peranan anak terhadap ibu bapa.docx

Upload: kwongyaw

Post on 04-Jun-2018

261 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 Peranan anak terhadap ibu bapa.docx

    1/2

    Ibu bapa ialah insan pertama yang dikenali oleh setiap anak-anak. Sejak kecil lagi, ibu bapa tidakpernah berhenti mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak dan tindakan ibu bapa ini bagaimenatang minyak yang penuh. Pengorbanan ibu bapa terhadap anak-anak telah membolehkan anak-anak dididik dengan sempurna sekali. Malangnya, apabila anak-anak kian membesar, mereka telah mulamenjauhi ibu bapa mereka dengan alasan ibu bapa mereka tidak memahami mereka ataupun ibu bapa

    mereka dianggap sudah ketinggalan zaman. Persoalannya, apakah peranan kita sebagai seorang anakuntuk membalas jasa ibu bapa kita?

    Sebagai seorang anak dan pelajar yang besikap positif, kita mesti memajukan diri dalampelajaran demi mengharumkan nama keluarga. Bagi merealisasikan wawasan ini, kita seharusnya belajardengan bersungguh-sungguh. Keputusan yang cemerlang merupakan bukti yang terbaik menunjukkanpenghargaan kita terhadap keluarga kita. Antara amalan yang boleh dipraktikkan termasuklah belajardengan penuh disiplin dan mengulangkaji menggunakan semua rujukan yang ada. Selain itu, seorang

    pelajar yang cemerlang dalam pelajaran juga seharusnya aktif dalam kokurikulum. Aktiviti sedemikianpasti mampu memupuk dan mencungkil bakat yang terpendam dalam setiap pelajar. Jelasnya

    menunjukkan bahawa kita mesti memajukan diri supaya mencapai keputusan peperiksaan yangcemerlang dan dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi. Peribahasa di mana ada kemahuan, disitu ada jalan mesti dijadikan pegangan setiap pelajar untuk mencapai kejayaan.

    Saban hari, kebanyakan ibu bapa era globalisasi ini pada lazimnya akan sibuk bekerja di luarrumah demi menunaikan tuntutan kerjaya serta menyara kos perbelanjaan seharian keluarga mereka.Apabila pulang ke rumah, ibu bapa yang sudahpun penat kehabisan tenaga ini pula perlu menyelesaikanpelbagai kerja di rumah yang telahun menjadi tanggungjawab mereka. Bagi membalas jasa ibu bapa,perbuatan yang dapat menyenangkan hati dan mengurangkan beban ibu bapa harus dilakukan olehsetiap anak-anak. Anak-anak sekurang-kurangnya harus membantu ibu bapa untuk memastikan

    kebersihan persekitaran rumah mereka. Inisiatif untuk melakukan kerja rumah pasti dapat mengukirsenyuman pada muka ibu bapa kita. Jelasnya menunjukkan bahawa setiap anak-anak mesti mengikis

    sikap mementingkan diri-sendiri bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing dan mulamembantu meringankan beban ibu bapa mereka.

    Selanjutnya, selaku seorang pelajar dan anak yang bertanggungjawab, kita patut menzahirkansahsiah diri yang cemerlang. Perlakuan kita seharusnya berlandaskan ajaran agama dan didikan agamayang betul. Oleh itu, untuk menjadi anak-anak sedemikian, pegangan agama yang kukuh dan sempurnaadalah amat penting. Contohnya, kita harus tekun meneliti kitab-kitab suci yang menjadi asas kepadasahsiah diri yang cemerlang. Kemudiannya, nilai-nilai murni yang terpuji seperti kerajinan dankesyukuran harus disemai dalam tingkah laku seharian kita. Anak-anak ini juga semestinya mendengarnasihat ibu bapa dengan penuh perhatian dan sikap masuk telinga kiri, keluar telinga kanan tidak akandipraktikkan. Hasilnya, anak-anak yang berakhlak mulia ini pasti dapat menjadi testimoni yang baik dan

    imej keluarga mereka pasti terjaga.

    Selain menunjukan akhlak yang cemerlang, juga menjadi tanggungjawab anak-anak untukmenjaga maruah diri supaya imej keluarga tidak dicemari. Segala nasihat daripada ibu bapa harusdipatuhi. Ajaran agama pula mesti sentiasa diikuti dan dijadikan pedoman dan panduan hidup kita.

  • 8/14/2019 Peranan anak terhadap ibu bapa.docx

    2/2

    Gejala sosial yang bakal merosakkan akhlak mulia tradisional Timur dan perbuatan yang mencontengarang di muka keluarga pula mesti dijauhi sama sekali. Bagi mencapai hasrat ini, individu lain yangberjaya dalam kehidupan boleh dijadikan sebagai contoh untuk diambil ikhtibar dan pengajaran samaada daripada kejayaan mereka ataupun kegagalan mereka. Jadi, kita perlulah bertindak secara rasionaldan tidak bertindak secara terburu-buru dalam setiap tindakan ketika menggunakan ilmu yang dipelajari

    supaya dapat menjaga maruah diri. Bak kata pepatah, harimau mati meninggalkan belang, manusia matipula meninggalkan nama; jagalah nama baik keluarga kita.

    Kesimpulannya, seorang anak yang bertanggungjawab akan menghargai jasa ibu bapa. Jasa ibubapa membesarkan kita dengan penuh kasih sayang sejak kasih sayang pula perlulah dibalas, khususnyaapabila kemampuan ibu bapa kita mula berkurangan. Harapannya, kita dapat meluangkan lebih masa

    untuk memahami dan menemani ibu bapa.