penutup

2
PENUTUP Secara kesimpulannya, Program Bina Insan Guru (BIG) memberi banyak manfaat terhadap saya. Setiap guru pelatih yang telibat dalam program ini telah menunjukkan semangat berpasukan dan mengamalkan hidup bersepakat, bekerjasama dan bertanggungjawab serta komitmen kepada pasukan dalam sepanjang program ini dijalankan selama 4 hari 3 malam. Seterusnya, aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam program ini telah memberikan pelbagai jenis pengajaran, pengalaman dan ilmu pengetahuan yang tidak dapat kami belajari daripada buku. Sebagai contoh, aktivti darat dan aktivti air telah melatih fizikal guru-guru pelatih dan aktiviti moral serta malam kebudayaan telah meningkatkan guru pelatih untuk merancang sesuatu program. Oleh sebab itu, guru-guru pelatih dapat mencapai perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek dengan seimbang. Jadi, program ini merupakan suatu wahana ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ( FPK ) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Selain itu, Program Bina Insan Guru (BIG) bukan sahaja meningkatkan daya tahan dari segi fizikal guru-guru pelatih, manakala jurang antara kaum yang berbeza juga dapat dieratkan lagi. Hal ini demikian guru-guru pelatih yang berbilang kaum telah bekerjasama mengharungi pelbagai jenis masalah atau cabaran dalam program tersebut. Dengan itu, mereka akan menghargai kerjasama dan komitmen yang ditunjukkan oleh rakan- rakan yang berbilang kaum. Contohnya, semua guru pelatih telah makan bersama, tidur bersama dan menjalankan aktiviti bersama.

Upload: sii-tuong-sieng

Post on 09-Feb-2016

63 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Penutup Bina Insan Guru

TRANSCRIPT

Page 1: PENUTUP

PENUTUP

Secara kesimpulannya, Program Bina Insan Guru (BIG) memberi banyak manfaat

terhadap saya. Setiap guru pelatih yang telibat dalam program ini telah menunjukkan

semangat berpasukan dan mengamalkan hidup bersepakat, bekerjasama dan

bertanggungjawab serta komitmen kepada pasukan dalam sepanjang program ini

dijalankan selama 4 hari 3 malam.

Seterusnya, aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam program ini telah

memberikan pelbagai jenis pengajaran, pengalaman dan ilmu pengetahuan yang

tidak dapat kami belajari daripada buku. Sebagai contoh, aktivti darat dan aktivti air

telah melatih fizikal guru-guru pelatih dan aktiviti moral serta malam kebudayaan

telah meningkatkan guru pelatih untuk merancang sesuatu program. Oleh sebab itu,

guru-guru pelatih dapat mencapai perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek

dengan seimbang. Jadi, program ini merupakan suatu wahana ke arah pembinaan

dan pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan ( FPK ) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG).

Selain itu, Program Bina Insan Guru (BIG) bukan sahaja meningkatkan daya

tahan dari segi fizikal guru-guru pelatih, manakala jurang antara kaum yang berbeza

juga dapat dieratkan lagi. Hal ini demikian guru-guru pelatih yang berbilang kaum

telah bekerjasama mengharungi pelbagai jenis masalah atau cabaran dalam

program tersebut. Dengan itu, mereka akan menghargai kerjasama dan komitmen

yang ditunjukkan oleh rakan-rakan yang berbilang kaum. Contohnya, semua guru

pelatih telah makan bersama, tidur bersama dan menjalankan aktiviti bersama. Jadi,

program ini dapat memupuk semangat perpaduan dalam kalangan guru-guru pelatih

yang berbilang kaum.