pentadbiran am, jabatan perdana menteri no...

33
PENTADBIRAN AM, JABATAN PERDANA MENTERI NO SEBUT HARGA: JPM/S/PA/73/2011 DOKUMEN SEBUT HARGA BAGI SEBUT HARGA PERKHIDMATAN PENGHANTARAN, PEMASANGAN, KONFIGURASI, PENGUJIAN DAN PENYERAHAN PERKAKASAN PERISIAN BAGI SISTEM KAMERA LITAR TERTUTUP (CCTV) DI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN (SIAP) PENYEBUT HARGA DIKEHENDAKI MEMBACA DAN MEMAHAMI BUTIRAN YANG TERKANDUNG DI DALAM DOKUMEN SEBUT HARGA SEBELUM MENGISIKANNYA

Upload: phungkiet

Post on 06-Feb-2018

281 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENTADBIRAN AM, JABATAN PERDANA MENTERI NO …e-tatatertib.jpm.gov.my/userfiles/file/Dokumen_Sebutharga_CCTV.pdf · diisi pada borang “Tawaran Teknikal ” ... nombor sebut harga

PENTADBIRAN AM, JABATAN PERDANA MENTERI

NO SEBUT HARGA: JPM/S/PA/73/2011

DOKUMEN SEBUT HARGA BAGI SEBUT HARGA PERKHIDMATAN PENGHANTARAN,

PEMASANGAN, KONFIGURASI, PENGUJIAN DAN PENYERAHAN PERKAKASAN PERISIAN BAGI SISTEM KAMERA LITAR TERTUTUP (CCTV) DI SURUHANJAYA

INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN (SIAP)

PENYEBUT HARGA DIKEHENDAKI MEMBACA DAN MEMAHAMI BUTIRAN YANG TERKANDUNG DI DALAM DOKUMEN SEBUT

HARGA SEBELUM MENGISIKANNYA

Page 2: PENTADBIRAN AM, JABATAN PERDANA MENTERI NO …e-tatatertib.jpm.gov.my/userfiles/file/Dokumen_Sebutharga_CCTV.pdf · diisi pada borang “Tawaran Teknikal ” ... nombor sebut harga

Page 2 of 33

ARAHAN – ARAHAN DAN SYARAT RINGKAS KEPADA PENYEBUT HARGA BAGI SEBUT HARGA PERKHIDMATAN PENGHANTARAN, PEMASANGAN,

KONFIGURASI, PENGUJIAN DAN PENYERAHAN PERKAKASAN PERISIAN BAGI SISTEM KAMERA LITAR TERTUTUP (CCTV) DI SURUHANJAYA INTEGRITI

AGENSI PENGUATKUASAAN (SIAP)

Syarikat-syarikat yang berkenaan adalah dipelawa untuk menyertai sebut harga bagi

sebut harga Bil JPM/S/PA/73/2011 - Perkhidmatan penghantaran, pemasangan,

konfigurasi, pengujian dan penyerahan perkakasan perisian bagi Sistem

Kamera Litar Tertutup (CCTV) di Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan

(SIAP).

Kerja-kerja perkhidmatan ini adalah termasuk:

a. Menghantar, Memasang, Mengkonfigurasi dan Menguji bagi semua kerja yang telah disebut di atas sehingga pengguna berpuas hati;

b. Lain-lain perkakasan/ perisian berkaitan dengan pemasangan (fitting) yang perlu bagi unit di atas untuk berfungsi; c. Penyebutharga boleh mengemukakan spesifikasi yang lebih baik mengikut kesesuaian untuk pertimbangan tetapi tidak melibatkan pertambahan kos pembiayaan bagi sebutharga ini; d. Penyebutharga boleh mengemukakan tempoh jaminan yang lebih panjang mengikut kesesuaian untuk pertimbangan tetapi tidak melibatkan pertambahan kos pembiayaan bagi sebutharga ini;

e. Penyebutharga yang berjaya perlu menandatangani satu perjanjian antara

Pembekal dan pihak Pentadbiran Am, Jabatan Perdana Menteri;

f. Penyebutharga perlu mematuhi ‘scope of works’ teknikal seperti yang

dinyatakan di dalam Lampiran T1 atau yang setara dengannya;

g. Sebelum sesuatu kontrak perkhidmatan disempurnakan penyebutharga yang

berjaya dikehendaki memberi Bon Pelaksanaan sebanyak 2.5% daripada

jumlah nilai kontrak yang bernilai RM 50,000.00 tetapi tidak melebihi

RM500.000.00 setahun dan sebanyak 5% bagi kontrak yang nilainya melebihi

RM500.000.00 setahun;

Page 3: PENTADBIRAN AM, JABATAN PERDANA MENTERI NO …e-tatatertib.jpm.gov.my/userfiles/file/Dokumen_Sebutharga_CCTV.pdf · diisi pada borang “Tawaran Teknikal ” ... nombor sebut harga

Page 3 of 33

h. Bon Pelaksanaan hendaklah dalam bentuk jaminan bank daripada bank yang

berdaftar di Malaysia yang diluluskan. Bagi kontrak-kontrak yang bernilai tidak

melebihi RM500,000.00 (Nilai keseluruhan kontrak) jaminan insuran daripada

syarikat-syarikat insuran yang berdaftar di Malaysia yang diluluskan boleh

diterima selain daripada wang tunai dan jaminan bank. Bon Pelaksanaan ini

akan dikembalikan sesudah kontrak diselesaikan dengan memuaskan dan

pihak syarikat yang berjaya telah menyelesaikan semua hutang piutang

dengan Kerajaan;

i. Tempoh sah laku Bon Pelaksanaan adalah meliputi tempoh kontrak dan tamat

12 bulan selepas tempoh kontrak;

j. Bon Pelaksanaan ini hendaklah dikemukakan dalam tempoh tiga puluh hari

(30) hari dari tarikh surat setuju terima tawaran;

k. Penyebutharga perlu mengambil polisi insurans bagi Insurans Tanggungan

Awam, Insuran Pampasan Pekerja dan lain-lain polisi yang difikirkan perlu dan

diminta oleh Kerajaan atas perbelanjaan sendiri. Polisi insurans yang

diperakui dan resit ke atas premium yang dibeli itu hendaklah dikemukakan

kepada Kerajaan dalam masa tiga puluh hari (30) hari selepas notis

penerimaan tawaran;

l. Syarikat yang berminat dalam sebutharga ini mesti mempunyai pengalaman

dalam penghantaran, pemasangan, konfigurasi, pengujian dan penyerahan

perkakasan perisian bagi sistem kamera litar tertutup (CCTV) sekurang-

kurangnya tiga (3) tahun, cadangan Penyebutharga yang tidak lengkap

atau tidak memenuhi kelayakan teknikal boleh menyebabkan tawarannya

dikeluarkan daripada proses penilaian teknikal;

m. Penyebut harga hendaklah memasukkan “Y” untuk Ya atau “N” untuk Tidak

bagi PEMATUHAN spesifikasi yang ditetapkan di ruang yang disediakan.

Ketidakpatuhan ini boleh menyebabkan tawaran Penyebutharga TIDAK

DIPERTIMBANGKAN dan akan DITOLAK;

Page 4: PENTADBIRAN AM, JABATAN PERDANA MENTERI NO …e-tatatertib.jpm.gov.my/userfiles/file/Dokumen_Sebutharga_CCTV.pdf · diisi pada borang “Tawaran Teknikal ” ... nombor sebut harga

Page 4 of 33

n. Penyebut harga MESTI menyertakan sekali Profil Syarikat sebagai dokumen

sokongan bagi sebut harga ini. Ketidakpatuhan ini boleh menyebabkan

tawaran Penyebutharga TIDAK DIPERTIMBANGKAN dan akan DITOLAK;

o. Keutamaan diberi kepada syarikat yang mempunyai tenaga pekerja yang

berpengalaman dan mahir seperti yang dinyatakan dalam arahan (l);

p. Kesemua penyebut harga yang menghantar dokumen sebut harga diwajibkan

menandatangani Surat Akuan Pembida bahawa ia tidak akan menawar atau

memberi rasuah sebagai sogokan untuk mendapatkan kontrak. Wakil syarikat

yang menandatangani Surat Akuan Pembida hendaklah juga melampirkan

Surat Perwakilan Kuasa menandatangani bagi pihak syarikat. Surat Akuan

Pembida adalah seperti di Lampiran A1;

q. Penyebut harga MESTI menghantar bersama-sama 1 SALINAN SOFTCOPY

DALAM BENTUK CAKERA PADAT (CD) (Bukan Disket) dan 1 SALINAN

HARDCOPY bagi fail “Tawaran Kewangan’’ dan “Tawaran Teknikal” yang

dimasukkan ke dalam sampul surat yang berbeza. Kedua-dua sampul surat

ini perlu disertakan sekali dalam satu sampul surat BESAR. Format fail mesti

dalam Format Asal bukan PDF atau apa-apa yang selain daripada Microsoft

Excel;

r. Tidak dibenar meletakkan apa-apa nama atau logo yang boleh mengaitkan

atau dikenali bagi sesuatu syarikat di setiap helaian atau dalam ruangan untuk

diisi pada borang “Tawaran Teknikal” sama ada salinan hardcopy atau

softcopy. Ketidakpatuhan ini boleh menyebabkan tawaran Penyebut harga

TIDAK DIPERTIMBANGKAN dan akan DITOLAK;

s. Penyebutharga mesti menghantar Salinan hardcopy dan mengisi Sistem

ePerolehan bagi serahan secara atas talian dan muat naik dokumen yang

diarahkan ke sistem ePerolehan. Jika berlaku Ketidakpatuhan ini boleh

menyebabkan tawaran Penyebut harga TIDAK DIPERTIMBANGKAN dan

akan DITOLAK;

Page 5: PENTADBIRAN AM, JABATAN PERDANA MENTERI NO …e-tatatertib.jpm.gov.my/userfiles/file/Dokumen_Sebutharga_CCTV.pdf · diisi pada borang “Tawaran Teknikal ” ... nombor sebut harga

Page 5 of 33

t. Penyebutharga MESTI menjalankan ujian peringkat akhir iaitu FAT (Final

Acceptance Test) bagi memastikan kesemua sistem/perisian/peralatan

tersebut dapat berfungsi dengan sempurna. Jika didapati

sistem/perisian/peralatan tersebut gagal berfungsi dan memerlukan

sistem/perisian/peralatan tambahan yang lain, maka kos untuk perolehan

tersebut di bawah tanggungjawab Penyebut harga. Kerajaan tidak akan

menanggung sebarang kos tambahan untuk perolehan tersebut.

u. Penempatan peralatan di Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan

(SIAP) adalah menjadi hak Pentadbiran Am, Jabatan Perdana Menteri.

v. Tawaran sebut harga hendaklah mengambil kira fi perkhidmatan sebanyak

0.8% bagi setiap transaksi bayaran yang dijana melalui sistem eP yang

dikenakan kepada syarikat yang dilantik, tertakluk kepada had maksimum

RM9,600.00 bagi setiap transaksi melebihi RM1.2 juta.

TARIKH TUTUP w. Satu salinan tawaran kewangan dan tawaran teknikal juga hendaklah

dikemukakan secara manual sebelum waktu dan tarikh tutup yang ditetapkan.

Tawaran kewangan dan tawaran teknikal termasuk dokumen sokongan

berkaitan hendaklah disediakan dalam dua (2) sampul yang berasingan dan

berlakri. Kedua-dua sampul tersebut kemudiannya hendaklah dimasukkan ke

dalam satu (1) sampul surat berlakri serta dimasukkan ke dalam peti tawaran

sebut harga sebelum tarikh dan masa sebut harga ditutup. Kesemua sampul

hendaklah dilabelkan di sudut atas sebelah kanan dengan nombor sebut

harga jabatan, nombor sebut harga eP (contoh: X007101000009xxxx) dan

nombor tawaran sebut harga dari penyebut harga yang dijana oleh sistem

eP (contoh: Y007101000009xxxxxx) dan hendaklah dimasukkan ke dalam

Peti Sebut Harga di Seksyen Pentadbiran, Bahagian Khidmat

Pengurusan, Aras 2, Blok B8, Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat

Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62502 Putrajaya.

Page 6: PENTADBIRAN AM, JABATAN PERDANA MENTERI NO …e-tatatertib.jpm.gov.my/userfiles/file/Dokumen_Sebutharga_CCTV.pdf · diisi pada borang “Tawaran Teknikal ” ... nombor sebut harga

Page 6 of 33

x. Tawaran sebut harga hendaklah dimasukkan ke dalam peti penyebut harga sebelum atau pada: Tarikh : 25 November 2011 (Jumaat) Masa : 12.00 tengah hari. y. Mana-mana tawaran sebut harga yang dihantar lewat tidak akan diterima.

Jabatan ini tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kelewatan yang

timbul secara langsung atau tidak langsung kepada tawaran penyebut harga

yang dihantar melalui pos/perkhidmatan courier.

SYARAT-SYARAT AM PENYEBUTHARGA

Penyebutharga mesti mematuhi sepenuhnya syarat-syarat ini apabila menyertai

sebut harga. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat di bawah ini membolehkan

sebut harga tersebut tidak dipertimbangkan dan terus ditolak.

1. KELAYAKAN UNTUK MEMASUKI SEBUTHARGA

1.1 Syarikat yang hendak menyertai sebutharga ini hendaklah terlebih

dahulu berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam kod

bidang 220111, 210102, 210104 dan 210106 serta masih mempunyai

tempoh sah laku pendaftaran sekurang-kurangnya 3 bulan dari tarikh

sebutharga ini ditutup. Salinan surat Pendaftaran Kontraktor hendaklah

disertakan bersama-sama dengan tawaran. Jika tempoh pendaftaran

hampir tamat (kurang daripada 3 bulan), penyebutharga hendaklah

mengemukakan salinan surat dari Kementerian Kewangan atau resit

permohonan dari Kementerian Kewangan yang menyatakan bahawa

permohonan untuk lanjutan telah dibuat; dan

1.2 Semua borang-borang yang berhubung dengan sebutharga hendaklah

ditandatangani oleh orang yang diberi kuasa oleh penyebutharga.

Mana-mana borang yang tidak bertandatangan dan dicop dengan cop

penyebutharga akan ditolak terus daripada pertimbangan.

Page 7: PENTADBIRAN AM, JABATAN PERDANA MENTERI NO …e-tatatertib.jpm.gov.my/userfiles/file/Dokumen_Sebutharga_CCTV.pdf · diisi pada borang “Tawaran Teknikal ” ... nombor sebut harga

Page 7 of 33

2. DOKUMEN SEBUT HARGA

Sebut Harga hendaklah dibuat di atas borang-borang yang telah disediakan dan selepas ini dipanggil Dokumen Sebut Harga. Dokumen ini dibahagikan kepada lima (5) bahagian seperti berikut:

BIL

PERKARA

1. Bahagian I - Syarat-syarat Wajib dan Am Sebut Harga

2. Bahagian II

- Skop dan spesikasi Perkhidmatan: • Lampiran T1 - Jadual Spesifikasi dan pematuhan

Teknikal CCTV • Lampiran T2 – Surat akuan prinsipal pembekal asal

• Lampiran T3 – Surat akuan prinsipal untuk tempoh jaminan

• Lampiran T4 - Menyediakan contoh draf User Acceptance Test (UAT) untuk pengguna di Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP).

• Dokumen-dokumen sokongan teknikal (katalog atau brosur item yang ditawarkan)

3. Bahagian III Skop Harga:

Lampiran K - Jadual Harga Sebut Harga

4. Bahagian IV - Senarai lampiran yang lain:

• Lampiran I - Latar Belakang Syarikat

• Lampiran II – Pengalaman Kerja dalam bidang berkaitan

• Lampiran III – Surat Akuan Pembida

• Lampiran IV – Senarai Semak (Dilampirkan di Muka hadapan Dokumen Sebut Harga)

3. HARGA TAWARAN

3.1 Harga-harga yang ditawarkan adalah termasuk semua kos seperti

pengangkutan, perkhidmatan, peralatan dan lain-lain yang

bersangkutan dengan perkhidmatan penghantaran, pemasangan,

konfigurasi, pengujian dan penyerahan perkakasan perisian bagi

sistem kamera litar tertutup (CCTV) di Suruhanjaya Integriti Agensi

Penguatkuasaan (SIAP);

Page 8: PENTADBIRAN AM, JABATAN PERDANA MENTERI NO …e-tatatertib.jpm.gov.my/userfiles/file/Dokumen_Sebutharga_CCTV.pdf · diisi pada borang “Tawaran Teknikal ” ... nombor sebut harga

Page 8 of 33

3.2 Harga-harga yang ditawarkan dalam sebutharga ini adalah tetap dan

tidak boleh dipinda selepas sebutharga ini ditutup dan akan

berkuatkuasa selama dalam tempoh sahlaku sebutharga.

Penyebutharga yang berjaya hendaklah mematuhi syarat-syarat

kontrak selama tempoh kontrak berkuatkuasa dan tidak boleh dibuat

sebarang perubahan;

3.3 Harga yang dikemuka hendaklah dalam Ringgit Malaysia (RM) dan

tempoh sah lakunya tidak kurang dari enam (6) bulan dari tarikh tutup

penyerahan sebutharga dan pihak penyebutharga tidak boleh menarik

balik sebutharga mereka dalam tempoh ini. Penyebutharga hendaklah

mengambilkira kenaan/potongan sebanyak 0.8% yang akan dibuat ke

atas setiap invois di dalam cadangan Harga.

4. TAKLIMAT

4.1 Penyebutharga adalah diwajibkan menghadiri taklimat ke tempat

berkenaan sebelum membuat tawaran pada hari yang ditetapkan.

Taklimat ini adalah penting supaya penyebutharga mendapat gambaran

sebenar mengenai kedudukan kawasan-kawasan yang terlibat serta

membantu penyebutharga dalam menentukan kadar harga yang

sepatutnya ditawarkan. Penyebutharga yang tidak menghadiri taklimat

pada hari yang ditetapkan TIDAK DIBENARKAN untuk menyertai

tawaran ini. Taklimat akan diadakan pada 18 November 2011

(Jumaat) bertempat di Bilik Seminar 1, Aras 3, Blok B1, Kompleks

JPM, Putrajaya pada jam 10.30 pagi.

5. POLISI INSURANS

5.1 Penyebutharga dikehendaki mengambil polisi insuran bagi insurans

Tanggungan Awam, Insurans Pampasan Pekerja dan lain-lain polisi

yang difikirkan perlu dan diminta oleh Kerajaan atas perbelanjaan

sendiri. Polisi insurans yang diperakui dan resit ke atas premium yang

Page 9: PENTADBIRAN AM, JABATAN PERDANA MENTERI NO …e-tatatertib.jpm.gov.my/userfiles/file/Dokumen_Sebutharga_CCTV.pdf · diisi pada borang “Tawaran Teknikal ” ... nombor sebut harga

Page 9 of 33

dibeli itu hendaklah dikemukakan kepada Kerajaan dalam masa (30)

hari selepas notis penerimaan tawaran; dan

5.2 Penyebutharga dikehendaki mengambil polisi insurans yang

menyeluruh untuk perkhidmatan ini daripada syarikat insurans yang

diiktiraf oleh Kerajaan bagi meliputi semua tanggungjawab termasuk

risiko terhadap kebakaran, kecurian atau kehilangan di mana jumlah

kejadian adalah tidak terhad dan melindungi semua peralatan termasuk

mana-mana yang berkaitan dengan polisi insurans tersebut dari tarikh

mula perjanjian ini sehingga tarikh tamat tempoh penyewaan.

6. MENARIK BALIK TAWARAN/MENOLAK TAWARAN

6.1 Penyebutharga tidak boleh menarik balik tawaran sebelum sebutharga

dipertimbangkan atau setelah tawaran disetujuterima oleh Kerajaan.

Jika penyebutharga menarik diri, nama penyebutharga akan

dikemukakan kepada Kementerian Kewangan Malaysia untuk tindakan

tatatertib, termasuk penggantungan pendaftaran.

7. TEMPOH SAHLAKU TAWARAN

7.1 Tempoh sah laku sebutharga ini ialah selama 90 hari bermula daripada

tarikh sebutharga ditutup. Tempoh ini boleh dengan persetujuan

bersama dilanjutkan jika dan apabila perlu.

8. PENGIKLANAN

8.1 Penyebutharga yang berjaya tidak dibenarkan menyiarkan iklan

mengenai kejayaan di dalam sebarang akhbar atau alat pengiklanan

yang lain melainkan jika pengiklanan telah dihantar kepada dan

diluluskan oleh Kerajaan terlebih dahulu.

9. SETUJUTERIMA SEBUTHARGA

9.1 Kerajaan tidak terikat untuk menyetujuterima sebutharga yang terendah

atau mana-mana sebutharga juapun. Keputusan sebutharga adalah

Page 10: PENTADBIRAN AM, JABATAN PERDANA MENTERI NO …e-tatatertib.jpm.gov.my/userfiles/file/Dokumen_Sebutharga_CCTV.pdf · diisi pada borang “Tawaran Teknikal ” ... nombor sebut harga

Page 10 of 33

muktamad. Kerajaan tidak akan melayan sebarang surat menyurat

yang berupa rayuan dari syarikat-syarikat berkenaan sebab-sebab

sebutharga mereka tidak berjaya; dan

9.2 Penyebutharga yang berjaya dikehendaki menandatangani satu

perjanjian kontrak dengan Kerajaan Malaysia dan adalah terikat dengan

syarat-syarat yang terkandung dalam perjanjian dan syarat-syarat

tender.

10 TEMPOH SIAP

10.1 Penyebut Harga yang berjaya dikehendaki menyiapkan Perkhidmatan

penghantaran, pemasangan, konfigurasi, pengujian dan

penyerahan perkakasan perisian bagi Sistem Kamera Litar

Tertutup (CCTV) di Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan

(SIAP) dalam tempoh 4 MINGGU selepas penerimaan Surat Setuju

Terima. Maklumat ini perlu dinyatakan secara jelas dalam Lampiran Q

11 PEMBAYARAN

11.1 Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Perdana Menteri akan

membuat pembayaran apabila berpuas hati bahawa pelaksanaan

sebutharga memenuhi penentuan yang dipersetujui oleh kedua-dua

belah pihak. Walau bagaimanapun tiada apa-apa bayaran dibuat

sebelum kontrak perkhidmatan dimeterai oleh kedua-dua pihak.

12 PINDAAN

12.1 Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Perdana Menteri berhak

meminda atau membatalkan mana-mana dokumen yang membentuk

sebahagian daripada pelawaan sebutharga ini, pada bila-bila masa

tanpa memberi notis terlebih dahulu untuk menguatkuasakan

perubahan dalam polisi atau membetulkan mana-mana yang silap,

tertinggal, tidak jelas atau tidak selaras yang mungkin timbul selepas

pelawaan sebutharga ini dikeluarkan.

Page 11: PENTADBIRAN AM, JABATAN PERDANA MENTERI NO …e-tatatertib.jpm.gov.my/userfiles/file/Dokumen_Sebutharga_CCTV.pdf · diisi pada borang “Tawaran Teknikal ” ... nombor sebut harga

Page 11 of 33

13 HAK MILIK

13.1 Sebarang pendaftaran peralatan atau perisian mestilah didaftarkan atas

nama Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Perdana Menteri

sebagai pemilik sah dalam masa tempoh penyewaan yang merangkumi

semua aspek peralatan tersebut;

13.2 Selepas tempoh penyewaan tamat, Bahagian Khidmat Pengurusan,

Jabatan Perdana Menteri akan menjadi hak milik bagi kesemua

Peralatan, Perisian dan lesen atau apa – apa yang berkaitan.

Penyebutharga perlu menyerah kesemua Peralatan, Perisian dan lesen

atau apa – apa yang berkaitan yang disertakan dalam tawaran

Perkhidmatan penghantaran, pemasangan, konfigurasi, pengujian

dan penyerahan perkakasan perisian bagi sistem kamera litar

tertutup (CCTV) di Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan

(SIAP) kepada Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Perdana

Menteri; dan

13.3 Penyebutharga bersetuju bahawa peralatan akan menjadi hak milik

Jabatan iaitu Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Perdana Menteri

selepas tamat tempoh kontrak penyewaan.

14 PENAMATAN KONTRAK

14.1 Kerajaan berhak menamat kontrak jika penyebutharga tidak mematuhi

perjanjian syarat atau perjanjian yang ditandatangani.

15. KRITERIA PEMILIHAN

15.1 Pertimbangan akan diberi keutamaan kepada perkara-perkara berikut:-

a. Latar belakang, pengalaman dan rekod kejayaan syarikat;

b. Keupayaan syarikat menyediakan perkhidmatan yang cekap, sistematik

dan peka terhadap keperluan Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan

Perdana Menteri;

Page 12: PENTADBIRAN AM, JABATAN PERDANA MENTERI NO …e-tatatertib.jpm.gov.my/userfiles/file/Dokumen_Sebutharga_CCTV.pdf · diisi pada borang “Tawaran Teknikal ” ... nombor sebut harga

Page 12 of 33

c. Mempunyai kakitangan/pekerja yang mencukupi dan bersesuaian

dengan tapak kerja dan skop/spesifikasi perkhidmatan;

d. Mempunyai kenderaan, peralatan yang mencukupi dan bersesuaian

dengan tapak kerja dan skop/spesifikasi perkhidmatan;

e. Faktor prestasi kerja tawaran yang dikemukakan; dan

f. Kemantapan kewangan, Syarikat MESTILAH mengemukakan Penyata

Kewangan Bank bagi tiga (3) bulan terkini.

16. SYARAT-SYARAT TAMBAHAN

16.1 Syarat-syarat tambahan ini adalah menjadi sebahagian daripada

syarat-syarat kontrak:

a. Penyebutharga jika berjaya adalah diwajibkan berbincang

dengan pihak Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Perdana

Menteri berkaitan perkara-perkara berikut:

1.1 Mengatur program kerja

1.2 Senarai pekerja yang dibekalkan

1.3 Lain-lain perkara yang berkaitan

b. Penyebutharga dikehendaki menyerahkan gambar ukuran

pasport, salinan kad pengenalan serta senarai nama pekerja

pada hari pertama mereka menjalankan Perkhidmatan

penghantaran, pemasangan, konfigurasi, pengujian dan

penyerahan perkakasan perisian bagi sistem kamera litar

tertutup (CCTV) di Suruhanjaya Integriti Agensi

Penguatkuasaan (SIAP);

c. Penyebutharga hendaklah memastikan semua pekerja sentiasa:

Page 13: PENTADBIRAN AM, JABATAN PERDANA MENTERI NO …e-tatatertib.jpm.gov.my/userfiles/file/Dokumen_Sebutharga_CCTV.pdf · diisi pada borang “Tawaran Teknikal ” ... nombor sebut harga

Page 13 of 33

1.1 Mematuhi dan menghormati peraturan-peraturan semasa

bertugas di Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan

(SIAP); dan

1.2 Mencatitkan nama dalam buku kedatangan atau lain-lain

rekod kehadiran yang ditetapkan oleh penyebutharga.

17. MESIN, PERALATAN DAN KENDERAAN

17.1 Penyebutharga adalah bertanggungjawab membekalkan dan

menyediakan mesin dan peralatan yang bersesuai dengan jumlah yang

bersesuaian dengan tapak kerja dan skop kerja;

17.2 Pekerja-pekerja perlu dibekalkan dengan “tool-kit” yang sesuai supaya

dapat menjalankan tugas dengan segera dan efektif;

17.3 Semasa perkhidmatan sedang berjalan, Penyebutharga adalah

bertanggungjawab ke atas keselamatan:

a. Pekerja-pekerja Penyebutharga; dan

b. Harta Benda Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP)

18. Penyebutharga adalah dikehendaki membaiki atau mengganti apa-apa

kerosakan yang berlaku kepada harta benda Suruhanjaya Integriti Agensi

Penguatkuasaan (SIAP) akibat daripada kelalaian pihak pekerja

penyebutharga semasa mengendalikan perkhidmatan berkenaan. Jika

perkhidmatan yang sedang dikendalikan itu mempunyai unsur bahaya kepada

orang awam penyebutharga hendaklah meletakkan tanda AMARAN;

19. Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Perdana Menteri adalah sentiasa

berhak untuk memeriksa dan melawat kawasan-kawasan yang sedang diberi

perkhidmatan ini. Penyebutharga dikehendaki memberi kemudahan dan

kerjasama kepada Setiausaha Bahagian atau wakilnya untuk menilai serta

memeriksa kawasan di mana perkhidmatan tersebut sedang dilaksanakan.

Page 14: PENTADBIRAN AM, JABATAN PERDANA MENTERI NO …e-tatatertib.jpm.gov.my/userfiles/file/Dokumen_Sebutharga_CCTV.pdf · diisi pada borang “Tawaran Teknikal ” ... nombor sebut harga

Page 14 of 33

20. Kerajaan berhak pada atau bila-bila masa menamatkan kontrak ini sekiranya

didapati perkhidmatan yang diberi oleh penyebutharga tidak memuaskan.

21. PERINGATAN KESALAHAN RASUAH

21.1 Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah adalah menawar atau

memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara

rasuah kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan

ini merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya

Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694);

21.2 Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-

apa suapan kepada mana-mana anggota pentabdiran awam, maka

pihak yang ditawar atau diberi suapan dikehendaki membuat

aduan dengan segera ke pejabat Suruhajaya Pencegahan Rasuah

Malaysia atau balai polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat

demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta

Suruhanjaya Pencegahan rasuah Malaysia 2009 (Akta 694);

21.3 Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib

terhadap anggota perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan

kontraktor atau pembekal boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat

dengan kesalahan rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan

Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694); dan

21.4 Mana-mana kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran

berkaitan perolehan ini walaupun perolehan ini tiada kerja dibuat atau

tiada sebarang dibekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau

tiada perkhidmatan diberi dan mana-mana anggota perkhidmatan

awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan

kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

2009 (Akta 694).

Page 15: PENTADBIRAN AM, JABATAN PERDANA MENTERI NO …e-tatatertib.jpm.gov.my/userfiles/file/Dokumen_Sebutharga_CCTV.pdf · diisi pada borang “Tawaran Teknikal ” ... nombor sebut harga

Page 15 of 33

BAHAGIAN II

SKOP DAN SPESIFIKASI

PERKHIDMATAN (LAMPIRAN T)

- Rujuk seperti di Lampiran T

Page 16: PENTADBIRAN AM, JABATAN PERDANA MENTERI NO …e-tatatertib.jpm.gov.my/userfiles/file/Dokumen_Sebutharga_CCTV.pdf · diisi pada borang “Tawaran Teknikal ” ... nombor sebut harga

Page 16 of 33

BAHAGIAN III

JADUAL HARGA

NO KETERANGAN ITEM QTY HARGA SEUNIT

(RM)

JUMLAH HARGA

(RM)

1 CAMERA

i.

Type 1 - AXIS P3343 - SVGA, day/night, fixed dome with discreet, tamper-resitant indoor casing. Varifocal 3.3-12 mm DC-iris lens, remote focus and zoom. Multiple, individually configurable H.264 and Motion JPEG streams; max SVGA resolution at 30 fps. WDR. Video motion detection and active tampering alarm. Two-way audio with builtin microphone and audio detection- I/O for alarm/event handling. SD/SDHC memory card slot for optional local video storage. Power over Ethernet. Midspan not inluded. Includes smoked and clear transparent covers.

14

ii.

Type 2 - AXIS M5014 PTZ - The ultra-discreet AXIS M5014 measures only 13 cm (5.1”) wide and 5.6 cm (2.2”) high. The ceiling-mount AXIS M5014 enables flexible coverage over a 400 sq. m. (4300 sq. ft.) area, with a ±180° pan, 90° tilt and 3x digital zoom. The camera helps users remotely manage one or more business locations for improved profitability and on-site security.

6

2 INFRASTRUCTURE-LOCAL AREA NETWORK (LAN)

i. 24 Port POE Switch 6

ii. Installation, Cabling for CCTV, Door Access and Electrical (inclusive of Hacking & Makegood)

1

iii. Inter-floor Backbone Fibre 1

3 Equipment Rack 42U

i. 42U 19" rack, 600mm width, 1000mm depth m width PDU unit for power supply

1

4 Equipment Rack 9U

i. 400mm / 15.75" Deep, Wall Mount Cabinet Overall Dimension Station : 23.6"(W) x 21"(H) x 15.75"(D) Useable Dimensions: 19"(W) x 16.25" (H) x 14" (D) W/ Fixed railing

1

5 LCD TV

i.

32 '' Full HD LCD TV Crystal Design -B191080p Full HD - A12photo realistic details -DNIe Pro - Digital Natural -Image engine Pro -Wide Colour Enhancer 2 - provides natural, realistic colours

2

6 PC Multiscreen

Page 17: PENTADBIRAN AM, JABATAN PERDANA MENTERI NO …e-tatatertib.jpm.gov.my/userfiles/file/Dokumen_Sebutharga_CCTV.pdf · diisi pada borang “Tawaran Teknikal ” ... nombor sebut harga

Page 17 of 33

NO KETERANGAN ITEM QTY HARGA SEUNIT

(RM)

JUMLAH HARGA

(RM)

i.

Intel Core™ i5 1333 MHz DDR3 SDRAM SATA (5400 rpm) From: 1 TB NVIDIA GeForce Genuine Windows® 7

1

7 PC Administrator

i. Intel Core™ i5 1333 MHz DDR3 SDRAM SATA (5400 rpm) : 1 TB Genuine Windows® 7

3

8 Card Access

i. MIFARE 1KBYTE PHILIPS - (0.8 X 54 X 85.6)MM CARD 30

ii. FALCO-SOFT-WEB-LITE - 10 CTRL 1

iii. Cabling Works for Card Access System 2

iv. Server 1 U, Latest Model (OS windows 2008 Standard SP2 , RAM 4GB, Hard Disk 300GB Raid 1)

1

v.

Double Door Lcd Reader + Keypad Controller (125 Khz) Falco Tcp/Ip Included: Pem5008 Em Prox/Pin Lcd + Controller Reader Falco Ay-Y20b Prox Reader-O/D,Led & Buzz Ctrl-Black Falco Fa-600POE Em Lock Falco Pb-29 Exit 3" X 3" Push Button Falco Ks-28 On-Off Keyswitch With Led (3" X 3") Falco Fa-102 Break Glass - Falco Emergency Exit (Green) Falco Mc-38t(White) Magnetic Contact- White Falco Psu03ra-12v(Cu) 3a Power Supply Unit With Relay Cu Gaston Gt12-7e Battery

2

vi.

Single Door Lcd Reader + Keypad Controller (125 Khz) Falco Tcp/Ip Included: Pem5008 Em Prox/Pin Lcd + Controller Reader Falco Ay-Y20b Prox Reader-O/D,Led & Buzz Ctrl-Black Falco Fa-600poe Em Lock Falco Pb-29 Exit 3" X 3" Push Button Falco Ks-28 On-Off Keyswitch With Led (3" X 3") Falco Fa-102 Break Glass - Falco Emergency Exit (Green) Falco Mc-38t(White) Magnetic Contact- White Falco Psu03ra-12v(Cu) 3a Power Supply Unit With Relay Cu Gaston Gt12-7e Battery

1

9 Kerja Pengkabelan UTP dan Power Point (SSO)

i. Pendawaian kabel UTP cat 5eMembolehkan semua kamera dan peralatan sokongan lain berfungsi

1 Lot

10 Kerja Pengkabelan FIBER

Page 18: PENTADBIRAN AM, JABATAN PERDANA MENTERI NO …e-tatatertib.jpm.gov.my/userfiles/file/Dokumen_Sebutharga_CCTV.pdf · diisi pada borang “Tawaran Teknikal ” ... nombor sebut harga

Page 18 of 33

NO KETERANGAN ITEM QTY HARGA SEUNIT

(RM)

JUMLAH HARGA

(RM)

i. PendawaianFibre Backbone antara Tingkat Membolehkan semua kamera dan peralatan sokongan lain berfungsi

1 Lot

11 UPS/AVR

i. Backup for 15 minutes - 800VA 8

12 RECORDING STORAGE

i. RADIUSS NAS Recording Storage Support up to 90 recording -10 TB Support RAID 5

1

13 NETWORK DVR/APPLIANCE

i.

Minimum Intel Xeon processor Support High Availability Feature (HA) Support RAID 5 Application Requirements: Systems with Open-Architecture Systems with Distributed architecture and archiving where it is configurable to adapt it to current network environment Support Various Camera Brands Able to Customize (up to software level) Support various Video format: mpeg2, mpeg4, mjpeg, mxpeg, h.264 Ready to support 100 cameras (min)

2

Instant on-screen alert and e-mail alert Instant alarm signal will appear on the monitoring screen to alert users. Alert e-mails will be sent to administrator immediately when a system error or emergent event takes place.

Various alarm type to capture

Motion detection - Recording is triggered when a moving object is detected by the camera.

Sensor-triggered alarm - The NVR can receive any alarm signals from the cameras specified by the users.

Alarm schedule recording - Different recording modes can be defined for different time periods, e.g. alarm recording at daytime and continuous recording at night-time.

Page 19: PENTADBIRAN AM, JABATAN PERDANA MENTERI NO …e-tatatertib.jpm.gov.my/userfiles/file/Dokumen_Sebutharga_CCTV.pdf · diisi pada borang “Tawaran Teknikal ” ... nombor sebut harga

Page 19 of 33

NO KETERANGAN ITEM QTY HARGA SEUNIT

(RM)

JUMLAH HARGA

(RM)

Powerful system functions and data protection - Video data from each camera can be exported to an external storage device or DVR via the one-touch copy button for ease of archiving and filing. - When the power resumes after a power outage, PC-based recording solution will automatic system startup and recording is enabled immediately after power resumes. - Supports advanced RAID5 mirroring for ultra secure data protection by connecting to an external e-SATA

Complete recording functions - All-in-one recording modes - Continuous/ Schedule/ Manual recording - Alarm schedule recording (by motion detected or sensor triggered) - Synchronized audio recording - With scheduled recording, users can set different recording schedules for different cameras. Manual recording allows users to activate recording in any necessary conditions.

Standard video recording format with Time Stamp. - The recordings are saved in AVI format (codec provided) for easy playing by Windows Media Player. Time stamp on the video is provided for convenient data search and can be used as legal evidence.

Flexible adjustment of the length of recording files - User can adjust the length of the recording files flexible (1-15 minutes) or based on user requirement

Multicasting - Allow many users in various locations to view a video feed simultaneously, without overcrowding the network, by using the bandwidth of each network segment only once.

Multistreaming - Configure a camera’s multiple video streams for specific video usage, such as live viewing, remote live viewing, recording, etc., for storage flexibility and bandwidth optimization.

Mapping - Interactive graphical representation of large areas under surveillance to easily pinpoint security cameras.

Load Balance DVR - Load Balance between two DVR appliances for recording. Must be function as active - active.

14 MISCELLANEOUS

i. Interrogation Room - Switch Button for ON/OFF 6

ii. Loose Furniture for Control Room 1

iii. On-Site Product & System Training - FOC 1

iv. Documentations on Overall Solutions - FOC 1

v. Testing & Commisioning - FOC 1

Page 20: PENTADBIRAN AM, JABATAN PERDANA MENTERI NO …e-tatatertib.jpm.gov.my/userfiles/file/Dokumen_Sebutharga_CCTV.pdf · diisi pada borang “Tawaran Teknikal ” ... nombor sebut harga

Page 20 of 33

NO KETERANGAN ITEM QTY HARGA SEUNIT

(RM)

JUMLAH HARGA

(RM)

RINGGIT MALAYSIA:

TEMPOH SIAP PERBEKALAN: …………………………… HARI (WAJIB DIISI)

PERAKUAN PENYEBUT HARGA Saya mengesahkan Jumlah keseluruhan harga (dalam perkataan) ialah sejumlah Ringgit Malaysia: ...................................................................................................... ................................................................................................................................. iaitu RM ........................................ (dalam angka) Bertarikh pada ............... haribulan ................... 2011. Tandatangan:

......................................................................................

Nama:

......................................................................................

No. Kad Pengenalan:

......................................................................................

Cop Syarikat:

Page 21: PENTADBIRAN AM, JABATAN PERDANA MENTERI NO …e-tatatertib.jpm.gov.my/userfiles/file/Dokumen_Sebutharga_CCTV.pdf · diisi pada borang “Tawaran Teknikal ” ... nombor sebut harga

Page 21 of 33

BAHAGIAN IV

SENARAI LAMPIRAN BERKAITAN

Page 22: PENTADBIRAN AM, JABATAN PERDANA MENTERI NO …e-tatatertib.jpm.gov.my/userfiles/file/Dokumen_Sebutharga_CCTV.pdf · diisi pada borang “Tawaran Teknikal ” ... nombor sebut harga

Page 22 of 33

LAMPIRAN I

LATAR BELAKANG SYARIKAT MAKLUMAT LATAR BELAKANG PEMBIDA

1. Nama Syarikat

________________________________________________________

2. Alamat Pejabat:

____________________________________________________________________________________________________________________________________

No. Telefon: ___________________ No. Fax: _____________ Email: _____________________

3. Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia ____________________________________________

(Sertakan Salinan Sijil Pendaftaran)

i) No. Pendaftaran :_________________________________________

ii) Tarikh Daftar : _________________ sah hingga _________________

iii) Kod Bidang /Tajuk Kecil : ___________________________________

iv) Taraf (Bumiputera/Bukan Burmiputera): ________________________

v) Jika Bumiputera tempoh sah taraf dari __________ hingga ________

4. Bagi Syarikat Sdn. Bhd. atau Perseorangan (Nyatakan)

i) Modal dibenarkan : RM ______________ ii) Modal dibayar : RM ______________

Page 23: PENTADBIRAN AM, JABATAN PERDANA MENTERI NO …e-tatatertib.jpm.gov.my/userfiles/file/Dokumen_Sebutharga_CCTV.pdf · diisi pada borang “Tawaran Teknikal ” ... nombor sebut harga

Page 23 of 33

5. Perniagaan utama lain, jika ada :

a) __________________ sejak ________________ b) __________________ sejak ________________

6. Buatan Dalam Malaysia (Jika berkaitan)

Sebutkan samada peralatan/barang-barang yang hendak dibekalkan itu dibuat dalam Malaysia atau di Luar Malaysia ________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

7. Bilangan Pekerja berkaitan tender ini: ___________________

Pengurusan : ______________________

Profesional : ______________________

Sokongan : ______________________

8. Ahli-Ahli Syarikat:

a) Ahli-ahli Lembaga Pengarah

Nama Jawatan Peratus Pegangan

Saham (%)

b) Ahli-ahli Pengurusan dan Profesional

Bil Kategori Jawatan Bilangan Pekerja

1 Pengurusan

2 Pemasaran

Page 24: PENTADBIRAN AM, JABATAN PERDANA MENTERI NO …e-tatatertib.jpm.gov.my/userfiles/file/Dokumen_Sebutharga_CCTV.pdf · diisi pada borang “Tawaran Teknikal ” ... nombor sebut harga

Page 24 of 33

Bil Kategori Jawatan Bilangan Pekerja

3 Teknikal

4 Sokongan

5 Lain-lain (Nyatakan): i) ........................................... ii) ..........................................

9. DATA-DATA KEWANGAN

9.1 Ringkasan harta dan liabiliti seperti yang ditunjukkan dalam Lembaran Imbangan (Balance Sheet )* yang diaudit bagi tahun kewangan terakhir.

Asset*

(A) Liabiliti*

(B) Nilai Kewangan ( Worth) (A – B)

Semasa : RM Tetap : RM _____________ Jumlah : _____________

Semasa : RM Tetap : RM ____________ Jumlah : ____________

Semasa : RM Tetap : RM __________ Jumlah : ___________

9.2 Akaun Wang Di Tangan (Cash in hand) - _______________________

* Sila sertakan salinan penyata Bulanan Bank tiga (3) bulan terakhir yang telah disahkan oleh bank (Ogos 2011 – Oktober 2011). Sebut yang tidak disertakan dengan penyata ini akan ditolak.

9.2.1 Nama dan alamat bank di mana akaun dibuka:

___________________________________________________

_____

9.2.2 No akaun bank: _________________________________________

9.3 Kemudahan Kredit bagi sebut harga ini. (Sila sertakan salinan surat daripada bank/ insititusi kewangan terlibat dan diakui sah)

9.3.1 Nama dan alamat Bank/ Institusi kewangan yang memberi kemudahan kredit:

________________________________________________________

Page 25: PENTADBIRAN AM, JABATAN PERDANA MENTERI NO …e-tatatertib.jpm.gov.my/userfiles/file/Dokumen_Sebutharga_CCTV.pdf · diisi pada borang “Tawaran Teknikal ” ... nombor sebut harga

Page 25 of 33

________________________________________________________

9.3.2 Bentuk dan baki amaun yang boleh digunakan untuk tender ini:

i. Overdraf atau Talian Kredit RM ……………………

ii. Overdraf bercagar RM …………………

iii. Pinjaman Tetap Yang akan/ Layak diperolehi untuk projek ini

RM …………………

iv. JUMLAH KESELURUHAN RM ……………………

10. No. Cukai Pendapatan: …………………………………………

Peringatan Penting: ** Sila sertakan salinan penyata Bulanan Bank tiga (3) bulan terakhir yang telah

disahkan oleh bank sebelum tarikh tutup sebut harga. Sebut harga yang tidak disertakan dengan penyata ini akan ditolak.

Page 26: PENTADBIRAN AM, JABATAN PERDANA MENTERI NO …e-tatatertib.jpm.gov.my/userfiles/file/Dokumen_Sebutharga_CCTV.pdf · diisi pada borang “Tawaran Teknikal ” ... nombor sebut harga

Page 26 of 33

LAMPIRAN II

REKOD PENGALAMAN PERKHIDMATAN/BEKALAN BERKAITAN

(Senarai semua bekalan dan perkhidmatan berkaitan yang telah/ sedang

dilaksanakan dalam tempoh 2006 - 2010)

Bil. Nama

Perkhidmatan/ Bekalan

Nilai Kontrak

(RM)

Tempoh Kontrak

Tarikh Tempoh kontrak

Nama & Alamat Agensi Tarikh

Mula

Tarikh Kontrak tamat

* Sila kemukakan lampiran sekiranya ruangan di atas tidak mencukupi. Sila nyatakan juga dokumen sebagai pembuktian pengalaman yang telah dilaksanakan.

Nama: .................................................

Tandatangan: .................................................

Jawatan: ................................................

Tarikh: ...............................................

Cop Syarikat: ......................................................

Page 27: PENTADBIRAN AM, JABATAN PERDANA MENTERI NO …e-tatatertib.jpm.gov.my/userfiles/file/Dokumen_Sebutharga_CCTV.pdf · diisi pada borang “Tawaran Teknikal ” ... nombor sebut harga

Page 27 of 33

A. PENGURUSAN PROJEK DAN KHIDMAT SOKONGAN

BIL KEPERLUAN SEPSIFIKASI PEMATUHAN (YA/TIDAK)

PENJELASAN

1.

KHIDMAT SOKONGAN

1. Penender MESTI mempunyai Online Helpdesk, sebutkan helpdesk channel yang ditawarkan sepanjang tempoh perlaksanaan dan penyelenggaraan

a. Tel b. Web based helpdesk c. Email d. SMS

Penender mesti mempunyai talian helpdesk yang khas dan online web based helpdesk domain kepunyaan sendiri.

Proposal akan DITOLAK jika tiada dedicated helpdesk dan own online webbased atau menggunkan talian/webbased syarikat lain kerana menjejaslkan kredibiliti dan kemampuan prlaksanaan projek ini. Dan serahkan satu id demo. Kegagalan capaian online web melalui percubaan melebihi 3 kali dianggap help tersebut gagal.

2. Penyebutharga MESTI mengemukakan alamat Site office sekitar putrajaya dan Bilangan Kakitangan iaitu Technician semasa tempoh jaminan dan penyelenggaraan.

B. LATIHAN DAN KESEDARAN

BIL KEPERLUAN SEPSIFIKASI PEMATUHAN (YA/TIDAK)

PENJELASAN

1. Penender MESTI menyediakan perkara

berikut: 1.1 End user training 1.2 CCTV, Admin training 1.3 Change management (awareness) 1.4 Network admin training 1.5 Keselamatan training 1.6 Menyediakan Flyers dan buletin.

2. Penender perlu menjelaskan detail training yang mengandungi nama training, bil pax, duration dan lokasi training. Ketiadaaan maklumat ini akan menyebabkan proposal akan ditolak. Sila serahkan

3. Penender juga MESTI menyenaraikan expert yang bertauliah atau bersijil untuk menjalankan training dgn detail nama pengajar, no kp,

Page 28: PENTADBIRAN AM, JABATAN PERDANA MENTERI NO …e-tatatertib.jpm.gov.my/userfiles/file/Dokumen_Sebutharga_CCTV.pdf · diisi pada borang “Tawaran Teknikal ” ... nombor sebut harga

Page 28 of 33

BIL KEPERLUAN SEPSIFIKASI PEMATUHAN (YA/TIDAK)

PENJELASAN

bidang diajar, sijil yang dimiliki dan pengalaman 3 tahun terakhir. Proposal yang tidak menyertakan dengan lengkap senarai trainer akan ditolak. Sila penuhkan JADUAL KAKITANGAN dan JADUAL PENGALAMAN pada ruangan yang disediakan.

Page 29: PENTADBIRAN AM, JABATAN PERDANA MENTERI NO …e-tatatertib.jpm.gov.my/userfiles/file/Dokumen_Sebutharga_CCTV.pdf · diisi pada borang “Tawaran Teknikal ” ... nombor sebut harga

Page 29 of 33

LAMPIRAN III

SURAT AKUAN PEMBIDA

Bagi

(eBIDDING BIL.02/JPM/EB/PA/02/2011- PERKHIDMATAN PERBEKALAN,

PENGHANTARAN DAN PEMASANGAN SET PERALATAN DAPUR UTAMA KAFETERIA JABATAN PERDANA MENTERI)

Saya, ……………………………………....... nombor K.P. .........………...... yang mewakili .…………………………………….. Nombor Pendaftaran …...........………………dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam .......………………………………................... atau mana-mana individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam sebut harga/sebut harga* seperti di atas. Bersama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini. 2. Sekiranya saya, atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati bersalah menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam ……………………………….............. atau mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilih dalam sebut harga/sebut harga* seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil: 2.1 penarikan balik tawaran kontrak bagi sebut harga/sebut harga* di atas; atau 2.2 penamatan kontrak bagi sebut harga/sebut harga* di atas; dan 2.3 lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan. 3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam sebut harga/sebut harga* seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran. Yang Benar, ……………………………...... Nama: No KP: Cop Syarikat: Catatan: i) * Potong mana yang tidak berkaitan.

ii) Surat akuan ini hendaklah dikemukakan bersama Surat Perwakilan Kuasa

Page 30: PENTADBIRAN AM, JABATAN PERDANA MENTERI NO …e-tatatertib.jpm.gov.my/userfiles/file/Dokumen_Sebutharga_CCTV.pdf · diisi pada borang “Tawaran Teknikal ” ... nombor sebut harga

Page 30 of 33

LAMPIRAN III (CONTOH)

SURAT AKUAN PEMBIDA

Bagi

(eBIDDING BIL.02/JPM/EB/PA/02/2011- PERKHIDMATAN PERBEKALAN, PENGHANTARAN DAN PEMASANGAN SET PERALATAN DAPUR UTAMA

KAFETERIA JABATAN PERDANA MENTERI)

Saya, ……………………………………....... nombor K.P. .........………………...... yang mewakili …………………………………................................................................ nombor Pendaftaran …...........……………………………………………...... dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam .......………………………………................... atau mana-mana individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam sebut harga/sebut harga* seperti di atas. Bersama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.. 2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati bersalah menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam ……………………………….............. atau mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil:

2.1 penarikan balik tawaran kontrak bagi tender/sebut harga* di atas; atau 2.2 penamatan kontrak bagi tender/sebut harga* di atas; dan 2.3 lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan.

3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran. Yang Benar, ……………………………...... (Nama dan No.KP) Cop Syarikat :

(Nama Wakil Syarikat)

(Nama Syarikat)

(MOF/PKK/CIDB/ROS/ROC/ROB)

(Nama Kementerian/Agensi)

(Nama Kementerian/Agensi)

(Tandatangan)

Page 31: PENTADBIRAN AM, JABATAN PERDANA MENTERI NO …e-tatatertib.jpm.gov.my/userfiles/file/Dokumen_Sebutharga_CCTV.pdf · diisi pada borang “Tawaran Teknikal ” ... nombor sebut harga

Page 31 of 33

Catatan: i) * Potong mana yang tidak berkaitan. Surat akuan ini hendaklah dikemukakan bersama Surat Perwakilan Kuasa

Page 32: PENTADBIRAN AM, JABATAN PERDANA MENTERI NO …e-tatatertib.jpm.gov.my/userfiles/file/Dokumen_Sebutharga_CCTV.pdf · diisi pada borang “Tawaran Teknikal ” ... nombor sebut harga

Page 32 of 33

LAMPIRAN IV

Senarai semak untuk penyerahan dokumen adalah seperti berikut:

Bil Perkara/ Dokumen Untuk Ditanda Oleh Syarikat

Untuk Ditanda Oleh

Jawatankuasa Pembuka

DOKUMEN SOKONGAN TEKNIKAL

1. Lampiran T1 – Lampiran Spesifikasi Lengkap

2.

Lampiran T2 – Surat akuan pembekal asal daripada prinsipal seperti yang diminta dalam lampiran T1.

3.

Lampiran T3 – Surat akuan/jaminan dari prinsipal untuk tempoh jaminan Seperti yang dinyatakan pada Lampiran T1.

4.

Lampiran T4 – menyediakan contoh draf Final Acceptance Test (FAT) untuk pengguna di Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP).

5. Katalog atau brosur bagi semua jenis item yang dikehendaki oleh pihak PAJPM

DOKUMEN SOKONGAN HARGA

1.

Jadual Harga (Lampiran K)

2.

Latar Belakang Syarikat (Lampiran I)

Page 33: PENTADBIRAN AM, JABATAN PERDANA MENTERI NO …e-tatatertib.jpm.gov.my/userfiles/file/Dokumen_Sebutharga_CCTV.pdf · diisi pada borang “Tawaran Teknikal ” ... nombor sebut harga

Page 33 of 33

Bil Perkara/ Dokumen Untuk Ditanda Oleh Syarikat

Untuk Ditanda Oleh

Jawatankuasa Pembuka

3.

Rekod Pengalaman Perkhidmatan Berkaitan (Lampiran II)

4.

Surat Akuan Pembida (Lampiran III)

5.

Senarai Semak (Lampiran IV)

6.

Profil Syarikat

7.

Sijil Pendaftaran dengan Kementerian

Kewangan dengan kod bidang 220111, 210102, 210104 dan 210106

8.

Salinan Penyata Bulanan Akaun bank untuk 3 bulan terkini (Ogos 2011 – Oktober 2011) yang telah disahkan oleh pihak bank. Sebut harga yang tidak disertakan dengan penyata bulanan ini akan ditolak.

9.

Salinan Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

10. Salinan Sijil Pendaftaran Bumiputera –

Jika ada

11. Lampiran Q (Borang Sebut Harga)