peranan kerajaan dalam penentuan harga pasaran

5
Peranan Kerajaan dalam Penentuan Harga Pasaran. a) Dasar Kawalan Harga i) Dasar Harga Maksimum Dasar harga maksimum ialah dasar penetapan tingkat harga pasaran yang lebih rendah daripada tingkat harga keseimbangan pasaran. Kerajaan akan menetapkan harga maksimum sekiranya tingkat harga pasaran adalah terlalu tinggi. Tujuan dasar ini adalah untuk menjaga kebajikan pengguna. Harga SS P 1 E 1 P 2 A B DD Kuantiti 0 Q 3 Q 1 Q 2 Rajah 3.1 Berdasarkan rajah berikut, titik keseimbangan pada titik E 1 , apabila keluk permintaan (DD) bersilang dengan keluk penawaran (SS). Tingkat harga keseimbangan pada P 1 dan kuantiti keseimbangan Q 1. Sekiranya kerajaan mendapati tingkat harga pasaran tersebut terlalu tinggi maka kerajaan akan melaksanakan dasar harga maksimum. Tingkat harga pasaran yang baru, iaitu P 2. Kesan daripada dasar harga maksimum akan

Upload: sky-red

Post on 20-Jun-2015

2.708 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Peranan kerajaan dalam penentuan harga pasaran

Peranan Kerajaan dalam Penentuan Harga Pasaran.

a) Dasar Kawalan Harga

i) Dasar Harga Maksimum

Dasar harga maksimum ialah dasar penetapan tingkat harga pasaran yang lebih rendah

daripada tingkat harga keseimbangan pasaran. Kerajaan akan menetapkan harga

maksimum sekiranya tingkat harga pasaran adalah terlalu tinggi. Tujuan dasar ini adalah

untuk menjaga kebajikan pengguna.

Harga

SS

P1 E1

P2 A B

DD

Kuantiti

0 Q3 Q1 Q2

Rajah 3.1

Berdasarkan rajah berikut, titik keseimbangan pada titik E1, apabila keluk permintaan (DD) bersilang dengan keluk penawaran (SS). Tingkat harga keseimbangan pada P1 dan kuantiti keseimbangan Q1. Sekiranya kerajaan mendapati tingkat harga pasaran tersebut terlalu tinggi maka kerajaan akan melaksanakan dasar harga maksimum. Tingkat harga pasaran yang baru, iaitu P2. Kesan daripada dasar harga maksimum akan wujud lebihan permintaan atau kurangan penawaran sebanyak AB (Q2 Q3). Lebihan permintaan ini akan menggalakkan berlakunya pasaran gelap. Oleh itu, kerajaan boleh mengadakan dasar pencatuan atau menguatkan undang-undang seperti denda atau hukuman berat kepada mana-mana pihak yang terlibat dengan pasaran gelap. Bukan itu sahaja, insentif lain yang boleh kerajaan lakukan dengan mengimport barangan tersebut.

Page 2: Peranan kerajaan dalam penentuan harga pasaran

ii) Dasar Harga Minimum

Dasar harga minimum ialah dasar penetapan tingkat harga pasaran yang lebih tinggi

daripada tingkat harga keseimbangan pasaran. Kerajaan akan menetapkan dasar harga

minimum sekiranya harga pasaran terlalu rendah. Tujuan dasar ini adalah untuk

menjaga kebajikan pengeluar.

Harga

SS

P2 A B

P1 E1

DD

Kuantiti

0 Q2 Q1 Q3

Rajah 3.2

Berdasarkan rajah berikut, titik keseimbangan pada titik E1, apabila keluk permintaan (DD) bersilang dengan keluk penawaran (SS). Tingkat harga keseimbangan pada P1 dan kuantiti keseimbangan Q1. Sekiranya kerajaan mendapati tingkat harga pasaran tersebut terlalu rendah maka kerajaan akan melaksanakan dasar harga minimum. Tingkat harga pasaran yang baru, iaitu P2. Kesan daripada dasar harga minimum akan wujud lebihan penawaran atau kurangan permintaan sebanyak AB (Q3 Q2). Bagi mengatasi lebihan penawaran, kerajaan akan membeli lebihan penawaran tersebut dan disimpan dalam stok penimbal. Sekiranya ada permintaan untuk barang tersebut dengan harga yang berpatutan, kerajaan akan menjual atau mengeksport lebihan tersebut. Dasar ini telah berjaya meninggikan harga dan pendapatan pengeluar.

Page 3: Peranan kerajaan dalam penentuan harga pasaran

b) Cukai dan Subsidi

i) Cukai Jualan

Cukai jualan ialah cukai tak langsung yang dikenakan oleh kerajaan ke atas sesuatu barang dan ianya hanya dibayar pada masa jual beli barang tersebut berlaku. Cukai jualan akan menyebabkan kos pengeluaran pengeluar akan meningkat. Kesannya pengeluar akan memindahkan sebahagian beban cukai tersebut kepada pengguna. Kenaikan kos pengeluaran akan menyebabkan pengeluar mengurangkan penawaran. Keluk penawaran akan beralih kekiri menyebabkan harga pasaran akan meningkat.

Harga S2S2

E2 S1S1

P2 E1

P1 A

C B

DD

0 Q2 Q1 Kuantiti

Rajah 3.3

Berdasarkan rajah berikut, titik keseimbangan ialah E1 apabila keluk penawaran (S1S1) bersilang dengan keluk permintaan (DD) pada harga P1 dan kuantiti Q1. Sekiranya kerajaan mengenakan cukai, keluk penawaran akan beralih ke kiri, iaitu keluk S2S2. Titik keseimbangan yang baru, iaitu E2 dan tingkat harga naik daripada P1 kepada P2 dan kuantiti akan turun daripada Q1 kepada Q2.

Jumlah beban pengguna ialah P1P2E2A dan beban pengeluar ialah CP1AB.

Page 4: Peranan kerajaan dalam penentuan harga pasaran

ii) Subsidi

Subsidi ialah pemberian kerajaan kepada pengeluar bagi mengurangkan kos pengeluaran dan harga. Kesannya, kos pengeluaran akan berkurangan dan pengeluar akan meningkatkan keluaran. Keluk penawaran beralih ke kanan.

Harga S1S1

P1 E1 B S2S2

P0 A

P2 E2

DD

0 Q1 Q2 Kuantiti

Rajah 3.4

Berdasarkan rajah berikut, titik keseimbangan ialah E1 apabila keluk penawaran (S1S1) bersilang dengan keluk permintaan (DD) pada harga P1 dan kuantiti Q1. Sekiranya kerajaan memberikan subsidi, keluk penawaran akan beralih ke kanan, iaitu keluk S2S2. Titik keseimbangan yang baru, iaitu E2 dan tingkat harga naik daripada P1 kepada P2 dan kuantiti akan turun daripada Q1

kepada Q2. Jumlah subsidi pengguna ialah P2P0AE2 dan pengeluar ialah P0P1BA.