penyeragaman syarat tambahan lesen...

13
PEKELILING PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN BIL. 4/2015 PENYERAGAMAN SYARAT TAMBAHAN LESEN PEMINDAHAN BAHAN MINERAL (PASIR SILIKA) BORANG 7F, SEKSYEN 87(A), ENAKMEN MINERAL PERAK 2003 BIL PERKARA 1 TUJUAN 1.1 1.2 Tujuan dokumen ini ialah menerangkan kepada pemegang lesen, syarat tambahan kepada lesen pemindahan bahan mineral (selepas ini dirujuk sebagai ”Syarat Tambahan Lesen) yang wajib dipatuhi kesemuanya oleh pemegang lesen sebagai balasan permohonan lesennya diluluskan oleh Pentadbir Tanah Syarat Tambahan Lesen, antara lain menggariskan tanggungjawab pemegang lesen berkaitan dengan operasi pemindahan bahan mineral (pasir silika). 2 TAKRIF 2.1 Kecuali jika dikehendaki sebaliknya - “Bahan Mineral (pasir silika)” merujuk kepada Jadual ke 2, Enakmen Mineral Perak 2003 (EMP) bagi Pasir Silika sahaja. 2.2 “Doket” merujuk kepada satu dokumen bersiri iringan kepada lesen yang menyatakan kuantiti dan jenis bahan mineral (pasir silika), waktu, nombor pendaftaran kenderaan, kepada siapa dan destinasi pemindahan serta nombor siri lesen dan nama pemandu; “Doket” berkenaan juga merujuk kepada satu dokumen yang dicop tamat tempoh dan disahkan setiap helai oleh Pentadbir Tanah daerah berkenaan. 2.3 Juruukur berlesen” merujuk kepada juruukur berlesen di bawah Akta Juruukur Tanah Berlesen 1958; 2.4 ”Kawasan lesen” merujuk kepada kawasan yang ditanda dalam pelan yang diluluskan dan lesen perlu ditampalkan pada kawasan tersebut. LAMPIRAN A

Upload: vuduong

Post on 06-Feb-2018

400 views

Category:

Documents


24 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENYERAGAMAN SYARAT TAMBAHAN LESEN …ptg.perak.gov.my/edokumen/script/2015/ptg4_2015_lampiran_a.pdf · Tanah, mana-mana pemegang permit Pemegang lesen pasir silika boleh dikenakan

PEKELILING PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

BIL. 4/2015

PENYERAGAMAN SYARAT TAMBAHAN LESEN PEMINDAHAN BAHAN MINERAL (PASIR SILIKA) BORANG 7F, SEKSYEN 87(A), ENAKMEN MINERAL PERAK 2003

BIL PERKARA

1 TUJUAN

1.1

1.2

Tujuan dokumen ini ialah menerangkan kepada pemegang lesen, syarat tambahan kepada lesen pemindahan bahan mineral (selepas ini dirujuk sebagai ”Syarat Tambahan Lesen”) yang wajib dipatuhi kesemuanya oleh pemegang lesen sebagai balasan permohonan lesennya diluluskan oleh Pentadbir Tanah Syarat Tambahan Lesen, antara lain menggariskan tanggungjawab pemegang lesen berkaitan dengan operasi pemindahan bahan mineral (pasir silika).

2 TAKRIF

2.1

Kecuali jika dikehendaki sebaliknya - “Bahan Mineral (pasir silika)” merujuk kepada Jadual ke 2, Enakmen Mineral Perak 2003 (EMP) bagi Pasir Silika sahaja.

2.2

“Doket” merujuk kepada satu dokumen bersiri iringan kepada lesen yang menyatakan kuantiti dan jenis bahan mineral (pasir silika), waktu, nombor pendaftaran kenderaan, kepada siapa dan destinasi pemindahan serta nombor siri lesen dan nama pemandu; “Doket” berkenaan juga merujuk kepada satu dokumen yang dicop tamat tempoh dan disahkan setiap helai oleh Pentadbir Tanah daerah berkenaan.

2.3

“Juruukur berlesen” merujuk kepada juruukur berlesen di bawah Akta Juruukur Tanah Berlesen 1958;

2.4

”Kawasan lesen” merujuk kepada kawasan yang ditanda dalam pelan yang diluluskan dan lesen perlu ditampalkan pada kawasan tersebut.

LAMPIRAN A

Page 2: PENYERAGAMAN SYARAT TAMBAHAN LESEN …ptg.perak.gov.my/edokumen/script/2015/ptg4_2015_lampiran_a.pdf · Tanah, mana-mana pemegang permit Pemegang lesen pasir silika boleh dikenakan

2.5

Mesin Penimbang (Weighbridge) merujuk kepada keperluan setiap pemegang lesen menyediakan mesin penimbang tersebut mengikut Akta Timbang dan Sukat 1972.

2.6

“Paras bumi” merujuk kepada bentuk topografi kawasan lesen secara keseluruhan dan hendaklah berada satu (1) meter lebih tinggi daripada paras jalan dan perparitan awam sediada yang terhampir.

2.7

“Pegawai diberi kuasa” merujuk kepada pegawai yang dilantik dibawah Seksyen 10 EMP dan menjalankan tugasan dibawah Bab 1 Penguatkuasaan dan Penyiasatan, EMP.

2.8

“Pemegang lesen” merujuk kepada entiti yang dikeluarkan lesen kepadanya mengikut Seksyen 87A EMP oleh Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak sama ada orang perseorangan atau syarikat yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965;

2.9

“Petugas stesen” merujuk kepada Penolong Pegawai Tanah / Pekerja Rendah Awam (“PRA”) yang ditugaskan sama ada oleh PTG atau Pentadbir Tanah untuk memantau / merekodkan pengeluaran bahan mineral ( pasir silika ) daripada kawasan lesen berkaitan.

2.10

“Pengarah” merujuk kepada Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Negeri Perak untuk meluluskan dan mengeluarkan lesen berkenaan seperti termaktub di bawah Seksyen 2 EMP.

2.11

“Penyata pengeluaran bulanan” merujuk kepada salinan laporan mesin penimbang (Weighbridge) yang perlu dikemukakan kepada Pentadbiran Tanah bagi tujuan pembayaran royalti setiap 7 haribulan dalam bulan berikutnya.

2.12

“Lesen” merujuk kepada Lesen Pemindahan Bahan Mineral yang dikeluarkan di bawah Seksyen 87A EMP, melalui Borang K seperti yang ditetapkan di dalam pindaan jadual 1 EMP.

2.13

“Syarat lesen” merujuk kepada semua yang terkandung dalam Seksyen 87A hingga Seksyen 87H, EMP serta syarat-syarat tambahan yang dikenakan dari masa ke semasa oleh Pihak Berkuasa Negeri.

Page 3: PENYERAGAMAN SYARAT TAMBAHAN LESEN …ptg.perak.gov.my/edokumen/script/2015/ptg4_2015_lampiran_a.pdf · Tanah, mana-mana pemegang permit Pemegang lesen pasir silika boleh dikenakan

2.14

“Deposit” ertinya sejumlah wang yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa Negeri sebagai cagaran yang perlu dibayar oleh pemegang Lesen Pemindahan Bahan Mineral (Pasir Silika) seperti mana termaktub di bawah Seksyen 2 (b) EMP.

2.15

“Deposit Royalti Awal” merujuk kepada sejumlah wang yang perlu dibayar kepada Pentadbiran Tanah bagi tujuan kawalan pengeluaran bahan mineral (pasir silika) yang tidak dimaklumkan oleh pemegang lesen. Kawalan tersebut dibuat melalui penentuan awal rizab (Volume Metric Survey) pasir silika di sesuatu tempat sebelum operasi pengeluaran dan pemindahan pasir silika dibenarkan seperti mana yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri.

2.16

“Volume Metric Survey” (VMS) merujuk jumlah kuantiti rizab pasir silika di atas kawasan yang ingin dibuat pengeluaran dan pemindahan dengan disahkan oleh Pentadbir Tanah bagi tujuan kawalan dan pengiraan deposit permit.

2.17

“Senarai hitam” merujuk kepada pemegang lesen dan operator lesen yang telah melakukan kesalahan dibawah kategori kesalahan BESAR seperti yang dinyatakan di perkara 17.1pekeliling ini dengan tiada diberikan kebenaran untuk beroperasi selama 1 tahun di Negeri Perak bagi tujuan mendapatkan Lesen (Pasir Silika) dari tarikh dikenakan tindakan.

3. SYARAT SEBELUM OPERASI BERMULA

3.1

Wang pertaruhan (deposit) hendaklah dibayar terlebih dahulu kepada Pentadbir Tanah sebelum pihak PTG mengeluarkan lesen (Borang K) kepada pemegang lesen untuk menjamin pemegang lesen tidak akan melanggar syarat-syarat yang dikenakan. Kadar deposit Lesen Pemindahan Bahan Mineral (LPBM) pasir silika hendaklah mengambilkira dan dijelaskan seperti berikut :- i) Kadar minima jumlah pengeluaran pasir silika adalah 20,000 metrik tan

bagi tujuan perniagaan / industri.

ii) Deposit bagi tujuan pengeluaran pasir silika terbahagi kepada dua (2)

deposit dengan kiraan seperti berikut :

DEPOSIT: 25% x Volume Metric Survey (VMS) x Kadar Royalti

DEPOSIT ROYALTI AWAL : Kuantiti kelulusan x RM3.50 x Kadar

Royalti

Page 4: PENYERAGAMAN SYARAT TAMBAHAN LESEN …ptg.perak.gov.my/edokumen/script/2015/ptg4_2015_lampiran_a.pdf · Tanah, mana-mana pemegang permit Pemegang lesen pasir silika boleh dikenakan

3.2

Pemohon hendaklah memberi persetujuan melalui Surat Akuan Berkanun supaya wang pertaruhan (deposit/deposit royalti awal) tersebut dilucut hak sekiranya pemohon/pemegang lesen atau wakil melanggar mana-mana syarat-syarat yang ditetapkan. Manakala Deposit Royalti Awal akan diambil sekiranya terdapat pengeluaran pasir silika yang dibuat tidak dimaklumkan kepada Pentadbiran Tanah setelah tamat tempoh lesen melalui semakan ke atas laporan Volume Metric Survey (VMS) yang dibuat ke atas kawasan berkenaan. Maka lebihan tersebut hendaklah dibayar kepada Pihak Berkuasa Negeri atau “deposit royalti awal akan dirampas atau dirampas sebahagian” mengikut jumlah pengeluaran lebihan yang tidak diisytiharkan kepada Kerajaan Negeri.

3.3

Sebelum sebarang kebenaran pengeluaran dan pemindahan bahan mineral (pasir silika) dikeluarkan hendaklah mengambilkira perkara-perkara berikut:

i) Kawasan yang diluluskan hendaklah diukur oleh Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) bagi menentukan sempadan; dan

ii) PDT hendaklah mengesahkan anggaran jumlah deposit/rizab bahan mineral (pasir silika) di atas sesuatu kawasan yang diluluskan berdasarkan laporan yang dikemukakan oleh konsultan yang dilantik oleh pemegang lesen.

3.4

Pemegang lesen dan pemandu lori hendaklah semasa beroperasi membawa lesen (Borang K) atau salinan yang disahkan oleh Pentadbir Tanah berserta doket dan pelan lokasi yang diluluskan bagi tujuan pemeriksaan oleh Pegawai Diberikuasa dari Pejabat Pengarah Tanah dan Galian, Negeri Perak (PTG) atau Pentadbir Daerah dan Tanah (PDT) yang berkenaan atau mana-mana Pegawai yang diberi kuasa mengikut undang-undang berkaitan.

3.5

Pemegang lesen hendaklah meletakkan papan tanda dengan jelas di laluan masuk dan lokasi lesen dengan paparan butiran berikut:

(i) Nama & alamat pemegang lesen:

(ii) No. lesen:

(iii) Tempoh lesen:

(iv) No. Lot, Mukim dan Daerah:

(v) No. Telefon:

Page 5: PENYERAGAMAN SYARAT TAMBAHAN LESEN …ptg.perak.gov.my/edokumen/script/2015/ptg4_2015_lampiran_a.pdf · Tanah, mana-mana pemegang permit Pemegang lesen pasir silika boleh dikenakan

3.6

Pemegang lesen dikehendaki menyediakan kawasan ’washing bay’ dan ’silt trap’ terlebih dahulu kepada lori lori yang akan melalui kawasan penempatan awam dan jalan awam yang akan ditetapkan oleh Pentadbir Tanah, Pihak Berkuasa Tempatan atau Jurutera Daerah JKR dan jabatan-jabatan teknikal yang berkaitan.

3.7

Pemegang lesen (pasir silika sahaja) dikehendaki untuk menyediakan alat penimbang (weighbridge) dikawasan operasi dengan mematuhi spesifikasi yang ditetapkan di dalam Akta Timbang dan Sukat 1972.

3.8

Pemegang lesen hendaklah mengemukakan maklumat operator yang akan menjalankan operasi pengeluaran pasir silika ke Pentadbiran Tanah daerah berkenaan.

4. MASA OPERASI

4.1

Kerja-kerja pemindahan bahan mineral (pasir silika) adalah tidak dibenarkan sama sekali pada hari Ahad dan hari-hari kelepasan am kecuali dengan kebenaran bertulis dan syarat khas daripada Pentadbir Tanah (PT) / Ketua Penolong Pegawai Daerah (KPPD) yang menjaga daerah kecil .

4.2

Kerja-kerja pemindahan bahan mineral (pasir silika) dari kawasan lesen adalah bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 6.00 petang sahaja. Pengecualian masa operasi hanya diberikan di atas kebenaran Pihak Berkuasa Negeri sahaja.

4.3

Tertakluk kepada pertimbangan Pengarah Tanah dan Galian dan Pentadbir Tanah, mana-mana pemegang permit Pemegang lesen pasir silika boleh dikenakan tambahan syarat khas seperti berikut :

i) Pemegang permit dikehendaki membuat pintu berpalang/berkunci bagi

laluan keluar/masuk kawasan permit. Kunci tersebut perlu disimpan oleh

PDT .

ii) Pihak PDT akan membuka kunci pintu pagar setiap hari pada jam 8.00

pagi dan mengunci semula beserta ”seal” pada jam 6.00 petang.

Page 6: PENYERAGAMAN SYARAT TAMBAHAN LESEN …ptg.perak.gov.my/edokumen/script/2015/ptg4_2015_lampiran_a.pdf · Tanah, mana-mana pemegang permit Pemegang lesen pasir silika boleh dikenakan

4.4

Tidak dibenarkan sebarang aktiviti kerja tanah di atas kawasan lesen sebelum 8.00 pagi dan selepas 6.00 petang.

5. PENGURUSAN DOKET

5.1

Pemegang lesen hendaklah bertanggungjawab dan memastikan perkara-perkara berikut dipatuhi: i) Setiap helaian asal doket dicop atas nama syarikat atau individu yang

berkenaan;

ii) Tarikh hendaklah mandatori dicop di atas setiap helaian yang digunakan;

iii) Setiap helaian doket hendaklah ditulis dengan sempurna dan

ditandatangani oleh pemegang lesen sebelum doket tersebut dikeluarkan;

iv) Salinan doket pendua (kuning) hendaklah dipulangkan kepada

Pentadbiran Tanah beserta dengan penyata pengeluaran ”weighbridge”

tidak lewat daripada 7 hari bulan berikutnya.

v) Sekiranya pemegang lesen melantik wakilnya (selain daripada operator)

sebagai penulis doket, pemegang lesen akan dipertanggungjawabkan

atas segala pelanggaran syarat yang dilakukan oleh wakilnya.

vi) Penggunaan doket mestilah mengikut no. siri yang berturutan.

5.2

Mana-mana pemandu kenderaan yang membawa / memindah bahan mineral (pasir silika) dari kawasan yang diluluskan hendaklah dibekalkan salinan Lesen yang disahkan oleh Pentadbir Tanah / Ketua Penolong Pegawai Daerah yang menjaga daerah kecil dan juga doket yang mengandungi butir-butir sebenar mengenai kuantiti dan jenis bahan mineral (pasir silika) yang dibawa, tarikh, masa, dan kepada (tempat yang hendak dihantar) dan salinan resit timbangan (weighbridge) oleh pemegang lesen.

5.3

Setiap kenderaan yang digunakan untuk pemindahan bahan mineral (pasir silika) hendaklah dibekalkan dengan resit timbangan (weighbridge) dan doket baru pada setiap perjalanan (trip). Pemandu kenderaan tersebut hendaklah menyimpannya dengan selamat sepanjang perjalanan bagi tujuan pemeriksaan oleh Pegawai diberikuasa atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa mengikut undang-undang berkaitan. CATATAN:

Destinasi pemindahan bahan mineral (pasir silika) dibawa hendaklah ditulis dengan jelas termasuk pembeli yang membeli bahan mineral (pasir silika) tersebut pada doket.

Page 7: PENYERAGAMAN SYARAT TAMBAHAN LESEN …ptg.perak.gov.my/edokumen/script/2015/ptg4_2015_lampiran_a.pdf · Tanah, mana-mana pemegang permit Pemegang lesen pasir silika boleh dikenakan

5.4

Penggunaan buku doket terbahagi kepada 3 jenis yang mewakili kuantiti berbeza seperti berikut: i) Buku doket yang bersamaan kuantiti 10 mt bagi setiap helaian doket; ii) Buku doket yang bersamaan kuantiti 5 mt bagi setiap helaian doket; dan

iii) Buku doket yang bersamaan kuantiti 3 mt bagi setiap helaian doket.

5.5

Pemegang lesen hendaklah memberitahu pemandu kenderaan supaya berhenti dengan serta-merta jika dikehendaki oleh Pegawai Diberikuasa atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa mengikut undang-undang untuk pemeriksaan pada bila-bila masa.

5.6

Tempat meletak mesin penimbang (weighbridge) dan Pondok / Tempat menulis doket hendaklah berada di dalam kawasan tempat pemindahan dalam jarak 100 meter.

5.7

Kenderaan operasi tidak dibenarkan sama sekali melalui jalan PLB kecuali bagi kenderaan dengan berat maksimum kurang daripada tiga (3) m.t. sahaja.

6. KENDERAAN OPERASI

6.1

Kenderaan yang dibenarkan adalah lori jenis ”tipper” dan ”tipping” sahaja dan tidak melebihi 26 tayar.

6.2

Setiap kenderaan yang digunakan mesti mematuhi syarat separas dinding (flatbed) dan tidak melakukan sebarang modifikasi ke atas ”bucket” lori berkenaan.

6.3

Syarat Khas Penggunaan Lori 18 hingga 26 Tayar (i) Mana-mana pemegang permit yang menggunakan kenderaan lori 18

hingga 26 tayar perlu menyediakan alat penimbang (weighbridge) di

kawasan operasi dengan mematuhi spesifikasi yang ditetapkan di dalam

Akta Timbang dan Sukat 1972.

(ii) Kebenaran penggunaan lori 18 hingga 26 tayar hanya terpakai bagi

pemindahan pasir sungai, pasir lombong dan pasir silika bagi pemindahan

keluar Negeri Perak (Permit K3) sahaja.

Page 8: PENYERAGAMAN SYARAT TAMBAHAN LESEN …ptg.perak.gov.my/edokumen/script/2015/ptg4_2015_lampiran_a.pdf · Tanah, mana-mana pemegang permit Pemegang lesen pasir silika boleh dikenakan

(iii) Semua lori 18 hingga 26 tayar diwajibkan berdaftar dengan Perbadanan

Menteri Besar (MB Inc.) melalui Sistem Pengurusan Sumber Mineral

(SPSM).

6.4

Kenderaan yang digunakan hendaklah ditutup dengan kemas dengan kain kanvas dan pemandu kenderaan hendaklah mengambil langkah-langkah lain untuk memastikan supaya bahan mineral yang diangkut tidak terpelanting keluar, mengganggu keselamatan orang ramai dan mengotorkan jalanraya.

6.5

Setiap pemegang lesen (pasir silika sahaja) perlu mendaftarkan kenderaan yang digunakan bagi tujuan pemindahan bahan batuan tersebut kepada pihak Pentadbir Tanah sebelum memulakan operasi.

6.6

Setiap kenderaan yang digunakan bagi tujuan pengeluaran dan pemindahan Bahan Mineral (Pasir Silika sahaja) hendaklah mempunyai pelekat (sticker) yang mudah dilihat oleh anggota penguatkuasa bagi tujuan pemantauan.

7. PENYELENGGARAAN REKOD OPERASI

7.1

Format standard bagi rekod harian pengambilan dan pengeluaran dinamakan ”Penyata Pengeluaran (weighbridge)” perlu dikemukakan tidak lewat tujuh (7) haribulan berikutnya bagi tujuan pembayaran royalti.

8. LARANGAN MEMBAWA PASIR SILIKA KELUAR NEGERI PERAK

8.1

Pemegang lesen, kecuali dengan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri, tidak dibenarkan memindah atau menyebabkan pemindahan secara langsung atau secara tidak langsung pasir silika ke luar Negeri Perak. Sebarang pelanggaran syarat membawa pasir silika keluar Negeri Perak oleh pemegang lesen akan dibatalkan serta merta lesen dan disenarai hitam oleh pihak Pentadbiran Tanah Negeri Perak.

8.2

Pemegang lesen tidak dibenarkan menjual atau menyebabkan terjualnya pasir silika kepada mana-mana individu atau syarikat yang mengeksport pasir silika ke luar Negeri Perak walaupun tanpa pengetahuan pemegang lesen.

Page 9: PENYERAGAMAN SYARAT TAMBAHAN LESEN …ptg.perak.gov.my/edokumen/script/2015/ptg4_2015_lampiran_a.pdf · Tanah, mana-mana pemegang permit Pemegang lesen pasir silika boleh dikenakan

9. PETUGAS STESEN

9.1

Pemegang lesen hendaklah memberikan kerjasama dan tidak menghalang mana-mana petugas stesen yang bertugas atau mana-mana Pegawai Diberikuasa yang menjalankan tugasnya sebagai penjawat awam.

10. PEMATUHAN SYARAT JABATAN LAIN

10.1

Pemegang lesen hendaklah mematuhi apa-apa syarat yang dikenakan oleh jabatan-jabatan kerajaan berkaitan yang lain atau Pihak Berkuasa Tempatan dari masa ke semasa.

11. PENEMUAN OBJEK PURBA

11.1

Pemegang lesen hendaklah melaporkan kepada Pentadbir Tanah dengan segera sekiranya terjumpa apa-apa objek yang dipercayai adalah objek purba dan penangguhan kerja dengan serta merta hendaklah dilakukan sehingga penyelidikan selesai dibuat oleh jabatan yang berkenaan.

11.2

Pemegang lesen hendaklah membenarkan pegawai Jabatan berkaitan menjalankan pemeriksaan di kawasan lesen pada bila-bila masa.

12. UNDANG-UNDANG YANG BERKUATKUASA

12.1

Pemegang lesen adalah dinasihatkan supaya merujuk kepada peruntukan undang-undang di bawah Enakmen Mineral Perak (EMP) dan Seksyen 426 KTN (tertakluk kepada pindaan–pindaan yang dibuat) dan apa-apa arahan PBN dari semasa ke semasa berhubung dengan implikasi undang-undang di atas kesalahan yang dilakukan.

13. KEMALANGAN DAN KEROSAKAN HARTA AWAM

13.1

Sebarang kemalangan yang berlaku terhadap mana-mana orang di dalam kawasan lesen adalah menjadi tanggungjawab pemegang lesen dan Kerajaan Negeri hendaklah bebas daripada sebarang tuntutan akibat daripada kemalangan itu.

Page 10: PENYERAGAMAN SYARAT TAMBAHAN LESEN …ptg.perak.gov.my/edokumen/script/2015/ptg4_2015_lampiran_a.pdf · Tanah, mana-mana pemegang permit Pemegang lesen pasir silika boleh dikenakan

13.2

Sebarang kerosakan yang berlaku bersabit dengan pengeluaran lesen ke atas harta awam atau mana-mana jalan yang biasa digunakan oleh orang awam, maka adalah menjadi tanggungjawab pemegang lesen membaik pulih semula kerosakan tersebut sehingga memuaskan Pentadbir Tanah / Jurutera Daerah JKR / Pihak Berkuasa Tempatan. (a) Sekiranya gagal mematuhi pemulihan kerosakan yang berlaku maka

deposit pemegang lesen akan dirampas serta merta.

13.3

Bagi menentukan nilai kerosakan harta awam, Pentadbir Tanah hendaklah meletakkan satu nilai deposit merujuk kepada jabatan teknikal berkaitan untuk menentukan jumlah kos pembaikan yang dikenakan.

14. KESELAMATAN TEMPAT OPERASI

14.1

Pemegang lesen adalah bertanggungjawab menjaga dan menentukan tanda-tanda sempadan tidak hilang atau rosak. (a) Tanda-tanda sempadan berkenaan hendaklah diletakkan sepuluh (10)

meter dari sempadan lot bersebelahan

14.2

Pemegang lesen tidak dibenarkan menjalankan kerja-kerja pemindahan dalam lingkungan jarak dan tempat seperti berikut: i) Sepuluh (10) meter dari sempadan lot tanah milik (pertanian)

bersebelahan;

ii) Empat puluh (40) meter daripada mana-mana kediaman atau bangunan; dan

iii) Mana-mana tanah rizab yang telah diwartakan tertakluk kepada syarat-

syarat yang ditetapkan oleh Jabatan-Jabatan berkenaan.

14.3

Pemegang lesen hendaklah membina jalan keluar masuk, titi dan kelubung yang melintasi jalan ke kawasan yang diluluskan dan memastikan mengikut kehendak JKR Negeri dan JKR Daerah serta JPS dengan menyediakan papan tanda dan lain-lain keperluan dari masa ke semasa.

14.4

Bahan mineral (pasir silika) tidak boleh dikorek lebih rendah daripada paras bumi.

Page 11: PENYERAGAMAN SYARAT TAMBAHAN LESEN …ptg.perak.gov.my/edokumen/script/2015/ptg4_2015_lampiran_a.pdf · Tanah, mana-mana pemegang permit Pemegang lesen pasir silika boleh dikenakan

14.5

Pemegang lesen tidak boleh mengorek dan meninggalkan sebarang lubang di kawasan lesen yang melibatkan tanah kerajaan. Sebarang lubang yang wujud hasil daripada kerja-kerja pemindahan bahan mineral (pasir silika) hendaklah ditutup semula oleh pemegang lesen. (a) Kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan wang deposit yang

sedia ada dirampas bagi membiayai kerja-kerja pemulihan. Jika sekiranya kos pemulihan tanah melebihi daripada wang deposit yang sedia ada, pemegang lesen hendaklah menanggung baki kos tersebut.

(b) Pemegang lesen akan disenaraihitam sekiranya gagal mematuhi para 17.

15. SIASATAN PELANGGARAN SYARAT LESEN

15.1

Pemegang lesen yang lesennya ditahan untuk siasatan oleh Pegawai diberikuasa kerana melanggar mana-mana syarat lesen hendaklah dengan SERTA-MERTA memberhentikan sementara operasi pengeluaran bahan mineral (pasir silika).

(a) Notis Pemberhentian Operasi Sementara hendaklah dikeluarkan serta-merta kepada pemegang lesen untuk siasatan.

(b) Operasi hanya boleh dijalankan semula setelah mendapat keputusan bertulis daripada PTG.

(c) Notis pemberhentian operasi sehingga selesai atau dalam tempoh 5 hari waktu bekerja.

15.2

Tertakluk pada para (15.1) jika ingkar perintah PTG, boleh dikenakan tindakan pembatalan lesen serta merta.

16. PEMEGANG LESEN TIDAK BOLEH BERSUBAHAT

16.1

Pemegang lesen tidak boleh dalam apa jua keadaan bersubahat dengan mana-mana pihak untuk melanggar mana-mana syarat lesen.

(a) Penggunaan ”TONTO” atau penglibatan kongsi gelap bagi tujuan

menghalang penjawat awam bagi menjalankan tugas adalah dilarang

sama sekali. Jika berlaku lesen akan dibatalkan serta merta dan

pemegang lesen akan disenaraihitamkan oleh Pentadbiran Tanah

Negeri Perak.

Page 12: PENYERAGAMAN SYARAT TAMBAHAN LESEN …ptg.perak.gov.my/edokumen/script/2015/ptg4_2015_lampiran_a.pdf · Tanah, mana-mana pemegang permit Pemegang lesen pasir silika boleh dikenakan

17. PENALTI

17.1

Pemegang Lesen yang melanggar mana-mana syarat lesen yang diperuntukkan di dalam Jadual (LAMPIRAN B) hendaklah dikenakan tindakan mengikut tahap kesalahan yang dilakukan dengan pecahan seperti kategori berikut: i) BESAR : DIBATALKAN PERMIT SERTA MERTA, DIRAMPAS DEPOSIT

ASAS DAN DISENARAI HITAM NAMA INDIVIDU/SYARIKAT DAN OPERATOR YANG MELAKUKAN KESALAHAN SELAMA SETAHUN;

ii) SEDERHANA : DIRAMPAS DEPOSIT ASAS, DITINGKATKAN DEPOSIT DARIPADA 25% KEPADA 50%MENGIKUT KIRAAN DI PARA 2.1 (ii) DAN DIKENAKAN AMARAN BUAT KALI PERTAMA;

iii) KECIL : DIKENAKAN AMARAN KALI PERTAMA SAHAJA DAN DIMINTA UNTUK MEMBERHENTIKAN OPERASI SEHINGGA MEMATUHI SYARAT YANG DIKENAKAN.

18. TEMPOH PERMOHONAN SEMULA LESEN

18.1

Pemegang lesen yang ingin memohon semula lesen hendaklah mengemukakan permohonan tidak lewat daripada satu (1) minggu sebelum luput tempohnya. (a) Pemegang lesen hanya dibenarkan memiliki satu (1) lesen bagi kawasan

yang sama pada sesuatu tempoh. Pengeluaran lesen hendaklah dibuat setelah lesen yang terdahulu telah tamat tempoh atau kuantitinya habis dipindahkan.

CATATAN: PTG juga hendaklah memastikan bahawa lesen yang terdahulu telahpun tamat tempoh atau kuantiti habis dipindahkan sebelum mengeluarkan lesen baru.

18.2

Pemegang lesen yang telah disenarai hitam tidak boleh dengan apa cara sekalipun samada secara langsung atau tidak, samada melalui dirinya ataupun wakil memohon dan memiliki sesuatu lesen memindah pasir silika di kawasan yang sama ataupun di mana-mana Daerah dalam Negeri Perak selama satu (1) tahun.

Page 13: PENYERAGAMAN SYARAT TAMBAHAN LESEN …ptg.perak.gov.my/edokumen/script/2015/ptg4_2015_lampiran_a.pdf · Tanah, mana-mana pemegang permit Pemegang lesen pasir silika boleh dikenakan

19. PELBAGAI

19.1

Pemegang lesen perlu memberi keutamaan jualan kepada Jabatan Kerja Raya atau lain-lain jabatan kerajaan atau untuk projek-projek kerajaan jika pasir silika berkenaan dikehendaki.

19.2

Sekiranya terdapat apa-apa syarat tambahan yang bertentangan dengan syarat-syarat jabatan teknikal seperti yang terkandung dalam jadual, maka syarat yang terpakai adalah syarat jabatan teknikal berkenaan.