peperiksaan akhir tahun tingkatan 4 setara daerah johor bahru 2011

6
1103/2 © Hak Cipta Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru SULIT 2 Soalan 1 : Rumusan [30 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang peranan masyarakat bagi menjamin hak mereka sebagai pengguna dan amalan-amalan perniagaan negatif yang sering dilakukan oleh peniaga. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Tidak banyak anggota masyarakat yang mengetahui hak dan tanggungjawab mereka sebagai pengguna. Sebenarnya, hak dan tanggungjawab ini dapat membantu kita menjadi pengguna yang lebih bijak. Terdapat beberapa hak penting yang perlu diketahui dan difahami oleh masyarakat sebagai seorang pengguna. Salah satu perkara penting bagi setiap individu ialah dengan mengetahui keperluan asas untuk menjamin kelangsungan hidup seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan kesihatan. Keperluan ini merupakan asas penting untuk hidup sebagai manusia. Setiap pengguna juga perlu berusaha mendapatkan jaminan keselamatan terhadap sesuatu produk atau perkhidmatan yang digunakan. Jaminan ini berbentuk maklumat tentang tahap keselamatan seperti tanda amaran mudah terbakar, mudah pecah dan mudah mengakis. Sebelum membuat pilihan, kita wajar mendapatkan maklumat lengkap terhadap sesuatu perkhidmatan atau produk. Cara paling berkesan adalah dengan melihat label maklumat produk atau perkhidmatan seperti cara penggunaan, cara penjagaan dan keselamatan. Orang ramai juga harus membuat pilihan yang tepat tentang apa-apa sahaja yang dirasakan terbaik bagi memastikan mereka tidak dipaksa menggunakan sesuatu perkhidmatan atau produk. Di samping itu, kita perlu memilih premis perniagaan yang selamat dan mempunyai persekitaran yang sihat. Contohnya ketika makan di restoran, peniaga perlu memastikan restorannya sentiasa bersih dan tidak membahayakan pelanggan. Sebaik-baiknya, kita juga perlu mendapatkan pendidikan pengguna yang lengkap. Kita juga boleh mendapat pendidikan pengguna secara formal di sekolah. Pendidikan tidak formal pula bermula ketika remaja kecil lagi. Secara tidak langsung, ibu dan ayah akan mendidik anak-anak mereka menjadi pengguna bijak. Selain itu, pengguna perlu menuntut ganti rugi jika sesuatu produk atau perkhidmatan yang diberikan tidak memenuhi kualiti atau jaminan yang dijanjikan. Tuntutan boleh dibuat melalui Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM). Melalui TTPM, pengguna boleh melaporkan tuntutan ganti rugi terhadap produk atau perkhidmatan yang tidak berkualiti yang tidak melebihi RM 25000. Kita juga berhak menyuarakan pandangan atau pendapat jika mendapati produk atau perkhidmatan tidak memenuhi kualiti yang dijanjikan. Pandangan boleh disuarakan melalui persatuan penguna seperti FOMCA atau membuat aduan terus melalui laman web Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) Jelaslah bahawa terdapat begitu banyak langkah yang harus diambil oleh orang ramai untuk menjadi pengguna yang bijak. Oleh itu, para pengguna tidak seharusnya leka dan lalai tentang hak-hak mereka. (Dipetik dan diubahsuai daripada Hak Remaja Sebagai Pengguna oleh Asrul Ilham Sany, Dewan Siswa, April 2011)

Upload: normarjana-ibrahim

Post on 27-Jun-2015

9.555 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4 SETARA DAERAH JOHOR BAHRU 2011

1103/2 © Hak Cipta Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru SULIT

2

Soalan 1 : Rumusan [30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang peranan masyarakat bagi menjamin hak mereka sebagai pengguna dan amalan-amalan perniagaan negatif yang sering dilakukan oleh peniaga. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Tidak banyak anggota masyarakat yang mengetahui hak dan tanggungjawab mereka

sebagai pengguna. Sebenarnya, hak dan tanggungjawab ini dapat membantu kita menjadi pengguna yang lebih bijak. Terdapat beberapa hak penting yang perlu diketahui dan difahami oleh masyarakat sebagai seorang pengguna.

Salah satu perkara penting bagi setiap individu ialah dengan mengetahui keperluan asas untuk menjamin kelangsungan hidup seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan kesihatan. Keperluan ini merupakan asas penting untuk hidup sebagai manusia. Setiap pengguna juga perlu berusaha mendapatkan jaminan keselamatan terhadap sesuatu produk atau perkhidmatan yang digunakan. Jaminan ini berbentuk maklumat tentang tahap keselamatan seperti tanda amaran mudah terbakar, mudah pecah dan mudah mengakis.

Sebelum membuat pilihan, kita wajar mendapatkan maklumat lengkap terhadap sesuatu perkhidmatan atau produk. Cara paling berkesan adalah dengan melihat label maklumat produk atau perkhidmatan seperti cara penggunaan, cara penjagaan dan keselamatan. Orang ramai juga harus membuat pilihan yang tepat tentang apa-apa sahaja yang dirasakan terbaik bagi memastikan mereka tidak dipaksa menggunakan sesuatu perkhidmatan atau produk.

Di samping itu, kita perlu memilih premis perniagaan yang selamat dan mempunyai persekitaran yang sihat. Contohnya ketika makan di restoran, peniaga perlu memastikan restorannya sentiasa bersih dan tidak membahayakan pelanggan. Sebaik-baiknya, kita juga perlu mendapatkan pendidikan pengguna yang lengkap. Kita juga boleh mendapat pendidikan pengguna secara formal di sekolah. Pendidikan tidak formal pula bermula ketika remaja kecil lagi. Secara tidak langsung, ibu dan ayah akan mendidik anak-anak mereka menjadi pengguna bijak.

Selain itu, pengguna perlu menuntut ganti rugi jika sesuatu produk atau perkhidmatan yang diberikan tidak memenuhi kualiti atau jaminan yang dijanjikan. Tuntutan boleh dibuat melalui Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM). Melalui TTPM, pengguna boleh melaporkan tuntutan ganti rugi terhadap produk atau perkhidmatan yang tidak berkualiti yang tidak melebihi RM 25000. Kita juga berhak menyuarakan pandangan atau pendapat jika mendapati produk atau perkhidmatan tidak memenuhi kualiti yang dijanjikan. Pandangan boleh disuarakan melalui persatuan penguna seperti FOMCA atau membuat aduan terus melalui laman web Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC)

Jelaslah bahawa terdapat begitu banyak langkah yang harus diambil oleh orang ramai untuk menjadi pengguna yang bijak. Oleh itu, para pengguna tidak seharusnya leka dan lalai tentang hak-hak mereka.

(Dipetik dan diubahsuai daripada Hak Remaja Sebagai Pengguna

oleh Asrul Ilham Sany, Dewan Siswa, April 2011)

Page 2: PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4 SETARA DAERAH JOHOR BAHRU 2011

1103/2 © Hak Cipta Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru SULIT

3

Soalan 2 : Pemahaman

Soalan 2(a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. (i) Berikan maksud rangkai kata berhak menyuarakan pandangan.

[2 markah] (ii) Apakah keperluan-keperluan asas yang perlu dimiliki bagi menjamin kelangsungan hidup ?

[3 markah] (iii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh remaja untuk meningkatkan pengetahuan mereka tentang pendidikan pengguna ?

[4 markah]

Soalan 2 (b) – Petikan Cerpen Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. “Israk, rasa ini,” Adam menghulurkan sepulur durian. Bertambah muaklah Israk. Dia menolak dengan baik. Maklumlah di hadapannya kini seorang wira keluarga. Israk terpaksa berlakon untuk memenuhi kehendak wira itu. “Dulu, buah dari kebun Wahlah yang menghantar pa menjadi seorang insan yang dominan. Pa bersyukur kerana Dia Yang Maha Kaya menganugerahkan rezeki seperti ini. Kalau tidak sudah tentu muka pa ini orang boleh jumpa di tapak binaan atau ladang kelapa sawit.” Adam bersuara untuk menyedarkan Israk akan asal usulnya. “Itu masalah pa. Sudah menjadi sejarah. Buat apa dikenang lagi.” “Kalau tidak kerana sejarah, kita tidak akan hidup. Contohnya, sejarah kemerdekaan negara kita ini. Jika kita tidak mengambil iktibar daripadanya, tentu kita akan melakukan kesilapan yang stereotaip.” Wah keluar dari biliknya dengan wajah yang jernih akibat curahan wuduk. Persis Siti Hajarkah? Atau Siti Maryam? “Israk, jamahlah buah-buahan, tu dulu. Wah kutip semata-mata nak bagi kamu rasa.” Lembut bicara Wah memujuk cucunya itu. Israk menggeliat menepis tangan berbelulang itu. Mikraj yang memerhatikan sejak lama diam membatu. Pegun. Dia bagaikan gunung berapi pendam.

(Dipetik daripada cerpen “Israk”

oleh Erda Roslan Khairi dalam antalogi Harga Remaja,

Dewan Bahasa dan Pustaka)

Page 3: PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4 SETARA DAERAH JOHOR BAHRU 2011

1103/2 © Hak Cipta Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru SULIT

4

(i) Apakah reaksi Israk apabila disuruh merasa buah durian? (2markah)

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu mengenang sejarah silam? (3markah) (iii) Huraikan satu perwatakan Wah dalam petikan di atas dan tiga perwatakan lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat di dalam petikan. (4markah)

Soalan 2(c) – Petikan Prosa Klasik Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Maka pada ketika yang baik, Raja Ahmad pergi menemui Raja Muhammad. Apabila berhadapan askar kedua-dua itu, mereka pun berperang. Tempik sorak segala hulubalang dan rakyat kedengaran amat hebat. Askar kedua-dua pihak ramai yang mati dan luka sebab beramuk-amuk sesama sendiri. Dalam pergaduhan itu matilah Raja Muhammad dan Raja Ahmad. Tinggallah Merah Silu dengan Merah Hasum berdua saudara dan saki baki rakyat yang masih hidup. Mereka menyembah mengaku akan taat setia kepada anak raja kedua itu untuk terus tinggal di dalam negeri ini. Tiada beberapa lama kemudian, Merah Silu berkata kepada saudaranya, Merah Hasum itu, “Hai saudaraku, betapa bicara kita kerana kita ini hanya dua bersaudara tinggal kerana nenek dan ibu bapa kita telah hilang dalam negeri Semerlanga ini! Jikalau kita diam dalam negeri ini, sekali-kali tiada memberi manfaat kepada kita. Baiklah kita pindah dari negeri ini mencari tempat yang baik supaya kita dapat diam di sana.” Setelah putus bicara dua bersaudara itu, pada ketika yang baik, mereka pun keluar meninggalkan negeri Semerlanga. Mereka mengikut jalan arah matahari mati. Mereka berhenti di sebuah tempat, dan kemudian meneruskan perjalanan. Dengan takdir Allah SWT, mereka sampai di sebuah negeri bernama Beruana. Mereka membuka perkampungan dan diam di sana, di sebelah menyebelah sungai itu.

(Dipetik daripada ‘Merah Silu’

dalam antologi Harga Remaja Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan maksud rangkai kata “putus bicara” berdasarkan petikan di atas. (2 markah)

(ii) Nyatakan tiga kesan yang berlaku selepas tragedi peperangan antara Ahmad dan Raja Muhammad. (3markah) (iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara-cara untuk mengelakkan peperangan? Nyatakan tiga cara tersebut. (3markah)

Page 4: PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4 SETARA DAERAH JOHOR BAHRU 2011

1103/2 © Hak Cipta Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru SULIT

5

Soalan 2(d) – Sajak Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri HARGA REMAJA Berapakah sebenarnya harga remaja Yang bersih Dari gelodak kecewa Bagai kehijauan daun Bagai kesegaran pohon Di pinggir perjalanan ini? Dengan apakah akan kaupenuhi Piala remajamu Adakah cuka kesangsian Dari cinta murah Atau madu ajaran Dari ilmu susah? Remaja amat mahal Sesungguhnya Tiada terbeli oleh perjanjian Harga remaja adalah Pendirian Keberanian dan ilmu. Penuhilah remajamu Dengan ketentuan tuju. RAHMAN SHAARI Antologi Harga Remaja Dewan Bahasa dan Pustaka.

“Penuhilah remajamu dengan ketentuan tuju.”

(i) Apakah yang dimaksudkan dengan frasa di atas? (2 markah) (ii) Pada pendapat anda, apakah yang perlu dilakukan oleh golongan remaja agar berjaya dalam hidupnya? (3 markah) (iii) Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut. (4 markah)

Page 5: PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4 SETARA DAERAH JOHOR BAHRU 2011

1103/2 © Hak Cipta Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru SULIT

6

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa [30 markah]

Jawab semua soalan (a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda

faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) mata pelajaran (ii) mata kasar (iii) kaki lima (iv) kaki langit (v) besar panjang (vi) besar hati

(b) Gabungkan ayat-ayat di bawah menjadi satu ayat majmuk tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. (i) Fuad masuk ke dalam rumah Pak Ismail. Fuad mengambil kunci keretanya.

(ii) Cikgu Farhana berdiri di hadapan kelas. Cikgu Farhana memerhatikan anak-anak muridnya menulis.

(iii) Pak Ismail mengusahakan tanaman jagung di kebun.

Pak Ismail cekal dan tabah sekali.

(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat kesalahan penggunaan ejaan dan

imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Projek memperlebarkan jalan raya di hadapan stesyen bas itu berjalan

dengan lancar.

(ii) Semua atlit olahraga kebangsaan sedang gigih dilatih bagi menyertai Kejohanan Sukan Sea.

(iii) Kraftangan itu saya menghasilkan pada bulan lalu.

Page 6: PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4 SETARA DAERAH JOHOR BAHRU 2011

1103/2 © Hak Cipta Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru SULIT

7

(d) Dalam setiap ayat di bawah terdapat kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.

Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan bahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Pelukis itu memberi peluang pada tetamu yang hadir untuk mentaksir maksud

yang ingin disampaikan melalui lukisan tersebut. (ii) Kami berpeluang melihat semua perlawanan-perlawanan itu secara langsung. (iii) Kerajaan bercadang untuk mengubah undang-undang di dalam masa yang

terdekat ini. (e) Kemukakan tiga peribahasa yang sesuai mengikut situasi di bawah.

Encik Jamaludin merupakan seorang usahawan yang hebat. Walaupun menghadapi pelbagai cabaran namun dengan keinginan yang tinggi, beliau mencuba pelbagai cara untuk memulakan perniagaannya. Usaha beliau pernah menghadapi dugaan yang amat berat namun beliau tekad meneruskannya sehingga berjaya. Kini, walaupun telah menjadi tokoh usahawan yang disegani, beliau masih merendah diri dan sering bercampur dengan masyarakat biasa.

Soalan 4 : Novel

[15 markah] Jawab soalan di bawah berdasarhan novel-novel yang berikut.

(i) Papa…(akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof (ii) Renyah karya gunawan Mahmood (iii)Melunas Rindu karya Hartini Hamzah (iv) Afza Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah

(a) Nyatakan dua konflik yang dialami watak utama dengan watak-watak lain berserta contoh dalam novel yang dikaji. (7 markah)

(b) Huraikan tiga nilai ketabahan yang terdapat pada watak utama dalam novel yang

anda kaji. (8 markah)

KERTAS SOALAN TAMAT