penulisan al

20
KAEDAH PENULISAN ULUM AL-QURAN & HADIS

Upload: syazwanie-mohamed

Post on 21-Dec-2015

41 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

PENULISAN

TRANSCRIPT

Page 1: Penulisan Al

KAEDAH

PENULISAN

ULUM AL-

QURAN

& HADIS

Page 2: Penulisan Al

PENULISAN AL-QURAN

Rasulullah mengambil berat terhadap penulisan Al-Quran. Ini dibuktikan melalui

perlantikan Nabi Muhammad s.a.w terhadap para penulis wahyu antaranya keempat-empat

Khalifah Rasyidah, Muawiyah, Abbas b. Said, Khalid b. Walid, Ubai b. Kaab, Zaid b. Thabit,

Thabit b. Qais, Arqam ibn Ubai dan lain-lain sahabat. Setiap kali ada wahyu turun beliau

menyuruh menulisnya demi memperkukuh dokumentasinya, di samping menambah

kepercayaan dan lebih menjaga kitab Allah sehingga penulisannya mendukung hafazan.

Mereka mencatat tulisan-tulisan Al-Quran menggunakan pelbagai sumber yang ada pada

masa itu yang menunjukkan besarnya perhatian mereka terhadap penulisan Al-Quran.

Kemudian tulisan-tulisan itu disimpan di rumah Rasulullah s.a.w. Jadi pada zaman nabi, Al-

Quran telah dihimpun sempurna melalui cara seperti itu. Ianya hanya belum ditulis dalam

sahifah-sahifah atau mushaf-mushaf, tetapi tertulis berserakan di atas tulang-tulang dan

media-media lain yang seumpamanya.

Penulisan pada zaman Saidina Abu Bakar

Abu Bakar menjalankan urusan Islam sesudah kewafatan Rasulullah. Ia menghadapi

masalah kemurtadan sebahagian orang arab. Peperangan yamamah mensyahidkan ramai

para hafiz Al-Quran dan Saidina Umar melahirkan kebimbangan terhadap Al-Quran. Setelah

Saidina Umar memujuk Saidina Abu Bakar dan juga Allah membuka hati Abu Bakar, Zaid bin

Thabit untuk mengumpul Al-Quran. Ia menjalankan tugas tersebut berdasarkan hafazan

yang ada dalam hati para Qurra dan catatan-catatan yang ada pada para penulis. Kemudian

lembaran-lembaran itu disimpan di tangan Abu Bakar, seterusnya Saidina Umar dan

kemudian berpindah ke tangan Hafsah (anak saidina Umar).

Penulisan Al-Quran pada zaman Saidina Uthman

Penyebaran Islam bertambah luas dan para Qurra tersebar di pelbagai wilayah, dan

penduduk di setiap wilayah mempelajari qiraat dan Qari yang dikirim kepada mereka. Cara

pembacaan mereka berbeza-beza seiring dengan perbezaan “huruf” yang dengannya Al-

Quran diturunkan. Apabila mereka berkumpul di suatu pertemuan sebahagian mereka

merasa hairan tentang perbezaan-perbezaan Qiraat tersebut.

Perbezaan-perbezaan tersebut semakin ketara setelah terjadi peperangan Armenia

dan Azarbaijan. Sebahagian qiraat-qiraat tersebut bercampur dengan kesalahan. Para

sahabat prihatin terhadap masalah ini kerana takut kalau perbezaan ini menimbulkan

penyimpangan dan perubahan. Mereka bersepakat menyalin lembaran-lembaran pertama

yang ada pada Abu Bakar dan menyatukan umat Islam pada lembaran itu dengan bacaan

yang tetap pada satu huruf. Al-Imam Abu Abdillah al-Muhasiby dalam kitabnya “fahm as-

Page 3: Penulisan Al

sunan” menjelaskan “Abu Bakar memerintahkan menyalinnya dari satu tempat ke tempat

lain atau dari satu media ke media lain secara kolektif. Media yang digunakannya ibarat

media yang digunakan oleh Rasulullah s.a.w yang masih berserakan, kemudian ia

mengumpulkannya dan mengikatnya dengan benang sehingga tidak ada yang terabai.”

Penulisan pada zaman Saidina Uthman

Sewaktu pemerintahan Saidina Uthman, Islam semakin tersebar luas dan kaum

muslimin bertaburan di berbagai daerah. Umat Islam jauh daripada waktu kerasulan dan

turunnya wahyu. Masing-masing daerah Islam mengambil qiraat sahabat terkenal daripada

kalangan mereka. Di antara mereka terjadi perbezaan wajah-wajah qiraat yang

memungkinkan timbulnya pertikaian dan perpecahan. Pertikaian itu menjadi sengit kerana

mereka telah jauh daripada zaman kenabian. Keadaan itu semakin parah sehingga saling

mengkafirkan antara sesama sendiri. Pertikaian itu merebak ke daerah-daerah lain seperti

Hijaz dan Madinah.

Disebabkan peristiwa-peristiwa tersebut, Saidina Uthman mengumpulkan para pakar

untuk menyelesaikannya. Mereka akhirnya bersepakat untuk menyalin beberapa muhaf

untuk dikirimkan di daerah dan mengeluarkan perintah agar selainnya dibakar dan hanya

bertumpu kepadanya. Uthman melaksanakan kesepakatan bistari itu sekitar akhir tahun 24

Hijrah dan awal tahun 25 Hijrah. Untuk menyalin Al-Quran, mereka dibantu oleh beberapa

sahabat pilihan yang berkepakaran dalam bidang Al-Quran antaranya Zaid b Thabit, Zaid b

Al-Ash dan Abdurrahman Ibn Al-Haris. Akhirnya terhasillah beberapa naskhah mushaf

Uthmani dan dihantar naskhah tersebut ke beberapa daerah Islam bersama seorang Qari

yang mewakili Qiraat-qiraat tertentu. Mushaf-mushaf Uthmani memiliki kaedah-kaedah

penulisan tertentu. Para pakar di bidang ini meringkaskan kaedah-kaedah tersebut ke dalam

enam kaedah dasar. Kaedah-kaedah tersebut akan diperincikan kemudian.

Page 4: Penulisan Al

KELEBIHAN RASM UTHMANI

Daripada beberapa takrifan di atas menunjukkan bahawa Rasm Uthmani sangat perlu

diambil berat dan didalami keilmuannya khususnya apabila hendak menulis dan membaca

kitab suci Al-Quran.

Terdapat pelbagai faktor daripada pelbagai sudut yang dijadikan sandaran ulama-ulama

untuk memperkukuhkan kenyataan tersebut. Antara terpenting ialah penulisannya bersifat

Tauqifi.

Rasm Uthmani tauqifi

Ia bermaksud kaedah-kaedah tersebut adalah daripada Rasulullah. Lebih jelas ia bermaksud

Rasm tersebut datang daripada Allah dan sudah pasti dimaklumi Rasulullah tidak mengajar

sesuatu kepda sahabatnya melainkan setelah mendapat wahyu daripada Allah.

Fakta tersebut adalah pegangan kebanyakan ulama samada Salaf atau Khalaf semenjak

dulu hinggalah sekarang. Ia diyakini lagi melalui pegangan sahabat-sahabat dan mereka

tidak pernah sama sekali mengingkarinya. Walaupun ada beberapa pendapat yang berbeza

dengan kenyataan di atas pendapat ini perlu ditolak kerana kaedah penulisannya terdedah

kepada kesilapan kerana tiada sandaran kaedah yang mantap. Kaedah-kaedah lain juga

sering berubah dan sekiranya berlaku kepada Al-Quran pasti berlaku penyelewengan yang

merosakkan kefahaman Al-Quran.

Fakta yang perlu jelas disedari juga ialah setiap huruf Al-Quran mempunyai mukjizat

tersendiri yang sebahagiannya diketahui dan sebahagian lagi hanya diketahui oleh Allah.

Sebarang pengurangan penambahan dan penyesuiaan akan mengurangkan keagungan dan

mukjizat Al-Quran.

Rasm Uthmani salah satu rukun bacaan Al-Quran

Ulama bersepakat rukun bacaan Al-Quran ada tiga dan salah satunya bacaannya menepati

salah satu daripada mushaf-mushaf Uthmani samada yang dihantar ke Mekah, Madinah,

Kufah, Basrah, Syam atau pun mushaf imam yang disimpan oleh beliau sendiri.

Merangkumi tujuh huruf

Antara faktor mendasar sehingga menjadikan rasm Uthmani perlu diberi keutamaan ialah

berkaitan tujuh huruf Al-Quran dan ini menjadikannya bertepatan dengan wajah qiraat yang

diajarkan rasulullah kepada sahabat-sahabatnya.

Page 5: Penulisan Al

Terdapat banyak hadith berkaitan tujuh huruf dan pelbagai pendapat ulama mengenai

maksudnya. Salah satu pendapat yang disepakati oleh kebanyakan ulama ialah tujuh cara

bacaan yang merangkumi kata nama samada ia mufrad, mutahanna atau jamak dan

samada ia muzakar atau muannas, perselisihan pada cara ikrab, perselisihan cara tasrif,

perselisihan mendahulu atau mentakhir huruf atau kalimah, perselisihan dari segi ibdal,

perselisihan dari segi menambah atau mengurangkan sesuatu huruf atau kalimah dan

perselisihan pada lahjah samada tebal atau nipis, imalah, tashil, ismam dan sebagainya.

Sekiranya rasm Uthmani tidak digunakan dalam penulisan Al-Quran pasti mushaf yang

dihasilkan tidak meliputi semua huruf dan seterusnya menjadi mushaf itu terhad dan sesuai

digunakan untuk membaca qiraat mutawatiroh tertentu sahaja dan tidak bagi qiraat-qiraat

mutawatiroh yang lain.

Bertepatan dengan pembentangan bacaan Al-Quran terakhir

Faktor ini juga penting kerana seperti dimaklumi secara pasti melalui sejarah islam rasul

melakukan semakan terakhir Al-Quran dengan malaikat Jibril dan Zaid b Thabit seorang

sahabat yang sangat rapat dengannya turut berada bersamanya. Dengan keadaan tersebut

Zaid b Tahbit diberi tanggungjawab untuk menulis dan mengumpul Al-Quran oleh dua

khulafak Ar-Rasidin saidina Abu Bakar dan Sadina Uthman. Ia menulis berdasarkan kepada

pembentangan tersebut.

Oleh itu beliau meyakini bahawa kesemua ayat Al-Quran yang diturunkan semasa hayat

nabi tetapi tidak dibentangkan semasa pembentangan terakhir adalah sebagai ayat yang

dimansuhkan tulisannya dan beliau tidak menulisnya di mushaf tersebut. Begitu juga apa

yang terkandung dalam Mushaf-mushaf para sahabat seperti Mushaf Saidina Aisyah, Umar,

Ubai b Kaab dan lain-lain sahabat kerana sebahagiannya tidak terdapat semasa

pembentangan terakhir.

Kaedah Penulisan Yang Istimewa

Mengikut penelitian dan pengkajian ulama Al-Quran sebenarnya Rasm Uthmani banyak

keistimewaan yang tidak terdapat pada Rasm lain. Antaranya

1. keistimewaan pada huruf-huruf ziyadah.

Selain daripada mengandungi mukjizat yang hanya diketahui oleh Allah sahaja,

huruf-huruf ziyadah mempunyai beberapa keistimewaan antaranya;

a. mengetahui baris asal sesuatu huruf. Contohnya “إيتاءي” ditambah huruf ya

selepas huruf hamzah untuk menunjukkan hamzah sebelumnya berbaris

kasrah, “سأوريكم” ditambah huruf wau selepas huruf hamzah menunjukkan

Page 6: Penulisan Al

baris huruf hamzah ialah dhommah, “وألاوضعوا” pula ditambah alif selepas

hamzah untuk menunjukkan bahawa hamzah berbaris fathah.

b. Menggambarkan sesuatu makna. Contohnya ziyadah huruf ya pada kalimah “

untuk memperteguhkan lagi mengenai kebesaran dan kekuasaan Allah ”بأييد

yang mencipta langit atau cakarwala dengan begitu kukuh dan sempurna.

2. keistimewaan huruf-huruf Ibdal.

a. Panduan mengetahui kata asal/akar sesuatu kalimah. Contohnya kalimah “

dan seumpamanya dituliskan dengan huruf wau (”الصلوات“ jamak) ”الصلوة

menggantikan huruf alif disebabkan wau merupakan sebahagian daripada

huruf dalam struktur asal kalimah tersebut. Begitu juga kalimah “ دان الهدى

ditulis dengan huruf ya menggantikan huruf alif disebabkan huruf ya ”فتلقى

adalah huruf asal daripada kalimah tersebut.

3. keistimewaan hazaf.

a. Petunjuk dua atau lebih wajah Qiraat. Contohnya “ طلعت إذا الشمش تزوروترى

اليمين ذات كهفهم دان ) dibaca dengan tiga wajah تزور kalimah ”عن تزاو/ر. ور، تز1

ور . (تز1

b. Mempunyai maksud tertentu yang khusus. Contohnya dihazaf wau pada

kalimah " االنسن untuk memperkukuhkan kenyataan bahawa doa "ويدع

seoarng hamba sangat mudah dan cepat sampai kepada Allah.

4. keistimewaan wasl (berangkai) dan fasl (berpisah).

a. Kalimah-kalimah Al-Quran yang dibaca sama ada yang ditulis secara terpisah

dan ada yang berangkai. Ia juga mempunyai keistimewaan tersendiri. Dari

segi makna terdapat perbezaan contohnya “ يمشى “ dengan ”أمن يكون من ”أم

apabila ditulis terpisah bermakna “بل” tetapi jika bersambung bermakna "أو

Melalui beberapa contoh di atas Rasm Uthmani mempunyai keunikan tersendiri sehinggakan

sukar diperkatakan. Hanya pengkaji-pengkaji yang mendalaminya akan dapat mentafsirkan

sebahagian daripada keunikannya.

Berdasarkan realiti dan apa yang dikaji oleh ulama maka sebahagian besar di kalangan

mereka berpendapat bahawa Rasm Uthmani adalah kaedah penulisan yang wajib dan

dipelihara dan diamalkan.

Page 7: Penulisan Al

Walaupun pendapat mengatakan kaedah Rasm Uthmani tidak wajib diamalkan namun

pendapat tersebut berbentuk minoriti dan ditolak oleh kebanyakan ulama kerana ia boleh

membawa perubahan atau pengurangan huruf-huruf Al-Quran dan dalam jangka panjang

mendedahkan Al-Quran kepada perubahan.

KAEDAH PENULISAN RASM UTHMANI

1. Kaedah pertama:Al-Hadhf

Al-Hadhf ialah membuang atau mengurangkan sesuatu huruf pada kalimah-

kalimah tertentu.DalamRasm Uthmani,ia bermaksud huruf-huruf yang tidak boleh ditulis

tetapi wajib dibaca sama ada ketika wasal atau waqaf.Ada enam huruf yang dibuang

mengikut Rasm Uthmani iaitu , , , ن, ل ي و dan ا huruf-huruf di permulaan beberapa surah

tertentu.

1)Hadhaf huruf alif.Semua mashaf Uthmani ditulis dengan membuang huruf alif pada

keadaan-keadaan berikut:

Huruf Alif bagi Hamzah al-wasl pada kalimah (اسم) dalam firman Allah S.W.T ( الله (بسم

Huruf alif yang terletak di antara dua huruf lam.Contohnya seperti firman Allah (للذى

.dan sebagainya (ببكة

Huruf alif yang menjadi surah (rumah)bagi hamzah al-Qat apabila selepasnya

terdapat huruf alif yang lain.Contohnya seperti (ءالله), (أنت) dan sebagainya.

Huruf alif pada Fih al-Amr dari kalimah (السؤال) yang dimulai dengan huruf atau و

(وسءل) dan (ءلفس) Contohnya seperti.ف

Huruf alif selepas hamzah al-qaf yang kedua pada kalimah (ءااءن), melainkan firman

Allah S.W.T ( األنفمن ( يستمع

2. Kaedah kedua: Al-Ziyadah (penambahan)

Al-Ziyadah ialah menambah sesuatu huruf pada kalimah-kalimah tertentu.Dalam 

Rasm Uthmani, Al-Ziyadah bermaksud huruf-huruf yang mesti ditulis tetapi haram dibaca

sama ada ketika wasal atauwaqaf.Ada tiga huruf yang ditambah mengikut kaedah penulisan

Rasm Uthmani iaitu huruf ,و .ي dan ا

Contoh ziyadah huruf ا:

Ø Huruf alif selepas waw pada akhir nama yang menunjukkan jama’.Contohnya

seperti (كاشفوا),(ملقوا)

Ø Huruf alif selepas waw yang ditukar dari alif , iaitu pada lafaz (الريوا)

Contoh ziyadah huruf و:

Page 8: Penulisan Al

Ø Huruf waw selepas hamzah pada kalimah (س ) dalam firman Allah S.W.T ( أوريكم

ءايتىس )أوريكم

Ø Huruf waw selepas hamzah pada kalimah-kalimah berikut,iaitu ((وأولت)(أول

Contoh ziyadah huruf ya

Ø Huruf ya selepas hamzah pada kalimah (فينأ)

Ø Huruf ya pada tujuh tempat-tempat berikut ( نفسي تلقائ من المرسلينمن ( نبأى

,( القربى ذى ) (وأيتائ المفتون ) (بأبيكم بأييد بنينها ء ورائحجاب ) (والسما ) (أومن اليل ءانائ (ومن

3. Kaedah ketiga: Al-Hamz (Penulisan huruf hamzah)

Huruf-huruf hamzah di dalam al-quran terletak sama ada di permulaan,pertengahan

atau di hujungkalimah.Dalam mashf uthmani, keadaan penulisan huruf-huruf hamzah

tersebut berbeza antara satu sama lain berpandukan kepada kedudukannya.

§ Huruf hamzah di pangkal kalimah

-Semua huruf hamzah yang terletak di pangkal kalimah ditulis dengan surah alif sama ada ia

fathah,kasroh atau domah. Contoh(امر):

Huruf hamzah di pertengahan kalimah

- Huruf hamzah yang terletak di tengah kalimah berbeza cara penulisannya antara satu

sama lain:

- Sekiranya sebelum huruf hamzah ada satu huruf sukun maka ia ditulis tanpa surah.

Contoh:(يسءل)

- Sekiranya huruf hamzah itu kasrah ataupun sukun dan sebelumnya kasrah maka ia

ditulis dengan surah ya. Contoh:(جءت)

- Sekiranya huruf hamzah itu dommah ataupun sukun dan sebelunya dhommah,maka ia

ditulis dengan surah waw. Contoh(يذرؤكم):

- Sekiranya huruf hamzah itu fathah ataupun sukun dan sebelumnya fathah,maka ia

ditulis dengan surah alif. Contoh:أوهمم

§ Huruf hamzah di hujung kalimah

- Sekiranya sebelum huruf hamzah itu kasrah,Ia ditulis dengan surah ya Contoh: (قرئ)

Page 9: Penulisan Al

- Sekiranya sebelum huruf hamzah itu dommah,ia ditulis dengan surah waw.

Contoh:( امروا (أن

- Sekiranya sebelum huruf hamzah itu fathah ia ditulis dengan surah alif. Contoh:(

(بدأ

- Sekiranya sebelum huruf hamzah itu sukun,ia ditulis tanpa surah. Contoh:(دفء)

Hukum-hukum khas

- Apabila selepas huruf hamzah terdapat alif maka ia ditulis tanpa surah. Contoh(

:(ءامن

- Apabila selepas huruf hamzah terdapat ya,maka ia ditulis tanpa surah. Contoh:(

(خسءين

- Apabila selepas huruf hamzah terdapat waw,maka ia ditulis tanpa surah. Contoh:

(يءوده)

4. Kaedah keempat: Al-Ibdal (Menukarkan huruf)

Ibdal ialah menukarkan sesuatu huruf itu kepada huruf yang lain.Dalam penulisan

Rasm Uthmani kaedah ini terbahagi kepada lima bahagian iaitu ibdal alif kepada waw,ibdal

alif kepada ya,ibdal nun kepada alif,ibdal ta marbutah kepada ta maftuhah dan ibdal waw

kepada alif.

Ibdal alif kepada waw.

- Pada empat kalimah yang selalu berulang-ulang. Contoh:(الحيوة)

Ibdal alif kepada ya

- Apabila alif terletak di (الهدى)

- Huruf alif pada kalimah (نىأ) yang membawa maksud (يفك) .

Ibdal nun kepada alif

- Nun taukid khafiyyah pada kalimah (ليكوناو)

- Nun pada kalimah (ذنأ)

Ibdal ta marbutah kepada ta maftuhah

- Kalimah (حمةر) ditulis dengan ta maftuhah (حمتر)

Page 10: Penulisan Al

Ibdal waw kepada alif

- Semua kata nama dan kata perbuatan yang mempunyai tiga huruf dan asal huruf

yang ketiganya ialah waw. Contoh: (الصفا)

5. Kaedah kelima: Al-wasl wa al-Fasl (Menyambung dan memisahkan)

Al-wasl wa al-fasl ialah kaedah menyambung dan memisahkan tulisan pada huruf-huruf

atau kalimah-kalimah yang tertentu.Dalam penulisan Rasm Uthmani terdapat banyak

kalimah yang ditulis dengan cara bersambung pada sesuatu tempat, tetapi ditulis dengan

cara berpisah pada tempat yang lain dan begitu juga sebaliknya.

Ditulis dengan bersambung pada kalimah-kalimah berikut:

- Semua kalimah (الا) dalam al-quran melainkan pada sepuluh tempat.

- Semua kalimah (ماأ) dan (ماأ).

Ditulis dengan berpisah pada kalimah berikut:

- Semua kalimah ( ماأ (ين

6. Kaedah keenam: Ma fih Qira’atan (Kalimah yang mengandungi dua wajah

qiraat)

Ada beberapa kalimah yang ditulis dengan hadhaf huruf alif, tetapi bacaannya

bertepatan dengan dua wajah qiraat iaitu sama ada dengan alif panjang atau alif pendek.

Contoh: مللك huruf mimnya boleh dibaca panjang atau pendek.

Ditulis mengikut salah satu dari dua wajah qiraat

Apabila terdapat dua wajah qiraat pada sesuatu kalimah,maka ia ditulis dengan

menggunakan salah satu wajah yang lebih masyhur.

Contoh: (الصرط) ditulis dengan huruf sad walaupun ada qiraat yang membaca dengan

huruf sin dan huruf zay yang diisymamkan.

Berlaku penambahan disebabkan wajah qiraat yang berbeza

Terdapat beberapa perbezaan qiraat yang melibatkan penambahan sesuatu huruf atau

kalimah dan ini menyebabkan kaedah tulisan yang digunakan bagi qiraat tersebut tidak

sesuai digunakan bagi qiraat yang lain.Jadi,ia ditulis pada sebahagian mashaf dengan

satu kaedah dan sebahagian lagi mashaf dengan kaedah yang lain.

Contoh: ( األنهر تحتها تجرى ( جنت

Page 11: Penulisan Al

PENULISAN HADIS DI ZAMAN RASULULLAH SAW

                Sebenarnya penulisan hadis sudah bermula di zaman Rasulullah saw namun

penulisan ini tidaklah seperti  apa yang ada di zaman kita ini dan tidak juga penulisan ini

menjadi rujukan kepada orang ramai akan tetapi ianya hanya menjadi simpanan para

Sahabat r.a yang menulis hadis tersebut.Sepertimana Abu Hurairah r.a berkata:

“ يكتب كان فإنه عمرو بن الله عبد من إال مني عنه حديثا أكثر أحد النبي أصحاب من ما

أكتب ”وال

Maksudnya:”tiada sahabat nabi yang lebih banyak menghafal hadis rasulullah saw daripada

aku kecuali Abdullah b amru sesungguhnya da menulis aku pula tidak menulis”

(Riwayat Bukhari, kitab العلم bab  العلم (no 113  كتابة

Juga apa yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Amru beliau berkata:

“Aku menulis segala yang aku dengar daripada Rasulullah saw kerana aku ingin

menghafalnya dengan tidak semena orang quraisy melarang aku mereka berkata: adakah

engkau menulis sesuautu daripada Rasulullah saw seorang manusia kadang-kadang

bercakap dalam keadaan marah dan kadang-kadang dalam keadaan redha?maka aku

memberhentikan penulisan aku aka aku mengadu hal berikut kepada Rasulullah saw

kemudian Rasulullah saw meletakkan tangannya di atas lembaran seraya bersabda:”tulislah

demi nyawa aku di tangan-Nya tidak aku berkata kecuali datang dari aku perkara yang

benar”

(Riwayat abu Daud di dalam العلم dan Musnad Imam Ahmad 2015/2)

Maka di sini jelas bahawa penulisan hadis sudah muncul di zaman Rasulullah saw akan

tetatpi bukanlah ia menjadi rujukan untuk orang ramai. Di antara penulisan atau sahifah yang

muncul di peringkat ini:

1. As-sahifah as-sodiqoh yang ditulis oleh Abdullah bin Amru b al-as

2. Sahifah Ali bin Abi talib

3. Sahifah Saad b Ubadah

4. Lembaran yang mengandungi perintah dari Rasulullah saw tentang hokum hakam

kepada mereka yang dihantar ke tempat lain

Kesimpulannya, pada peringkat ini ilmu hadis tidak muncul dengan disiplin yang

tersendiri akan tetapi muncul secara tidak langsung iaitu periwayatan hadis daripada

Rasulullah saw kemudian disampaikan kepada sahabat yang lain.

Page 12: Penulisan Al

REHLAH ILMI DI ZAMAN SAHABAT 

Demi mencari riwayat maka para Sahabat r.a memperbanyakkan rehlah untuk

memastikan riwayat sebuah hadis ini dibuktikan dengan perbuatan Abu Ayyub al-Ansari

yang dikenali sebagai sahabat yang selalu melazimi Rasulullah saw bahawa beliau sanggup

pergi ke Mesir untuk mendengar hadis daripada Uqbah Bin Amir apabila selesai beliau terus

pulang ke Madinah Munawwarah.(ma’rifah ulum hadis karangan al-Hakim Nisaburi)

KAEDAH-KAEDAH YANG DIGUNAKAN DI ZAMAN SAHABAT 

1. Mengurangkan riwayat

2. memastikan periwayatan dengan perincian

3.Bertanya tentang rijal(perawi) yang meriwayatkan hadis

4.Kritikan terhadap riwayat

Kesimpulannya, di peringkat ini adalah sepertimana di zaman Rasulullah saw

bahawa pada zaman ini ilmu hadis tidak mempunyai disiplin yang tersusun namun zaman ini

terzahir beberapa kaedah dalam menerima riwayat hadis oleh para Sahabat dan sebahagian

Tabi’en.

Metodologi Penulisan Kitab Hadis Sahih Imam Bukhari

Imam Bukhari adalah ahli hadis yang termasyhur diantara para ahli hadis sejak dulu

hingga kini bersama dengan Imam Ahmad, Imam Muslim, Abu Dawud, Tirmidzi, An-Nasai,

dan Ibnu Majah. Dalam kitab-kitab fiqh dan hadis, hadis-hadis beliau memiliki darjat yang

tinggi. Sebahagian menyebut dengan jolokan Amirul Mukminin fil Hadis iaitu pemimpin kaum

mukmin dalam  ilmu hadis. Dalam bidang ini, hampir semua ulama di dunia merujuk

kepadanya.

Nama lengkap Imam Bukhari adalah Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim

ibn Mughirah al-Ja’fi ibn Bardizbah al-Bukhari, salah seorang dari perawi dan ahli hadis yang

terkenal. Beliau lebih dikenal dengan nama al-Bukhari, hal ini disandarkan pada tempat

kelahirannya iaitu Bukhari. Ada sumber mengatakan bahawa Imam Bukhari dilahirkan di

Bukhara, Uzbekistan, Asia Tengah. Beliau lahir pada hari Jumaat,13 Syawal 194 H pada 21

Julai 810 M. Ayahnya yang bernama Ismail terkenal sebagai seorang ulama yang soleh.

Tempat beliau lahir kini termasuk wilayah Rusia, yang waktu itu memang menjadi pusat

kebudayaan ilmu pengetahuan Islam sesudah Madinah, Damaskus dan Baghdad. Daerah itu

Page 13: Penulisan Al

pula yang telah melahirkan ilmuan-ilmuan besar seperti al-Farabi dan Ibnu Sina. Bahkan

ulama-ulama besar seperti Zamaksyari, al-Durdjani, al-Bairuni dan lain-lain, juga dilahirkan di

Asia Tengah. Sekalipun daerah tersebut telah jatuh di bawah kekuasaan  Soviet Union.

Kedudukan Imam Bukhari bukan sahaja dikenali dikalangan umat Islam sahaja, namun

seluruh umat manusia mengetahui kehebatan beliau. Kitab hadis Sahih Imam Bukhari

merupakan kitab hadis pertama yang menjadi rujukan para ahli hadis hingga sekarang

terutama dikalangan para ilmuwan muslim mahupun bukan Islam terutama tentang metod

dan pola penyusunan kitab hadis tersebut.

Di antara kota yang pernah beliau kunjungi dalam rangka mencari ilmu hadis adalah

ke Maru, Naisaburi, Ray, Baghdad, Basrah, Kuffah, Madinah, Mekkah, Mesir, Damaskus dan

Asqalani. Guru-gurunya dalam bidang hadis lebih dari 1000 orang. Beliau sendiri pernah

menyebutkan bahawa kitab al-Jami al-Sahih atau yang terkenal dengan nama Sahih al-

Bukhari, disusun hasil dari menemui 1080 orang guru dalam bidang ilmu hadis. Dari

perjalanan beliau tersebut, Imam Bukhari berhasil mengumpulkan hadis sebanyak 600 000

hadis, 300 000 hadis di antaranya beliau hafal, yang terdiri atas 200 000 hadis hasan, dan

100 000 hadis yang sahih.

Beliau seorang intelektual yang berdisiplin tinggi. Imam Bukhari  dikenali sebagai

pengarang kitab yang produktif. Karya-karyanya tidak hanya dalam disiplin ilmu hadis, tetapi

juga ilmu-ilmu lain, seperti tafsir, fiqh, dan sejarah. Fatwa-fatwanya selalu menjadi pegangan

umat sehingga mencapai darjat sebagai mujtahid mustaqil iaitu ulama yang ijtihadnya

terbuka, tidak terikat pada mazhab tertentu, sehingga mempunyai autoriti tersendiri dalam

pendapat berkaitan hukum. Pendapat-pendapat beliau sealiran dengan Imam Abu Hanifah

iaitu Imam Hanafi yang berpendirian mazhab hanafi, tetapi ada juga sedikit perbezaannya.

Sehingga pola penyusunan dan pola pimikiran beliau tentang hadis tidak bergantung kepada

satu mazhab saja, namun beliau mengambil dari berbagai pemikiran para ulama-ulama

dalam penyusunan kitab hadis tersebut.

Imam Bukhari diakui memiliki daya hafalan yang  tinggi, diakui oleh kakaknya Rasyid

bin Ismail. Kakak beliau pernah menceritakan, pernah Bukhari semasa remaja dan beberapa

murid lain mengikuti kuliah dan ceramah di Balkh. Tidak seperti murid lain, Bukhari tidak

pernah membuat catatan semasa kuliah. Beliau sering dicemuh kerana membuang masa

tidak mencatat, namun Bukhari diam tidak menjawab. Suatu hari, kerana sering dicemuh,

Bukhari meminta kawan-kawannya membawa catatan mereka, kemudian beliau

membacakan secara tepat apa yang pernah disampaikan  dalam kuliah dan ceramah

Page 14: Penulisan Al

tersebut. Tercenganglah mereka semua. Ternyata Bukhari menghafal di luar kepala 15 000

hadis, lengkap dengan keterangan yang tidak sempat mereka catat.

Berpandukan pada pendapat tersebut, dapat dikatakan bahawa Imam Bukhari

merupakan seorang yang pintar dan cerdas. Beliau pada usia muda telah menunjukan

kecintaan kepada ilmu hadis. Dalam menghimpun hadis-hadis sahih dalam kitabnya

tersebut, Imam Bukhari menggunakan kaedah-kaedah penelitian secara ilmiah dan terperinci

yang menyebabkan kesahahihan hadis-hadisnya. Beliau  berusaha dengan bersungguh-

sungguh untuk meneliti dan menyelidiki keadaan para perawi, serta berusaha mencari

kesahihan hadis-hadis yang diriwayatkannya.

Keistemewaan Penulisan Kitab Hadis Sahih Imam Bukhari

Kedudukan hadis dalam Islam sebagai sumber hukum. Para ulama juga telah bersepakat

bahawa dasar hukum Islam adalah al-Qur’an dan Sunnah iaitu al-Hadis. Kitab sahih Imam

Bukhari telah memperoleh penghargaan tertinggi dari para ulama. Para ulama telah

bersepakat bahawa Sahih al-Bukhari adalah satu-satunya kitab yang paling sahih sesudah

al-Qur’an.

Kitab Sahih Imam Bukhari diterima oleh para ulama secara sepenuhnya di setiap masa

dan keistimewaan kitab Imam Bukhari yang diungkapkan oleh para ulama, diantaranya:

1. Imam al-Tirmidzi berkata: Aku tidak melihat dalam ilmu I’Ilal iaitu cacat yang

tersembunyi  dalam hadis dan para tokoh hadis seorang yang lebih mengetahui dari Al-

Bukhari.

2. Ibn Khuzaimah berkata: Aku tidak melihat sesorang yang lebih mengetahui hadis

Rasulullah SAW dan yang lebih hafalan daripada Muhammad bin Ismail Al-Bukhari.

3. Al-Hafizh Adz-Dzahabi berkata: Dia adalah kitab Islam yang paling agung setelah kitab

Allah.

Di antara kelebihan daya ingatan dan kecerdasan Imam Bukhari ialah mampu

membawa 100 pasangan sanad hadis dan matan yang sengaja diajukan oleh 10 ulama

Baghdad semasa menguji kekuatan daya ingatan dan intelektual Imam Bukhari dalam

periwayatan hadis. Semua itu dapat dijawab oleh Imam Bukhari dengan baik. Para ulama

yang mengambil hadis dari Imam Bukhari antaranya yang sangat popular adalah Al-Tirmidzi,

Imam Muslim, An-Nasai, Ibrahim bin Ishaq al-Hurri, Muhammad bin Ahmad Ad-Daulabi,

Manshur bin Muhammad al-Bazdawi. Imam Bukhari meninggal dunia 1 Syawal 256 H/31

Page 15: Penulisan Al

Ogos 870 M pada hari jum’at malam sabtu iaitu malam Hari Raya Idul Fitri dalam usia 62

tahun kurang 13 hari di Samarkand.

Disamping cerdas, Imam Bukhari termasuk para ahli hadis yang kuat dan banyak

hafalannya, sehingga para ulama menempatkan kitabnya hadis Sahih Bukhari kitab yang

paling sahih setelah al-Qur’an. Namun disisi lain, terutama dari kalangan orientalis tidak

berhenti mengkritik Imam Bukhari terutama tentang metod dan pola penyusunan kitab

hadisnya.

Di antara kalangan dan tokoh orientalis yang mengkritik Imam Bukhari adalah, Ignaz

Goldziher, seorang orientalis berasal dari Hungaria dari keluarga Yahudi yang menjadi

pelopor pengkritik Imam Bukhari dalam periwayatan hadis. Prof. Dr. MM Azami dalam

bukunya Dirasat fil Hadis an-Nabawi wa Tarikh Tadwinih menyatakan bahawa Ignaz

Goldziher menuduh rujukan hadis yang dilakukan oleh ulama terdahulu terutama Imam

Bukhari tidak dapat disahihkan secara ilmiah kerana kelemahan metodnya. Menurut

Goldziher kerana para ulama lebih banyak menggunakan metod kritik sanad, dan kurang

menggunakan metod kritik matan. Goldziher kemudian mencadangkan metod kritik baru iaitu

kritik matan saja. Apabila diteliti cadangan Ignaz Goldziher, sebenarnya para ulama

terdahulu sudah menggunakan metod kritik matan. Apa yang dimaksud kritik matan oleh

Ignaz Goldziher itu berbeza dengan metod kritik matan yang digunakan oleh para ulama.

Menurutnya, kritik matan hadis itu mencakupi berbagai aspek seperti politik, sains, sosial

dan lain-lain. Beliau mengatakan bahawa dalam kitab Sahih Bukhari, Imam Bukhari hanya

melakukan kritik sanad dan tidak melakukan kritik matan. Sehingga setelah dilakukan kritik

matan oleh Ignaz Goldziher, hadis itu ternyata palsu.

Diantara para penulis moden atau intelektual Islam yang berfikikiran orientalis ini

adalah Profesor Ahmad Amin. Dalam bukunya Fajr al-Islam, beliau juga merendahkan ulama

hadis secara umum. Kemudian secara khusus, Imam Bukhari dikritiknya. Katanya, “Kita

melihat sendiri, meskipun tinggi reputasi ilmiahnya dan cermat penelitiannya, Imam Bukhari

ternyata menetapkan hadis-hadis yang tidak sahih dilihat dari segi perkembangan zaman

dan penemuan ilmiah, kerana penelitian beliau hanya terbatas pada kritik sanad saja.

Menurut Ahmad Amin, banyak hadis-hadis Bukhari yang yang tidak sahih, atau secara

tepatnya palsu. Diantaranya adalah sebuah hadis di mana Rasulullah SAW bersabda,

“Seratus tahun lagi tidak ada orang yang masih hidup diatas bumi ini”. Hadis ini oleh Ahmad

Amin dinilai palsu, kerana ternyata setelah seratus tahun sejak Rasulullah SAW mengatakan

hal itu masih banyak orang yang hidup diatas bumi ini.

Page 16: Penulisan Al

Seorang pakar hadis berasal dari Indonesia, Prof. Dr. Ali Musthafa Yaqub dalam

bukunya kritik hadis menyatakan, adalah suatu tindakan yang sangat tidak ilmiah apabila

ada orang yang terburu-buru menilai bahawa suatu hadis itu palsu menurut penilaiannya,

kerana bertentangan dengan al-Qur’an dan bertentangan dengan hadis yang lain yang

sedarjat kualitinya sebelum melihat karya tulisan para ulama terdahulu yang membahas

masalah tersebut. Kejahilan seseorang dalam memahami maksud suatu hadis tidak dapat

dijadikan alasan untuk menilai bahawa hadis tersebut palsu.[12]

Dengan demikian, bahawa para orientalis tidak ilmiah dalam menilai bahawa dalam

hadis-hadis Imam Bukhari terdapat riwayat-riwayat yang palsu dan bertentangan dengan al-

Qur’an, kerana kritikan mereka tidak ilmiah. Namun dalam berdasarkan kritikan yang

dilakukan oleh tokoh-tokoh orientalis kepada Imam Bukhari, hanya perkara kecil iaitu dalam

pola penyusunan hadis yang dilakukan oleh Imam Bukhari hanya menggunakan pendekatan

sanad saja, beliau mengabaikan pengkajian hadis yang disandarkan kepada matan.

Disinilah yang menjadi perbezaan antara pola penyusunan kitab hadis antara Imam

Bukhari dan Imam Muslim iaitu terletak pada sanad dan matan. Berdasarkan pada kitab

hadis Imam Bukhari dan Imam Muslim, bahawa metod atau pola penyusunan kitab hadis

yang dilakukan Imam Bukhari adalah menggunakan pendekatan kepada sanad, sedangkan

Imam Muslim adalah menggunakan pendekatan sanad dan matan. Akan tetapi bahawa

Imam Muslim lebih mengutamakan kepada pendekatan matan dibandingakan dengan

gurunya Imam Bukhari.