penulisanc-120729025716-phpapp01

4
Soalan 1 Tulis beberapa nilai atau pengajaran yang kamu boleh dapati daripada petikan di bawah ini. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan. Encik Rahman ialah seorang pemandu teksi. Biasanya dia mula mengambil penumpang seawal jam 8.00 pagi, selepas menghantar dua orang anaknya ke sekolah. Penumpang-penumpangnya terdiri daripada pekerja sektor swasta dan sektor kerajaan. Encik Rahman mengambil dan menghantar penumpang ke seluruh pelusuk bandar raya Kuala Lumpur. Waktu pagi dan petang adalah waktu puncak kesesakan jalan raya. Banyak kenderaan berpusu-pusu di jalan raya. Bunyi hon kenderaan akibat pemandu-pemandu yang tidak sabar kedengaran di sana sini. Walaupun begitu, Encik Rahman sentiasa bersikap tenang. Dia selalu mengamalkan sikap berhemah dan bertimbang rasa di jalan raya. Encik Rahman sentiasa berpakaian kemas dan mesra dengan penumpang-penumpangnya. Dia tidak pernah menipu penumpangnya. Bayaran tambang dibuat mengikut bacaan meter. Pergaulannya dengan rakan-rakan juga baik. Encik Rahman akan meluangkan masa untuk isteri dan anak-anaknya pada sebelah malam. Dia selalu menyemak kerja-kerja sekolah anaknya. Cadangan jawapan -Bertanggungjawab - menghantar anak ke sekolah sebelum pergi bekerja -Penyabar - sentiasa bersikap tenang biarpun jalan raya sesak. -Tidak mementingkan diri sendiri - sentiasa mengamalkan sikap berhemah dan bertimbang rasa di jalan raya. -Beretika - berpakaian kemas dan mesra dengan para penumpang -Jujur - bayaran yang dikenakan kepada penumpang tepat menurut bacaan meter -Menghormati orang lain - pergaulannya dengan rakan-rakannya baik -Mementingkan keluarga - meluangkan masa untuk isteri dan anak- anak -Mementingkan pendidikan - menyemak kerja-kerja sekolah anaknya Soalan 2 Tulis beberapa nilai atau pengajaran yang kamu boleh dapati daripada petikan di bawah ini. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Upload: hartinijeki

Post on 07-Feb-2016

222 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: penulisanc-120729025716-phpapp01

Soalan 1Tulis beberapa nilai atau pengajaran yang kamu boleh dapati daripada petikan di bawah ini. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Encik Rahman ialah seorang pemandu teksi. Biasanya dia mula mengambil penumpang seawal jam 8.00 pagi, selepas menghantar dua orang anaknya ke sekolah. Penumpang-penumpangnya terdiri daripada pekerja sektor swasta dan sektor kerajaan. Encik Rahman mengambil dan menghantar penumpang ke seluruh pelusuk bandar raya Kuala Lumpur.

Waktu pagi dan petang adalah waktu puncak kesesakan jalan raya. Banyak kenderaan berpusu-pusu di jalan raya. Bunyi hon kenderaan akibat pemandu-pemandu yang tidak sabar kedengaran di sana sini. Walaupun begitu, Encik Rahman sentiasa bersikap tenang. Dia selalu mengamalkan sikap berhemah dan bertimbang rasa di jalan raya.

Encik Rahman sentiasa berpakaian kemas dan mesra dengan penumpang-penumpangnya. Dia tidak pernah menipu penumpangnya. Bayaran tambang dibuat mengikut bacaan meter. Pergaulannya dengan rakan-rakan juga baik. Encik Rahman akan meluangkan masa untuk isteri dan anak-anaknya pada sebelah malam. Dia selalu menyemak kerja-kerja sekolah anaknya.

Cadangan jawapan -Bertanggungjawab - menghantar anak ke sekolah sebelum pergi bekerja-Penyabar - sentiasa bersikap tenang biarpun jalan raya sesak.-Tidak mementingkan diri sendiri - sentiasa mengamalkan sikap berhemah dan bertimbang rasa di jalan raya.-Beretika - berpakaian kemas dan mesra dengan para penumpang -Jujur - bayaran yang dikenakan kepada penumpang tepat menurut bacaan meter-Menghormati orang lain - pergaulannya dengan rakan-rakannya baik-Mementingkan keluarga - meluangkan masa untuk isteri dan anak-anak-Mementingkan pendidikan - menyemak kerja-kerja sekolah anaknya

Soalan 2

Page 2: penulisanc-120729025716-phpapp01

Tulis beberapa nilai atau pengajaran yang kamu boleh dapati daripada petikan di bawah ini. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Melisa selalu mendapat pujian guru-gurunya kerana dia sentiasa mencapai keputusan cemerlang dalam pelajaran. Melisa seorang murid yang rajin belajar. Di dalam kelas, dia menumpukan sepenuh perhatian semasa guru mengajar. Melisa rajin bertanya soalan kepada guru jika dia kurang faham tentang pelajarannya.

Melisa juga bergaul mesra dengan rakan-rakannya. Dia selalu bermain dan belajar bersama-sama mereka. Melisa sering mendorong rakan-rakannya supaya belajar bersungguh-sungguh. Melisa juga aktif dalam kegiatan kokurikulum. Dia mewakili rumah sukannya dalam acara lompat tinggi, menyertai persatuan pengakap, kelab komputer, dan tae-kwan-do.

Di rumah, Melisa akan belajar secara sistematik mengikut jadual waktu yang telah disediakannya. Pada hujung minggu, Melisa akan membantu ibunya mengemas rumah. Melisa juga selalu membasuh kasut sekolahnya sendiri. Dia tidak suka membebankan ibunya dengan kerja-kerja yang boleh dilakukannya sendiri.

Cadangan jawapan

-Mementingkan pendidikan - Menumpukan sepenuh perhatian semasa guru mengajar-Bersikap positif untuk memajukan diri - rajin bertanya bertanya kepada guru jika kurang faham tentang pelajaran-Baik hati dan peramah - bergaul mesra dan belajar dengan rakan-rakan yang lain-Suka membantu orang lain - mendorong rakan-rakan agar belajar bersungguh-sungguh-Seimbang dalam pelajaran - menyertai pelbagai aktiviti kokurikulum-Berdisiplin - belajar secara sistematik berdasarkan jadual waktu belajar yang telah disediakan -Tidak mementingkan diri - menolong ibu melakukan kerja rumah pada hujung minggu dan membasuh kasut sekolah sendiri

Soalan 3Tulis beberapa nilai atau pengajaran yang kamu boleh dapati daripada petikan di bawah ini. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Page 3: penulisanc-120729025716-phpapp01

Shahira terpilih untuk mewakili sekolahnya dalam pertandingan perbahasan. Pertandingan itu akan bermula kira-kira dua minggu lagi. Setiap hari pada pukul 4.00 petang, Shahira akan turun ke sekolah untuk berbincang dengan tiga orang rakannya dan guru pembimbing mereka. Mereka berbincang tentang persiapan, bahan-bahan rujukan, dan membuat latihan intensif.

Setiap petang, Shahira bersiap awal untuk pergi ke sekolah. Dia tidak mahu tiba lewat dan membuat rakan-rakannya tertunggu-tunggu. Sebelum pergi, dia akan memberitahu ibunya. Shahira melakukan latihan perbahasan dengan bersungguh-sungguh. Dia memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada rakan-rakan dan guru pembimbingnya. Shahira berazam untuk memenangi pertandingan itu dan mengharumkan nama sekolahnya.

Shahira selalu bersedia dengan bahan bacaan dan rujukan yang diperlukan agar dapat dibentangkan dalam perbincangan dengan rakan-rakannya. Dia sentiasa memberi cadangan agar mutu perbahasan mereka dapat dipertingkatkan. Rakan-rakan Shahira sangat menghormati sikap Shahira yang berdedikasi dan rajin itu.

Cadangan jawapan-Menepati janji - berjumpa dengan rakan-rakan dan guru pembimbing di sekolah-Menepati masa - tiba lebih awal daripada yang dijanjikan-Menghormati ibu bapa - memberitahu dan meminta izin ibu sebelum keluar -Sepenuh hati - berlatih dengan bersungguh-sungguh-Bekerja dalam satu pasukan - memberikan kerjasama kepada rakan-rakan dan guru pembimbing-Mempunyai matlamat - berazam untuk memenangi pertandingan tersebut dan mengharumkan nama sekolah-Berinisiatif - selalu bersedia dengan bahan bacaan dan rujukan yang diperlukan-Berpandangan jauh - sentiasa memberi cadangan untuk membaiki mutu perbahasan

Soalan 4

Tulis beberapa nilai atau pengajaran yang kamu boleh dapati daripada petikan di bawah ini. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Doren dilahirkan pekak dan bisu. Ibu bapanya tidak pernah menganggap dia beban, sebaliknya memberi dia peluang hidup berdikari seperti insan normal. Ibu bapanya menghantar Doren ke sekolah pendidikan khas. Guru-guru di sekolah juga melayan dia

Page 4: penulisanc-120729025716-phpapp01

dengan baik. Doren belajar mengembangkan minat, kemampuan, dan potensi yang ada.

Doren sering menghadapi kesukaran untuk berkomunikasi dengan orang lain. Dia hanya boleh berkomunikasi dengan golongan normal dengan menggunakan bahasa isyarat. Oleh itu, ibu bapanya telah mengambil inisiatif untuk belajar bahasa isyarat.

Doren melibatkan diri dengan aktiviti sukan di sekolah. Doren amat meminati permainan bola jaring. Dia pernah mewakili sekolahnya dalam pertandingan bola jaring peringkat daerah. Oleh sebab, golongan pekak dan bisu tidak dapat mendengar bunyi tiupan wisel pengadil, mereka diberi teguran dengan bendera. Doren berasa gembira kerana ada pihak yang prihatin dengan golongan kurang upaya seperti dirinya. Doren tidak pernah berasa rendah diri dengan kekurangannya, sebaliknya berazam untuk berjaya dalam pelajarannya.

Cadangan jawapan

-Bersyukur - memberi peluang kepada anak yang kurang upaya untuk berdikari dan bukan dianggap sebagai beban-Mementingkan pendidikan - menghantar anak ke sekolah pendidikan khas-Berinisiatif - ibu bapa mengambil langkah untuk belajar bahasa isyarat -Mengasah potensi dan bakat - mewakili sekolah dalam pertandingan bola jaring-Prihatin - pengadil menggunakan bendera semasa mengadili permainan bola jaring yang melibatkan orang pekak dan bisu-Berkeyakinan - tidak berasa rendah diri dengan kekurangan yang ada-Bercita-cita tinggi - berazam untuk berjaya dalam pelajaran

Soalan 5

Tulis beberapa nilai atau pengajaran yang kamu boleh dapati daripada petikan di bawah ini. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Berhati-hati berjalan di lorong,Takut nanti terpijak duri;Jangan selalu bercakap bohong,Takut nanti memakan diri.

Puasku cari ke sana ke mari,Rupanya disimpan di dalam laci;

Page 5: penulisanc-120729025716-phpapp01

Janganlah suka meninggi diri,Kelak membuat kawan-kawan benci.

Masak ranum buah keranji,Mari disimpan di dalam peti;Tua dan muda sama dihormati,Itulah sikap amalan terpuji.

Jalan-jalan naik kereta,Mari pergi ke pinggir desa;Sopan-santun budaya kita,Terserlah indah budi bahasa.

Cadangan Jawapan:-Jangan suka bercakap bohong -Orang yang suka bercakap bohong akhirnya akan mendapat kesusahan atau malu apabila diketahui orang lain-Jangan suka meninggikan diri -Orang yang suka meninggikan diri akan dijauhi dan dibenci-Semua orang harus dihormati tidak kira tua ataupun muda-Sikap menghormati orang lain adalah amalan yang terpuji-Sopan-santun mencerminkan budaya masyarakat kita-Sikap sopan-santun akan menyerlahkan keindahan budi bahasa