peranan dan fungsi-bnm

Upload: ariaani-mohd-nor

Post on 16-Oct-2015

122 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Peranan dan FungsiAntara peranan utama Bank ialahpengendalian dasar monetari yang berhemat, yang secara umumnya menghasilkan inflasi yang rendah dan stabil, dan seterusnya mengekalkan kuasa beli ringgit. Bank juga bertanggungjawab mewujudkan sistemkewangan yang stabildan menggalakkan sektor kewangan yang kukuh dan progresif. Kini, sektor kewangan lebih pelbagai, komprehensif dan berdaya saing, dan berupaya memenuhi keperluan pengguna dan perniagaan yang semakin canggih, dan juga telah menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi.Bank juga memainkanperanan penting dalam pembangunan, termasuk pembangunan infrastruktur sistem kewangan dengan penekanan utama diberikan pada pembangunan sistem pembayaran negara yang efisien dan selamat di samping membina institusi yang diperlukan (termasuk Suruhanjaya Sekuriti, BSKL, sekarang dikenali sebagai Bursa Malaysia dan Credit Guarantee Corporation). Semua ini penting ke arah membangunkan sistem kewangan yang menyeluruh, kukuh dan berdaya saing.Bank secara aktif menggalakkanrangkuman kewangan, yang telah mempertingkat akses kepada perkhidmatan kewangan bagi semua sektor ekonomi dan lapisan masyarakat, dan dengan itu menyokong pertumbuhan ekonomi yang seimbang.Peranan penting Bank yang lain ialah menjadijurubank dan penasihatkepada Kerajaan, memainkan peranan yang aktif dalam memberi nasihat berkaitan dengan dasar makroekonomi dan pengurusan hutang negara. Bank juga merupakan pihak berkuasa tunggal mengeluarkan mata wang di samping menguruskan rizab antarabangsa negara.

Pe n g e n a l a nKebanyakan negara telah menubuhkan bank pusat sebagai pihak berkuasamonetari untuk mengawal selia sistem kewangan dan ekonomi. Bank-bank pusat ini mungkin berbeza dari segi struktur dan pendekatan yang diambil dalammelaksanakan tugas masing-masing. Namun, mereka memikul tanggungjawab yangsama untuk mengekalkan kestabilan monetari dan kewangan. Bagi bank-bankpusat yang lain, tanggungjawab mereka merangkumi pembangunan infrastrukturkewangan dan penyertaan di dalam pembangunan ekonomi negara secaramenyeluruh. Di Malaysia, Bank Negara Malaysia telah diberi kepercayaan untukmengambil peranan sebagai sebuah bank pusat.P E N U B U H A N B A N K N E G A R A M A L AY S I AOrdinan Bank Negara Tanah Melayu 1958 (OBNM) telah diluluskan pada 23 Oktober 1958 (Bank Negara Tanah Melayu sehingga pembentukan Malaysia pada tahun 1963) dan Bank Negara Malaysia telah ditubuhkan pada 24 Januari 1959.Pada masa yang sama, Ordinan Perbankan 1958, yang diwujudkan bagi tujuan pelesenan dan pengawalan aktiviti perniagaan perbankan di Persekutuan Tanah Melayu turut dikuatkuasakan. OBNM telah dikemaskinikan pada tahun 1994 dan kini dikenali sebagai Akta Bank Negara Malaysia 1958 (Akta BNM).O B J E K T I F B A N K N E G A R A M A L AY S I AObjektif-objektif Bank Negara Malaysia seperti yang digariskan di dalam Akta BNM adalah seperti berikut: Untuk menggalakkan kestabilan monetary dan struktur kewangan yang kukuh Untuk bertindak sebagai jurubank dan penasihat kewangan kepada Kerajaan Untuk menerbitkan mata wang dan menyimpan rizab bagi menjaga nilai mata wang tersebut Untuk mempengaruhi kedudukan kredit bagi kepentingan negara ini Semenjak beberapa tahun kebelakangan ini, peranan Bank Negara Malaysia telah berkembang dan diperluaskan. Pada masa ini, Bank Negara Malaysia memberi tumpuan kepada 3 tunggak peranan bank pusat iaitu, kestabilan monetari, kestabilan kewangan dan sistem pembayaran. Di samping itu, keutamaan adalah diberikan kepada peranan pembangunan yang dimainkan oleh Bank Negara Malaysia dari aspek pengurusan ekonomi, pembinaan institusi dan pembangunan sistem kewangan.