perahu tradisional melayu negeri terengganu siti … tradisional... · 2018. 5. 16. · terengganu....

24
PERAHU TRADISIONAL MELAYU NEGERI TERENGGANU SITI KHATIJAH BINTI YUSOF Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni) 2011

Upload: others

Post on 23-Jan-2021

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERAHU TRADISIONAL MELAYU NEGERI TERENGGANU SITI … tradisional... · 2018. 5. 16. · Terengganu. Berikut itu Terengganu ditadbir oleh Tun Zain Indera. Kemudiannya oleh anak Tun

PERAHU TRADISIONAL MELAYU NEGERI TERENGGANU

SITI KHATIJAH BINTI YUSOF

Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian

(Pengurusan Seni)

2011

Page 2: PERAHU TRADISIONAL MELAYU NEGERI TERENGGANU SITI … tradisional... · 2018. 5. 16. · Terengganu. Berikut itu Terengganu ditadbir oleh Tun Zain Indera. Kemudiannya oleh anak Tun

PERAHU TRADISIONAL MELAYU NEGERI TERENGGANU

SITI KHATIJAH BINTI YUSOF

Projek Ini Adalah Salah Satu Keperluan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengurusan Seni

Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

2011

Page 3: PERAHU TRADISIONAL MELAYU NEGERI TERENGGANU SITI … tradisional... · 2018. 5. 16. · Terengganu. Berikut itu Terengganu ditadbir oleh Tun Zain Indera. Kemudiannya oleh anak Tun

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: PERAHU TRADISIONAL MELAYU NEGERI TERENGGANU

SESI PENGAJIAN: 2008 / 2011

Saya SITI KHATIJAH BINTI YUSOF

mengaku membenarkan tesis * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti

Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Malaysia Sarawak.

2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat

salinan untuk tujuan pengajian sahaja.

3. Membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Maklumat Tempatan.

4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat

salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi.

5. ** sila tandakan ( )

SULIT (mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan seperti

termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (mengandungi maklumat Terhad yang telah ditentukan oleh organisasi/badan

dimana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

__________________________ ___________________________

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap:

57, Kampung Durian Mas, Manir,

21200 Kuala Terengganu,

Terengganu Darul Iman.

Tarikh: Tarikh:

Catatan: * Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi

berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT

atau TERHAD

Page 4: PERAHU TRADISIONAL MELAYU NEGERI TERENGGANU SITI … tradisional... · 2018. 5. 16. · Terengganu. Berikut itu Terengganu ditadbir oleh Tun Zain Indera. Kemudiannya oleh anak Tun

PENGAKUAN

Projek penyelidikan yang bertajuk “Perahu Tradisional Melayu Negeri Terengganu” telah

disediakan oleh Siti Khatijah Binti Yusof, nombor matrik 22343 dan diserahkan kepada

Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda

Kepujian ( Pengurusan Seni ) .

Diterima untuk diperiksa,

---------------------------------------

( Puan Zarina Binti Mohd Shah )

Tarikh :

Page 5: PERAHU TRADISIONAL MELAYU NEGERI TERENGGANU SITI … tradisional... · 2018. 5. 16. · Terengganu. Berikut itu Terengganu ditadbir oleh Tun Zain Indera. Kemudiannya oleh anak Tun

PENGHARGAAN

Alhamdullillah, bersyukur saya kehadrat illahi kerana dengan limpah dan rahmatnya dapat

saya menyiapkan Projek Tahun Akhir pengajian saya yang berjudul “Perahu Tradisional

Melayu Terengganu” dalam waktu yang telah ditetapkan. Jutaan terima kasih saya ucapkan

kepada kedua ibu bapa dan keluarga yang banyak membantu dan memberi sokongan kepada

saya sepanjang penyelidikan dijalankan.

Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada semua pensyarah Jabatan Seni Liberal,

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, Universiti Malaysia Sarawak ( UNIMAS ) terutamanya Puan

Zarina Binti Mohd Shah selaku penyelia projek tahun akhir saya yang telah banyak memberi

tunjuk ajar dan sokongan padu kepada saya tanpa rasa jemu sepanjang proses penyiapan

penyelidikan tahun akhir saya dijalankan.

Ribuan terima kasih juga saya ucapkan kepada semua pihak responden dan masyarakat

Terengganu serta rakan-rakan seperjuangan yang memberikan kerjasama kepada saya secara

langsung atau tidak langsung semasa proses kajian metodologi saya dijalankan dalam proses

saya menyiapkan projek tahun akhir ini.

Akhir kata sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang

terlibat di dalam membantu saya menyiapkan penyelidikan tahun akhir pengajian. Jasa kalian

amat dihargai.

Sekian, Terima kasih.

Page 6: PERAHU TRADISIONAL MELAYU NEGERI TERENGGANU SITI … tradisional... · 2018. 5. 16. · Terengganu. Berikut itu Terengganu ditadbir oleh Tun Zain Indera. Kemudiannya oleh anak Tun

ISI KANDUNGAN

PERKARA HALAMAN

Borang Pengesahan Status Laporan

Pengakuan i

Penghargaan ii

Isi Kandungan iii - vii

Senarai Jadual viii

Senarai Rajah ix

Abstrak x

Abstract xi

BAB 1 PENGENALAN

1.0 Pengenalan 1

1.1 Sejarah

1.1.1 Negeri Terengganu 2 – 4

1.1.2 Pulau Duyong 5 – 6

1.2 Perahu Tradisional 7 - 8

Page 7: PERAHU TRADISIONAL MELAYU NEGERI TERENGGANU SITI … tradisional... · 2018. 5. 16. · Terengganu. Berikut itu Terengganu ditadbir oleh Tun Zain Indera. Kemudiannya oleh anak Tun

1.3 Perahu Tradisional Melayu Negeri Terengganu 8 - 9

1.4 Definisi

1.4.1 Perahu 10

1.4.2 Tradisional 11

1.4.3 Melayu 11 – 12

1.5 Objektif Kajian 13

1.6 Hipotesis 13

1.7 Skop Kajian 13 – 14

1.8 Permasalahan Kajian 14

1.9 Persoalan Kajian 15

1.10 Kepentingan Kajian 15 – 16

1.11 Kesimpulan 17

Page 8: PERAHU TRADISIONAL MELAYU NEGERI TERENGGANU SITI … tradisional... · 2018. 5. 16. · Terengganu. Berikut itu Terengganu ditadbir oleh Tun Zain Indera. Kemudiannya oleh anak Tun

BAB 2 SOROTAN KESUSASTERAAN

2.0 Pengenalan 18

2.1 Pertukangan 19 – 20

2.2 Rupa Dan Jiwa 20

2.3 Kebudayaan Dan Kesenian 21 – 23

2.4 Teknik 23 – 24

2.5 Agama Dan Kepercayaan 24 – 25

2.6 Pembangunan Dan Pemasaran Dalam Pelancongan 25 – 26

2.7 Motif 27

2.8 Kesimpulan 28

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pengenalan 29

3.1 Lokasi Kajian 30 - 31

3.2 Sumber Data 31 – 32

3.3 Data Primer 32

3.3.1 Temubual 32 – 33

Page 9: PERAHU TRADISIONAL MELAYU NEGERI TERENGGANU SITI … tradisional... · 2018. 5. 16. · Terengganu. Berikut itu Terengganu ditadbir oleh Tun Zain Indera. Kemudiannya oleh anak Tun

3.3.2 Pemerhatian 33 – 34

3.4 Data Sekunder 34

3.5 Populasi 34

3.6 Persampelan 35 – 38

3.7 Instrumen Kajian 36

3.7.1 Buku Catatan 36

3.7.2 Perakam Suara 36

3.7.3 Kamera Digital 37

3.8 Limitasi Kajian 37

3.9 Kesimpulan 38

BAB 4 ANALISA DAN DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 39

4.2 Kaedah Kajian 40

Jadual 4:1 Hasil pemerhatian terhadap jenis motif yang terdapat

dalam seni ukiran perahu tradisional yang digunakan 40 - 42

oleh pengukir bangau Perahu Tradisional Melayu Negeri

Terengganu.

Page 10: PERAHU TRADISIONAL MELAYU NEGERI TERENGGANU SITI … tradisional... · 2018. 5. 16. · Terengganu. Berikut itu Terengganu ditadbir oleh Tun Zain Indera. Kemudiannya oleh anak Tun

Jadual 4:2 Hasil Pemerhatian Terhadap seni ukiran yang terdapat pada 43 – 45

Perahu Tradisional Melayu Terengganu.

Jadual 4:3 Hasil Pemerhatian terhadap teknik Pembuatan Perahu 46 - 51

Tradisional Melayu Terengganu.

Jadual 4:4 Hasil pemerhatian terhadap alatan tradisional yang masih 52 - 55

Digunakan.

4:5 Rumusan 56

4.3 Kaedah Temubual 57 – 58

4.3.1 Hasil Temubual besama Responden 59 – 68

4.4 Kesimpulan 69

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 70

5.2 Rumusan Kajian 71 – 73

5.3 Cadangan pengkaji 74 – 75

5.4 Kesimpulan 76

Bibliografi 77

Lampiran

Page 11: PERAHU TRADISIONAL MELAYU NEGERI TERENGGANU SITI … tradisional... · 2018. 5. 16. · Terengganu. Berikut itu Terengganu ditadbir oleh Tun Zain Indera. Kemudiannya oleh anak Tun

SENARAI JADUAL

Jadual 4:1 Hasil pemerhatian terhadap jenis motif yang

terdapat dalam seni ukiran perahu tradisional 40 - 42

yang digunakan oleh pengukir bangau Perahu

Tradisional Melayu Negeri Terengganu.

Jadual 4:2 Hasil Pemerhatian Terhadap seni ukiran yang 43 – 45

terdapat pada Perahu Tradisional Melayu Terengganu.

jadual 4:3 Hasil Pemerhatian terhadap teknik Pembuatan Perahu 46 - 51

Tradisional Melayu Terengganu.

Jadual 4:4 Hasil pemerhatian terhadap alatan tradisional yang masih 52 - 55

Digunakan.

Page 12: PERAHU TRADISIONAL MELAYU NEGERI TERENGGANU SITI … tradisional... · 2018. 5. 16. · Terengganu. Berikut itu Terengganu ditadbir oleh Tun Zain Indera. Kemudiannya oleh anak Tun

SENARAI GAMBARAJAH

Rajah 1.2 Peta Negeri Terengganu 2

Rajah 1.2.2 Lokasi Kajian 5

Rajah 3.2 Lokasi Kajian 31

Page 13: PERAHU TRADISIONAL MELAYU NEGERI TERENGGANU SITI … tradisional... · 2018. 5. 16. · Terengganu. Berikut itu Terengganu ditadbir oleh Tun Zain Indera. Kemudiannya oleh anak Tun

ABSTRAK

Kajian ini berfokuskan kepada Perahu Tradisional Melayu Negeri Terengganu. Kajian ini

melihat kepada motif-motif serta seni ukiran yang terdapat pada Perahu Tradisional Melayu.

Selain itu, dalam kajian ini juga, pengkaji mengkaji teknik-teknik pembuatan perahu. Dalam

hasil kajian ini, pengkaji mendapati bahawa terdapat beberapa motif yang digunakan dalam

seni ukiran perahu. Antaranya ialah motif flora dan fauna. Selain itu, pembuatan perahu ini

masih lagi menggunakan teknik-teknik tradisional berbanding pengunaan teknik moden.

Page 14: PERAHU TRADISIONAL MELAYU NEGERI TERENGGANU SITI … tradisional... · 2018. 5. 16. · Terengganu. Berikut itu Terengganu ditadbir oleh Tun Zain Indera. Kemudiannya oleh anak Tun

ABSTRACT

This research is particularly focus on the State of Malay Traditional Boat at Terengganu. The

objectives of this research are to identify the motives and works of art in a Traditional Malay

Boat. This research also intent to explore techniques needed in order to build a boat. Based on

the research finding, the researcher discovers several motives that have been use in engraving

a boat. Some of the examples are motives of flora and fauna. In addition, it is also reported

that the techniques of making a boat is still concern with the traditional techniques rather than

using the modern techniques.

Page 15: PERAHU TRADISIONAL MELAYU NEGERI TERENGGANU SITI … tradisional... · 2018. 5. 16. · Terengganu. Berikut itu Terengganu ditadbir oleh Tun Zain Indera. Kemudiannya oleh anak Tun

BAB 1

PENGENALAN

Page 16: PERAHU TRADISIONAL MELAYU NEGERI TERENGGANU SITI … tradisional... · 2018. 5. 16. · Terengganu. Berikut itu Terengganu ditadbir oleh Tun Zain Indera. Kemudiannya oleh anak Tun

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Di dalam bab ini mengandungi beberapa bahagian yang perlu diketahui oleh pengkaji. Bab ini

sangat penting kepada pengkaji kerana bab ini merupakan garis panduan kepada pengkaji

dalam menjalankan dan menyiapkan kajian yang dijalankan. Perkara yang terkandung di

dalam bab ini terdiri daripada sejarah Negeri Terengganu dan Pulau Duyong, Latar belakang

Perahu, objektif kajian, hipotesis, permasalahan kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian

dan lain-lain

Page 17: PERAHU TRADISIONAL MELAYU NEGERI TERENGGANU SITI … tradisional... · 2018. 5. 16. · Terengganu. Berikut itu Terengganu ditadbir oleh Tun Zain Indera. Kemudiannya oleh anak Tun

1.2 Sejarah Negeri Terengganu Dan Pulau Duyong

1.2.1 Negeri Terengganu

Rajah 1.2 Peta Negeri Terengganu

Negeri Terengganu Darul Iman adalah salah sebuah negeri yang terletak di Pantai Timur

Semenanjung Malaysia. Ia terletak di antara garisan bujur 102.25 dengan 103.50 dan garisan

lintang 4 hingga 5.50. Di bahagian utara dan barat lautnya bersempadan dengan Kelantan.

Manakala di bahagian Selatan Dan Barat Daya pula bersempadan dengan Pahang. Keluasan

negeri Terengganu sekarang kira-kira 1,295,638.3 hektar / 1.295,512.1 hektar. Jaluran

pantainya menganjur sejauh 225 kilometer dari utara ( Besut ) ke selatan ( Kemaman ).

Sebelum tahun 1947 terdapat sembilan daerah di Terengganu yang terdiri daripada Kuala

Terengganu, Kemaman, Kemasik, Paka, Dungun, Marang, Hulu Terengganu, Besut Dan Setiu.

Daerah dalam Negeri Terengganu dikurangkan kepada enam iaitu Kuala Terengganu,

Page 18: PERAHU TRADISIONAL MELAYU NEGERI TERENGGANU SITI … tradisional... · 2018. 5. 16. · Terengganu. Berikut itu Terengganu ditadbir oleh Tun Zain Indera. Kemudiannya oleh anak Tun

Kemaman, Dungun, Marang, Hulu Terengganu Dan Besut. Kemudiannya pada 1 Januari

1985, sebuah daerah baru iaitu Setiu telah dibentuk dan menjadikan daerah ketujuh di negeri

Terengganu. Ibu negeri Terengganu ialah Kuala Terengganu. Kegiatan utama ekonomi ialah

perikanan. Hasil petroleum yang terdapat di negeri Terengganu menguatkan lagi ekonomi

negeri.

Asal Usul Nama Terengganu setakat dikaitkan dengan dikaitkan dengan "Terangnya

ganu", "Taring anu" dan "Terangan nu". Kisah asal nama Terengganu ini melibatkan

penduduk luar Terengganu ( Kelantan dan Pahang ) dan juga dari penduduk Terengganu

sendiri. "Terangnya ganu" ini dikaitkan pula dengan peristiwa beberapa orang pelajar

Kelantan tiba di Kuala yang kini dipanggil Kuala Terengganu melihat pelangi di langit.

Mereka pun menyatakan " Terang sungguh ganu di sini ". Apabila pulang ke Kelantan mereka

menyatakan di negeri jiran sungguh "terang ganunya ".

Selain itu juga ada pihak yang menyatakan bahawa Terengganu ada kaitan dengan

salah sebuah sungai yang bernama Sungai Terenganu. Kuala Sungai Terenganu ini adalah

pertemuan Sungai Kerbat dan Sungai Terenganu. Dipercayai pada zaman silam sudah ada

penduduk di sini. Mereka berulang alik menggunakan kedua-dua sungai ini. Oleh itu jika

mereka bertolak dari Kuala Terengganu, mereka akan menggunakan samada Sungai

Terengganu atau Sungai Kerbat.

Sejarah awal Terengganu adalah tidak jelas. Namun begitu terdapat catatan mengenai

Terengganu oleh saudagar Cina, Chao Ju Kua pada tahun 1225 yang menyebut sebagai jajahan

takluk Palembang. Dalam Negara kartagama, tulisan Prapanca dari Jawa pada tahun 1365,

Page 19: PERAHU TRADISIONAL MELAYU NEGERI TERENGGANU SITI … tradisional... · 2018. 5. 16. · Terengganu. Berikut itu Terengganu ditadbir oleh Tun Zain Indera. Kemudiannya oleh anak Tun

menyatakan Terengganu, Paka dan Dungun di bawah taklukan Majapahit. Berdasarkan bukti

arkeologi seperti kapak batu dan tembikar yang dijumpai di Gunung Bewah terdapat manusia

tinggal di situ sejak 4,000 tahun sebelum masihi. Pada Batu Bersurat Terengganu terdapat pula

catatan nama Raja Mandalika. Seterusnya dalam sejarah Terengganu, terdapat pemerintah

bernama Megat Panji Alam dan juga Tun Telanai.

Terengganu kemudiannya disebut sebagai negeri di bawah pemerintahan kerajaan

Johor. Pada ketika itu, dua orang pembesar Johor Laksamana dan Paduka Megat Seri Rama

dihantar memerintah Terengganu. Seterusnya Bendahara Hasan pula dihantar mentadbir

Terengganu. Berikut itu Terengganu ditadbir oleh Tun Zain Indera. Kemudiannya oleh anak

Tun Zain Indera, Tun Yuan, Tun Sulaiman dan Tun Ismail. Tun Sulaiman sebagai sultan di

Pantai Layang (Balik Bukit), Tun Yuan sebagai Bendahara dan Tun Ismail sebagai Menteri

Tersat.

Page 20: PERAHU TRADISIONAL MELAYU NEGERI TERENGGANU SITI … tradisional... · 2018. 5. 16. · Terengganu. Berikut itu Terengganu ditadbir oleh Tun Zain Indera. Kemudiannya oleh anak Tun

1.2.2 Pulau Duyong

Rajah 1.2.2 Lokasi Kajian

Pulau Duyong boleh dilalui menggunakan jalan darat ataupun air. Pulau Duyong mendapat

namanya daripada cerita dogeng tentang seekor ikan duyong atau nama saintifiknya

iaitu Dugong Dugon yang kononnya ditemui di pantai pulau ini satu masa dahulu. Sesetengah

cerita pula mengatakan bahawa pulau ini satu masa dahulu pernah dianugerahkan oleh Sultan

Terengganu kepada orang-orang Bugis pelaut daripada kepuluan Celebes, Sulawesi,

Indonesia untuk dijadikan sebagai pelabuhan bebas.

Ini bertujuan untuk memajukan kegiatan perdagangan di Pantai Timur memandangkan

orang-orang Bugis sememangnya terkenal di seluruh Asia Tenggara sebagai pedagang selain

daripada tukang perahu dan juga lanun yang ganas. Mereka menetap di sini dan dari sinilah

kemahiran membina perahu di Malaysia mula berkembang. Namun begitu, perkara paling

Page 21: PERAHU TRADISIONAL MELAYU NEGERI TERENGGANU SITI … tradisional... · 2018. 5. 16. · Terengganu. Berikut itu Terengganu ditadbir oleh Tun Zain Indera. Kemudiannya oleh anak Tun

penting adalah kehebatan mengenai Pulau Duyong ini adalah disebabkan oleh kehadiran

seorang sarjana agama tempatan dikenali sebagai Tok Sheikh Duyung.

Pulau Duyong merupakan sebuah pulau yang terletak di muara Sungai Terengganu di

Negeri Terengganu. Dahulunya Pulau Duyong ini terbahagi kepada dua iaitu Pulau Duyong

Besar dan Pulau Duyong Kecil tetapi kerana pemendapan dan longgokan pasir telah

menyatukannya dan juga mengubah garis pantainya. Suatu kawasan pendapan baru telah

dimajukan menjadi Resort Teluk Warisan yang menjadi tuan rumah kepada lumba kapal layar

tahunan Piala Monsun Cup.

Pulau Duyong dahulunya menjadi penginapan ulama terkenal Tok Syeikh Duyong

pada tahun 1802-1889. Beliau sangat disegani di istana dan juga rakyat serta keturunannya.

Pulau Duyong juga merupakan tempat pengajian agama. Kota Lama Duyong ialah

peninggalan zaman tersebut. Oleh kerana bentuk geografinya dan lokasinya Pulau Duyong

sangat bermakna dalam keilmuan agama, Pulau Duyong pernah dirujuk sebagai 'lidah

Terengganu'.

1.3 Perahu Tradisional

Perahu merupakan salah satu pengangkutan air yang sangat penting pada satu ketika dahulu.

Pengangkutan ini merupakan kenderaan yang paling utama bagi semua kegiatan harian yang

dilakukan oleh masyarakat dunia pada zaman dahulu. Perahu biasanya diperbuat daripada

kayu cengal, jati dan balak yang mana ketahanan kayu ini adalah sangat tinggi. Kayu-kayu ini

Page 22: PERAHU TRADISIONAL MELAYU NEGERI TERENGGANU SITI … tradisional... · 2018. 5. 16. · Terengganu. Berikut itu Terengganu ditadbir oleh Tun Zain Indera. Kemudiannya oleh anak Tun

sukar untuk mengalami kerosakkan dalam tempoh masa yang singkat. Hal ini demikian kerana

kayu ini dapat bertahan sehingga ratusan tahun.

Didalam pembuatan perahu, menurut (Wan Ramli Wan Daud 1993). tukang adalah

seorang yang penting dalam menghasilkan sesebuah perahu. Tukang adalah ahli teknologi dan

juga jurutera yang menghasilkan artifak. Gabungan kedua-dua fungsi ini menjadikan mereka

sebagai pembina yang memajukan kehidupan kebendaan, lebih-lebih lagi dalam masyarakat

tradisional di masa lalu. Gelaran tukang yang diberi adalah pengiktirafan daripada masyarakat

ke atas keterampilan mereka. Walaupun etimologi perkataan tukang sukar dipastikan, tetapi

konsep pertukangan meliputi orang yang pandai membuat sesuatu. Perkembangannya dalam

tamadun Melayu, selepas penerimaan agama Islam selepas abad ke-12 Masihi mempunyai

keselarian dengan tradisi ilmu dalam Islam, terutamanya konsep Hakim dalam tradisi

teknologi Islam.

Walaupun tukang adalah orang yang penting dalam memperkembangkan peradaban,

tetapi profesion tukang tidak dianggap berprestij tinggi berbanding dengan profesion lain

dalam masyarakat Melayu tradisional dan feudal masa lalu. Dalam penelitian profesion dalam

masyarakat feudal orang yang menduduki hieraki susunan masyarakat yang paling tinggi ialah

raja, diikuti bangsawan, hulubalang dan pahlawan, tuan-tuan tanah dan pedagang kaya,bomoh

dan pawang, penghibur istana dan tukang. Di bawah tukang pula terletak petani, nelayan,

pelacur dan di bawah sekali ialah hamba sahaya ( Syed Hussien al-Attas 1972).

Tukang adalah gelaran umum kepada ahli teknologi Melayu. Dalam teknologi

perkapalan, terdapat gelaran yang khusus untuk membezakan pengkhususan yang dimiliki

Page 23: PERAHU TRADISIONAL MELAYU NEGERI TERENGGANU SITI … tradisional... · 2018. 5. 16. · Terengganu. Berikut itu Terengganu ditadbir oleh Tun Zain Indera. Kemudiannya oleh anak Tun

oleh mereka yang terlibat dalam membuat kapal, termasuk gelaran tukang timbal. Walaupun

istilah tukang timbal tidak terdapat didalam kamus Melayu, tetapi ianya diketahui oleh

masyarakat di Terengganu sebagai tukang yang membina perahu bersaiz besar. Perkataan

selain untuk timbal ialah timbal yang bermaksud mempertinggikan (dinding) perahu (Kamus

Dewan 1997: 1447).

1.4 Perahu Tradisional Melayu Negeri Terengganu

Perahu besar atau bot tradisi sehingga sekarang tidak dapat dikesan kewujudannya. Namun

begitu mengikut sejarah Negeri Terengganu, perahu besar sudah lama digunakan dan bukti

kewujudannya sudah ada zaman pemerintahan Sultan Mansur I pada 1743-1793. Perahu besar

ini digunakan untuk menghantar bunga emas ke Negeri Siam. Dalam artikel yang ditulis oleh

Baharin Ramly (1993) ‘Membina Perahu Satu Kemahiran Tradisi Melayu’ terdapat pelbagai

jenis bot yang dihasilkan dan setiap jenis mempunyai keunikkan bentuk di setiap haluan bot

tersebut.

Terdapat empat jenis perahu yang dibuat oleh tukang-tukang di Terengganu iaitu pinis

Gobel, Pinis Dogol, Dogol, dan Anak Bedar atau Bedar. Perahu Pinis Gobel merupakan

perahu jenis yang paling besar dan menarik bentuknya. Bentuk haluan perahu ini seperti paruh

burung dan bahagian buritan berbentuk seperti belakang itik. Perahu mempunyai tiga layar

iaitu jib (layar berbentuk segi tiga), layar lopan (layar besar pada tiang depan), dan layar

agung. Perahu ini dapat belayar selaju lima hingga enam knot sejam. Perahu pinis Gobel

dilengkapi dengan kop sebagai tempat tidur nakhoda dan awak-awak.

Page 24: PERAHU TRADISIONAL MELAYU NEGERI TERENGGANU SITI … tradisional... · 2018. 5. 16. · Terengganu. Berikut itu Terengganu ditadbir oleh Tun Zain Indera. Kemudiannya oleh anak Tun

Manakala, Perahu Dogol berbeza sedikit dengan Pinis Gobel. Haluannya tidak

mempunyai paruh burung tetapi buritannya sama seperti pinis Gobel yang berbentuk belakang

itik. Ukuran tinggi, lebar, dan panjang adalah sama dengan Pinis Gobel tetapi terdapat dandan

untuk kop. Manakala Perahu Anak Bedar pula mempunyai sedikit kelainan dari segi

bentuknya. Ukurannya lebih kecil dan bentuknya berbeza daripada perahu lain terutamanya

dibahagian haluannya.

Dari segi bentuk, perahu ini dikatakan mempunyai dua unsur campuran iaitu unsur wang

kang atau jong china kerana dilengkapi oleh sebuah kop dan jerubung (alat penutup

dibahagian tengah perahu) dan unsur barat kerana mengunakan layar jip. Bahagian haluan

perahu ini berbentuk sudu atau muncung itik yang panjang. Manakala dibahagian buritan

muncungnya lebih pendek sedikit. Menurut Hipp (2003),tiada pelan atau rangka yang

digunakan. Semuanya bergantung kepada ketajaman minda dan daya ingatan. Hal ini

menyebabkan perahu-perahu ini mempunyai keunikan dan keistimewaan yang tersendiri dan

ini menjadikan perahu masih lagi mendapat permintaan dikalangan masyarakat dalam dan luar

Negara.

1.5 Definisi

1.5.1 Perahu

Perahu atau bot merupakan sejenis kenderaan air yang biasanya lebih kecil dari kapal. Perahu

merupakan salah satu pengangkutan air yang sangat penting pada satu ketika dahulu.

Pengangkutan ini merupakan kenderaan yang paling utama bagi semua kegiatan harian yang