peranan dan tugas guru dalam pembelajaran masteri

Upload: normawati-abd-razak

Post on 05-Apr-2018

265 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/2/2019 Peranan Dan Tugas Guru Dalam Pembelajaran Masteri

    1/4

    AHMAD NAZMI -Guru berperanan sebagai pengurus kepada murid-muridnya terutamanya dalam pengajaran dan

    pembelajaran mengikut kaedah pembelajaran Masteri ialah:

    1. Menentukan secara spesifik pelajaran yang diajar

    2. Memotivasikan murid-muridnya

    3. Membekalkan mereka dengan bahan pembelajaran yang sesuai

    4. Melaksanakan pengajaran bersesuaian dengan murid

    5. Mengawasi dan memantau kemajuan pencapaian murid

    6. Menganalisa kesukaran pembelajaran murid- murid dan cuba mengatasinya

    7. Memberi pujian dan galakkan kepada mereka

    8. Mempelbagaikan kaedah pengajaran / pembelajaran dan bahan sokongan untuk menarik minat murid belajar

    HAFSAH

    Adalah penting bagi guru mempunyai kemahiran dalam menangani murid yang mempunyai pelbagai kebolehan

    dan aras pembelajaran. Sesungguhnya peranan dan tugas guru amat penting dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran.

    Guru sebagai pengurus pengajaran adalah memberi peluang kepada murid menguasai hasil pembelajaran dan

    merancang serta mengenal pasti hasil pembelajaran yang perlu dikuasai. Selain itu guru juga berperanan sebagai

    pemimpin, pengajar dan fasilitator. Dalam menyusun unit pembelajaran perlu mengikut urutan seperti 'darimudah ke sukar'. Sebagai pengurus pengajaran guru perlu memiliki, mengubah suai, dan merancang pelbagai

    strategi, kaedah, aktiviti dan bahan untuk pengajaran dan pembelajaran.

    Manakala sebagai pengurus pembelajaran pula, guru menentukan secara spesifik perkara yang perlu di pelajari

    dan memotivasikan murid untuk mempelajarinya. Selain dari membekalkan murid dengan bahan pengajaran danpembelajaran yang sesuai, guru juga perlu melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut kadar yang

    sesuai untuk setiap murid. Guru juga perlu mngawasi dan memantau kemajuan pembelajaran dan pencapaian

    murid. Disamping menjalankan ulang kaji dan latihan yang boleh mengekalkan samangat murid untuk belajar

    pada jangka masa yang panjang.

    YAU LI FANG

    Kejayaan dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sangat bergantung kepada

    kecekapan dan ketrampilan guru dalam menguruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

    Antara peranan guru sebagai pengurus pengajaran dan pembelajaran adalah menentukan secara

    spesifik bahan yang perlu dipelajari oleh murid-murid. Guru perlu memastikan bahawa bahan

    pengajaran dan pembelajaran yang dibekalkan adalah sesuai dengan standard murid yang diajarmengikut kadar yang sesuai. Selain itu, guru perlulah memotivasikan murid untuk

    mempelajarinya. Sekiranya murid menghadapi masalah dalam proses pembelajaran, guru harus

    membimbing murid tersebut dan mendiagnosis kesukaran pembelajaran yang dihadapi oleh

    murid. Bagi murid yang memperoleh peningkatan atau kemajuan dalam pembelajaran pula,

    pujian dan galakan guru adalah penting untuk mengalakkan murid terus berusaha pada masa

    yang akan datang.

    NORIHAN

    Guru memainkan peranan sebagai pengajar,pengurus,pemudahcara,pepnimbing,penggalak,penyelaras dan

    inovator iaitu orang yang mendatangkan pembaharuan.Guru sebagai pengurus pengajaran pembelajaran akan

    menjalankan tugas seperti menggerakkan, mengatur dan menilai prestasi murid-murid.

    Adalah penting bagi guru menggerakkan muridnya dengan berbagai-bagai cara seperti menggunakan alat bantu,

    aktiviti, ujian dan sebagainya. Guru hendaklah menggerakkan minat murid terlebih dahulu terhadap topik yang

    akan disampaikan. Selain itu guru sebagai pengatur atau pengelola.Guru hendaklah merancang objektif , aktiviti

    serta kaedah pengajaran yang akan disampaikan. Guru juga sebagai pelaksana apa yang digerakkan dan

    dirancang.

  • 8/2/2019 Peranan Dan Tugas Guru Dalam Pembelajaran Masteri

    2/4

    Tanpa penilaian seseorang guru tidak mendapat maklum balas sama ada objektif pengajaran dan pembelajran

    tercapai atau tidak. Guru akan menentukan alat penilaian seperti menggunakan ujian, lembaran kerja,

    pemerhatian atau sesuatu projek.

    Sebagai pengurus yang cekap akan memastikan keadaan tenteram, selesa, segala kegiatan seharian berjalan

    dengan lancar,menentukan susunan kelas yang ceria, sentiasa memotivasikan murid dan berjaya membentuk

    disiplin yang baik. Situasi ini akan meningkatkan lagi mutu pengajaran dan pembelajaran

    PERANAN DAN TUGAS GURU DALAM PEMBELAJARAN MASTERI

    Kejayaan pelaksanaan Pembelajaran Masteri di bilik darjah amat bergantung kepada kecekapan dan

    ketrampilan guru dalam merancang dan menguruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. PembelajaranMasteri bukanlah perkara yang baru kerana langkah yang terlibat dalam Pembelajaran Masteri sudah pun

    disarankan dalam KBSR dan KBSM. Adalah penting guru mempunyai kemahiran tertentu untuk

    menangani murid yang mempunyai pelbagai kebolehan dan aras pembelajaran.

    Oleh itu, guru bersama muridnya perlu mempunyai rasa tanggungjawab dalam menentukan prosespengajaran dan pembelajaran berlaku dengan lebih berkesan. Sesungguhnya peranan dan tugas guru amat

    penting dalam melaksanakan Pembelajaran Masteri. Antaranya ialah :

    Guru sebagai Perancang Pengajaran1. Guru seharusnya menyedari semua muridnya mampu belajar. Dengan ini, guru akan memberi peluang

    yang mencukupi untuk murid menguasai sesuatu Hasil Pembelajaran.

    2. Guru berperanan sebagai pemimpin, pembimbing, pengajar dan fasilitator pembelajaran. Peranan ini

    boleh disesuaikan mengikut strategi yang digunakan oleh guru. Jika guru memilih mengajar secara kelasmisalnya, guru akan lebih berperanan sebagai pemimpin dan pengajar, manakala jika guru mengajar secara

    kumpulan kecil atau murid memanfaatkan penggunaan teknologi maklumat maka peranan guru pula lebihkepada sebagai seorang fasilitator.

    3. Guru merancang dan mengenal pasti Hasil Pembelajaran bagi setiap unit pembelajaran yang perlu

    dikuasai.

    4. Guru menyusun unit pembelajaran mengikut urutan yang bersesuaian dengan Hasil Pembelajaran,contohnya daripada yang mudah kepada yang sukar dan memastikan perkara asas diajar di peringkat awal.

    5. Guru memilih, mengubahsuai dan merancang pelbagai strategi, kaedah, aktiviti dan bahan untuk

    pengajaran dan pembelajaran, aktiviti pengayaan dan pemulihan bagi murid menguasai HasilPembelajaran. Guru Sebagai Pengurus Pembelajaran dalam Pembelajaran Masteri, guru bukan sahaja

    berperanan untuk menguruskan pembelajaran bagi memastikan Hasil Pembelajaran dicapai, tetapi jugamengurus muridnya.

    Peranan guru sebagai pengurus pembelajaran adalah :

    1. Guru menentukan secara spesifik perkara yang perlu dipelajari.

    2. Guru memotivasikan murid untuk mempelajarinya.

    3. Guru membekalkan murid dengan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai.

    4. Guru melaksanakan pengajaran dan pemelajaran mengikut kadar yang sesuai untuk setiap murid.

    5. Guru mengawasi dan memantau kemajuan pembelajaran dan pencapaian murid.

    6. Guru mendiagnosis kesukaran pembelajaran yang dihadapi oleh murid dan menyediakan cara terbaikmengatasi kesukaran itu.

    7. Guru memberi pujian dan galakan kepada murid yang memperoleh peningkatan dalam pembelajaran.

    8. Guru menjalankan ulang kaji dan latihan yang boleh mengekalkan semangat murid untuk belajar pada

    jangka masa yang panjang.

  • 8/2/2019 Peranan Dan Tugas Guru Dalam Pembelajaran Masteri

    3/4

    9. Guru mempelbagaikan penggunaan bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan

    menarik termasuk penggunaan multi media, lembaran kerja, buku teks, majalah, akhbar dan modulpembelajaran kendiri.

    Guru sebagai Penilai Pembelajaran

    1. Guru merancang dan membina item ujian formatif dan sumatif serta membuat analisis item ujian danrespons murid bagi tujuan mendapatkan maklumat tentang tahap penguasaan setiap murid.

    2. Guru seharusnya dapat melihat penilaian formatif dan sumatif ini sebagai alat pengajaran dan pembelajaran.

    Ini bermaksud maklum balas yang diperoleh dari penilaian ini dapat digunakan dengan berkesan uantuk tujuanmeningkatkan pengajaran dan pembelajaran serta motivasi murid untuk terus belajar.

    3. Guru mentadbir ujian dan memeriksa respons murid.

    4. Guru mendapat maklum balas tentang apa yang telah dikuasai dan yang belum dikuasai oleh murid melalui

    ujian diagnostik.

    5. Guru menganalisis dan mentafsirkan hasil ujian bagi mengenal pasti murid yang telah menguasai Hasil

    Pembelajaran dan murid yang belum lagi menguasainya.

    6. Guru membenarkan murid yang telah menguasai Hasil Pembelajaran menjalani aktiviti pengayaan atau

    menjadi tutor kepada rakan se kelas atau ke unit pembelajaran seterusnya. Peranan dan tugas guru seperti yangdinyatakan memerlukan guru mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran supaya lebih bersedia

    melaksanakan pendekatan Pembelajaran Masteri di sekolah.

    GIAT MARA

    MUKADHIMAH

    Guru adalah dimaksudkan sebagai seorang pengurus kepada sebuah komuniti kecil yang amat

    penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Mereka menjadi arkitek kepada

    keharmonian dan keceriaan dalam sesebuah bilik darjah dan juga dalam sebuah bengkel.

    Keupayaan seorang guru merancang perjalanan dua tempat berkenaan amat penting dalammencorakan suasana samada lesu atau sentiasa ceria. Oleh itu wajarlah setiap guru mempunyai

    ilmu dalam memastikan suasana bilik darjah serta bengkel menjadi tempat yang berjaya

    menarik pelanggan untuk terus berada selama mana yang diperlukan.

    Dalam ruangan yang cukup baik ini, saya ingin membincangkan bagaimana untuk mengurus

    bilik darjah dan bengkel agar menjadi sebuah taman ilmu yang tidak jemu dan sentiasa menjadi

    perbualan anak muda yang amat dahagakan ilmu kemahiran.

    Pengurusan Bilik Darjah / Bengkel.

    Definisi.

    Pengurusan bilik darjah/bengkel boleh didefinisikan sebagai satu proses mewujudkan suasana

    kondusif ketika dalam proses aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

  • 8/2/2019 Peranan Dan Tugas Guru Dalam Pembelajaran Masteri

    4/4

    Dalam mewujudkan suasana kondusif 3 elemen penting mesti diterlibatkan dan diambil kira

    agar pengurusan untuk kearah mencapai suasana kondusif berjaya, iaitu,

    a. kemanusiaan

    b. bahan/sumber

    c. persekitaran