penulisan jurnal minggu ketujuh.docx

4
PENULISAN JURNAL MINGGU KETUJUH NAMA : NOR HIDAYATUL ZIANA BINTI JAHARI TARIKH : 22 MAC 2015 26 MAC 2015 TAJUK : MASALAH MURID HYPERAKTIF DAN BERJALAN SEMASA SESI PdP PERMASALAHAN Saya mengajar murid-murid tahun 2A2 untuk mata pelajaran Dunia Sains dan Teknologi. Dalam kelas minggu ini saya dapati terdapat dua orang murid yang sangat nakal. Mereka mengganggu rakan-rakan lain yang sedang melaksanakan aktiviti yang saya berikan. Lalu, saya telah mendenda mereka berdua dengan diasingkan dari rakan-rakan lain dengan berasingan di hadapan kelas. Walau bagaimanapun, dendaan tersebut tidak menyekat atau memberhentikan mereka dari mengulangi tingkah laku yang sama. Mereka berdua tetap membuat bising dan mengusik rakan-rakan lain yang sedang melakukan tugasan yang saya berikan. ANALISIS Saya telah memasuki kelas ini sebanyak enam kali iaitu untuk mengajar subjek Dunia Sains dan Teknologi. Kelas ini merupakan kelas kedua jika menurut pencapaian akademik murid- muridnya. Tingkah laku mereka juga agak nakal berbanding dengan murid yang lain. Namun, bukan semua murid di kelas tersebut bertingkah yang sama. Hanya ada segelintir daripada mereka yang bersikap agak nakal. Menurut guru kelas mereka, dua murid ini datang keluarga yang berpendapatan rendah dan mempunyai masalah keluarga. Berkemungkinan kedua murid ini hanya ingin mendapatkan perhatian dari saya yang merupakan guru baru yang

Upload: dayah-jahari

Post on 02-Oct-2015

246 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

PENULISAN JURNAL MINGGU KETUJUHNAMA : NOR HIDAYATUL ZIANA BINTI JAHARITARIKH : 22 MAC 2015 26 MAC 2015TAJUK : MASALAH MURID HYPERAKTIF DAN BERJALAN SEMASA SESI PdPPERMASALAHAN Saya mengajar murid-murid tahun 2A2 untuk mata pelajaran Dunia Sains dan Teknologi. Dalam kelas minggu ini saya dapati terdapat dua orang murid yang sangat nakal. Mereka mengganggu rakan-rakan lain yang sedang melaksanakan aktiviti yang saya berikan. Lalu, saya telah mendenda mereka berdua dengan diasingkan dari rakan-rakan lain dengan berasingan di hadapan kelas. Walau bagaimanapun, dendaan tersebut tidak menyekat atau memberhentikan mereka dari mengulangi tingkah laku yang sama. Mereka berdua tetap membuat bising dan mengusik rakan-rakan lain yang sedang melakukan tugasan yang saya berikan.ANALISISSaya telah memasuki kelas ini sebanyak enam kali iaitu untuk mengajar subjek Dunia Sains dan Teknologi. Kelas ini merupakan kelas kedua jika menurut pencapaian akademik murid-muridnya. Tingkah laku mereka juga agak nakal berbanding dengan murid yang lain. Namun, bukan semua murid di kelas tersebut bertingkah yang sama. Hanya ada segelintir daripada mereka yang bersikap agak nakal. Menurut guru kelas mereka, dua murid ini datang keluarga yang berpendapatan rendah dan mempunyai masalah keluarga. Berkemungkinan kedua murid ini hanya ingin mendapatkan perhatian dari saya yang merupakan guru baru yang memasuki kelas mereka sementelah lagi saya seorang guru perempuan. Selain daripada itu, mungkin juga mereka tidak memahami pengajaran saya pada hari tersebut.

CADANGANBagi mengelakkan kedua murid ini mengganggu rakan sekelas ketika proses pengajaran dan pembelajaran yang akan dijalankan kelak, guru boleh memanggil kedua murid tersebut untuk sesi kaunseling individu. Menurut Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim dan Halimatun Halaliah Mokhtar (2006) manusia itu unik. Tidak akan ada dua individu yang sama bahkan kembar seiras sekalipun. Setiap manusia mempunyai nilai, persepsi, dan hasrat yang berbeza. Saya perlu cuba bina hubungan yang baik bersama mereka dengan bertanyakan tentang diri mereka, keluarga mereka dan minat mereka ke sekolah dengan harapan makin banyak yang diketahui tentang seseorang, lebih mudah untuk memahami sikapnya. Saya membuat penerokaan untuk mengetahui sebab-sebab mereka selalu mengacau rakan sekelas semasa P&P dijalankan. Setelah mengetahui dan memahami seseorang murid dengan lebih dekat, mungkin dapat dikenalpasti punca mereka berkelakuan tertentu. Oleh itu, saranan yang sesuai boleh diberikan agar murid tersebut tidak terus berkelakuan yang kurang menyenangkan guru.Selain itu, selalu berinteraksi dengan bertanya khabar atau menegur murid bila mana bertemu dengannya akan menambahkan lagi rasa senang hati di dalam diri murid. Murid akan rasa ada orang mengambil berat tentang dirinya. Jika sebelum ini, murid itu hanya dimarahi kerana berbuat nakal, kali ini dia rasa dihargai. Kebarangkalian untuk murid tersebut bertingkah yang kurang menyenangkan kelak akan berkurangan. TEMPOH PENYELESAIANSaya akan mengambil langkah dengan membuat pemerhatian terhadap murid-murid yang bermasalah dan akan menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin.

KESIMPULANMenurut Shertzer dan Stone (1974) kaunseling individu sebagai proses interaksi yang memudahkan kefahaman bermakna mengenai diri dan alam sekitarnya lalu menyebabkan penentuan matlamat-matlamat dan nilai-nilai untuk tingkah laku masa hadapan.Sesi kaunseling individu yang dijalankan bersama klien seperti murid di atas bermatlamat untuk memperbaiki imej diri klien yang negatif (Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim dan Halimatun Halaliah Mokhtar 2006). Imej diri yang negatif merupakan halangan bagi klien untuk mencapai cita-cita atau membuat sebarang tindakan. Klien belajar memupuk ciri-ciri yang baik dan mengurangkan ciri-ciri yang negatif.Disemak oleh guru pembimbing

Tandatangan :Nama :Tarikh :

Disemak oleh pensyarah pembimbing

Tandatangan :Nama :Tarikh :