penjagaan kesihatan dalam islam

2
"Dari Ibnu Abbas R.A katanya: Telah bersabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam: Dua nikmat yang kebanyakan orang sering terpedaya olehnya ialah kesihatan dan masa lapang." (HR Bukhari). “Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu contoh ikutan yang baik bagi sesiapa yang mengharapkan pertemuan dengan Allah s.w.t. juga Hari Akhirat serta yang banyak mengingati Allah” (Al-Ahzab:21) NABI MUHAMMAD S.A.W. TERCATAT SEBAGAI MANUSIA TERBAIK DALAM ASPEK KESIHATAN TUBUH BADANNYA. SEHINGGA BAGINDA MEN- CAPAI UMUR 63 TAHUN, HANYA BEBERAPA KALI MENGALAMI SAKIT RINGAN. SAHABAT-SAHABAT BAGINDA JUGA TERKENAL MEMILIKI TUBUH BADAN YANG SIHAT HINGGAKAN SEORANG DOKTOR MESIR YANG DIKIRIM OLEH KAISAR MAUQUQIS KE MADINAH TIDAK MENEMUKAN SEORANG PESAKIT PUN SELAMA 2 TAHUN BERTUGAS.

Upload: ujang

Post on 11-Jun-2015

1.857 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Panduan penjagaan kesihatan dan pemakanan mengikut sunnah Rasulullah. Terbitan ISMA Negeri Sembilan

TRANSCRIPT

Page 1: Penjagaan Kesihatan Dalam Islam

"Dari Ibnu Abbas R.A katanya: Telah bersabda NabiSallallahu Alaihi Wasallam: Dua nikmat yangkebanyakan orang sering terpedaya olehnya ialahkesihatan dan masa lapang." (HR Bukhari).

“Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu contoh ikutan yang baikbagi sesiapa yang mengharapkan pertemuan dengan Allah s.w.t. jugaHari Akhirat serta yang banyak mengingati Allah” (Al-Ahzab:21)

NABI MUHAMMAD S.A.W. TERCATAT SEBAGAIMANUSIA TERBAIK DALAM ASPEK KESIHATAN

TUBUH BADANNYA. SEHINGGA BAGINDA MEN-CAPAI UMUR 63 TAHUN, HANYA BEBERAPA KALIMENGALAMI SAKIT RINGAN. SAHABAT-SAHABAT

BAGINDA JUGA TERKENAL MEMILIKI TUBUHBADAN YANG SIHAT HINGGAKAN SEORANG

DOKTOR MESIR YANG DIKIRIM OLEH KAISARMAUQUQIS KE MADINAH TIDAK MENEMUKAN

SEORANG PESAKIT PUN SELAMA 2 TAHUNBERTUGAS.

Page 2: Penjagaan Kesihatan Dalam Islam

- 1 -MENCEGAH DATANGNYAPENYAKIT DAN RACUN

A. Olahraga yang Teratur dan Berkualiti

“Ajarilah anak-anakmu memanah, bere-nang dan menunggang kuda.” (RiwayatThabrani)

“Orang mukmin yang kuat lebih baik disisi Allah dan lebih dikasihi daripadaorang mukmin yang lemah, sedangkansetiap seorang itu mempunyai kebaikan-nya (imannya).”(Riwayat Muslim)

B. Menjaga Kesihatan dan Kebersihan

“Fitrah (kesucian) itu ada lima; khitan,mencukur bulu kemaluan, mencukurkumis, memotong kuku dan mencabutbulu ketiak.” (Riwayat Bukhari)

“Jika kalian mendengar ada wabak ta’undi sebuah negeri, maka janganlah kalianmemasuki negeri tersebut. Dan jika ta’unitu mewabak di negeri kalian, janganlahkalian keluar dari negeri kalian untukmenghindari penyakit itu.” (RiwayatBukhari dan Muslim)

C. Melaksanakan Ibadah dengan Baikdan Khusyu’

• Mendirikan solat 5 waktu• Menghidupkan bangun malam• Melaksanakan puasa• Melaksanakan ibadah haji• Berjuang di Jalan Allah• Zikir

D. Menjaga Perilaku Setiap Hari yangSesuai dengan Sunnah

Keharusan seorang muslim untuk melazimiakhlak dan adab Islam dalam setiap keadaandan tempat. Keselarasan sikap dan perbuatanseseorang dengan apa yang menjadi kebi-asaan Rasulullah S.A.W akan membuat hatidan jiwa seseorang menjadi tenteram.Sebagaimana diketahui bahawa kesihatan jas-mani sangat berkait rapat dengan kesi-hatan jiwa dan rohani. Maka melazimi semuaakhlak mulia dan dapat memiliki apa yangBaginda miliki; berupa kesihatan jasmani danrohani yang sempurna.

- 2 -PEMAKANAN

• Makan mengikut jenis dan kadar yangsesuai mengikut umur, tahap kesihatandan cara hidup harian.

• Mengelakkan makanan yang memu-daratkan tubuh badan termasuklahmerokok

• Antara makanan yang digemari Rasulullahsaw: air, air zam-zam, daging kambing,ikan segar, keju, soya, timun, garam, gan-dum, kurma, madu, habbatus sauda’ danbanyak buah-buahan.

Konsep Makan dan Minum Cara Nabi:

• Makan menggunakan jari tangan.• Tidak bernafas ketika minum.• Makan hanya ketika lapar dan berhenti

makan sebelum kenyang.• Makan dengan posisi duduk di atas satu

kaki dan menekuk kaki yang lain untukmenekan perut.

• Mengunyah makanan hingga halus danmenghabiskan sisa makanan.

- 3 -MENGAMBIL RAWATAN

Sabda Rasulullah s.a.w: “Berubatlah kalian wahai hamba Allah,sesungguhnya Dia tidak menurunkanpenyakit melainkan Dia juga menurunkanubatnya.” (Riwayat Ashabus Sunan)

Untuk tujuan perawatan, ada beberapa pili-han mengikut jenis dan punca penyakit:

1. Perubatan Moden yang ditawarkan olehklinik-klinik dan hospital-hospital .Fahami masalah kesihatan dan peran-cangan rawatan oleh doktor anda den-gan jelas.

2 Perubatan Alternatif dari pelbagai konsepPastikan anda tidak tertipu oleh pelbagaiperniagaan barang ”kesihatan” yangkadang-kadang jauh dari kebenaran.

Antara Jenis Perubatan yang diamalkan olehRasulullah s.a.w:

Al-Hijamah (bekam); Istiqa’ (muntah/mengeluarkan isi perut untuk tujuanmembersihkan); Ruqyah Syar’ieyah(mengunakan ayat-ayat Al-Quran sertadoa); Pembedahan; Berubat kepada dok-tor dengan pengubatan yang HARUS.

Do’a dan tawakkal sepenuh hati kepada Allahadalah satu kemestian dalam apa jua jenisrawatan yang dipilih oleh setiap muslim.