penyata rasmi parlimen dewan rakyat · kandungan jaw apan lisan bagi pert any aan-pertany aan rang...

90
Bil. 43 Rabu 21 Oktober 1998 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KESEMBILAN PENGGAL KEEMPAT MESYUARAT KETIGA

Upload: others

Post on 04-Feb-2021

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • Bil. 43 Rabu 21 Oktober 1998

    MALAYSIA

    PENYATA RASMI PARLIMEN

    DEWAN RAKYAT

    PARLIMEN KESEMBILAN PENGGAL KEEMPAT MESYUARAT KETIGA

  • KANDUNGAN

    JAW APAN LISAN BAGI PERT ANY AAN-PERTANY AAN

    RANG UNDANG-UNDANG DIBA WA KE DALAM MESYUARAT

    USUL: Anggaran Perbelanjaan Pembangunan (Tamb.)(Bil. 2) 1998

    Jawatankuasa: MaksudP.7

    Diterbit Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMENMALAYSIA 1999

    (Ruangan 1)

    (Ruangan 16)

    (Ruangan 17)

    (Ruangan 76)

  • DR21.10.98

    AHLI-AHLI DEW AN RAKYAT

    Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Tun Mohamed Zahir bin Haji Ismail, S.S.M., P.M.N., S.P.M.K., D.S.D.K. J.M.N.

    Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, Dato Seri Dr. Mahathir bin Mohamad, D.K.(Brunei), D.K.(Perlis), D.K.(Johor), D.U.K., S.S.D.K., S.S.A.P., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. (Sarawak), D.U.P.N., S.P.N.S., S.P.D.K., S.P.C.M., S.S.M.T., D.U.M.N., P.1.S. (Kubang Pasu)

    Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, S.P.M.P., S.P.C.M., S.S.A.P., D.U.P.N., S.S.S.A., D.G.S.M., S.P.N.S., S.P.D.K., D.M.P.N. (Permatang Pauh)

    Yang Berhormat Menteri Pengangkutan, Dato' Seri Dr. Ling Liong Sik, D.G.S.M., S.P.M.P., D.P.M.S., D.P.M.P. (Labis)

    "

    "

    "

    "

    "

    "

    "

    "

    "

    Menteri Kerja Raya, Dato' Seri S. Samy Vellu, S.P.M.J., S.P.M.P., DPMS, PCM, AMN (Sungai Siput)

    Menteri Perusahaan Utama, Dato' Seri Dr. Lim Keng Yaik, D.G.P.N, S.P.M.P., D.P.C.M. (Beruas)

    Menteri Tugas-tugas Khas, Tun Dato' Daim Zainuddin, S.S.M., S.P.M.S., D.H.M.S., S.S;A.P.)

    Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Leo Moggie anak lrok, P.N.B.S. (Kanowit)

    Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato' Seri Rafidah Aziz, S.P.M.P., S.P.M.T., D.P.M.S., A.M.N. (Kuala Kangsar)

    Menteri Pertanian, Datuk Amar Dr. Haji Sulaiman bin Haji Daud, S.l.M.P., D.A., D.S.S.A., P.N.B.S., J.B.S. (Petra Jaya)

    Menteri Pendidikan, Dato' Seri Haji Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, S.S.A.P, S.l.M.P., D.P.M.S., D.S.A.P., P.N.B.S. (Pekan)

    Menteri Penerangan, Datuk Seri Mohamed bin Rahmat, D.G.S.M., S.P.M.J., S.I.M.P., S.P.D.K., S.S.S.A., S.P.M.T., S.S.l.J., D.P.M.J., D.P.M.S., P.N.B.S., K.M.N., P.l.S., B.S.I. (Pulai)

    Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Dato' Seri Sabbaruddin Chik, S.I.M.P., D.P.M.S., D.S.A.P., S.M.S. (Temerloh)

  • ii DR.21.10.98

    Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia, Dato' Lim Ah Lek, S.I.M.P., D.S.A.P., S.M.T., J.P. (Bentong)

    "

    "

    "

    "

    "

    "

    "

    "

    "

    "

    "

    "

    "

    "

    "

    "

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha, D.S.A.P., P.N.B.S., D.P.T.J., J.M.N. (Kuala Rajang)

    Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, Datuk Law Hieng Ding, P.N.B.S., K.M.N., P.B.S., P.B.J. (Sarikei)

    Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato' Dr. Ting Chew Peh, D.P.M.S., D.P.M.P. (Gopeng)

    Menteri Pertahanan, Datuk Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar, S.P.D.K., D.P.M.J., S.M.J., A.M.N. (Kota Tinggi)

    Menteri Pembangunan Luar Bandar, Dato' Haji Annuar bin Haji Musa, S.I.M.P: (Peringat)

    Menteri Luar Negeri, Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, D.G.P.N., D.S.S.A., D.M.P.N., D.J.N., K.M.N., A.M.N. (Kepala Batas)

    Menteri Belia dan Sukan, Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin, P.S.M., S.P.M.J., S.M.J., P.S.I., B.S.I. (Pagoh)

    Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Datin Paduka Hajah Zaleha binti Ismail, D.P.M.S., S.M.S, K.M.N (Gomb.ak)

    Menteri Kesihatan, Dato' Chua Jui Meng, S.l.M.P, S.M.J, P.l.S (Bakri)

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Dr. Haji Abdul Hamid bin Haji Othman, D.S.D.K., J.S.M., K.M.N., P.P.T (Sik)

    Menteri Pembangunan Usahawan, Dato' Mustapa bin Mohamed, D.P.M.S. (Jeli)

    Senator Datuk Chong Kah Kiat, P.G.D.K., J.S.M, J.P.

    Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Megat Junid bin Megat Ayob, S.P.D.K., S.P.M.P., D.P.M.K., D.S.S.A, D.S.A.P., D.P.CM., A.M.P., A.M.K (Pasir Salak)

    Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Tan Sri Datuk Kasitah Gaddam, P.S.M., P.G.D.K, J.S.M.

    Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Ong Tee Keat, P.J.N., S.M.S. (Ampang Jaya)

    Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Haji Juhar bin Haji Mahiruddin, P.G.D.K (Kinabatangan)

  • DR.21.10.98 iii

    Yang Berhormat Timbalan Menteri Kesihatan, Dato' Dr. Siti Zaharah binti Haji Sulaiman, D.l.M.P. (Paya Besar)

    "

    "

    "

    "

    "

    "

    "

    "

    "

    "

    "

    "

    "

    "

    Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Dato' Loke Yuen Yow, D.P.M.P., A.M.P. (Tanjong Malim)

    Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Railey bin Haji Jaffrey, P.G.D.K., J.M.N. (Silam)

    Timbalan Menteri Pendidikan, Dato' Haji Mohd. Khalid bin Mohd. Yunus, D.S.N.S. (Jempol)

    Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Dr. Leo Michael Toyad, P.G.B.K., J.B.S. (Mukah)

    Timbalan Menteri Pertahanan, Dato' Dr. Abdullah Fadzil bin Che Wan, D.P.C.M., P.C.M. (Bukit Gantang)

    Timbalan Menteri Penerangan, Dato' Drs. Suleiman bin Mohamed, D.P.M.S. (Titiwangsa)

    Timbalan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Dato' Teng Gaik Kwan, D.l.M.P., A.M.N., P.P.N. (Raub)

    Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tuan Peter Chin Fah Kui, P.B.S., A.B.S. (Miri)

    Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato' Mohd. Tajol Rosli bin Mohd. Ghazali, D.P.M.P., A.M.P. (Gerik)

    Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dato' Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir, D.S.D.K., A.M.K. (Kulim-Bandar Baharu)

    Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato' Kerk Choo Ting, D.P.M.P. (Taiping)

    Timbalan Menteri Pertanian, Dato' Dr. Haji Tengku Mahmud bin Tengku Mansor, S.P.M.T., D.P.M.T., K.M.N., P.J.C., J.P., P.J.K. (Setiu)

    Timbalan Menteri Kewangan, Dato' Wong See Wah, D.S.N.S. (Rasah)

    Timbalan Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Datuk Peter Tinggom anak Kamarau, P.N.B.S., J.B.S., K.M.N., P.B.S., A.M.N., P.P.C. (Saratok)

    Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Fong Chan Onn, D.M.S.M. (Selandar)

    Timbalan Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Dato' Chan Kong Choy, D.S.A.P., .D.P.M.S. (Selayang)

  • iv DR.21.10.98

    Yang Berhormat Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato' Ong Ka Ting D.P.M.P. (Pontian)

    "

    "

    "

    "

    "

    "

    "

    "

    "

    "

    "

    "

    "

    Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Dato' K. Kumaran, D.P.M.P., K.M.N., J.S.M., P.M.P., P.P.T., J.P. (Tapah)

    Timbalan Menteri Kewangan, Dato' Dr. Affifudin bin Haji Omar, D.S.D.K., J.S.M., K.M.N., B.C.K. (Padang Terap)

    Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Ibrahim bin Saad, D.M.S.M. (Tasek Gelugor)

    Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, Dato' Abu Bakar bin Daud, D.S.M.T., D.S.A.P., D.P.M.T., J.M.N., P.J.C., P.J.K. (Kuala Terengganu)

    Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Wira Mohd. Ali bin Mohd. Rustam, D.C.S.M., D.M.S.M., D.S.M., P.B.M. (Batu Berendam)

    Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' S. Subramaniam, D.S.N.S., D.P.M.J., S.M.J. (Segamat)

    Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Dr. Goh Cheng Teik (Nibong Tebal)

    Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, D.M.S.M., A.M.P., B.K.T. (Chenderoh)

    Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, Dato' Idris bin Jusoh, P.J.K. (Besut)

    Timbalan Menteri Perusahaan Utama, Dato' Hishamuddin binTun Hussein, D.P.M.J. (Tenggara)

    Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato' Azmi bin Khalid, D.P.M.P., S.M.P., P.J.K. (Padang Besar)

    Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Haji Fauzi bin Haji Abdul Rahman, D.I.M.P., A.M.P., P.P.N. (Kuantan)

    Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan, Dato' M. Mahalingam, D.P.M.S., J.M.N., J.P. (Subang)

    Setiausaha Parlimen Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Dato' Mohd. Noh bin Rajah, D.S.N.S. (Tampin)

    Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Tuan Douglas Uggah Embas, A.B.S., P.B.S. (Betong)

    Setiausaha Parlimen Kementerian Kerja Raya, Tuan Yong Khoon Seng (Padawan)

  • DR.21.10.98 v

    Yang Berhormat Setiausaha Parlimen Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi, Puan Ainon Khariyah binti Dato' Mohd. Abas, P.M.P., A.M.P. (Parit)

    "

    "

    "

    "

    "

    "

    "

    "

    "

    "

    "

    "

    "

    "

    "

    "

    "

    Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Haji Muhamad bin Abdullah, D.l.M.P., S.M.P., P.J.K. (Maran)

    Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Othman bin Abdul, D.S.S.A., A.M.P;, P.P.T. (Pendang) ·

    Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato' Dr. Haji Shafie bin Mohd. Salleh, D.S.S.A., S.M.S., S.S.A., K.M.N. (Kuala Langat)

    Setiausaha Parlimen Kementerian Pengangkutan, Dato' Chor Chee Heung, D.S.D.K. (Alor Setar)

    Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tuan Ahmad Kamaruzaman bin Mohamed Baria (Jerantut)

    Setiausaha Parlimen Kementerian Pertanian, Dato' Abu Bakar bin Taib, D.S.D.K., K.M.N., B.C.K., P.J.K. (Langkawi)

    Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Tan Chai Ho, P.J.N., K.M.N., A.M.N. (Bandar TunRazak)

    Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan, Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal, P.G.D.K. (Sempoma)

    Setiausaha Parlimen Kementerian Belia dan Sukan, Dato' Shahrizat binti Abdul Jalil, D.I.M.P. (Lembah Pantai)

    Setiausaha Parlimen Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Tuan G: Palanivel, P.J.K. (Hulu Selangor)

    Tuan Abdol Mulok bin Haji Awang Damit (Labuan)

    Tuan Abdul Aziz bin Mohd. Yassin (Muar)

    Tun Abdul Ghafar bin Baba, S.S.M. (Jasin)

    Tuan Haji Abdul Hadi bin Haji Awang (Marang)

    Tuan Haji Abdul Hamid bin Abdul Rahman (Sungai Benut)

    Tuan Abdul Rahin bin Dato' Mohd. Said (Kuala Nerus)

    Tuan Abdul Rahman bin Haji Sulaiman, S.S.A., A.M.N., A.M.S., A.M.P., A.D.K. (Parit Buntar)

    Datuk Patinggi Tan Sri Haji Abdul Taib Mahmud, D.P., D.A., S.P.M.J., P.G.D.K., S.S.A.P. (Kota Samarahan)

  • vi DR.21.10.98

    Yang Berhormat Datuk Abu Seman bin Haji Yusof, D.M.S.M., J.P., B.K.T. (Alor Gajah)

    "

    "

    "

    "

    "

    "

    "

    "

    "

    "

    "

    "

    "

    "

    "

    "

    "

    "

    "

    Dato' Haji Abu Zahar bin Dato' Nika Ujang, D.S.N.S., A.M.N. (Kuala Pilah)

    Tuan Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah, P.P.T., A.M.P. (Tambun)

    Datuk Ahmad Zahid bin Hamidi, D.M.S.M., P.P.T., P.J.K. (Bagan Datok)

    Tuan Akbarkhan bin Abdul Rahman (Libaran)

    Tuan Amihamzah bin Ahmad (Lipis)

    Datu Amirkahar bin Tun Datu Haji Mustapha (Marudu)

    Raja Dato' Ariffm bin Raja Sulaiman, D.S.D.K., S.M.S. (Baling)

    Tuan Asmat Nungka (Beluran)

    Dato' Haji Badruddin bin Amiruldin, D.S.D.K., B.K.M., P.J.K. (Yan)

    Tuan Haji Badrul Hisham bin Abdul Aziz, A.S.A. (Hulu Langat)

    Tuan Billy Abit Joo (Hulu Rajang)

    Tuan Haji Buniyaniin bin Yaakob (Bachok)

    Tuan Chang Kon You (Ipoh Timor)

    Che Ibrahim bin Mustafa, P.J.K. (Sungai Petani)

    Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bendera)

    Tuan Chiew Chiu Sing (Bintulu)

    Dato' Joseph Chong Chek Ah, D.S.P.N. (Batu)

    Puan Chua Soon Bui (Tawau)

    Tuan Fu Ah Kiow (Mentakab)

    Tuan Hamzah bin Ramli (Sri Gading)

    Dato Haji Hanafi bin Ramli, D.S.D.K., S.M.S., K.M.N., A.M.K., A.M.N., P.P.N., P.J.K., J.P. (Jerlun)

    Tuan Hashim bin Ismail, P.P.N., P.l.S. (Ledang)

    Tuan Haji Hashim bin Jasin (Arau)

  • DR.21.10.98 vii

    Yang Berhonnat Tuan Henrynus Amin, A.D.K. (Kinabalu)

    "

    "

    "

    "

    "

    "

    "

    "

    "

    "

    "

    "

    "

    "

    "

    "

    "

    "

    Dato' Hew See Tong, D.P.M.P., J.P., P.M.P. (Kampar)

    Tuan Ho Cheong Sing, A.M.N. (Ipoh Barat)

    Dato' Hon Choon Kim, D.S.N.S. (Seremban)

    Tuan Hoo Seong Chang (Kluang)

    Tuan Haji Ibrahim bin Mahmood (Kuala Krai)

    Tuan Ibrahim bin Pateh Mohamad. (Tanah Merah)

    Puan Hajah llani binti Dato' Haji Isahak (Kota Bharu)

    Tuan Jacob Dungau Sagan, P.P.B. (Baram)

    Dato' Jamaluddin bin Adnan (Kuala Selangor)

    Dato' Dr. Haji Jamaluddin bin Dato' Mohd. Jarjis, D.l.M.P., S.A.P. (Rompin)

    Tuan James Jimbun Anak Pungga, P.B.S. (Kapit)

    Tuan Jawah Anak Gerang (Lubok Antu)

    Tuan Jimmy Lim @Jimmy Donald (Sri Aman)

    Tuan Joseph Mauh Anak lkeh (Selangau)

    Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan, P.G.D.K., P.N.B.S., S.S.A.P., S.P.D.K. (Keningau)

    Dato' Dr. Kamal bin Salleh, D.S.P.N., K.M.N., P.K.T., J.M.N. (Wangsa Maju)

    Tuan Kamarudin bin Ahmad (Arau)

    Tuan R. Karpal Singh (Jelutong)

    Dr. L. Krishnan, P.M.C., A.M.N. (Telok.Kemang)

    Tuan Lau Ngan Siew, A.D.K. (Sandakan)

    Dr. Lee Chong Meng (Bukit Bintang)

    Dr. G. Leelavathi, A.M.N. (Kapar)

    Tuan Liew Ah Kim (Seputeh)

  • viii DR.21.10.98

    Yang Berhonnat Tuan Lim Guan Eng (Kota Melaka)

    "

    "

    "

    "

    "

    "

    "

    "

    "

    "

    "

    "

    "

    "

    "

    Tuan Lim Hock Seng (Bagan)

    Tuan Lim Kit Siang (Tanjong)

    Tuan Vincent Lim Kuo Phau (Petaling Jaya Utara)

    Puan Lim Lay Hoon, P.P.N., B.K.M. (Padang Serai)

    Datuk Lim Si Cheng, P.l.S. (Senai)

    Tuan Lim Siang Chai (Petaling Jaya Selatan)

    Dato' Haji Mahbud bin Haji Hashim, D.S.S.A., A.S.A., P.J.K. (Sabak Bemam)

    Tuan Mansor bin Masikon (Batu Pahat)

    Dr. Maximus Johnity Ongkili, A.S.D.K., J.P. (Bandau)

    Tuan Md. Isa bin Sahu (Kangar)

    Tuan Michael Lisa Kaya, B.B.S. (Bukit Mas)

    Tuan M. Kulasegaran all V. Murugeson {Teluk lntan)

    Tuan Haji Mohamacfbin Sahu (Kubang Kerian)

    Tuan Haji Mohamed bin Haji Abdullah (Pasir Puteh)

    Tuan Mohamed Khaled bin Nordfu P.l.S. (Johor Bahru)

    Datuk Mohd. Salleh bin Tun Said, P.G.b.K. (Kota Belud)

    Dato' Haji Mohd. Zihin .bin Haji Mohd. Hassan, D.I.M.P., P.M.P., A.M.P., J.P. (Larut)

    Tuan Mokhtaruddin bin Wan Yusof (Dungun)

    Tuan Haji Mustafa bin Muda, A.M.N., A.M.T., P.P.N., P.J.K. J.P. (Hulu Terengganu)

    Tuan Haji Nik Mohd. Amar bin Haji Nik Abdullah (Pengkalan Chepa)

    Tuan Haji Noh bin Omar, P.J.K. (Tanjong Karang)

    Dr. Nungsari bin Ahmad Radhi (Balik Pulau)

    Datuk Numikman bin Abdullah (Beaufort)

  • DR.21.10.98 ix

    Yang Berhormat Datuk Osu bin Haji Sukam, P.G.D.K. (Papar)

    Dr. Patau Rubis, P.B.S. (Mas Gading) ·

    " Tuan Paul Nointien, A.D.K. (Penampang)

    ·~·· " Tuan Philip Yong Chew Lip, A.D.K. (Gaya)

    " Dato' Haji Qamaruz Zaman bin Haji Ismail, D.P.M.P., P.C.M., K.M.N.,

    " B.C.K., P.J.K. (Bagan Serai)

    " Tuan Radin Malleh (Tenom)

    Dr. Ramli bin Taib (Kemaman)

    " Mulia Tengku Tan Sri Raz.aleigh Hamzah, D.K., P.S.M., S.P.M.K., S.S.A.P., S.P.M.S. (Gua Musang)

    " Tuan Richard Riot Anak Jaem (Serian)

    " Tuan Robert Lau Hoi Chew (Sibu)

    ' " Puan Rohani binti Haji Abd. Karim, P.P.B. (Santubong) -

    Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad, P.l.S. (Parit Sulong)

    " Dato' Salamon bin Selamat, D.P.M.S., S.S.A., AM.S., P.J.K. (Shah Alam)

    " Dr. Sanusi bin Daeng Mariok (Rantau Panjang)

    " Puan Seripah Noli binti Syed Hussin (Sepang)

    " Cik Siti Zainab binti Abu Bakar, S.M.J. (Tebrau)

    " Datuk S'ng Chee Hua, D.S.N.S., P.G.D.K. (Julau)

    " Datuk Song Swee Guan, P.G.D.K. (Bandar Kuching)

    " Cik Sukinam Domo (Batang Sadong)

    " Dato' Haji Sukri bin Haji Mohamed, D.J.M.K., J.P. (Machang)

    " Dr. Tan Chong Keng (Bukit Mertajam)

    " Dr. Tan Kee Kwong (Segambut)

    " Tuan Tan Kok Wai (Cheras)

    " Dr. Tan Seng Giaw (Kepong)

  • x DR.21.10.98

    Yang Berhormat Dr. Tan Yee Kew (Kelang)

    "

    "

    "

    "

    "

    "

    "

    "

    "

    "

    "

    "

    "

    Tuan Tiong Thai King (Lariang)

    Tuan Tue Si @Chang See Ten, P.1.S. (Gelang Patah)

    Tuan Haji Wan Hanafiah bin Wan Mat Saman, B.K.M. (Pokok Sena)

    Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, P.B.S. (Batang Lupar)

    Tuan Haji Wan Mohd. Jamil bin Wan Mahmood (Tumpat)

    Tuan Wong Kam Hoong, K.M.N. (Bayan Baru)

    Dato' Yap Pian Hon, D.M.P.S., A.M.N., P.J.K. (Serdang)

    Dr. Yap Yit Thong, A.M.P., A.M.N. (Lumut)

    Dr. Yee Moh Chai (Tanjong Aru)

    Tuan Yeong Chee Wah (Batu Gajah)

    Tuan YunofEdward Maringking (Tuaran)

    Tuan Yunus bin Rahmat (Jelebu)

    Datuk Dr. Haji Yusofbin Haji Yaccib, P.G.D.K., A.D.K. (Sipitang)

    Tuan Zainal Abidin bin Osman (Mersing)

    Tuan Haji Zainuddin bin Haji Mohamad Nor, S.M.K. (Pasir Mas)

    Dato' Haji Zakaria bin Mohd. Said, D.S.D.K., S.M.K., K.M.N., P.J.K. (Kuala Kedah)

  • DR.21.10.98

    Setiausaha Dewan Rakyat

    Ketua Penolong Setiausaha

    Penolong Setiausaha

    Pegawai Penerbitan

    DEWAN RAKYAT

    PEGAW AI-PEGAW AI KANAN

    Datuk Mohd. Salleh bin Haji Hassan, P.S.D., J.S.D., K.M.N.

    Zamani bin Haji Sulaiman Haji Mustakin bin Salamat

    Nor Hayatee binti Abdullah Haji Mustafa bin Abdul Rahman Ruhana binti Abdullah

    CAW ANGAN DOKUMENTASI

    Azhari bin Hamz.ah Monarita binti Mohd. Hassan

    xi

    Pelapor Perbahasan Parlimen Rajah Shamsiah binti Mohd. Yusop, P.P.N. Rajah Supiah binti Dewak

    Pembaca Pruf

    Bentara Mesyuarat:

    Mohd Saleh bin Mohd. Yusop

    Mohamed bin Osman Rajah Norishah binti Mohd. Thani Shamsina binti Janor

    Abu Bakar bin Hasan

    CAWANGAN BENTARA

    Mejar (B) Abdul Halim bin Haji Ali Mejar (B) Zakaria bin Salleh

  • DR.21.10.98

    MALAYSIA

    DEWAN RAKYAT

    Rabu, 21 Oktober 1998

    Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi

    DOA

    [Tuan Yang di-Pertua mempengerusilian Mesyuarat]

    JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

    [So~lan No.I - Y.B. Tuan Haji Noh bin Omar (Tanjong Karang) tidak hadir]

    TAHANANISA-JUMLAH

    2. Datuk Abdol Mulok bin Haji Awang Damit (Labuan) minta Menteri Dalam Negeri menyatakan: ·

    (a) jumlah yang telah clitahan di bawah ISA akibat aktiviti-aktiviti yang mengancam keselamatan awam dan kestabilan negara; dan

    (b) senarai nama-nama mereka yang ditahan setakat ini.

    Timbalan Menteri Dalam Negeri [Dato' Mohd. Tajol Rosli bin Mohd. Ghazali]: Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab soalan ini bersama-sama dengan soalan-soalan daripada Yang Berhormat dari Kepong pada hari ini dan Yang Berhormat dari Tanjong Karang pada 2 Disember· 1998 kerana soalan-soalan tersebut bertanyakan perkara yang sama.

    ·Tuan Yang di-Pertua: Baiklah.

    Dato' Mohd. Tajol Rosli bin Mohd. Ghazali: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, setakat 20 Oktober 1998.seramai 237 orang sedang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960. Pecahan-pecahan kesalahan mereka adalah seperti di bawah ini:

    (a) sindiket pemalsuan dokumen pengenalan dan perjalanan - 143 orang;

    (b) sindiket kemasukan pendatang asing tanpa izin - 88 orang;

    ( c) gerakan menyeleweng agama Islam - 5 orang; dan

    ( d) gerakan Acheh Merdeka ( GAM) - 1 orang.

    Untuk maklwnan Ahli Yang Berhormat juga kerajaan tidak dapat memberikan senarai nama mereka yang ditahan itu atas sebab-sebab keselamatan.

    Tuan Md. Isa bin Sabu: Tuan Yang di-Pertua, mohon penjelasan tambahan. Daripada seramai 237 orang yang ditahan di bawah ISA itu saya mohon Yang Berhormat

  • 2 DR.21.10.98

    Timbalan Menteri dapat menjelaskan berapa rarnaikah anggota kerajaan yang terlibat dalam sindiket-sindiket berkenaan dan di samping itu juga berapa rarnaikah tahanan tersebut yang terlibat dalam kesalahan-kesalahan yang mengancam keselamatan negara berasaskan politik yang membahayakan negara yang didapati setakat ini?

    Dato' Mohd. Tajol Rosli bin Mohd. Ghazali: Tuan Yang di-Pertua, daripada jumlah 237 orang yang ditahan kebanyakan mereka yang ditahan ·daripada kalangan pegawai kerajaan adalah Bahagian A iaitu Sindiket Pemalsuan Dokumen Pengenalan dan Perjalanan di mana kebanyakan mereka terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan terutama sekali Jabatan lmigresen danjuga Pendaftaran Negara. Setakat ini tidak ada yang ditahan di Kamunting yang terdiri daripada kalangan mereka yang disebut oleh Ahli Yang Berhormat tadi.

    Tuan Lim Kit Siang: Tuan Yang di-Pertua, memandangkan bahawa sekarang masih ada 4 orang yang masih ditahan di bawah ISA daripada kumpulan yang ditahan selepas pemecatan bekas Tirnbalan Perdana Menteri. Apabila keempat-empat orang ini termasuk Presiden IlM - Ashaari Sungip, Rosian Kasim, Zulkifli seorang peguam dan Malek akan dibebaskan. Adakah kerajaan akan memberi satu jaminan bahawa ISA tidak akan digunakan sebagai satu alat politik dan mereka yang ada apa-apa kesalahan patut dibawa ke mahkamah dan bukannya ditangkap di bawah ISA. Bolehkah satu jaminan diberi bahawa ISA tidak akan digunakan terhadap orang-orang lain termasuk Dr. Wan Azizah.

    Dato' Mohd. Tajol Rosli bin Mohd. Ghazali: Tuan Yang di-Pertua, ISA digunakan bukan untuk penjenayah-penjenayah tetapi ianya digunakan bagi mereka yang menggugat kestabilan negara dan juga keselamatan negara. 4 orang yang disebut oleh Ahli Yang Berhormat dari Tanjong tadi apabila mereka menerima hakikat bahawa kerajaan yang ada hari ini kalau hendak dijatuhkan mesti dijatuhkan melalui pilihan raya dan bukan melalui 'street demonstration', mereka akan dibebaskan pada bila-bila masajuga.

    SUKAN NEGARA- PERANCANGAN MENINGKA TKAN DAN MEMPROMOSIKAN

    2. Tuan Yeong Chee Wah (Batu Gajah) minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan sama ada kementerian berpuas hati dengan pencapaian atlet, persediaan, persembahan keseluruhan serta sambutan rakyat tempatan dan juga pelancong terhadap Sukom '98 dan apakah perancangan seterusnya untuk meningkatkan serta mempromosikan sukan negara.

    Setiausaha Parlimen Kementerian Belia dan Sukan [Dato' Shahrizat binti Abdul Jalil]: Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Belia dan Sukan berpuas hati dengan pencapaian atlet-atlet negara di Kuala Lumpur 98, Sukan Komanwel ke XVI yang telah memenangi 10 pingat emas, 14 perak dan I2 gangsa mengatasi sasaran yang telah ditetapkan iaitu 7 emas, 6 perak dan I I gangsa.

    Dari segi persediaan pada keseluruhannya amat berjaya dan pihak kementerian amat berpuas hati. Persediaan dalam menyediakan venue-venue pertandingan dan kemudahan asas yang lain telah menepati standard yang diperlukan. Begitu juga kemudahan untuk para atlet di perkampungan sukan yang dilengkapi peralatan bermutu di samping kemudahan asas yang disediakan untuk atlet di zon antarabangsa. Persediaan venue-venue juga begitu memuaskan. Bagi persenibahan terutama semasa pembukaan dan penutup Sukan Komanwel di mana ianya mencapai tahap yang amat cemerlang. Ini begitu ketara sehingga pihak kementerian dan penganjur menerima ucapan tahniah daripada

    .. '

  • DR.21.10.98 3

    negara-negara yang menyertai sukan ini. Sambutan daripada rakyat juga amat membanggakan di mana setiap venue sering dipenuhi dengan pengunjung-pengunjung. Khabar-khabar negatifyang memandang rendah akan Sukan Komanwel ini telah dinafikan dengan kehadiran para pengunjung. Jumlah para pelancong juga turut bertambah dengan adanya promosi-promosi di luar negara secara meluas.

    Tuan Yang di-Pertua, kementerian akan meneruskan program pembangunan sukan bagi menghadapi Sukan SEA 1999 dan pada tahun 2001 di mana Malaysia akan menjadi tuan rumah. Di samping itu juga kita sedang berusaha untuk mendapatkan hak menjadi tuan rumah Sukan Asia Tahun 2006 dan Sukan Olimpik Tahun 2008 untuk meneruskan usaha yang telah dimulakan melalui Program Jaya 98.

    Tuan Yeong Chee Wah: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya ucapkan syabas dan tahniah kepada pihak Kementerian Belia dan Sukan kerana begitu berjaya menganjurkan Sukom '98 baru-baru ini. Juga tadi Yang Berhormat Setiausaha Parlimen menyatakan bahawa negara kita akan bersedia juga menjadi tuan rumah pada tahun 2008 Sukan Olimpik. Saya ingin tahu apakah keperluan atau persediaan untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik. Jika negara kita dipilih sebagai tuan rumah, apakah persediaan hendak dibuat oleh negara kita untuk dapat dipilih sebagai tuan rumah Sukan Olimpik?

    Dato' Shahrizat binti Abdul Jalil: Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas tahniah yang diberi oleh Ahli Yang Berhormat. Sebenarnya kejayaan ini bukanlah hanya kejayaan Kementerian Belia dan Sukan, tetapi kejayaan rakyat jelata dan kerajaan yang ada pada masa ini dan untuk negara dan bangsa. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Yang Berhonnat Menteri Belia dan Sukan telah pun mewujudkan satu jawatankuasa untuk meneliti tentang pelbagai cara untuk memenangi (bid) untuk menjadi tuan rumah kepada Sukan Olimpik pada tahun 2008. Beberapa tenna telah pun diadakan. Waiau bagaimanapun, saya tidak ada pada pagi ini peruntukan yang perlu, tetapi saya difahamkan bahawa lobby group itu mestilah yang berkesan. Yang Berhormat Menteri telah pun mengadakan jawatankuasa ini yang dipengerusikan oleh beliau dan dianggotai oleh beberapa ahli kerajaan yang tertinggi bersaina dengan private sector. Insya-Allah, kita akan beritahu kepada semua status bid untuk Sukan Olimpik ini.

    Tuan Haji Wan Mohd. Jamil bin Wan Mahmood: Tuan Yang di~Pertua, soalan tambahan. Soalan saya ringkas · sahaja. Berapa perbelanjaan keseluruhannya daripada A sampai Z yang telah dihabiskan untuk Sukom ini dan berapa keuntungan yang diperolehi dan apakah kegunaan kompleks sukan selepas daripada sukan selesai dijalankan? Faham itu. [Ketawa]

    Dato' Shahrizat · binti Abdul Jalil: Tuan Yang di-Pertua, anggaran yang diperlukan oleh Ahli Yang Berhormat bukan hanya daripada A sampai Z, tetapi 'Alif sampai 'Ya' pun boleh diberi tetapi secara bertulis. [Ketawa] Saya difahamkan bahawa anggaran perbelanjaan ini akan disiapkan dalam tempoh enam bulan oleh pihak Sukom Ninety Eight Berhad.

    Tentang status stadium yang ada di perkarangan Bukit Jalil, harapan besar kita ialah bahawa rakyat jelata terutama wakil-wakil rakyat yang ada di sini akan dapat mempromosikannya. Bawalah ramai daripada orang-orang di kawasan untuk mengadakan pesta sukan di situ. Harapan kementerian ialah semangat kesukanan yang telah pun disemarakkan sewaktu Sukan Komanwel tidak akan hilang begitu sahaja.

    Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Datuk Nurnikman bin Abdullah.

    [Soa/an No. 4 - Y.B. Datuk Nurnikman bin Abdullah (Beaufort) tidak hadir]

  • 4 DR.21.10.98

    KAMPUNG DESA WAWASAN - JUMLAH

    5. Tuan Ibrahim bin Pateh Mohamad [Tanah Merah) minta Menteri Pembangunan Luar Bandar menyatakan jumlah Kampung Desa Wawasan (KDW) seluruh negara dan keberkesanannya yang diperolehi dari segi:-

    ( a) ekonomi;

    (b) kesihatan; dan

    ( c) pertanian.

    Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar [Dato' K. Kumaran): Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga kini sejumlah 1,183 buah kampung di seluruh negara telah dipilih untuk menyertai program Gerakan Desa Wawasan. Secara umumnya kampung-kampung yang menyertai program ini digalakkan untuk terlibat secara aktif dan membawa perubahan sikap penduduk dalam aktiviti pembangunan dan kemajuan kampung termasuk .aktiviti ekonomi, pertanian dan kesihatan. Datj segi ekonomi, kampung-kampung GDW yang aktif telah mula mengenal pasti potensi dan merancang aktiviti ekonomi yang boleh digerakkan oleh penduduk kampung. Aktiviti tersebut meliputi usaha mempergiatkan projek tanaman kontan, tanaman sayuran secara komersial dan ternakan haiwan di samping mengusahakan tanah-tanah terbiar. Terdapat juga kampung GDW yang terlibat dalam perusahaan komersial seperti pelancongan melalui konsep home-stay, industri pemerosesan makanan, pemiagaan kecil, pasar malam, koperasi dan sebagainya.

    Dari segi kesihatan, kampung GDW mula merancang dan menggiatkan aktiviti yang membawa kepada pemupukan nilai-nilai kebersihan, keindahan dan keceriaan kampung. Aktiviti seperti pengindahan dan pembersihan kawasan rumah, menanam pokok-pokok, menggunakan tong sampah serta mengamalkan kebersihan keluarga telah mendapat sambutan. Usaha-usaha bagi membawa kesedaran, perubahan sikap dan penglibatan penduduk kampung melalui program Gerakan Desa Wawasan ini merupakan kesinambungan usaha yang sedia ada yang selama ini dilaksanakan oleh pelbagai jabatan dan agensi kerajaan. Gerakan Desa Wawasan lebih menumpukan kepada usaha menggerakkan dan mempertingkatkan penglibatan rakyat supaya proses pembangunan terutama di luar bandar akan lebih berkesan. Kejayaan program ini juga amat bergantung kepada kepimpinan dan keupayaan JKK dan JKKR serta penglibatan aktif penduduk kampung yang terlibat. ·

    Puan Hajah Ilani bin Dato' Haji lsahak: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya ingin tahu apakah pihak kementerian ada pengukur untuk mengukur dari segi ekonominya Gerakan Desa Wawasan ini perkapita keluarga yang ada di dalam Gerakan Desa Wawasan, peningkatannya dari masa ke semasa. Begitu juga dari segi kesihatan, apakah pengukur yang digunakan untuk melihatkan pencapaian sebenar mutu kesihatan yang berubah disebabkan kemasukan kampung-kampung berkenaan di dalam Gerakan Desa Wawasan. Begitu juga dengan pertanian produktiviti yang telah dicapai.

    Dato' K. Kumaran: Tuan Yang di-Pertua, GDW ini diperkenalkan hanya baru tiga tahun. Dalam tempoh masa ini Kementerian Pembangunan Luar Bandar mengadakan penilaian prestasi di tiap-tiap kampung lebih kurang tiga bulan sekali. Sepertimana saya terangkan tadi, aktiviti ekonomi dan juga aktiviti kesihatan ini ditingkatkan melalui penasihatan dan mengadakan kursus-kursus bagi yang mengendalikan projek-projek tersebut. Untuk memberi kemudahan ini, kementerian juga mengadakan satu kursus di peringkat kebangsaan di mana sehingga sekarang lebih kurang 2,000 ahli jawatankuasa telah dilatih untuk meningkatkan seperti yang diminta oleh Yang Berhormat tadi.

  • DR.21.10.98 5

    Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tahu daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar sama ada Gerakan Desa Wawasan ini mempunyai satu blueprint yang terperinci mengenai gerakan-gerakannya. Di kawasan saya banyak juga desa-desa yang dipanggil Desa Wawasan. Tetapi sekadar seolah-olah sebagai satu slogan sahaja. Ini bermakna kampung dipilih dan selepas itu ia bergerak secara ad hoc, tidak mempunyai gerakan-gerakan yang tersusun. Keduanya, adakah Gerakan Desa Wawasan ini menumpukan kepada pembangunan generasi dan pembangunan mental rakyat kampung yang dipilih. Perkara ini amat penting sekiranya kita mahu kampung-kampung ini dijadikan kelompok-kelompok pioneer di dalam membangunkan generasi Malaysia yang maju di inasa akan datang.

    Dato' K. Kumaran: Tuan Yang di-Pertua, bagi soalan yang pertama, mungkin kita menghadapi beberapa kelemahan dalam mengusahakan GOW ini. Jika Ahli Yang Berhormat boleh memberi butir-butir lanjut, saya atau Yang Berhormat Menteri boleh melawat ke kampung tersebut untuk membaiki keadaan. [Ketawa]

    Tuan Yang di-Pertua, perkara yang kedua, ini kita katakan falsafah yang baru di mana kita memberi perhatian terhadap social engineering kepada penduduk di kawasan luar bandar, di mana kita akan memberi perhatian terhadap sikap dan minda diubah. Apabila sikap dan minda diubah kita percaya perubahan akan berlaku dengan sendirinya.

    [Soalan No. 6 - Y.B. Tuan Yunus bin Rahmat [Je/ebu] tidak hadir]

    PROJEK LEBUH RA YA KAJANG/SEREMBAN-PERKEMBANGAN TERKINI

    7. Dato' Hon Choon Kim [Seremban] minta Menteri Kerja Raya menyatakan perkembangan terkini projek lebuh raya Kajang-Seremban.

    Timbalan Menteri Kerja Raya [Datuk Railey bin Haji Jaffrey): Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, perjanjian konsesi Projek Lebuh Raya Kajang/Seremban telah ditandatangani pada 10 Julai 1997 di antara Kerajaan Malaysia dengan Syarikat Kaseh Lebuhraya Sdn. Bhd. Tempoh konsesi lebuh raya ini ialah selama 33 tahun. Lebuh raya tiga lorong dua hala sepanjang 48.5 kilometer ini melibatkan dua buah negeri iaitu sebahagian daripadanya berada dalam negeri Selangor sepanjang 14 kilometer manakala selebihnya berada dalam Negeri Sembilan iaitu 34.5 kilometer.

    Jajaran lebuh raya ini bermula di pertemuan Jalan Kajang bypass dengan Jalan Lingkaran Luar Kajang dan berakhir di Kampung Baru Paroi iaitu di persimpangan Jalan Kuala Pilah/Seremban dengan Jalan Senawang/Seremban, secara simpang empat sama aras berlampu isyarat. Lebuh raya ini terbahagi kepada tiga seksyen.

    Seksl'.en LebuhRaya Jarak

    [kilometer]

    Seksyen 1 Kajang/Pajam 18

    Seksyen 2 Pajam/Seremban 17.5

    Seksyen 3 Seremban Bypass 13

  • 6 DR.21.10.98

    Untuk makluman Ahli Yang Berhonnat, pada masa ini proses pengambilan balik tanah di bahagian negeri Selangor telah diselesaikan manakala di bahagian Negeri Sembilan masih dalam tindakan pewartaan oleh pihak berkuasa. Pihak syarikat konsesi telah menyiapkan reka bentuk terperinci dan pembinaan lebuh raya ini di bahagian negeri Selangor dan dijangka akan bennula pada bulan Disember tahun ini. Pembinaan lebuh raya ini dijangka akan siap sepenuhnya dalam masa dua setengah tahun dari sekarang.

    Tuan Haji Wan Mohd. Jamil bin Wan Mahmood: Tuan Yang di-Pertua, kenapa pembinaan jalan raya atau lebuh raya ini hanya tertumpu kepada pantai barat sahaja, seolah-olah pantai timur, Sabah dan Sarawak ditinggalkan.

    Datuk Railey bin Haji Jaffrey: Tuan Yang.di-Pertua, soal sama ada penumpuan cadangan lebuh-lebuh raya swasta ini di pantai barat tidak timbul kerana bila ada cadangan dari pihak-pihak tertentu, kerajaan akan mempertimbangkan. Di pantai timur pun ada pembinaan dilakukan, kalau Ahli Yang Berhonnat hendak mencadangkan pembinaan ke negeri Kelantan pun boleh kita pertimbangkan.

    Dato' Hon Choon Kim: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan, bolehkah Yang Berhonnat Timbalan Menteri memberitahu jumlah rumah yang terlibat dan rumah-rumah yang terpaksa pindah di kawasan Parlimen Seremban dan jumlah pampasan yang akan atau telah dibayar untuk mereka dan sama ada Yang Berhonnat Timbalan Menteri boleh memberitahu tentang kadar tol yang akan ditetapkan.

    Apabila jalan raya ini dibuka kemudian, saya rasa banyak kenderaan yang akan menggunakan jalan itu, jadi sama ada kerajaan juga meluaskan jalan dari Paroi ke Kuala Pilah.

    Datuk Railey bin Haji Jaffrey: Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan rumah yang terlibat, sebenarnya pada asalnya jajaran jalan ini akan melalui beberapa laluan yang mana satu darinya atas cadangan Kerajaan Negeri Sembilan sepatutnya persimpangan akhir dari Jelebu ke Kampung Baru Paroi telah dialihkan dari Jelebu ke Panchor Jaya yang akan menambahkan kejauhannya sejauh 1.5 kilometer dan akan menelan belanja tambahan sebanyak RM13.3 juta, ini akan merupakan satu perkara baru dalam rundingan, oleh kerana pertambahan kejauhan dan kerana perubahan. Ini disebabkan berdasarkan cadangan Kerajaan Negeri Sembilan supaya mengelakkan kawasan-kawasan yang mungkin melibatkan perumahan persendirian yang akan melibatkan lebih banyak pembayaran ganti rugi jika ianya melalui kawasan ini.

    Namun demikian, pembayaran balik tanah sudah pun dijalankan dan dianggarkan pada keseluruhannya sebanyak RM150 juta bagi kedua-dua negeri ini iaitu negeri Selangor dan juga Negeri Sembilan.

    Saya tidak berapa ingat soalan yang kedua itu.

    Dato' Hon Choon Kim: Tentang kadar tol dan sama ada Jalan Paroi/Kuala Pilah akan diperbaiki.

    Datuk Railey bin Haji Jaffrey: Terima kasih Yang Berhonnat. Tuan Yang di-Pertua, tol yang telah ditetapkan, ia ada tol tertutup dan tol terbuka. Untuk makluman Ahli Yang Berhonnat dan Dewan yang mulia ini, akan ada enam plaza tol iaitu lima tertutup dan satu terbuka. Yang tertutup Kajang Selatan, Semenyih, Pajam, Mantin dan seterusnya manakala tol terbuka akan diadakan di Temiang.

    Bagi tol terbuka iaitu kadar tol bagi kereta persendirian dan 'saloon car' iaitu sebanyak RMI .30 sen dan kelas dua iaitu merupakan lori kecil - RM2.60 sen manakala

  • DR.21.10.98 7

    kelas tiga iaitu lori besar - RM3.90 sen dan kelas empat - teksi sebanyak 70 sen dan bas RMl.30 sen. Terima kasih.

    SKIM PEMBIA Y AAN KESIHATAN KEBANGSAAN -CADANGAN PENUBUHAN

    7. Puan Lim Lay Hoon [Padang Serai] minta Menteri Kesihatan menyatakan sama ada kerajaan berkeinginan mengamalkan satu Skim Pembiayaan Jagaan Kesihatan Negara (National Healthcare Financing Scheme) demi menjimat kos perubatan yang kian meningkat dan sekiranya ada, apakah langkah-langkah jangka masa pendek dan panjang untuk menggalakkan skim tersebut.

    Timbalan Menteri Kesihatan [Dato' Dr. Siti Zaharah binti Haji Sulaiman]: Tuan Yang di-Pertua, kerajaan memang sedang mertgkaji kemungkinan menubuhkan Skim Pembiayaan Kesihatan Kebangsaan, beberapa cadangan dari syarikat swasta untuk melaksanakan skim tersebut telah diterima dan setiap skim yang dicadangkan adalah berasaskan kepada model-model yang dilaksanakan di negara asing. Oleh kerana setiap model mempunyai kelebihan masing-masing, kerajaan masih mengkaji model-model berkenaan.

    Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Mengikut jawapan daripada Yang Berhonnat Timbalan Menteri tadi iaitu kita melihat model-model negara yang kita hendak guna pakai untuk melaksanakan Skim Pembiayaan Jagaan Kesihatan Negara.

    Saya juga telah membaca beberapa model iaitu model di Amerika, di Kanada dan di Germany dan rata-rata orang yang berbincang dengan saya berkenaan dengan persoalan model-model (healthcare service) ini, menunjukkan model yang terbaik adalah model dari Kanada. Jadi, bagaimanakah pendapat kementerian dalam soal ini?

    Dato' Dr. Siti Zaharah binti Haji Sulaiman: Tuan Yang di-Pertua, model-model yang kita terima memanglah kita tidak nafikan adalah berdasar dari negara-negara maju seperti yang disebutkan oleh Ahli Yang Berhonnat, tetapi walau macam manapun, kita terpaksa melihat kesesuaian pelaksanaan model-model ini di Malaysia dengan keupayaan dan situasi setempat kerana akhirnya mengapa kita mengadakan Skim Jagaan Pembiayaan Kesihatan ini adalah supaya kita mengharapkan apabila hospital kita dikorporatkan dan tabung ini diwujudkan, perkhidmatan yang diberikan adalah diharapkan lebih ·sempurna dan baik. Oleh itu, kita belum lagi boleh putuskan sama ada model di Kanada itu adalah baik.

    Tuan Yunof Edward Maringking: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan, memandangkan keadaan structural population, dengan izin, di negara kita yang mana kebanyakan rakyat masih lagi di dalam keadaan daif, adakah kerajaan telah mengkaji kemungkinan bahawa jika Skim Pembiayaan Kesihatan ini dilaksanakan akan menyebabkan masalah besar bagi rakyat yang tidak mampu untuk menyumbang kepada Skim Pembiayaan Kesihatan ini. Terima kasih.

    Dato' Dr. Siti Zaharah binti Haji Sulaiman: Tuan Yang di-Pertua, pertamanya apabila kita meminta syarikat-syarikat mengemukakan cadangan proposal ini kita telah menyediakan satu spesifikasi seperti memaklumkan supaya proposal itu dapat mengikuti spesifikasi untuk mengetahui tanggungan kos kerajaan dari segi jangka panjang, kedua bebanan kepada pekerja, persendirian dan juga terutamanya kepada golongan berpendapatan rendah. Jadi dengan cadangan yang akan di'propose'kan kita akan pastikan supaya cadangan itu akan mengikuti spesifikasi yang telah ditentukan oleh

  • 8 DR.21.10.98

    kerajaan terutamanya kadar-kadar hospital yang sedia ada yang bererti khususnya bagi orang-orang yang kurang berkeupayaan.

    PENGGABUNGAN INSTITUSI KEW ANGAN -BILANGAN DAN KESAN YANG DIPEROLEBI

    9. Tuan Jimmy Donald [Sri Aman] minta Menteri Kewangan menyatakan bilangan institusi kewangan yang telah digabungkan dan kesan-kesan yang telah dikenal pasti sejak kementerian beliau mengambil inisiatif itu untuk menegakkan sistem kewangan di negara kita.

    Dato' Wong.See Wah: Tuan Yang di-Pertua, penggabungan adalah merupakan salah satu daripada langkah-langkah berterusan kerajaan untuk rasionalisasikan untuk memperkukuhkan lagi kedudukan sistem perbankan negara. Setakat ini empat penggabungan di antara bank perdagangan yang telah dilaksanakan iaitu:

    (i) Bank of Commerce Berhad dengan United Asian Bank Berhad pada tahun 1992 ;

    (ii) United Overseas Bank Malaysia Berhad dengan Chong Kiaw Bank Berhad tahun 1997;

    (iii) DCB Bank Berhad dengan Kwong Yik Bank Berhad pada tahun 1997;

    (iv) RHB Bank Berhad dengan Sime Bank Berhad.

    Tuan Yang di-Pertua, penggabungan dapat memberi kesan positifkepada Institusi Kewangan yang bergabung. Pemegang saham, pelanggan serta negara secara keseluruhan-nya. Ini termasuk:

    (i) memperkukuhkan kedudukan modal institusi yang bergabung dan empertingkatkan lagi keupayaan mengadapi kemerosotan ekonomi. Pelanggan akan dapat menyimpan simpanan di institusi kewangan yang lebih kukuh dan besar;

    (ii) mempertingkatkan daya saing institusi yang bergabilng di pasaran tempatan dan antarabangsa dan mempertingkatkan keupayaan institusi perbankan dalam memberi pinjaman kepada pelanggan;

    (iii) mempertingkatkan keuntungan institusi yang telah bergabung menerusi faedah yang dapat diraih melalui ekonomi berskil, peningkatan dalam efisiensi dan kos dana yang lebih rendah serta mempertingkatkan pulangan kepada pemegang saham; dan

    (iv) mempertingkatkan lagi produktiviti industri perbankan.

    Tuan Yang di-Pertua, program penggabungan ini akan dapat mengurangkan bilangan syarikat kewangan kepada sekumpulan syarikat kewangan yang bersais besar dan kukuh dan berupaya untuk meraih manfaat segala ekonomi. Ini merupakan sebagai strategi untuk mempertingkatkan lagi daya ketahanan industri syarikat kewangan selepas proses menyatupadukan bilangan syarikat kewangan dijangka akan dikurangkan daripada 39 buah kepada 8 buah institusi sahaja.

    Tuan Haji Wan Junaidi bin Tunku Jaafar: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya dengan Timbalan Menteri iaitu cadangan penggabungan di antara

  • -..... __

    DR21.10.98 9

    enam syarikat kewangan di negeri Sarawak untuk bercantum menjadi satu. Dari kajian yang telah dibuat di antara enam buah syarikat ini menunjukkan mempunyai cukup dana dan boleh mencapai tier satu dalam peringkat syarikat kewangan dan kenapakah akhimya penggabungan ini tidak mendapat kelulusan dan apakah masalahnya? Terima kasih.

    Dato'· Wong See Wah: Tuan Yang di-Pertua, proses penggabungan ini berdasarkan kepada beberapa dasar seperti yang pertama, harga yang dibayar perlu berasaskan kepada nilai sebenar pembelian tersebut dan penilaian tersebut akan dilaksanakan menerusi semasa due diligent yang teliti oleh firma perakuanan yang bertauliah dan kedua, sebarang usaha pengabungan tidak seharusnya melemahkan kedudukan kewangan syarikat yang membeli. Cadangan berdasarkan kepada kedua-dua dasar yang penting ini, ini adalah terserah kepada syarikat-syarikat ataupun institusi-institusi yang berkenaan itu untuk mencapai satu persetujuan.

    Tuan M. Kulasegaran: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Dalam penggabungan bank-bank di negara ini, adakah bank-bank luar negeri yang beroperasi di negara ini, adakah mereka juga terlibat dan adakah bank:-bank ini dikecualikan, kalau dikecualikan kenapa? Terima kasih.

    Dato' Wong See Wah: Tuan Yang di-Pertua, setakat ini tidak ada bank asing yang terlibat dalam proses penggabungan ini dan proses untuk 'corporatise 'kan atau localise bank ini telah dijalankan iaitu pada satu ketika dan setakat ini Bank Negara Malaysia berfikir adalah memadai.

    PENCEROBOHAN JET RSAF SINGAPURA KE RUANG UDARA MALAYSIA-TINDAKAN KERAJAAN

    10. Tuan Haji Abdul Rabin bin Dato' Haji Mohd. Said [Kuala Nerus) minta Menteri Pertahanan menyatakan sejauh manakah kementerian sedar pencerobohan Jet RSAF Singapura ke ruang udara Malaysia, berapa kalikah pencerobohan secara haram telah dilakukan dan apakah Kerajaan Malaysia pemah mengadakan perjanjian di antara kedua-dua negara bagi kerjasama ketenteraan udara, apakah ianya menepati syarat-syarat perjanjian tersebut.

    Timbalan Menteri Pertahanan [Dato' Dr. Abdullah Fadzil bin Che Wan]: Tuan Yang di-Pertua, terdahulu izinkan saya menjawab soalan ini bersama dengan soalan Yang Berhormat dari Tanah Merah bertarikh 22 Oktober 1998 di mana kedua-dua pertanyaan ini adalah perkara yang sama.

    Tuan Yang di-Pertua: Baiklah.

    Dato' Dr. Abdullah Fadzil bin Che Wan: Untuk makluman Dewan yang mulia ini kerjasama yang pemah diwujudkan di antara kedua-dua negara ialah keistimewaan yang diberikan kepada tentera udara Republik Singapura bagi penggunaan ruang udara Malaysia. Kerjasama ini meliputi beberapa aspek seperti kawasan aras rendah, latihan navigasi, kerjasama operasi dan menyelamat (S&R) dan laluan udara.

    Waiau bagaimanapun keistimewaan tersebut telah ditamatkan pada 18 September tahun ini, bulan sudah. Sebelum dan selepas tamatnya keistimewaan penggunaan ruang udara kita pada tarikh yang tersebut, memang sering berlaku pencerobohan daripada pihak Singapura. Kementerian telah mengambil tindakan selaras dengan peraturan yang sedia ada iaitu melalui bantahan diplomatik. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan tidak akan berkompromi dengan apa-apa perkara yang menyentuh keselamatan dan kedaulatan Malaysia.

  • 10 DR.21.10.98

    Tuan Haji Mohamad bin Sahu: Tuan Yang di-Pertua, Tentera Laut Malaysia pemah beroperasi di Woodland, Singapura. Apakah tanda persahabatan dengan Singapura, kita memohon kepada mereka di atas kerjasama supaya tentera udara kita sebahagiannya boleh ditempatkan di Singapura, maka akan berlakulah iaitu pertahanan bersama di Asian ini. Adakah kita bercadang untuk berunding untuk meletakkan sebahagian tentera udara kita di Republik Singapura seperti tentera laut kita dahulunya di Woodland?

    Dato' Dr. Abdullah Fadzil bin Che Wan: Tuan Yang di-Pertua, buat ketika ini tidak ada rancangan.

    Tuan M. Kulasegaran: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Apakah rasional kerajaan untuk menghentikan Royal Singapore Air Force menggunakan ruang udara kita? Dan dalam pencerobohan yang telah .berlaku baru-baru ini selain dari tindakan diplomatik, adakah kemungkinan kerajaan menggunakan kekerasan atau membawa perkara ini kepada Bangsa-Bangsa Bersatu dan sebagainya?

    Dato' Dr. Abdullah Fadzil bin Che Wan: Pihak kerajaan terpaksa menamatkan keistimewaan yang diberikan kepada Singapura sebab pihak Singapura tidak menepati janji yang telah mereka putuskan melalui keistimewaan itu dan telah melanggar syarat-syarat yang telah ditetapkan. Nampaknya pihak Singapura cuba hendak test our patient dengan izin ataupun menguji kesabaran kita. Dan setakat ini kita hanya membuat bantahan secara diplomatik dan kita akan tunggu dan lihat, apakah keadaan selepas ini sebelum mengambil apa-apa tindakan.

    RINGGIT, SAHAM DAN HART A- KEDUDUKAN SEKARANG

    11. Dato' Haji Mohd. Zihin bin Haji Mohd. Hassan [Larut] minta Menteri Kewangan menyatakan kedudukan saham, harta dari keteguhan ringgit setelah ianya tidak lagi dipermainkan oleh pihak-pihak spekulator.

    Dato' Wong See Wah: Tuan Yang di-Pertua, semenjak langkah-langkah kawalan diperkenalkan oleh kerajaan kedudukan harga saham menjadi lebih stabil di mana indeks komposit Kuala Lumpur meningkat kepada 422.97 mata pada 20 Oktober 1998. Jika dibandingkan dengan kemerosotan mendadak yang berlaku sebelumnya iaitu di sekitar 262 mata pada bulan September 1997. Pasaran harta pula dijangka akan meningkat dan ini disebabkan berikutan Iangkah Bank Negara Malaysia memansuhkan had maksimum margin pempiayaan sebanyak 60% yang dikenakan ke atas pinjaman pembelian rumah kediaman dan pangsapuri serta rumah kedai termasuk unit kedai di kompleks membeli belah. Pemansuhan ini turut merangkumi pinjaman bagi pembelian tanah bagi apa jua tujuan. Oleh itu institusi-institusi kewangan kini bebas menetapkan margin pembiayaan yang sesuai berdasarkan penilaian kredit yang dibuat ke atas peminjam.

    Bagi kedudukan ringgit pula, dengan peraturan baru kawalan bekalan pertukaran wang asing yang dilaksanakan pada 1 September 1998 telah menetapkan kadar pertukaran Ringgit berbanding dengan Dollar Amerika pada kadar RM3.80. Waiau bagaimanapun, nilai kadar pertukaran Ringgit berbanding mata wang asing yang lain masih bergantung kepada turun naik kadar pertukaran mata wang asing tersebut di pasaran mata wang antarabangsa. Peratusan kenaikan dan kesusutan nilai Ringgit berbanding dengan mata wang ASEAN adalah dalam lingkungan {band) yang munasabah, setakat ini.

    Tuan Yang di-Pertua: Tuaran.

    Tuan Yunof Edward Maringking: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan. Memandangkan Malaysia adalah satu-satunya negara yang telah mengenakan

  • DR.21.I0.98 II

    kawalan capital, dengan izin, yang ketat sekali untuk menangani kegawatan ekonomi, bolehkah Yang Berhonnat Timbalan Menteri memberi penjelasan bagaimanakah ini boleh dikekalkan di dalam sistem kewangan di tengah-tengah dunia tanpa sempadan dan bukankah benar bahawa dalam tiap-tiap pelaburan itu ada elemen risiko dan speculative element, dengan izin, dan jika ini memang wujud dalam segala urusan kita bagaimanakah kerajaan untuk mengelakkan sama sekali spekulatif aktiviti ini. Terima kasih.

    Dato' Wong· See Wah: Tuan Yang di-Pertua, apa yang kerajaan buat setakat ini dengan langkah-langkah pengawalan modal adalah bertujuan semata-mata untuk memberhentikan kegiatan spekulatifyang sebenarnya merupakan lebih daripada spekulatif oleh kerana ia telah menjadikan lebih manipulatif oleh kerana dapat pedagang-pedagang mata wang ini mengawasi keadaan perdagangan mata wang baru-baru ini di mana kita perhatikan ini mengikut nafsu masing-masing dapatlah mereka menaikkan nilai mata wang

    · Malaysia ataupun sahaja untuk menekankan turun supaya mata wang Malaysia itu, nilai itu turun ke satu peringkat yang tidak mencerminkan nilai yang sebenarnya. Begitu juga dengan saham-saham kita. Jadi keadaan ini adalah satu yang tidak dapat kerajaan kawal, jadi dengan adanya langkah-langkah seumpama ini kerajaan dapat mengawal supaya keadaan di luar negara itu yang begitu keruh sekali, yang begitu tidak stabil itu · dapat kita kawal supaya kita menumpukan perhatian kita untuk mengembalikan real ekonomi yang berlaku di negara kita ini. Jadi, ini adalah yang menimbulkan beberapa pandangan iaitu sama ada dijalankan selama-lamanya, memang kerajaan berhasrat kalau keadaan di luar negara kita di dalam dunia ini tidak terkawal oleh satu institusi antarabangsa supaya mewujudkan architecturenya supaya kegiatan pedagang mata wang ini dapat diawasi dan ketelusan yang dapat ditambahkan dan mungkin ini adalah satu-satu yang perlu dijalankan oleh institusi antarabangsa.

    Perlu juga kita perhatikan kawalan seperti yang kita jalankan ini adalah tidak satu kawalan yang sepenuhnya dan kawalan yang kita jalankan ini adalah hanya untuk forex iaitu yang mempunyai tujuan untuk memainkan menyerang nilai mata wang kita manakala untuk foreign direct investment ataupun yang mempunyai · dana-dana yang mempunyai tujuan dilaporkan di dalam Malaysia untuk jangka panjang itu memang kita mengikut cara-cara seperti dahulu. Mereka dapatlah mempunyai kemudahan untuk general convertibility account dan juga dapat memindahkan keuntungan ataupun dividend ataupun interest dan sebagainya seperti macani biasa dahulu. Jadi dengan itu, saya rasa ini adalah sahaja kita dapat mengawal keadaan ekonomi kita dan dapat kita menghidupkan balik kegiatan real ekonomi di dalam negara kita ini.

    Tuan Yang di-Pertua: Sibu.

    Tuan Robert Lau Hoi Chew: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Apakah tindakan yang diambil oleh kerajaan untuk mengatasi komen-komen yang negatif yang dikeluarkan oleh media asing terhadap cara kita mengawal mata wang. Mereka kata kawalan tukaran Ringgit atau peg Ringgit dengan US dollar, ini hanya akan memberikan kestabilan sementara kepada ekonomi negara kita tetapi di dalam jangka panjang. Malaysia akan bayar satu harga yang mahal. Apakah tindakan dan langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan bagi mengatasi komen yang negatif itu.

    Dato' Wong See Wah: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya apa keutamaan yang telah kita berikan ialah untuk kita hidup balik supaya dapat kita menghadapi masalah yang kita hadapi sekarang iaitu supaya pertumbuhan ekonomi itu tidaklah menurun mendadak sampai negatif 6.8% dan juga pada keseluruhannya pelabur dan rakyat Malaysia tidak mempunyai haluan yang tertentu dan tidak mempunyai keyakinan yang tertentu jadi inilah satu keutamaan yang kita beri dan langkah-langkah yang telah diberikan itu adalah untuk mewujudkan satu suasana dan dapat memulihkan confidence, keyakinan kepada rakyat dan

  • 12 DR.21.10.98

    investor keseluruhannya. Memang terdapat banyak antikempen yang telah berlaku oleh majalah-majalah dari luar negeri termasuk dari segi ekonomi ataupun benda politik yang lain clan kerajaan adalah sentiasa mengambil berat dan mengambil perhatian tentang perkara yang berlaku pada ketika ini dan tindakan-tindakan tertentu telah diambil supaya image Malaysia ini seterusnya tidak dicemarkan.

    JA WATANKUASA PENYIASATAN PARLIMEN SEMUA PARTI - PENUBUHAN

    12. Tuan Lim Kit Siang (Tanjong] minta Perdana Menteri menyatakan sama ada kerajaan setuju menubuhkan Jawatankuasa Penyiastan Parlimen Semua-Parti untuk menyiasat tuduhan bahawa "keluarga, rakan-rakan dan sekutu" bekas TPM mendapat untung dari projek besar kerajaan serta tuduhan bekas TPM terhadap PM mengenai rasuah dan kronisme berleluasa.

    Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Dato' Haji Fauzi bin Haji Abdul Rahman): Tuan Yang di-Pertua, kerajaan tidak bercaclang untuk menubuh Jawatankuasa Penyiasat Parlimen Semua Parti bagi tujuan menyiasat tuduhan-tuduhan yang disebutkan oleh Ahli Yang Berhormat. Kerajaan mempunyai peraturan clan undang-unclang tertentu bagi mengendalikan kes-kes rasuah di negara ini. Dasar kerajaan dalam isu rasuah adalah jelas bahawa kerajaan tidak akan bertolak ansur dalam membanteras gejala rasuah. Sebarang kesalahan yang dilakukan jika terbukti di mahkamah akan dikenakan hukuman yang setimpal sebagaimana yang telah ditetapkan oleh unclang-undang. Dengan demikian, Tuan Yang di Pertua, adalah tidak perlu bagi kerajaan menubuhkan sebarang Jawatankuasa Penyiasat Parlimen Semua Parti untuk menyiasat tuduhan-tuduhan rasuah seperti yang dinyatakan Yang Berhormat dari Tanjong.

    Tuan Yang di-Pertua: Tailjong

    Tuan Lim Kit Siang: Adakah sedar bahawa tuduhan bekas Timbalan Perdana Menteri mengenai rasuah dan kronisme berleluasa bersabit Yang Amat Berhormat Perclana Menteri adalah satu tuduhan yang serius, dan adakah Badan Pencegah Rasuah diberi mandat untuk membuka penyiasatan _kalau kerajaan tidak mahu mengadakan satu suruhanjaya siasatan semua parti supaya menunjukkan kepada rakyat dan negara bahawa kita serius dalam usaha kita memerangi rasuah, oleh kerana balasan kerajaan kepada tuduhan untuk mengilhamkan satu laporan dalam News Straits Times bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri pun ada bersabit dalam kronisme bukan satu jawapan yang boleh diterima, oleh kerana masalah ialah tuduhan serius yang dibuat oleh bekas Timbalan Perdana Menteri terhadap Perdana Menteri.

    Dato' Haji Fauzi bin Haji Abdul Rahman: Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana yang saya jelaskan tadi, negara kita mempunyai kaedah-kaedah tertentu dalam menangani masalah rasuah. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, tidak ada siapa dalam negara ini termasuk Perdana Menteri sekalipun yang kebal dari segi undang-undang, clan sekiranya kaedah-kaedah yang berkaitan dilalui, kalau sekiranya ada laporan, saya percaya bahawasanya Badan Pencegah Rasuah tidak akan teragak-agak untuk menyiasat sesiapa sahaja. Jadi oleh itu sebagai badan yang bebas saya percaya kalau ada sebagaimana yang saya katakan tadi, dilalui melalui kaedah-kaedah yang ditetapkan oleh undang-undang dan peraturan dalam negara kita, saya ingin memberi jaminan bahawasanya tiada siapa dalam negara kita ini adalah kebal dari segi undang-undang.

    Tuan Haji Mohamad bin Sahu: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Jawapan-jawapan di dalam Parlimen kadangkalanya boleh dipertikaikan misalnya bila Yang Berhormat Pengkalan Chepa menyoal harga rumah Perdana Menteri, Setiausaha

  • DR.21.10.98 13

    Parlimen menjawab bahawa harga rumahnya ialah RM17 juta. Di luar Parlimen, bekas Timbalan Perdana Menteri menyatakan RM200 juta. Ada seorang Menteri lain yang berkata di tempat lain harganya RM300 juta. Soalnya adakah Parlimen ini tempat berlawak dan tuduhan Timbalan Perdana Menteri terhadap rasuah Perdana Menteri dan Perdana Menteri menyatakan Timbalan Perdana Menteri juga ada rasuah. Apakah itu boleh diadakan sebagai satu asas oleh BPR untuk menyiasat tuduhan-tuduhan itu?

    Dato' Haji Fauzi bin Haji Abdul Rahman: Berkaitan perkara pertama saya rasa di luar daripada tajuk. Tetapi kalau ditanya sama ada Dewan ini adalah tempat melawak, bagi pelawak-pelawak memanglah ini tempat melawak tetapi bagi kami Barisan Nasional kami merasa ini adalah tern.pat kita menggubal undang-undang demi kepentingan negara dan rakyat keseluruhannya. Saya rasa berkaitan dengan rum.ah, kita akan jawab di ruang yang lain dan saya akan tegaskan bahawasanya saya tidak lari daripada kenyataan yang saya buat dahulunya dan saya sudah nyatakan kepada Yang Berhormat dari Tanjong tadi kalau sekiranya melalui kaedah-kaedah tertentu, kalau Yang Berhormat mempunyai bukti berkenaan dengan rasuah yang dilakukan oleh mana-mana pihak sekali pun, Yang Berhormat boleh membuat pengaduan kepada pihak-pihak tertentu. Kalau sekiranya kita berasaskan kepada hanya keratan-keratan akhbar termasuk keratan akhbar mana-mana parti politik, saya rasa adalah tidak adil kalau dilakukan penyiasatan · berasaskan kepada itu. Kalau sekiranya Yang Berhormat rasa betul-betul ada bukti, Yang Berhormat boleh buat laporan. Saya sudah beri jam.inan tadi dan saya percaya ini adalah jam.inan semua pihak bahawasanya negara kita adalah negara yang didirikan berasaskan kepada undang-undang dan tidak ada sesiapa yang immune dari segi undang-undang.

    RUSUHAN DI DEPOH IMGRESEN - BILANGAN

    13. Tuan Chang See Ten [Gelang Patah] minta Menteri Dalam Negeri memberikan statistik tentang:

    (a) bilangan rusuhan yang berlaku di depoh-depoh tahanan pendatang tanpa izin sejak 1997; dan

    (b) jumlah yang masih ditahan dan bilakah mereka akan dihantar pulang.

    Timbalan Menteri Dalam Negeri [Dato' Mohd. Tajol Rosli bin Mohd. Ghazali]: Tuan Yang di-Pertua, bilangan rusuhan yang berlaku di depoh-depoh imigresen semenjak tahun 1997 ialah sebanyak lima rusuhan. Jumlah pendatang tanpa izin yang masih ditahan di depoh-depoh pada 10 Oktober 1998 ialah seramai 4,134 orang. Kerajaan sentiasa berusaha mengambil tindakan segera untuk menghantar pulang pendatang tanpa izin ini balik ke negara asal sebaik sahaja urusan dokumen selesai diuruskan oleh kedutaan masing-masing.

    Tuan Noh bin Omar: Tuan Yang di-Pertua, daripada kenyataan Yang Berhormat tadi, semenjak 1997 ada lima rusuhan telah berlaku. Adakah pihak kementerian buat kajian sebab-sebab berlakunya rusuhan? Adakah rusuhan ini memang sengaja dilakukan oleh pihak-pihak pendatang asing ini ataupun ada dalang disebaliknya untuk mencemar nama baik negara kita?

    Dato' Mohd. Tajol Rosli bin Mohd. Ghazali: Tuan Yang di-Pertua, salah satu daripada rusuhan yang berlaku oleh kerana apabila pihak imigresen cuba untuk menghantar pulang pendatang-pendatang tanpa izin daripada Indonesia daripada keturunan Acheh dan mereka ini tidak mahu pulang ke negara asal mereka, maka ini telah menimbulkan sedikit keresahan di kalangan mereka dan berlaku rusuhan pada tahun ini.

  • 14 DR.21.10.98

    Tetapi kalau kita anggapkan bahawa ada dalang-dalang, mungkinlah dalang-dalang ini bukan terdiri daripada negara luar tetapi di kalangan mereka sendiri yang mahu mewujudkan keresahan di kalangan mereka supaya mereka tidak perlu pulang ke negara asal mereka.

    Dr. Maximus Johnity Ongkili: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya berasaskan kepada jawapan bahagian kedua tacij di mana 4, 134 orang masih dalam tahanan, bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri memberi gambaran berapa lama, dengan izin, time spend mereka yang telah ditahan ini. Adakah ini sudah bertahun-tahun di antara 4,000 orang ini ataupun dalam jangka yang pendek dan apakah tindakan pihak Kerajaan untuk mengembalikan mereka ke tempat asal mereka? Terima kasih.

    Dato' Mohd. Tajol Rosli bin Mohd. Ghazali: Tuan Yang di-Pertua, pada tahun.ini sahaja sejak bulan Januari sehingga 31 Ogos 1998 sebanyak 105,000 orang telah kembali ke negara asal mereka secara sukarela dan pihak imigresen telah menghantar pulang sejumlah 58,000 dan depoh kita hanya boleh memuatkan sekitar 10,000 orang sahaja. Jadi bermakna pusingan itu agak begitu cepat tetapi ada juga di antara pendatang-pendatang tanpa izin ini yang tinggal di dalam depoh lebih daripada jangka masa yang sepatutnya tetapi di antara mereka ini ada yang perlu hadir ke mahkamab untuk menjadi saksi dan ada juga yang terpaksa ada tindakan-tindakan lain. Oleh itu terpaksa dikekalkan di depoh lebih lama daripada yang ditetapkan.

    LEMBAGA TABUNG HAJI - DASAR PELABURAN

    14. Tuan Haji Abdul Hadi bin Haji Awang [Marang] minta Perdana Menteri menyatakan apakah rasional di sebalik langkah Lembaga Tabung Haji untuk membeli aset syarikat-syarikat Kerajaan yang bermasalah.

    Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Haji Mohamad bin Abdullah]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk menjawab soalan Yang Berhormat dari Marang dan soalan Yang Berhormat dari Libaran pada 24.11.1998 dijawab serentak pada hari ini memandangkan kedua-dua soalan menyentuh ciri-ciri dan dasar pelaburan Tabung Haji.

    Tuan Yang di-Pertua: Baiklah.

    Dato' Haji Mohamad bin Abdullah: Terima kasih.

    Tuan Yang di-Pertua, sebagai sebuah agensi amanah maka Tabung Haji mempraktikkan polisi pelaburan yang konservatif bagi memastikan simpanan dan pulangan kepada pendeposit selamat, terjamin dan menguntungkan. Sebelum keputusan pelaburan dibuat, Tabung Haji akan membuat kajian terperinci ke atas tawaran pelaburan bagi memastikan status dan potensi daya maju sesuatu projek atau syarikat.

    Kajian-kajian tersebut akan disahkan oleh pihak audit dan juru nilai bertauliah. Selaras dengan dasar pelaburannya, Tabung Haji akan hanya membeli aset ataupun melabur dalam syarikat sama ada kepunyaan kerajaan atau swasta sekiranya pelaburan tersebut menepati kriteria-kriteria berikut:

    (a) pelaburan mengikut hukum syarak;

    (b) pulangan pelaburan yang tinggi;

    (c) syarikat mempunyai prospek daya maju yang baik ataupun merupakan syarikat yang temama dengan rekod pencapaian yang menggalakkan;

  • DR.21.10.98

    (d) imej dan prestasi pencapaian rakan kongsi yang baik dan risiko pelaburan yang rendah.

    15

    Berdasarkan kriteria yang disebutkan maka jelas pelaburan Tabung Haji tidak berunsur spekulasi dan berisiko tinggi malahan menguntungkan.

    Tuan Haji Abdul Hadi bin Haji Awang: Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana pihak Tabung Haji yang diberi amanah supaya mengendalikan urusan Tabung Haji ini dalam perkara yang khusus berkenaan dengan soalan ini membeli aset syer-syer kerajaan yang bermasalah, adakah pihak yang berkenaan terlebih dahulu mendapat keizinan dan kerelaan daripada penyimpan-penyimpan Tabung Haji dan bagaimanakah cara untuk mendapat keizinan dan kerelaan di dalam membeli aset syarikat-syarikat kerajaan yang bermasalah ini?

    Dato' Haji Mohamad bin Abdullah: Tuan Yang di-Pertua, mana-mana agensi kerajaan sama ada melibatkan orang ramai ataupun tidak, selalunya agensi tersebut ada jawatankuasa-jawatankuasa tertentu termasuklah Jawatankuasa Pelaburan Tabung · Haji. Jadi mana sahaja perkara yang diputuskan oleh Ahli Jawatankuasa ini untuk melabur ataupun membeli aset adalah diputuskan dalam jawatankuasa tersebut.

    Kita tidak mesti mendapat persetujuan daripada semua pelabur ataupun orang yang menyimpan di Tabung Haji. Kalau ini dilaksanakan, bererti kita tidak boleh buat mana-mana projek, sebab untuk mendapatkan kelulusan daripada lebih 3 .4 juta penyimpan sekarang, hendak mendapatkan persetujuan tiap-tiap orang, cubalah bayangkan, saya percaya sampai hari kiamat kita tidak dapat buat apa-apa projek. Sebab itulah kita mesti percaya kepada Lembaga yang berkenaan yang bertugas mengikut undang-undang yang ditetapkan. Kalau sekiranya manusia ini bekerja tanpa mengikut undang-undang yang ditetapkan, mengikut apa yang difikirkan sesuai sahaja maka kita tidak boleh buat apa-apa.

    Saya juga hendak menjelaskan di sini bahawa memang hasrat parti-parti pembangkang supaya memberi kesilapan anggapan kepada penyimpan Tabung Haji tetapi sebenarnya alhamdulillah, penyimpan bertambah, bahkan daripada bulan Januari tahun 1998 hingga 30 September ini, kita telah mendapat 218,000 penyimpan baru. Daripada berjumlah lebih kurang 3 .2 juta penyimpan daripada awal tahun, jumlah sekarang sampai ke 3.4 juta dan simpanan kita sekarang ini sebanyak RM6.l bilion. Ini menunjukkan keyakinan orang ramai kepada Tabung Haji hanya parti pembangkang yang mencari kesempatan untuk menyelewengkan pemikiran rakyat.

    Tuan Haji Hashim bin Jasin: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengemukakan soalan tambahan kepada jawapan yang diberikan tadi. Saya nampak bahawa pihak Tabung Haji tidak menyatakan daripada sudut syarak, bolehkah ataupun tidak kita melaburkan wang penyimpan-penyimpan Tabung Haji ke dalam sesuatu syarikat tanpa mendapat persetujuan daripada pelabur itu sendiri ataupun persoalan yang dikatakan ...

    Tuan Yang di-Pertua: Itu sudah dijawab tadi. Yang Berhormat yang itu sudah jawab tadi. Tadi dia dah jawab yang itu.

    Tuan Haji Hashim bin Jasin: Dia jawab bukan daripada hukum syarak. Dia jawab susah hendak dapat, tetapi persoalan hukum syarak, keizinan itu mesti didapatkan daripada pelabur-pelabur mengikut hukum syarak kerana Tabung Haji itu diasaskan kepada hukum syarak. Jadi apa yang kita pertikaikan ialah apakah pihak jawatankuasa syarak melihat harusnya kita melabur tanpa mendapat kelulusan daripada pelabur-pelabur wang Tabung Haji ini.

    Tuan Yang di-Pertua: Cukuplah Yang Berhormat.

  • 16 DR.21.I0.98

    Dato' Haji Mohamad bin Abdullah: Tuan Yang di-Pertua, orang yang menyimpan di Tabung Haji, orang yang mempunyai pemikiran matang. Yang kedua, sudah pasti sebelum dia menyimpan dia tahu cara-cara perjalanan Tabung Haji dan dia mesti, apabila dia menyimpan duit di situ, dia redha, bersetuju bagaimana peraturan-peraturan yang dibuat oleh Tabung Haji.

    Dalam Islam, apabila telah menunjukkan keredhaan itu, inilah perkara syarat yang paling baik dalam Islam. Jadi apabila dia redha dengan Tabung Haji yang Tabung Haji telah menjalankan aktiviti cukup baik sekali mengikut syarak maka bererti apabila sahaja tindakan yang dibuat oleh Tabung Haji, itu adalah mengikut kehendak syarak dan mengikut keredhaan ahli-ahli yang membuat deposit itu sendiri.

    Tuan Yang di-Pertua: Soalan-soalan bagi pertanyaanjawab lisan selesai.

    /Masa untuk Pertanyaan untuk Jawab Lisan telah cukup dan Jawapan bagi pertanyaan No. 1, 4, 6dan15 hingga 23 dijilid dalam buku berasingan]

    [Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ong Tee Keat) mempengerusikan Mesyuarat]

    RANG UNDANG-UNDANG DIBA WA KE DALAM MESYUARAT

    RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA PEMASARAN PERTANIAN PERSEKUTUAN (PINDAAN)1998

    Bacaan Kali Yang Pertama

    Rang Undang-undang bemama Suatu Akta untuk meminda Akta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan 1965 dibawa ke dalam mesyuarat oleh Menteri Pertanian; dibaca kali yang pertama, akan dibacakan kali yang kedua ·pada mesyuarat kali ini.

    RANG UNDANG-UNDANG BANK PERTANIAN MALAYSIA (PINDAAN) 1998

    Bacaan Kali Yang Pertama

    Rang Undang-undang bemama Suatu Akta untuk meminda Akta Bank Pertanian Malaysia 1969 dibawa ke dalam mesyuarat oleh Menteri Pertanian; dibaca kali yang pertama, akan dibacakan kali yang kedua pada mesyuarat kali ini.

    RANG UNDANG-UNDANG AKTA INSTITUT PENYELIDIKAN DAN KEMAJUAN PERTANIAN MALAYSIA (PINDAAN) 1998

    Bacaan Kali Yang Pertama

    Rang Undang-undang bemama Suatu Akta untuk meminda Akta lnstitut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Pindaan) 1969 dibawa ke dalam mesyuarat oleh Menteri Pertanian; dibaca kali yang pertama, akan dibacakan kali yang kedua pada mesyuarat kali ini.

  • DR.21.10.98

    RANG UNDANG-UNDANG AKTA LEMBAGA KEMAJUAN IKAN MALAYSIA (PINDAAN) 1998

    Bacaan Kali Yang Pertama

    17

    Rang Undang-undang bemama Suatu Aleta untulc meminda Aleta Lembaga Kemajuan Dean Malaysia 1971 dibawa ke dalam mesyuarat oleh Menteri Pertanian; dibaca kali yang pertama, akan dibacakan kali yang kedua pada mesyuarat kali ini.

    RANG UNDANG-UNDANG AKTA LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN KEMUBU (PINDAAN) 1998

    Bacaan Kali Yang Pertama

    Rang Undang-undang bemama Suatu Aleta untulc meminda Aleta Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu 1972 dibawa ke dalam mesyuarat oleh Menteri Pertanian; dibaca kali yang pertama, akan dibacakan kali yang kedua pada mesyuarat kali ini.

    RANG UNDANG-UNDANG AKTA LEMBAGA KEMAJUAN PERT ANIAN MUDA (PINDAAN) 1998 .

    Bacaan Kali Yang Pertama

    Rang Undang-undang bemama Suatu Aleta untulc meminda Aleta Lembaga Kemajuan Pertanian Muda 1972; dibawa ke dalam mesyuarat oleh Menteri Pertanian; dibaca kali yang pertama, akan dibacakan kali yang kedua pada mesyuarat kali ini.

    RANG UNDANG-UNDANG AKTA LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG (PINDAAN) 1998

    Bacaan Kali Yang Pertama

    Rang Undang-undang bemama Suatu Akta untulc meminda Aleta Lembaga Pertubuhan Peladang 1973; dibawa ke dalam mesyuarat oleh Menteri Pertanian; dibaca kali yang pertama, akan dibacakan kali yang kedua pada mesyuarat kali ini.

    ANGGARANPERBELANJAANPEMBANGUNAN TAMBAHAN KEDUA 1998

    Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah "Bahawa usul yang berikut ini dirujukkan kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis:

    "Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Aleta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak Ringgit Malaysia dua bilion enam ratus tujuh puluh lapan juta, tiga ratus lima puluh lima ribu, empat puluh (RM2,678,355,040) diperuntukkan daripada Kumpulanwang Pembangunan bagi tahun kewangan 1998, untuk menampung sejumlah ringgit Malaysia dua bilion enam ratus tujuh puluh lapan juta, tiga ratus lima puluh lima ribu, empat puluh (RM2,678,355,040) bagi Maksud-

  • 18 DR21.10.98

    maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 1998 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 26 Tahun 1998 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan keduabelas penyata tersebut hendaklah disahkan." /11Oktober1998/

    Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ong Tee Keat]: Yang Berhormat dari Kepong diminta sambung.

    11.08 pagi

    Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Tuan Yang di-Pertua, semalam saya menyentuh sedikit mengenai STAR. Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) dan saya pun ada sebut dengan pengalaman sendiri memang daripada Kelana Jaya ke pusat di PJ memang perjalanan itu cepat dan juga selesa, memang selesa dan ini kali yang pertama naik LRT tanpa pemandu dikendalikan melalui sistem komputer dan sebagainya tetapi saya nampak walaupun ada keselesaan dan cepat, saya nampak itu garis panduan dan juga apabila kita sampai ke stesen itu maka macam mana kita beli tiket dan sebagainya tidak begitu ketara. Mujur bagi saya ada orang di tepi yang mengajar saya macam mana kita masukkan tiket, beli tiket dan sebagainya. Ini bukan daripada syarikat, orang awam. Itulah, mungkin pihak kementerian perlu mengambil perhatian kelemahan-kelemahan yang wujud. Di sini saya hendak menanya kepada pihak kementerian, di stesen-stesen ini memang tidak cukup tempat letak kereta, ada sesetengah tidak ada langsung dan juga tidak ada bas. Walaupun pihak kementerian pemah menyatakan bahawa bas akan dikendalikan oleh pihak STAR LRT sendiri dan setakat mana pihak kementerian ataupun pihak STAR berjaya untuk mengaturkan bas-bas mini yang disebutkan untuk menambahkan keberkesanan perkhidmatannya.

    Dan saya sedar pihak ST AR sudah melabur lebih RM2 bilion untuk projek ini tetapi walaupun syarikat ini menganggar setiap hari mereka memerlukan sekurang-kurangnya 170 ribu penumpang tetapi setakat ini setiap hari tidak sampai 170 ribu penumpang. Ini bermakna pada satu, dua tahun ini memang syarikat ini akan menanggung kerugian yang besar dan apakah dasar kementerian mengenai projek ini.

    Saya menyeru supaya satu kajian diadakan apabila tiga fasa LRT ini disiapkan kelak setakat mana kita dapat mengurangkan atau melegakan kesesakan lalulintas di Wilayah Persekutuan. Itu memang satu perkara yang penting kerana salah satu objektif untuk mengadakan LRT dengan harga yang begitu mahal bagi setiap penumpang, dari Ampang ke Jalan Sultan Ismail kadar tiketnya hampir RM3.00, RM2.95. Ini memang mahal, walaupun pihak syarikat mengatakan ini satu perkhidmatan yang cepat, selesa dan sebagainya tetapi kadar tiketnya mahal dan mungkin bilangan penumpang tidak akan bertambah dengan begitu banyak. Saya bersetuju kalau bagi saya ada tempat letak kereta dan sebagainya, saya akan letak kereta di situ ambil LRT sahaja, senang sahaja, tidak payah berebut-rebut dengan Ahli-ahli Parlimen dengan kereta. Saya menyeru sekali lagi supaya satu kajian dijalankan bagaimana kita dapat melegakan kesesakan lalu lintas, itulah salah satu objektifnya.

    Di sini saya hendak mengambil kesempatan untuk membincangkan beberapa perkara. Negara ini memang mengalami krisis ekonomi walaupun tidak seteruk kalau berbanding dengan Indonesia ataupun negara Korea Selatan dan juga Thailand. Bagi saya kalau kita hendak adakan satu negara yang maju, makmur dan stabil, syarat mesti dipatuhi, salah satunya mata wang kita diserang dengan spekulator mata wang asing.

  • DR.21.10.98 19

    Yang kedua, sistem politik dengan pemindahan perubahan (transition) yang aman tetapi sekarang ada kekecohan sedikit, kegawatan politik sedikit kerana bekas Timbalan Perdana Menteri dipecat, ditahan dan dituduh di mahkamah. Ada kekecohan dan kegawatan.

    Yang ketiga, dengan sistem politik yang aman dan dengan perkhidmatan kesihatan yang cukup. Yang keempat, sistem pendidikan yang baik. Yang kelima peluang guna tenaga yang baik. Yang keenam mengenai pengagihan kekayaan yang lebih seimbang.

    Selain daripada itu saya mungkin tidak ada masa untuk membincangkan ketidakc~pan perpustakaan di negara ini, tempat-tempat ibadat mesti diadakan dengan baik dan peluang rekreasi yang tidak cukup dan acara-acara kebudayaan yang masih tidak cukup. Walaupun sekarang kita tidak ada rusuhan kaum dan sebagainya, memang permasalahan kaum mesti dikawal dengan baik dan juga pemeliharaan warga tua di negara ini. Warga tua yang bilangannya semakin meningkat walaupun tidak seteruk kalau dibandingkan dengan negara Singapura tetapi bilangan baru warga tua di negara ini sudah meningkat dan pemeliharaan kebajikan mereka mesti dipertingkatkan. Itu beberapa perkara, · tetapi hari ini saya akan mengambil masa sedikit mengenai masalah krisis ekonomi mata wang kerana itulah tumpuan kita sekarang.

    Tuan Yang di-Pertua, yang pertamanya, bagi saya masalah IMF ini, dana mata wang antarabangsa. W alaupun kita tidak memohon bantuan daripada IMF tetapi kita ikut langkah-langkah yang dicadangkan oleh IMF tetapi bagi saya, saya mencadangkan supaya kita mengkaji mempertimbangkan bagaimana peranan IMF sama ada pihak kerajaan mengemukakan cadangan kepada forum-forum antarabangsa supaya IMF dikaji peranannya dan juga sama ada IMF mesti dibubarkan kerana tidak efektif, ketinggalan zaman, tidak memainkan peranan yang berkesan untuk menyelesaikan masalah mata wang dan ekonomi di seluruh dunia. Maklumlah IMF ditubuhkan pada tahun 1944 di Bretton Woods untuk mengawal operasi bagi sistem tukaran asing yang tetap, tetapi pengawalan peranan ini telah tamat pada 15 Ogos 1991 bila pihak Amerika Syarikat, Presiden Nixon tidak mahu mengotakan komitmennya untuk membeli dan menjual emas pada US$35 satu auns. Pihak Amerika enggan menunaikan janji, enggan mematuhi komitmennya. Dengan itu pada tahun 1991 IMF sudah tidak ada kesan lagi di dalam rnemainkan peranannya.

    Apabila pada tahun 1995, 1996 krisis ekonomi Mexico berlaku maka IMF memainkan peranan, kononnya bantuan US$50 bilion diberikan kepada Mexico tetapi yang sebenarnya bank-bank dari Arnerika Syarikat, institusi-institusi kewangan dari negara-negara yang kaya memberi pinjaman kepada syarikat-syarikat di Mexico. Apabila syarikat-syarikat ini tidak mampu mernbayar balik kepada bank-bank di Arnerika Syarikat dan institusi-institusi kewangan di negara kaya itu maka bank-bank inilah yang perlu diselamatkan oleh negara-negara sendiri.

    Itulah yang sebenarnya berlaku masalah kewangan, masalah ekonomi di Mexico masih tidak diselesaikan selepas campur tangan IMF.

    Sebenarnya ini campur tangan bank-bank di Amerika Syarikat sahaja yang dilakukan dan ini bermakna Tuan Yang di-Pertua, kita perlu mengkaji apakah peranan IMF, walaupun saya nampak kebanyakan langkah yang diambil oleh negara ini adalah mengikut nasihat IMF kecuali kawalan tukaran asinglah itu tidak ikut IMF. Tapi saya bercadang supaya kita adakan kajian atas peranan IMF dan dibawa ke forum-forum antarabangsa.

    Yang keduanya Tuan Yang di-Pertua, mengenai sistem perniagaan perdagangan pertukaran asing, seperti saya sebutkan pada 29 September tahun ini di dalam Dewan

  • 20 DR21.10.98

    yang mulia ini setiap hari terdapat US$1,300 billion diniagakan di dalam mata wang dan daripadanya tak: sampai 5 % perdagangan yang sebenarnya, di atas kertas sahaja, perniagaan perdagangan yang sebenarnya tak: sampai 5% daripada US$1,300 billion ini. Ini bermakna satu kasino yang raksasa, pertukaran dagangan asing merupakan satu kasino raksasa, dan siapa yang akan bayar? Siapa yang akan bayar? Saya berharap Malaysia tidak akan bayar kasino raksasa perdagangan tukaran asing ini. Dai;i sebab itulah saya menyeru supaya pihak kerajaan benar-benar memain peranan yang aktif untuk mengemukakan formula-formula bagi mengkaji dan menyusun semula sistem perdagangan antarabangsa mengenai mata wang sebab dunia ini tidak boleh teruskan dengan perdagangan mata wang asing seumpama ini.

    Saya nampak hujah daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dari Tokyo sibuk sangat, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di Tokyo sekarang, Yang Amat Berhormat menyatakan ia memberi senario ringkas mengenai sikap dunia yang tidak bertindak jika negara miskin menjadi mangsa pedagang mata wang tetapi segera mengadakan peraturan jika negara kaya terancam. Memang benar juga apabila bank-bank di Amerika Syarikat terancam ataupun bank-bank di Jepun baru-baru ini bankrap maka Greenspan dan pihak Amerika Syarikat mengambil tindakan dengan s~gera untuk menyelamatkan, untuk memberi nasihat kepada Jepun dan sebagainya supaya mengadakan satu pakej ekonomi yang lebih sempurna untuk merangsangkan ekonomi Jepun yang sedang merosot itu. Tapi apabila pihak Malaysia mengalami kesusahan maka Amerika Syarikat tidak begitulah berminat untuk menolong kita. ltu memang, kerana kepentingan mereka tidak begitu besar di Malaysia. Dari segi ini memang saya setuju dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tapi Tuan Yang di-Pertua di dalam masalah kawalan mata wang ini jawapan daripada Kementerian Kewangan memang baik dengan kawalan tukaran asing ini.

    Pertama, kadar pertukaran mata wang yang ditetapkan pada RMI untuk US$0.2632 memberi kepastian kepada pasaran pertukaran mata wang asing serta memberi manfaat kepada para pedagang dan para pelabur.

    Kedua, dengan pengenalan langkah ini kerajaan dapat melaksanakan dasar-dasar yang lebih agresif dan sebagainya.

    Ketiga sentimen pasaran saham telah bertambah baik di BSKL.

    Bolehkah Yang Berhormat terangkan tempoh yang dijangkakan untuk gejala-gejala yang positif ini. Saya percaya pada peringkat yang awal, beberapa bulan yang awal memang rizab boleh ditambah. Sekarang bertambah kepada lebih 91 bilion rizab kita dan memang BSKL sentimen lebih baik buat sementara ini dan juga beberapa langkah boleh dilaksanakan oleh pihak Kerajaan tapi bolehkah Yang Berhormat terangkan setakat mana kita boleh menggunakan sifat positif ini, kesan-kesan positif ini kerana kita ada kesan negatif juga untuk kawalan tukaran asing.

    Tuan Yang di-Pertua, memang di dalam objektif PPEN (Pelan Pemulihan Ekonomi Negara) ada enam objektif.

    (i) menstabilkan nilai ringgit;

    (ii) mengembalikan keyakinan di pasaran;

    (iii) mengekalkan kestabilan di pasaran kewangan;

    (iv) memperkukuhkan asas-asas ekonomi.

    (v) meneruskan agenda ekuiti dan sosio ekonomi;

  • DR.21.10.98 21

    (vi) memulihkan semula sektor-sektor yang terjejas teruk.

    Keenam-enam objektif ini kalau boleh dijayakan memang akan membawa ekonomi kepada tahap yang lebih baik.

    Walau bagaimanapun, dari peringkat yang pertama menstabilkan nilai Ringgit. Bagi saya pada 2 Julai tahun lepas saya pernah membangkitkan masalah cadangan supaya kita tetapkan nilai tukaran asing kita iaitu nilai Ringgit kita pada satu peringkat tetapi waktu itu saya nampak dasar kerajaan tak tetap dan ada kekecohan mungkin di dalam Kementerian Kewangan pun ada fikiran tak keruan, terganggu dan fikiran tak begitu terang di dalam Kementerian Kewangan tetapi mereka tunggu sampai 1 Oktober tahun ini.

    Jadi lebih hampir lima belas bulan selepas berlakunya kegawatan kewangan dan inilah mungkin kita mesti kaji apabila pihak Kementerian Kewangan menghadapi krisis macam mana kita boleh elakkan seperti mana yang berlaku 15 bulan di dalam keadaan kekeliruan mengenai dasar dan langkah-langkah yang dian1bil. Memang Yang Berhormat tidak begitu seronok dengan saranan saya di sini tetapi itulah yang berlaku, sebenarnya berlaku. Kalau tindakan diambil pada Julai 1997 mungkin keadaan ekonomi tidak. seteruk sekarang,

    Waiau bagaimanapun,saya bimbang kerana semasa kita adakan kawalan pertukaran asing, kesan-kesan negatif termasuk pasaran gelap, termasuk penyelewengan mungkin boleh berlaku, saya pemah sebutkan di sini memang kita adakan kawalan tukaran asing dan kemudian pasaran gelap memang timbul kerana manusia kita ini macam-macam fikirannya dia hendak dapat untung. Sekarang saya diberitahu bahawa kadar tukaran di pasaran gelap meningkat kepada 4.2, 4.3 dan sebagainya dan walaupun pihak Bank Negara ada mengambil tindakan sedikit untuk mengawal lebih 1,000 penukar wang di negara ini dan daripada 60 bank mempunyai kaunter tukaran wang dan saya nampak walaupun ada sedikit sebanyak tindakannya tetapi tidak begitu berkesan mungkin kakitangan tidak cukup, lebih 1,000 syarikat tukaran wang. Bolehkah Yang Berhormat terangkan setakat mana keberkesanan kakitangan BNM, kekurangan kakitangan itu memang menjejaskan tugas dan juga apabila kita adakan kawalan tukaran asing dan tetapkan nilai Ringgit kita dengan Dollar Amerika maka ada segelintir orang yang mempunyai kuasa untuk melulus permohonan dan sebagainya dan dengan ini boleh berlaku kecurangan dan sebagainya. Saya pemah sebutkan di sini dan sekali lagi saya sebutkan di sini dan banyak lagi perkara yang disebutkan di sini.

    Seorang Ahli: Sudah dua hari, sudah dua hari, Kepong.

    Seo rang Ahli: Sudah lebih setengah jam.

    Dr. Tan Seng Giaw: Tapi Tam bun beritahu saya, dia ........ .

    Seorang Ahli: Merewang saja.

    Dr. Tan Seng Giaw: Bola Keranjang dia sudah berhenti.

    Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ong Tee Keat]: Ini bukan gelanggang bola keranjang, teruskan Yang Berhormat.

    Dr. Tan Seng Giaw: Tuan Yang di-Pertua, kebimbangan saya sebab kalau kita banding dengan negara China, negara China satu gergasi, mereka adakan kawalan tukaran asing dan Malaysia maklumlah 21 juta orang sahaja, di situ 1.3 billion, macam mana kita hendak banding dengan mereka. Sebab itulah, tambah pula kita mesti ingat di negara China kalau produk mereka, perdagangan mereka 85%, 90% itu perdagangan di dalam negara sendiri dan hanya 10% atau 15% perdagangan luar. Begitu juga dengan Amerika Syarikat

  • 22 DR.21. l 0.98

    9% itu perdagangan di dalam negara kerana ia besar, raksasa, dan kalau perdagangan dengan luar itu tidak sampai 5%, I 0%. Begitu juga dengan Jepun, sebahagian besar perdagangan di dalam negara sendiri dan kita Malaysia tidak serupa. Bagi setiap ringgit kita ada RM0.75 dan RM0.80 ialah datang daripada pemiagaan luar negara. Kita bergantung kepada perdagangan luar dan bagaimana sekatan atau kawalan, tukaran asing ini akan menjejaskan masa depan kita. Kerana itulah saya sebutkan di sini kerana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada mengatakan selagi pihak antarabangsa, selagi sistem perdagangan tukaran asing tidak berubah, kita tetap akan adakan kawalan tukaran asing. Itulah yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat, sebab itu saya tanya di sini apakah dasar sekarang setakat ini.

    Tuan Yang di-Pertua, memang ada setengah-setangah orang yang setuju dengan langkah yang diambil oleh pihak kerajaan sekarang dengan kawalan tukaran asing ini seperti Paul Krogmann dan Joseph Stiglitz yang setuju. Paul Krogmann yang sentiasa disebutkan di dalam Kementerian Kewangan, Krogmann yang baik kerana dia setuju dengan kita semua. Waiau bagaimanapun, ada pihak yang tidak setuju seperti Milton Friedman, dia tidak setuju. Friedman ialah sekarang senior fellow di Hoover Institution dan pemenang Hadiah Nobel dalam bidang Economics dengan izin Tuan Yang di-Pertua, saya petikkan tulisannya pada 14 Oktober 1998. Milton Friedman mengatakan bahawa, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, Tambun berhati-hati ya.

    "The present crisis is not the result of market failure. Rather, is it a result of goverments intervening in or seeking to supersede the market, both internally via loan$ subsidies or taxes and other handicaps and externally via the IMF, the World Bank and other international agencies. We do not need more powerfal government agencies spending still more of the taxpayers' money, with limited or non-existent accountability that would simply be throwing good money after bad We need government, both within the nations and internationally, to get out of the way and let the market work. The more that people spend or lend their own money, and the less they spend or lend taxpayers' money, the better. "

    Saya pun tidak tahu apakah pendirian Kementerian Kewangan mengenai pendapat Milton Friedman. Cuma yang saya tahu dia setuju dengan Krugman tetapi dengan Friedman itu kurang sedikit. Waiau bagaimanapun, saya berpendapat pihak kementerian mestilah mengadakan satu jadual waktu untuk diterangkan kepada orang ramai bagaimana pihak kerajaan akan melaksanakan langkah-langkah tukaran asing ini dan juga bila langkah-langkah ini akan diberhentikan. Lebih penting juga saya percaya terdapat kelemahan-kelemahan di dalam kerajaan - kelemahan-kelemahan di dalam sistem kewangan, kelemahan-kelemahan di dalam sistem ekonomi kita. Asas-asas di dalam PBEN itu ia asas - memang ia kata memperkukuhkan asas-asas ekonomi, kalau kelemahan-kelemahan seperti birokrasi atau pemborosan - semalam ada saya sebutkan mengenai KLIA - RM9 bilion atau RM 10 bilion ini ada sebahagian itu bagi sayalah pembaziran, pemborosan - sebahagiannya dand mengenai kecenderungan untuk berbelanja.

    Kalau tidak silap saya sebelum berlakunya krisis ekonomi, orang-orang Malaysia pergi ke London dan negara-negara maju untuk membeli belah. Apabila ditimpa krisis ekonomi di London, saya diberitahu pihak syarikat-syarikat mereka rugi I 0 bilion pound atau 11 bilion pound kerana orang Malaysia atau Asia tidak boleh pergi untuk membeli-belah. Itulah kecenderungan untuk berbelanja. Inilah memang satu tabiat yang tidak baik dan kelemahan-kelemahan seumpama ini termasuklah rasuah wa