pepatah

2
Pepatah 1. Ada padi, semua kerja jadi, ada beras, semua kerja deras = bagi orang yang mampu, semua mudah tercapai / dapat 2. Bagaimana acuan, begitulah kuihnya, bagaimana contoh, begitulah gubahannya = sesuatu yang mengikut asalnya / anak mengikut baka ibu bapanya 3. Baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang = merendah diri 4. Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam = setiap orang mempunyai pendapat dan kemahuan sendiri 5. Berani kerana benar, takut kerana salah = orang salah akan rasa takut, orang yang tidak bersalah akan sedia hadapi kenyataan 6. Berapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul = berapa susah kita melihat kesusahan orang lain, terlebih susah lagi orang yang membuatnya 7. Biar putih tulang, jangan putih mata = Lebih baik mati daripada menanggung malu 8. Buang yang keruh, ambil yang jernih = buang yang jahat, ambil yang baik 9. Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga = pergaduhan dalam keluarga, akhirnya akan berbaik semula 10. Di luar bagai madu, di dalam bagai hempedu = luar baik, dalam diri jahat 11. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung = mengikut cara di sesuatu tempat 12. Diam-diam ubi berisi, diam besi berkarat = pendiam, tetapi berfikir atau banyak pengetahuan, bekerja dengan diam-diam 13. Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga = orang yang berbudi bahasa dengan baik, tidak akan dilupakan, walaupun orangnya sudah mati 14. Harapkan guruh di langit, air di tempayan ditumpahkan = harapkan keuntungan besar yang tidak pasti, keuntungan kecil yang sudah pasti dilepaskan. 15. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama = setiap manusia dikenang kerana jasa yang dilakukan semasa hidup 16. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah = bahagi sama rata 17. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih = kalau ada kemahuan, ada cara melakukannya tetapi jika tidak mahu, ada sahaja alasan untuk tidak melakukannya 18. Hutang emas dapat dibayar, hutang budi dibawa mati = hutang budi tidak dapat dibayar seumur hidup 19. Ikut hati mati, ikut rasa binasa = orang yang mengikut hawa nafsu akan musnah akhirnya 20. Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis = selalu berwaspada dan berhati-hati 21. Jerat tidak lupa akan pelanduk, tetapi pelanduk lupa akan jerat = lupa akan bahaya tetapi bahaya terus mengancam 22. Jika kerbau dipegang pada talinya, jika manusia dipegang pada mulutnya = janji mesti ditepati 23. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang = orang miskin harus bekerja setiap masa 24. Kalah jadi abu, menang jadi arang = kalah atau menang dalam sesuatu pertengkaran tidak untungkan mana-mana pihak 25. Ke tengah boleh, ke tepi pun boleh = dapat sesuaikan diri dalam pergaulan 26. Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan = ingin mendapat sebanyak- banyaknya, berbesar hati 27. Kuman di seberang lautan nampak, gajah di depan mata tak nampak = kesalahan orang lain nampak, kesalahan sendiri tak sedar 28. Lembu punya susu, sapi dapat nama = orang lain yang berusaha, orang lain dapat nama

Upload: mohd-hilmi-mohd-noor

Post on 18-Jun-2015

352 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

  • 1. Pepatah1. Ada padi, semua kerja jadi, ada beras, semua kerja deras = bagi orang yang mampu,semua mudah tercapai / dapat2. Bagaimana acuan, begitulah kuihnya, bagaimana contoh, begitulah gubahannya =sesuatu yang mengikut asalnya / anak mengikut baka ibu bapanya3. Baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang = merendah diri4. Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam = setiap orang mempunyaipendapat dan kemahuan sendiri5. Berani kerana benar, takut kerana salah = orang salah akan rasa takut, orang yang tidakbersalah akan sedia hadapi kenyataan6. Berapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul = berapa susah kita melihatkesusahan orang lain, terlebih susah lagi orang yang membuatnya7. Biar putih tulang, jangan putih mata = Lebih baik mati daripada menanggung malu8. Buang yang keruh, ambil yang jernih = buang yang jahat, ambil yang baik9. Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga = pergaduhan dalam keluarga,akhirnya akan berbaik semula10. Di luar bagai madu, di dalam bagai hempedu = luar baik, dalam diri jahat11. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung = mengikut cara di sesuatu tempat12. Diam-diam ubi berisi, diam besi berkarat = pendiam, tetapi berfikir atau banyakpengetahuan, bekerja dengan diam-diam13. Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga = orang yang berbudi bahasadengan baik, tidak akan dilupakan, walaupun orangnya sudah mati14. Harapkan guruh di langit, air di tempayan ditumpahkan = harapkan keuntungan besaryang tidak pasti, keuntungan kecil yang sudah pasti dilepaskan.15. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama = setiapmanusia dikenang kerana jasa yang dilakukan semasa hidup16. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah = bahagi sama rata17. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih = kalau ada kemahuan, ada caramelakukannya tetapi jika tidak mahu, ada sahaja alasan untuk tidak melakukannya18. Hutang emas dapat dibayar, hutang budi dibawa mati = hutang budi tidak dapat dibayarseumur hidup19. Ikut hati mati, ikut rasa binasa = orang yang mengikut hawa nafsu akan musnah akhirnya20. Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis = selalu berwaspada dan berhati-hati21. Jerat tidak lupa akan pelanduk, tetapi pelanduk lupa akan jerat = lupa akan bahayatetapi bahaya terus mengancam22. Jika kerbau dipegang pada talinya, jika manusia dipegang pada mulutnya = janji mestiditepati23. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang = orang miskin harus bekerja setiapmasa24. Kalah jadi abu, menang jadi arang = kalah atau menang dalam sesuatu pertengkaran tidakuntungkan mana-mana pihak25. Ke tengah boleh, ke tepi pun boleh = dapat sesuaikan diri dalam pergaulan26. Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan = ingin mendapat sebanyak-banyaknya, berbesar hati27. Kuman di seberang lautan nampak, gajah di depan mata tak nampak = kesalahan oranglain nampak, kesalahan sendiri tak sedar28. Lembu punya susu, sapi dapat nama = orang lain yang berusaha, orang lain dapat nama29. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak = sesuaikandiri dengan tempat dan keadaan30. Mengata dulang paku serpih, mengata orang aku yang lebih = mengutuk orang tapi dirisendiri lagi teruk31. Orang lain yang makan nangka, orang lain yang kena getah = orang lain yang buatkesalahan, orang lain yang kena tuduh32. Ringan tulang, berat perut = yang rajin bekerja, dapat banyak rezeki tetapi yang malas, takdapat apa-apa33. Terlepas mulut buaya, masuk ke mulut harimau = terhindar dari suatu kemalangan,mendapat kemalangan lain yang lagi teruk