penyerahan balik dan pemberimilikan (...

Download PENYERAHAN BALIK DAN PEMBERIMILIKAN ( …ptg.penang.gov.my/dokumen/penyerahan_balik_dan_pemberimilikan.pdf · kaveat untuk membuat permohonan tersebut,jika tanah itu tertakluk kepada

If you can't read please download the document

Upload: nguyentruc

Post on 06-Feb-2018

248 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

  • PENYERAHAN BALIK DAN

    PEMBERIMILIKAN

    (SEKSYEN 197 DAN 76 KANUN

    TANAH NEGARA)

    DISEDIAKAN OLEH :

    PEGAWAI UNDANG-UNDANG

    PEJABAT PENGARAH TANAH & GALIAN

    PULAU PINANG

  • KUASA UNTUK MENYERAH BALIK

    1.1. Mengikut seksyen 195(1) KTN, tuan punya mana-mana tanah yang dipegang di bawah HT atau HS boleh memohon untuk menyerah balik keseluruhan atau sebahagian tanah kepada Pihak Berkuasa Negeri.

    1.2 KTN tidak menetapkan maksud untuk penyerahan balik. Mungkin tuan punya tanah hendak menggunakan tanah itu untuk maksud lain. Ia mungkin sebagai contoh, menyerah balik tanah, keseluruhan atau sebahagian, untuk mendapatkan pajakan lombong berkenaan dengannya. Ia juga mungkin menyerah balik tanahnya bagi maksud keagamaan, pendidikan, kebajikan atau maksud awam.

  • 1.3 Tuan punya tanah adalah dinasihatkan

    supaya tidak menyerahkan tanahnya untuk

    tujuan membangunkannya, contohnya,

    kepada taman perumahan. Ini disebabkan

    risiko yang terlibat. Setelah diserah balik,

    tiada jaminan yang ia akan mendapatkan

    balik tanahnya dalam plot-plot untuk

    berbagai maksud. Bagi tujuan tersebut tuan

    punya hendaklah sama ada menggunakan

    peruntukan seksyen 124A atau seksyen

    204A hingga 204H KTN.

  • PIHAK BERKUASA MELULUSKAN

    BAGI PENYERAHAN BALIK

    2.1 Seperti yang diperuntukkan dalam seksyen 195(2)

    KTN, dalam ketiadaan apa-apa arahan yang

    berlawanan daripada Pihak Berkuasa Negeri

    kelulusan bagi penyerahan balik hendaklah diberi oleh

    PTG dalam hal tanah yang dipegang di bawah

    hakmilik Pejabat Pendaftar (sama ada HT atau HS)

    dan oleh PT bagi tanah yang dipegang di bawah

    hakmilik Pejabat Tanah (sama ada HT atau HS).

  • KESAN PENYERAHAN BALIK

    3.1 Dalam hal penyerahan balik keseluruhan tanah, seksyen 199(1) KTN, menyatakan bahawa setelah membuat apa-apa ingatan penyerahan balik dalam DHD, tanah itu kembali kepada dan terletakhak pada Pihak Berkuasa Negeri sebagai tanah Kerajaan dan peruntukan seksyen 131 KTN akan terpakai seolah-olah tanah itu kembali berikutan dengan perampasan. Dalam hal penyerahan balik sebahagian tanah, seksyen 202(1) memperuntukkan bahawa setelah membuat ingatan dalam DHD, bahagian yang diserahkan akan kembali kepada dan terletakhak pada Pihak Berkuasa Negeri sebagai tanah Kerajaan dan peruntukan seksyen 131(a) dan (b) akan terpakai seolah-olah bahagian itu telah kembali berikutan perampasan.

  • PENYERAHAN BALIK DAN

    PEMBERIMILIKAN SEMULA LOT-LOT

    BERDAMPINGAN DI BAWAH HAKMILIK

    PEJABAT TANAH

    4.1 Peruntukan untuk pemberimilikan semula lot-

    lot yang berdampingan yang dipegang di bawah hakmilik Pejabat Tanah terkandung dalam seksyen 203 dan 204 KTN. Maksud peruntukan-peruntukan ini dapat dilihat daripada huraian dalam Rang Undang-Undang KTN seperti yang berikut :-

  • Fasal 203 dan 204. Apabila tuan punya tanah-tanah bersempadan di bawah hakmilik Pejabat Tanah berhasrat untuk menyatukannya dengan tujuan semata-mata untuk mendapatkan pecah sempadan serta merta mengikut sempadan-sempadan yang berlainan daripada yang asalia sekarang boleh menggunakan prosedur baru dalam menyerahkan lot-lot asal atas terma-terma bahawa tanah-tanah itu akan diberimilik semula kepadanya, bebas daripada premium, mengikut sempadan-sempadan baru yang dikehendaki. Tujuan prosedur baru ialah untuk memudahkan kerja pengukuran.

  • PENYERAHAN BALIK DAN

    PEMBERIMILIKAN SEMULA

    PERUNTUKAN-PERUNTUKAN KHAS

  • PENDAHULUAN 1.1 Penyerahan Balik dan Pemberimilikan Semula

    Peruntukan-Peruntukan Khas dimasukkan dalam KTN melalui Akta KTN (Pindaan) 1984 (Akta A587) yang berkuatkuasa pada 25hb. Mac 1985.Tujuannya ialah untuk member pilihan tambahan kepada tuan punya-tuan punya tanah yang hendak memecah sempadan tanah mereka dan umpukan-umpukan pecah sempadan digunakan untuk pelbagai tujuan tanpa mendedahkan mereka kepada risiko kehilangan tanah apabila membuat penyerahan balik tanah. Menurut peruntukan-peruntukan khas ini, tempoh pemberimilikan tidak boleh dikurangkan. Dengan perkataan lain, jika tanah yang terlibat dipegang untuk selama-lamanya juga akan dikeluarkan ke atas umpukan-umpukan pecah sempadan dan jika tanah yang terlibat itu diberimilik untuk tempoh tertentu dan tempoh bakinya katakan tiga puluh tahun maka hakmilik-hakmilik yang akan dikeluarkan untuk umpukan-umpukan pecah sempadan itu tidak boleh kurang daripada tiga tahun.

  • TANAH YANG BOLEH DISERAHKAN BALIK

    2.1 Seksyen 204B menyatakan bahawa tanah-tanah yang berikut boleh diserahkan balik dan diberimilik semula :

    (a) mana-mana tanah yang dipegang di bawah

    HS atau HT; dan

    (b) dua atau lebih tanah yang dipegang di bawah HS atau HT atau campuran antara keduanya yang berdampingan dan dipegang oleh tuan punya atau tuan punya - tuan punya bersama yang sama.

  • BUDI BICARA PIHAK BERKUASA

    NEGERI UNTUK MELULUSKAN ATAU

    MENOLAK PERMOHONAN

    3.1 Seksyen 204E memperuntukkan bahawa

    kelulusan atau penolakan sesuatu

    permohonan ialah di atas budi bicara Pihak

    Berkuasa Negeri. Ini bermakna jika Pihak

    Berkuasa Negeri membuat keputusan untuk

    menolak sesuatu permohonan, keputusan itu

    adalah muktamad dan tidak boleh dicabar di

    Mahkamah.

  • SYARAT-SYARAT KELULUSAN 4.1 Menurut seksyen 204C, Pihak Berkuasa

    Negeri boleh meluluskan permohonan jika:

    (a) unit-unit tanah yang hendak diberimilik semula menepati bentuk, luas, ukuran, tempat dan cadangan kegunaan dengan pelan tataatur yang diluluskan oleh pihak berkuasa berkenaan;

    (b) tiada hasil tanah yang tertunggak bagi tanah tersebut;

  • SYARAT-SYARAT KELULUSAN (c) tanah tersebut tidak di bawah tahanan oleh mana-

    mana mahkamah; (d) tidak ada kepentingan berdaftar atas tanah itu; (e) ada persetujuan bertulis daripada pemegang lien

    untuk membuat permohonan tersebut, jika tanah itu tertakluk kepada kaveat pemegang lien; dan

    (f) ada persetujuan bertulis daripada pemegang

    kaveat untuk membuat permohonan tersebut,jika tanah itu tertakluk kepada kaveat persendirian.

  • DOKUMEN-DOKUMEN DAN

    SEBAGAINYA YANG PERLU

    DISERTAKAN DENGAN

    PERMOHONAN

    5.1 Suatu permohonan untuk penyerahan balik dan pemberimilikan semula hendaklah

    disertakan dengan;

    (a) bayaran seperti yang ditetapkan dalam

    Kaedah-Kaedah Tanah Negeri;

  • (b) persetujuan, jika dikehendaki, seperti dinyatakan pada perenggan 4.1(e) dan (f) di atas;

    (c) pelan yang menunjukkan lot atau lot-lot yang

    hendak diserahkan balik dan pelan pra-perhitungan yang menunjukkan butir-butir terperinci unit-unit yang hendak diberimilik semula;

    (d) satu salinan pelan tataatur seperti yang

    dinyatakan dalam perenggan 4.1(a) di atas; dan

  • (e) DHK kepada tanah itu (melainkan tuan punya tanah telah menyatakan bahawa ia tidak dapat meggemukan kerana dokumen itu berada dalam simpanan orang lain, ia kenalah mengemukakan kenyataan bersumpah mengenainya dan beserta salinan notis dan bukti penyampaian meminta orang /badan berkenaan untuk menyampaikan kepada PT DHK dalam tempoh 14 hari mulai dari tarikh notis itu disampaikan).

  • KELULUSAN PELAN TATAATUR OLEH

    PIHAK BERKUASA BERKENAAN

    6.1 Sebagaimana dinyatakan dalam seksyen

    204C(1)(a), pelan tataatur hendaklah

    diluluskan oleh pihak berkuasa berkenaan.

  • 6.2 Pihak berkuasa berkenaan ditakrifkan dalam seksyen 5. Dlam konteks pelan tataatur, undang-undang bertulis ialah undang-undang berhubung dengan perancangan Bandar, perancangan desa atau kedua-duanya. Pada masa ini undang-undang mengenainya ialah seperti yang berikut :-

    (a) Bahagian IX Enakmen Lembaga Bandaran bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NMB Bab 137);

  • (b) Bahagian IX Enakmen Lembaga Bandaran bagi Negeri Johor (No.118);

    (c) Bahagian VIA Enakmen Perbandaran bagi

    Negeri Kelantan 1938; (d) Bahagian IX Enakmen Lembaga Bandaran

    bagi Negeri Terengganu 1355; (e) Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976

    (Akta 172); dan (f) Akta Wilayah Persekutuan (Perancangan),

    1982 (Akta 267).

  • 6.3 Kelulusan pelan tataatur boleh mengambil mana-mana bentuk yang berikut :-

    (a) kebenaran merancang mengikut Akta 172;

    (b) perintah pembangunan mengikut Akta 267; atau

    (c) keputusan pihak berkuasa tempatan atau badan yang terletakhak kepadanya kuasa berhubung dengan perancangan bandar mengikut Enakmen-Enakmen yang berkenaan.

  • KEDUDUKAN TANAH YANG

    BERPEGANG DI BAWAH GERAN (GRED

    SATU) DI PULAU PINANG DAN MELAKA

    7.1 Bagi mana-mana tanah yang dipegang di bawah geran (gred satu), hakmilik-hakmilik yang dikeluarkan setelah diluluskan penyerahan balik dan pemberimilikan semula hendaklah tidak lagi mengandungi rangkaian kata gred satu. Ini disebabkan peruntukan seksyen 79 tidak memberi kuasa kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk menetapkan syarat-syarat yang bersamaan dengan syarat-syarat di bawah geran (gred satu). Tambahan pula tuan punya mempunyai pilihan. Sekiranya ia ingin terus memegang geran (gred satu), ia boleh membuat permohonan mengikut seksyen 137.

  • DOKUMEN HAKMILIK KELUARAN

    8.1 Seksyen 204G(3) memperuntukkan bahawa PH/PT

    hendaklah, di mana boleh memusnahkan DHK

    kerana tanah telah kembali kepada Kerajaan Negeri

    apabila ia membuat memorial dalam DHD (seperti

    dikehendaki oleh seksyen 204G(1)) yang

    bermaksud tanah itu telah diserahkan balik. Untuk

    berbuat sedemikian PH/PT hendaklah berpuashati

    bahawa semua bayaran yang kena dibayar kepada

    Pihak Berkuasa Negeri telah pun dibayar.

  • 8.2 Justeru itu, DHK hanya akan dimusnahkan

    setelah semua bayaran yang kena dibayar telah

    dijelaskan. Selepas itu barulah hakmilik untuk

    umpukan-umpukan atau unit-unityang telah

    diluluskan bagi pemberimilikan semula

    didaftarkan. Ini kerana dalam beberapa kes,

    Tuan punya tidak membayarjuml;ah yang

    diminta dalam notis Borang 5A dan dengan itu

    kelulusan telah luput. Apabila perkara ini

    berlaku, DHD dan DHK yang ada adalah terus

    sah dan berkuatkuasa.

  • MEMORIAL PENYERAHAN BALIK

    9.1 Seksyen 204G(1) mengkehendaki suatu memorial penyerahan balik dibuat dalam DHD apabila tuan punya menerima terma-terma pemberimilikan semula.

    9.2 Jika tuan punya tidak membayar bayaran yang diminta seperti yang terkandung dalam notis Borang 5A, kelulusan menjadi luput. Apabila ini berlaku, PH/PT hendaklah membatalkan memorial yang telah dibuat. Perkara ini tidak disebut secara khusus dalam KTN. Apabila ia tidak membayar dalam tempoh yang ditetapkan, maka dianggapkan bahawa ia telah menarik balik permohonannya. Oleh itu pembatalan memorial boleh dilakukan selaras peruntukan dalam seksyen 204F(2).

  • TIDAK ADA PEMBAYARAN

    SEBAHAGIAN DARIPADA SEMUA

    BUTIRAN HASIL TANAH YANG KENA

    DIBAYAR BERIKUTAN KELULUSAN

    PEMBERIMILIKAN

    10.1 Setelah mendapatkan kelulusan

    penyerahan balik dan pemberimilikan

    semula, berhubung unit-unit yang hendak

    diberimilik semula, PT hendaklah

    menyampaikan notis dalam Borang 5A

    untuk tiap-tiap unit.

  • 10.2 PT hendaklah tidak menerima bayaran

    untuk sebahagian bilangan unit sahaja. Ia

    hendaklah memastikan bahawa kesemua

    bayaran untuk kesemua unit untuk dibayar

    serentak. Jika bayaran tidak dibuat dalam

    tempoh yang ditetapkan, kelulusan menjadi

    luput.

  • TERMA-TERMA PEMBERIMILIKAN

    SEMULA UNIT-UNIT

    11.1 Pihak Berkuasa Negeri kena menetapkan

    terma-terma pemberimilikan semula unit-unit

    apabila ia meluluskan penyerahan balik dan

    pemberimilikan semula. Bagi setiap unit

    yang hendak diberimilik semula, Pihak

    Berkuasa Negeri kenalah memutuskan

    perkara-perkara berikut :-

  • (a) keluasan sementara;

    (b) Tempoh pemberimilikan unit itu hendaklah

    diberimilik semula (ianya hendaklah tidak kurang

    daripada tempoh yang tuan punya pada masa

    itu berhak);

    (c) bentuk HT yang akhirnya akan dipegang

    (hakmilik Pejabat Pendaftar atau hakmilik

    Pejabat Tanah);

  • (d) kadar cukai;

    (e) kadar premium;

    (f) kategori kegunaan tanah;

    (g) syarat nyata; dan

    (h) sekatan kepentingan.

  • 11.2 Perlu diambil perhatian bahawa keputusan

    berhubung dengan perkara-perkara dalam

    perenggan 11.1 (f) dan (g) di atas hendaklah

    berdasarkan kegunaan seperti yang

    terkandung dalam pelan tataatur yang telah

    diluluskan oleh pihak berkuasa berkenaan.