perangi denggi gempur aedes

5
PERANGI DENGGI GEMPUR AEDES Apakah itu Demam Denggi? Demam Denggi ialah sejenis penyakit yang dibawa oleh nyamuk Aedes yang menjadi masalah utama kepada kesihatan awam. Jenis Demam Denggi yang amat berbahaya ialah Demam Denggi Berdarah. Ia merupakan punca utama kematian kanak-kanak di kebanyakan negara. Demam Denggi ini bawaan oleh nyamuk Aedes kepada manusia melalui gigitannya. Demam Denggi boleh diklasifikasikan sebagai penyakit berjangkit. Bagaimanakah penyakit ini merebak? Sesiapa sahaja yang digigit nyamuk yang membawa kuman virus denggi ini, menghadapi risiko yang amat tinggi dan merbahaya. Demam Denggi menyerupai demam selsema dan mempunyai ciri-ciri yang berbeza mengikut umur pesakit yang terkena Demam Denggi. Cara pemindahan penyakit ini ialah dengan virus Denggi yang dipindahkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes yang membawa virus Denggi, nyamuk Aedes berupaya menyebarkan penyakit berkenaan dalam jangka masa 8-12 hari selepas menghisap darah manusia. Nyamuk betina yang dijangkiti virus denggi boleh memindahkan virus tersebut ke generasi seterusnya melalui pemindahan melalui ovari , walaupun terdapat kajian menunjukkan di beberapa bahagian tertentu di dunia, monyet boleh dijangkiti dan menjadi sumber virus bagi nyamuk yang belum dijangkiti dan virus Denggi dari mangsa pertama hanya dapat menjangkiti ke mangsa kedua 18 jam sebelum suhu badan

Upload: sutan-ajai

Post on 22-Nov-2015

29 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

aedes

TRANSCRIPT

PERANGI DENGGI GEMPUR AEDESApakah itu Demam Denggi? Demam Denggi ialah sejenis penyakit yang dibawa oleh nyamuk Aedes yang menjadi masalah utama kepada kesihatan awam. Jenis Demam Denggi yang amat berbahaya ialah Demam Denggi Berdarah. Ia merupakan punca utama kematian kanak-kanak di kebanyakan negara. Demam Denggi ini bawaan oleh nyamuk Aedes kepada manusia melalui gigitannya. Demam Denggi boleh diklasifikasikan sebagai penyakit berjangkit. Bagaimanakah penyakit ini merebak? Sesiapa sahaja yang digigit nyamuk yang membawa kuman virus denggi ini, menghadapi risiko yang amat tinggi dan merbahaya. Demam Denggi menyerupai demam selsema dan mempunyai ciri-ciri yang berbeza mengikut umur pesakit yang terkena Demam Denggi. Cara pemindahan penyakit ini ialah dengan virus Denggi yang dipindahkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes yang membawa virus Denggi, nyamuk Aedes berupaya menyebarkan penyakit berkenaan dalam jangka masa 8-12 hari selepas menghisap darah manusia. Nyamuk betina yang dijangkiti virus denggi boleh memindahkan virus tersebut ke generasi seterusnya melalui pemindahan melalui ovari , walaupun terdapat kajian menunjukkan di beberapa bahagian tertentu di dunia, monyet boleh dijangkiti dan menjadi sumber virus bagi nyamuk yang belum dijangkiti dan virus Denggi dari mangsa pertama hanya dapat menjangkiti ke mangsa kedua 18 jam sebelum suhu badan meningkat dan sekurang-kurangnya 3 hari selepas timbulnya gejala penyakit.Bagaimanakah terjadinya Demam Denggi? Demam Denggi terjadi apabila nyamuk yang dijangkiti membawa virus Denggi di dalam badannya. Virus ini kemudiannya dipindahkan kepada manusia semasa nyamuk Aedes menghisap darah. Sebaik sahaja seseorang itu digigit, virus Denggi akan memasuki dan beredar di dalam aliran darah, maka bermulahlah Demam Denggi. Apakah penyebab Demam Denggi? Penyebab Demam Denggi berpunca dari 4 jenis virus Denggi iaitu DEN-1,DEN-2,DEN-3 dan DEN-4. Semua nyamuk Aedes berupaya bertindak sebagai vektor virus Denggi sebelum memidahkannya kepada manusia. Walau bagaimanapun, vektor utama virus ini ialah nyamuk Aedes Aegypti. Vektor lain adalah seperti nyamuk Aedes Albopictus yang merupakan vektor virus Denggi di kawasan bandar. Apakah faktor yang meningkatkan risiko Denggi? Faktor yang meningkatkan risiko Denggi ialah mereka yang tinggal di kawasan terdedahnya kepada nyamuk Aedes, seperti kawasan tapak pembinaan yang terbiar, tidak menjaga kebersihan kawasan rumah dan luar rumah, serta tidak melupuskan sampah-sarap. Penyakit ini menjadi lebih teruk dan sering membawa kematian .

Apakah gejala Denggi? Gejala Denggi ialah sakit kepala yang teruk, sakit di belakang bebola mata, sakit sendi dan otot serta gatal-gatal .Ciri-ciri keradangan demam Denggi adalah bintik-bintik merah terang dan biasanya muncul di anggota bahagian bawah pesakit. Sesetengah pesakit, ia merebak hampir keseluruhan tubuh. Seluruh kulit tubuh bertukar kemerah-merahan dan tompok-tompok pada kulit. Demam Denggi ialah sejenis penyakit yang kompleks merangkumi Demam Denggi, Demam Denggi Berdarah dan Sindrom Renjatan Denggi. Ciri-ciri Demam Denggi berubah-ubah mengikut umur pesakit. Orang dewasa dan kanak-kanak mengalami Sindrom Demam yang tidak serius ataupun Demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk ,ruam dan sakit di belakang mata, otot dan sendi. Penyakit ini bermula dengan peningkatan suhu badan yang mendadak, diikuti gejala-gejala lain seperti merah muka dan lain-lain gejala. Rasa tidak selesa di bahagian ulu hati, sensitive di bahagian rusuk kanan dan sakit di bahagian abdomen yang merupakan perkara biasa Demam Denggi Berdarah. Demam selalunya berterusan selama 2-7 hari dan suhu badan boleh meningkat setinggi 40-41oC dan mungkin diikuti dengan kekejangan dan pendarahan. Bagi kes-kes yang serius, keadaan pesakit akan merosot dengan mendadak selepas demam beberapa hari . Kulit pesakit menjadi dingin, lebam dan padat dengan darah berkumpul dan pesakit berasa tidak selesa. Renjatan dicirikan oleh denyutan nadi yang lemah dan cepat. Apakah komplikasi yang mungkin timbul? Komplikasi Demam Denggi ialah Demam Denggi Berdarah dan Sindrom Renjatan Denggi. Apakah ujian-ujian yang boleh dilakukan untuk mengesan penyakit ini? Pemeriksaan darah digunakan untuk membantu dalam Demam Denggi. Apakah rawatan yang diberi untuk Demam Denggi? Tiada rawatan khusus bagi Demam Denggi dan kes Demam Denggi atau tanpa renjatan, cecair yang diberi secara oral.Bagaimana cara mencegah Denggi? Cara mencegah Denggi ialah dengan berlindung dari gigitan nyamuk Aedes, memusnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk dan hapuskan nyamuk Aedes dewasa. Lindungi diri dari terkena gigitan nyamuk Aedes ialah dengan pakai pakaian yang menutupi bahagian tubuh dan memasang ubat nyamuk ketika tidur. Jangan pergi ke tempat di mana pembiakan nyamuk berlaku. Musnahkan tempat pembiakan nyamuk. Cara yang lain untuk mencegah tempat pembiakan nyamuk dengan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk. Nyamuk Aedes membiak di kawasan takungan air seperti tayar yang tidak digunakan lagi dan polistirena.Hapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes dewasa. Gunakan racun serangga untuk membunuh nyamuk Aedes dewasa. Terdapat pelbagai penyakit berjangkit yang boleh membawa maut. Mungkin kita tidak sedar sekarang, tetapi bahaya yang bakal menanti. Kita mesti berusaha untuk mengubah dan selamatkan dunia kita. Janganlah kita membuang sampah merata-rata kerana ia mungkin akan menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.NAMA

: NUR FYSA KARMILA BT. MOHD AZLAN UMUR

: 11 TAHUN

SEKOLAH

: SEKOLAH KEBANGSAAN RAUB INDAH

NO. KAD PENGENALAN: 031103-06-0500