syarat-syarat menduduki peperiksaan dan … · fasa tiga yang menerima bekalan elektrik dari...

20
PENDAWAI ELEKTRIK SYARAT-SYARAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN DAN SUKATAN PELAJARAN

Upload: dolien

Post on 09-Sep-2018

302 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SYARAT-SYARAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN DAN … · Fasa Tiga yang menerima bekalan elektrik dari Pemegang Lesen mengikut kategori perakuan ... Jenis-jenis kabel, ... Litar Lampu a

PENDAWAI ELEKTRIKSYARAT-SYARAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN DAN SUKATAN PELAJARAN

Page 2: SYARAT-SYARAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN DAN … · Fasa Tiga yang menerima bekalan elektrik dari Pemegang Lesen mengikut kategori perakuan ... Jenis-jenis kabel, ... Litar Lampu a

SKOP TUGASAN

Menjalankan kerja-kerja pendawaian atau pengujian pada pepasangan Fasa Tunggal atau

Fasa Tiga yang menerima bekalan elektrik dari Pemegang Lesen mengikut kategori perakuan

kekompetenannya.

Menyedia dan mengemukakan pelan, lukisan dan spesifikasi pepasangan elektrik mengikut had

voltan/ampiar yang dibenarkan.

SYARAT-SYARAT UNTUK MENDUDUKI PEPERIKSAAN

(Peraturan 50, Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 dan pindaan-pindaannya)

Pendawai Fasa Tunggal (PW1):

1. Seorang warganegara Malaysia;

2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun;

3. Kelayakan pendidikan minimum yang telah ditetapkan adalah tamat tingkatan lima;

4. Mempunyai pengalaman kerja yang berkaitan dengan pendawaian elektrik selama dua

(2) tahun dengan kontraktor elektrik atau Unit Pendawai Persendirian yang berdaftar

dengan Suruhanjaya Tenaga serta mempunyai buku log yang lengkap mengikut tempoh

pengalaman kerja;

5. Boleh bertutur dan menulis dalam bahasa kebangsaan;

6. Mempunyai pengetahuan dan kemahiran amali yang mencukupi dalam pendawaian

sesuatu pepasangan elektrik;

1

Page 3: SYARAT-SYARAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN DAN … · Fasa Tiga yang menerima bekalan elektrik dari Pemegang Lesen mengikut kategori perakuan ... Jenis-jenis kabel, ... Litar Lampu a

7. Mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang pertolongan cemas, pemulihan

pernafasan dan rawatan renjatan elektrik; dan

8. Mempunyai pengetahuan mencukupi tentang Akta dan apa-apa peraturan yang dibuat di

bawahnya.

Pengecualian:

9. Bagi pemohon yang mempunyai sijil SKM peringkat pertengahan atau Tahap 2 dan

mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya satu (1) tahun dengan kontraktor

elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga selepas memegang SKM selama satu

(1) tahun adalah dikecualikan dari peperiksaan teori, amali dan lisan (mempunyai buku log

yang lengkap);

10. Pemohon tersebut mestilah tamat tingkatan lima;

11. Mana-mana calon yang layak mendapat pengecualian, hanya akan dianugerahkan

Perakuan Kekompetenan Pendawai Fasa Tunggal tanpa Endorsan Pengujian (PW1);

12. Calon-calon yang berhasrat untuk mendapatkan Perakuan Kekompetenan Pendawai dengan

Endorsan Pengujian (PW2), mereka hendaklah menduduki peperiksaan lisan (pengujian)

dan jika gagal dalam peperiksaan lisan tersebut, calon hanya akan dianugerahkan Perakuan

Kekompetenan Pendawai Fasa Tunggal tanpa Endorsan Pengujian (PW1) sahaja; dan

13. Mana-mana calon yang ingin menduduki peperiksaan pendawai berserta endorsan

pengujian (PW2), mereka hendaklah membayar fi peperiksaan (RM50.00) dan fi peperiksaan

Endorsan Pengujian (RM50.00). Jumlah yang perlu dibayar adalah RM100.00.

2PENDAWAI ELEKTRIK

Page 4: SYARAT-SYARAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN DAN … · Fasa Tiga yang menerima bekalan elektrik dari Pemegang Lesen mengikut kategori perakuan ... Jenis-jenis kabel, ... Litar Lampu a

Pendawai Fasa Tiga (PW3):

1. Memiliki Perakuan Kekompetenan Pendawai Fasa Tunggal (PW1/PW2) sekurang-kurangnya

satu (1) tahun dari tarikh dikeluarkan;

2. Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya satu (1) tahun dalam bidang

pendawaian elektrik dengan kontraktor elektrik/Unit Pendawai Persendirian yang berdaftar

dengan Suruhanjaya Tenaga atau bekerja dengan Jabatan/Agensi Kerajaan serta mempunyai

buku log yang lengkap mengikut tempoh pengalaman kerja; dan

3. Perakuan Kekompeten Pendawai Fasa Tunggal hendaklah berdaftar dengan Suruhanjaya

Tenaga.

atau

4. Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya tiga (3) tahun dalam bidang pendawaian

elektrik dengan kontraktor elektrik/Unit Pendawai Persendirian yang berdaftar dengan

Suruhanjaya Tenaga atau bekerja dengan Jabatan/Agensi Kerajaan serta mempunyai buku

log yang lengkap mengikut tempoh pengalaman kerja.

Nota: Calon-calon yang lulus peperiksaan Perakuan Kekompetenan Pendawai Fasa Tiga (PW3)

dan telah mempunyai Perakuan Pendawai Fasa Tunggal dengan Endorsan Pengujian (PW2),

beliau layak mendapat sijil Perakuan Kekompetenan Pendawai Fasa Tiga dengan Endorsan

Pengujian (PW4) dengan syarat fi peperiksaan untuk menduduki peperiksaan pengendorsan

pengujian dijelaskan.

3

Page 5: SYARAT-SYARAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN DAN … · Fasa Tiga yang menerima bekalan elektrik dari Pemegang Lesen mengikut kategori perakuan ... Jenis-jenis kabel, ... Litar Lampu a

SUKATAN PELAJARAN

Pendawai Fasa Tunggal

1. Perkara – perkara yang Berkaitan:

a. Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Akta Suruhanjaya Tenaga 2001;

b. Peraturan-peraturan Elektrik 1994 dan pindaan-pindaanya;

c. Standard MS IEC 60364:2003 Electrical Installations of Building;

d. MS 1979:2007 Electrical Installations of Building – Code of Practice;

e. MS 1936:2006 Electrical Installations of Building – Guide To MS IEC 60364; dan

f. Pemulihan pernafasan, pertolongan cemas dan rawatan renjatan elektrik.

2. Pengetahuan Elektrik Asas

a. Pengenalan asas voltan, arus, rintangan, kuasa, aruhan, capacitance, frekuensi dan

lain-lain kuantiti yang berkaitan dengan elektrik;

b. Hukum Ohm;

c. Sambungan bersiri dan selari;

d. Formula kuasa; dan

e. Sistem Bekalan Elektrik dan kadaran voltan.

3. Kabel

a. Jenis-jenis kabel, kod warna dan penggunaannya;

b. Pemilihan kabel yang betul iaitu seperti:

i. Keupayaan membawa arus;

ii. Pengiraan susut voltan;

iii. Faktor kepelbagaian;

iv. Faktor-faktor pembetulan; dan

c. Jenis-jenis tamatan kabel.

4PENDAWAI ELEKTRIK

Page 6: SYARAT-SYARAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN DAN … · Fasa Tiga yang menerima bekalan elektrik dari Pemegang Lesen mengikut kategori perakuan ... Jenis-jenis kabel, ... Litar Lampu a

4. Pendawaian

a. Sistem pendawaian:

i. Pendawaian permukaan, tertanam, konduit, sesalur dan sebagainya;

ii. Faktor-faktor pemilihan sistem pendawaian;

iii. Jenis-jenis dan saiz konduit/trunking; dan

iv. Faktor ruang.

5. Litar Lampu

a. Suis satu hala, suis dua hala dan suis perantaraan;

b. Litar kuasa;

c. Jejari, gegelung dan spur;

d. Mata penghawa dingin;

e. Mata pemanas air; dan

f. Pengasing.

6. Alat Uji dan Pengujian

a. Jenis-jenis ujian serta turutannya:

- Kekutuban, keterusan, penebatan dan sebagainya; dan

b. Jenis-jenis alat uji;

- Insulation Tester, Earth Resistance Tester, Multimeter, Ring Main Tester, RCD Tester

dan alat-alat ujian yang berkaitan dengan pengujian pendawaian elektrik.

7. Pengukuran

a. Alat-alat pengukur kuantiti elektrik; dan

b. Penggunaan dan prinsip berkerja alat-alat pengukur i.e. Jangka Ampere, Jangka Voltan,

Jangka KWH, Clamp On Tester, Avometer dan sebagainya.

5

Page 7: SYARAT-SYARAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN DAN … · Fasa Tiga yang menerima bekalan elektrik dari Pemegang Lesen mengikut kategori perakuan ... Jenis-jenis kabel, ... Litar Lampu a

8. Perkakas Suis dan Papan Agihan

a. Jenis-jenis papan agihan, unit pengguna, bilangan hala dan sebagainya; dan

b. Cut out dan Neutral Link.

9. Perlindungan Litar

a. Jenis-jenis kerosakan elektrik:

i. Peranti perlindungan dan penggunaannya;

ii. Jenis-jenis fius, kadaran, kendalian, pengujian;

iii. Jenis-jenis suis utama, kadaran arus, kadaran fius;

iv. MCB, kendalian, kadaran arus, pengujian;

v. MCCB, kendalian, kadaran arus, pengujian;

vi. Geganti kerosakan ke bumi;

vii. Geganti lebihan arus;

• Pengetahuan kedudukan Outgoing Feeders, ACB, MCCB, MCB, E/F relays, O/C

relays dan sebagainya; dan

• Pengubaharus.

b. Jenis-jenis sistem, saiz alat ubah dan prinsip kendalian.

10. Pembumian

a. Jenis-jenis sistem pembumian, prinsip pembumian, galangan kerosakan ke bumi,

pengalir perlindungan dan elektrod bumi; dan

b. Peranti Arus Baki (residual current device) satu fasa, kendalian dan peraturan yang

berkaitan.

11. Sistem Perlindungan Kilat

- Jenis-jenis dan penggunaan penangkap kilat.

6PENDAWAI ELEKTRIK

Page 8: SYARAT-SYARAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN DAN … · Fasa Tiga yang menerima bekalan elektrik dari Pemegang Lesen mengikut kategori perakuan ... Jenis-jenis kabel, ... Litar Lampu a

12. Radas - Radas Elektrik

a. Prinsip kerja radas-radas elektrik seperti pemanas air, periuk elektrik, loceng elektrik

dan sebagainya; dan

b. Penghidup satu fasa.

13. Rekabentuk Pepasangan Elektrik

a. Pengetahuan simbol elektrik;

b. Pengetahuan membaca dan melukis gambarajah skema dan susunatur elektrik;

c. Kod warna piawai bagi sistem telefon, gas, air dan fire fighting; dan

d. Pengiraan beban.

Pendawai Elektrik Tiga Fasa

1. Perkara – perkara yang Berkaitan:

a. Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Akta Suruhanjaya Tenaga 2001;

b. Peraturan-peraturan Elektrik 1994 dan pindaan-pindaanya;

c. Standard MS IEC 60364:2003 Electrical Installations of Building;

d. MS 1979:2007 Electrical Installations of Building – Code of Practice;

e. MS 1936:2006 Electrical Installations of Building – Guide To MS IEC 60364;

f. Pemulihan pernafasan, pertolongan cemas dan rawatan renjatan elektrik.

2. Pengetahuan Elektrik Asas

a. Pengenalan asas voltan, arus, rintangan, kuasa, aruhan, kapasitan, ulangan dan lain-

lain kuantiti yang berkaitan dengan elektrik;

b. Hukum Ohm;

c. Sambungan bersiri dan selari;

d. Formula kuasa; dan

e. Sistem bekalan elektrik dan kadaran voltan.

7

Page 9: SYARAT-SYARAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN DAN … · Fasa Tiga yang menerima bekalan elektrik dari Pemegang Lesen mengikut kategori perakuan ... Jenis-jenis kabel, ... Litar Lampu a

3. Kabel

a. Jenis-jenis kabel, kod warna dan penggunaannya;

b. Pemilihan kabel yang betul iaitu seperti:

i. Keupayaan membawa arus;

ii. Pengiraan susut voltan;

iii. Faktor kepelbagaian; dan

iv. Faktor-faktor pembetulan.

c. Jenis-jenis dan penamatan kabel.

4. Pendawaian

a. Sistem pendawaian:

i. Permukaan, tertanam, konduit, sesalur dan sebagainya;

ii. Faktor-faktor pemilihan;

iii. Jenis-jenis dan saiz konduit/trunking; dan

iv. Faktor ruang.

b. Litar lampu:

i. Suis satu hala, suis dua hala dan suis perantaraan;

ii. Litar kuasa;

iii. Jejari, gegelung, spur;

iv. Mata penghawa dingin;

v. Mata pemanas air;

vi. Pengasing.

5. Alat Uji dan Pengujian

a. Jenis-jenis ujian serta turutannya:

- Kekutuban, keterusan, penebatan dan sebagainya; dan

b. Jenis-jenis alat uji:

- Insulation Tester, Earth Resistance Tester, Multimeter, Ring Main Tester, RCD Tester

dan alat-alat ujian yang berkaitan dengan pengujian pendawaian elektrik.

8PENDAWAI ELEKTRIK

Page 10: SYARAT-SYARAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN DAN … · Fasa Tiga yang menerima bekalan elektrik dari Pemegang Lesen mengikut kategori perakuan ... Jenis-jenis kabel, ... Litar Lampu a

6. Alat-alat Pengukur Kuantiti Elektrik

- Penggunaan dan prinsip berkerja alat-alat pengukur i.e. Jangkampiar, Jangka Voltan,

Jangka KWH, Clamp On Tester, Avometer dan sebagainya.

7. Perkakas Suis dan Papan Agihan (TPN)

a. Jenis-jenis papan agihan, unit pengguna, bilangan hala dan sebagainya; dan

b. Cut out dan Neutral Link.

8. Perlindungan Litar

a. Jenis-jenis kerosakan elektrik:

i. Peranti perlindungan dan penggunaannya;

ii. Jenis-jenis fius, kadaran, kendalikan, pengujian;

iii. Jenis-jenis suis utama, kadaran arus, kadaran fius;

iv. MCB, kendalian, kadaran arus dan pengujian;

v. MCCB, kendalian, kadaran arus dan pengujian;

vi. Geganti kerosakan ke bumi;

vii. Geganti lebihan arus:

• PengetahuankedudukanOutgoing Feeders, ACB, MCCB, MCB, E/F relays, O/C

relays dan sebagainya; dan

• Alatubaharus.

b. Jenis-jenis sistem dan saiz alat ubah, prinsip kendalian.

9. Pembumian

a. Jenis-jenis sistem pembumian, prinsip pembumian, galangan kerosakan ke bumi,

pengalir perlindungan dan elektrod bumi; dan

b. Peranti arus baki (RCD) tiga fasa, kendalian dan peraturan yang berkaitan.

9

Page 11: SYARAT-SYARAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN DAN … · Fasa Tiga yang menerima bekalan elektrik dari Pemegang Lesen mengikut kategori perakuan ... Jenis-jenis kabel, ... Litar Lampu a

10. Sistem Perlindungan Kilat

a. Jenis-jenis dan penggunaan penangkap kilat;

b. Radas-radas elektrik; dan

c. Prinsip kerja radas-radas elektrik seperti pemanas air, periuk elektrik dan sebagainya.

11. Jenis-jenis Motor, Penghidup Motor dan Pendawaiannya

12. Rekabentuk Pepasangan Elektrik

a. Pengetahuan simbol elektrik;

b. Pengetahuan membaca dan melukis gambarajah skema dan susunatur elektrik;

c. Kod warna piawai bagi sistem telefon, gas, air dan fire fighting; dan

d. Pengiraan beban dan load balancing.

PERMOHONAN PEPERIKSAAN

Permohonan untuk menduduki peperiksaan hendaklah menggunakan borang ST(PE)1 Pind. 4/2007

dan dikemukakan ke pejabat Kawasan Suruhanjaya Tenaga atau institusi bertauliah.

FI PEPERIKSAAN

1. Peperiksaan Kekompetenan Pendawai Fasa Tunggal (PW1)/Fasa Tiga (PW3) – RM50.00;

dan

2. Pengendorsan Perakuan Kekompetenan - RM50.00

PROSEDUR PEPERIKSAAN

1. Bahagian peperiksaan

a. Teori;

b. Amali; dan,

c. Lisan.

*Calon-calon dikehendaki lulus ke tiga-tiga bahagian peperiksaan bagi dianugerahkan

perakuan kekompetenan tersebut.

10PENDAWAI ELEKTRIK

Page 12: SYARAT-SYARAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN DAN … · Fasa Tiga yang menerima bekalan elektrik dari Pemegang Lesen mengikut kategori perakuan ... Jenis-jenis kabel, ... Litar Lampu a

2. Kebenaran mengulang peperiksaan:

a. Calon-calon yang gagal dalam mana-mana bahagian peperiksaan (amali dan lisan)

akan diberi kebenaran untuk mengulang peperiksaan tersebut.

b. Contoh mengulang peperiksaan:

Bil Teori Amali Lisan Keputusan

1 G TB TB Mengulang teori

2 L L G Mengulang lisan sahaja

3 L G TB Mengulang amali dan lisan

# L : lulus, G: Gagal, TB : Tidak Berkaitan

11

Page 13: SYARAT-SYARAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN DAN … · Fasa Tiga yang menerima bekalan elektrik dari Pemegang Lesen mengikut kategori perakuan ... Jenis-jenis kabel, ... Litar Lampu a

CARTA ALIRAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN PERAKUAN KEKOMPETENAN

PENDAWAI ELEKTRIK

KEMASUKAN KE FASA TIGA KEMASUKAN KE FASA TUNGGAL

KELAYAKAN KELAYAKAN

1. Seperti yang ditetapkan dalam

Peraturan 50, PPE 1994

2. Tamat tingkatan 5

1. Seperti yang ditetapkan dalam

Peraturan 50, PPE 1994

2. Tamat tingkatan 5

PENGALAMAN PENGALAMAN

Mempunyai pengalaman kerja sekurang-

kurangnya tiga (3) tahun dalam bidang

pendawaian elektrik dengan kontraktor

elektrik/Unit Pendawai Persendirian yang

berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga atau

bekerja dengan Jabatan/Agensi Kerajaan

serta mempunyai buku log yang lengkap

mengikut tempoh pengalaman kerja.

ATAU

Mempunyai Perakuan Kekompetenan

Pendawai Fasa Tunggal (PW1/PW2) dengan

pengalaman kerja sekurang-kurangnya satu

(1) tahun dalam bidang pendawaian elektrik

dengan kontraktor elektrik/Unit Pendawai

Persendirian yang berdaftar dengan

Suruhanjaya Tenaga atau bekerja dengan

Jabatan/Agensi Kerajaan serta mempunyai

buku log yang lengkap mengikut tempoh

pengalaman kerja.

Mempunyai pengalaman kerja sekurang-

kurangnya dua (2) tahun dalam bidang

pendawaian elektrik dengan kontraktor

elektrik/Unit Pendawai Persendirian yang

berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga atau

bekerja dengan Jabatan/Agensi Kerajaan

serta mempunyai buku log yang lengkap

mengikut tempoh pengalaman kerja

ATAU

Mempunyai pengalaman kerja sekurang-

kurangnya dua (2) tahun dalam bidang

pendawaian elektrik dengan mengemukakan

surat pengesahan kerja/testimonial dari

kontraktor elektrik berdaftar yang terlibat

memberikan kerja-kerja sub kepada mereka

berserta buku log yang lengkap.

12PENDAWAI ELEKTRIK

Page 14: SYARAT-SYARAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN DAN … · Fasa Tiga yang menerima bekalan elektrik dari Pemegang Lesen mengikut kategori perakuan ... Jenis-jenis kabel, ... Litar Lampu a

3 tahun pengalaman kerja (teori, amali dan lisan).

Peperiksaan lisan/ endorsan pengujian

Peperiksaan lisan/ endorsan pengujian

Peperiksaan lisan/ endorsan pengujian

2 tahun pengalaman kerja (teori, amali dan lisan).

1 tahun selepas memiliki perakuan PW3, termasuk 1 tahun pengalaman kerja papan tanda neon (kertas kerja dan lisan).

1 tahun selepas memiliki perakuan PW1, termasuk 1 tahun pengalaman kerja (teori, amali dan lisan).

1 tahun selepas memiliki perakuan PW2, termasuk 1 tahun pengalaman kerja (teori, amali dan lisan).

1 tahun selepas memiliki perakuan PW4, termasuk 1 tahun pengalaman kerja papan tanda neon (kertas kerja dan lisan).

BorangST (PE)1 Pin. 4/2007

PW 3PW 1 PW 5

PW 4PW 2 PW 6

PW 1 Satu FasaPW 2 Satu Fasa dan Endorsan PengujianPW 3 Tiga FasaPW 4 Tiga Fasa dan Endorsan PengujianPW 5 Tiga Fasa dengan Papan Tanda NeonPW 6 Tiga Fasa dengan Papan Tanda Neon dan Endorsan Pengujian

PETUNJUK

13

Page 15: SYARAT-SYARAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN DAN … · Fasa Tiga yang menerima bekalan elektrik dari Pemegang Lesen mengikut kategori perakuan ... Jenis-jenis kabel, ... Litar Lampu a

Nama Penuh :

Nama Lain (Jika ada) : Jantina :

No. KP : Warganegara : Tarikh Lahir :

Umur : Thn Bulan Sijil Warganegara :

Alamat Surat-menyurat :

Poskod :

No. Tel. : No. Fax : E-mail :

Majikan atau institusi :

Alamat :

Poskod : No. Tel/Fax :

Pekerjaan Sekarang : Jawatan Sekarang :

Sila tandakan di mana perlu. Gunakan HURUF BESAR. Maklumat yang diisi sebolehnya hendaklah ditaip

BORANG PERMOHONAN UNTUK PEPERIKSAAN PERAKUAN KEKOMPETENAN ELEKTRIK

ST(PE) 1 Pind. 4/2007

NO. PERMOHONAN/DAFTAR :

SEKATAN VOLTAN (KV)

* Tanda pada ruang kategori kekompetenan yang dipohon.** Nyatakan kategori yang dipohon (contoh: A1)

KATEGORIPEPERIKSAAN

A

MAKLUMATPEMOHON

B

( Kegunaan Pejabat )

JPE/JEK/PE, PJE Voltan Tinggi dan Pencantum Kabel sahaja

TARIKH AKHIR MENDUDUKI PEPERIKSAAN TERDAHULU BAGI JPE/JEK/PENYELIA ELEKTRIK

SIJIL PERAKUAN KEKOMPETENAN SEDIA ADA1.2.1.2.

NO. RESIT PENDAFTARAN SIJIL & TARIKH

JURUTERA PERKHIDMATAN ELEKTRIK

JURUTERA ELEKTRIK KOMPETEN

PENYELIA ELEKTRIK

PENJAGA JENTERA ELEKTRIK

PENDAWAI

PENCANTUM KABEL

LAMPIRAN A: BORANG PERMOHONAN PEPERIKSAAN KEKOMPETENAN ELEKTRIK.

14PENDAWAI ELEKTRIK

Page 16: SYARAT-SYARAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN DAN … · Fasa Tiga yang menerima bekalan elektrik dari Pemegang Lesen mengikut kategori perakuan ... Jenis-jenis kabel, ... Litar Lampu a

KELAYAKANPEMOHON

KELAYAKAN AKADEMI / PROFESIONAL

PENGALAMAN KERJA

SIJIL PELAJARAN / PERTOLONGAN CEMAS (jika ada)

Ijazah / Diploma

Sekolah / Institusi Yang Mengeluarkan

Universiti / Institusi Tahun Lulus Bidang

No. sijil Tarikh Lulus

Tarikh Dikeluarkan

C

REKODPENGALAMAN

KERJA

D

Nombor Pendaftaran Jurutera Profesional :

No. resit pembaharuan pendaftaran denganLembaga Jurutera Malaysia yang terbaru (tahun semasa) :

PERAKUAN KEKOMPETENAN SEDIA ADA

Perakuan Kekompetenan Sekatan No Perakuan

TEMPOH PENGALAMAN (BULAN)PENGALAMAN / KURSUS TEMPOH VOLTAN

Nyatakan dengan tepat butir-butir berikut : • Jawatan-jawatan yang dipegang • Nama-nama dan alamat majikan • Jenis kerja yang dipertanggungjawabkan • Laporan lengkap pengalaman • Jenis kerja yang dijalankan dan • Kursus yang telah dilalui sebagaimana yang tercatit (Sila gunakan kertas tambahan jika ruang tidak mencukupi)

Tarikh Mula & Tamat Kerja

Penjanaan

Penghantaran

Pembahagian

Penggunaan

Perlindungan

Penjangkaan

15

Page 17: SYARAT-SYARAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN DAN … · Fasa Tiga yang menerima bekalan elektrik dari Pemegang Lesen mengikut kategori perakuan ... Jenis-jenis kabel, ... Litar Lampu a

Bersama-sama ini saya lampirkan :

PENGAKUAN :

PENGAKUANE

Tiga keping gambar ukuran paspot terbaharu serta ditulis nama dan nombor kad pengenalan di belakangnya.

Laporan lengkap pengalaman kerja yang dijalankan dan kursus yang telah dihadiri sebagaimana butir-butir di bahagian D.

Salinan Kad pengenalan (depan & belakang)

Sijil pertolongan cemas (jika ada)

Salinan fotokopi Penyata KWSP atau SOCSO

Resit / Surat Pengesahan pembaharuan pendaftaran kekompetenan Suruhanjaya Tenaga yang terbaharu bagi calon-calon yang memohon menduduki peperiksaan kekompetenan untuk sekatan yang lebih tinggi daripada yang sedia ada.

Saya mengaku bahawa :i. Kenyataan yang diberi di atas adalah benar. Saya sedar bahawa saya boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 8,

Akta bekalan Elektrik 1990 dan Akta Bekalan elektrik (Pindaan 2001) sekiranya disedari memberi maklumat palsu.ii. Suruhanjaya Tenaga berhak menolak permohonan ini jika didapati keterangan di atas adalah palsu, tidak lengkap atau

tidak disertakan dengan butir-butir yang dikehendaki.iii. Saya memiliki senaskah Akta bekalan Elektrik 1990 dan Akta Bekalan Elektrik (Pindaan 2001) dan Peraturan-Peraturan

Elektrik 1994 serta memahami isi kandungannya dan bersedia untuk diperiksa bila-bila masa.iv. Memiliki buku log yang menerangkan pengalaman kerja saya mulai _______________ hingga ______________ dan

bersetuju buku log saya disemak oleh pihak Suruhanjaya Tenaga pada bila-bila masa sahaja.

Tandatangan pemohon :____________________________________ Tarikh : __________________________

PENGAKUAN MAJIKAN SEKARANG

Adalah didapati bahawa sepanjang pengetahuan saya butir-butir di atas adalah benar.

Tandatangan majikan / institusi : ________________________________________

Nama : ________________________________________

Jawatan : ________________________________________

Tarikh : ________________________________________

Surat sokongan majikan.

Sijil Kekompetanan Suruhanjaya Tenaga yang lebih rendah / Salinan Sijil Kebenaran (authorization letter) bagi kakitangan TNB.

Salinan fotokopi Ijazah / Diploma / sijil-sijil sebagaimana di bahagian C.

Sijil Pendaftaran Jurutera Profesional dan resit / Surat pendaftaran dengan Lembaga Jurutera Malaysia yang terbaharu (untuk permohonan Jurutera sahaja).

Sijil Kewarganegaraan (jika berkenaan)

Buku log (disediakan)

Nota : Semua salinan dokumen dan laporan yang disertakan hendaklah disahkan oeh Jurutera Perkhidmatan atau jurutera Elektrik kompeten yang memegang sijil Perakuan kekompetenan Suruhanjaya Tenaga (untuk permohonan Jurutera dan Penyelia sahaja)

16PENDAWAI ELEKTRIK

Page 18: SYARAT-SYARAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN DAN … · Fasa Tiga yang menerima bekalan elektrik dari Pemegang Lesen mengikut kategori perakuan ... Jenis-jenis kabel, ... Litar Lampu a

NOTA

17

Page 19: SYARAT-SYARAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN DAN … · Fasa Tiga yang menerima bekalan elektrik dari Pemegang Lesen mengikut kategori perakuan ... Jenis-jenis kabel, ... Litar Lampu a

NOTA

18PENDAWAI ELEKTRIK

Page 20: SYARAT-SYARAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN DAN … · Fasa Tiga yang menerima bekalan elektrik dari Pemegang Lesen mengikut kategori perakuan ... Jenis-jenis kabel, ... Litar Lampu a

www.st .gov.my

Suruhanjaya Tenaga (Energy Commission)No. 12, Jalan Tun Hussein, Presint 2, 62100, Putrajaya.

Talian Bebas Tol : 1-800-2222-78 (ST)T: 03 8870 8500 F: 03 8888 8637E: [email protected]