peperangan memberi impak negatif-waqiuddin

Upload: muhamad-waqiuddin

Post on 07-Apr-2018

235 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/6/2019 Peperangan Memberi Impak Negatif-waqiuddin

    1/7

    1

    KESAN PEPERANGAN MEMBAWA IMPAK NEGATIF

    KEPADA SESEBUAH NEGARA

    Semenjak kewujudan semua kehidupan, terutamanya manusia, persaingan selalu

    berlaku. Apabila berlaku persaingan yang terlalu sengit, niat untuk melenyapkan

    kehadiran pesaing lain akan mula bermain di pemikiran manusia secara automatik.

    Dengan itu, konflik dan pembunuhan berlaku melibatkan dua pihak dengan tujuan

    menghapuskan lawan. Senario itu mungkin terkawal sekiranya keadaan tersebut hanya

    melibatkan dua orang sahaja. Apa pula yang akan berlaku sekiranya keadaan itu

    melibatkan sekumpulan orang ramai, yang siap siaga dengan peralatan canggih untuk

    membunuh musuh masing-masing? Sebenarnya, yang disebutkan di atas itu merupakan

    definisi jelas bagi peperangan atau dalam bahasa Inggerisnya, war. Berdasarkan

    kamus dewan pula, peperangan dikatakan sebagai perbalahan, pertelingkahan,

    pergaduhan dan sebagainya. Sudah terang lagi bersuluh, peperangan hanya membawa

    kemusnahan dan merugikan. Peperangan membawa pelbagai kesan buruk kepada

    manusia. Peperangan yang biasanya menggunakan peralatan senjata yang semakin

    canggih, bukan sahaja mengorbankan jiwa manusia malah membawa seribu satu mcm

    kesan negatif lain. Perang dunia kedua sahaja telah mengorbankan lebih kurang dua juta

    manusia sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak dalam peperangan tersebut.

    Kemusnahan perang yang besar inilah yang telah mendorong pembentukan Pertubuhan

    Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1945 yang bertujuan untuk memelihara keamanan

    dunia.

  • 8/6/2019 Peperangan Memberi Impak Negatif-waqiuddin

    2/7

    2

    Peperangan bukan lagi sesuatu yang asing bagi kita . Setiap masa, peperangan

    berlaku di mana-mana sahaja, tanpa mengira tempat, waktu, keadaan dan cuaca. Antara

    contoh peperangan yang disenaraikan oleh para pengkaji sejarah ialah Perang Dunia

    Pertama dan Kedua, Perang Vietnam, Perang Teluk, pencerobohan Iraq oleh tentera

    Amerika Syarikat dan lain lain. Peperangan sudah menjadi kebiasaan dalam tamadun

    kita kerana ini adalah sebahagian daripada sejarah kita. Namun, apa yang kita peroleh

    semasa dan selepas peperangan hanyalah suatu jenis kemusnahan berskala besar.

    Peperangan, tidak kira skalanya, mesti akan melibatkan nyawa yang terkorban.

    Kesan perang yang paling nyata ialah ia banyak mengorbankan nyawa manusia.

    Peperangan adalah berpunca daripada pertikaian di antara manusia. Dengan demikian

    matlamat perang adalah untuk menawan secara kekerasan sekelompok manusia. Nyawa

    terpaksa dipertaruhkan kerana setiap pihak tidak mahu mengalah. Biasanya yang

    terkorban dalam perang ialah mereka yang terbabit secara langsung dalam peperangan

    iaitu anggota tentera. Bagaimanapun peperangan juga biasanya akan membabitkan nyawa

    orang awam. Berdasarkan laporan media, kita mendengar beratus-ratus nyawa melayang

    begitu sahaja. Itu hanya khabar tentang kematian orang awam, apakah yang terjadi

    kepada askar-askar yang berjuang untuk negara masing-masing? Angka sebenarnya tidak

    kurang dahsyat berbanding orang awam. Sebagai contoh dalam Perang Teluk yang lalu

    lebih 10,000 orang awam Iraq terkorban. Ini membuktikan bahawa peperangan akan

    mengorbankan banyak nyawa manusia., pembunuhan besar-besaran manakala di

    Nanjing semasa Perang Dunia Kedua. Lebih 10 juta rakyat dan askar China yang mati

    terkena bom, dibedil peluru berpandu, ditembak, diperkosa lalu dibunuh oleh askar-askar

    Jepun. Dalam kalangan mereka yang mati, terdapat juga kanak-kanak yang menjadi

  • 8/6/2019 Peperangan Memberi Impak Negatif-waqiuddin

    3/7

    3

    magsa peperangan. Kanak-kanak ini ada yang mati, cacat, dan ada yang trauma seumur

    hidup mereka. Peperangan sememangnya memberi impak negatif yang besar terhadap

    golongan ini yang digelar masa depan bangsa sehingga ada yang kecacatan moral akibat

    desakan masyarakat dan kehilangan kasih sayang daripada orang tersayang yang mati

    dalam peperangan. Kecacatan yang dialami akan dirasai oleh sesebuah negara pada masa

    yang akan datang, semuanya hanya kerana peperangan yang mementingkan diri sendiri.

    Peperangan turut memusnahkan harta benda, sama ada harta benda awam

    mahupun harta benda persendirian. Banyak harta benda seperti bangunan, jalan, landasan

    kereta api, lapangan terbang, pelabuhan, jambatan dan sebagainya lenyap begitu sahaja

    ekoran kemaraan tentera penceroboh. Peralatan ketenteraan yang semakin canggih seperti

    bom nuklear, meriam dan peluru berpandu berkeupayaan untuk memusnahkan apa sahaja

    dalam lingkungan sasarannya. Peluru berpandu Scud yang digunakan oleh Iraq dalam

    Perang Teluk umpamanya dapat memusnahkan apa sahaja dalam lingkungan 30 meter

    daripada sasarannya. Ini boleh memusnahkan sejumlah besar harta benda sama ada milik

    tentera atau orang awam. Bagi tentera, antara harta yang boleh musnah dalam peperangan

    ialah senjata, kapal pejuang dan kereta perisai, sementara orang ramai akan kehilangan

    tempat tinggal dan harta. Selain itu, harta benda seperti ternakan, tanaman, alat

    pengangkutan, hutan juga musnah akibat peperangan yang tidak munasabah. Harta

    benda ini merupakan kemudahan dan nadi kehidupan masyarakat di sesuatu tempat.

    Tidak hairan salah satu kesan sampingan peperangan ialah kebuluran dan kadar inflasi

    yang meningkat. Masyarakat setempat tidak mampu untuk membeli barang keperluan.

    Ramai yang terpaksa menjadi perompak, pencuri, pelacur dan terlibat dalam pelbagai

    masalah sosial semata-mata untuk mencari rezeki hidup. Di Malaysia sendiri, semasa

  • 8/6/2019 Peperangan Memberi Impak Negatif-waqiuddin

    4/7

    4

    tahun 1941 hingga 1945, ramai perempuan yang terpaksa menggadai maruah mereka

    kepada askar-askar Jepun semata-mata ingin hidup. Apa daya mereka, hanya itu yang

    dapat dilakukan demi memastikan nadi terus berdenyut !

    Tambahan pula, peperangan hanya akan memincangkan perjalan ekonomi

    sesebuah negara. Kehilangan ternakan, tanaman dan sumber ekonomi yang lain nyata

    melembabkan tahap pertubuhan ekonomi sesebuah negara. Kemusnahan destinasi tarikan

    pelancong hanya menambahkan lagi kelembapan pertumbuhan ekonomi dan yang pasti

    sekiranya destinasi tarikan pelancong tidak musnahpun mana mungkin ada pelancong

    yang ingin datang ke negara yang tengah berperang. Mana mungkin ekonomi yang stabil

    akan tercapai sekiranya peperangan sudah memusnahkan sumber ekonomi dahulu.

    Sistem peralatan perang semakin hari semakin canggih. Setiap negara berusaha

    untuk mempercekapkan sistem pertahanan masing-masing dan turut berusaha untuk

    memenangi peperangan dalam apa cara sekalipun. Inilah yang menimbulkan pelbagai

    gejala seperti penggunaan racun berbentuk bom kimia dan tenaga nuklear. Bahan-bahan

    ini mempunyai kesan serta-merta dan sampingan yang berbahaya. Selain dapat

    membunuh manusia melalui kimia yang terbebas melalui letupan, bahan-bahan itu juga

    mengancam kehidupan dalam jangka masa panjang. Kecacatan yang dialami oleh bayi-

    bayi yang dilahirkan di Jepun selepas Perang Dunia Kedua contohnya, telah banyak

    dihubungkan dengan kesan sampingan bahan kimia

    Juga, peperangan memberi kesan negatif kepada politik sesebuah negara di mana

    apabila berlaku peperangan pentadbiran sesebuah negara akan sentiasa berubah.

    Pentadbiran negara akan diambil alih, akan muncul pula pemimpin-peminpin negara

  • 8/6/2019 Peperangan Memberi Impak Negatif-waqiuddin

    5/7

    5

    yang baharu. Secara kebiasaannya pemimpin asing hanya akan memintingkan

    kepentingan negara sendiri dan nasib rakyat negara jajahan belum tentu baik dan sifat

    tidak puas hati tanah tumpah sendiri ditadbir oleh orang lain pasti timbul. Maka akan

    sekali lagi sifat tidak puas hati dan tidak mustahil akan berkalunya peperangan.

    Kemunculan nasionalisme seperti parti-parti politik yang baharu akan muncul contoh

    yang boleh diberi adalah ketik zaman jajahan jepun di tanah melayu dimana munculnya

    parti politik seperti U.M.O, M.C.A, M.I.C, dan sebagainya. Parti-parti politik ini

    ditubuhkan bertujuan untuk merampas semula pentadbiran negara yang ditadbir oleh

    penjajah. Kesan politik yang lain yang boleh diulas adalah kemaraan kuasa ketenteraan

    sebagai contoh Parti Komunis Malaya (P.K.M) muncul untuk mentadbir tanah melayu

    selepas pengeboman di Nagasaki dan Hiroshima.

    Selain itu, peperangan juga mengundang kepada kemusnahan tamadun. Tamadun-

    tamadun seperti tamadun Mesopotamia, Mesir, Indus, dan Inca yang pernah menjadi

    tersohor dan agung pada suatu ketika dahulu, termusnah pada akhir zaman mereka akibat

    peperangan. Segala baik dan buruk yang terbina semasa tamadun tersebut hilang

    bersekali dengan kemusnahan tamadun tersebut. Banyak ilmu, teknologi dan ajaran yang

    baik dicipta oleh mereka yang arif dalam tamadun tersebut dianggap anasir-anasir buruk

    oleh pihak yang menceroboh lalu dihapuskan tanpa mengira nilainya menyebabkan

    manusia hari ini kehilangan banyak khazanah yang agung, seterusnya membawa

    kepupusan sesuatu bangsa. Mengapakah manusia boleh berbuat apa-apa sahaja untuk

    menghalang kepupusan spesies haiwan tetapi tidak terhadap kepupusan sesuatu bangsa?

  • 8/6/2019 Peperangan Memberi Impak Negatif-waqiuddin

    6/7

    6

    Peperangan juga boleh menyebabkan kepincangan sistem sosial sesebuah negara.

    Pengalaman negara yang pernah berperang dan rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum

    menunjukkan bahawa kesan perang amat besar kepada sistem sosial mereka. Di

    Yugoslavia yang kini dilanda perang umpamanya, hubungan sentiasa tegang di antara

    masyarakat Islam dengan bukan Islam disebabkan peperangan di negara mereka. Jumlah

    orang tua akan melebihi golongan muda dan bilangan perempuan akan melebihi lelaki.

    Ini kerana orang lelaki yang muda banyak terkorban dalam perang. Keadaan ini sudah

    tentu menyebabkan sistem sosial sesebuah kelompok masyarakat atau negara itu kurang

    sempurna.

    Krisis makanan juga akan mula dialami oleh rakyat negara yang terlibat. Hal ini

    kerana, peperangan memusnahkan sumber makanan harian maka berlakulah kekurangan

    belakan makanan dan juga bekalan makanan disekat oleh pihak penjajah. Selain itu,

    penyakit berjangkit juga mula melunak akibat kekurangan bekalan makanan. Kekurangan

    makanan menyebabkan badan kita lemah dan mudah berjangkit dengan penyakit

    ditambah lagi dengan faktor keadaan sekeliling yang dicemati akibat daripada

    peperangan dan kekurangan pegawai kesihatan terlatih, penyakit berjangkit merebak

    dengan pantas ketika peperangan.

    Kesimpulannya, peperangan harus dielakkan kerana jalan penyelesaian boleh

    tercapai melalui jalan perundingan. Sudah banyak yang kita kehilangan ekoran perbuatan

    nenek moyang kita yang tidak munasabah. Oleh itu, janganlah kita menghilangkan apa-

    apa yang masih kita ada pada hari ini dan belajarlah daripada sejarah peperangan itu

    sendiri kerana sejarah pasti mendewasakan kita. Belajarlah daripada sejarah supaya kita

  • 8/6/2019 Peperangan Memberi Impak Negatif-waqiuddin

    7/7

    7

    tidak menyesal kelak, bak kata pepatah sesal dahulu pendapatan sesal kemudian

    kerugian dan janganlah membiarkan nasi menjadi bubur.