penulisan digraf dan suku kata

3
PENULISAN DIGRAF DAN SUKU KATA AKTIVITI DALAM KELAS MATLAMAT Mendedahkan pelajar kepada 5 huruf-huruf digraf iaitu kh, gh, sy, ng dan ny. Meningkatkan kemahiran berfikir dan idea kreatif pelajar dalam melaksanakan tugasan yang diberikan. Memberi pendedahan dan kursus dalaman serta menanamkan nilai-nilai murni yang kreatif dan mempunyai daya saing antara para pelajar. Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menarik KAEDAH Seramai 15 pelajar ( kecuali kumpulan pembentang ) dibahagikan kepada 5 kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 3 orang. Setiap kumpulan dikehendaki membuat persembahan berdasarkan tajuk tugasan masing-masing. JENIS AKTIVITI I SOALAN TUGASAN Lukis gambar yang berkaitan dengan digraf kh dan ceritakan mengenai gambar tersebut.

Upload: nur-wahidah-md-redzuan

Post on 13-Dec-2014

194 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

bm

TRANSCRIPT

Page 1: Penulisan Digraf Dan Suku Kata

PENULISAN DIGRAF DAN SUKU KATA

AKTIVITI DALAM KELAS

MATLAMAT

Mendedahkan pelajar kepada 5 huruf-huruf digraf iaitu kh, gh, sy, ng dan ny.

Meningkatkan kemahiran berfikir dan idea kreatif pelajar dalam melaksanakan

tugasan yang diberikan.

Memberi pendedahan dan kursus dalaman serta menanamkan nilai-nilai murni

yang kreatif dan mempunyai daya saing antara para pelajar.

Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran  yang menarik

KAEDAH

Seramai 15 pelajar ( kecuali kumpulan pembentang ) dibahagikan kepada 5

kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 3 orang.

Setiap kumpulan dikehendaki membuat persembahan berdasarkan tajuk tugasan

masing-masing.

JENIS AKTIVITI I

SOALAN TUGASAN

Lukis gambar yang berkaitan dengan digraf kh dan ceritakan mengenai gambar

tersebut.

Cari satu ayat yang mengandungi digraf gh dan lagukan ayat tersebut mengikut

kreativiti anda.

Cari sekurang-kurangnya lima perkataan yang mengandungi digraf ng dan

lagukan.

Bina satu lembut lidah yang mengandungi digraf ny dan lagukan.

Bina ayat yang mengandungi digraf sy dan jadikannya dalam satu ayat yang

bermakna.

Page 2: Penulisan Digraf Dan Suku Kata

JENIS AKTIVTI II

SOALAN TUGASAN

Dalam kumpulan yang sama, para pelajar dikehendaki menyenaraikan sebanyak

mungkin perkataan yang mengandungi digraf yang telah dipilih.

JANGKAMASA

Berterusan selama 10 minit.

Mengikut rangcangan  Pengajaran dan Pembelajaran. (P & P)

KESIMPULAN

Tugasan ini mendapat tindak balas yang positif daripada pensyarah dan para

pelajar. Setiap kumpulan berjaya melaksanakan tugasan pertama mengikut idea dan

kreativiti masing-masing. Mereka juga berjaya menyenaraikan seberapa banyak

perkataan yang mengandungi 5 digraf tersebut.

Selain itu, sesi soal jawab juga dijalankan antara pensyarah dengan para pelajar.

Antara soalan yang ditanya adalah mengenai digraf ng yang mencatatkan paling

banyak perkataan. Pensyarah telah menjelaskan bahawa digraf ng merupakan

perkataan jati Bahasa Melayu manakala digraph gh dan kh kebanyakannya merupakan

kata pinjaman daripada bahasa Arab.