iaitu lagu yang betul tatabahasa, dan perbendaharaan katanya. Selain itu guru

boleh memilih rentak lagu yang diminati oleh murid-murid dan mencipta lirik

baru dengan memasukkan perkataan-perkataan yang perlu murid kuasai

Page 13: kajian untuk pemulihan khas cepat membaca kv kv

sebutannya.

iv. Teknik lakonan

Teknik lakonan amat baik untuk mengajar dan melatih bahasa lisan kanak-

kanak. Melalui lakonan kanak-kanak dilatih melakonkan watak-watak

tertentu dengan menggunakan skrip pendek dan ringkas. Teknik ini dapat

melatih sebutan, intonasi, dan kelancaran pertuturan kanak-kanak di

samping melatih menggunakan pelbagai jenis ayat seperti ayat penyata,

ayat tanya, ayat seruan, dan ayat perintah.

v. Teknik boneka

Teknik Boneka dikenali juga sebagai teknik patung atau ”puppet”. Teknik ini

adalah antara teknik yang sangat digemari oleh kanak-kanak kerana pergerakan

boneka dan dialog dalam lakonan boneka ini sangat menarik dan

menghiburkan. Ada kanak-kanak berkeperluan khas yang pendiam tetapi

akhirnya mahu bercakap setelah gurunya menggunakan boneka untuk bercakap

dengannya dan dia juga menggunakan boneka untuk menjawab soalan guru

tadi. Guru boleh menyediakan berbagai-bagai jenis boneka seperti boneka kayu,

boneka sarung tangan, boneka tali, boneka piring dan sebagainya. Namun,

boneka yang dibuat oleh murid sendiri adalah lebih bermakna kepada mereka.

Bagi mencapai objektif pengajaran lisan, guru hendaklah memberi peluang

muridnya bercakap atau berlakon dengan menggunakan boneka sesama

mereka.

v. Teknik main peranan

Dalam teknik main peranan, murid melakonkan watak yang dipilih berdasarkan

cerita atau situasi yang ditetapkan. Murid perlu faham akan peranan watak itu

dan menghayatinya lalu melakonkan aksi dan percakapan watak itu. Contoh

situasi yang diberi boleh seperti berikut:

Seorang murid telah terjumpa syiling dua puluh sen.

Page 14: kajian untuk pemulihan khas cepat membaca kv kv

Dia pergi berjumpa gurunya dan menyerahkan syiling

itu kepada gurunya sambil memberitahu di mana dia

menjumpai syiling itu. Guru memuji sikapnya yang

amanah itu.

vii. Teknik berbincang

Dalam pengajaran bahasa, teknik berbincang sering digunakan untuk

mendapatkan isi dan menyusun isi tersebut bagi sesebuah karangan. Guru

boleh menjalankan teknik perbincangan ini melalui dua cara, iaitu, (1)

perbincangan berlaku antara guru dengan murid-murid, dan (2) perbincangan

berlaku antara murid dengan murid sama ada secara kelas atau dalam

kumpulan kecil. Semasa perbincangan, isi-isi penting dicatat di papan tulis dan

kemudian disusun berdasarkan kehendak tajuk perbincangan. Bagi mengajar

kemahiran lisan, guru menggalakkan murid bercakap untuk memberi pendapat

dengan ayat dan tatabahasa yang betul.

viii. Teknik perbahasan

Teknik ini sering digunakan oleh guru bahasa untuk melatih murid-murid

kemahiran bertutur khusus di hadapan penonton yang ramai. Melalui teknik ini

murid diminta berbahas tentang satu tajuk atau isu yang diberi. Teknik ini amat

berkesan untuk membentuk keyakinan diri yang tinggi di kalangan murid

sekolah. Bagi murid berkeperluan khas, guru boleh mengubah suai teknik

perbahasan ini dalam bentuk yang lebih mudah dilakukan mengikut keupayaan

murid.

Teknik-teknik pengajaran lisan di atas boleh digunakan untuk mengajar kanak-

kanak masalah pembelajaran menguasai kemahiran lisan. Guru hendaklah

merancang terlebih dahulu aktiviti lisan yang hendak dilaksanakan dan aktiviti

yang dijalankan hendaklah berfokus kepada penglibatan murid secara optimum.

Sebagai contoh, sekiranya guru memilih untuk menggunakan teknik bercerita

dalam pengajarannya, maka ia hendaklah merancang aktiviti yang memberi

Page 15: kajian untuk pemulihan khas cepat membaca kv kv

peluang murid-muridnya menceritakan pengalaman atau minat mereka,

bercerita tentang gambar besiri atau gambar tunggal, tentang ibu bapa mereka,

dan sebagainya. Aktiviti sebeginilah yang dapat membantu murid menguasai

kemahiran lisan mereka dengan lebih baik.

Latih Tubi Lisan

Menguasai kemahiran lisan, terutamanya sebutan adalah sukar bagi sesetengah

kanak-kanak terutamanya kanak-kanak masalah pembelajaran. Kanak-kanak

Down Syndrome dan kanak-kanak spastik adalah antara contoh kanak-kanak

berkeperluan khas yang sering menghadapi masalah lisan terutamanya

sebutan. Selain itu kanak-kanak yang mengalami masalah gagap juga sangat

memerlukan aktiviti lisan untuk membantu mengurangkan masalah tersebut.

Namun, bagi masalah gagap yang serius, kanak-kanak tersebut memerlukan

rawatan khusus oleh pakar fisioterapi pertuturan.

Guru boleh menjalankan aktiviti-aktiviti pemulihan untuk masalah lisan seperti

sebutan kepada muridnya di dalam kelas melalui aktiviti latih tubi. Latih tubi

adalah satu cara mengajar dengan mengulang-ulangkan fakta atau sesuatu

kecekapan yang diajar. Cara ini merupakan sebahagian daripada usaha

menghafaz atau mengingat sesuatu. Tujuannya adalah untuk mencapai taraf

kemahiran yang maksimum dan menjadikan apa yang dipelajari itu kekal dalam

ingatan, malahan dapat digunakan dalam situasi-situasi lain.

Latih tubi amat perlu digunakan untuk kanak-kanak masalah pembelajaran.

Selain mereka mengalami masalah pertuturan terutamanya dalam sebutan,

mereka juga sangat lemah dalam ingatan jangka pendek dan jangka panjang.

Latih tubi akan dapat membantu mereka mengingat kemahiran lisan yang

dipelajari.

Terdapat dua jenis latih tubi yang biasa digunakan dalam pengajaran dan

pembelajaran lisan iaitu (1) latih tubi aspek sebutan atau fonologi, dan (2) latih

tubi aspek struktur atau ayat.

Page 16: kajian untuk pemulihan khas cepat membaca kv kv

1. Latih Tubi Aspek Sebutan ( Fonologi )

Kanak-kanak masalah pembelajaran kebanyakannya menghadapi masalah

sebutan. Latih tubi jenis ini khusus digunakan untuk membantu murid yang

menghadapi masalah menyebut bunyi-bunyi tertentu dalam perkataan. Ada dua

jenis latih tubi bentuk ini iaitu latih tubi pasangan minimal dan latih tubi

pemintal lidah.

i. Latih tubi pasangan minimal

Kanak-kanak masalah pembelajaran kerap menghadapi masalah menyebut

bunyi-bunyi konsonan tertentu. Mereka kerap tersalah menyebut konsonan

yang mempunyai perbezaan bunyi yang paling minimum dalam perkataan

sehingga menyebabkan makna perkataan itu tersasar jauh, misalnya d dalam

perkataan ladang disebut sebagai l sehingga bertukar menjadi perkataan lalang.

Oleh itu guru perlu menyediakan senarai perkataan yang mengandungi

konsonan d dan l dan meminta murid menyebutnya berulang-ulag kali sehingga

mahir.

Contoh: dari --- lari

ladang --- lalang

lada --- lala

dada --- lada

tadi --- tali

ii. Latih tubi pemintal lidah

Latih tubi pemintal lidah sangat penting untuk melatih kanak-kanak menyebut

sesuatu bunyi dengan betul dan tepat. Latih tubi jenis ini hanya menumpukan

kepada bunyi tertentu yang menjadi masalah kepada kanak-kanak

menyebutnya.

Contoh:

a) Masalah menyebut fonem /p/

Page 17: kajian untuk pemulihan khas cepat membaca kv kv

Pandang pandan tepi pagar depan padang

b) Masalah menyebut fonem /s/ di awal perkataan ( contoh yang

sangat popular digunakan dalam bahasa Inggeris)

She sells sea shells at the sea shore. The shells she sells are sea

shore shells.

2. Latih Tubi Aspek Struktur ( Ayat )

Latih tubi struktur digunakan untuk memahirkan murid dengan bentuk-bentuk

ayat tertentu dan membimbing murid menguasai kemahiran membina ayat.

Dalam konteks pengajaran kemahiran lisan, latih tubi ini dapat membantu murid

menyebut ayat yang lengkap dengan lancar. Terdapat berbagai-bagai jenis latih

tubi jenis ini dan guru juga boleh mencipta sendiri bentuk latih tubi struktur

yang hendak diberikan kepada muridnya.

i. Latih tubi gantian

Saya suka makan

mi

nasi

bubur

mihun

Page 18: kajian untuk pemulihan khas cepat membaca kv kv

Bahagian tetap

Bahagian

gantian

Bahagian tetap

1. Tuan Puteri itu

2. Buku cerita itu

3. Rumah Pak Ali

sangat

amat

terlalu

sungguh

agak

paling

terlampau

cantik.

besar.

tebal.

Bahagian gantian

Bahagian

tetap

Bahagian gantian

Pencuri

Page 19: kajian untuk pemulihan khas cepat membaca kv kv

Penyamun

Penculik

Penjahat

Perompak

Penyeluk saku

itu telah

dihukum.

ditangkap

dipukul.

diberkas.

dipenjarakan.

dibicarakan.

ii. Latih tubi berkembang

Guru menyebut

Murid menyebut

Saya suka main

bola

sepak

dengan kawan

di padang

sekolah

Page 20: kajian untuk pemulihan khas cepat membaca kv kv

Saya suka main.

Saya suka main bola.

Saya suka main bola sepak.

Saya suka main bola sepak dengan kawan.

Saya suka main bola sepak dengan kawan di padang.

Saya suka main bola sepak dengan kawan di padang sekolah.

iii. latih tubi ulangan

Guru menyebut

Murid menyebut

Awak boleh pergi.

duduk

tidak

Ali,makan

kucing, panjat pokok

Awak boleh pergi.

Awak boleh duduk.

Awak tidak boleh duduk.

Ali boleh makan.

Kucing boleh panjat pokok.

iv. latih tubi mengubah

Guru /murid menyebut

Page 21: kajian untuk pemulihan khas cepat membaca kv kv

Murid menyebut

Saya tidak hendak makan.

Saya tidak berjalan.

Ini bukan buku.

Dia tidak suka makan durian

Saya hendak makan.

Saya sedang berjalan.

Ini buku.

Dia suka makan durian.

Berdasarkan beberapa contoh latih tubi yang diberikan di atas, jelas

menunjukkan bahawa latih tubi boleh membantu kanak-kanak yang bermasalah

dalam kemahiran lisan membetulkan sebutan dan juga struktur ayat.

Dicatat oleh skfskf di 06:04 0 ulasan

MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

PENGENALAN

Bahasa adalah perantara untuk manusia berkomukasi sesama mereka. Manusia

perlu berkomunikasi kerana itulah lumrah kehidupan manusia yang saling

memerlukan di antara satu sama lain dalam setiap aspek kehidupan. Tanpa

keupayaan berbahasa, adalah sukar seseorang itu hendak meluahkan

perasaannya, menyampaikan ideanya kepada orang lain, dan sebagainya.

Masalah Bahasa

Page 22: kajian untuk pemulihan khas cepat membaca kv kv

The National Information Center for Children and Youth with Disabilities (1996),

USA telah mendefinisikan masalah bahasa sebagai;

“… adalah kelemahan dalam keupayaan untuk memahami

dan/atau menggunakan perkataan-perkataan mengikut konteks,

sama ada secara verbal dan bukan verbal. Di antara ciri masalah

bahasa termasuklah penggunaan perkataan dan maknanya yang

kurang sesuai, tidak upaya menyampaikan idea, bentuk tatabahasa

yang kurang sesuai, kurang perbendaharaan kata, dan tidak

upaya mengikut arahan.”

The American Speech-Language-Hearing Association (ASHA) (1982) telah

memberikan definisi dan jenis masalah bahasa yang lebih perinci seperti

berikut;

“Masalah bahasa adalah kecacatan atau perkembangan

pemahaman yang menyimpang atau kandungan bahasa atau

penggunaan dalam pertuturan, tulisan (atau kedua-duanya),

atau sistem simbol yang lain. Masalah tersebut mungkin melibatkan

satu atau gabungan mana-mana aspek bahasa berikut; (1) bentuk

bahasa ( sistem fonologi, morfologi, dan sintaksis), (2) kandungan

bahasa ( sistem semantik), atau (3) fungsi bahasa dalam

komunikasi (sistem pragmatik).”

Bentuk bahasa

a. Fonologi adalah sistem bunyi bahasa dan peraturan linguistik yang

menentukan kombinasi bunyi.

b. Morfologi adalah peraturan linguistik yang menentukan struktur perkataan

dan pembentukan perkataan daripada unsur makna yang asas (morfem).

c. Sintaksis adalah peraturan linguistik yang menentukan susunan dan

Page 23: kajian untuk pemulihan khas cepat membaca kv kv

gabungan perkataan-perkataan bagi membentuk ayat dan hubungan di antara

unsur dalam lingkungan ayat tersebut.

Kandungan Bahasa

a. Semantik adalah sistem psikolinguistik yang mencorak kandungan

pertuturan, kehendak, dan makna perkataan dan ayat.

Fungsi atau penggunaan Bahasa

a. Pragmatik adalah sistem sosiolinguistik yang mencorak penggunaan bahasa

dalam komunikasi, yang mungkin disampaikan secara pergerakan atau

percakapan.

Berdasarkan definisi masalah bahasa di atas, masalah-masalah yang dihadapi

adalah seperti berikut;

i. Fonologi

Kanak-kanak dengan masalah fonologi berkemungkinan menghadapi

masalah dalam bahasa lisan. Mereka kerap membuat kesalahan

menggantikan bunyi dalam perkataan seperti “nama” untuk “mama”, “blink”

untuk drink”.

ii. Morfologi

Kecelaruan yang melibatkan morfologi termasuklah penggunaan imbuhan

yang luar biasa, struktur ayat yang salah, dan penggunaan “tenses” yang

salah (bahasa Inggeris).

iii. Sintaksis

Masalah yang berkaitan sintaksis (ayat) pula melibatkan kesalahan

tatabahasa yang boleh memberi kesan dalam menyusun dan

menyampaikan pendapat yang kompleks.

Page 24: kajian untuk pemulihan khas cepat membaca kv kv

iv. Semantik

Masalah semantik dapat dilihat melalui perkembangan perbendaharaan kata

yang lemah, menggunakan makna perkataan yang tidak sesuai, dan tidak

berupaya memahami makna perkataan.

v. Pragmatik

Masalah berkaitan pragmatik melibatkan ketidakupayaan kanak-kanak

memahami atau menggunakan bahasa dalam konteks atau perbualan dalam

situasi yang berbeza.

Punca Masalah Bahasa

Antara punca masalah bahasa adalah:

Kelewatan bahasa

Ada kanak-kanak yang memperolehi bahasa lewat daripada kebiasaannya.

Sesetengah kanak-kanak akan dapat menguasai bahasa walaupun agak lambat

daripada yang lain, tetapi terdapat juga kanak-kanak yang tidak menunjukkan

perubahan dan memerlukan intervensi awal untuk membantunya.

Aphasia

Aphasia merujuk kepada masalah bahasa akibat daripada ketidakupayaan untuk

membentuk, atau memperoleh semula, dan memberi makna kepada simbol-

simbol arbitrari bahasa. Aphasia berpunca daripada kerosakan otak. Bagi kanak-

kanak kerosakan otak berpunca akibat kecederaan otak semasa lahir atau

ketumbuhan (tumor) otak. Manakala bagi orang dewasa pula mungkin akibat

Page 25: kajian untuk pemulihan khas cepat membaca kv kv

daripada strok atau kecederaan akibat kemalangan.

Gangguan proses auditori pusat (Central auditory processing disorders /CAPD)

Semasa berkomunikasi, telinga dan otak akan menerima maklumat auditori

(pendengaran) dan menterjemahkannya. Kanak-kanak yang mempunyai CAPD

tidak mengalami masalah pendengaran (pekak), tetapi atas sebab tertentu otak

tidak dapat menterjemah maklumat auditori yang diterima daripada telinga

dengan baik.

Kanak-kanak masalah pembelajaran kebiasaannya menghadapi masalah bahasa

yang serius. Masalah bahasa yang mereka hadapi lebih tertumpu kepada

ketidakupayaan memperoleh dan menguasai bahasa penerimaan yang tepat,

ketidakupayaan memproses bahasa dengan tepat, dan ketidakupayaan

menguasai serta melahirkan bahasa pelahiran.

Masalah bahasa yang dihadapi oleh kanak-kanak masalah pembelajaran secara

khusus adalah seperti berikut:

i. mengingat kembali perkataan

ii. menyatakan perkara atau bentuk yang abstrak

iii. memahami perkataan yang mempunyai pelbagai makna

iv. menggunakan ayat yang betul dan lengkap

v. meminta penjelasan untuk mesej yang kurang difahami

vi. menghasilkan mesej yang kompleks dari segi sintaksis

vii. memaklumkan sesuatu maklumat kepada orang lain

viii. mempelbagaikan gaya berkomunikasi untuk menyesuaikannya dengan

pendengar yang berbeza

Intervensi Pengajaran Bahasa

Kanak-kanak yang dikenal pasti menghadapi masalah bahasa hendaklah diberi

perhatian untuk dipulihkan dengan segera. Tindakan awal untuk membantu

Page 26: kajian untuk pemulihan khas cepat membaca kv kv

memulihkan atau mengurangkan masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak ini

dikenali sebagai intervensi. Apabila mengajar bahasa kepada kanak-kanak

terutamanya kanak-kanak masalah pembelajaran, guru hendaklah

menggunakan beberapa kaedah dan teknik pengajaran yang khusus bagi

memenuhi keperluan bahasa kanak-kanak tersebut. Antara intervensi

pengajaran bahasa yang mungkin dapat membantu kanak-kanak mengatasi

masalah penguasaan bahasa mereka adalah seperti berikut:

i. Ajar bahasa di dalam situasi

Mengajar bahasa di dalam situasi yang diadakan akan membantu kanak-kanak

memahami isi pelajaran dan seterusnya menguasai kemahiran bahasa yang

diajar. Contoh: membantu ayah di kebun.

ii. Ikut urutan perkembangan bahasa normal

Pengajaran bahasa hendaklah berdasarkan kemampuan berbahasa kanak-kanak

mengikut peringkat umur mereka.

iii. Guna strategi pengajaran yang khusus dan berkesan ketika memperkenalkan

konsep baru

Pelbagai strategi pengajaran khusus boleh digunakan untuk mengajar kanak-

kanak masalah pembelajaran seperti teknik REBUS, kaedah VAKT, kaedah fonik,

dan sebagainya.

iv. Bercakap tentang apa yang mereka fikir atau lakukan

Kanak-kanak mesti dilatih bercakap dan menyampaikan buah fikiran mereka.

Satu cara mudah merangsang mereka bercakap adalah dengan meminta

mereka bercakap tentang apa yang mereka sedang fikirkan atau perkara yang

mereka sedang lakukan.

v. Terangkan apa yang orang lain lakukan

Kemahiran menerang boleh ditingkatkan dengan cara meminta mereka

menceritakan perkara yang dilakukan oleh orang lain. Menceritakan apa yang

dilihat adalah lebih mudah dilakukan oleh kanak-kanak masalah pembelajaran.

vi. Gunakan contoh yang betul untuk memberikan latihan bagi kemahiran

bahasa yang khusus

Page 27: kajian untuk pemulihan khas cepat membaca kv kv

Menunjukkan contoh yang betul atau modeling digunakan supaya kanak-kanak

dapat meniru kemahiran bahasa yang betul. Kemahiran bacaan mekanis

misalnya boleh dajar dengan cara guru menunjukkan cara bacaan yang betul

atau menayangkan rakaman pembaca berita TV membaca berita.

vii. Gunakan aktiviti harian dalam menyediakan latihan kemahiran-kemahiran

bahasa dalam lingkungan konteksnya

Aktiviti harian kanak-kanak sama ada di rumah atau di sekolah boleh

dimanfaatkan untuk menyediakan pengalaman-pengalaman bahasa yang boleh

mereka pelajari. Selain itu, aktiviti harian pelajar juga boleh digunakan sebagai

bahan atau tema pengajaran bahasa.

Dalam merangka intervensi pengajaran dan pembelajaran bahasa kepada

kanak-kanak masalah pembelajaran, aktiviti hendaklah berfokuskan pelajar.

Masalah Pertuturan

Pertuturan adalah bentuk ekspresi bahasa yang paling biasa dan memerlukan

koordinasi di antara alat artikulasi, pernafasan, dan suara. Pertuturan

melibatkan simbol-simbol yang diwakili oleh bunyi dalam bentuk bahasa yang

formal bertujuan untuk melahirkan idea dan bertukar-tukar fikiran.

Unsur-unsur pertuturan

Pertuturan mempunyai empat unsur, iaitu suara, bunyi atau talun (resonance),

artikulasi, dan kelancaran.

a. Suara terbentuk dalam tiga komponen iaitu (1) pic (pitch) yang merujuk

kepada tinggi rendah nada suara, (2) kekuatan, atau kenyaringan suara, dan (3)

kualiti suara.

b. Bunyi atau resonan adalah aspek bunyi-bunyi pertuturan dan ada kalanya

dianggap sebagai sebahagian daripada suara. Ada individu yang mempunyai

Page 28: kajian untuk pemulihan khas cepat membaca kv kv

suara yang kuat dan ada pula yang suaranya lemah atau pun terlalu nyaring.

c. Artikulasi melibatkan gigi, lelangit, bibir, lelangit, dan pergerakan lidah untuk

mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa.

d. Kelancaran adalah keupayaan bertutur tanpa teragak-agak atau tersekat-

sekat yang boleh mengganggu komunikasi.

Kategori masalah pertuturan

Apakah yang dikatakan pertuturan normal?

Pertuturan yang normal merujuk kepada keupayaan mengeluarkan bunyi-bunyi

bahasa melalui mulut, dilafazkan dengan baik, mempunyai kualiti semula jadi,

rentak dan kadar yang baik, dan mempunyai perbendaharaan kata yang

mencukupi sesuai dengan peringkat umur.

Masalah pertuturan boleh dibahagikan kepada tiga kategori besar, iaitu masalah

artikulasi, masalah suara, dan masalah kelancaran.

i. Masalah artikulasi

Masalah artikulasi atau gangguan artikulasi adalah pengeluaran bunyi-bunyi

pertuturan yang abnormal, sehingga menyebabkan percakapan menjadi tidak

tepat atau percakapan yang tidak sesuai. Masalah artikulasi terdiri daripada

perkara-perkara berikut:

penggantian

pengguguran

pengubahan, dan

penambahan

Penggantian bunyi terjadi apabila bunyi tertentu dalam sesuatu perkataan

Page 29: kajian untuk pemulihan khas cepat membaca kv kv

digantikan dengan bunyi yang lain, misalnya “malan” untuk “makan”” wabbit”

untuk “rabbit”. Kesilapan ini sering berlaku kepada kanak-kanak yang masih

belum matang.

Pengguguran bunyi pula melibatkan pengguguran atau menghilangkan sesuatu

bunyi konsonan. Pengguguran boleh berlaku di permulaan, tengah, atau akhir

perkataan, misalnya “idung” untuk “hidung”, “besa” untuk “besar”, dan lain-

lain.

Pengubahan bunyi terjadi apabila sebutan asal diubah sehingga boleh

menghilangkan maknanya. Masalah ini ketara dalam penyebutan bahasa

Inggeris misalnya perkataan “sip” disebut “shlip”. Sekiranya untuk perkataan

“susah”, konsonan “s” disebut dengan hembusan angin yang kuat atau

keterlaluan boleh mengubah bunyi perkataan tersebut, misalnya “sssyusyah”

Penambahan bermaksud menambah bunyi tertentu dalam perkataan seperti

“bawa” disebut “bawah atau bawuah”, “animal” disebut “ ammanimal” atau

“ammaminal”.

a) Punca masalah artikulasi

Masalah artikulasi boleh dikaitkan dengan beberapa faktor yang menyebabkan

gangguan artikulasi. Di antaranya adalah seperti sumbing bibir atau sumbing

lelangit, kecacatan lidah, penyakit ataupun kecacatan pada hidung atau tekak,

kelumpuhan otak, peniruan pertuturan yang salah ketika mula belajar bercakap

sewaktu kanak-kanak, dan juga faktor persekitaran.

Sumbing, iaitu kecacatan lelangit atau bibir ialah kerenggangan tulang mulut,

tisu lembut, dan struktur bahagian atas bibir yang mengganggu pengeluaran

udara melalui hidung dan menghasilkan suara yang sengau.

Masalah pertuturan juga boleh berpunca daripada kelumpuhan otak (brain

damage) yang mengawal sistem saraf tunjang dan pergerakan otot alat

pertuturan. Kanak-kanak akan menjadi sukar menerima atau mengeluarkan

bunyi atau suara yang betul.

Page 30: kajian untuk pemulihan khas cepat membaca kv kv

Ketika masih bayi lagi, kanak-kanak belajar bertutur dengan meniru pertuturan

orang dewasa. Kebiasaannya sebutan perkataan sengaja tidak lengkap bagi

memudahkan mereka meniru sebutan perkataan. Mereka juga menyebut

perkataan dengan pelat, misalnya “nacik” untuk “nasi”, “be’ ak” untuk “berak”

dan sebagainya. Sekiranya kesilapan sebutan ini tidak dibetulkan, maka kanak-

kanak tersebut akan mengalami masalah menyebut perkataan dengan betul.

Faktor persekitaran juga mempengaruhi keupayaan bertutur kanak-kanak

misalnya persekitaran keluarga yang tidak banyak bercakap, menggunakan dua

atau lebih bahasa , tekanan emosi, atau juga kanak-kanak yang terbiar tanpa

bimbingan orang dewasa sebagai model..

b) Strategi Intervensi Masalah Artikulasi

Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk membantu kanaka-kanak

yang menghadapi masalah artikulasi sebelum masalah itu berlarutan dan

memberi kesan yang negatif kepada kanak-kanak tersebut. Di antaranya adalah

seperti terapi pertuturan, pendekatan interaktif, dan komunikasi tambahan

(augmented communication).

Terapi Pertuturan

Ahli terapi pertuturan akan menjalankan terapi bersama kanak-kanak secara

individu, dalam kumpulan kecil, atau secara terus di dalam kelas untuk

mengatasi masalah pertuturan kanak-kanak. Di antara strategi yang digunakan

adalah:

· aktiviti intervensi bahasa iaitu ahli terapi pertuturan akan berinteraksi dengan

kanak-kanak dan bercakap dengan mereka. Bahan-bahan seperti gambar, buku,

objek, atau peristiwa yang berlaku digunakan untuk merangsang perkembangan

bahasa kanak-kanak . Ahli terapi juga akan menunjukkan cara penyebutan yang

betul dan menggunakan kaedah latih tubi untuk membina kemahiran bertutur

dan juga bahasa.

Page 31: kajian untuk pemulihan khas cepat membaca kv kv

· Terapi artikulasi (alat pertuturan), iaitu melibatkan artikulasi, penghasilan

bunyi, dan latihan-latihan melalui tunjuk cara penyebutan yang betul kepada

kanak-kanak. Terapi ini dilaksanakan melalui aktiviti permainan. Misalnya ahli

terapi akan menunjukkan cara menyebut sesuatu huruf, misalnya “ r ” . Selain

itu dia juga akan menunjukkan cara bagaimana lidah perlu digerakkan untuk

menghasilkan bunyi “ r “sebut.

Pendekatan Interaktif

Melalui pendekatan interaktif ini, ahli intervensi yang mungkin terdiri daripada

ibu bapa, guru pendidikan khas, atau ahli terapi pertuturan akan cuba

menggunakan sifat semula jadi kanak-kanak untuk bercakap tentang apa yang

dia sedang lakukan, merancang untuk lakukan, ataupun perkara yang dia ingin

lakukan. Sesi pemulihan ini dilakukan semasa kanak-kanak sedang bermain,

makan, atau semasa pergi ke restoran dengan menggunakan bahasa dan

sebutan yang betul. Menurut Bloom (1991), tujuan pendekatan ini adalah untuk

merangsang kanak-kanak supaya kanak-kanak banyak. Justeru, sebutan mereka

akan menjadi lebih tepat di samping meningkatkan lagi perbendaharaan kata

mereka.

Komunikasi Tambahan

Ada kalanya terdapat kanak-kanak bermasalah pembelajaran yang mengalami

masalah pertuturan yang serius tidak dapat bercakap dengan baik. Oleh itu,

komunikasi tambahan diperkenalkan kepada kanak-kanak ini. Satu bentuk

komunikasi tambahan adalah bahasa isyarat kod tangan yang biasanya

digunakan oleh golongan masalah pendengaran.

ii. Masalah suara

Masalah atau gangguan suara melibatkan kualiti bunyi (akustik) suara yang

tidak normal atau luar biasa yang dihasilkan ketika kanak-kanak bercakap.

Page 32: kajian untuk pemulihan khas cepat membaca kv kv

Semua suara berbeza dari segi nada, kualiti suara, dan punca suara dihasilkan.

Suara kurang menyenangkan apabila dikeluarkan secara sengau, serak atau

garau (hoarseness), dan berbisik. Semua ini akan mengganggu komunikasi yang

berkesan.

Masalah suara akibat jeritan, sorakan yang terlalu kuat hanyalah bersifat

sementara dan akan pulih apabila tekak diubati dan kekuatan bunyi pertuturan

dikurangkan.

Guru akan dapat mengenal pasti pelajarnya yang menghadapi masalah suara

berdasarkan petunjuk-petunjuk berikut:

i. suara sengau

ii. suara orang yang sesak nafas

iii. suara berbunyi kasar atau suara seperti orang menarik nafas sambil

bercakap

iv. suara sangat perlahan

v. bercakap seperti berlagu

vi. bercakap senada (monotone voice)

vii. pic (pitch) suara biasanya tinggi atau rendah

viii. corak penekanan perkataan dalam ayat yang berlainan daripada biasa, dan

ix. bersusah payah menyebut perkataan ( contoh: mengejip mata, muka

berkerut, menggenggam tangan, dsb)

Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah suara, mereka boleh dipulihkan

melalui intervensi terapi pertuturan seperti yang dibincangkan sebelum ini.

iii. Masalah kelancaran

Gangguan kelancaran melibatkan aliran pertuturan yang mempengaruhi kadar

dan kelicinan pertuturan seseorang. Gagap adalah bentuk gangguan kelancaran

pertuturan yang paling biasa. Seseorang dikatakan gagap apabila menyebut

sesuatu perkataan berulang-ulang, tersekat-sekat, dan diikuti ketegangan otot

tekak. Keadaan ini terjadi akibat gangguan pernafasan yang berpunca daripada

Page 33: kajian untuk pemulihan khas cepat membaca kv kv

penyelarasan otot pertuturan yang tidak sempurna. Gagap berlaku secara

berselang-seli di antara pertuturan normal dan gagap mengikut kelonggaran

dan ketegangan otot pertuturan.

Terdapat beberapa fakta yang berkaitan dengan gagap. Di antaranya adalah:

gagap sesuatu yang mesti berlaku kepada setiap kanak-kanak (2-4 tahun),

tetapi akan beransur-ansur pulih setelah melalui pengalaman interaksi dengan

persekitaran,

Kaum lelaki lebih ramai gagap berbanding wanita, dan

gagap boleh diturunkan melalui pertalian genetik keluarga.

Individu yang gagap akan menunjukkan ciri-ciri tertentu pertuturannya. Namun

dari segi fizikal individu yang gagap tidak ada perbezaan dengan individu

normal. Di antara ciri individu yang gagap adalah seperti berikut:

Pertuturan tidak lancar kerana secara tidak sengaja kerap mengulang-ulang

menyebut perkataan dan pemanjangan bunyi perkataan .

Melakukan pengulangan dan pemanjangan sebutan satu huruf yang sama .

Gagal mengaitkan perkataan dengan emosi.

Cuba menyembunyikan masalah gagap dengan mengubah nada dan kadar

pertuturan, memejamkan mata, mengulang suku kata, perkataan atau frasa,

dan menggerakkan tangan semasa bertutur.

a) Punca masalah gagap

Banyak faktor yang dikaitkan sebagai punca kepada masalah gagap.

Berdasarkan pendapat daripada beberapa penulis, punca masalah gagap

dapatlah dirumuskan seperti berikut.

Page 34: kajian untuk pemulihan khas cepat membaca kv kv

Ketidakstabilan mekanisme neuromuscular untuk pertuturan ketika peringkat

awal kanak-kanak. Ketika kanak-kanak sudah mula mahu bercakap, otot-otot

pertuturan masih belum bersedia dan tidak stabil. Keadaan ini menyebabkan

pertuturan menjadi tersekat-sekat dan berulang-ulang.

Keadaan persekitaran juga boleh menyebabkan gagap terutamanya

persekitaran rumah yang tidak selamat dan tidak menggembirakan serta

hubungan emosi yang tidak cukup di antara anak dan ibu bapa.

Keadaan fizikal yang lemah akibat kekurangan zat makanan, dan mempunyai

masalah kesihatan.

Kejutan secara tiba-tiba seperti kemalangan, kematian orang tersayang

terutamanya ibu atau bapa, pengalaman yang menakutkan, dan menghidap

sesuatu penyakit.

Peniruan pertuturan yang salah semasa proses mula belajar bertutur.

Sekiranya sejarah keluarga mempunyai ahli yang gagap, besar kemungkinan

masalah gagap akan diturunkan kepada anak-anak mereka.

Seseorang yang mahir tangan kiri boleh menjadi gagap sekiranya dipaksa

menggunakan tangan kanan untuk menulis atau membuat sebarang kerja.

b) Panduan mengurangkan masalah gagap

Morley M.E. (1972) telah memberikan lima prinsip rawatan untuk membantu

individu gagap mengatasi masalah mereka.

Menyesuaikan diri dengan gagap

Page 35: kajian untuk pemulihan khas cepat membaca kv kv

Ramai individu gagap berasa yang mereka adalah berlainan daripada orang lain

hasil daripada pengalaman-pengalaman dan reaksi orang lain terhadap

pertuturan mereka yang gagap. Sedarkan mereka bahawa ramai orang yang

kononnya tidak gagap sebenarnya mengalami masalah bercakap tersekat-sekat

dan mungkin gagap pada masa-masa tertentu. Mereka perlu mengakui yang

mereka gagap dan menerima hakikat ini secara positif tanpa rasa takut dan

beremosi.

2…Terapi mengurangkan ketegangan.(Relaxation therapy)

Rawatan terapi mengurangkan ketegangan ini akan mengurangkan ketegangan

fizikal dan mental. Sekiranya diamalkan selalu akan meningkatkan keselesaan

dan ketenangan mental yang akan meningkatkan kecekapan dan keyakinan

untuk menjalani kehidupan tanpa tekanan.

Latihan-latihan yang membantu ke arah mengawal petunjuk-petunjuk

Gagap.

Latihan hendaklah yang boleh menyumbang ke arah pengalaman

pertuturan yang lancar dan latihan yang membantu mereka mengawal

gagap ketika berlaku.

Perbincangan, cadangan, dan tugasan

Pada setiap kali rawatan, masalah dan situasi tertentu akan dibincangkan.

Misalnya yang berkaitan dengan penggunaan telefon, membeli tiket bas, dan

berbagai-bagai masalah dan situasi lagi. Cadangan diberi bagaimana individu

itu mengatasi masalah yang dihadapinya dan menjadikan situasi gagap sebagai

latihan untuk melaksanakan cadangan-cadangan yang diberi.

Terapi kumpulan

Apabila tiba masa yang sesuai, individu gagap akan menghadiri sesi terapi

secara berkumpulan. Di sini dia akan bertemu dengan orang lain yang

menghadapi masalah yang sama dan berkongsi pengalaman masing-masing.

Page 36: kajian untuk pemulihan khas cepat membaca kv kv

Intervensi untuk memulihkan masalah gagap perlulah dimulai pada peringkat

awal masalah gagap ditunjukkan sebelum menjadi lebih teruk.

Dicatat oleh skfskf di 06:02 0 ulasan

Konsep Pemulihan

Mat Nor Husin Dan Jais Sahok (1990 :6)

Pendidikan yang diberikan kepada pelajar yang gagal di peringkat bilik darjah

kerana tidak menerima isi pelajaran seperti pencapaian rakan sebaya mereka

yang tidak bermasalah.

Koh Boh Boon (1982 :2)

? Pemulihan adalah lebih terbatas yang lebih khusus sifatnya kerana ia

bertujuan membaiki kelemahan pembelajaran.Ia melibatkan murid-murid

lambat,iaitu mereka yang lembab (lambat mencapai pembelajaran berbanding

dengan kanak-kanak lain).

Prinsip-Prinsip Pendidikan Pemulihan

? Mengenal pasti murid yang menghadapi masalah pembelajaran dan membuat

penilaian awal atas mereka.

? Pendekatan secara individu,misalnya mengadakan kelas khas yang kecil.

? Kurikulum yang diubahsuaikan.

? Dalam mengajar sesuatu item,kita hendaklah menegaskan luasnya dan buken

perinciannya.

? Ketepikan isi-isi pelajaran yang tidak berfaedah.

? Mudahkan gerak kerja supaya murid dapat membuatnya dan mendapat

kepuasan.

? Kurangkan masa untuk aktiviti yang lain supaya murid yang lemah dapat

diberi perhatian.

? Gunakan banyak latih tubi dan tunjuk cara.

Pelaksanaan Program Pemulihan

Page 37: kajian untuk pemulihan khas cepat membaca kv kv

? Mengenal pasti murid yang memerlukan program pemulihan dengan cara

memerhati atau membuat ujian saringan.

? Mencari punca kelemahan murid dalam bidang kemahiran yang berkenaan

dengan cara memerhati atau membuat ujian diagnostik.

? Merangcang dan menyediakan bahan-bahan pembelajaran yang sesuai bagi

pemulihan untuk murid

? Menentukan aktiviti pengejaran dan pembelajaramn yang sesuai dengan

kebolehan dan daya penyerapan murid.

? Jika murid yang menyertai program pemulihan itu berjaya menguasai

kemahiran yang dikehendaki,murid itu harus ditempatkan dalam kumpulan

yang sesuai.

? Selepas program pemulihan guru harus juga memberi aktiviti sokongan

dengan tujuan mengukuhkan kemahiran yang dikuasai serta membina

keyakinan murid.

Perbezaan Antara Pendidikan Pemulihan Dengan Pendidikan Imbuhan

? Walaupun pendidikan pemulihan dan pendidikan imbuhan berkait rapat tetapi

ia tetap mempunyai perbezaan yang tertentu.

? Menurut kamus lengkap,perkataan imbuhan bermaksud tambahan pada

barang-barang yang disukat,ditimbang dan lain-lain, manakala perkataan

perulihan pula bermaksud pulih,sembuh atau kembali seperti sedia kala.

? Daripada pengertian yang diberikan di atas, nyatalah bahawa ‘imbuhan

‘membawa maksud keadaan kekurangan atau kerugian yang memerlukan

tambahan,manakala ‘pemulihan ‘ pula bermaksud suatu keadaan yang tidak

memuaskan yang memerlukan pembaikan.

? Pendidikan imbuhan pada amnya bolehlah dianggap sebagai satu usaha atau

tindakan yang diambil untuk menggantikan sesuatu kekurangan. Ia merupakan

langkah-langkah yang rapi dan teliti yang diprogramkan untuk mencegah

berlakunya sebarang kelemahan di kalangan murid.

? Pencegahan seperti ini dilakukan pada peringkat awal pembelajaran.Biasanya

pendidikan imbuhan melibatkan kanak-kanak yang kurang bernasib baik yang

sekiranya dibiarkan akan menyebabkan berlakunya keciciran.

Page 38: kajian untuk pemulihan khas cepat membaca kv kv

Pendidikan Imbuhan Menitik Beratkan Perkara Berikut.

1. Pendidikan imbuhan haruslah dilaksanakan lebih awal,iaitu pada peringkat

awal pembelajaran.

2. Guru hendaklah menentukan aspek-aspek pembelajaran yang

diperlukan.Pangajaran disusun dengan rapi dan teliti.

3. Guru hendaklah juga menentukan objektif tingkah laku murid dengan jelas

dan khusus.

4. Guru hendaklah boleh mengubahsuai bahan-bahan kurkulum dan kaedah

pengajaran dan pembalajaran dalam bentuk yang lebih berkesan.

5. Guru hendaklah mempunyai hubungan yang baik dengan agensi-agensi dan

badan-badan lain yang boleh membantu meningkatkan prestasi murid.

Rumusan dan Kesimpulan

® Dalam membentuk strategi pendidikan imbuhan ,satu program menyeluruh

yang melibatkan ibu bapa dan komuniti hendaklah dititikberatkan .Program ini

juga harus meliputi program untuk kesihatan yang sempurna,makanan dan

pemakanan.

® Pendidikan pemulihan pula adalah sebahagian daripada pendidikan imbuhan.

Pendidikan pemulihan merupakan langkah-langkah khas untuk membantu murid

yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu.Dalam pendidikan

pemulihan,murid ini biasanya di tempatkan dalam kelas khas di sekolah.

® Aktiviti pemulihan biasanya dijalankan dalam jangka masa yang pendek dan

ditumpukan kepada usaha untuk mengatasai kelemahan dalam kemahiran-

kemahiran asas. Grafik Perbezaan Antara Pendidikan Pemulihan Dengan

Imbuhan. Pendidikan Pemulihan Dalan KBSR Dan KBSM

? Pelajar-pelajar di dalam kelas KBSR adalah berbeza dari segi minat, bakat dan

kebolehan.Begitu juga pelajar-pelajar di kelas KBSM.Oleh sebab kebolehan

pelajar-pelajar adalah berbeza, maka kadar pembelajaran juga berbeza.

? Dalam suatu tempoh masa yang tertentu,terdapat pelajar yang masih belum

menguasai sesuatu kemahiran. Dengan itu,pendidikan pemulihan adalah

diperlukan bagi pelajar KBSR dan KBSM,

Peranan Guru Biasa Dalam Perlaksanaan Pemulihan Kelas Biasa.

Page 39: kajian untuk pemulihan khas cepat membaca kv kv

? Perbincangan berkenaan pendidikan pemulihan dalam bahagian ini adalah

ditumpukan pada peranan guru biasa.Guru biasa hanya menerima latihan yang

terhad dalam teori dan amali pendidikan pemulihan.

? Oleh itu guru biasa ini hanya dapat mengendalikan kes-kes yang ringan

sahaja.Kes-kes yang lebih serius dalam masalah pembalajaran hendaklah

dikendalikan oleh guru pemulihan khas yang telah menghadiri kursus

pendidikan pemulihan khas.

Langkah-Langkah Khusus Dalam Pengelolan Pemulihan Kelas Biasa

? sesi pemulihan kelas biasa.

? pengenalpastian pelajar .

? penganalisisan masalah.

? Perancangan.

? Pengajaran.

? Penilaian.

? tindakan susulan.

1. Pengenalpastian Pelajar

? Cara-cara yang biasanya digunakan untuk mengenal pasti pelajar-pelajar

lambat ialah seperti pemerhatian,pentafsiran rekod prestasi dan rekod

profil,ujian kertas dan pensil,latihan harian,soal jawab dan temu bual dengan

guru darjah dan ibu bapa.

? Maklum balas yang diperolehi melalui cara-cara tersebut dapat memberi

gambaran tentang pelajar-pelajar yang belum menguasai konsep dan

kemahiran yang telah diajar oleh guru.

2. Penganalisisan Masalah

? Cara yang digunakan untuk menganalisis masalah pembelajaran ialah dengan

memerhati cara pelajar menjalankan aktiviti-aktiviti pembelajaran.Misalnya

dengan memerhati bagaimana seseorang pelajar menjalankan operasi tambah

atau tolak,guru dapat menentukan jenis-jenis masalah matematik yang dihadapi

oleh seseorang pelajar.

Page 40: kajian untuk pemulihan khas cepat membaca kv kv

3. Perancangan

? Perancangan program pemulihan hendaklah berasaskan keperluan-keperluan

pelajar iaitu aktiviti-aktiviti pembelajaran hendaklah bertujuan untuk mengatasi

masalah-masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti.

? Prinsip Perancangan Pengajaran Pemulihan

1. Pengajaran pemulihan hendaklah seimbang dengan kebolehan pelajar. 2.

Elakkan daripada menyampaikan aktiviti pembelajaran yang terlalu banyak