perang dingin di timur tengah

Upload: fizharon

Post on 14-Apr-2018

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Perang Dingin Di Timur Tengah.

    1/15

    PERANG DINGIN DI TIMUR TENGAH

    1.0 PENGENALAN

    Konflik Arab-Israel bukanlah perkara baru yang wujud dalam arena pergolakan

    politik di Asia Barat dan ianya berkekalan sehingga ke hari ini. Secara asas logiknya,

    sudah tentu persoalan yang sering ditanya ialah kapasiti negara Israel yang kecil

    tetapi sukar dikalahkan oleh negara-negara Arab yang mendapat sokongan dari

    Soviet. Hal ini kerana Amerika Syarikat berdiri teguh di belakang Israel yang

    menjadi pengkalan atau base di kawasan Asia Barat. Maka jelaslah disini bahawa

    negara Arab dan Israel menjadi medan untuk Amerika serta Soviet melampiaskan

    nafsu kolonialisme dan imperialisme mereka biarpun dengan cara pertumpahandarah. Istilah Cold War atau Perang Dingin sebenarnya diperkenalkan oleh

    Bernard Baruch sekitar tahun 1947 yang merujuk kepada hubungan dingin diantara

    hubungan Soviet dengan blok Barat terutamanya Amerika.[1]

    Amerika dan Soviet sebenarnya mempunyai pelbagai tujuan dan matlamat di atas

    konflik yang berlaku misalnya persaingan ideologi, kepentingan ekonomi,

    kedudukan strategik kawasan Asia Barat, keselamatan Israel dan persaingan

    pengukuhan kekuasaan. Sejak tahun 1920-an lagi, sudah wujud rusuhan kecil

    penduduk Palestin terhadap penempatan Yahudi namun empat siri peperangan

    terbesar dapat dilihat pada Perang Kemerdekaan (1948), Perang Suez (1956),

    Perang Enam Hari (1967) dan Peran Yom Kippur (1973). Dalam setiap siri

    peperangan ini jelas campur tangan pihak Barat dalam pembekalan ketenteraan,

    kelengkapan peperangan seperti senjata dan kemahiran petempuran. Israel

    mendapat sokongan kuat daripada Amerika, Britain, Perancis manakala Mesir,

    Jordan, Syiria dan negara-negara lain yang menentang Israel akan disokong oleh

    Soviet.

    2.0 PEMBENTUKAN ORDE BARU PASCA PERANG DUNIA II

    Semasa Perang Dunia II berlaku diantara tahun 1939 hingga 1945, Amerika dan

    Soviet berganding bahu untuk menentang tentera Nazi di Jerman. Kesan daripada

    peperangan ini menyaksikan kuasa Perancis dan Britain mulai lemah kerana

  • 7/29/2019 Perang Dingin Di Timur Tengah.

    2/15

    kemusnahan perang dan kestabilan politik tidak seimbang. Dua kuasa besar dunia

    muncul selepas Perang Dunia II ini iaitu Amerika dan Soviet yang berlumba-lumba

    untuk meluaskan kekuasaan mereka.[2] Maka tercetuslah perang dingin diantara

    keduanya dek kerana perbezaan perjuangan dan ideologi yakni blok fahaman

    kapitalisme menentang blok komunisme. Perang dingin ini tidak bersifat lokal

    sebaliknya melibatkan fenomena global misalnya Eropah Timur, krisis Balkan,

    Jepun, Korea, kawasan Asia Barat dan juga Perang Vietnam menyaksikan

    penglibatan Amerika dengan jelas.[3] Krisis di Asia Barat mulai tercetus apabila

    Soviet mula memasuki Turki dan kemudiannya menguasai Iran di bawah Pakatan

    Anglo-Soviet yang ditandatangani pada 12 Julai 1941.[4] Tindakan ini menyebakan

    rasa tidak senang Amerika dan Britain dan akhirnya Israel diiktiraf sebagai sebuah

    negara berdaulat pada tahun 1948 bertujuan untuk mengekang pengaruh Soviet.[5]

    Justeru jelaslah bahawa selepas Perang Dunia II berakhir, dua oder baru dunia

    muncul dan bersaing dalam melebarkan pengaruh dan kekuasaan dalam senario

    Perang Dingin.[6]

    3.0 FAKTOR-FAKTOR CAMPURTANGAN AMERIKA-SOVIET

    3.1 PERBEZAAN IDEOLOGI

    Ideologi komunisme mula bertapak di Rusia seawal abad ke 20 apabila golongan

    Bolshevik telah menggelarkan diri mereka sebagai Union of Soviet SocialistRepublic.[7] Fahaman komunisme ini bertunjangkan teori Karl Marx yang

    menekankan triad dialektikal meterialism yakni golongan pemodal dan kewujudan

    perbezaan kelas akan merosakkan masyarakat.[8] Lenin berpendapat bahawa

    golongan pemodal harus dihapuskan serta perbezaan kelas misalnya golongan

    gereja yang menggunakan agama sebagai alasan hanya membebankan rakyat.[9]

    Fahaman ini sangat berbeza dengan ideologi kapitalisme Amerika yang

    mengutamakan golongan pemodal dan tidak menolak konsep keagamaan. Apabila

    Amerika melihat Nikita Kruschev ghairah meluaskan ideologi komunis denganmenyokong mana-mana negara yang menentang kapitalisme, keadaan ini amat

    membimbangkan kerana Amerika tidak mahu kedudukan ekonomi mereka terjejas

    untuk menjalankan perindustrian di luar negaranya.[10] Di Asia Barat misalnya,

    Soviet menunjukkan minat terhadap Laut Hitam yang terletak di antara Selat

    Bosphorus dan Dardanelles di bawah jagaan Turki.[11] Maka Presiden Truman telah

  • 7/29/2019 Perang Dingin Di Timur Tengah.

    3/15

    memberi amaran kepada Soviet supaya tidak memaksa Turki untuk bekerjasama

    dalam usaha untuk menguasai Laut Hitam.[12] Walaupun Soviet tidak mampu

    untuk melebarkan pengaruh komunis sehingga tertubuhnya sebuah negara sosialis

    seperti China di bawah Mao Tse Tung, namun Soviet menyokong setiap negara

    yang menentang blok Barat terutamanya Amerika dan Britain.

    Kemasukan pengaruh komunis di Timur Tengah telah membimbangkan Amerika

    misalnya di Syria. Terdapat dua parti yang kuat memberontak untuk menjatuhkan

    pemerintahan Adib al-Shishakli pada tahun 1930-an iaitu Parti Bath dan Parti

    Komunis.[13] Seorang pemimpin komunis berbangsa Syria keturunan Kurdi, Khalid

    Baqdash merupakan seorang pemidato yang handal dan bijak untuk mempengaruhi

    masyarakat.[14] Beliau mendapat pelajaran di Moscow dan pernah dipenjarakan di

    Perancis pada tahun 1931. Selepas pembebasannya, beliau giat mempengaruhi danmenyebarkan dakyah komunisme di Syria. Untuk menyekat peluasan pengaruh ini,

    Amerika mengambil langkah drastik dengan menaja Pakatan Baghdad pada Januari

    1955.[15] Pakatan ini disertai oleh Iraq, Turki, Pakistan dan Iran. Krisis diantara

    Nasser dan Nuri al-Said menyebabkan permasalahan kepada keutuhan pakatan ini

    kerana kedua-duanya mahu menunjukkan kekuatan masing-masing. Apabila Turki

    dan Iraq menyertai pakatan ini pada 24 Februari 1955, Radio Kaherah menuduh

    Iraq sebagai sekutu Yahudi.[16] Empat hari kemudiannya, tentera Israel menyerang

    Mesir yang berpengkalan di Gaza.[17] Tindakan ini menyebabkan Mesir mendapatbanyak sokongan negara-negara Arab misalnya Syria, Arab Saudi dan Jordan.

    Konflik Arab-Israel membolehkan Soviet campurtangan dan menyokong Syria dan

    Mesir. Dalam situasi ini, Amerika cuba untuk menjaga hubungan baik dengan

    negara-negara Arab dan juga Israel seperti memberikan bantuan kewangan untuk

    pembangunan ekonomi negara. Jelas di sini penglibatan Amerika-Soviet dalam

    konflik Arab-Israel dari segi persaingan ideologi untuk menyekat pengaruh masing-

    masing.

    Asas pemahamannya, pertentangan fahaman ideologi di antara teori kapitalis dan

    komunis boleh dianggap salah satu faktor penting konflik Arab-Israel berlaku kerana

    Israel dijadikan Amerika sebagai benteng untuk menyekat pengaruh ideologi Soviet

    daripada melebar di kawasan Asia Barat.

    3.2 KEPENTINGAN EKONOMI

  • 7/29/2019 Perang Dingin Di Timur Tengah.

    4/15

    Kekayaan hasil galian negara-negara Arab ini memang tidak boleh dinafikan selain

    prospek perdagangan yang menguntungkan. Perebutan utama negara-negara Barat

    di kawasan Timur Tengah ini disebabkan oleh faktor keperluan minyak.[18] Soviet

    misalnya di antara tahun 1947 hingga 1949 telah memiliki hampir 5 kawasan

    konsesi minyak di Iran. Oleh hal yang demikian, sekutu kuat Amerika iaitu Britain

    merasa terdesak kerana negaranya tidak mempunyai sumber minyak.[19] Oleh hal

    yang demikian, syarikat melombong milik Britain iaitu British Petroleum dan

    syarikat Amerika Basra Petroleum Company giat mencari gali minyak di beberapa

    kawasan misalnya Iraq, Kuwait, Jordan, Arab Saudi dan sebagainya.[20]

    Selain daripada keperluan minyak, kawasan negara Timur Tengah menjadi rebutan

    Amerika dan Soviet disebabkan faktor imbangan dagangan. Negara-negara Arab

    yang akan menjalankan perdagangan maka sudah tentu perlu ada tempatsimpanan keuntungan, maka Britain sekitar 1960-an menjadi Bank Simpanan untuk

    negara seperti Kuwait, Jordan, Libya, Arab Saudi dan Iraq. Oleh hal yang demikian,

    mata wang pound sterling menjadi kukuh serta prospek perkembangan ekonominya

    menjadi lebih cepat.[21] Just

    eru, Soviet memerlukan lebih banyak sokongan daripada negara-negara Arab untuk

    menjalankan kegiatan perdagangan sekaligus menolak kepentingan Amerika dan

    sekutunya.

    Terusan Suez merupakan laluan penting untuk menghubungkan Eropah dan Asia

    tanpa perlu mengelilingi benua Afrika.[22] Terusan ini diuruskan oleh Universal

    Company of the Suez Maritime Canal di bawah seliaan Perancis dan Mesir. Pada

    tahun 1875, Benjamin Disraeli iaitu Perdana Menteri Britain telah membeli saham

    pengurusan terusan Suez ini. Pada peringkat awal, hubungan Mesir dengan

    Amerika-Britain amat baik.[23] Buktinya pada tahun 1954, Nasser menandatangani

    perjanjian dengan Amerika Syarikat dari segi bantuan kewangan tanpa syarat

    sebanyak $40 juta. Britain dan Amerika juga berjanji akan membiayai projekpembinaan Empangan Aswan.[24] Namun pada tahun 1955, hubungan baik ini

    mulai renggang kerana Nasser menjalinkan hubungan diplomatik dan menunjukkan

    sokongan terhadap Perdana Menteri India, Jawaharlal Nehru dan Presiden Tito dari

    Yugoslavia selepas Persidangan Bandung bulan April 1955.[25] Pada tahun 1956

    pula, Nasser mula menunjukkan minatnya terhadap blok Soviet dengan mengiktiraf

  • 7/29/2019 Perang Dingin Di Timur Tengah.

    5/15

    komunis China dan Soviet berjanji akan membantu dalam aspek kewangan untuk

    pembinaan Empangan Aswan. Kejadian bertambah buruk apabila Nasser

    menghasut Jordan untuk menyingkirkan pegawai tentera Britain iaitu Jeneral Glubb

    Pasya.[26] Ketegangan ini akhirnya menyebabkan Britain dengan kerjasama

    Amerika menarik balik tawaran pinjaman yang dijanjikan untuk pembinaan

    Empangan Aswan sebanyak $200 juta. Sebagai tidak balas, pada Julai 1956, Nasser

    melakukan nasionalisasi terusan Suez.[27] Tindakan ini menyebabkan Britain telah

    mengheret Perancis dan Israel untuk turut serta menyerang Mesir.[28] Jelas

    bagaimana Israel dijadikan alat atau pengkalan Britain serta Amerika untuk

    menyerang negara-negara Arab. Konflik Arab-Israel sebenarnya menguntungkan

    pihak Amerika dan Britain terutamanya setelah tercetusnya Perang Enam Hari pada

    tahun 1967.[29] Perang ini adalah satu episod konflik Britain-Amerika untuk

    menguasai kawasan Timur Tengah. Krisis Suez telah menjadikan kredibiliti Nasser

    meningkat di negara-negara Arab kerana berjaya membuatkan Britain serta

    sekutunya mengundur diri. Pada ketika ini, Nasser mendapat sokongan kuat

    daripada Soviet yang memberikan kelengkapan perang serta teknik ketenteraan

    yang baik. Justeru, Britain-Amerika telah bertindak balas dengan menggunakan

    Israel sebagai umpan untuk memulakan perang. Pada 5 Jun 1967, tentera Israel

    berjaya memusnahkan hampir 70% ketenteraan udara Mesir dan 66% ketenteraan

    darat Syria dan Jordan.[30] Dalam masa enam hari sahaja Israel berjaya menguasai

    Tanah Tinggi Golan, Sharm al-Sheikh, Baitul Maqdis serta Semenanjung Sinai.[31]

    Israel dengan bantuan Amerika berjaya mengalahkan United Arab Republic yang

    diketuai Nasser dengan sangat teruk dan menakluk beberapa wilayah

    Semenanjung Sinai yang kaya dengan sumber minyak. Hasil daripada rampasan ini

    dikongsi bersama pihak Amerika, Israel dan sekutunya misalnya dua buah syarikat

    cari gali minyak giat menjalankan perlombongan iaitu Compagnie Orietale de

    Petroles (COPE) dan General Petroleum Company (GPC). Pemprosesan minyak di

    Sinai mampu menyumbang pengeluaran hampir 160 000 tong sehari. Britain-

    Amerika mendapat keuntungan dari segi pelaburan dan konsesi minyak manakala

    Israel mendapat keuntungan dari segi penaklukan wilayah dan sumber air bersih

    daripada Tanah Tinggi Golan

    Konflik antara Amerika Syarikat dan Soviet ini turut berlaku di negara-negara Arab

    yang lain seperti Turki. Konflik Amerika-Soviet ini berpunca daripada tindakan Turki

  • 7/29/2019 Perang Dingin Di Timur Tengah.

    6/15

    sendiri iaitu mereka ingin meluaskan kuasa dan mendapatkan semula Kepulauan

    Cyprus sebagai wilayahnya pada tahun 1970-an.[32] Keadaan ini telah

    menimbulkan ketegangan hubungan Turki-Amerika kerana Kepulauan Cyprus

    merupakan sebuah kepulauan domestik yang mempunyai kepentingan untuk

    Amerika Syarikat. Dalam pada masa yang sama, Soviet melihat ketegangan Turki-

    Amerika ini adalah sebuah peluang keemasan untuk mereka meluaskan pengaruh

    di Turki. Tindakan Soviet untuk meluaskan ideologi komunisme ini ditentang habis-

    habisan oleh Britain kerana Turki merupakan sekutu rapat mereka di Asia Barat.[33]

    Britain telah mengadakan pakatan secara sulit dengan Amerika untuk

    menyingkirkan pengaruh Soviet daripada Turki.[34] Keadaan yang berlaku ini

    menyebabkan wujudnya pertelingkahan antara Soviet dan juga Amerika.

    Pertelingkahan antara Amerika dan juga Soviet ini telah mendatangkan kesan untuk

    jangkamasa panjang penglibatan Amerika-Soviet dalam konflik dunia Arab sehingga

    melibatkan mereka dalam konflik Arab-Israel.

    Jelas disini bahawa konflik Arab-Israel sebenarnya adalah Perang Dingin diantara

    Amerika dan Soviet dalam usaha melebarkan pengaruh serta mendapatkan

    kepentingan masing-masing di negara-negara Arab.

    3.3 KESELAMATAN ISRAEL

    Selepas Israel menakluk beberapa wilayah Arab, dalam persidangan Kesset pada 12Jun 1967, Perdana Menteri Israel iaitu Levi Eshkol menyatakan bahawa Israel tidak

    akan menyerahkan kembali wilayah Arab yang ditaklukinya.[35] Hal ini

    menimbulkan kemarahan antabangsa kerana tindakan Israel mencabul hak

    kedaulatan sesebuah negara dan melanggar undang-undang antarabangsa. Soviet

    mengecam tindakan Israel dan menuntut supaya Israel menyerahkan kembali

    wilayah Arab. Oleh hal yang demikian, pada 12 Julai 1967, Yugoslavia

    membentangkan draf rundingan damai Arab-Israel di PBB dan mendapat sokongan

    daripada Soviet.[36] Dalam draf ini Israel dituntut untuk mengeluarkan seluruhtenteranya daripada wilayah Arab yang ditaklukinya.[37] Namun Amerika dan

    Britain menolak draf tersebut kerana ketidakadilan untuk Israel dan Britain sendiri

    mencipta draf rundingan baru.[38] Draf rundingan ini dikenali sebagai Resolusi 242,

    Britain telah meletakkan beberapa syarat seperti layanan kepada pelarian Palestin,

    gencatan senjata serta pengunduran tentera mengikut kehendak Israel.[39] Usaha

  • 7/29/2019 Perang Dingin Di Timur Tengah.

    7/15

    ini bertujuan untuk menjaga kepentingan Amerika-Britain dengan negara-negara

    Arab serta Israel.

    Draf bentangan ini tidak mendapat sokongan banyak pihak kerana ia lebih

    mengutamakan kelebihan Israel misalnya isu penguasaan Baitul Maqdis.[40]

    Walaubagaimanapun, pada 22 November 1967, draf rundingan ini dipersetujui

    maka penaklukan Israel di kawasan Aran secara tidak lansung dihalalkan oleh

    negara-negara kuasa besar ini. Rundingan ini sebenarnya tidak mampu memadam

    dendam yang berakar di dalam hati penduduk Palestin dan negara-negara Arab,

    sebab itulah Palestine Liberation Organization (PLO) menentang draf tersebut

    bersungguh-sungguh.[41] Akhirnya kemarahan ini dijelmakan di dalam Perang Yom

    Kippur pada bulan Ramadhan tahun 1973.[42] Perang ini dilancarkan oleh Mesir dan

    Syria terhadap Israel bertujuan untuk merampas kembali wilayah meraka yangditakluki.[43] Anwar Sadat merupakan seorang yang berkredibiliti dan mendapat

    sokongan padu daripada Soviet. Dalam peperangan ini, pada awalnya Israel kalah

    teruk dan Tanah Tinggi Golan serta kawasab Timur sepanjang terusan Suez

    merentasi tembok Bar Lev yang dikatakan kubu terkuat Israel berjaya diruntuhkan

    hanya menggunakan air.[44] Dalam masa dua hari peperangan, Israel kehilangan

    49 kapal perang, jet pejuang, hampir 500 kereta kebal musnah serta lebih kurang 3

    000 askar terbunuh. Kelemahan Israel pada ketika ini menyebabkan Amerika

    menghantar bantuan ketenteraan dengan cepat. Maka Israel berjaya mengalahkanMesir dan Syria dan secara rasminya pada 25 Oktober 1973, peperangan ini

    berakhir di bawah Resolusi MKPBB 338: 1973.[45]

    Keputusan Resolusi 242 dan Resolusi 338 ini jelas menunjukkan permainan Amerika

    Syarikat dan Britain dalam negara-negara Arab. PBB dilihat tidak mampu

    menyelesaikan masalah yang berlaku sebaliknya lebih mengeruhkan lagi

    ketegangan yang berlaku di Asia Barat. Kesemua rundingan damai tajaan Barat

    tidak adil dan condong kepada kelebihan Israel. Tindakan ini menyebabkan negara-

    negara Arab mula berpaling daripada Amerika namun mereka disogok oleh segala

    jenis bantuan, perjanjian kewangan dan keselamatan serantau. Soviet melihat

    keadaan yang berlaku ini adalah polemik baru yang ditimbulkan oleh Amerika

    dalam usaha mereka untuk meluaskan pengaruh di Asia Barat. Kesan daripada

    peristiwa yang berlaku ini menyebabkan konflik antara Soviet dan Amerika terus

    berlanjutan dalam hubungan politik antara negara-negara Arab dan Israel.

  • 7/29/2019 Perang Dingin Di Timur Tengah.

    8/15

    Manifestasi peperangan ini jelas dilihat apabila wujud campurtangan Amerika dan

    Soviet walaupun bukan berperang secara terus, namun sokongan yang diberikan

    membuktikan Perang Dingin di antara kedua-dua pihak. Walaupun Anwar Sadat

    menghalau penasihat Soviet kerana kegagalan untuk mendapatkan senjata yang

    lebih sofistikated, namun harus diingat sehingga Mei 1971, lebih daripada separuh

    peralatan ketenteraan Mesir berpunca daripada Soviet.[46] Matlamat dan tujuan

    yang berbeza seperti Amerika yang mahu memelihara keselamatan Israel manakala

    Soviet pula mahu menjaga kedaulatan negara-negara Arab.

    4.0 KRONOLOGI EMPAT KONFLIK ARAB-ISRAEL

    Konflik dan petempuran kecil di antara negara Arab dengan Israel sangatbanyak misalnya rusuhan Jaffa 1921, rusuhan Palestin 1929, Operasi Spiring of

    Youth 1973, Operasi Litani 1978 dan banyak lagi akibat daripada perasaan tidak

    puas hati serta dendam yang tidak pernah padam terhadap penubuhan negara

    haram Israel. Namun empat konflik terbesar ialah Perang Kemerdekaan 1948,

    Perang Suez 1956, Perang Enam Hari 1967 dan Perang Yom Kippur 1973. Di dalam

    keempat-empat siri konflik ini, penglibatan Amerika-Britain-Perancis jelas dilihat

    dalam era Perang Dingin menentang Soviet di Timur Tengah.[47]

    Perang Kemerdekaan pada tahun 1948 berlaku kerana tindakan David Ben

    Gurion iaitu presiden Israel telah mengistiharkan kemerdekaanya pada 14 Mei 1948

    sehari sebelum berakhirnya mandat British di Palestin.[48] Tidakan ini

    menyebabkan negara-negara Arab berang dan bertindak menyerang Israel pada

    akhir bulan tersebut. Serangan ini melibatkan Mesir, Syria, Jordan, Lubnan dan

    beberapa negara Arab lain.[49] Namun mereka mengalami kekalahan kerana Israel

    mendapat bantuan penuh daripada Amerika dan Britain.[50] Kerjasama serta

    bantuan yang diberi oleh Amerika dan Britain menyebabkan negara-negara Arab

    cenderung untuk menjalinkan hubungan baik dengan Soviet yang pada ketika itu

    dingin dengan blok Barat. Oleh sebab itulah, banyak kelengkapan dan senjata

    peperangan dibeli daripada Soviet bukannya Amerika.[51]

    Krisis Suez yang berlaku pada tahun 1956 lebih jelas menunjukkan Israel

    dijadikan base atau pengkalan Amerika-Britain di Timur Tengah.[52] Apabila

  • 7/29/2019 Perang Dingin Di Timur Tengah.

    9/15

    Presiden Mesir iaitu Gemal Abdul Nasser menyatakan hasrat untuk

    memiliknegarakan konsesi penyelenggaraan Terusan Suez, Britain telah

    menggunakan Israel sebagai alat untuk permulaan perang dan mengheret Perancis

    dalam kancah peperangan ini.[53] Perdana Menteri Britain iaitu Sir Anthony Eden

    menghantar tenteranya dalam skala yang besar namun tindakan ini mendapat

    tentangan daripada Soviet dan presiden Amerika, Eisenhower mengutuk sikap

    Israel.[54] Tindakan Amerika ini bertujuan untuk menjaga kepentingannya di Mesir

    dan negara Arab lain kerana tidak mahu memburukkan lagi keadaan kerana

    bimbang pengaruh Soviet makin meluas. Walaubagaimanapun, peperangan ini

    menyebabkan Selat Tiran diistiharkan sebagai kawasan antarabangsa dan

    Semenanjung Sinai ditawan oleh Israel.[55]

    Seterusnya ialah Perang Enam Hari yang berlaku bermula daripada 5 Junsehingga 11 Jun 1967. Peperangan ini disertai oleh Mesir, Jordan dan Syria serta

    mendapat sokongan daripada beberapa negara-negara Arab yang lain.[56] Mesir di

    bawah pemerintahan Nasser mendapat sokongan padu daripada Soviet misalnya

    dari segi kelengkapan perang namun Israel mengambil langkah bijak apabila

    menyerang Mesir pada waktu Subuh dalam keadaan tentera-tentera Mesir yang

    tidak bersedia. Negara-negara Arab telah mengalami kekalahan teruk dan imej

    Nasser yang dianggap sebagai hero terjejas.[57] Mesir kehilangan Semenanjung

    Sinai, Baitul Maqdis dan Bukit Tinggi Golan. Terdapat tiga keuntungan Amerika-Britain-Israel dalam peperangan ini iaitu telaga minyak di Semenanjung Sinai,

    perluasan wilayah Israel dan penyelesaian krisis bekalan air bersih.[58]

    Lanjutan daripada Perang Enam Hari, di bawah Resolusi 242 anjuran Britain

    dan sekutunya menyebabkan negara-negara Arab tidak berpuas hati. Justeru,

    Perang Yom Kippur menjadi bukti apabila Mesir mahu mendapatkan kembali

    Semenanjung Sinai dan Syria mahukan Bukit Tinggi Golan.[59] Anwar Sadat

    menuntut agar Israel mengundurkan kembali tenteranya dan Israel hampir-hampir

    kalah namun dengan bantuan segera dari Amerika, Mesir dan Syria berjaya

    dikalahkan.[60] Keempat-empat siri konflik ini membuktikan penglibatan Amerika

    dan Soviet di dalam kancah penguasaan mereka di Timur Tengah dengan

    menjadikan negara Arab-Israel sebagai titik tengah.

    5.0 KESIMPULAN

  • 7/29/2019 Perang Dingin Di Timur Tengah.

    10/15

    Lanjutan daripada Perang Dunia II menyaksikan konflik dua kuasa besar

    dunia Amerika dan Soviet dalam arena antarabangsa. Di Timur Tengah khususnya,

    Soviet mahu melebarkan sayap kekuasaanya namun mendapat tentangan sengit

    daripada Amerika. Istilah Perang Dingin wujud kerana ia tidak berlaku secara

    lansung, negara Arab-Israel ini dijadikan kambing hitam daripada Amerika dan

    Soviet untuk membuktikan kekuatan serta menjaga kepentingan masing-masing.

    Jelasnya, konflik Arab-Israel ini sebenarnya adalah arena Perang Dingin di antara

    Soviet dengan Amerika di Timur Tengah.

    6.0 RUJUKAN

    Alexender L. George. 1983. Managing U.S-Soviet Rivalry: Problems of CrisisPrevention. Colorado: Westview Press Inc.

    Anthony Wood. 1986. The Russian Revolution, Second Edition. London: Longman

    Group Limited.

    Eur. 2002. The Middle East and North Africa: Regional Survey of The World. London:

    Routledge Publishing.

    Gabriel Ben-Dor. 1983. State and Conflict in The Middle East: Emergence of The

    Postcolonial State. New York: Praeger Publisher.

    George F. Kennan. 1956. Soviet-American Relations, 1917-1920: Russia Leaves the

    War. New Jersey: Princeton University Press.

    Gregory Treverton. 1983. Crisis Management and The Super-Powers in the Middle

    East. London: Gower Publishing Company Limited.

    James A. Bill and Robert Springborg. 1994. Politics in the Middle East, Fouth Edition.

    New York: Harper Collins College Publisher.

    James A. Bill and Carl Leiden. 1979. Politics in The Middle East. Canada: Little,

    Brown & Company Limited.

    John Fforde. 1992. The Bank of England and Public Policy, 1941-1948. United

    Kingdom: Cambridge University Press.

  • 7/29/2019 Perang Dingin Di Timur Tengah.

    11/15

    Kaveh Farrokh. 2011. Iran at War, 1500-1988. India: Osprey Publishing.

    Mike Bowker. 2007. Russia, America and the Islamic World. Hampshire: Ashgate

    Publishing Limited.

    Nikshoy C. Chatterji. 1987. A History of Modern Middle East. New Delhi: Sterling

    Publisher Private Limited.

    Paul Y. Hammond. 1972. Political Dynamics in the Middle East. New York: American

    Elsevier Publishing Company.

    Steven L. Spiegel. 1982. The Middle East and the Western Alliance. London: George

    Allen & Unwin Publisher.

    Tarun Chandra Bose. 1931. The Superpowers and the Middle East. New Delhi: AsiaPublishing House.

    Walter Lafeber. 1972. America, Russia, and the Cold War, 1945-1971. New York:

    John Wiley and Sons Inc.

    [1] George F. Kennan, Soviet-American Relations, 1917-1920: Russia Leaves the

    War, (New Jersey: Princeton

    University Press, 1956) hlm. 52.

    [2] George F. Kennan, Soviet-American Relations, 1917-1920: Russia Leaves the

    War, hlm. 14.

    [3] Tarun Chandra Bose, The Superpowers and the Middle East, (New Delhi: Asia

    Publishing House, 1931) hlm. 2.

    [4] Kaveh Farrokh, Iran at War, 1500-1988, (India: Osprey Publishing, 2011)

    Chapter 28.

    [5] Tarun Chandra Bose, The Superpowers and the Middle East, hlm. 7.

    [6] Ibid. hlm. 8-9.

    [7] Anthony Wood, The Russian Revolution, Second Edition, (London: Longman

    Group Limited, 1986) hlm. 12.

  • 7/29/2019 Perang Dingin Di Timur Tengah.

    12/15

    [8] Ibid. hlm. 7.

    [9] Ibid. hlm. 9.

    [10] Mike Bowker, Russia, America and the Islamic World, (Hampshire: Ashgate

    Publishing Limited, 2007) hlm. 124.

    [11] Tarun Chandra Bose, The Superpowers and the Middle East, hlm. 2.

    [12] Ibid. hlm. 4.

    [13] James A. Bill and Robert Springborg, Politics in the Middle East, Fouth Edition, (

    New York: Harper Collins College Publisher, 1994) hlm. 260.

    [14] Paul Y. Hammond, Political Dynamics in the Middle East, (New York: American

    Elsevier Publishing Company,

    1972) hlm. 230.

    [15] Ibid. hlm. 71.

    [16] Ibid. hlm. 86.

    [17] James A. Bill and Carl Leiden, Politics in The Middle East, ( Canada: Little,

    Brown & Company Limited, 1979)

    hlm. 265.

    [18] Steven L. Spiegel, The Middle East and the Western Alliance, (London: George

    Allen & Unwin Publisher, 1982)

    hlm. 83.

    [19] Ibid. hlm. 90.

    [20] Nikshoy C. Chatterji, A History of Modern Middle East, (New Delhi: Sterling

    Publisher Private Limited, 1987)

    hlm. 503.

    [21] John Fforde, The Bank of England and Public Policy, 1941-1948, ( UK:

    Cambridge University Press, 1992)

  • 7/29/2019 Perang Dingin Di Timur Tengah.

    13/15

    hlm. 117.

    [22] James A. Bill and Carl Leiden, Politics in The Middle East, hlm. 220.

    [23] Ibid. hlm 263.

    [24] Paul Y. Hammond, Political Dynamics in the Middle East, hlm. 505.

    [25] James A. Bill and Crl Leiden, Politics in The Middle East, hlm. 299.

    [26] James A. Bill and Carl Leiden, Politics in The Middle East, hlm. 239.

    [27] Nikshoy C. Chatterji, A History of Modern Middle East, hlm. 107.

    [28] Ibid. hlm. 113.

    [29] Tarun Chandra Bose, The Superpowers and the Middle East, hlm. 91.

    [30] Mike Bowker, Russia, America and the Islamic World, hlm. 126.

    [31] Tarun Chandra Bose, The Superpowers and the Middle East, hlm. 98.

    [32] Paul Y. Hammond, Political Dynamics in the Middle East, hlm. 547.

    [33] Walter Lafeber, America, Russia, and the Cold War, 1945-1971, ( New York:

    John Wiley and Sons Inc, 1972)

    hlm. 193.

    [34] Ibid. hlm. 198.

    [35] James A. Bill and Robert Springborg, Politics in the Middle East, Fouth Edition,

    hlm. 313.

    [36] Ibid. hlm. 343.

    [37] Alexender L. George, Managing U.S-Soviet Rivalry: Problems of Crisis

    Prevention, (Colorado: Westview Press Inc,

    1983) hlm. 139.

    [38] Nikshoy C. Chatterji, A History of Modern Middle East, hlm. 391. Lihat juga

    artikel George W. Breslauer, Soviet

  • 7/29/2019 Perang Dingin Di Timur Tengah.

    14/15

    Policy in The Middle East, 1967-1972: Unalterable Antagonism or Collaborative

    Competition.

    [39] Nikshoy C. Chatterji, A History of Modern Middle East, hlm. 392.

    [40] Ibid. hlm. 392.

    [41] Eur, The Middle East and North Africa: Regional Survey of The World, (London:

    Routledge Publishing, 2002)

    hlm. 4.

    [42] Gabriel Ben-Dor, State and Conflict in The Middle East: Emergence of The

    Postcolonial State, (New York: Praeger

    Publisher, 1983) hlm. 149.

    [43] Ibid. hlm. 150.

    [44] Gregory Treverton, Crisis Management and The Super-Powers in the Middle

    East, (London: Gower Publishing Company Limited, 1983) hlm. 74.

    [45] Gregory Treverton, Crisis Management and The Super-Powers in the Middle

    East, hlm. 75.

    [46] Paul Y. Hammond, Political Dynamics in the Middle East, hlm. 196-202.

    [47] Tarun Chandra Bose, The Superpowers and the Middle East, hlm. 2.

    [48] James A. Bill and Carl Leiden, Politics in The Middle East, hlm. 318.

    [49] Ibid. 323.

    [50] Paul Y. Hammond, Political Dynamics in the Middle East, hlm. 116.

    [51] Ibid. hlm. 53.

    [52] Steven L. Spiegel, The Middle East and the Western Alliance, hlm. 152.

    [53] Ibid. hlm. 9.

    [54] Nikshoy C. Chatterji, A History of Modern Middle East, hlm. 108.

  • 7/29/2019 Perang Dingin Di Timur Tengah.

    15/15

    [55] Ibid. hlm. 121.

    [56] Ibid. hlm. 235.

    [57] Ibid. hlm. 265.

    [58] Tarun Chandra Bose, The Superpowers and the Middle East, hlm. 136.

    [59] Ibid. hlm. 137.

    [60] Ibid. hlm. 143