perakaunan syarikat

16
Bab 9: Perakaunan Syarikat 203 BAB 9 PERAKAUNAN SYARIKAT OBJEKTIF Selepas mempelajari bab ini, pelajar akan dapat Menjelaskan ciri-ciri syarikat Menjelaskan jenis-jenis syarikat iaitu syarikat awam berhad dan syarikat sendirian berhad Menerangkan proses penubuhan syarikat mengikut Akta Syarikat 1965 Menjelaskan struktur modal syarikat Menerangkan jenis-jenis saham syarikat iaitu saham biasa dan saham keutamaan dan hak-hak saham. Menjelaskan dua cara penerbitan saham iaitu terbitan penuh dan terbitan secara ansuran dan memperakaunkan saham yang dibayar penuh. Menjelaskan mengenai debentur syarikat. Menjelaskan mengenai rezab syarikat Menerangkan jenis-jenis dividen dan cara merekodnya Menunjukkan pelaporan ekuiti pemilik dalam penyata kewangan syarikat Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

Upload: muhammad-syawal

Post on 26-Dec-2015

97 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

stpm matriks akaun

TRANSCRIPT

Page 1: Perakaunan Syarikat

Bab 9: Perakaunan Syarikat

203

BAB 9

PERAKAUNAN SYARIKAT

OBJEKTIF

Selepas mempelajari bab ini, pelajar akan dapat

Menjelaskan ciri-ciri syarikat

Menjelaskan jenis-jenis syarikat iaitu syarikat awam berhad dan syarikatsendirian berhad

Menerangkan proses penubuhan syarikat mengikut Akta Syarikat 1965

Menjelaskan struktur modal syarikat

Menerangkan jenis-jenis saham syarikat iaitu saham biasa dan sahamkeutamaan dan hak-hak saham.

Menjelaskan dua cara penerbitan saham iaitu terbitan penuh danterbitan secara ansuran dan memperakaunkan saham yang dibayarpenuh.

Menjelaskan mengenai debentur syarikat.

Menjelaskan mengenai rezab syarikat

Menerangkan jenis-jenis dividen dan cara merekodnya

Menunjukkan pelaporan ekuiti pemilik dalam penyata kewangan syarikat

Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

Page 2: Perakaunan Syarikat

Bab 9: Perakaunan Syarikat

204

9.1 CIRI-CIRI SYARIKAT

Penubuhan sesebuah syarikat adalah sebagai alternatif kepada kelemahan dalam perniagaanpemilikan tunggal dan perkongsian sebagai contoh modal bagi kedua-dua perniagaan ini adalahsedikit yang menghadkan perkembangan badan perniagaan itu untuk membesarkan operasinya.Selain daripada itu ia juga menyebabkan penyertaan yang rendah daripada mereka yang inginmelibatkan diri dalam perniagaaan tetapi tidak dapat melibatkan diri dalam pengurusan perniagaantersebut.Ciri-ciri syarikat ialah :

a. Merupakan perniagaan yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia1965 (SSM). Undang-undang kecil Akta SSM merupakan garis panduan pengurusanperniagaan syarikat.

b. Modal syarikat lebih besar jika dibandingkan dengan perniagaan perkongsian ataupemilikan tunggal. Modal ini diperolehi dengan penerbitan syer syarikat yang bolehdilanggan. Setiap syer mempunyai satu nilai tetap yang disebut nilai par atau nilai tara.

c. Pemegang saham tiada liabiliti peribadi bagi hutang perniagaan. Konsep ini dikenalisebagai liabiliti terhad yang dikatakan sebagai satu kelebihan kepada pemegang saham.Mengikut konsep ini, paling banyak pemegang saham akan mengalami kerugian adalahjumlah amaun pelaburannya.

d. Bilangan ahli sesebuah syarikat adalah sekurang-kurangnya dua orang dan tiada hadmaksimum.

e. Saham-saham dalam syarikat boleh dipindah milik kepada pelabur yang lain. Pelaburandalam saham ini mempunyai kelebihan kecairan , kerana pelabur dengan mudahnya dapatmenjual saham-saham mereka untuk mendapatkan tunai. Disebabkan saham-sahamboleh dipindah milik kepada orang lain, syarikat boleh wujud secara berterusan tanpagangguan walaupun berlaku persaraan ahli ataupun kematian.

f. Pemegang-pemegang saham akan dibayar keuntungan perniagaan dalam bentuk dividenberdasarkan kepada jumlah pegangan saham.

g. Pemilik saham adalah pemilik syarikat tetapi mereka tidak mengurusnya. Untuk mentadbirurusan syarikat, pemegang saham memilih satu lembaga pengarah. Lembaga pengarahseterusnya melantik golongan profesional untuk mengendalikan syarikat.

9.2 JENIS-JENIS SYARIKAT

Terdapat dua jenis syarikat yang boleh ditubuhkan iaitu Syarikat Sendirian Berhad dan SyarikatAwam Berhad.

9.2.1 Syarikat Sendirian Berhad.

Seksyen 15(1) Akta Syarikat 1965 menjelaskan beberapa ciri syarikat sendirian berhad iaitu :

i. Bilangan pemegang saham minimum adalah dua orang dan maksimumnya lima puluhorang.

ii. Tidak boleh menawarkan sahamnya kepada awam. Sahamnya hanya boleh ditawarkankepada saudara-mara, ahli keluarga ataupun orang perseorangan yang dikenali.

iii. Sahamnya tidak boleh dipindah milikkan kepada orang lain tanpa kebenaran daripadapemegang-pemegang saham yang lain.

iv. Penyata Kewangan syarikat boleh dirahsiakan daripada umum.v. Liabiliti pemegang-pemegang saham adalah terhad setakat mana jumlah yang dilaburkan

dalam saham.

Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

Page 3: Perakaunan Syarikat

Bab 9: Perakaunan Syarikat

205

vi. Syarikat ditadbir oleh Lembaga Pengarah yang dilantik dikalangan pemegang-pemegangsaham.

vii. Kewujudan syarikat adalah kekal walaupun terdapat pemegang saham yang mati, gila atautidak siuman.

9.2.2 Syarikat Awam Berhad.

Ia merupakan syarikat yang ditubuhkan supaya orang awam boleh memegang ekuiti dalamsyarikat tersebut. Ciri-ciri syarikat awam berhad adalah :

i. Syarikat awam berhad ditubuhkan berdasarkan Akta Syarikat 1965. Di dalam seksyen 4(1)Akta Syarikat 1965 menyatakan mana-mana syarikat yang tidak dikategorikan sebagaisyarikat persendirian adalah dikelaskan sebagai syarikat awam. Syarikat awam perlumeletakkan perkataan ‘Berhad’ (Bhd.) pada akhir nama syarikat tersebut.

ii. Modal syarikat adalah dari saham-saham yang bernilai tetapiii. Setiap pemegang saham bagi sesebuah syarikat berhad menanggung liabiliti berhad. Ini

bermakna jika syarikat mengalami kerugian, pemegang saham akan menanggung liabilitisetakat jumlah saham yang dilaburkan sahaja.

iv. Saham syarikat awam berhad diniagakan di pasaran saham (BSKL)v. Pemegang saham boleh memindah milik sahamnya kepada orang lain. Jumlah pemegang

saham minimum adalah dua orang dan tiada had maksimum bergantung kepada jumlahsaham yang diterbitkan.

vi. Pihak pengurusan syarikat perlu menyediakan Penyata Kewangan syarikat bagi setiaptahun.

vii. Pihak syarikat perlu melantik Lembaga Pengarah di kalangan pemegang sahamterbanyak.

9.3 PENUBUHAN SYARIKAT

Syarikat yang ingin ditubuhkan perlu mematuhi peruntukan Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia1965 (SSM). Pihak yang ingin menubuhkan syarikat atau dikenali sebagai penaja syarikat perluberurusan dengan pendaftar syarikat. Syarikat yang dibentuk perlu mendapatkan sijil syarikat yangdikeluarkan oleh pendaftar syarikat . Sijil tersebut akan mencatatkan nama dan nomborpendaftaran syarikat. Nama syarikat yang dicadangkan kepada pendaftar syarikat mestilah sesuaidan tidak menyamai nama syarikat lain. Seksyen 22(7) Akta SSM menyatakan jika nama itu tidaksesuai atau menyamai nama syarikat lain, maka nama tersebut tidak boleh digunakan. Di hujungnama tersebut perlu dimasukkan sama ada ianya berhad peribadi (dengan Sdn. Bhd. dihujungnya)ataupun ianya syarikat milik awam (dengan perkataan Bhd. dihujung namanya).

Untuk mendaftarkan syarikat, penaja perlu membayar yuran pendaftaran dan melengkapkan duadokumen berkanun yang menggariskan peraturan syarikat. Yuran pendaftaran bergantung kepadajumlah modal yang didaftarkan oleh syarikat tersebut. Dokumen berkanun yeng perlu diserahkankepada pendaftar syarikat ialah memorandum pertubuhan dan taturusan pertubuhan.

9.3.1 Memorandum Pertubuhan.

Dokumen ini menetapkan kuasa-kuasa syarikat dalam hubungannya dengan pihak luarperniagaan. Ia menyatakan perkara-perkara yang melibatkan hal ehwal luaran perniagaan.Perkara-perkara yang perlu dinyatakan dalam memorandum pertubuhan meliputi [seksyen 18(1)]iaitu :

i. Nama syarikatii. Alamat pejabat syarikat yang didaftar.iii. Objek syarikat iaitu jenis-jenis aktiviti yang akan dijalankan oleh syarikativ. Liabiliti pemilik dinyatakan sama ada terhad atau tidak terhad.v. Jumlah modal dibenarkan (didaftarkan) dengan menyatakan jenis saham yang akan

diterbitkan.

Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

Page 4: Perakaunan Syarikat

Bab 9: Perakaunan Syarikat

206

Memorandum persatuan ini perlu ditandatangani oleh sekurang-kurangnya dua penyumbang,diletak tarikh dan disaksikan. Setiap penyumbang bersetuju untuk menyumbang untuk sekurang-kurangnya satu syer.

9.3.2 Tataurusan Pertubuhan

Tataurusan pertubuhan pula menjelaskan peraturan-peraturan yang mengawal hal ehwal dalamansyarikat seperti kuasa dan tanggungjawab pengurusan syarikat serta hak pemegang saham.Antara perkara-perkara yang terkandung dalam tataurusan pertubuhan ialah hak bagi setiap kelassaham, pindah milik saham, tanggungjawab dan kuasa ahli lembaga pengarah syarikat, notis danprosiding mesyuarat , dan lain-lain.

Jadual 4 (Bahagian A) Akta SSM 1965 merupakan model tataurusan pertubuhan. Jika syarikattidak menyediakan tataurusan pertubuhannya sendiri, jadual tersebut akan diterima pakai sebagaitataurusan syarikat tersebut.

Selain dua dokumen di atas, penaja juga perlu menyerahkan perisytiharan berkanun yangmenyatakan bahawa semua keperluan Akta SSM 1965 telah dipenuhi. Dokumen ini disediakanoleh peguamcara atau akauntan yang terlibat dalam penubuhan syarikat atau pengarah syarikatatau setiausaha syarikat.

Apabila semua keperluan undang-undang dipenuhi, barulah Pendaftar Syarikat akanmengeluarkan Sijil Penubuhan Syarikat. Mulai dari tarikh dinyatakan dalam sijil tersebut, syarikatboleh menjalankan semua fungsi korporat, boleh mendakwa dan didakwa, boleh ditukar gantipihak pengurusan dan mempunyai materi, dan berkuasa memperolehi, memiliki dan melupuskanharta. Bagaimanapun untuk syarikat awam, ia perlu mendapatkan Sijil Memulakan Perniagaanterlebih dahulu. Sijil ini akan dikeluarkan setelah syarikat tersebut mempunyai jumlah modalminimum yang ditetapkan.

Dalam menubuhkan syarikat, selain daripada yuran pendaftaran terdapat kos-kos lain yang perludibayar, antaranya ialah yuran guaman bagi menyediakan memorandum dan tataurusanpertubuhan, kos percetakan pelbagai dokumen (seperti prospektus) dan bayaran kepada penajasyarikat. Semua kos yang dilibatkan semasa penubuhan syarikat dikenali sebagai belanjapenubuhan.

9.4 STRUKTUR MODAL

9.4.1 Modal saham dibenarkan

Kadangkala di kenali sebagai modal didaftarkan atau modal nominal. Modal ini merupakan jumlahmaksimum modal yang boleh diterbitkan untuk dilanggan oleh orang ramai. Modal ini adalah modalyang dinyatakan dalam Memorandum Syarikat. Bagaimanapun syarikat tidak semestinyamenerbitkan keseluruhan modal yang dibenarkan. Di dalam Memorandum Syarikat, syarikat perlumenyatakan jenis saham, bilangan unit saham beserta nilai tara(par/nominal). Jenis sahambermaksud saham keutamaan dan saham biasa sementara nilai tara adalah nilai muka bagi setiapsaham tersebut.

Contoh 1:

3,000,000 saham keutamaan pada nilai tara RM3.00 seunit10,000,000 saham biasa pada nilai tara RM1.00 seunitJumlah modal dibenarkan

RM 9,000,000RM 10,000,000RM 19,000,000

Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

Page 5: Perakaunan Syarikat

Bab 9: Perakaunan Syarikat

207

9.4.2 Modal diterbitkan

Merupakan sebahagian daripada modal berdaftar yang dikeluarkan atau ditawarkan untukdilanggan oleh orang awam. Jumlah maksimum modal yang boleh diterbitkan adalah sama denganjumlah modal yang dibenarkan.

9.4.3 Modal berbayar

Berdasarkan modal yang diterbitkan syarikat akan menetapkan amaun yang perlu dibayar olehpemegang saham bagi setiap saham. Syarikat boleh menetapkan jumlah yang perlu dibayarsemasa membuat permohonan sama ataupun kurang daripada nilai par. Walau bagaimanapunperbincangan hanya akan ditumpukan kepada saham yang dilanggan dan dibayar penuh.

9.4.4 Ringkasan struktur modal

Struktur modal

9.5 JENIS-JENIS SAHAM

Penubuhan sesebuah syarikat tidak dapat dipisahkan daripada menerbitkan saham. Saham bolehdidefinisikan sebagai satu bentuk hak milik terhadap ekuiti syarikat melalui sumbangan modal keatas syarikat tersebut. Apabila seseorang itu membeli saham, ia dianggap sebagai pemegangsaham. Sebagai bukti ia sebagai pemegang saham, pihak syarikat akan mengeluarkan satudokumen yang dipanggil sijil saham untuk dipegang oleh pihak pelabur. Di sijil saham ini akantertera nilai saham dan butir-butir pemilik saham tersebut.

Sebelum saham ditawarkan untuk dijual kepada orang awam, sesebuah Syarikat Awam Berhadperlulah mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Terbitan Modal (CIC) diantaranya sesebuah syarikat mestilah mengeluarkan prospektus. Prospektus merupakan satudokumen yang menyatakan segala maklumat tentang syarikat dari segi operasi, matlamat terbitansaham, Ahli Lembaga Pengarah, aktivitinya dan juga modal saham yang ada. Prospektus ini perludikemukan kepada Pendaftar Syarikat. Apabila Pendaftar bersetuju baharulah prospektus iniditerbitkan di akhbar untuk diiklankan kepada orang ramai.

Modal dibenarkan10,000,000 unit saham biasa RM1.00 setiap satu

Modal diterbitkan6,000,000 unit saham biasaRM1.00 setiap satu.

Modal belum diterbitkan4,000,000 unit saham biasaRM1.00 setiap satu

Modal diterbitkan dandibayar penuh.

6,000,000 unit saham biasaRM1.00 setiap satu.

Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

Page 6: Perakaunan Syarikat

Bab 9: Perakaunan Syarikat

208

9.5.1 Saham Biasa

Setiap syarikat mesti memiliki modal saham biasa. Biasanya saham biasa merupakan komponen-komponen saham yang terbesar dalam modal syarikat. Pemegang saham biasa diberikan hakmengundi dalam mesyuarat agung tahunan syarikat mengikut unit saham yang dipegangnya. Hakini membolehkan pemegang saham biasa mempengaruhi keputusan berkaitan polisi syarikat danjuga perlantikan ahli lembaga pengarah syarikat. Oleh itu pemegang saham biasa merupakanpemilik syarikat.

Pemegang saham biasa menerima dividen selepas dividen telah dibayar kepada sahamkeutamaan. Kadar dividen untuk pemegang saham biasa adalah tidak tetap dan pembayarandividen tidak semestinya dibuat pada setiap tahun. Ianya bergantung kepada keputusan ahlilembaga pengarah syarikat. Sekiranya untung syarikat tinggi, kemungkinan dividen yang akandiberikan adalah tinggi juga. Kadar dividen ini mungkin lebih tinggi daripada kadar dividen yangditerima oleh pemegang saham keutamaan. Sebaliknya jika syarikat mengalami kerugian atauuntung yang sedikit, pemegang saham biasa mungkin tidak mendapat dividen pada tahun tersebut.

Sekiranya syarikat dibubarkan, pemegang saham biasa akan mendapat balik modal yangdisumbangkan selepas pemegang saham keutamaan mendapat balik modal mereka. Pemegangsaham biasa berkemungkinan tidak mendapat balik sepenuhnya modal yang mereka sumbangkan.Oleh itu pemegang saham biasa adalah penanggung risiko syarikat.

9.5.2 Saham Keutamaan

Saham keutamaan merupakan sejenis saham yang dibayar dividen yang tetap setiap tahun. Kadardividen telah ditetapkan semasa saham tersebut diterbitkan. Pembayaran dividen tidak bergantungkepada jumlah untung yang didapati oleh syarikat tetapi sebaliknya bergantung kepada kadardividen yang telah ditentukan semasa saham tersebut diterbitkan. Pembayaran dividen bagi sahamkeutamaan didahulukan daripada pembayaran dividen saham biasa. Walau bagaimanapunpembayaran dividen ini bergantung kepada keputusan lembaga pengarah. Ini bermakna,pembayaran dividen tersebut boleh ditunda ke tahun berikutnya jika dividen tahun semasa tidakdibayar.

Pemegang saham keutamaan tidak mempunyai hak mengundi dalam mesyuarat agung syarikat.Ini bermakna tidak dapat campur tangan di dalam menentukan polisi syarikat. Walaubagaimanapun pemegang saham keutamaan dibenarkan mengundi dalam keadaan di manadividen untuk saham keutamaan tidak dapat dibayar dalam tempoh seperti yang dinyatakan didalam Tataurusan Pertubuhan.

Sekiranya syarikat dibubarkan, pemegang saham keutamaan mempunyai keutamaan untukmendapatkan semula modal yang mereka sumbangkan berbanding dengan pemegang sahambiasa.

Saham keutamaan terdiri daripada beberapa jenis iaitu keutamaan kumulatif, partisipatif, bolehtebus dan boleh tukar.

9.5.2.1 Saham Keutamaan Kumulatif

Pemegang saham kumulatif akan menerima dividen pada kadar tetap setiap tahun. Sekiranyasyarikat tidak membayar dividen pada tahun tertentu, dividen tersebut akan dibawa ke tahunberikutnya. Sebagai contoh, syarikat tidak membayar dividen pada tahun 2000 dan kemudian padatahun 2001 syarikat akan membayar dividen kepada pemegang saham. Maka dividen yang akanditerima oleh pemegang saham keutamaan kumulatif pada tahun 2001 adalah dividen untuk tahun2000 dan 2001.

Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

Page 7: Perakaunan Syarikat

Bab 9: Perakaunan Syarikat

209

9.5.2.2 Saham Keutamaan Bukan Kumulatif

Saham keutamaan bukan kumulatif memberi hak kepada pemegang saham tersebut untukmenerima dividen pada kadar yang tetap apabila syarikat memutuskan untuk membayar dividenpada tahun tersebut. Bagaimanapun, syarikat tidak membayar dividen pada tahun tertentu makapemegang saham ini tidak mendapat dividen untuk tahun tersebut dan ianya tidak boleh dibawa ketahun berikutnya.

9.5.2.3 Saham Keutamaan Partisipatif

Saham ini membolehkan pemiliknya mendapat agihan dividen tambahan di samping dividen yangtetap yang diperolehinya setiap tahun sekiranya syarikat ada lebihan untung. Dividen tambahan inidiberikan setelah pemegang saham biasa dan saham tertunda menerima dividen masing-masing.Saham ini bersifat kumulatif.

9.5.2.4 Saham Keutamaan Bukan Partisipatif

Pemegang saham ini hanya menerima dividen yang tetap setiap tahun dan tidak boleh menerimadividen tambahan sekiranya syarikat memiliki lebihan untung pada tahun-tahun tertentu.

9.5.2.5 Saham Keutamaan Boleh Tebus

Saham keutamaan boleh tebus membenarkan syarikat membeli semula saham tersebut daripemegang saham pada suatu tarikh yang dinyatakan. Tarikh itu perlu dinyatakan semasa syarikatmenerbitkan saham ini.

9.5.2.6 Saham Keutamaan Boleh Tukar

Saham keutamaan boleh tukar memberikan hak kepada pemiliknya untuk menukarkan kepadasaham biasa mengikut kadar pertukaran yang dinyatakan oleh syarikat. Tarikh untuk membuatpertukaran kelas saham ini juga ditetapkan oleh syarikat.

9.6 TERBITAN SAHAM

Sesebuah syarikat awam berhad perlulah menyediakan rekod-rekod yang sesuai bagi semua jenisurusniaga yang melibatkan penerbitan saham. Ini adalah selaras dengan peraturan undang-undang yang telah ditetapkan. Bagi syarikat berhad, akaun modal dibuka untuk merekod modalsaham yang diterbitkan.

Bagi syarikat berhad, memadai hanya dibuka satu Akaun Modal sahaja kerana tidak praktikalmembuka akaun untuk semua pemegang saham. Butir-butir pemegang saham boleh direkodkan dibuku lain kerana lebih sesuai dan menjimatkan masa. Jika syarikat menerbitkan lebih daripadasatu jenis saham, maka setiap jenis saham yang diterbitkan itu akan mempunyai akaun modalnyasendiri. Contohnya Akaun Modal Saham Keutamaan dan Akaun Modal Saham Biasa.

Syarikat boleh menerbitkan saham bukan sahaja pada nilai tara saham, tetapi juga pada nilai yanglebih daripada nilai tara yang dikenali sebagai terbitan pada harga premium ataupun diterbitkanpada nilai yang lebih rendah daripada nilai tara yang dikenali sebagai terbitan pada harga diskaun.

Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

Page 8: Perakaunan Syarikat

Bab 9: Perakaunan Syarikat

210

9.6.1 Terbitan Saham pada Nilai Tara

Terbitan saham pada nilai tara bermaksud apabila ianya diterbitkan dengan nilai muka sahamtersebut. Nilai tara atau nilai yang dinyatakan mewakili modal sah sesyer. Ekuiti pemegang sahamtidak boleh kurang daripada jumlah tersebut melainkan melalui kerugian daripada kendalianperniagaan. Para pengarah tidak boleh mengisytiharkan suatu dividen yang akan menyebabkanekuiti pemegang saham jatuh di bawah nilai tara saham yang diterbitkan. Oleh itu, nilai tara bolehdianggap sebagai tahap modal ekuiti minimum yang wujud untuk perlindungan pemiutang.

Oleh kerana terdapat sekatan undang-undang berkait dengan nilai tara, peruntukan Akta Syarikat1965 memerlukan syarikat untuk menunjukkan secara berasingan nilai tara saham yang diterbitkandalam bahagian ekuiti pemegang saham di kunci kitra-kira.

Sesuatu syarikat boleh menetapkan nilai taranya sahamnya pada RM 1 sesaham, RM 2 sesahamatau sebagainya. Nilai tara sesuatu saham tiada kaitan dengan nilai pasaran. Sebagai contoh jikasyarikat menerbitkan saham biasa pada nilai tara RM 1.00 seunit, maka orang ramai yangmelanggan saham syarikat tersebut akan membayar RM 1.00 bagi setiap unit saham yang dibeli.

9.6.2 Terbitan Saham pada Nilai Premium

Terbitan saham pada nilai premium adalah terbitan saham yang menghendaki orang ramai yangingin membeli saham tersebut perlu membayar pada harga yang lebih tinggi daripada nilai taranya.Penerbitan saham seperti ini biasanya dibuat kerana nilai pasaran saham tersebut mungkin lebihtinggi daripada nilai mukanya ataupun syarikat mempunyai prestasi kewangan yang baik.Contohnya, jika nilai tara saham biasa ialah RM 1.00 seunit, syarikat meletakkan harga terbitansaham pada harga RM 1.20. ini bermakna orang ramai perlu membayar lebih sebanyak RM 0.20bagi setiap unit saham yang dilanggan.

Mengikut Akta Syarikat 1965, lebihan daripada daripada nilai tara dalam terbitan saham pada nilaipremium perlu direkodkan ke Akaun Premium Saham [seksyen 60(2)]. Dengan ini akaun ModalSaham hanya merekod saham pada nilai tara sahaja. Akaun premium saham merupakansebahagian daripada dana pemegang saham. Seksyen 60(3) Akta Syarikat 1965 menetapkanbahawa akaun premium saham hanya boleh digunakan untuk:

i. Membayar saham yang belum diterbitkan sebagai saham bonus kepada pemegang sahamsedia ada.

ii. Membayar amaun yang belum jelas oleh pemegang saham sebelum ini.iii. Membayar dividen saham kepada pemegang saham.iv. Memperuntukkan atau memindahkan ke dalam dana berkanun khusus untuk perniagaan

insuran.v. Menghapuskan belanja penubuhan, belanja menerbitkan saham syarikat dan diskaun

sahamvi. Memperuntukkan premium saham atas penebusan saham keutamaan boleh tebus.

9.6.3 Terbitan Saham pada Nilai Diskaun

Sekiranya syarikat menerbitkan saham pada nilai yang lebih rendah daripada nilai taranya, terbitansaham tersebut dibuat pada nilai diskaun. Contohnya, syarikat menerbitkan saham yangmempunyai nilai tara RM 1.00 pada harga diskaun RM 0.20. Orang ramai yang melanggan sahamhanya perlu membayar sebanyak RM0.80 bagi setiap saham yang dilanggan. Perbezaan di antaranilai saham yang diterbitkan dengan nilai taranya iaitu RM 0.20 dipanggil diskaun saham. Diskaunsaham akan didebitkan ke dalam Akaun Diskaun Saham. Akaun modal saham tetap dikreditkanpada nilai taranya. Akaun diskaun saham tersebut boleh dihapuskira dengan menggunakan akaunpremium saham sebagaimana yang dinyatakan dalam seksyen 60(3) Akta Syarikat 1965.Sekiranya akaun diskaun tidak dihapuskira, ia ditunjukkan di dalam kunci kira-kira sebagai asetkhalayan (‘fictitious’)

Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

Page 9: Perakaunan Syarikat

Bab 9: Perakaunan Syarikat

211

Bagi syarikat yang menerbitkan saham pada nilai diskaun, ia perlu memenuhi peruntukan seksyen59(1) Akta Syarikat 1965 iaitu:

i. Disahkan melalui resolusi yang diluluskan oleh mesyuarat agung syarikat dan disahkanoleh mahkamah.

ii. Kadar maksimum diskaun dinyatakan dalam resolusi.iii. Terbitan hendaklah selepas sekurang-kurangnya satu tahun daripada syarikat dibenarkan

menjalankan operasiiv. Terbitan dibuat dalam tempoh sebulan selepas ianya disahkan oleh mahkamah.

Daripada syarikat mula mengeluarkan prospektus sehingga modal saham syarikat diwujudkan,terdapat dua tahap yang akan dilalui dalam terbitan saham. Dua tahap tersebut ialah permohonandan perumpukan.

a) Permohonan

Apabila orang ramai berminat untuk melabur di dalam syarikat yang hendak menerbitkan saham,orang ramai perlu mengisi borang tertentu dan menghantarnya kepada syarikat berserta wang(draf bank) mengikut jumlah unit saham yang dipohon. Setiap permohonan tidak boleh kurangdaripada satu lot saham (1,000 unit). Permohonan perlu dihantar dalam tempoh yang ditetapkan.Pada tahap ini semua pemohon belum lagi menjadi pemegang saham syarikat berkenaan.Manakala syarikat pula, wang yang diterima daripada permohonan belum lagi dikira sebagai modalsaham syarikat.

Tatacara perakaunan bagi merokod penerimaan permohonan daripada orang ramai adalah sepertiberikut;

Tarikh Butir Debit KreditBank xx

Permohonan xx

Pada peringkat ini, penerimaan wang daripada orang ramai dikreditkan di dalam akaunpermohonan. Akaun Permohonan merupakan akaun sementara untuk merekod penerimaantersebut. Akaun ini akan ditutup apabila syarikat telah menentukan permohonan yang berjayamendapatkan saham syarikat.

Biasanya permohonan yang diterima oleh syarikat adalah tidak sama dengan jumlah saham yangditerbitkan. Jika jumlah saham yang dipohon melebihi jumlah saham yang diterbitkan, makalebihan langganan akan wujud. Contohnya, syarikat menerbitkan 2,000,000 unit saham biasa danjumlah permohonan yang diterima adalah 2,300,000 unit. Dengan itu lebihan langganan sebanyak300,000 unit. Sebaliknya jika jumlah permohonan kurang daripada jumlah saham yang diterbitkan,maka kurang langganan pula wujud. Contohnya, syarikat hanya menerima permohonan bagi1,600,000 unit saham sahaja, bagi terbitan saham biasa sebanyak 2,000,000 unit. Dengan inikurangan langganan wujud sebanyak 400,000 unit.

Untuk terbitan saham yang mendapat lebihan langganan, lembaga pengarah syarikat bolehmembuat keputusan sama ada untuk;

i) menolak lebihan langganan dan memulangkan semula wang permohonan kepada pemohonyang gagal mendapatkan saham syarikat.

Sebagai contoh: Jika jumlah saham yang diterbitkan 1,000,000 unit, manakala jumlah saham yangdipohon oleh orang ramai ialah 1,200,000 unit, maka syarikat akan menolak lebihan permohonansebanyak 200,000 unit dan memulangkan wang yang diterima daripada permohonan tersebut.

Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

Page 10: Perakaunan Syarikat

Bab 9: Perakaunan Syarikat

212

ii) Bilangan saham yang dipohon diselaraskan kepada bilangan saham yang ditawarkanmenggunakan kaedah prorata.

Dalam kaedah ini setiap permohonan akan mendapat saham tetapi dalam jumlah yang kurangdaripada jumlah yang dipohon.

Jum. Saham diperolehi = (jum. Saham diterbitkan / jum. Saham dipohon) x jum. permohonanindividu

Sebagai contoh, jika jumlah saham yang diterbitkan 1,000,000 unit, manakala jumlah yang dipohonoleh orang ramai ialah 1,200,000 unit. Andaikan seorang pemohon, Ahmad memohon 6,000 unitsaham. Berapa unit sahamkah yang akan diperolehinya.

Jum. Saham diperolehi = (1,000,000 / 1,200,000) x 6,000= 5,000 unit.

Untuk terbitan saham yang kurang langganan pula, jumlah permohonan yang diterima mestimelebihi jumlah minimum langganan seperti yang dinyatakan dalam Akta Syarikat 1965. Lebihanjumlah saham yang belum dilanggan akan dibeli oleh penaja jamin.

Penaja jamin adalah terdiri daripada firma bank pelaburan. Peranan penaja jamin adalah memberijaminan kepada perbadanan yang menerbitkan saham satu harga khusus untuk saham tersebutdan mendapatkan keuntungan dengan menjual saham kepada pelabur awam pada harga yanglebih tinggi sedikit. Perbadanan akan merekodkan terbitan saham pada amaun bersih yangditerima daripada penaja jamin. Penggunaan penaja memberi jaminan kepada perbadananbahawa keseluruhan amaun dana yang diinginkan akan didapati pada tarikh tertentu.

b) Perumpukan

Selepas tempoh permohonan tamat, lembaga pengarah syarikat akan membuat perumpukan bagimenentukan siapakah yang berjaya mendapatkan saham syarikat yang diterbitkan. Mereka yangberjaya akan menjadi pemegang saham syarikat. Manakala bagi permohonan yang gagal, syarikatakan memulangkan semua wang permohonan mereka. Pada tahap ini barulah syarikat merekodmodal saham syarikat.

i. Catatan jurnal merekod perumpukan saham

Tarikh Butir Debit KreditPermohonan xx

Modal saham xx

ii. Merekod pemulangan wang permohonan yang gagal

Tarikh Butir Debit KreditPermohonan xx

Bank xx

Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

Page 11: Perakaunan Syarikat

Bab 9: Perakaunan Syarikat

213

9.6.4 Merekod Terbitan Saham9.6.4.1 Contoh 1: Terbitan Pada nilai tara dan dibayar penuh

Syarikat Setia Jaya mempunyai modal dibenarkan RM1,000,000 yang terdiri daripada 1,000,000unit saham biasa dengan nilai tara RM 1.00 seunit. Pada 1 Jan 2000 Syarikat Setia Jayamenerbitkan 700,000 unit saham biasa pada nilai tara RM 1.00 sesaham yang perlu dibayar penuhsemasa permohonan. Sehingga tarikh tutup permohonan iaitu pada 31 Jan 2000 sebanyak1,000,000 unit saham telah dipohon. Pada 1 Feb. 2000 Lembaga pengarah membuat perumpukansaham dengan memutuskan untuk menolak lebihan permohonan dan wang mereka dipulangkan.

Penyelesaian:Tarikh Butir Debit Kredit2000Jan 1

Feb 1

Bank Permohonan (1,000,000 x RM1.00)(merekod penerimaan wang permohonan)

Permohonan Modal saham biasa (700,000 x RM1.00)(merekod perumpukan 700,000 unit saham biasa)

Permohonan Bank (300,000 x RM1.00)(merekod pemulangan wang permohonan yang gagal)

1,000,000

700,000

300,000

1,000,000

700,000

300,000

Kedudukan kunci kira-kira (bahagian ekuiti) selepas terbitan saham biasa adalah seperti berikut;Syarikat Setia Jaya

Kunci kira-kira pada 1 Feb. 2000Ekuiti saham:Modal dibenarkan;1,000,000 saham biasa RM1.00 setiap satu

Modal diterbitkan dan dibayar penuh:700,000 saham biasa RM1.00 setiap satu

Jumlah ekuiti pemegang saham

RM

1,000,000

700,000

700,00

9.6.4.2 Terbitan saham pada nilai premium

Contoh 2Dengan menggunakan maklumat di dalam contoh 1, andaikan Syarikat Setia Jaya telahmenerbitkan saham tersebut pada harga RM1.20 seunit.

Penyelesaian;Tarikh Butir Debit Kredit2000Jan 1

Feb 1

Bank (1,000,000 x RM1.20) Permohonan(merekod penerimaan wang permohonan)

Permohonan Modal saham biasa (700,000 x RM1.00) Premium saham (700,000 x RM0.20)(merekod perumpukan 700,000 unit saham biasa)

Permohonan Bank (300,000 x RM1.20)(merekod pemulangan wang permohonan yang gagal)

1,200,000

840,000

360,000

1,200,000

700,000140,000

360,000

Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

Page 12: Perakaunan Syarikat

Bab 9: Perakaunan Syarikat

214

Kedudukan kunci kira-kira (bahagian ekuiti) selepas terbitan saham biasa adalah seperti berikut;

Syarikat Setia JayaKunci kira-kira pada 1 Feb. 2000

Ekuiti Saham:Modal dibenarkan:1,000,000 saham biasa nilai tara RM 1.00 setiap satu

Modal diterbitkan dan dibayar penuh:700,000 saham biasa RM 1.00 setiap satu

Premium saham

Jumlah ekuiti pemegang saham

RM

1,000,000

700,000

140,000

840,000

9.6.4.3 Terbitan saham pada nilai diskaun.

Contoh 3:Dengan menggunakan maklumat yang sama dalam contoh satu, andaikan Syarikat Setia Jayamenerbitkan saham pada harga RM 0.80 sesaham.

Penyelesaian:Tarikh Butir Debit Kredit2000Jan 1

Feb 1

Bank (1,000,000 x RM0.80) Permohonan(merekod penerimaan wang permohonan)

PermohonanDiskaun (700,000 x RM0.20) Modal saham biasa (700,000 x RM1.00)(merekod perumpukan 700,000 unit saham biasa)

Permohonan Bank (300,000 x RM0.80)(merekod pemulangan wang permohonan yang gagal)

800,000

560,000140,000

240,000

800,000

700,000

240,000

Kedudukan kunci kira-kira (bahagian ekuiti) selepas terbitan saham biasa adalah seperti berikut;

Syarikat Setia JayaKunci kira-kira pada 1 Feb. 2000

Ekuiti saham:Modal dibenarkan;1,000,000 saham biasa nilai tara RM1.00 setiap satu

Modal diterbitkan dan dibayar penuh:700,000 saham biasa RM1.00 setiap satu

tolak : Diskaun

Jumlah ekuiti pemegang saham

RM

1,000,000

700,000

140,000

560,000

Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

Page 13: Perakaunan Syarikat

Bab 9: Perakaunan Syarikat

215

9.6.5 Terbitan Saham Biasa dan Saham Keutamaan

Contoh 4

Syarikat 2H & 2N Berhad mempunyai modal yang dibenarkan yang terdiri daripada 15,000,000 unitsaham biasa dengan nilai tara RM 1.00 seunit dan 10,000,000 saham keutamaan 9% kumulatifRM 1.00 setiap satu. Pada 1 April 2000 Syarikat 2H & 2N Berhad menerbitkan 10,000,000 unitsaham biasa pada harga RM 1.20 sesaham dan 5,000,000 unit saham keutamaan 9% kumulatifpada harga RM 1.20 sesaham. Pembayaran penuh perlu dibuat untuk kedua-dua jenis sahampada masa permohonan. Sehingga 30 April 2000 iaitu tarikh tutup permohonan, sebanyak12,000,000 unit saham biasa dan 5,000,000 unit saham keutamaan telah dipohon. Pada 1 Mei2000 Lembaga pengarah membuat perumpukan saham dengan memutuskan untuk mengagihkansaham biasa secara prorata, dan memulangkan permohonan yang tidak berjaya. Manakala bagisaham keutamaan semua permohonan diperumpukan saham.

Auzaie, salah seorang pelabur telah memohon sebanyak 12,000 unit saham biasa

Berdasarkan kes di atas, anda dikehendaki menyediakan :a) Catatan jurnal merekod terbitan sahamb) Menunjukkan kunci kira-kira bahagian ekuiti pemilik selepas terbitan sahamc) Menentukan jumlah unit saham yang diperolehi oleh Auzaie.

Penyelesaian:a)

Tarikh Butir Debit Kredit2000Apr 30

Mei 1

Bank (12,000,000 x RM 1.20 + 5,000,000 x RM 1.20) Permohonan(merekod penerimaan wang permohonan saham biasadan saham keutamaan)

Permohonan Modal saham biasa (10,000,000 x RM 1) Premium saham biasa (10,000,000 x RM 0.20) Modal saham keutamaan ( 5,000,000 x R M1) Premium saham keutamaan (5,000,000 x RM 0.20)(merekod perumpukan 10,000,000 unit saham biasadan 5,000,000 unit saham keutamaan)

Permohonan Bank (2,000,000 x RM1.20)(merekod pemulangan wang permohonan yang gagal)

20,400,000

18,000,000

2,400,000

20,400,000

10,000,000 2,000,000 5,000,000 1,000,000

2,400,000

Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

Page 14: Perakaunan Syarikat

Bab 9: Perakaunan Syarikat

216

b)Syarikat 2H & 2N Berhad

Kunci kira-kira pada 1 Mei 2000

Ekuiti saham: RM

Modal dibenarkan:10,000,000 unit saham keutamaan 9% kumulatif, nilai tara RM1 setiap satu 10,000,00015,000,000 unit saham biasa nilai tara RM1.00 setiap satu 15,000,000

Modal diterbitkan dan dibayar penuh:5,000,000 unit saham keutamaan 9% kumulatif, nilai tara RM1 setiap satu 5,000,00010,000,000 saham biasa RM1.00 setiap satu 10,000,000

Premium saham:Saham keutamaan 1,000,000Saham biasa 2,000,000Jumlah modal dibayar 18,000,000

Jumlah ekuiti pemegang saham 18,000,000

c) Jumlah saham yang diperolehi oleh Auzaie ialah:

10,000,000 x 12,000 = 10,000 unit12,000,000

9.7 DEBENTUR

Selain daripada menerbitkan syer-syer baru, sebuah syarikat boleh mendapatkan dana untukmembiayai operasinya dengan mendapat pinjaman daripada orang ramai atau daripada institusikewangan. Satu cara yang biasanya digunakan oleh syarikat untuk mendapatkan pinjaman jangkapanjang adalah dengan terbitan debentur.

Debentur merupakan dokumen yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat untuk membuktikanhutangnya kepada pihak-pihak lain dan mengandungi syarat-syarat tentang bayaran faedah danpenebusan debentur berkenaan. Seperti dengan syer, debentur syarikat boleh diterbitkan padanilai tara, premium atau diskaun.

Contoh 5 :Syarikat SBI telah membuat keputusan untuk menerbitkan 500 unit debentur 6% berharga RM 100seunit pada nilai tara, dibayar sepenuhnya atas permohonan.

Tarikh Butir Debit KreditTunai (500 x RM 100) Debentur(merekod terbitan debentur)

50,00050,000

Petikan Kunci Kira-Kira

Liabiliti Jangka Panjang Debentur, 6% RM 50,000

Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

Page 15: Perakaunan Syarikat

Bab 9: Perakaunan Syarikat

217

9.8 REZAB

Rizab boleh didefinisikan sebagai suatu jumlah yang telah diperuntukan khas untuk sesuatu tujuandan tidak boleh digunakan untuk tujuan yang lain. Selain modal, rizab merupakan sebahagianekuiti syarikat. Rizab terdiri daripada dua jenis rizab modal dan rizab hasil

9.8.1 Rizab Modal

Rizab modal adalah sebahagian daripada rizab berkanun. Oleh itu ia tidak boleh diagihkan kepadapemegang saham sebagai dividen. Antara contoh rizab ialah premium saham, rizab tebusanmodal, rizab penilaian semula aset tetap dan rezab penggantian aset tetap.

9.8.2 Rizab Hasil

Rizab hasil adalah pendapatan terkumpul syarikat yang belum lagi diagihkan kepada pemegangsaham sebagai dividen. Contoh rizab hasil ialah pendapatan tertahan, rizab am dan rizabpenyamaan dividen.

9.9 DIVIDEN

Dividen adalah agihan untung syarikat kepada pemegang-pemegang saham. Ia merupakanpulangan atau hasil kepada pemegang saham. Dividen yang dikeluarkan oleh syarikat boleh dalambentuk dividen tunai atau dividen saham.

9.9.1 Dividen Tunai

Dividen tunai adalah dividen yang dibayar kepada pemegang saham biasa dalam bentuk tunaimengikut kadar atau peratus yang ditetapkan oleh lembaga pengarah atau mesyuarat agungtahunan syarikat. Bagi pemegang saham keutamaan, kadar dividen adalah tetap. Dividen ini dikiraberasaskan nilai tara saham.

Menurut seksyen 365(1) Akta Syarikat 1965, pendapatan yang boleh digunakan untuk tujuanpembayaran dividen meliputi;

i. Pendapatan semasaii. Pendapatan tertahan daripada tempoh laluiii. Pendapatan dari jualan aset tetap

Pembayaran dividen boleh dibuat sama ada pada akhir tahun atau secara berperingkat. Dividentunai yang dibayar secara berperingkat terdiri daripada dividen interim dan dividen akhir.

Dividen interim adalah dividen yang dibayar dalam tempoh perakaunan iaitu sebelum untungbersih tahunan diketahui dan ianya diputuskan oleh lembaga pengarah. Dividen ini dibayar jikasyarikat memperolehi untung dalam setengah tahun yang pertama. Dividen akhir pula dibayarsetelah mesyuarat agung tahunan syarikat meluluskan cadangan (usul) kadar dividen yangdikemukakan oleh lembaga pengarah. Dividen akhir dibuat setelah untung tahunan syarikatdiketahui.

Dividen tunai yang dibayar di Malaysia perlu mengambilkira cukai pendapatan, di mana dividenyang dibayar kepada pemegang saham hendaklah ditolak cukai pendapatan syarikat. Sebagaicontoh, jika dividen yang diisytiharkan bagi seunit saham ialah RM 0.50 bagi seunit saham dankadar cukai pendapatan syarikat ialah 30%, maka syarikat akan membayar dividen kepadapemegang saham sebanyak RM 0.35 seunit. Bagaimanapun pemegang saham akan mendapatbaki dividen tersebut dalam bentuk kredit cukai (pengurangan atas cukai yang perlu dibayar).

Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

Page 16: Perakaunan Syarikat

Bab 9: Perakaunan Syarikat

218

9.9.2 Dividen saham (saham bonus)

Syarikat boleh juga mengeluarkan dividen dalam bentuk saham yang diterbitkan kepadapemegang saham secara percuma. Pemberian saham ini dikenali sebagai saham bonus.Pemberian saham ini tidak melibatkan aliran keluar tunai. Bilangan saham yang diterbitkandinyatakan dalam bentuk nisbah ke atas jumlah unit saham yang dipegang.

Pemberian saham bonus akan menukarkan rizab menjadi modal. Semua rizab sama ada rizabmodal (seperti premium saham, rizab penilaian semula aset dan rizab tebusan modal) atau rizabhasil (seperti rizab am dan pendapatan tertahan) boleh digunakan untuk menerbitkan sahambonus.

Kesan daripada terbitan saham bonus kepada syarikat ialah jumlah unit dan amaun modal sahamakan bertambah manakala jumlah rizab akan berkurang. Jumlah ekuiti syarikat tidak berubah,begitu juga dengan aset dan liabiliti. Bagi pemegang saham pula, bilangan unit saham yangdipegang akan bertambah tetapi peratus pemilikan tidak berubah.

9.10 PERSEMBAHAN EKUITI PEMEGANG SAHAM DALAM KUNCI KIRA-KIRA

Syarikat MF & MA BerhadKunci kira-kira pada 1 Mei 2000

Ekuiti saham: RM

Modal dibenarkan:10,000,000 unit saham keutamaan 9% kumulatif, nilai tara RM1 setiap satu 10,000,00015,000,000 unit saham biasa nilai tara RM1.00 setiap satu 15,000,000

Modal diterbitkan dan dibayar penuh:5,000,000 unit saham keutamaan 9% kumulatif, nilai tara RM1 setiap satu 5,000,00010,000,000 saham biasa RM1.00 setiap satu 10,000,000

Premium saham:Saham keutamaan 1,000,000Saham biasa 2,000,000Jumlah modal dibayar 18,000,000

Pendapatan tertahan 50,000Rizab penilaian semula aset 60,000Jumlah ekuiti pemegang saham 18,110,000

Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online