peranan tulisan jawi

9
PENJELASAN TENTANG PERANAN TULISAN JAWI DALAM PERADABAN MELAYU PENGENALAN Kehadiran Islam ke Alam Melayu pada abad yang lampau sekaligus membawa bersamanya abjad tulisan Arab, iaitu yang menjadi induk tulisan jawi Melayu pada bajadnya. Tulisan jawi adalah satu warisan ‘Dunia Melayu’ yang bersejarah kerana kehadirannya ke rantau ini menjadi titik tolak pemisahan dari zaman gelap jahiliyah yang menyebelungi bangsa Melayu ke zaman terang- benderang, sama ada dari segi agama mahupun budaya. Oleh itu, bagi orang Melayu mempelajari Tulisan Jawi bukan suatu yang sukar, kerana ia bukanlah baru dalam masyarakat Melayu, bahkan orang Melayu sejak dari kecil lagi telah mengenali apa itu Tulisan Jawi melalui pengajian al-Quran berbanding dengan tulisan Rumi yang telah dibawah oleh penjajah Barat pada aabad ke-15 Masihi. Namun hasil penjajah Barat telah menyebabkan tulisan Rumi ini menjadi nilai yang tinggi dari segi ekonomi, hal ini kerana tulisan Rumi digunakan oleh pemerintah sehingga menyebabkan ia mengatasi tulisan jawi. Dalam tugasan ini, saya akan menjelaskan peranan tulisan Jawi dan peranannya dalam peradaban Melayu sejak dahulu sehingga kini. Manakala dari segi sejarah tulisan Jawi juga memainkaan peranan yang penting dalam bahasa ilmu alam

Upload: adibah-ismail

Post on 27-Oct-2015

223 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

Tulisan Jawi

TRANSCRIPT

Page 1: PERANAN TULISAN JAWI

PENJELASAN TENTANG PERANAN TULISAN JAWI

DALAM PERADABAN MELAYU

PENGENALAN

Kehadiran Islam ke Alam Melayu pada abad yang lampau sekaligus membawa

bersamanya abjad tulisan Arab, iaitu yang menjadi induk tulisan jawi Melayu pada

bajadnya. Tulisan jawi adalah satu warisan ‘Dunia Melayu’ yang bersejarah kerana

kehadirannya ke rantau ini menjadi titik tolak pemisahan dari zaman gelap jahiliyah

yang menyebelungi bangsa Melayu ke zaman terang-benderang, sama ada dari segi

agama mahupun budaya. Oleh itu, bagi orang Melayu mempelajari Tulisan Jawi bukan

suatu yang sukar, kerana ia bukanlah baru dalam masyarakat Melayu, bahkan orang

Melayu sejak dari kecil lagi telah mengenali apa itu Tulisan Jawi melalui pengajian al-

Quran berbanding dengan tulisan Rumi yang telah dibawah oleh penjajah Barat pada

aabad ke-15 Masihi. Namun hasil penjajah Barat telah menyebabkan tulisan Rumi ini

menjadi nilai yang tinggi dari segi ekonomi, hal ini kerana tulisan Rumi digunakan oleh

pemerintah sehingga menyebabkan ia mengatasi tulisan jawi. Dalam tugasan ini, saya

akan menjelaskan peranan tulisan Jawi dan peranannya dalam peradaban Melayu

sejak dahulu sehingga kini. Manakala dari segi sejarah tulisan Jawi juga memainkaan

peranan yang penting dalam bahasa ilmu alam Melayu sejak kedatangan Islam di

rantau ini pada abad ke 13. Di zaman keagungan Islam di Alam Melayu pada abad ke

17 dan 18, banyak karya hasil penulisan para ilmuan tempatan seperti Hamzah

Fansaari, Nuruddin dan sebagainya telah menulis karya mereka dalam tulisan Jawi.

Namun setelah mencapai kemerdekaan, usaha-usaha untuk mengembalikan tulisan

jawi telah dimulakan.

Page 2: PERANAN TULISAN JAWI

PERANAN TULISAN JAWI DALAM PERADABAN MELAYU

Tulisan Melayu huruf Arab atau ia dikenali sebagai ‘tulisan Jawi’ telah lama wujud dan

digunakan sebagai tulisan rasmi Melayu, iaitu sejak abad ke 14 Masihi atau

sebelummnya bahkan menurut Kang Kyong Seock, dapat dikatakan Sejarah Melayu

bermula dengan tulisan Jawi, iaitu serentak dengaan kelahiran kerjaan-kerajaan Islam

yang silam. Makan-makan Diraja Melayu yang telah terdapat di Pasau, Acheh, Daya

dan Geresik (jaya) yang diperbuat daripada batu pualam yang bertulisan huruf-huruf

Aram telah jelas membuktikan hakikat tersebut.

Peranan tulisan Jawi ini bukan sahaja pernah menjadi tulisan utama di

semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Brunei Darusslam, Indonesia, Selatan Thai,

tetapi juga meliputi Sri Lanka (bagi rumpun Melayu) hal ini telah menunjukkan bahawa

tulisan Jawi ini sebagai satu sistem budaya bagi masyarakat atau rumpun Melayu

untuk menunjukkan kemajuan sesuatu peradaban. Pada mulanya tulisan Jawi ini telah

bercampur aduk di antara abjad Arab dan aksara Hindu seperti yang didapati pada

prasasti yang telah ditemui di Minye Tujuh Acheh yang telah bertarikh 1380 Masihi,

namun selepas itu digunakan abjad Jawi sepenuhnya.

Sejak wujudnya alat cetak, peranan tulisan jawi semakin bertambah, di mana ia

digunakan pula sebagai alat untuk terbitan akhbar-akhbar, majalah-majalah dan juga

buku-buku dan risalah-risalah dalam bahasa Melayu. Hal ini dapat dibuktikan apabila

Sri Lanka telah menerbitkan sebuah akhbar Melayu dengan menggunakan tulisan Jawi

yang bertajuk Alamat Langkapuri pada tahun 1869. Sejak itulah tulisan Jawi digunakan

secara menyeluruh bagi menulis kita-kitab agama, karya-karya sastera, buku-buku,

risalah-risalah dan juga prasasti, termasuklah juga surat-surat perjanjian dengan

Page 3: PERANAN TULISAN JAWI

negara-negara luar. Namun pada zaman ini juga, tulisan Jawi yang menggunakan

abjad Arab terbukti kemampuannya menjadi media ilmia, peradaban, komunikasi,

pentadbiran dan juga politik. Tulisan jawi juga digunakan dalam warta-warta kerajaan ,

perutusan-perutusan, perjanjian-perjanjia dan permasyhuran rasmi kerajaan juga

adalah dalam tulisan Jawi.

Namun dari segi sejarah tulisan Jawi itu sendiri memainkan peranan yang sangat

penting dalam memartabatkan peradaban Melayu dari segi bahasa Melayu sebagai

bahasa ilmu di alam Melayu sejak kedatangan Islam di rantau ini pada abad ke 13. Jika

kita lihat peranan tulisan Jawi ini bukan sahaja pada alam Melayu pada zaman dahulu

yang berfungsi sebagai alat komunikasi, penerbitan majalah-majalah, batu bersurat,

wang dan lain-lain lagi, namun tulisan Jawi ini juga masih digunakan pada zaman kini

walaupun ianya agak ketinggalan sedikit, ia tetap digunakan sebagai salah satu media.

Setelah Islam bertapak dengan pesatnya di Tanah Melayu maka berkembanglah

usaha-usaha untuk mempelajari Islam dari sumbernya yang utama iaitu al-Quran dan

hadith. Berdasarkan kepada fakta sejarah bahawa pendidikan Islam yang mula-mula

diperkenalkan ialah berbentuk mengajar al-Quran dan pembelajarannya dimulakan

dengan pelajaran mengenal huruf-huruf. Maka untuk memudahkan lagi usaha

penyebaran ilmu-ilmu Islam, ulama-ulama dan para mubaligh Islam telah

memperkenalkan suatu tulisan huruf yang menyerupai tulisan huruf Arab dikenali

sebagai tulisan jawi.

Tulisan Jawi berkembang pesat sejajar dengan penyebaran Islam, setelah

bangsa Melayu mendapati bahawa tulisan Pallava yang digunakan mereka selama ini

tidak sesuai sekali sebagai wahana penyebaran perihal agama baru ini. Orang Melayu

memandang tinggi tulisan Jawi sebagai gerbang kepada pemahaman Islam dan kitab

sucinya,al-Quran. Penggunaan tulisan Jawi merupakan faktor utama yang memangkin

kebangkitan bahasa Melayu sebagai bahasa serantau di samping penyebaran agama

Islam. Tulisan Jawi digunakan secara meluas di negeri-negeri kesultanan Melaka,

Johor, Brunei, Sulu, Patani,Aceh dan Ternate seawal abad ke-15, untuk tujuan surat-

menyurat diraja, titah-perintah, puisi dan juga kaedah perhubungan utama sesama

Page 4: PERANAN TULISAN JAWI

saudagar di pelabuhan Melaka. Ikhtisar-ikhtisar perundangan purbakala seperti Hukum

Kanun Melaka dan bahan-bahan terbitannya,termasuk Undang-Undang Johor, Pahang,

Kedah dan Brunei semuanya ditulis dalam Jawi.

Selain teks Sejarah Melayu, sumber perundangan di Melaka dapat dirujuk

melalui teks undang-undangnya. Mengikut Liaw Yock Fang, teks undang-undang di

Melaka terbahagi kepada dua iaitu Undang-Undang Melaka dan Undang-Undang Laut

Melaka (Liaw Yock Fang (ed.), 1976). Undang-Undang Melaka dikenali juga sebagai

Undang-Undang Darat Melaka, dan Risalah Hukum Kanun. Di samping itu 46 naskhah

salinan daripadanya diberi berbagai-bagai judul seperti Undang-Undang Melaka,

Undang-Undang Negeri dan Pelayaran, Surat Undang-Undang, Kitab Undang-Undang,

Undang-Undang Melayu, Undang-Undang Raja Melaka, Undang-Undang Sultan

Mahmud Shah, Kitab Hukum Kanun dan Surat Hukum Kanun (46 naskhah ini terkumpul

ke dalam beberapa versi seperti versi Undang-Undang Melaka yang tulin, versi Aceh

dan versi Patani) (Mohammad Yusoff Hashim (1989). Bahasa Melayu dalam tulisan

Jawi merupakan bahasa perantaraan seluruh lapisan masyarakat, baik para raja,

bangsawan, ilmuwan agama mahupun orang keramaian, di samping menjadi lambang

tradisi kebudayaan dan tamadun Melayu. Proses

Pengislaman rantau Melayu telah melariskan abjad Jawi sebagai sistem tulisan

yang paling berkuasa. Sebagai contoh, surat-surat diraja ditulis, dihiasi dan

disampaikan dengan penuh istiadat. Contoh-contoh surat diraja yang masih terpelihara

ialah surat antara Sultan Abu Hayat dari Ternate dan Raja João III dari Portugal (1521);

surat daripada Sultan Iskandar Muda dari Aceh kepada Raja James I dari England

(1615); dan surat daripada Sultan Abdul Jalil IV dari Johor kepada Raja Louis XV dari

Perancis (1719). Kebanyakan karya sastera baik hikayat, puisi mahupun prosa

bertulisan Jawi. Ia merupakan kemuncak tamadun Melayu klasik. Antara karya-karya

epik bersejarah yang dikarang oleh orang Melayu dalam tulisan Jawi termasuk

Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) yang tersenarai dalam Kenangan Dunia oleh

UNESCO, dan puisi-puisi Sufi karya Hamzah Fansuri antara lainnya yang menyumbang

kepada kekayaan dan kedalaman tamadun Melayu.

Page 5: PERANAN TULISAN JAWI

Sewaktu zaman penjajahan, tulisan Jawi masih menguasai Kepulauan Melayu,

terutamanya dalam bidang sastera dan kesenian, teologi, falsafah dan mistik Islam,

perdagangan, dan juga perundangan negeri. Tulisan Jawi merupakan abjad rasmi

Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu sewaktu zaman naungan British. Apatah lagi,

Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi Malaysia antara lain juga tertulis dalam abjad

Jawi.

Apabila kedatangan Islam maka banyak unsur-unsur Islam yang mempengaruhi

bahasa dan tulisan Melayu. Banyak perkataan Arab yang diambil dan dimasukkan

dalam bahasa Melayu samada dikekalkan sebutan dan ejaannya mahupun diserap dan

disesuaikan lafaz dan ejaannya. Contoh kata-kata yang dikekalkan ialah seperti Allah,

Malaikat, nabi, rasul dan lain-lain lagi (Za`ba: 1965). Dengan itu penggunaan tulisan

pengaruh India sudah tidak praktis lagi dalam suasana yang baru ini dan tulisan Arab

telah digunakan untuk bahasa Melayu bagi menggantikan tulisan tersebut yang

kemudiaanya dikenali sebagai tulisan Jawi.

Manakala Sejarah tulisan Jawi di Nusantara berkait rapat dengan kedatangan

Islam ke Nusantara. Berpandukan kepada beberapa fakta, kebanyakan sejarawan

terutamanya dari barat berpendapat bahawa kedatangan Islam ke Nusantara berlaku

pada abad ke-13 Masihi. Penemuan batu bersurat juga menunjukkan bahawa tulisan

jawi telah digunakan sebelum tahun 1303M lagi dan sehingga hari ini tulisan jawi masih

terus digunakan. Bentuk tulisan Jawi pada bukti ini ialah tulisan khat nasakh yang

mudah dibaca dan nada menyebut nama Tuhan dengan panggilan “Dewata Yang

Mulia”. Namun kerana usianya yang terlalu lama di samping ianya telah digunakan

untuk pelapik kaki maka terdapat beberapa bahagian yang telah haus.Hal ini telah

menunjukkan bahawa tulisan jawi ini telah memartabatkan bangsa Melayu. Setiap

Page 6: PERANAN TULISAN JAWI

Menjelang abad Masihi ke 20, penggunaan tulisan jawi sebagai alat perakam

karyakarya persuratan Melayu sudah meliputi suatu lingkungan yang sangat luas.

Bukan itu sahaja malah tulisan jawi telah digunakan dalam semua bidang kehidupan

pada masa itu. Yang paling menonjol ialah penggunaan tulisan jawi di dalam surat-surat

antara negeri-negeri Melayu dengan pihak Inggeris. Keagungan tulisan jawi beransur-

ansur kurang penting tahun demi tahun apabila kerajaan lebih memberikan penekanan

kepada penggunaan tulisan rumi. Akhirnya generasi sekarang banyak yang tidak

memahami tulisan jawi lagi. Sejarah jelas menunjukkan bahawa tulisan jawi yang

diperkenalkan semenjak kurun ke-14 itu telah bertapak kukuh di Tanah Melayu.

Pengaruhnya juga begitu meluas dalam perkembangan Bahasa Melayu. Tetapi sejak

sistem Ejaan Rumi diperkenalkan untuk menulis bahasa Melayu pada awal kurun ke 20,

dan digunakan dalam sistem pendidikan di Tanah Melayu, kedudukan tulisan jawi mula

mendapat persaingan. Semoga dengan usaha yang berterusan dari pelbagai pihak

dalam agenda memartabatkan tulisan jawi akan memberi kesan positif bagi

mengangkat tulisan jawi ke persada dunia dan kekal dihayati di rantau Asia Tenggara.

Waktu telah berlalu dari alam Melayu sehinggalah kini, jika kita meneliti, kita

dapati bahawa masyarakat Malaysia pada ahri ini tidak banyak menggunakan tluisan

Jawi, hal ini dek kerana arus pembangunan negara semakin meningkat, namun jika kita

menelusuri sejarah, tanpa tulisan Jawi ini berkemungkinan peradaban Melayu ini tidak

dapat diwujudkan. Bahan-bahan yang dicetak dalam tulisan Jawi begitu kurang. Ini

antara sebabnya ialah kebanyakan dari kita kurang mahir membaca Jawi. Biasanya

buku-buku, bahan maklumat, bahan bacaan dan lain-lain dicetak dalm tulisan Rumi,

hanya sedikit sahaja yang dicetak dalam tulisan Jawi. Ada pula yang dicetak dalam dua

versi iaitu Jawi Dan Rumi. Namun kini, tulisan Jawi semakin digunakan bagi tujuan

untuk memartabatkan peradaban Melayu.