peranan perpustakaan dalam penilaianpenerbitan · pdf [email protected] abstrak kewujudan...

19
1 Peranan Perpustakaan Dalam Analisis Penerbitan IPT: Pengalaman Perpustakaan UKM Oleh Abu Bakar Maidin Ketua Pustakawan UKM [email protected] Abstrak Kewujudan beberapa sistem penarafan institut pengajian tinggi (IPT) dari dalam dan luar negara telah memberi impak dalam perkembangan IPT, sehingga telah dijadikan ukuran kemajuan pelan strategi Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Dalam sistem penarafan IPT ini, antara indikator yang dinilai adalah penerbitan yang dihasilkan oleh penyelidik-penyelidik di IPT berkaitan. Indikator penerbitan yang diukur termasuklah bilangan bahan di perpustakaan, bilangan makalah dan petikan (citation) yang dihasilkan oleh IPT. Dalam hal ini, Perpustakaan UKM telah diberi tanggungjawab oleh UKM untuk membuat laporan kemajuan bilangan makalah dan petikan yang dihasilkan oleh penyelidik UKM dalam pangkalan data indeks Scopus dan ISI-Web of Science (WOS) dari semasa ke semasa. Pengalaman Perpustakaan UKM dalam menyediakan pelbagai laporan dan analisis penerbitan berkaitan dari Scopus dan WOS dilaporkan dalam kertas ini. Pengenalan Penerbitan adalah sumber utama maklumat dan ilmu pengetahuan. Ia juga merupakan satu kaedah yang berkesan dalam mengabadikan sesuatu maklumat dan ilmu pengetahuan. Justeru itu, para penyelidik dan sarjana menerbitkan hasil-hasil penyelidikan yang dijalankan oleh mereka melalui pelbagai media penerbitan seperti buku, laporan penyelidikan, makalah jurnal, prosiding dan sebagainya. Kepelbagaian jenis penerbitan ini dihasilkan sama ada dalam bentuk digital mahupun bercetak, percuma ataupun berbayar bergantung kepada tujuan dan teknologi yang digunakan. Penerbitan ini juga merupakan suatu produktiviti utama bagi sesebuah Institut Pengajian Tinggi (IPT). Malahan dalam sistem penarafan universiti sekarang seperti Times Higher Education Supplement (THES), Academic Ranking of World Universities (ARW) oleh Shanghai Jiao Tong University dan Sistem Penarafan IPTA Malaysia (SETARA), penerbitan dan petikan kepada makalah jurnal adalah antara indikator yang diukur dalam menilai sesebuah IPT.

Upload: dangcong

Post on 13-Feb-2018

255 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

1

Peranan Perpustakaan Dalam Analisis Penerbitan IPT:Pengalaman Perpustakaan UKM

Oleh

Abu Bakar MaidinKetua Pustakawan UKM

[email protected]

Abstrak

Kewujudan beberapa sistem penarafan institut pengajian tinggi (IPT) dari dalam dan luar negaratelah memberi impak dalam perkembangan IPT, sehingga telah dijadikan ukuran kemajuan pelanstrategi Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Dalam sistem penarafan IPT ini, antaraindikator yang dinilai adalah penerbitan yang dihasilkan oleh penyelidik-penyelidik di IPTberkaitan. Indikator penerbitan yang diukur termasuklah bilangan bahan di perpustakaan,bilangan makalah dan petikan (citation) yang dihasilkan oleh IPT. Dalam hal ini, PerpustakaanUKM telah diberi tanggungjawab oleh UKM untuk membuat laporan kemajuan bilanganmakalah dan petikan yang dihasilkan oleh penyelidik UKM dalam pangkalan data indeks Scopusdan ISI-Web of Science (WOS) dari semasa ke semasa. Pengalaman Perpustakaan UKM dalammenyediakan pelbagai laporan dan analisis penerbitan berkaitan dari Scopus dan WOSdilaporkan dalam kertas ini.

Pengenalan

Penerbitan adalah sumber utama maklumat dan ilmu pengetahuan. Ia juga merupakan satukaedah yang berkesan dalam mengabadikan sesuatu maklumat dan ilmu pengetahuan. Justeruitu, para penyelidik dan sarjana menerbitkan hasil-hasil penyelidikan yang dijalankan olehmereka melalui pelbagai media penerbitan seperti buku, laporan penyelidikan, makalah jurnal,prosiding dan sebagainya. Kepelbagaian jenis penerbitan ini dihasilkan sama ada dalam bentukdigital mahupun bercetak, percuma ataupun berbayar bergantung kepada tujuan dan teknologiyang digunakan.

Penerbitan ini juga merupakan suatu produktiviti utama bagi sesebuah Institut Pengajian Tinggi(IPT). Malahan dalam sistem penarafan universiti sekarang seperti Times Higher EducationSupplement (THES), Academic Ranking of World Universities (ARW) oleh Shanghai Jiao TongUniversity dan Sistem Penarafan IPTA Malaysia (SETARA), penerbitan dan petikan kepadamakalah jurnal adalah antara indikator yang diukur dalam menilai sesebuah IPT.

2

Penarafan IPT

Ada pelbagai sistem penarafan universiti pada masa ini dalam dan luar negara. Dari luar negaraseperti:

i. Newsweek, terkini pada tahun 2006ii. Webometrics Rangking of World Universities (www.webometrics.info/)iii. Academic Ranking of World Universities (Shanghai Jiao Tong University)iv. Times Higher Education Supplement (THES)

Manakala dalam negara pula, ada beberapa sistem penarafan dan audit universiti seperti:

i. Sistem Penarafan IPTA (SETARA)ii. Audit Universiti Penyelidikan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)

Kesemua sistem penarafan IPT di atas mengambil kira penerbitan sebagai salah satuindikatornya. Ini jelas menunjukkan penerbitan amat penting dalam menilai sesebuah IPT.Kepentingan makalah jurnal sebagai indikator penarafan IPT berhubung kait denganpenyelidikan yang dijalankan di sesebuah universiti. Indikator petikan kepada sesuatu makalahjurnal pula menjelaskan impak penyelidikan yang dilaporkan dalam makalah terhadappenyelidikan lain yang dijalankan.

Sudah banyak perbincangan berkaitan pro dan kontra berkaitan sistem-sistem penarafan IPT.Bagaimanapun, bagi mewujudkan suasana persaingan yang sihat, ianya baik digunakan dalammemantau prestasi IPT di arena global, terutama dalam indikator penerbitan yang boleh diukursecara kuantitatif.

Indikator Penerbitan

Indikator penerbitan dalam beberapa sistem penarafan IPT atau audit adalah seperti berikut:

Bil. Sistem Penarafan/ Audit Indikator penerbitan yang digunakan

1 Asiaweek Bilangan bahan di perpustakaan,Bilangan makalah dan bilangan petikan dalam ISIBajet perpustakaan per pelajar

2 Shanghai Jiao Tong Bilangan makalah dalam ISIBilangan makalah dalam Nature dan Science

3 THES Bilangan petikan dalam THES dan Scopus(mulai 2007)Bajet perpustakaan (2008) – data diminta tetapibelum pasti digunakan.

3

Bil. Sistem Penarafan/ Audit Indikator penerbitan yang digunakan

4 IOC Bilangan makalah dan petikan dalam ISI

5 SETARA Bilangan makalah yang diterbitkan dalamindeks petikan

6 Universiti Penyelidikan i. Bilangan makalah yang diterbitkanii. Bilangan petikan per fakulti (10%)iii. Bilangan bahan dalam perpustakaan

Pemantauan Penerbitan

Setiap institusi tentu mempunyai kaedah memantau penerbitan yang dihasilkan oleh penyelidikIPT berkenaan, terutama sekali makalah jurnal.

Di UKM, telah wujud Sistem e-Penerbitan yang membolehkan setiap warga UKM terutamakakitangan akademik merekod penerbitan mereka, malahan penerbitan yang direkodkan akanmemberikan markah tertentu mengikut standard yang telah ditetapkan. Sistem ini akandigunakan dalam penilaian tahunan dan seterusnya dalam proses kenaikan pangkat.

Dalam sistem penarafan IPT antarabangsa seperti THES, IOC dan Shanghai Jiao TongUniversity, statistik yang digunakan adalah bilangan makalah dan petikan dalam pangkalan dataindeks ISI-Web of Science (WOS) dan Scopus. Tujuan menilai petikan kepada penerbitanmakalah adalah untuk melihat impak sesuatu penerbitan atau penyelidikan yang dihasilkan.Kalau tinggi petikan bagi sesebuah IPT, maka penyelidikan di IPT berkenaan mempengaruhipenyelidikan lain.

Sebelum tahun 2007, THES menggunakan WOS sebagai sumber mendapatkan statistik petikankepada makalah jurnal. Sehubungan itu, UKM juga memantau statistik makalah dan petikanmenggunakan WOS. Dapatan menunjukkan, statistik makalah dan petikan IPT Malaysia adalahrendah apabila dibandingkan dengan IPT dari negara Singapura, dan beberapa IPT di Thailand.

Bagaimanapun, apabila THES menggunakan Scopus, bilangan makalah dan juga petikan IPTMalaysia meningkat berbanding dengan dalam WOS. Dalam hal ini, peralihan dari WOS kepadaScopus, memberikan kebaikan kepada IPT di negara-negara membangun. Ini disebabkanbilangan jurnal yang diindeks oleh Scopus lebih banyak berbanding WOS terutama jurnal-jurnalyang diterbitkan di negara-negara membangun.

4

Sekurang-kurangnya empat jurnal Malaysia yang telah diindeks oleh ISI iaitu:

1. Journal of Tropical Forest Science – oleh FRIM2. Bulletin of Malaysian Mathematical Sciences Society –oleh USM3. Malaysian Journal of Library Information Science-oleh UM4. Sains Malaysiana -Oleh UKM

Bagaimanapun, berbanding Scopus, lebih dari 20 judul jurnal diindeks dari Malaysia. Di UKM,pada masa ini, tiga judul jurnal telah diindeks oleh Scopus iaitu:

1. Sains Malaysiana2. Jurnal Pengurusan3. Jurnal Ekonomi Malaysia

Usaha sedang dibuat untuk mencadangkan agar Scopus mengindeks jurnal-jurnal UKM yanglain. Pengindeksan jurnal terbitan Malaysia oleh indeks petikan seperti Scopus dan ISI amatpenting sebagai satu strategi mengantarabangsakan hasil-hasil penyelidikan yang dijalankan olehpenyelidik dan sekali gus boleh meningkatkan petikan kepada jurnal bagi IPT Malaysia. Inikerana markah petikan dalam penarafan agak signifikan.

Dalam laporan Bank Dunia kepada kerajaan Malaysia pada tahun 2007, Malaysia and theKnowledge Economy: Building a World-Class Higher Education System, di muka surat 140melaporkan universiti di Malaysia memperolehi markah yang rendah dalam petikan. Dalam halini, pemantauan yang dibuat oleh pengurusan UKM dan beberapa IPTA Malaysia adalah suatukewajaran. Hal ini juga disebut oleh Menteri Pengajian Tinggi Malaysia dalam kertas kerjaucaptama beliau dalam Seminar Pengurusan Akademik IPT (Mohamed Khalid Nordin, 2008).

Lihat rajah A markah petikan yang diperolehi IPT Malaysia.

Rajah A: Markah Beberapa IPT dalam THES 2007

Rank IPT Peer-Review

Recruitmet

Int.Fac Int.stu

Fac/Stu

Cita/Fac Markah

1 HARVARDUniversity

100 100 93 91 100 96 100

2 YALEUniversity

100 98 84 75 100 91 97.6

2 University ofCAMBRIDGE

100 100 98 91 99 83 97.6

2 University ofOXFORD

100 100 97 96 100 82 97.6

5 Imperial CL 99 99 98 100 100 82 97.56 PRINCETON

U.100 94 83 75 95 97 97.2

7 U.CHICAGO 100 98 71 90 100 86 96.57 CALTECH 100 55 100 91 100 100 96.59 UCLondon 96 98 91 98 100 82 95.3

5

Rank IPT Peer-Review

Recruitmet

Int.Fac Int.stu

Fac/Stu

Cita/Fac Markah

10 MIT, USA 100 99 34 94 85 98 94.6

246 UM 66 66 63 41 38 14 49.4307 USM 55 45 38 30 32 27 42.4309 UKM 61 35 97 28 25 13 42.3364 UPM 48 45 19 23 45 13 38.1

(Sumber: http://www.topuniversities.com)

Jenis Laporan

Pada penghujung tahun 2006, Perpustakaan UKM mula melaporkan statistik makalah danpetikan UKM dalam indeks ISI-WOS. Penyediaan laporan ini adalah atas permintaanpengurusan UKM yang ingin memantau kemajuan statistik petikan. Ianya mempunyai kaitandengan statistik petikan yang digunakan oleh THES sebagai salah satu indikator penarafannya.

Apabila THES mula menggunakan indeks Scopus menggantikan ISI sebagai sumber statistikpetikan IPT bagi penarafan IPT 2007, Perpustakaan UKM mula melaporkan statistik kemajuanbilangan makalah dan petikan dari kedua-dua pangkalan data indeks tersebut. DipihakPerpustakaan pula, pustakawan mula memahirkan diri dalam penghasilan statistik tersebut.

Atas inisiatif Perpustakaan, pelbagai jenis laporan dan data disediakan oleh Perpustakaan bagikeperluan pengurusan universiti memantau kemajuan penerbitan UKM di peringkat antarabangsamelalui Scopus dan ISI yang digunakan oleh THES dalam penarafan universiti.

Laporan-laporan yang disediakan adalah seperti berikut:

i. Laporan statistik bilangan makalah dan petikan UKM dalam pangkalan data ISI-Web of Science dan Scopus. Ini dilaporkan setiap bulan.

Dalam laporan ini, bilangan makalah dan petikan UKM akan dilaporkan disamping statistik petikan untuk tempoh lima (5) tahun selaras dengan tempohliputan THES.

ii. Laporan statistik bilangan makalah dalam Scopus mengikut Fakulti/Institut/ Pusatbagi tahun 2003-2007.

iii. Laporan perbandingan statistik makalah dan petikan beberapa IPT tempatan dariScopus dan ISI

iv. Laporan perbandingan statistik makalah dan petikan beberapa negara OIC danrantau Asia Tenggara, dan juga negara lain.

6

v. Statistik Top 20 Bilangan Makalah dan H-Index UKM bagi tahun 2003-2007.

vi. Statistik Top 20 Bilangan Makalah dalam ISI bagi Malaysia bagi tahun 2003-2007.

vii. Laporan Status Semasa Penerbitan Jurnal UKM.

viii. Laporan penerbitan dalam Scopus dan ISI bagi keperluan kakitangan akademikyang memohon jawatan kenaikan pangkat. Diperlukan oleh Bahagian SumberManusia.

(Contoh-contoh laporan seperti pada Lampiran)

Di samping laporan-laporan tersebut, perpustakaan harus mengambil inisiatif memaklumkankepada warga akademik akan jurnal-jurnal Malaysia yang diindeks oleh indeks antarabangsa danjuga kaedah untuk membolehkan jurnal-jurnal IPT diindeks oleh Scopus dan ISI. Maklumat-maklumat kriteria dan syarat sesuatu jurnal diindeks oleh ISI dan Scopus diedarkan kepadapihak-pihak berkaitan di UKM. Dengan yang demikian, warga akademik terutama ketua editorjurnal mengambil tindakan-tindakan susulan yang relevan untuk meningkatkan mutu penerbitanjurnal dan diindeks oleh Scopus dan ISI.

Lanjutan dari pembentangan laporan-laporan di atas, beberapa tindakan susulan telah diambiloleh pihak berkuasa UKM. Antaranya:

i. Menetapkan dasar setiap jurnal yang diterbitkan oleh pihak-pihak berkaitan diuniversiti, diusahakan agar jurnal-jurnal ini diindeks oleh Scopus dalam tempoh 5tahun. Ini adalah strategi terbaik untuk meningkatkan mutu penerbitan jurnalUKM dan seterusnya akan membantu dalam meningkatkan bilangan makalah danpetikan dalam indeks petikan antarabangsa.

ii. Adanya usaha memantapkan penerbitan jurnal di kalangan Fakulti/Institut/Pusat(FIP) terutama kekinian jurnal.

iii. Sokongan Universiti terhadap penerbitan dua jurnal iaitu dalam bidang sainsSains Malaysiana dan bidang sains sosial Akademika bagi memastikan ianyadiindeks oleh Scopus dan ISI. Dalam hal ini taraf Ketua Editor jurnal-jurnal inidimantapkan iaitu setaraf dengan Timbalan Dekan, penerbitan jurnal disokongdengan diterbitkan oleh Penerbit UKM. Jurnal-jurnal lain terus diterbitkan olehFakulti/Institut/Pusat masing-masing.

iv. Menyediakan kemudahan terjemahan makalah jurnal dari bahasa Melayu kepadabahasa Inggeris kepada kakitangan akademik. Dalam hal ini perkhidmatan InstitutTerjemahan Negara Malaysia (ITNM) digunakan. Kos terjemahan ditanggungoleh UKM dengan syarat makalah jurnal tersebut hendaklah diterbitkan dalamjurnal yang diindeks oleh Scopus ataupun ISI.

7

v. Menyediakan kemudahan penyuntingan makalah jurnal bahasa Inggeris AmericanJournal Experts (www.journalexperts.com). Makalah jurnal tersebut hendaklahditerbitkan dalam jurnal yang diadili (peer-reviewed).

Cabaran

i. Perpustakaan perlu memainkan peranan proaktif iaitu menjalankan penyelidikanbibliometrik terutama berkaitan penerbitan IPT masing-masing. Pustakawan perlumelengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran bagi memastikan tugas inidijalankan dengan berkesan.

ii. Kemahiran menggunakan Scopus, ISI dan lain-lain indeks yang berkaitan. Hanyadengan mempunyai kefahaman yang betul dan juga mempunyai kemahiran yangtepat, statistik yang benar bagi institusi dan juga bagi kakitangan akademik dapatdihasilkan. Dengan data yang tepat, keputusan dan perancangan boleh dibuatdengan berkesan.

iii. Pengetahuan pustakawan mengenai nama-nama pengarang yang digunakan olehkakitangan akademik mereka. Ini amat penting terutama dalam memberi laporanpenerbitan bagi kakitangan akademik dan juga laporan penerbitan berdasarkanFakulti/Institut/Pusat.

iv. Sumber maklumat seperti bilangan makalah, petikan yang komprehensif bagi IPTMalaysia tidak terkumpul setempat. Terdapat penerbitan kakitangan akademikyang tidak diindeks oleh ISI dan SCOPUS. Ini jelas dengan bilangan jurnal yangdi indeks oleh ISI dan Scopus sangat sedikit berbanding dengan jurnal yang ada diMalaysia terutama di IPT dan institusi penyelidikan.

Ini yang sering menjadi rungutan kakitangan akademik. Bagaimana hal ini bolehdi atasi oleh Perpustakaan dan juga IPT. Di Thailand, bagi mengatasi cabaransebegini beberapa IPT telah membuat indeks petikan mereka Thai JournalCitation Index. Adakah kita sudah bersedia untuk bekerjasama menerbitkanMalaysian Citation Index, tepuk dada tanya selera.

Rumusan

Penyediaan laporan bibliometrik seperti statistik makalah dan petikan dan juga statistik koleksiperpustakaan adalah suatu senario baru dalam tahun-tahun kebelakangan ini. Ini berhubung kaitdengan keterlibatan IPT Malaysia dalam sistem penarafan IPT peringkat kebangsaan dan jugaantarabangsa serta audit universiti penyelidikan. Dalam hal ini, secara tidak langsung,pustakawan perlu meningkatkan kefahaman mereka dalam dunia bibliometrik yang berkaitanmakalah jurnal dan juga indeks petikan antarabangsa seperti Scopus dan ISI.

8

Usaha memartabatkan IPT Malaysia ke tahap yang lebih tinggi oleh Kementerian PengajianTinggi seperti pewujudan Universiti Apex dan Universiti Penyelidikan agar setanding denganIPT luar negara juga memberi ruang kepada pustakawan agar terlibat dalam ilmu pengetahuanberkaitan bibliometrik ini.

Penyediaan laporan statistik makalah dan petikan IPT dalam Scopus dan ISI memerlukankreativiti agar laporan-laporan ini mempunyai nilai tambah dan dimanfaatkan dalam membuatkeputusan-keputusan akademik dan penyelidikan. Laporan juga harus disediakan untuk semuapenerbitan yang dihasilkan oleh warga akademik IPT, kerana tidak semua penerbitan diindeksoleh Scopus dan ISI.

Kesediaan pustakawan melibatkan dalam membuat penyelidikan seperti kajian bibliometrik diatas, merupakan sikap proaktif dan dapat meluaskan peranan pustakawan dalam IPT. Ini akanmeningkatkan imej pustakawan. Peranan ini amat penting terutama dalam usaha IPT tempatanmeningkatkan penarafan IPT masing-masing.

Peranan ini juga selaras apabila kita lihat strategi pertama dalam tiga strategi utama untukmelahirkan modal insan kelas pertama iaitu:

i. Meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuanii. Memperkukuhkan keupayaan sains, R&D dan inovasiiii. Memupuk masyarakat berbudaya dan memiliki kekuatan moral.

(Petikan ucapan PM ketika pembentangan RMK pada 31 Mac 2006)

Adakah pustakawan sudah bersedia untuk membuat anjakan paradigma menjadi modal insankelas pertama ? Fikir-fikirkanlah.

Sekian, terima kasih.

9

Rujukan

1. http://www.arwu.org

2. http://www.topuniversities.com

3. Mohamed Khalid Nordin. 2008. Mengubah Senario Global Dalam Pengajian Tinggi. Kertaskerja (Ucaptama) Seminar Pengurusan Akademik, Langkawi, Anjuran Universiti SainsMalaysia, 22-24 Ogos 2008.

4. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin. 2008. Universiti Kebangsaan Malaysia ke arahUniversiti Penyelidikan Unggul. (Syarahan Naib Canselor). Bangi: Penerbit UKM.

5. The World Bank. 2007. Malaysia and the Knowledge Economy: Building a World-ClassHigher Education System. Kuala Lumpur: Human Development Sector Report, East Asia andthe Pacific Regions.