adakah simpanan kwsp - bnm

12

Upload: others

Post on 16-Oct-2021

31 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Adakah Simpanan KWSP - BNM
Page 2: Adakah Simpanan KWSP - BNM

2 •

Adakah Simpanan KWSPMencukupi Untuk

Persaraan?

Simpanan Kumpulan Wang SimpananPekerja (KWSP) merupakan tabungandengan elemen pelaburan untukpersaraan. Caruman ini telah ditetapkanoleh undang-undang dan perlu dibuatpada setiap bulan oleh majikan. Setiapbulan 11% daripada pendapatanbulanan anda perlu dicarumkan kedalam akaun KWSP anda.

Persoalannya, adakah simpananKWSP anda mencukupi untukmenampung keperluan anda ketikapersaraan kelak? Berpandukan kepadajadual perbelanjaan asas, diterangkancara bagaimana untuk membolehkananda merancang persaraan denganmenggunakan kalkulator pengiraanpersaraan. Anda boleh merujuk lamansesawang www.fomca.org.my/kewangan untuk keterangan lanjut.

Berdasarkan jadual pengiraan persaraanilustrasi di sebelah, anda perlu

mencapai matlamat simpananpersaraan anda sebanyakRM1,173,280 sebelum mencapai umurpersaraan. Ini bermakna, anda hanyamempunyai 25 tahun untuk membuatpersediaan persaraan.

Dengan mengambil kira kadar inflasisebanyak 3.6% (anggaran) pada masasekarang, anda memerlukan komitmensebanyak RM2,025 sebulan danRM24,300 setahun. Dalam tempoh 25tahun dan kadar inflasi yang meningkat,anda memerlukan komitmen sebanyakRM4,888 sebulan dan RM58,664setahun.

Adakah simpanan anda mencukupiuntuk menampung baki usia andasehingga berumur 75 tahun lagi?Jangka hayat rakyat Malaysia bagilelaki dijangkakan berumur 75 tahundan 78 tahun bagi wanita.

SidangRedaksi

PenasihatDatuk Marimuthu Nadason

Presiden FOMCA

Ketua Sidang PengarangDato’ Paul Selva Raj

EditorMohd Yusof bin Abdul Rahman

Sidang PengarangSiti Rahayu bt Zakaria

Yu Kin Len

Ringgit merupakan penerbitan usahasama di antara Bank Negara

Malaysia dan FOMCA. Ia diterbitkanpada setiap bulan. Untuk memuatturun Ringgit dalam format “PDF“,

sila layari laman sesawangwww.fomca.org.my dan

www.bnm.gov.my

Gabungan Persatuan-PersatuanPengguna Malaysia

No. 1D-1, Bangunan SKPPKJalan SS9A/17

47300 Petaling JayaSelangor Darul Ehsan

Tel : 03-7876 2009Faks : 03-7877 1076

E-mel : [email protected]: www.fomca.org.my

Bank Negara MalaysiaJalan Dato’ Onn

50480 Kuala LumpurTel :03-2698 8044

Faks : 03-2174 1515

Diurus terbit oleh:Pusat Penyelidikan dan Sumber

Pengguna (CRRC)No. 1D-1, Bangunan SKPPK

Jalan SS9A/1747300 Petaling Jaya

Selangor Darul EhsanTel : 03-7875 2392

Faks : 03-7875 5468E-mel : [email protected]

Sesawang: www.crrc.org.my

Dicetak oleh:

Percetakan Asas Jaya(M) Sdn Bhd

No. 5B Tingkat 2Jalan Pipit 2

Bandar Puchong Jaya47100 Puchong Jaya

Selangor Darul Ehsan

Artikel yang disiarkan dalamRinggit tidak semestinya

mencerminkan pendirian dandasar Bank Negara Malaysia atauFOMCA. Ia merupakan pendapat

penulis sendiri.

Page 3: Adakah Simpanan KWSP - BNM

• 3

Mengapa pentingnya membuatsimpanan dari awal?

Berdasarkan jadual di bawah, anda perlu membuatsimpanan pada awal usia 20 tahun.

Nilai Umur Kadar Nilai pada Umur Jumlah KosSemasa 30 tahun Inflasi 3.6% masa akan 55 ketika sehingga

datang bersara berumur(25 tahun) 75 tahun

(20 tahun)

Kos Tahunan Kos Tahunan(RM) (RM)

Kos makanan harian 20 7,300 3.6 48 17,520 350,400

Kos Bayaran Bulanan UtilitiBil elektrik, air, telefon,penyelenggaraan rumah dll 300 3,600 3.6 726 8,712 174,240

Kos Perubatan BulananAndaikan sekiranya tidakmempunyai penyakit kritikal 100 1,200 3.6 242 2,904 58,080

Perbelanjaan BulananPetrol, Penyelenggaraankereta, Cukai, Insurans,wang saku dll. 600 7,200 3.6 1,452 17,424 348,480

Kos Gaya Hidup TahunanMelancong, bermain Golf,hobi dan kecemasan 5,000 5,000 3.6 12,104 12,104 242,080

JUMLAH (RM) 24,300 58,664 1,173,280

RM2,025 setiap bulan RM4,888 setiap bulan

www.einsuran.com

Nota: Jadual pengiraan di atas adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja. Keperluan anda mungkin berbeza daripada jadual di atas.Anda dicadangkan untuk berhubung dengan Perunding Kewangan anda sebelum membuat keputusan dalam kewangan.

Permulaan Matlamat Simpanan Simpananumur persaraan setahun sebulan(RM) (RM) (RM)

20 981,320 8,806 733

25 981,320 12,412 1,034

30 981,320 17,886 1,490

35 981,320 26,676 2,223

40 981,320 42,160 3,513

45 981,320 74,450 6,204

50 981,320 174,082 14,506

55 981,320 981,319 81,776

www.einsuran.com

Perincian diri andaUmur semasa? 30Umur Bersara? 55Lelaki / Perempuan?

Perbelanjaan Asas(tidak termasuk pembayaran pinjaman kerana semua pembayaran pinjaman mesti dilangsaikan sebelum andabersara)

Simpanan bulanan ini dapat dikurangkan jika andamenyimpan pada usia yang lebih muda, berbandingsekiranya anda mula membuat simpanan pada usia30 tahun, yang memerlukan anda menyimpan lebihbanyak untuk mencapai matlamat persaraan yangsama. Masa adalah nilai untuk wang.

Bagi mendisiplinkan diri dengan membuat simpanan,anda perlu memastikan untuk sentiasa membuatsimpanan sekurang-kurangnya 10% daripadapendapatan bulanan anda. Ingat! semua orangmemerlukan jumlah wang yang besar untuk bersaradengan selesa.

Terdapat dua elemen utama yang memberi kesanterhadap dana persaraan anda, iaitu Kadar Faedah danKadar Inflasi. Kedua-dua elemen ini tidak dapat dikawaloleh anda. Oleh itu, sentiasa pastikan anda mempunyaisimpanan bulanan secara tetap sebagai persediaanpersaraan anda.

Page 4: Adakah Simpanan KWSP - BNM

4 •

Kaedah Menangani Kejayaan DanKegagalan Ketika Melabur

Bagi pelabur yang berpengalaman, untung rugi sertanaik jatuh sesuatu pelaburan adalah suatu lumrah.Walau bagaimanapun, setiap individu pasti akanmemberi reaksi berbeza apabila berhadapan dengankeuntungan atau kerugian. Ada pelabur yang tidakmahu melabur lagi setelah mengalami kegagalan,namun ada juga yang terus melabur dan menyifatkankejayaan dan kegagalan pelaburan sebagai satuproses pembelajaran yang berterusan. Apa yangpenting ialah anda perlu memantapkan tahap emosisupaya lebih bersedia menghadapi jatuh bangunpasaran saham. Pada akhir artikel ini, anda sebagaipelabur akan dapat mengenal pasti:• perbezaan utama antara pelabur berjaya dan tidak

berjaya;• kaedah untuk mengubah kegagalan kepada

kejayaan dalam pelaburan; dan• bagaimana untuk membina semula dan

mengekalkan kejayaan dalam pelaburan

Menangani Kegagalan

Umum mengetahui, anda tidak akan sentiasa untungdalam pasaran saham. Sebagai contoh, ada masanya

nilai pelaburan anda menurun apabila keadaan pasaranmerudum kesan daripada kemelesetan ekonomi. Andamungkin juga melakukan sedikit kesilapan danterpaksa membelanjakan wang yang banyak dalamproses tersebut. Sebagai seorang pelabur, anda perlubelajar mengenal pasti perbezaan antara kerugiansementara yang disebabkan oleh kitaran menurunpasaran, dengan kerugian akibat daripada kesilapanyang dilakukan dalam pelaburan. Sekiranya iaberpunca daripada kitaran pasaran, anda tidak perlumembuat apa-apa tindakan jika asas-asas pasaranmasih kukuh dan penurunan tidak drastik. Walaubagaimanapun, sekiranya kerugian itu berpuncadaripada kesilapan diri sendiri, anda perlu belajarmenerima kenyataan dan bangun semula. Namundemikian, ramai pelabur cenderung menjadi takut danmenyesal apabila menghadapi kegagalan. Sekiranyaterus dibelenggu oleh emosi negatif ini, anda mungkinakan diselubungi ketakutan untuk mengalami kerugiansekali lagi, dan melupakan strategi asal pelaburananda. Ada juga yang panik, sehingga mendorongmereka membuat keputusan yang bakal dikesali kelak.

Tambahan pula, tidak semua orang yang mampu untukmengelak daripada mengalami kesan emosi akibatdaripada kegagalan. Walau bagaimanapun, perbezaan

Page 5: Adakah Simpanan KWSP - BNM

• 5

utama antara pelabur berjaya dengan pelabur yang lainialah, mereka mampu mengenal pasti dan mengakuikesilapan yang telah dilakukan. Anda akan mempunyaifikiran yang lebih tenang untuk memikirkan langkahseterusnya sekiranya mampu melakukan perkara yangsama, iaitu mengurangkan kerugian. Tindakan perludiambil untuk mengurangkan kerugian, iaitu denganmemastikan keseluruhan kerugian portfolio beradapada tahap minimum. Di samping itu, anda juga perlumengkaji dan menstrukturkan semula strategipelaburan. Seandainya sukar, dapatkan bantuandaripada penasihat pelaburan profesional. Aspek yangpaling penting adalah untuk melakukan sesuatu yangdapat membantu anda menentukan apa yang benar-benar ingin dicapai. Hanya dengan cara ini anda dapatmengubah kegagalan kepada kejayaan.

kejayaan, kerana ini akan menjadikan anda lupaobjektif pelaburan yang seterusnya membawa kepadakegagalan. Ringkasnya, kenal pasti faktor yangmembawa kejayaan tersebut dan gunakan ia bagimendapatkan semula keuntungan yang pernahdiperoleh dulu.

Selagi apa yang anda lakukan dapat memaksimumkannilai portfolio dan tidak melibatkan pengambilan risikoyang tinggi, maka kejayaan pasti boleh dicipta semula.

Akhirnya, strategi pelaburan yang bersesuaian denganprofil risiko dapat membantu anda untuk bersikap fokusdan berada di landasan yang betul. Buat kajian berkalaserta perubahan sekiranya perlu, namun pastikan ia

Membina semula kejayaan

Jika kerugian boleh menjatuhkan semangat anda dalampelaburan, kadangkala keuntungan juga bolehmemberikan impak yang sama, iaitu ia mengaburipertimbangan sebagai pelabur. Apabila mendapatkeuntungan yang tinggi atau mendapat pulangan dalampelaburan, anda mungkin menjadi terlalu yakin dalampelaburan dan beranggapan tidak akan melakukansebarang kesilapan. Ini akan menjadikan anda terlaluagresif dalam portfolio, yang akhirnya bakalmengakibatkan bencana.

Sebaliknya, kejayaan juga boleh menjadikan andaterlalu berhati-hati dan enggan mengambil risiko,kerana mahu kejayaan itu kekal buat selama-lamanya.Walau bagaimanapun, jangan terlalu leka dengan

selaras dengan situasi semasa anda. Walaupun faktoremosi boleh mempengaruhi keputusan pelaburan, iatidak akan memberikan kesan yang mendalamsekiranya anda mempunyai perancangan dan komiteddengan pelan tersebut.

Artikel perancangan kewangan dan pelaburan ini merupakansalah satu usaha berterusan SIDC dalam melahirkan pelaburyang arif dan berpengetahuan dalam pasaran modal. Selainitu, SIDC turut meningkatkan tahap kesedaran mengenaipelaburan bijak dan pengurusan kewangan melalui seminardan bengkel pendidikan pelabur yang disasarkan untukpelbagai lapisan masyarakat, seperti pelajar sekolah, pelajarinstitusi pengajian tinggi, ibu bapa, wanita dan pekerja kolarputih dan biru. Untuk maklumat lanjut, layari www.min.com.my,hubungi 03-62048889 atau lawati Facebook kami diwww.facebook.com/BMWSIDC

Page 6: Adakah Simpanan KWSP - BNM

6 •

S: Mengapakah pihak berkuasa membuatserbuan ke atas syarikat-syarikat tersebut?

J: Serbuan dibuat bagi melindungi kepentingan parapelabur daripada melaburkan lebih banyak wangdalam skim yang berisiko, dan juga untukmelindungi kepentingan orang ramai.Syarikat yang terbabit sedang dalam siasatankerana disyaki melakukan kesalahan, termasukmengambil deposit secara haram, mengubahwang haram, mengelakkan cukai, memberikanmaklumat palsu termasuk pernyataan yang salah,melantik ejen tanpa lesen dan gagalmengemukakan dokumen berkanun.

S: Mengapakah timbul kebimbangan terhadapmodel perniagaan syarikat-syarikat tersebut?

J: Kebimbangan ini timbul kerana syarikat-syarikattersebut dipercayai menjalankan skim yang tidakdapat bertahan lama. Syarikat-syarikat tersebutmenjanjikan pelabur pulangan bulanan yanglumayan dan jaminan belian balik emas. Skimtersebut bukan dibiayai oleh jual beli emas yangsebenar, sebaliknya dibiayai denganmenggunakan wang yang baru dilaburkan dalamskim ini.Jumlah aset dan wang yang ada pada syarikat-syarikat ini biasanya tidak sepadan dengan jumlahyang dikumpulkan daripada para pelabur.

S: Mengapakah pihak berkuasa hanyamengambil tindakan sekarang?

J: Sebarang tindakan penguatkuasaan hanya boleh

diambil setelah didapati terdapat sebab-sebabyang boleh dipercayai bahawa sesuatu kesalahantelah dibuat. Ini bagi mengelakkan sebarangtindakan penguatkuasaan yang terburu-buru ataumelulu yang mungkin boleh menjejaskanperniagaan yang sah.

S: Apakah status tindakan yang diambil olehpihak berkuasa?

J: Siasatan masih lagi berjalan. Orang ramai akandimaklumkan oleh pihak berkuasa mengenaistatus terkini siasatan dari semasa ke semasa.Orang ramai dinasihati supaya merujuk kepadakenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh agensipenguat kuasa undang-undang sahaja untuksebarang maklumat terkini kes-kes ini.

S: Berapa lamakah tempoh siasatan?J: Tempoh siasatan akan bergantung pada tahap

kompleksiti dan keseriusan kes. Tahapkompleksiti telah meningkat disebabkan olehdimensi antarabangsa kes-kes tersebut.Kerjasama daripada pihak yang terbabit akanmembantu proses siasatan. Siasatan ini diberikeutamaan yang tinggi dan semua sumber yangperlu telah digembleng oleh agensi penguat kuasayang berkenaan untuk mempercepat siasatan.

S: Mengapakah aset dibekukan dan dirampas?J: Berhubung dengan kes skim kewangan haram

yang disyaki, pihak berkuasa boleh menjalankanoperasi mencari dan merampas bagi mendapatkan

Soal LazimBerhubungSkim KewanganHaramMenggunakanEmas

Page 7: Adakah Simpanan KWSP - BNM

• 7

bukti dan untuk mengelakkan syarikat daripadamenyembunyikan atau memusnahkan bahanbukti. Ini juga menghalang aset daripada lesapkerana ia akan memberikan kesan buruk kepadapelabur.Di bawah seksyen 44 Akta PencegahanPengubahan Wang Haram dan Akta PencegahanPembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA), agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang diberikankuasa untuk membekukan apa-apa aset apabiladisyaki bahawa suatu kesalahan pengubahanwang haram telah dilakukan.

S: Apakah yang akan terjadi kepada aset danemas yang dirampas?

J: Aset yang dirampas semasa serbuan dibuat akandidokumenkan dengan teliti dan diambil kira sertadisimpan di tempat yang selamat. Sekiranyaterdapat prosiding jenayah, aset tersebut hanyaboleh diuruskan atas perintah Mahkamah.

S: Bolehkah pelabur yang terbabit menuntutkembali wang atau emas mereka daripadaaset yang dirampas?

J: Aset yang dirampas semasa siasatan dijalankanhanya boleh diuruskan atas perintah Mahkamah.Pelabur mungkin boleh memfailkan kepadaMahkamah tuntutan pihak ketiga bagi pemulanganwang atau emas mereka. Maklumat tentang samaada dan bagaimana untuk memfailkan sesuatutuntutan akan diberitahu apabila prosidingmahkamah selesai.

S: Apakah nasihat kepada orang ramai yangingin melabur?

J: Orang ramai dinasihati supaya sentiasa berhati-hati terhadap skim pelaburan yang menjanjikan

pulangan tinggi dengan risiko yang kelihatanrendah, dengan memberikan jaminan bahawajumlah pokok yang dilaburkan akan dipulangkan.Orang ramai juga dinasihati supaya merujukkepada agensi yang berkenaan apabila berurusandengan syarikat atau individu yang menawarkanpeluang perniagaan atau perkhidmatan kewanganyang kelihatan menarik tetapi tidak diberikanlesen oleh pihak berkuasa.Sebagai panduan, orang ramai digalakkanmengambil perhatian terhadap perkara berikutapabila menilai sesuatu skim pelaburan:

• Ingatlah – sekiranya skim tersebut adalahindah khabar dari rupa, berkemungkinanbesar skim tersebut adalah skim palsu;

• Berwaspada dengan skim Ponzi. Iamerupakan skim pelaburan yang berunsurpenipuan apabila pengendalinya mengambilwang daripada pelabur baharu untukmembayar kepada pelabur awal atau sediaada. Akhirnya, akan sampai satu peringkatapabila jumlah pelabur baharu tidakmencukupi untuk menyokong skim ini, danseterusnya keseluruhan skim mengalamikegagalan;

• Berurusan hanya dengan institusi kewanganberlesen dan peniaga yang sah;

• Rujuk kepada pihak berkuasa yangberkenaan sebelum melabur/mendepositwang;

• Jangan terpengaruh atau terburu-buru untukmelabur;

• Hendaklah lebih berhati-hati denganpelaburan melalui Internet;

• Berwaspada dengan apa-apa peluangpelaburan yang tidak bertulis;

• Jika pelaburan telah dibuat, simpan salinansemua dokumen pelaburan; dan

• Rujuk laman sesawang amaran penipuankewangan berikut:

http://www.bnm.gov.my/microsites/fraudalert/index.htm

http://www.sc.com.my/sub.asp?pageid=&menuid =233&newsid=&linkid=&type=

Sekiranya anda mengetahui skim pelaburan yangberunsurkan penipuan, anda digalakkan untukmembuat laporan polis.

Sumber: Bank Negara Malaysia

Page 8: Adakah Simpanan KWSP - BNM

8 •

Tujuan

• Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkansimpanan Akaun 2 untuk membiayai pembinaansebuah rumah secara individu; atauPembinaan secara bersama dengan suami/isteri.

• Pengeluaran untuk membina rumah keduadibenarkan setelah rumah pertama dijual atauberlaku pelupusan pemilikan. Pelupusan pemilikanbermaksud “hilang pemilikan ke atas rumahpertama yang dimiliki melalui pengeluaran KWSPsebelum ini” atas sebab rumah tersebut dilelong,penyerahan harta melalui perintah mahkamah,pindah milik dasar kasih sayang, rumah musnahakibat bencana alam atau kebakaran, projekrumah terbengkalai atau pembatalan pembelianrumah.

Kelayakan memohon

i) Warganegara Malaysia; ATAU

ii) Warganegara Malaysia yang telah membuatpengeluaran di bawah Pengeluaran MeninggalkanNegara sebelum 1 Ogos 1995 atau kemudianmemilih untuk mencarum semula dengan KWSP;ATAU

iii) Bukan warganegara Malaysia yang:- menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998; ATAU- mendapat taraf Penduduk Tetap (PR)

• Ahli belum mencapai umur 55 tahun pada tarikhpermohonan diterima oleh KWSP; DAN

• Ahli mempunyai simpanan sekurang-kurangnyaRM500 di dalam Akaun 2.

Pengeluaran KPengeluaran KPengeluaran KWSP UntukWSP UntukWSP UntukMembina RumahMembina RumahMembina Rumah

Page 9: Adakah Simpanan KWSP - BNM

• 9

Syarat Pengeluaran

1. Ahli membina sebuah rumah kediaman/rumahkampung di atas tanah milik sendiri atau miliksuami/isteri; ATAU

Suami/isteri ahli membina sebuah rumah/rumahkampung di atas tanah milik ahli; ATAU

Ahli membina rumah panjang (bagi Sabah danSarawak); ATAU

Ahli membina sebuah rumah di atas tanah FELDAatau tanah milik agensi kerajaan lain yang diiktirafdengan syarat mendapat pengesahan daripadaagensi tersebut untuk menentukan statuspemilikan tanah.

2. Pembiayaan pembinaan rumah melalui :-i) Pinjaman perumahan daripada mana-mana

institusi seperti berikut:-• Institusi kewangan yang dilesenkan di

bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan1989 (BAFIA).

• Kerajaan Pusat/Negeri atau agensi-agensi kewangan kerajaan yang lain.

• Majikan ahli• Koperasi/syarikat kerjasama yang

berlesen (diluluskan oleh SuruhanjayaKoperasi Malaysia)

• Syarikat Insurans berlesen yangdiluluskan oleh Bank Negara Malaysia.

• Pemberi pinjaman yang dibenarkan olehKWSP; ATAU

ii) Secara tunai

3. Ahli telah menandatangani Surat PerjanjianMembina Rumah tidak melebihi tiga (3) tahundari tarikh permohonan diterima.

4. Ahli tidak pernah membuat PengeluaranPerumahan; ATAU Ahli telah membuatpengeluaran untuk membina rumah pertama dantelah menjualnya atau berlaku pelupusanpemilikan dan kemudian membina rumah kedua.Bukti penjualan/pelupusan pemilikan rumahpertama perlu dikemukakan.

5. Kos membina rumah adalah amaun yangdinyatakan di dalam Surat Perjanjian MembinaRumah. Kos membeli tanah juga boleh diambilkira dengan syarat tarikh Perjanjian Jual Beli Tanahadalah dalam tempoh dua (2) tahun dari tarikhPerjanjian Membina Rumah.

6. Ahli tidak layak memohon sekiranya:-• Membeli tanah atau lot tapak rumah sahaja.• Mengubah suai, membaiki/membuat kerja-

kerja tambahan kepada rumah yang sediaada.

• Mengambil pinjaman berbentuk Overdraf.• Membina rumah ketiga.• Membina rumah di luar negara.• Membina rumah bersama-sama individu lain

yang tiada pertalian suami-isteri.

Page 10: Adakah Simpanan KWSP - BNM

10 •

Amaun Yang Layak Dikeluarkan

Ahli boleh mengeluarkan simpanan seperti berikut:-

• PEMBINAAN RUMAH MILIK INDIVIDUAmaun perbezaan di antara kos membinarumah dengan jumlah pinjaman dan kostambahan 10% daripada kos bina rumahATAUSemua simpanan dalam Akaun 2.(Mengikut mana yang lebih rendah tidakkurang RM500.00)

• PEMBINAAN BERSAMA SUAMI/ISTERIAmaun perbezaan di antara kos membinarumah dengan jumlah pinjaman tambahan10% daripada kos bina rumahATAUSemua simpanan dalam Akaun 2 masing-masing tertakluk kepada amaun maksimumyang layak dikeluarkan.(Mengikut mana yang lebih rendah tidakkurang RM500.00)

• PINJAMAN PERUMAHAN 100%10% daripada kos bina rumahATAUSemua simpanan dalam Akaun 2(Mengikut mana yang lebih rendah tidakkurang RM500.00)

• PEMBINAAN RUMAH SECARA TUNAIKos bina rumah dengan tambahan 10%daripada kos bina rumah.ATAUSemua simpanan dalam Akaun 2(Mengikut mana yang lebih rendah tidakkurang RM500.00)

• Ahli boleh memilih untuk menentukan amaun yangingin dikeluarkan daripada Akaun 2, tertaklukkepada amaun maksimum yang layak dikeluarkandengan mengisi amaun yang dipohon dalamborang pengeluaran perumahan KWSP 9C(AHL)(D5).

• Ahli pernah membuat pengeluaran perumahantetapi telah membatalkan pembelian/pembinaanrumah tersebut. Dalam keadaan ini, wangpengeluaran tidak perlu dikembalikan. Amaun

kelayakan semasa akan ditolak daripada amaunpengeluaran terdahulu tertakluk kepada bakikelayakan (sekiranya ada).

Makluman Kepada Pemohon

• Kegagalan Mengembalikan Amaun YangTidak Digunakan Bagi Maksud Pengeluaran.Sekiranya pemohon tidak menggunakan bayaranpengeluaran bagi maksud pengeluaran dibuat,pemohon dianggap telah melakukan kesalahan,dan jika disabitkan, boleh dipenjarakan selamasuatu tempoh yang tidak melebihi enam bulanatau didenda tidak melebihi RM2,000 atau kedua-duanya. (Seksyen 58A, Akta KWSP 1991(Pindaan) 2007).

• Membuat Kenyataan Yang Tidak Betul AtauTidak Benar Atau Mengemukakan DokumenPalsu.Sekiranya pemohon memberi kenyataan yangtidak betul atau tidak benar atau mengemukakandokumen palsu, pemohon dianggap telahmelakukan kesalahan, dan sekiranya disabitkan,pemohon boleh dipenjarakan selama suatutempoh yang tidak melebihi tiga tahun ataudidenda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya. (Seksyen 59, Akta KWSP 1991 (Pindaan)2007).

Untuk maklumat lanjut mengenai Pengeluaran Membina Rumah,sila hubungi Pusat Panggilan KWSP di talian 03-8922 6000atau layari laman sesawang MyEPF di www.kwsp.gov.my.

Sumber : Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Page 11: Adakah Simpanan KWSP - BNM

• 11

Dalam usaha mencapai sektor kewangan yang lebihinklusif, Bank Negara Malaysia telah melancarkanrangka kerja perbankan ejen. Sebagai satu saranandalam Pelan Sektor Kewangan, inisiatif inimembolehkan institusi kewangan meluaskanperkhidmatan mereka kepada golongan yang kurangmendapat perkhidmatan kewangan (underserved),khususnya di kawasan luar bandar dengan cara yanglebih berkesan dari segi kos melalui penggunaansaluran runcit bukan bank.

Ejen bank berdaftar akan menyediakan perkhidmatanperbankan asas iaitu menerima deposit danmemudahkan pengeluaran. Perkhidmatan perbankanasas lain yang boleh disediakan oleh ejen bank ialahpemindahan dana, pembayaran bil dan pembayaranbalik pembiayaan. Semua transaksi yang dijalankanialah secara masa nyata bagi melindungi kepentinganorang ramai.

Pada akhir bulan Julai, semasa operasi ‘percubaan’perbankan ejen, lebih daripada satu juta transaksibernilai lebih daripada RM190 juta telah dijalankanmelalui 2,322 ejen bank yang mewakili tiga buahinstitusi kewangan yang mengambil bahagian.

Bagi memastikan perbankan ejen dijalankan secaraselamat dan diyakini, Bank Negara Malaysia telahmengeluarkan Garis Panduan Perbankan Ejen kepadainstitusi kewangan. Garis Panduan ini menggariskankeperluan yang harus dipatuhi oleh institusi kewangandalam bidang tadbir urus dan pengawasan, pengurusanejen bank serta perlindungan, kesedaran danpendidikan pengguna.

Semua ejen bank berdaftar akan mempamerkan logokebangsaan perbankan ejen bersama-sama denganlogo institusi kewangan masing-masing. Ini akanmemudahkan orang ramai mengenal pasti ejen bankyang sah dan perkhidmatan perbankan asas yangdisediakan.

Untuk maklumat lanjut mengenai perbankan ejen,orang ramai boleh menghubungi talian penting institusikewangan yang mengambil bahagian atau Bank NegaraMalaysia di 1-300-88-5465.

Sumber: Bank Negara Malaysia

Pengenalan Perbankan Ejen

Logo untuk Mengenal Pasti Ejen Bank Berdaftar

Page 12: Adakah Simpanan KWSP - BNM

Bank Negara MalaysiaTalian Tol : 1-300-88-5465E-mel : [email protected] sesawang : www.bnm.gov.my

Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM Connect)Talian Tol : 1-300-88-9980E-mel : [email protected] sesawang : www.abm.org.my

Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK)Talian Tol : 1-800-88-2575E-mel : [email protected] sesawang : www.akpk.org.my

Biro Pengantaraan Kewangan (BPK)Talian am : 03-2272 2811E-mel : [email protected] sesawang : www.fmb.org.my

Sebarang maklum balas sila e-melkan kepada [email protected]