penyu.docx

2
FAUNA : PENYU Terdapat dua jenis penyu yang terdapat di Pulau Perhentian, iaitu Penyu Karah dan Penyu Agar. Berikut ialah info berkaitan dengan jenis-jenis penyu yang telah kami perolehi semasa membuat kajian penyelidikan di Taman Laut : I. Penyu Karah / Penyu Sisik / Hawksbill Turtle Nama saintifik : Eretmochelys imbricata Penyu ini juga dikenali sebagai penyu sisik. Ianya mempunyai karapas yang keras dan nampak seperti sisik-sisik yang bertindih. Warna badannya adalah coklat , bersaiz sederhana dan boleh membesar sehingga 70 90 sm dengan berat badannya di antara 35 75 kg. Bentuk paruh mulutnya yang menyerupai paruh helang. Makanan utamanya adalah span dan karangan lembut yang terdapat di kawasan terumbu karang. Spesies penyu ini kebanyakannnya terdapat di kawasan terumbu karang .Musim bertelurnya adalah Mac Jun dengan purata bertelur sehingga 130 biji. Penyu ini juga terdapat di negeri Terengganu, Pahang, Melaka , Johor, Sabah dan Sarawak. Telurnya adalah berwarna putih dengan kulit yang lembik dan berukuran garispusat lebih kurang 5.0 sm. II. Penyu Agar/ Green Turtle Nama saintifik : Chelonia myda

Upload: puteribongsuabrahim

Post on 10-Feb-2016

221 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENYU.docx

FAUNA : PENYU

Terdapat dua jenis penyu yang terdapat di Pulau Perhentian, iaitu Penyu Karah dan

Penyu Agar. Berikut ialah info berkaitan dengan jenis-jenis penyu yang telah kami

perolehi semasa membuat kajian penyelidikan di Taman Laut :

I. Penyu Karah / Penyu Sisik / Hawksbill Turtle

Nama saintifik : Eretmochelys imbricata

Penyu ini juga dikenali sebagai penyu sisik. Ianya mempunyai karapas yang keras

dan nampak seperti sisik-sisik yang bertindih. Warna badannya adalah coklat , bersaiz

sederhana dan boleh membesar sehingga 70 – 90 sm dengan berat badannya di antara 35 –

75 kg. Bentuk paruh mulutnya yang menyerupai paruh helang. Makanan utamanya adalah

span dan karangan lembut yang terdapat di kawasan terumbu karang. Spesies penyu ini

kebanyakannnya terdapat di kawasan terumbu karang .Musim bertelurnya adalah Mac – Jun

dengan purata bertelur sehingga 130 biji. Penyu ini juga terdapat di negeri Terengganu,

Pahang, Melaka , Johor, Sabah dan Sarawak. Telurnya adalah berwarna putih dengan kulit

yang lembik dan berukuran garispusat lebih kurang 5.0 sm.

II. Penyu Agar/ Green Turtle

Page 2: PENYU.docx

Nama saintifik : Chelonia myda

Penyu Agar juga dikenali sebagai " penyu hijau " mengikut warna lemak dalam

badannya yang berwarna hijau. Warna penyu ini adalah coklat buah zaitun atau coklat tua

atau kehitaman. Penyu ini boleh membesar sehingga lebih 1 meter dengan berat badannya

di antara 135 – 270 kg. Makanan utamanya adalah rumpai laut dan rumpair. Musim

bertelurnya adalah di antara April – September dan menghasilkan 100 – 140 biji setiap kali

bertelur. Penyu ini terdapat di Negeri Terengganu, Pahang, Perak, Kedah, Pulau Pinang,

Sabah dan Sarawak. Telurnya adalah berwarna putih dan berkulit lembik dengan ukuran

garispusat lebihkurang 5.0 sm.